0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
71 tayangan14 halaman

Contoh Karangan Situasi dan Keluarga

Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai PDF, TXT atau baca online di Scribd
0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
71 tayangan14 halaman

Contoh Karangan Situasi dan Keluarga

Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai PDF, TXT atau baca online di Scribd

KARANGAN BERFORMAT KARANGAN TIDAK BERFORMAT

Ucapan/Syarahan/Dialog / Temuramah / Karangan Rangsangan/ Bergambar / Rangsangan


Perbualan /Wawancara/Berita/ Laporan Kata/ Pengalaman / Cerita /Gambaran / Situasi/
Catatan/Diari/Perbahasan/Jemputan/ Fakta / Penerangan/Perbincangan/ Melengkapkan
Surat Kiriman Rasmi/ Cerita/Autobiografi/ Biografi/Peribahasa
Surat Kiriman Tidak Rasmi

Tempat/Aktiviti/Situasi (popular)
[Link]-royong (rumah,sekolah,kampung/taman perumahan)
[Link] rumah/ ruang tamu /ruang makan
[Link]/padang/kawasan sekolah/dewan sekolah/perpustakaan
[Link] rekreasi/taman permainan
[Link] malam/pasar pagi/pasar raya/ restoran/gerai jualan/
[Link]/sungai/air terjun/taman tema tema air
[Link] Negara/Muzium Negara/
[Link] bas/ stesen kereta api/perhentian bas
[Link] Raya Aidilfitri/ Tahun Baru Cina/Hari Guru/Hari Sukan/
Hari Kanak-kanak/perkhemahan/Hari Keusahawanan/Hari Jadi/
Hari Kemerdekaan(Hari Kebangsaan)/Hari Malaysia
10. banjir/kemalangan jalan raya/kebakaran
[Link]/biografi
12. Karangan (kegunaan, kepentingan,faedah,cara-cara,kebaikan,punca,kesan)

Contoh-contoh Karangan

1. Karangan biografi : “ Ibu Saya ”.


Ibu merupakan orang yang melahirkan kita serta memelihara kita sejak kecil.
Tanpa ibu, kita tidak mungkin lahir ke dunia ini. Oleh itu, kita mestilah
menghormati dan mendengar cakap ibu. Janganlah kita menyakiti hati ibu.
Nama ibu saya ialah Jolin. Beliau berusia 55 tahun. Ibu saya seorang suri
rumah tangga yang rajin dalam melakukan tugas-tugas seharian. Ibu sentiasa
sibuk menguruskan rumah dan keperluan kami sekeluarga seperti mengemas
rumah, mencuci pakaian, memasak dan sebagainya.
Ibu saya juga seorang yang penyayang. Beliau sentiasa mengambil berat
tentang keluarga , terutamanya pelajaran saya, abang dan adik.
Ibu jarang marah-marah malahan sentiasa bersabar dan tenang dalam
menghadapi apa jua masalah. Sekiranya saya melakukan apa -apa kesalahan, ibu
akan menegur dan menasihati saya dengan baik. Beliau selalu menasihatkan saya
agar belajar dengan bersungguh-sungguh supaya menjadi insan yang berguna.
Saya amat menyayanginya. Saya berasa amat beruntung mendapat
seorang ibu yang baik. Saya berjanji akan membalas jasa ibu saya pada suatu hari
nanti.
[Link] biografi “ Keluarga Saya ”.

Keluarga saya terdiri daripada lima orang, iaitu ayah, emak, saya dan dua orang
adik lelaki. Hubungan kami sekeluarga sangat rapat.
Ayah saya bernama Joshua Siaw. Beliau seorang guru yang mengajar di
SJK Chung Hua Krokop yang terletak berhampiran dengan rumah kami. Ayah saya
seorang yang tegas tetapi baik hati serta pemurah. Ibu saya seorang suri rumah
tangga. Beliau menguruskan rumah tangga serta keperluan kami sekeluarga. Ibu
saya seorang yang sangat rajin dan pandai memasak.
Saya anak yang sulung. Saya belajar di sekolah yang sama dengan
tempat ayah saya bekerja. Saya belajar dalam tahun empat. Saya mempunyai
sepasang adik lelaki berkembar bernama Jason dan Jeff . Mereka masih
bersekolah tadika. Adik-adik saya comel dan manja
Saya amat menyayangi keluarga saya. Kami sayang -menyayangi serta
mengambil berat antara satu sama lain. Saya berasa amat bangga mempunyai
sebuah keluarga yang bahagia. Saya berharap keluarga saya akan kekal bahagia
selama-lamanya.
[Link] di Pantai Port Dickson

