0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
47 tayangan8 halaman

Sistem Fertigasi Solar di Dungun

Dokumen ini membahasikan sistem fertigasi yang menggunakan tenaga solar sebagai sumber daya utamanya. Sistem ini dirancang untuk mengurangi penggunaan listrik dan biaya serta mempermudah proses penyiraman tanaman. Sistem terdiri dari komponen mekanikal, elektrik, dan paip yang bekerja secara terkoordinasi untuk mengalirkan air ke tanaman secara teratur menggunakan tenaga dari panel surya."

Diunggah oleh

Jalson Janiu
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai PDF, TXT atau baca online di Scribd
0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
47 tayangan8 halaman

Sistem Fertigasi Solar di Dungun

Dokumen ini membahasikan sistem fertigasi yang menggunakan tenaga solar sebagai sumber daya utamanya. Sistem ini dirancang untuk mengurangi penggunaan listrik dan biaya serta mempermudah proses penyiraman tanaman. Sistem terdiri dari komponen mekanikal, elektrik, dan paip yang bekerja secara terkoordinasi untuk mengalirkan air ke tanaman secara teratur menggunakan tenaga dari panel surya."

Diunggah oleh

Jalson Janiu
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai PDF, TXT atau baca online di Scribd

Proceeding of the Malaysia TVET on Research via Exposition 2017

13 – 14 November 2017, Dungun, Terengganu

Nombor Prosiding 01

Sistem Fertigasi Solar

Muhammad Azam Ngah1*, Haswa-Sofilah Ab. Wahab1


1
Department of Mechanical Engineering, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, 23000 Dungun, Terengganu
*Corresponding author E-mail: azam@[Link]

Abstrak
Pelbagai teknologi baru dicipta memudahkan kerja termasuk dalam bidang pertanian. Projek ini adalah
mengenai mereka bentuk dan membuat Sistem Fertigasi Solar. Fertigasi merujuk kepada sistem pengeluaran
tanpa menggunakan tanah. Dalam fertigasi, proses pembajaan dan pengairan diberikan serentak kepada
tanaman. Sebelum ini pada dasarnya sistem fertigasi menggunakan elektrik. Sementara itu, kajian ini bertujuan
untuk menggantikan kuasa elektrik menggunakan tenaga alternatif dengan tenaga solar. Dengan penggunaan
tenaga solar, kos penggunaan elektrik dapat dikurangkan. Terdapat beberapa proses yang harus diikuti untuk
menyelesaikan sistem fertigasi ini. Proses tersebut adalah memotong, mengimpal, mengisar, menggerudi,
pemasangan dan lukisan. Sistem ini menggunakan panel solar dan penjana sebagai tenaga utama untuk
menggerakkan sistem. Peranti pemasa digunakan untuk mengawal kadar aliran air untuk proses penyiraman
secara tetap mengikut masa yang ditetapkan. Sistem ini terdiri daripada bahagian mekanikal, elektrik dan
komponen paip. Analisis dan ujian dibuat untuk menilai penjimatan masa, tenaga dan kos. Dari analisis yang
dijalankan, projek ini dapat berfungsi seperti yang diharapkan. Sistem ini juga dapat membantu pengguna,
senang digunakan dan ringkas dengan kos yang sederhana.

Kata Kunci: fertigasi; sistem solar; pertanian; peranti pemasa; pembajaan; tenaga alternatif

1.0 PENGENALAN

Penyiraman tanaman adalah suatu kerja yang amat meletihkan dan mengambil masa
yang lama. Sebagai contoh, suri rumah tidak mempunyai masa yang khusus untuk menyiram
pokok tanaman mereka kerana mereka mempunyai banyak kerja rumah yang perlu dilakukan
seperti menjaga anak-anak, memasak dan lain-lain. Penyiraman pokok secara biasa juga
menyebabkan masa banyak terbuang sedangkan masa itu boleh dimanfaatkan dengan
memberi tumpuan kepada kerja-kerja rumah.

Selain itu, berlaku pembaziran penggunaan air disebabkan tiada kaedah tertentu
digunakan untuk mengira kuantiti siraman air bagi setiap pokok. Sistem sprinkler yang
digunakan pada masa kini melibatkan penggunaan elektrik yang banyak dan juga pembaziran
air berlaku kerana air tidak tertumpu kepada pokok tanaman sahaja tetapi merangkumi
kawasan yang tiada pokok tanaman juga.

Oleh yang sedemikian, satu sistem penyiraman telah direkabentuk untuk


memudahkan proses penyiraman dilakukan iaitu dengan menggunakan saluran paip dan
disambung kepada alat penitis untuk menyiram tanaman dengan menggunakan tenaga solar.
Ini dapat menjimatkan tenaga, masa dan kos.

