ASSIGNMENT SUBMISSION AND ASSESSMENT
PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN
__________________________________________________________________________________
CDCA2103
INFORMATION TECHNOLOGY AND APLICATIONS
MAY 2018 SEMESTER
__________________________________________________________________________________
SEMESTER / TAHUN : SEMESTER 3 2017
KOD KURSUS : CDCA2103
TAJUK KURSUS: INFORMATION TECHNOLOGY AND APLICATIONS
___________________________________________________________________________
NAMA : NORAZIZAH BTE ABD AZIZ
NO. MATRIKULASI : NORAZIZAH001
NO. KAD PENGNEALAN : 800826-12-5148
NO. TELEFON : 0146568920
E-MEL : gadisayuberbajukurung@[Link]
PUSAT PEMBELAJARAN : OUM KOTA KINABALU
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 PENDAHULUAN 3
2.0 PENGERTIAN DATA RAYA 3-4
3.0 APLIKASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM 5-7
MENINGKATKAN DATA RAYA
4.0 SEJAUHMANA PERNIAGAAN DAPAT MEMANFAATKAN
TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM ASPEK PENJAGAAN
KESIHATAN, PENDIDIKAN DAN PENGIKLANAN
4.1 PENJAGAAN KESIHATAN
8-12
4.2 PENDIDIKAN
4.3 PENGIKLANAN
5.0 PENUTUP
13
RUJUKAN 14
2
1.0 PENGENALAN
Umum mengetahui , kecanggihan demi kecanggihan yang berlaku seiring dengan
peredaran zaman nampaknya telah mengubah keseluruhan fungsi Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT) itu sendiri sehingga ianya telah diangkat sebagai suatu bentuk
perkembangan yang kian menyerlah di peringkat global. Secara automatiknya, perkembangan
ini turut melibatkan penggunaan ICT dalam bidang perniagaan yang menjadi salah satu
sumber dalam pertumbuhan ekonomi negara. Sehingga ke detik ini, Kerajaan Malaysia telah
menjalankan pelbagai inisiatif bagi menggalakkan lagi penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) dalam perniagaan kerana sudah terang lagikan bersuluh kehidupan era
digital pada masa kini telah memainkan peranan yang cukup penting dalam usaha untuk
membentuk persekitaran pernigaan baharu yang berlandaskan kepada platform ICT. Untuk
itu, tugasan ini dirangka untuk memperjelasi mengenai definisi Data Raya dan sejauhmana
Teknologi Maklumat diaplikasikan dalam meningkatkan Data raya disamping
membincangkan mengenai sejauhmana perniagaan itu dapat memanfaatkan teknologi
maklumat dalam aspek Penjagaan kesihatan, pendidikan dan pengiklanan. Kajian mendapati
bahawa kebergantungan individu kepada ICT ini telah menjadi suatu komponen asas yang
cukup penting dalam pengoperasian perniagaan bagi mencapai tahap yang optimum. Secara
tidak langsung, kajian ini memberi implikasi kepada penggunaan ICT dalam perniagaan bagi
tujuan untuk meningkatkan ekonomi digital serta menempuh cabaran dalam era revolusi
perindustrian 4.0.
2.0 PENGERTIAN DATA RAYA
Menurut Samsudin et al. (2011) Malaysia merupakan sebuah negara yang menyokong
tegar usaha mengintegrasikan penggunaan ICT dalam pembangunan. Berlaku penembusan
internet yang tinggi di Malaysia pada saban tahun dan peningkatan ini disebabkan oleh
pembangunan prasarana yang disediakan oleh kerajaan. Penyediaan prasarana dalam bidang
teknologi merupakan salah satu usaha kerajaan memastikan rakyat Malaysia mampu untuk
berdaya saing sehingga peringkat global. Pentadbiran kerajaan Malaysia telah menyediakan
tujuh inisiatif berkaitan penggunaan ICT. Antara inisiatif tersebut adalah dengan menjadikan
kerajaan bersifat e-kerajaan serta proses perniagaan melibatkan ICT sebagai medium
komunikasi.
