Fenomena Siang dan Malam dalam Sains Kanak-Kanak
Fenomena Siang dan Malam dalam Sains Kanak-Kanak
__________________________________________________________________________________
HDPS3603
AWAL SAINS UNTUK KANAK-KANAK/ EARLY SCIENCE FOR CHILDREN
SEMESTER JANUARI 2019
__________________________________________________________________________________
E-MAIL : gadisayuberbajukurung@[Link]
[1]
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 PENGENALAN 3
4.0 PENUTUP 20
5.0 RUJUKAN 21
1.0 PENGENALAN
[2]
Umum mengetahui bahawa bidang pembelajaran sains awal bagi kanak-kanak
prasekolah adalah merupakan medium terbaik bagi membolehkan kanak-kanak dapat merasai
kebebasan meneroka dan belajar dengan alam. Secara harafiahnya, sains boleh ditakrifkan
sebagai ilmu yang boleh menerangkan tentang sesuatu serta memahami sifat alam. Umum
mengetahui bahawa, bidang sains merangkumi tiga aspek yang cukup penting dalam
perkembangan awal kanak-kanak iaitu kognitif, konatif serta afektif. Hal ini dikukuhkan lagi
dengan kenyataan Joseph Abruscato (2000) yang menyatakan bahawa sains adalah suatu
proses yang melibatkan kemahiran intelek dan manipulatif bagi mendapatkan maklumat
berhubung alam semula jadi. Dalam erti kata yang lain, bidang sains ini juga dapat
didefinisikan sebagai apa juga pengetahuan yang diperolehi oleh seseorang individu melalui
aplikasi proses saintifik baik secara langsung mahupun tidak.
Hal ini demikian kerana, pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperoleh melalui
pengalaman sains seharusnya dapat membantu kanak-kanak memahami dan mencorakkan
alam sekeliling. Oleh itu, pendedahan awal dalam sains penting bagi membolehkan kanak-
kanak membina rasa tanggunjawab dan prihatin serta rasa hormat pada alam sekitar. Interaksi
positif yang dialami secara terus membantu peningkatan kanak-kanak dalam pembelajaran
dan memperbaiki kualiti kehidupan dalam jangka masa panjang. Selain itu, jika dilihat
kepada fungsi dan peranan pendidikan sains awal ini, jelas bahawa ianya menfokuskan
kepada perkembangan deria/ sensori dan pemahaman dunia persekitaran. Bidang
pembelajaran ini lebih dikenali sebagai pra-sains.
Pendidikan Sains awal kebiasaannya adalah sesuatu yang subjektif kerana sains
adalah sesuatu yang dilakukan oleh kanak-kanak setiap hari apabila mereka bertanyakan
soalan, memerhati serangga, membuat ketulan ais, menunggang basikal, mengasah pensel
ataupun memasang lampu. Dengan kata lain, sains adalah sesuatu yang berkaitan dengan
persekitaran yang mana ia akan mewujudkan perasaan ingin tahu kanak-kanak untuk
meransang perkembangan kognitif dan deria mereka. Biasanya, kanak-kanak bersifat ingin
tahu atau inkuisitif. ( Johnston, 1996) Kenyataan ini dibuktikan melalui soalan-soalan yang
kerap kali ditanya dengan tujuan mendapatkan penjelasan dan kefahaman berhubung sesuatu
yang menarik perhatian mereka. Melalui proses ini, kanak-kanak akan cuba membina
pengertian dan kefahaman berhubung dengan fonomena yang dialami. Untuk itu, tugasan ini
akan menerangkan tentang fenommena siang dan malam secara jelas dan terperinci.
[3]
2.0 FENOMENA KEJADIAN SIANG DAN MALAM
Kejadian siang dan malam seperti yang tertera pada gambar 1 diatas merupakan
diantara kebanyakan tanda-tanda kebesaran Allah S.W.T. Hal ini kerana Siang dan malam
merupakan satu fenomena yang biasa manusia lihat. Walaubagaimanapun, pernakah manusia
terfikir betapa pentingnya kejadian atau fenomena ini. Sesungguhnya, kejadian siang dan
malam memiliki 1001 kebaikan dan manfaat yang begitu besar untuk proses
keberkelangsungan hidup untuk sekalian makhluk yang ada di dunia ini, tidak kiralah benda
yang hidup (manusia, binatang, dan tumbuhan). Oleh yang sedemikian, Allah Swt seringkali
berfirman di dalam Kitabnya mengenai proses kejadian siang dan malam ini.