Pada cuti sekolah yang lalu, bapa membawa kami sekeluarga pergi berkelah di Pantai Port
Dickson yang terletak di Negeri Sembilan. Kami bertolak ke sana pada pukul 7.00 pagi
dengan menaiki kereta bapa yang baharu.
Dalam perjalanan, kami sekeluarga berbual-bual dengan mesranya untuk
mengeratkan hubungan kekeluargaan sambil menikmati pemandangan yang indah nian.
Kami tiba di destinasi pada pukul 11.00 pagi. Kami melihat ramai orang di sana seperti
ikan dalam belat. Selepas itu, kami pun mencari tempat teduh untuk berkelah.
Saya dan adik membantu bapa membawa turun barang-barang yang dibawa.
Kemudian, bapa membentangkan tikar di bawah pokok yang rendang. Selepas itu, saya
dan adik terus menukar pakaian renang lalu berenang di laut. Ibu pula menghidangkan
makanan yang sedap di atas tikar.
Apabila berasa lapar, kami sekeluarga pun menikmati makanan yang sedap dengan
berseleranya. Selepas makan, saya dan adik bermain bola tampar manakala adik
perempuan dan kakak saya pula membina istana pasir yang besar dan cantik di tepi
pantai.
Kami juga mengutip kulit-kulit siput yang cantik dan mengambil gambar dengan
telefon pintar yang canggih untuk dijadikan kenangan. Kami juga bersiar-siar di tepi
pantai sambil menikmati pemandangan yang indah nian. Sebelum pulang, kami
membersihkan kawasan perkelahan untuk menjaga kebersihan pantai.
Pada pukul 5.00 petang, kami sekeluarga pun pulang ke rumah. Saya berasa sangat
gembira kerana dapat berkelah di Pantai Port Dickson. Saya berharap agar bapa
membawa kami sekeluarga berkelah di pantai lagi pada masa akan datang.
[Link] Ke Zoo Negara

Pada cuti sekolah yang lalu, bapa membawa kami sekeluarga pergi ke Zoo
Negara. Kami bertolak ke sana pada pukul 8.00 pagi dengan menaiki kereta bapa.
Kami tiba di Zoo Negara pada pukul 11.00 pagi. Kami melihat ramai
pengunjung sedang membeli tiket. Bapa terus ke kaunter untuk membeli tiket.
Selepas itu, kami pun dapat masuk ke dalam zoo. Kami melihat banyak jenis
haiwan di sana. Antaranya ialah buaya, singa, harimau, gajah, zirafah dan lain-lain
lagi. Kami juga menyaksikan pertunjukan monyet yang menarik.
Pada pukul 12.30 tengah hari, kami sekeluarga menikmati makanan tengah
hari di sebuah restoran di zoo itu. Selepas makan, kami mengambil gambar
dengan haiwan kegemaraan masing-masing untuk dijadikan kenangan yang manis.
Sebelum pulang, kami juga membeli cenderamata untuk kawan-kawan.
Pada pukul 4.30 petang, kami pun pulang ke rumah dengan perasaan yang
gembira. Saya berharap agar bapa membawa kami sekeluarga ke sana lagi.

[Link] Gotong-royong.

Pada minggu lepas sekolah kami telah mengadakan gotong royong membersihkan kawasan
sekolah. Gotong-royong diadakan bersempena kedatangan pegawai daripada Pejabat
Pendidikan Daerah Setiu pada minggu ini.
Tepat pada pukul lapan pagi, murid-murid dan warga sekolah sudah berkumpul di
tapak perhimpunan. Ada yang membawa cangkul, sabit, parang, dan pongkes. Peralatan ini
digunakan untuk menjayakan aktiviti gotong-royong [Link] aktiviti bermula,
guru besar telah menyampaikan ucapan ringkas dan taklimat mengenai aktiviti gotong-
royong.
Kami dibahagi-bahagi kepada beberapa kumpuian kecil. Antara aktiviti yang
dijalankan termasuklah mencuci longkang,mengecat,menyapu,mengelap tingkap,memotong
rumput dan sebagainya. Kumpulan-kumpulan kecil ini memudahkan kerja-kerja gotong-
royong dijalankan dengan lebih teratur.
Pada masa yang sama, guru-guru wanita sibuk menyediakan makanan dan minuman
di pekarangan sekolah. Pelbagai jenis juadah seperti mi goreng, nasi tomato, dan kari
ayam disediakan. Mereka bersatu hati menjayak an program gotong-royong ini.
Pada pukul 11.30 pagi, semua kerja pembersihan telah pun selesai. Ibu bapa dan
guru telah berkumpul semula di kantin untuk berehat dan menjamu selera. Walaupun
tampak letih tetapi semangat kerjasama, . kemesraan dan suasana muhibah telah
terjalin antara guru-guru dan murid-murid yang terlibat menjayakan gotong-royong.
Aktiviti gotong-royong merupakan satu daripada aktiviti yang mampu menjalin
ikatan silaturahim . Di samping itu, penerapan nilai-nilai murni juga dapat dipraktikkan.
Malahan, semangat hormati-menghormati dalam kalangan warga sekolah dapat
diperkasakan
[Link] ke Pasar Malam