3
Secara harafiahnya, Data Raya atau Big Data kin telah menjadi suatu revolusi baru
yang memerlukan pengumpulan maklumat dan integrasi system Maklumat bahkan secara
tidak langsung, evolusi Data Raya ini telah menarik perhatian kedua-dua ahli akademik dan
professional. Dalam kajian literatur telah mengakui bahawa pengumpulan maklumat sebagai
sebahagian daripada proses perancangan strategik dapat membentuk strategi firma dan usaha
berdaya saing, bebas dari rancangan strategik yang dihasilkan (Anderson, 1982; Quinn,
1981). Sesetengah organisasi melihat Data Raya ini sebagai alat yang dapat membantu dalam
membuat strategi dan keputusan, sedangkan pihak sarjana akademik menggunakannya
sebagai dasar untuk mengesahkan model dan teori yang ada (Muhtaroglu Et al., 2013).
Pada tahun 2015, Makmal Kerajaan Digital Analytics Big Data dilancarkan di
MIMOS, untuk mempercepat pelaksanaan Big Data Analysis (BDA) di Kerajaan Malaysia.
DR dapat membantu mendapatkan pandangan perniagaan, kelebihan daya saing dan
mengubah keseluruhan proses perniagaan (Wong, 2012; Oh et al., 2012; Mishra et al., 2016).
Menurut Dr HA, Data Raya merupakan suatu keupayaan menggunakan dan memanipulasikan
data yang banyak bagi tujuan untuk menghasilkan pendapatan atau nilai dan ianya datang
daripada pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh individu sepeeti Web Browsing, Email, FB,
Twitter, penggunaan GPS dan pelbagai lagi aktiviti yang melibatkan penggunaan teknologi
Maklumat. Sehingga ke hari ini, telah wujud 2.7 zetabytes data dalam pangkalan data i.e. Eric
Schmidt yang merupakan seorang CEO Google berkata ‘’ sejak bermulanya tamadun
manusia hingga 2003, telah wujudnya 5 exabytes data tetapi sekarang ini, data sebanyak ini
dihasilkan dalam masa dua hari sahaja dan ianya semakin mengalami peningkatan yang
cukup ketara dari sehari ke sehari. Data Raya ini mempunyai ciri-ciri tersendiri yang mudah
diterangkan dengan 4Vs iaitu :
1. Volume : Yang bermaksud kebesaran saiz data tersebut. Jika dahulu kita biasa
dengan istilah bit,byte, kilobyte, MB,GB tetapi saiz data tersebut kian meningkat
pada saat ini sehingga timbulnya istilah terabyte, zettabyte atau brontobyte.
2. Velocity : Kelajuan data itu bergerak atau diviralkan.
3. Variety : Ianya Bermaksud kepelbagaian atau struktur sesuatu data tersebut. Jika
dahulu, data dilihat dalam keadaan yang berstruktur seperti imej, video, suara dan
lain-lain lagi.
4. Veracity : Kesahihan data
Sebagai kesimpulannya, Data Raya ini merupakan suatu bentuk kecanggihan
teknologi yang seharusnya digunapakai dengan bijak.
4
3.0 APLIKASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM MENINGKATKAN DATA
RAYA
Umum mengetahui bahawa teknologi yang wujud milenia ini boleh memberikan
impak yang positif sekiranya ianya digunapakai dalam sesebuah perniagaan namun ianya
menuntut perhubungan tyang harmoni di antara teknologi dan perniagaan itu sendiri. Hal ini
demikian kerana, sekiranya penggunaan teknologi itu diabaikan , maka perniagaan akan
kehilangan daya saing samada di peringkat tempatan atau pada peringkat global. John (2010)
berpendapat bahawa teknologi yang telah diterapkan dalam pelbagai bidang perniagaan
seperti telekomunikasi , peruncitan, broker saham, kewangan dan sebagainya adalah untuk
tujuan kebaikan. Malahan, teknologi juga akan terus-terusan menjadi sebahagian atau
komponen dalam apa jua jenis perniagaan bahkan banyak pembangunan teknologi unutk
beberapa tahun kebelakangan ini turut dibiayai oleh pemodal teroka.
Jika Dilihat secara terperinci, maka kita akan melihat bahawa mendepani dunia yang
dihiasi dengan pelbagai hamparan gajet canggih dan pelbagai lagi bentuk kecangihan
teknologi maka, kita tidak boleh menolak hakikat bahawa ianya adalah sebahagian daripada
aplikasi teknologi itu sendiri dalam meningkatkan data raya. Secara harafiahnya, Data raya
adalah sebuah teknologi baru di dunia teknologi informasi yang mana memungkinkan
berlakunya proses pengolahan, penyimpanan serta analisis data dalam berbagai bentuk atau
format , samada ianya berjumlah besar atau kecil dan pertambahan data yang sangat
[Link] data serta pengolahan dalam jumlah yang sangat besar ini sememangnya
memerlukan waktu yang cukup relative jauh lebih singkat dengan adanya system data raya
berbanding teknologi data yang digunapakai sebelumya seperti database relational seperti
MySQL.