Hal ini demikian kerana, Allah S.W.T ingin mengajak semua umatnya untuk berfikir
dengan kewarasan akal dan minda bahawa alam ini pasti diatur oleh sesuatu zat yang luar
biasa. Sebenarnya, memperkatakan tentang fenomena kejadian siang dan malam ini, kita
sering merasa dan melihatnya dengan kepala mata sendiri ketika tibanya siang dan malam.
Apa yang menjadi persoalan pada benak minda kita adalah bagaimana proses ini terjadi
setiap hari. Umum mengetahui bahawa putaran siang dan malam merupakan perjalanan
manusia di muka bumi ini yang akan terus berlaku setiap hari sehinggalah hari kiamat. Maka,
mempercayai kejadian siang dan malam secara tidak langsung akan menambahkan keyakinan
manusia kepada dzat yang Maha esa.
[4]
PROSES KEJADIAN SIANG DAN MALAM
ِ ِ
ًشورا َ َو ُه َو الَّذي َج َع َل لَ ُك ُم اللَّْي َل لبَاساً َوالن َّْو َم ُسبَاتاً َو َج َع َل الن
ُ َُّه َار ن
Ertinya:” Dan Dialah yang menjadikan untuk kamu malam sebagai pakaian dan tidur
sebagai pemutus dan Dia menjadikan siang untuk bertebaran”.
Ayat diatas membuktikan mengenai kekuasaan Allah S.W.T melalui pembayang iaitu
di mana kehadiran cahaya matahari dari terbit hinggalah terbenamnya matahari iaitu siang
dan malam. Selain itu, ayat ini iaitu “malam sebagai pakaian dan tidur sebagai pemutus”
menerangkan bahawa semua pekerjaan atau aktivit akan tertangguh agar manusia dapat
berehat serta mengumpul tenaga untuk pekerjaan keesokan harinya.
Ertinya:” Dan Dia yang menjadikan malam dan siang silih berganti bagi siapa yang ingin
mengambil pelajaran atau bagi yang ingin bersyukur.”
Bumi adalah planet yang di huni oleh manusia dan merupakan satu planet yang
berputar mengelilingi matahari bahkan ianya juga dalam masa yang sama mengitari dirinya
sendiri dengan cara berputar pada paksinya. Bumi memerlukan waktu 24 jam, bererti ini satu
hari satu malam bagi manusia dan semasa bumi berputar selama 24 jam, akan ada bahagian
daripada muka bumi yang terkena cahaya matahari dan menyebabkan adanya cahaya dan
inilah yang menyebabkan berlakunya siang hari. Seterusnya, bumi yang membelakangi
matahari akan bertukar menjadi gelap dan ianya dikenali sebagai malam.
Banyak yang menganggap bahawa matahari yang berputar mengelilingi bumi dari
timur ke barat dan kemudian timbul pula di Timur. Namun, hakikat sebenar dalam proses
kejadian siang dan malam ini adalah bumi yang berputar mengelilingi matahari setiap hari .
Kalau dilihat dari Kutub Utara, maka perputaran bumi nampak berlawanan dari arah jarum
jam dan kita akan melihat kalau siang dan malam menyapu bola bumi dari timur ke barat.
[5]
Allah Berfirman yang mafhumnya :
"Engkau panjangkan (waktu) malam dari slang dan Engkau panjangkan (waktu) slang dan
malam. Engkau keluarkan (ciptakan) yang hidup dari yang mati dan Engkau ciptakan yang
mati dari yang hidup. Engkau beri rezeki siapa yang Engkau kehendaki tanpa hisab." ( Al-
Quran, 3: 27)
Berdasarkan kepada ayat diatas, maka jelaslah bahawa Allah stelah mengatur proses
silih ganti fenomena siang dan malam dengan cukup sempurna, tersusun serta kemas
sehingga terjadinnya putaran masa siang dan malam. Bahkan, dalam masa yang sama juga
Allah turut menjelaskan nikmat berupa rezeki yang begitu banyak untuk manusia mengatur
aktiviti kehidupan atas muka bumi ini di mana Allah "tidak berkira" untuk memberikannya
atas sifatnya sebagai "Yang Maha Pemurah". la boleh diberi dalam bentuk kesuburan tanih,
tumbuhan yang menghijau, hasil pertanian, ternakan dan keselesaan kehidupan manusia itu
sendiri sebagai kesan daripada fenomena kejadian siang dan malam. Ini adalah kerana tanpa
siang dan malam yang "dijadualkan" secara silih berganti, ekosistem alam akan terganggu
dan menjejaskan aktiviti ekonomi, kemanusiaan, perkembangan industri, pelancongan dan
sebagainya akan terbantut dan menjadi tidak produktif.