Pada hari Ahad yang lalu, bapa membawa kami sekeluarga pergi ke pasar malam.
Kami pergi ke sana pada pukul 6.30 petang dengan menaiki kereta bapa.
Kami tiba di pasar malam pada pukul 7.00 malam. Kami melihat banyak
orang membeli-belah di sana. Suasana di pasar malam riuh-rendah dengan suara
penjual dan pembeli tawar-menawar.
Ibu pergi ke gerai sayur untuk membeli sayur-sayuran yang segar. Ibu
tawar-menawar dengan penjual itu untuk mendapatkan harga yang lebih murah.
Kemudian, kami pergi membeli barang keperluan harian yang diperlukan.
Selepas itu, ibu membawa saya dan adik pergi ke gerai baju. Ibu membeli
baju yang cantik untuk kami. Kami rambang mata ketika melihat baju-baju yang
cantik di sana.
Seterusnya, kami pergi ke gerai makanan untuk membeli makanan yang
sedap. Ibu membeli nasi lemak, ayam goreng, mi goreng, cendol, kuih-muih dan
lain-lain lagi untuk makan malam.
Pada pukul 8.30 malam, kami pun pulang ke rumah. Saya berasa gembira
kerana bapa membawa kami pergi ke pasar malam dan berharap agar dapat ke
sana lagi.

[Link] Sukan Sekolah

Pada hari Sabtu yang lalu, sekolah saya telah mengadakan hari sukan. Hari sukan
diadakan di padang sekolah yang luas.
Apabila saya tiba di sekolah, saya menuju ke arah padang sekolah. Padang
sekolah riuh seperti pasar, penuh sesak dengan orang ramai . Khemah-khemah didirikan
dan padang sekolah telah dihiasi dengan reben-reben yang berwarna-warni.
Tidak lama kemudian, guru besar menyampaikan ucapan. Beliau berharap para
peserta akan besemangat kejiranan dan bercuba sedaya upaya. Selepas itu, murid -murid
berdiri tegak menyanyikan lagu Negaraku.
Seterusnya, hari sukan pun bermula. Pelbagai jenis aktiviti telah dilancarkan.
Antaranya termasuklah acara lumba lari, lompat tinggi dan lompat jauh, Pemain-pemain
bersemangat untuk mendapat tempat pertama dalam pertandingan.
Beberapa jam kemudian, majlis penyampaian hadiah telah diadakan Hadiah-
hadiah dan piala-piala diberikan kepada pemenang. Guru besar juga menasihati murid-
murid supaya jangan hidung tinggi.
Hari sukan tahun ini tamat pada pukul 1.00 petang. Murid-murid bertolak untuk
pulang ke rumah. Saya berasa gembira kerana inilah pengalaman yang amat dihargai.
[Link]

Pada 25 hingga 26 April 2013, Persatuan Pengakap Sekolah Kebangsaan Kerteh


telah mengadakan perkhemahan di Air Terjun Sekayu. Perkhemahan selama dua
hari ini telah disertai oleh 35 orang pengakap dan 5 orang guru pengiring.
Aktiviti perkhemahan ini bertujuan untuk membina ketahanan fizikal
dan mental, membentuk keyakinan diri dan memupuk semangat bekerjasama
dalam kalangan peserta. Selain itu, aktiviti ini juga bertujuan untuk
menyampaikan rasa cinta terhadap alam sekitar.
Sepanjang perkhemahan itu, para peserta dibahagikan kepada lima
kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai seorang ketua yang bertanggunjawab
memimpin ahli kumpulannya. Sebarang masalah yang timbul dalam kalangan ahli,
akan dibincang dengan ketua kumpulan.
Banyak aktiviti yang telah dijalankan sepanjang perkhemahan itu.
Antaranya ialah merentas hutan, kawad kaki, lakonan dan sebagainya. Aktiviti ini
berjalan lancar dengan kerjasama dari semua peserta.
Perkhemahan ini telah berjaya mencapai matlamanya. Para peserta dapat
mengutip pengalaman berharga dan pelbagai pengetahuan baru. Malah hubungan
antara pengakap bertambah erat.