Kepentingan yang boleh diperolehi daripada data raya antara lain memberikan
gambaran yang lebih lengkap dari sebelumnya kerana kebiasaannya data yang dianalisis
merupakan data yang berstruktur seperti data relational database. Aplikasi Teknologi
maklumat boleh dilihat secara jelas melalui scenario dimana data raya digunakan misalnya
melalui pemanfaatan data dari sosial media seperti Twitter, Facebook, Instagram, We Chat
dan sebagainya dipadukan lagi dengan data dari perniagaan itu sendiri seperti data dari
penjualan atau data pelanggan yang sedia ada telah terwujud dalam relational database.
5
Oleh hal yang demikian, kita akan dapat melihat dan menilai analisis yang terperinci
untuk melakukan strategi pemasaran yang jitu dan padu. Contohnya, dengan menganalisis
dan mengenal pasti individu yang berada di social media yang mempunyai pengaruh yang
cukup kuat untuk memasarkan produk.
Apa sebenarnya data raya? Apakah perbezaan antara data besar (big data) dan data
banyak (plenty of data)? Mengapakah kita perlu memahami persoalan data raya ini? Sejak
beberapa tahun belakangan ini, jika ditanyakan tentang apa yang sedang menjadi trend dalam
dunia teknologi informasi (TI), mungkin banyak yang akan menjawab cloud computing.
Tetapi, sejak awal tahun 2011 muncul istilah big data yang kemudian menarik perhatian
banyak profesional mahupun pemerhati teknologi informasi. Setiap hari, kita menjana 2.5
quintillion byte data sehinggakan 90% data di dunia hari ini dijana dalam tempoh dua tahun
ini sahaja. Sumber data ini datang dari pelbagai bentuk, dari merata tempat dan dalam setiap
saat. Sebagai contoh data ini datang daripada maklumat ramalan cuaca, maklumat yang
dimuatkan di media sosial seperti Facebook, YouTube, WhatsApp, Telegram, gambar-
gambar digital, data-data yang dikutip oleh drone, rekod-rekod daripada jualan dan belian,
data-data yang diambil oleh GPS, data-data daripada kamera litar tertutup (CCTV) serta
banyak lagi.
Analitis data raya ini akan dapat digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai
ramalan wabak penyakit, keselamatan siber, pertahanan negara, ramalan pencegahan jenayah,
kawalan bencana, maklumat pintar dan kesesakan jalan raya serta lain-lain. Selain itu,
analisis ini juga dapat memberi maklumat mengenai keuntungan berlebihan oleh peniaga dan
bagaimana rakyat dapat berbelanja dengan bijak, mengenal pasti punca jenayah dan analisis
trend bagi mengekang jenayah, mengambil kira dan menganalisis pandangan rakyat di media
sosial dan banyak lagi.
Dalam kita berbicara persoalan data raya ini, sebagai contoh, Facebook memiliki
lebih dari 800 juta keahlian dan dalam satu hari Facebook memproses sekitar 10 terabyte
data. Selepas terabyte, nilai seterusnya ialah petabyte. Sebagai makluman kita, 1,000 terabyte
bersamaan dengan 1 petabyte. Contoh yang kedua adalah Bank of America yang memproses
atau mengendalikan data lebih daripada 1 petabyte data dan begitu juga dengan contoh yang
ketiga seperti Wallmart Stores yang menjalankan perniagaan peruncitan (supermarket)
berskala dunia dan telah mengelola data dalam kapasiti lebih dari 2 petabyte serta banyak lagi
contoh yang berskala dunia boleh kita ambil.