[6]
Secara harafiahnya, siang dan malam disebabkan putaran bumi pada paksinya yang
mengambil masa 24 jam untuk satu putaran lengkap. Bahagian yang menghadap matahari
mengalami siang manakala yang membelakangkan matahari mengalami malam. Memahami
kejadian siang dan malam dianggap sebagai asas dalam ilmu falak kerana konsep putaran
bumi pada paksinya dianggap mudah berbanding konsep lain yang lebih abstrak. Sungguhpun
begitu, hasil kajian yang telah dilaksanakan di dunia menunjukkan masih wujudnya salah
faham yang sangat ketara dalam kalangan murid mahupun guru berkaitan konsep kejadian
siang dan malam ini.
Di Malaysia misalnya, Hasil daripada kajian Zurida dan Mohd Zaaba (2001)
memperlihatkan bahawa kebanyakan murid menganggap fenomena siang dan malam terjadi
akibat peredaran bumi mengelilingi matahari dan apabila disoal oleh guru tentang apa yag
berlaku kepada matahari pada waktu malam, kebanyakan murid akan menjawab ‘matahari
pergi ke tempat lain’ atau ‘ matahari berada di sebelah hemisfera lain’. Ada juga yang
mengatakan ‘matahari akan turun ke laut, oleh itu matahari tidak dapat memancarkan
cahayanya’.
Hasil Kajian yang dilakukan oleh Mohd Zamani (2000), jelas menunjukkan bahawa
sebilangan murid mengganggap bahawa malam terjadi disebabkan oleh keberadaan matahari
yang kononnya bersembunyi di sebalik bukit atau awan. Malah apabila ditanya tentang
soalan ‘apakah yang terjadi kepada bulan dan bintang pada waktu siang?’ sebahagian
daripada mereka telah memberikan jawapan yang berbunyi ‘pada waktu siang bulan dan
bintang tiada’. Terdapat juga murid yang percaya pada waktu siang bulan ada tetapi bintang
tiada. Tidak cukup dengan itu, jika dilihat kepada Kajian yang dilakukan oleh Dunlop (1999)
terhadap kanak-kanak yang telah melakukan lawatan ke Balai Cerap Auckland menunjukkan
bahawa terdapat murid yang menyatakan siang terjadi disebabkan bumi beredar mengelilingi
matahari manakala malam disebabkan bumi beredar mengelilingi bulan.
[7]
Menurut Shamsudin (1994), idea ini telah mendominasi bidang astronomi selama
1400 tahun sehinggalah Copernicus mengemukakan teori matahari sebagai pusat sistem suria
pada tahun 1514. Teori yang hanya diterbitkan setelah Copernicus meninggal dunia ini
disokong kuat oleh Galileo Galilei yang kemudiannya telah dipenjarakan kerana pihak gereja
menganggap teori ini sebagai bid’ah. Kajian yang telah dijalankan oleh Roslizah (2003),
Parker dan Heywood (1998) dan Summers dan Mant (1995) menunjukkan guru juga kurang
memahami kejadian siang dan malam dan putaran bumi pada paksinya. Banyak guru
beranggapan arah putaran bumi adalah dari kutub utara ke kutub selatan, peredaran bumi
mengelilingi matahari mengambil masa 24 jam dan fenomena siang dan malam disebabkan
oleh bulan. Gambar rajah yang dilukiskan oleh guru menunjukkan guru tidak memahami
konsep cahaya bergerak lurus yang terlibat dalam kejadian siang dan malam. Selain itu guru
juga masih tidak jelas maksud istilah berputar dan beredar.
Sebagai kesimpulannya, subjek awal sains untuk kanak-kanak adalah salah satu
daripada mata pelajaran wajib yang seharusnya diajar dan dipelajari oleh semua murid
walaupun pada hakikatnya ianya agak sukar difahami. Salaha faham tentang konsep sains ini
nyatanya seringkali berlaku dalam kalangan guru dan murid di awal usia prasekolah. Oleh hal
yang demikian, Salah konsep ini perlu ditangani secara serius kerana boleh menimbulkan
masalah di dalam proses pengajaran pemelajaran. Kajian-kajian yang telah dibincangkan
menunjukkan pembelajaran yang bermakna hanya akan berlaku sekiranya guru dapat
mengenal pasti salah konsep yang terdapat di dalam pengetahuan sedia ada murid seterusnya
menangani salah konsep tersebut dengan berkesan.