[Link] Air Kepada Manusia

Air sangat penting kepada manusia. Air juga diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan
dan haiwan. Airboleh didapati dari pelbagai sumber seperti sungai, laut, telaga,
mata air dan sebagainya.
Manusia menggunakan air untuk memasak, membasuh pakaian, mandi
dan sebagainya. Air yang bersih bebas daripada kuman. Jadi, pastikan kita minum
air yang telah dimasak supaya terhindar daripada penyakit.
Air juga diperlukan untuk pertanian. Pokok padi memerlukan air yang
banyak untuk hidup. Para petani menggunakan air yang bersih untuk menyiram
tanaman mereka. Haiwan ternakan juga memerlukan air untuk diminum. Tanpa air,
manusia, tanaman dan haiwan ternakan akan mati.
Air juga digunakan untuk menggerakkan mesin dan jentera.
Kebanyakan kilang menggunakan kuasa hidroelektrik yang dihasilkan melalui air.
Jika berlaku kebakaran, air sangat diperlukan untuk memadamkan kebakaran
tersebut.
Jadi, jelaslah bahawa air sangat penting kepada kita. Tanpa air,
kehidupan manusia tidak sempurna.
[Link] Pokok Kelapa

Pokok kelapa atau dikenali sebagai pokok nyiur merupakan sejenis tumbuhan yang hidup
subur di kawasan persisiran pantai. Tumbuhan ini juga banyak terdapat di desa dan di
luar bandar.
Pokok kelapa mempunyai banyak kegunaan kepada kita. Hampir setiap bahagian
tumbuhan ini boleh digunakan. Oleh itu, pokok kelapa juga digelar pokok seribu guna.
Isi buah kelapa muda boleh dimakan begitu sahaja ataupun dibuat kuih-muih dan
biskut. Air kelapa pula enak diminum bagi menghilangkan dahaga dan menyejukkan badan
terutamanya pada hari panas. Bukan itu sahaja, isi buah kelapa tua yang telah diparut
boleh diperah menjadi santan. Santan digunakan untuk memasak kari dan nasi lemak. Isi
buah kelapa juga boleh diproses menjadi minyak, sabun dan marjerin.
Selain itu, batang pokok kelapa yang panjang dan keras sesuai untuk dijadikan titi
untuk menyeberangi sungai ataupun parit. Sabut kelapa pula boleh dibuat tali, berus dan
bahan api. Tempurung kelapa boleh digunakan untuk menghasilkan cenderamata dan
barang hiasan yang cantik. Contohnya, tabung syiling, rantai kunci dan sebagainya.
Di samping itu, daun pokok kelapa boleh dijadikan atap dan dibuat sarung ketupat.
Lidinya pula boleh dijadikan pencucuk sate atau diikat untuk dijadikan penyapu lidi.
Penyapu lidi sesuai digunakan untuk menyapu dedaun kering di halaman rumah.
Pendek kata, pokok kelapa sangat berguna kepada kita. Oleh itu, kita sewajarnya
menghargai tumbuhan ini dan menggunakannya dengan sebaik -baiknya.

[Link] AUTOBIOGRAFI“Aku Sebuah Kamus”.

Aku bersyukur kerana dilahirkan sebagai sebuah kamus. Namaku Kamus Dewan
Pelajar. Badanku berbentuk empat segi. Aku tidak mempunyai kaki mahupun tangan.
Badanku setebal empat sentimeter. Aku dilahirkan di sebuah kilang percetakan di Kuala
Lumpur.
Rumah kedua aku ialah Kedai Buku Popular. Wah, banyak betul rakanku di kedai ini!
Mereka ialah rakan kamusku. Aku ditempatkan sederet dengan rakan kamus daripada
pelbagai syarukat penerbitan. Setelah berada dua bulan di kedai buku tersebut, aku
dibeli oleh seorang murid perempuan bernama Yu Shi Ting dengan harga RM28
senaskhah.
Rumah ketigaku adalah di rumah tuan baruku. Aku diletakkan di atas rak buku di
dalam biliknya. Yi Shi Ting seorang murid yang rajin. Dia selalu menggunakanku untuk
merujuk perkataan yang sukar. Kadangkala Yu Shi Ting membawaku ke sekolah.
Cikgu Debby Kong selalu memuji sikap Yu Shi Ting yang membawa kamus ke sekolah.
Aku memerhatikan tidak ramai murid yang membawa kamus ke sekolah. Jika aku boleh
bercakap sudah tentu aku akan menasihati mereka agar memiliki sebuah kamus untuk
meningkatkan kefahaman perbendaharaan kata.
Kini, Yu Shi Ting telah menamatkan pelajarannya di universiti. Namun, aku tetap
menjadi pembantu setianya walaupun dia sudah memiliki kamus lain. Aku adalah antara
sahabat lamanya yang paling dihargai. Aku berjanji akan tetap memberikan khidmat yan g
terbaik untuknya.
[Link] Tahun Baru Cina