6
Salah satu contoh ICT yang telah digunakan secara optimum adalah pada pilihan raya
umum tahun 2008. Pihak kerajaan telah menggunakan media massa arus perdana untuk
menyampaikan maklumat dan berkempen. Manakala pada pihak parti pembangkang, mereka
telah menggunakan kemudahan ICT seperti telefon bimbit melalui sms dan mms, Internet
melalui e-mel, blog, YouTube, webTV dan sebagainya untuk menyampaikan mesej kepada
para pengundi. Dengan kempen yang berat sebelah dalam media massa arus perdana, dan
seketan kepada pihak pembangkang untuk mendapat ruang dan peluang dalam media massa
arus perdana, maka para penggundi telah beralih kepada media alternatif untuk mendapatkan
maklumat. Situasi serta peluang ini telah dieksploitasikan sepenuhnya oleh parti
pembangkang untuk menyampaikan maklumat serta aspirasi mereka kepada generasi muda
yang memang menggunakan ICT dalam kehidupan seharian. Kegagalan atau terlepas
pandang pihak kerajaan terhadap pengaruh ICT dalam kalangan generasi muda yang baru
mengenali politik telah membawa padah apabila kerajaan tidak dapat mempertahankan
majoriti dua pertiga dalam parlimen serta terlepas beberapa negeri kepada pihak
pembangkang.
Bagaimanapun, dalam kita menguruskan sistem sumber maklumat terutama yang
berskala besar ini, kita perlu memahami bagaimana data tersebut berubah dari satu peringkat
ke peringkat yang lebih kompleks dengan melihat kepada konsep data, informasi, ilmu dan
hikmah. Tanggungjawab kita dalam menguruskan maklumat bermula daripada data yang
tidak ditapis atau dari sumber yang asal kemudian maklumat itu diklasifikasikan kepada
pengetahuan yang lebih bermakna dan bernilai. Maklumat yang telah diproses tadi akhirnya
memerlukan kebijaksanaan untuk menentukan maklumat yang bermakna dalam mencapai
hikmah.
7
4.0 SEJAUHMANA PERNIAGAAN DAPAT MEMANFAATKAN TEKNOLOGI
MAKLUMAT DALAM ASPEK PENJAGAAN KESIHATAN, PENDIDIKAN DAN
PENGIKLANAN
4.1 PENJAGAAN KESIHATAN
Umum mengetahui bahawa teknologi yang relevan sememangnya boleh memberikan
impak yang positif dalam sesebuah bidang perniagaan namun demikian selain menjadi
komponen penting dalam perniagaan, perhubungan harmoni yang cukup ketara diantara
teknologi dan perniagaan seharusnya diwujudkan sama. Merujuk kepada kelebihan teknologi,
Jason memberikan pendapat yang selari yang mana bunyinya adalah : "Wujud angin
perubahan dari segi persaingan samada dalam dan luar negara. Jadi, syarikat perlu
menggunakan teknologi untuk meningkatkan hasil, mengurangkan kos operasi, meningkatkan
kepuasan pelanggan, rakan kongsi dan pekerja. Selain membantu dalam peningkatan hasil,
penggunaan teknologi juga dapat mengembangkan capaian ke negara lain apabila wujudnya
teknologi canggih seperti Internet dan e-dagang. Persoalannya sekarang, bagaimana teknologi
boleh digunakan pakai untuk membantu perniagaan menjadi lebih cekap."
Apabila beliau ditanya mengenai kepentingan cantuman teknologi dalam perniagaan
sepanjang masa, Jason menegaskan bahawa wujud hubungan yang harmoni di antara
teknologi dan perniagaan, misalnya teknologi maklumat (IT) boleh membantu syarikat agar
lebih berjaya. Yohani juga mengakui perlunya hubungan ini, tetapi menekankan peranan
'orang' sebagai salah satu elemen penting untuk memastikan teknologi yang digunakan
berfungsi. Jadi, tumpuan kepada pengguna teknologi perlu menerusi pendidikan dan latihan
agar mereka memahami bagaimana teknologi mewujudkan hubungan harmoni untuk
pertumbuhan perniagaan.
Sementara itu John cuba membahagikan teknologi kepada dua bahagian iaitu
membina dan membinasakan. Katanya, "teknologi membina dari segi penyediaan aplikasi,
peningkatan produktiviti, kecekapan, dan perkara lain yang baik, hasil penggunaan teknologi.
Manakala, bahagian yang merosakkan boleh dilihat dalam beberapa aspek, contohnya apabila
perniagaan menjadi terlalu produktif dan kecekapan meningkat, maka berlaku kejatuhan
harga produk. Ini menyebabkan perniagaan berkenaan lebih sukar bersaing untuk
mengekalkan atau meningkatkan bahagian pasaran. Kesannya, ada perniagaan yang terus
lemah dan gagal."