[8]
3.0 JUSTIFIKASI MENGAJAR KANAK-KANAK KEJADIAN SIANG DAN MALAM
3.1 Rancangan Pengajaran Harian
[9]
MASA / FASA ISI PELAJARAN AKTIVITI PdP CATATAN/ BAHAN
IMAGINASI
Tayangan Video animasi -Guru menanyangkan kepada
( 10 minit) MI:
Kejadian siang dan
murid sebuah video animasi Intrapersonal,Naturalis
Malam
yang menerangkan tentang
Nilai :
kejadian siang dan malam -Tekun
-Berkeyakinan
-Murid memerhatikan dengan
-Berani
teliti video yang ditayangkan -Kerjasama
oleh guru
- Guru menceritakan susunan
dan proses kejadian siang dan
malam
-Guru bersoal jawab dengan
murid
PERKEMBANG -Guru memberikan penerangan BBM :
AN Demonstrasi Kejadian dengan teliti dan menunjukkan Gambar, Globe, lampu suluh
Siang dan Malam
(10 minit) demonstrasi kejadian siang dan KB:
Mengenal pasti, mengelaskan
malam dengan menggunakan
globe dan lampu suluh. MI: Interpersonal,Naturalis
Nilai :
-murid mendengar penerangan -Tekun
-Berkeyakinan
guru dengan teliti
-Berani
[10]
secara berkumpulan kepada
murid
-Murid melaksanakan kerja
berkumpulan iaitu
menunjukkan demonstrasi
kejadian siang dan malam
[11]
REFLEKSI
Murid - Murid berasa seronok dengan aktiviti demonstrasi kejadian siang dan malam yang
dilakukan oleh mereka tetapi keadaan kelas menjadi bising kerana masing-masing berebut
untuk membuat aktiviti tersebut.
Guru - Penerangan guru yang sangat jelas dan perancangan aktiviti yang sangat tersusun
sangat menarik perhatian murid dan menjadikan kelas berjalan lancar seperti yang dirancang
tetapi guru gagal memastikan keadaan kelas terkawal kerana murid terlalu bising.
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
[12]
BAHAN BANTU
SET INDUKSI
LANGKAH 1
Tayangan Video :
[13]
LANGKAH 2
Bahan Bantu Demonstrasi Kejadian Siang dan Malam : Globe dan lampu suluh
LANGKAH 3
[14]
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 2 ( Aktiviti dalam Kelas )
[15]
MASA / FASA ISI PELAJARAN AKTIVITI PdP CATATAN/ BAHAN
Nilai :
-murid mendengar penerangan -Tekun
-Berkeyakinan
guru dengan teliti
-Berani
[16]
-Guru memberikan tugasan
secara berkumpulan kepada
murid
-Murid melaksanakan kerja
berkumpulan iaitu
menunjukkan demonstrasi
kejadian siang dan malam
[17]
REFLEKSI
Murid - Murid berasa seronok dengan aktiviti membaca sukukata yang dilakukan oleh
mereka tetapi keadaan kelas menjadi bising kerana masing-masing berebut untuk membaca
suku kata tersebut
Guru - Penerangan guru yang sangat jelas dan perancangan aktiviti yang sangat tersusun
sangat menarik perhatian murid dan menjadikan kelas berjalan lancar seperti yang dirancang
tetapi guru gagal memastikan keadaan kelas terkawal kerana murid terlalu bising.
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
[18]
BAHAN BANTU
SET INDUKSI
LANGKAH 1
[19]
LANGKAH 2
LANGKAH 3
[20]
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 3 ( Aktiviti di luar Kelas )
[21]
MASA / FASA ISI PELAJARAN AKTIVITI PdP CATATAN/ BAHAN
ditunjukkan KBKK:
Guru bersoal jawab Mengenalpasti
-Murid menjawab pertanyaan
dengan murid :
1. Apakah ini? guru MI: Intrapersonal,Naturalis
2. Apakah kegunaan
alat ini.
3. Alat ini dikenali
sebagai apa?