Setiap tahun,orang Cina akan meyambut Tahun Baru Cina. Kami sekeluarga amat
gembira apabila sambutan itu menjelang tiba.
Sebelum tahun baru,kami akan membersihkan [Link] juga pergi ke
pasar raya untuk [Link] membeli pelbagai jenis makanan untuk
dimasak semasa perayaan.
Pada hari Tahun Baru Cina, kami bangun awal pagi. Selepas mandi,
kami memakai baju [Link] mengucapkan ‘Kong Xi Fatt Choy’ kepada ibu bapa
kami. Kanak-kanak berasa gembira kerana mendapat angpau.
Kami juga berkunjung ke rumah nenek. Di rumah nenek, kami
makan pelbagai jenis kuih. Kami juga berpeluang untuk menyaksikan tarian singa
di rumah nenek.
Pada waktu malam, kami bermain bunga api di halaman rumah
neenk. Saya dan sepupu sangat gembira melihat bunga api yang menerangi
kegelapan malam.
Keesokkan harinya, saya mengira wang angpau [Link] angpau
tersebut berjumlah RM200. Saya akan menyimpan wang tersebut ke dalam bank.

[Link] Hari Kanak-kanak

Pada hari Ahad yang lalu, sekolah saya telah mengadakan sambutan Hari Kanak -kanak.
Tujuan sambutan ini diadakan adalah untuk meraikan kanak -kanak yang bakal
menjadi pemimpin pada suatu hari nanti.
Murid-murid dan guru-guru berkumpul di dewan sekolah dengan perasaan yang
gembira. Kami menyanyikan lagu Negaraku dan lagu Bangsa Johor. Selepas itu, kami
mendengar ucapan yang disampaikan oleh guru besar. Dalam ucapannya, beliau
menasihati kami agar belajar dengan bersungguh-sungguhnya.
Murid-murid membuat persembahan yang menarik di atas pentas. Antaranya ialah
yoyo Cina, tarian, nyanyian, silap mata dan lain-lain lagi. Selepas itu, majlis penyampaian
hadiah diadakan bagi tokoh murid. Setiap murid juga menerima hadiah Hari Kanak -kanak
daripada pihak sekolah.
Pada pukul 10.30 pagi, kami pun masuk ke kelas masing-masing. Setiap kelas
mengadakan jamuan makan. Murid-murid membawa pelbagai jenis makanan dan minuman
dari rumah masing-masing. Guru-guru datang ke kelas untuk menikmati makanan dan
minuman yang sedap.
Pada pukul 12.50 tengah hari, semua murid pun pulang ke rumah masing-masing.
Saya berasa gembira kerana dapat menyambut Hari Kanak -kanak di sekolah. Saya
berharap agar Hari Kanak-kanak ini akan diadakan lagi pada tahun hadapan.
[Link] Hari Guru

Pada 16 Mei 2011 yang lalu, sekolah saya telah mengadakan sambutan Hari Guru. Tujuan
sambutan ini adalah untuk mengingati jasa guru yang telah mendidik murid dengan
berdedikasi.
Sejak awal pagi, semua murid, guru-guru dan ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru
telah berkumpul di dewan sekolah. Dewan sekolah telah dihias dengan belon-belon yang
cantik. Para hadirin mengambil tempat duduk masing-masing di dalam dewan sebelum
majlis bermula.
Majlis bermula tepat pada pukul 8.00 pagi dengan bacaan doa. Selepas itu,
juruacara menjemput Guru Besar SJK(C ) Chung Hua Spaoh untuk memberi ucapan
perasmian. Majlis telah dirasmikan oleh Guru Besar.
Seterusnya, persembahan koir, nyanyian dan tarian yang dipersembahkan oleh
murid-murid dijalankan. Para tetamu terhibur dengan persembahan yang menarik ini.
Selain itu, sukaneka yang melibatkan guru, murid-murid dan ibu bapa juga dijalankan.
Semua hadirin bermain dengan girang sekali.
Majlis berhenti pada pukul 11.00 pagi untuk para hadirin berehat seketika.
Semua hadirin dijemput untuk menikmati jamuan khas yang telah disediakan disediakan
oleh kantin sekolah dan ibu bapa. Semua makanan yang disediakan sedap-sedap belaka.
Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah kepada pemenang dalam acara
sukaneka. Di samping itu, sijil juga disampaikan kepada guru cemerlang. Wakil murid
daripada setiap kelas juga memberi bunga kepada setiap guru sebagai tanda
penghargaan.
Menjelang pukul 2.00 petang, majlis bersurai. Saya berasa penat tetapi
gembira. Kita perlulah mengingati jasa guru dan membalas jasa guru dengan belajar
bersungguh-sungguh. Janganlah kita bersikap seperti kacang melupakan kulit.
[Link]: Sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke-47