8
Bagaimanapun, realiti kejayaan sesebuah perniagaan tidak tertakluk kepada teknologi
semata-mata. Menurut Ramesh, syarikat perlu asas perniagaan yang baik dalam ekonomi
baru kerana model perniagaan yang baik dari segi kewangan akan berjaya. Teknologi pada
asasnya hanya membantu dan pengusaha tidak boleh lari daripada kenyataan bahawa
perniagaan perlu asas dan model yang baik. Contohnya, model terbaru seperti 'brick and
click' sekali pun perlu asas perniagaan yang baik untuk dijalankan. Jika tiada model
perniagaan yang baik untuk digabungkan dengan inovasi dan teknologi pintar, maka
perniagaan itu tidak akan berjaya.
Oleh itu, untuk aspek penjagaan kesihatan saya melihat dengan jelas bahawa
teknologi maklumat telah dimanfaatkan dengan sebaiknya dalam perniagaan melalui
kewujudan Video Tutorial yang kian ‘’viral’’ di Media massa milenia ini. Manakan tidak,
kita sering melihat wanita yang tidak bekerja menjadikan media massa seperti aplikasi
Instagram, Facebook dan Youtube sebagai sumber pendapatan mereka demi sesuap nasi
untuk zuriat dan keluarganya. Terdapat sesetengah golongan wanita yang menggunakan
khidmat aplikasi ini untuk memberikan tutorial mengenai penjagaan muka dan ‘’Tutoriol
Make Up’’ sebagai rujukan kepad awanita yang lainnya yang ingin tampil cantik dan
bergaya. Channel Video yang ditubuhkan oleh individu berkenaan ini nyatakan merupakan
suatu peluang untuk meraih keuntungan berlipat kali ganda apabila lebih ramai individu yang
mengakses atau ‘’view dan subscribe’’ video tersebut. Bahkan, masa kini, kita dapat melihat
bagai mana penjualan barang-barang kosmetik lebih mudah berbanding dahulu yang dijual
dari rumah ke rumah. Kini, Penjual boleh melakukan jual berli barang kosmetik mereka
dengan adanya aplikasi perniagaan atas talian yang nyata nya lebih menjimatkan masa,
mudah dan cepat untuk diuruskan.
Gambar di atas menunjukkan salah satu Video Youtube yang diusahakan oleh Aasyalie
9
4.2 PENDIDIKAN
Bila menyentuh perihal pendidikan pula, kita pastinya akan dapat melihat bagaimana
perniagaan telah menjadi revolusi terulung bilamana Berjaya memanfaatkan teknologi
maklumat dalam aspek pendidikan dan keadaan ini jelas terzahir melalui keupayaan beberapa
pihak yang telah Berjaya membangunkan aplikasi internet yang bertemakan pendidikan.
Sebeleum pergi jauh, ada baiknya kita sentuh sedikit mengenai konsep teknologi itu sendiri
yang mana Musa (2002) telah membincangkannya dengan menyentuh istilah teknologi
maklumat dan teknologi komunikasi. Secara mudah boleh dikatakan bahawa teknologi
komunikasi lahir daripada dua konsep: teknologi dan komunikasi. Bagi Musa, teknologi ialah
cara, peralatan, bahan atau perisian untuk melakukan, membuat atau membina sesuatu. Di
samping itu, teknologi akan menjadikan kerja lebih mudah, jimat, efisien, serta selamat.
Sementara itu, beliau menyatakan bahawa teknologi maklumat merupakan kaedah, peralatan
dan perisian yang terlibat dalam proses penjanaan maklumat, pengumpulan maklumat,
pemprosesan maklumat, pengurusan maklumat, penyebaran maklumat dan penyimpanan
maklumat yang tidak terhad dalam bentuk tulisan atau teks sahaja.
10
Gambar diatas menunjukkan antara aplikasi pendidikan yang dibangunkan individu tertentu
Gambar diatas menunjukkan perisisan Tasbeeh-Praie Counter yang telah Berjaya
dibangunkan oleh D-Tech System Limited dan diterbitkan oleh Darussalam Publisher dari
Negara Brunei . Aplikasi ini memudahkan pengguna mengira bacaan zikir harian secara
digital serta mendapatkan panduan berkaitan zikir mengikut hari-hari tertentu menurut ajaran
Islam. Seterusnya, Rajah 3 adalah contoh aplikasi Muslim Kids Series – Dua’ yang
dibangunkan oleh Yufid Inc. dari negara Indonesia. Aplikasi ini mengandungi pelbagai doa
harian dari pelbagai aspek kehidupan manusia. Penghasilan aplikasi mudah alih bercirikan
dakwah di Malaysia tidak kurang hebatnya.