1_Matrix’17
Proceeding of the Malaysia TVET on Research via Exposition 2017
13 – 14 November 2017, Dungun, Terengganu

Sistem penyiraman ini menggunakan tenaga solar iaitu cahaya yang diperolehi dari
matahari. Tenaga solar ditukar secara langsung kepada tenaga elektrik dengan menggunakan
sel solar (juga dipanggil sel photovoltaic). Ia adalah satu bentuk sel foto elektrik (ciri-ciri
elektrik seperti arus, voltan, atau rintangan) yang apabila terdedah kepada cahaya, boleh
menjana dan menyokong arus elektrik.

2.0 PROSES PENGHASILAN SISTEM

Konsep sistem yang digunakan dalam membuat projek adalah mudah dan ringkas
mengikut kos yang telah dianggarkan. Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian
perpaipan dan bahagian elektrikal. Bahagian perpaipan terdiri daripada keseluruhan
rekabentuk perpaipan. Manakala bahagian elektrikal terdiri daripada bekalan kuasa iaitu
menggunakan indikator, panel solar dan suis penghidup.

Rekabentuk dan kendalian perpaipan merupakan bahagian yang paling utama dalam
sistem ini kerana sistem penyiraman untuk tanaman dilakukan secara separa automatik. Pam
digunakan untuk menyedut air keluar dari tangki dan mengalir melalui paip seterusnya air
akan keluar melalui tiub penitis untuk tanaman.

Komponen-komponen Bahagian Paip adalah Pam DC, Tangki air, Paip PVC dan alat
penitis. Peralatan yang digunakan untuk pemasangan perpaipan pula ialah Gam Paip, Pita
PTFE dan Pisau. Pam dan Tangki seperti di dalam rajah 1 digunakan untuk menyedut air
keluar dari tangki untuk tanaman dengan Mempunyai kuasa 5-12 W khas untuk sistem
berskala kecil. Tangki air ini boleh menyimpan air sebanyak 10 Liter.

Rajah 1: Pam dan tangki

Alat penitis seperti di dalam rajah 2 (b) dicucuk pada paip PVC seperti rajah 2(a)
untuk aliran air keluar. Ukuran paip PVC adalah bersaiz 16mm untuk diameter sepanjang 1
meter. Air daripada tangki akan mengalir melalui paip kemudian keluar melalui alat penitis.

2_Matrix’17
Proceeding of the Malaysia TVET on Research via Exposition 2017
13 – 14 November 2017, Dungun, Terengganu

(a) (b)
Rajah 2: (a) Paip PVC (b) Alat Penitis

Langkah-langkah pengukuran sebelum kerja pemasangan bahagian paip perlulah


dibuat terlebih dahulu untuk memastikan kedudukan sambungan paip adalah betul dan tidak
berlaku kebocoran seperti rajah 3(a). Seterusnya, paip dipotong mengikut ukuran yang telah
ditetapkan dan memasang pam ke dalam tangki dan kemudian disambung kepada paip tadi
seperti rajah 3(b).

Kerja-kerja menyambung semua paip adalah mengikut kedudukan yang dikehendaki


dengan mengukur jarak setiap tanaman bermula dari kedudukan tangki. Kemudian lubang
kecil ditebuk pada paip untuk meletakkan alat penitis pada setiap penyambungan .

Akhir sekali, perlulah dipastikan semua kedudukan komponen yang dipasang telah
berada dalam keadaan yang betul dan selamat digunakan. Ini adalah penting bagi
mengelakkan berlaku kerosakan dan membuat pembaikan kerana ia melibatkan penambahan
kos.

(a) (b)
Rajah 3: (a) Melilit bahagian penyambungan paip, (b) Pemasangan bahagian paip

Bahagian elektrikal adalah sangat penting dalam sistem ini dan ia merupakan sistem
utama untuk proses penyiraman. Komponen-komponen bahagian elektrikal yang digunakan
ialah Generator, Panel Solar, Wayar, Plug dan Lampu. Panel Solar seperti rajah 4(a)
berfungsi sebagai bekalan kuasa utama untuk menggerakkan sistem penyiraman tersebut. Ia
digunakan juga sebagai pengecas untuk indikator dengan kuasa sebanyak 20 W. Indikator
seperti ditunjukkan di dalam rajah 4(b) pula merupakan bekalan kuasa kedua bagi sistem ini.
Ia boleh dicas dengan tenaga elektrik atau tenaga solar.

3_Matrix’17
Proceeding of the Malaysia TVET on Research via Exposition 2017
13 – 14 November 2017, Dungun, Terengganu

(a) (b)
Rajah 4: (a) Panel solar (b) Indikator

Langkah-langkah kerja pemasangan bahagian elektrikal ialah menyambung wayar


plug dengan pam yang berada di dalam tangki dan seterusnya disambung pada indikator.
Manakala panel solar pula akan disambung pada indikator.

(a) (b)
Rajah 5: (a) Proses penyambungan komponen elektrikal (b) Sambungan ke indikator

Antara beberapa langkah yang diambil perhatian apabila membuat pemasangan dan
penyambungan bahagian elektrikal adalah seperti mengenal pasti komponen-komponen yang
akan digunakan, memastikan penyambungan adalah betul dan memastikan dawai di jalur
dengan kemas.