Setiap tahun negara kita akan mengadakan sambutan hari kemerdekaan negara bagi
mengingati detik bersejarah yang amat berharga kepada semua rakyat Malaysia. Pada
tahun ini iaitu tahun 2004, sambutan Hari Kemerdekaan Negera bertempat di Kuantan,
Pahang. Sambutan tersebut diadakan pada tarikh 31 Ogos, bersempena hari
kemerdekaan negera. Ramai yang datang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama
untuk meraikan hari yang bersejarah tersebut.
Tujuan sambutan ini diadakan adalah untuk menanam perasaan cinta rakyat
Malaysia terhadap Negara. Kemerdekaan daripada penjajahan bukanlah sesuatu yang
mudah kerana ramai pahlawan terpaksa berkorban harta dan nyawa bagi memastikan
negara terlepas daripada belengu penjajahan yang menyeksakan. Oleh itu sewajarnyalah
kita berganding bahu agar negara kita terus maju, aman dan harmoni.
Pada tahun ini saya amat gembira kerana pertama kali berpeluang
menyaksikan sendiri sambutan itu di Kuantan. Sambutan itu bermula tepat pada
pukul 8.00 pagi dengan upacara menaikkan bendera Jalur Gemilang. Serentak dengan
upacara tersebut, semua hadirin berdiri tegak dan menyanyi lagu 'Negaraku' dengan
penuh bersemangat. Apatah lagi apabila nyanyian keramat itu disemarakkan dengan
alunan muzik yang dimainkan oleh sebuah pasukan pancaragam. Kemudian, hadirin
menyanyikan beberapa lagu patriotik antaranya ialah lagu 'Malaysia Jaya', 'Malaysia
Maju', dan 'Keranamu Malaysia'. Menarik sekali melihat mereka menyanyikan lagu -lagu
tersebut sambil mengibarkan bendera Jalur Gemilang.
Selepas itu perbarisan lintas hormat telah diadakan pada pukul 9.00 pagi oleh
murid-murid sekolah, kaki tangan kerajaan, pihak swasta dan lain-lain lagi. Upacara
perbarisan ini bertambah menarik dengan munculnya kenderaan-kenseraan pasukan
keselamatan negara kita seperti bomba, polis dan tentera serta pelbagai kenderaan yang
dihias cantik dengan Bendera Jalur Gemilang dan sebagainya. Semua peserta perbarisan
mengibarkan bendera Jalur Gemilang semasa perbarisan tersebut. Lebih menarik lagi
apabila serentak dengan upacara tersebut, penerbangan lintas hormat oleh beberapa
buah helikopter dan jet pejuang negara kita turut diadakan.
Pada pukul 11.00 pagi, upacara penutup telah diadakan. Saya berasa amat
bertuah kerana pada tahun ini saya berpeluang menghadiri Sambutan hari Kemerdekaan
yang sungguh meriah. Saya berharap agar sambutan Hari Kemerdekaan akan diadakan
dengan lebih meriah lagi pada tahun hadapan. "Saya berasa bangga menjadi Warga
Negara Malaysia".

Laporan desediakan oleh, 6 September 2004

..................................
(NUR SYHIRAH BINTI ABU BAKAR)
16Karangan Keperihalan-Hari Keusahawanan