Jika dilihat kepada kewujudan perisian yang bercirikan pendidikan seperti yang
dinyatakan diatas, maka jelas lah bahawa sememangnya perniagaan secara tidak langsung
telah dapat memanfaatkan teknologi maklumat terutamanya dalam aspek pendidikan. Hal ini
demikian kerana, daripada aplikasi yang telah dibangunkan oleh individu tertentu ini, ribuan
masyarakat berupaya ‘’memuat turun’’ aplikasi ini dengan mudah dan sekaligus
mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Dengan itu, maka peluang individu tertentu
dalam bidang perniagaan pastinya akan lebih terbuka apabila lebih ramai lagi yang memuat
turun aplikasi tersebut.
Tidak cukup dengan itu, kita juga boleh melihat bagaimana perniagaan dapat
memanfaatkan teknologi maklumat dalam aspek pendidikan dengan adanya kewujudan
Channel Pendidikan sebagaimana usaha yang telah dilakukan oleh Pihak Televisyen yang
berupaya mewujudkan saluuran khusus untuk bidang pendidikan seperti Saluran Oasis yang
mendedahkan ilmu dan pengetahuan yang bercirikan islamiah serta Saluran TVIQ 601 yang
menyalurkan informasi khusus untuk para pelajar. Inti pati yang boleh didapati dalam Tv
Pendidikan ini sememangnya mencakupi semua bidang dan bagi sesiapa yang ingin
mendapatkannya perlu memohonnya secara berbayar. Nah, disinilah bermulanya istilah
perniagaan yang secara tidak langsung telah berupaya memanfaat.
11
4.3 PENGIKLANAN
Dunia perniagaan hari ini telah mencetuskan kemunculan usahawan-usahawan moden
yang berteraskan penggunaan ICT. Perkembangan bidang keusahawanan ini juga dilihat
mampu memberikan kesan yang positif dalam pembangunan ekonomi negara (Nor Azira
Ayob, Sity Daud & Muhamad Takiyuddin Ismail, 2016). Di Malaysia, fenomena perniagaan
yang berasaskan teknologi sememangnya telah mendominasi ruang lingkup perniagaan yang
mana kita dapat melihat munculnya nama-nama besar seperti Fareeda, bella Ammara, dan
Zawara. Kemunculan mereka ini telah menjadi bukti bahawa perniagaan yang dijalankan oleh
mereka tidak terhad kepada penggunaan media arus perdana tetapi juga melibatkan teknologi
sepenuhnya khususnya dalam aspek pengiklanan dan keadaan ini dapat dilihat secara jelas
melaluo penggunaan ICT secara optimum termasuk aplikasi internet yang lain seperti media
sosial Facebook dan Instagram. Contoh yang jelas boleh dilihat melalui jumlah usahawan
wanita di Malaysoa yang semakin mengalami peningkatan luarbiasa sedari beberapa tahun
yang lalu hasil daripada pelbagai program kesedaran dan capaian yang dilakukan oleh
Kerajaan. Menurut laporan Utusan Online (2016), sebanyak 1.18 juta usahawan wanita telah
mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Ini jelas menunjukkan peningkatan
yang ketara golongan wanita menceburkan diri dalam keusahawanan.
Dalam pada itu, Nur Yuhainis dan Shuhymee (2017) menyatakan penggunaan ICT
merujuk kepada aktiviti mengumpul, memproses, mengguna dan menghantar maklumat
secara elektronik melalui penggunaan teknologi yang membenarkan proses komunikasi.
Selain itu, ICT juga turut bertindak sebagai medium yang menghubungkan di antara satu
individu dengan individu yang lain merentasi sempadan, masa dan dunia. Malah,
kebergantungan masyarakat pada hari ini telah menjadikan ICT sebagai sesuatu yang penting
dalam kehidupan seharian. Ironinya, kita boleh melihat secara jelas sejauhmana perniagaan
dapat memanfaatkan teknologi maklumat khususnya dalam aspek pengiklanan dewasa ini.