IMAGINASI
KAD BERGAMBAR Bahan : Kad Bergambar
( 10 minit) -Guru menanyangkan kepada
MI:
murid kad bergambar yang Intrapersonal,Naturalis
menerangkan tentang kejadian
Nilai :
siang dan malam -Tekun
-Berkeyakinan
-Murid memerhatikan dengan
-Berani
teliti kad bergambar yang -Kerjasama
ditayangkan oleh guru
- Guru menceritakan susunan
dan proses kejadian siang dan
malam
-Guru memberikan penerangan
yang terperinci kepada murid
-Guru bersoal jawab dengan
murid
[22]
PERKEMBANG -Guru memberikan penerangan BBM :
AN Membentuk Bulan dan dengan teliti dan menunjukkan Gambar, Globe, lampu suluh
Matahari menggunakan
(10 minit) cara melaksanakan aktiviti KB:
Slime /Playdoh
Mengenal pasti, mengelaskan
berkumpulan dengan
menggunakan slime/Playdoh MI: Interpersonal,Naturalis
-murid mendengar penerangan
Nilai :
guru dengan teliti -Tekun
-Berkeyakinan
-Guru memberikan tugasan
-Berani
secara berkumpulan kepada
murid
-Murid melaksanakan kerja
berkumpulan iaitu membentuk
bulan dan matahari
menggunakan slime/playdoh
-Guru bersoal jawab dengan
murid
TINDAKAN “JOM TAMPAL’’ BBM :
Murid menampal -Murid duduk di tempat
(25 minit) Lembaran kerja, kertas warna
Lukisan Bulan dan masing-masing untuk membuat , gam.
Matahari menggunakan aktiviti secara individu.
kertas warna dengan MI:Intrapersonal, interpersonal
kaedah tampalan. -Guru memberikan lembaran Naturalis
kerja kepada semua murid
Nilai :
-Tekun
-murid menyiapkan lembaran -Berkeyakinan
kerja secara individu -Berani
-Bekerjasama
[23]
REFLEKSI
Murid - Murid berasa seronok dengan aktiviti membentuk bulan dan matahari dilakukan
oleh mereka tetapi murid-murid menjadi bising dan tidak terkawal kerana masing-masing
berebut untuk membuat aktiviti tersebut tambahan lagi aktiviti tersebut di laksanakan di luar
kelas.
Guru - Penerangan guru yang sangat jelas dan perancangan aktiviti yang sangat tersusun
sangat menarik perhatian murid dan menjadikan kelas berjalan lancar seperti yang dirancang
tetapi guru gagal memastikan keadaan kelas terkawal kerana murid terlalu bising.
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
[24]
BAHAN BANTU
SET INDUKSI
LANGKAH 2
[25]
LANGKAH 2
Playdoh/ Slime
LANGKAH 3
[26]
4.0 KESIMPULAN
Tidak cukup dengan itu, pendidikan sains awal kanak-kanak ini juga perlu
dipelbagaikan dari segi corak penyampaiannya kerana ianya dapat membantu dan
memberikan kefahaman yang secukupnya kepada semua mruid mengenai fenomena sains
yang seringkali berlaku dalam kehidupan manusia baik secara langsung mahupun tidak
langsung. Hal ini adalah penting bagi mengelakkan berlakunya kesalahfahaman konsep
terhadap mana-mana fenomena alam yang berlaku misalnya proses kejadian siang dan malam
yang seringkali disalahertikan konsepnya oleh kanak-kanak.
[27]
RUJUKAN
Ahmad Hozi, H. A. Rahman, (2001). Kurikulum Baru Sains dan Matematik Sekolah Rendah
Tahun 2003, Konvensyen Pendidikan Sains dan Matematik Sekolah Rendah Luar
Bandar, Negeri Sembilan Darul Khusus, 13 Februari 2019, daripada
[Link]
Bahagian Pendidikan Guru. 1995. Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Rendah.
Barbra R. H. & Rubba. P. A. 1992. A Comparison Of Preservice And In-Service Earth And
Space Science Teachers’s General Mental Abilities , Content Knowledge And
Problem-Solving Skills. Journal Of Research In Science Teaching.
Chua, Yan Piaw, (2009). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Statistik Penyelidikan
Lanjutan,Ujian Univariat Dan Multivariat, Kuala Lumpur: McGraw Hill Education.
[Link]
[Link]
[Link]
[28]
[29]