Sekolah Kebangsaan Bandar Baru telah mengadakan Hari Keusahawanan sekolah


pada 27 Jun 2014 iaitu pada hari Jumaat yang [Link] Hari Keusahawanan
ini diadakan adalah untuk mendedahkan pengalaman mengurus gerai kepada
pelajar di samping dapat menyemai sikap berdikari dan semangat keusahawanan
dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah.
Tepat pada pukul 8.00 pagi, para peserta yang terdiri daripada kalangan
pelajar sibuk menyediakan barangan jualan di khemah-khemah yang telah
disediakan manakala pelajar yang tidak terlibat perlu berada di kelas masing-
masing bagi pengajaran dan pembelajaran seperti biasa sehingga tiba waktu
rehat. Para peserta kelihatan bersemangat ketika menyediakan barang-barang
jualan di gerai masing-masing. Terdapat pelbagai aneka jualan yang dijual seperti
pelbagai jenis makanan dan minuman berserta buku.
Makanan dan minuman terdiri daripada aneka mee, pelbagai jenis kek,
nasi ayam, laksa, air kisar pelbagai perisa dan banyak lagi. Semasa waktu
rehat,saya dapati pelajar yang bertugas di gerai sibuk mempromosikan barang
jualan masing-masing supaya pengunjung bertumpu di [Link] yang
menjual makanan menjadi tumpuan pelajar manakala gerai yang menjual pakaian,
tudung dan aksesori wanita agak lengang.
Waktu rehat yang agak panjang membolehkan saya meronda kesemua gerai
yang ada dan melihat gelagat pelajar-pelajar yang [Link] juga berkesempatan
untuk merasai pengalaman ngeri setelah masuk ke Rumah Hantu kelolaan Kelab
Kebudayaan. Saya sangat kagum dengan kesungguhan pelajar dan guru yang
terlibat kerana berjaya merealisasikan Rumah Hantu yang ngeri dan menakutkan.
Sepanjang saya berada di dalam Rumah Hantu,bulu roma saya sentiasa
meremang kerana suasananya sangat [Link]-pelajar perempuan yang
lain tidak hent-henti menjerit kerana ketakutan namun,saya cuba untuk
mengawal diri dengan bertenang.
Pada pukul 3.00 petang, acara Hari Keusahawanan sampai ke penghujungnya.
Sebelum itu, banyak gerai mengadakan jualan penghabisan stok sebelum menutup
gerai masing-masing. Banyak pengunjung berpusu-pusu untuk membeli makanan
dan minuman dengan harga yang [Link] sangat gembira dapat membantu
pihak sekolah menjayakan Hari Keusahawanan.
[Link] Jenis Cerita

Suatu hari ketika kamu tinggal sendirian di rumah, kamu telah dikejutkan oleh
suara riuh-rendah. Apabila kamu menjenguk ke luar, kamu dapati asap berkepul-
kepul naik ke angkasa dari rumah jiran kamu. Ceritakan peristiwa yang kamu
saksikan itu.

Pada hujung minggu yang lepas, saya terpaksa tinggal sendirian di rumah kerana
ibu bapa saya pergi ke tempat kenduri kahwin. Untuk menghilangkan rasa jemu,
saya membaca sebuah buku cerita.

Ketika saya leka membaca, tiba-tiba saya terdengar suara riuh-rendah meminta
tolong. Saya segera menjenguk ke luar. Alangkah terkejutnya saya apabila saya
dapati asap berkepul-kepul keluat dari rumah jiran saya. Suatu kebakaran telah
berlaku.

Orang ramai mula berkumpul di situ. Ada yang cuba memadamkan kebakaran dan
ada yang menolong memunggahkan barang-barang. Saya mulai berasa bimbang
kalau-kalau api itu merebak ke rumah saya.

Tanpa berlengah-lengah lagi, saya terus menelefon pihak bomba. Sepuluh minit
kemudian, anggota bomba pun tiba di situ. Ahli-ahli bomba telah bertungkus-
lumus memadamkan api tersebut. Akhirnya kebakaran itu dapat dikawal daripada
merebak.

Saya berasa gembira kerana rumah saya terselamat daripada kebakaran


tersebut.
18
Loceng sekolah berbunyi. Semua murid keluar dari kelas masing-masing
untuk pulang ke rumah. Aku berjalan ke perhentian bas yang terletak di
hadapan sekolah. Tiba-tiba...

Mulakan cerita anda dengan : Tiba-tiba ...

Tiba-tiba, aku terlihat ramai orang menuju ke arah perhentian bas . Aku
mempercepat langkah . Ada murid sekolah kemalangan . Hatiku berdebar, rasa-
rasanya aku amat mengenali mangsa . Aku mendekati mangsa. Tidak syak lagi
Aliya yang terbaring di atas jalan dengan berlumuran darah. Aku berlari
mendapatkan sahabatku. Aliya seperti ingin menyatakan sesuatu padaku.

Tidak lama kemudian, van ambulans pun tiba. Aku mengiringi Alya ke
hospital . Aku melihat kepalanya berdarah dan badannya luka . Dia kel ihatan
lemah dan tidak [Link] segera dimasukkan ke wad kecemasan. Sementara
menunggu , aku menelefon ibu bapanya .

Ketika aku sedang duduk menanti Alya , ibu bapanya tiba . Mereka tidak
dapat menahan kesedihan. Aku menenangkan mereka. Ke mudian, seorang doktor
keluar . Doktor memaklumkan keadaan Alya. Beliau meminta kami banyak berdoa .
Alya masih tidak stabil. Dia kehilangan banyak darah.

Tanpa disedari, aku menangis . Aku berdoa semoga Alya selamat .