Manakan tidak, lihat sahaja betapa perniagaan secara atas talian yang telah di terajui oleh
peniaga masa kini semakin menduduki puncak kejayaan bilamana mereka menggunakan
bidang pengiklanan sebagai satu platform untuk memajukan perniagaan mereka. Lihat sahaja
betapa ramai usahawan masa kini Berjaya sebagai ahli pernigaan hanya melalui posting atau
paparan iklan dalam Instragram dan Facebook. Dapat juga dilihat melalui aksi video pendek
yang memaparkan iklan tentang barangan yang ingin dijual oleh sesetengah pihak dan
12
sememangnya Teknologi maklumat masa kini mempunyai pengaruh yang cukup kuat dalam
usaha untuk mempromosikan barang jualan mereka.
5.0 KESIMPULAN
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menjadi isu yang penting dan
mengalami perkembangan pesat melalui hasil Rancangan Malaysia Ketujuh. Bermulanya
pertambahan kesedaran rakyat terhadap kepentingan pengeluaran, penyebaran dan
penggunaan pengetahuan serta maklumat bagi meningkatkan daya saing dan prestasi
ekonomi secara menyeluruh. Bahkan, kita dapat melihat bahawa perniagaan yang dijalankan
oleh sesetengah individu hari ini telah mengangkat teknologi maklumat sebagai suatu wadah
dan platform untuk melariskan jualan, mempromosikan produk serta pelbagai lagi usaha
untuk memajukan industry perniagaan di Malaysia. Bahkan, kita juga tidak boleh menolak
kehadiran dan hakikat mengenai kepentingan data raya yang semakin digunakan secara
meluas milenia ini. Pertambahan demi pertambahan data raya yang semakin meluas kini
menjadi bukti bahawa kita sekarang berhadapan dengan dunia tanpa sempadan yang semakin
mengangkat kecanggihan teknologi sebagai suatu cara dan corak kehidupan bermasyarakat.
Namun demikian, dalam kita menguruskan sistem sumber maklumat terutama yang berskala
besar ini, kita perlu memahami bagaimana data tersebut berubah dari satu peringkat ke peringkat yang
lebih kompleks dengan melihat kepada konsep data, informasi, ilmu dan hikmah. Maka bermula dari
kenyataan tersebut disinilah lahirnya tanggungjawab kita dalam menguruskan maklumat bermula
daripada data yang tidak ditapis atau datangnya daripada sumber yang asal kemudian maklumat itu
diklasifikasikan kepada pengetahuan yang lebih bermakna dan bernilai. Hal ini demikian kerana,
maklumat yang telah diproses tadi akhirnya memerlukan kebijaksanaan untuk menentukan
maklumat yang bermakna dalam mencapai hikmah.
“Allah telah memberikan hikmah kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa
yang dikehendaki-Nya (menurut aturan yang ditentukan-Nya) Dan sesiapa yang diberikan
hikmah itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang
dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan
akal.” - al-Baqarah: 269.
13
6.0 RUJUKAN
Ahmad Syahrul Haniff Mohd Rawi, Siti Zobidah Omar & Muhamad Sham Shahkat Ali.
(2012). E-dagang di Malaysia: Perkembangan, perlaksanaan, dan cabaran. Jurnal
Teknologi.
Aziz Deraman. 2007. m-PortalRakyat: Ke arah pembasmian jurang digital. Kertas kerja
dibentangkan pada Seminar Kebangsaan 2007 – Merapatkan jurang digital: Inisiatif
Malaysia, 10 – 11 Disember 2007, Berjaya Times Square Hotel and Convention Centre,
Kuala Lumpur .
Kamarul Azmi Jasmi. (2012). Analisis data dalam penyelidikan kualitatif. Kursus
penyelidikan kualitatif Siri 3. Felda Residence Tg. Leman, Mersing.
Kamus Dewan Edisi Ketiga. 2002. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Malaysian Communications and Multimedia Commission. 2003. Universal Service Provision
(USP) Notification of Universal Service Targets Year 2003.
Musa Abu Hassan. 2002a. Peranan dan penggunaan ICT di kalangan masyarakat. Serdang:
Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Musa Abu Hassan. 2002. The Internet in Malaysia. Dalam Rao, S. dan Klopfenstein, B. C.
(eds.) Cyberpath to development in Asia: Issues and challenges. London: Praeger.
Rogers, E. M. 1991. Teknologi komunikasi: Media baru dalam masyarakat. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka. (Terjemahan Zulkarnain Mohd Mess).
[Link]
[Link]
[Link]
[Link]
[Link]
[Link]
14
15