Seterusnya , aku menelefon ibu dan ayah aku memaklumkan kejadian ini. Aku
meminta kebenaran untuk menemani ibu bapa Alya.

Setelah penat menunggu, aku tertidur . Aku terjaga setelah terdengar


bunyi riuh rendah . Kebanyakan saudara mara Alya sudah berkumpul di hospital .
Aku melihat kebanyakan mereka menangis. Seterusnya, aku terdengar mereka
menyatakan Alya sudah meninggal dunia.

Aku seperti sedang bermimpi. Aku meminta kepastian daripada ibu Alya.
Benar, Alya sudah meninggal . Aku reda kerana Allah lebih menyayanginya. Setiap
yang hidup pasti akan mati.
19
Aku dan beberapa orang rakan sedang berbasikal di taman. Tiba-tiba aku
terlihat seorang kanak-kanak terjatuh daripada buaian. Kanak-kanak tersebut
tersembam di atas tanah.

Aku dan rakan-rakanku bergegas menghampiri kanak-kanak tersebut.


Beberapa orang rakan kanak-kanak tersebut kelihatan ketakutan dan ada yang
menangis. Lebih-lebih lagi apabila mendengar rakannya yang terjatuh itu meraung
kesakitan. Kulihat lutut dan siku kanak-kanak itu berdarah.

Aku menyuruh Amar segera mencari ibu kanak-kanak yang malang itu.
Aku dan Faizal pula mengangkat kanak-kanak itu ke tempat yang redup di bawah
pokok tidak jauh dari situ. Ketika aku mengangkatnya, kanak-kanak itu meraung
kesakitan. Aku pasti tangan kanak-kanak itu terseliuh atau mungkin patah.

Sementara menunggu ibu bapa kanak-kanak itu sampai, aku menyuruh


Ahmad menahan kereta di jalan besar yang tidak jauh dari situ. Dengan
pengalaman dan pengetahuan sebagai ahli persatuan bulan sabit merah di sekolah,
aku segera membuat anduh daripada bajuku untuk mengampu tangannya yang
cedera.

Sejurus kemudian, ibu kanak-kanak itu sampai. Dia terkejut melihat


anaknya yang cedera itu. Aku terus menceritakan kepadanya apa yang telah
berlaku. Ibu kanak-kanak itu kelihatan cemas kerana anaknya tidak sedarkan diri.

Ahmad dan seorang pemuda muncul dan bersedia untuk membawa kanak-
kanak itu ke hospital. Ibu kanak-kanak itu tanpa berlengah-lengah terus
mengangkat anaknya ke dalam kereta pemuda tersebut. Aku mengingatkan rakan-
kanak-kanak yang malang itu, supaya berhati-hati ketika bermain.
20.
Hari sudah jauh malam. Adik-adik aku sudah tidur, namun ibu bapa aku belum
juga pulang. Aku menjadi bimbang dan risau. Tiba-tiba aku terdengar bunyi
sesuatu.

Malam semakin sejuk, hendak lelapkan mata, aku tidak rasa mengantuk.
Aku ingin bangun dari tempat tidurku, namun pelbagai andaian bermain di
kepalaku. Aku berasa tidak sedap hati.

Bunyi itu semakin jelas. Setahuku, jiranku telahpun pulang ke


kampungnya. Dari manakah datangnya bunyi itu? Aku memberanikan diri untuk
mengintai dari celah pintu. Aku dapat melihat dengan jelas kelibat dua orang
pencuri sedang mundar-mandir di dapur. Aku segera menutup lampu kalau-kalau
pergerakkanku diperhatikan.

Kedua-dua mereka nampak mencurigakan. Mereka berjalan


terbongkok-bongkok. Mereka membawa beberapa peralatan rumah ke sudut
halaman.

Menyedari kejadian itu, aku segera menelefon polis. Tidak lama


kemudian, pihak polis pun tiba. Kedua-dua pencuri itu telah ditangkap. Kedua-
duanya ialah kumpulan pencuri yang dikehendaki polis.

Aku juga terdengar bunyi deruan enjin kereta ayah. Rupa-rupanya


ibu dan ayahku telahpun pulang. Aku amat gembira dan berasa lega. Ibu dan ayah
tercengang melihat polis di sekeliling kawasan rumah. Pihak polis mengucapkan
terima kasih kepadaku.

Ibu dan ayahku tersenyum mendengar cerita itu. Tiba-tiba, ibu


datang memelukku. Ibu dan ayah bangga denganku. Aku akan mengingati
peristiwa itu sebagai kenangan manis buatku.

Disediakan : Cikgu Siti Khalijah

Anda mungkin juga menyukai