Pemasangan yang betul dan kemas adalah amat penting bagi memastikan sistem dapat
berjalan dengan baik dan berfungsi seperti yang diinginkan. Berikut di rajah 1.12 dan 1.13
menunjukkan Carta Alir Perbandingan Sistem penyiraman menggunakan Sistem Elektrik
dengan menggunakan Sistem Solar.

4_Matrix’17
Proceeding of the Malaysia TVET on Research via Exposition 2017
13 – 14 November 2017, Dungun, Terengganu

SUMBER TENAGA
ELEKTRIK PAM

TANAMAN SISTEM PAIP /


SISTEM PENGAIRAN

Rajah 6: Sistem Penyiraman Tanaman menggunakan Elektrik

SUMBER
INDIKATOR PAM
TENAGA SOLAR

TANAMAN SISTEM PAIP /


SISTEM PENGAIRAN

Rajah 7 : Sistem Penyiraman Tanaman Menggunakan Solar

3.0 PENGUJIAN DAN PENILAIAN SISTEM

Proses menganalisa dan membuat pengujian terhadap sistem yang dijalankan adalah
amat penting bagi mengetahui dan menilai keberkesanan dari pelbagai aspek seperti
ketahanan, ketepatan dan kemampuan untuk berfungsi, jangka masa sistem bertahan serta
mencapai objektif yang ditetapkan.

Berikut merupakan gambar sebenar Sistem Fertigasi Solar yang telah siap
sepenuhnya seperti yang ditunjukkan dalam rajah 8.

5_Matrix’17
Proceeding of the Malaysia TVET on Research via Exposition 2017
13 – 14 November 2017, Dungun, Terengganu

(a) (b)
Rajah 8 : (a) Lukisan Isometrik Keseluruthan Sistem Fetigrasi (b) Sistem Fetigrasi
Sebenar yang dihasilkan.

3.1 Analisis Data

Daripada analisa yang dijalankan, didapati sistem penyiraman ini dapat berfungsi
dengan baik seperti yang dikehendaki. Masalah yang terdapat semasa proses ujian dapat
diatasi dan sistem juga dapat berfungsi dengan baik.

i. Tenaga yang digunakan


Pengguna tidak perlu mengangkut air ke pokok yang hendak disiram kerana sistem ini
hanya memerlukan pengguna menghidupkan suis pam dan air akan disedut mengalir terus
melalui paip yang dipasang ke bahagian pangkal/akar pokok. Ini sekaligus menjimatkan
penggunaan air.

ii. Jumlah air yang digunakan dalam 1 hari penyiraman menggunakan tenaga
Solar

1 batang pokok = 0.2 Liter untuk satu kali siraman


1 hari = 3 kali siraman
3 kali siraman = 0.2 Liter x 3 kali siraman
= 0.6 Liter/pokok
Jumlah keseluruhan air untuk 1 hari untuk 1 batang pokok = 0.6 Liter
1 hari = 0.6 Liter x 3 batang pokok
= 1.8 Liter/hari

6_Matrix’17
Proceeding of the Malaysia TVET on Research via Exposition 2017
13 – 14 November 2017, Dungun, Terengganu

Tangki sistem ini mampu menampung 10 Liter air dan oleh yang demikian, 1 tangki
dianggarkan dapat digunakan selama 5 hari sebelum air perlu diisikan semula. Ini juga dapat
menjimatkan tenaga manusia mengangkut air dan sekaligus menjimatkan masa pengguna.
Semasa proses penyiraman, pengguna boleh juga melakukan kerja-kerja lain yang sesuai.

iii. Penggunaan Kuasa atau Tenaga Untuk Menggerakkan Sistem


Generator : 20 Watt bersamaan 18V
Kuasa Pam yang digunakan : 5V – 12V
Masa untuk mengecas : 5 jam untuk penuh menggunakan panel solar
Masa Penggunaan : 3 hari
Oleh yang demikian, generator perlu dicas selepas 3 hari penggunaan.

iv. Analisis Terhadap Kos Penggunaan Tenaga


Kos Penggunaan Elektrik pada sistem ini ialah seperti berikut:-

1 Musim = 4 Bulan
1 Bulan = RM 250.00
1 Musim = RM 1000.00
Jangka Hayat 1 set Solar panel = 2 tahun
Kos Tarif Penggunaan Elektrik Untuk 2 Tahun = 6 Musim
Oleh sebab itu, RM 1000 X 6 Musim = RM 6000
Kos Penggunaan Elektrik dengan Menggunakan Solar Panel = RM 0.00
Kos 1 Set Solar + Kos Penyelenggaraan + Kos Penghantaran = RM 400 + RM150 +
RM50 = RM 600/2 tahun

Kos Elektrik Sistem penyiraman tanaman yang menggunakan tenaga elektrik adalah
sebanyak RM 6000/2Tahun manakala Kos Elektrik Sistem ini yang menggunakan tenaga
Solar adalah sebanyak RM 0.00/2Tahun. Kos pembelian sistem solar termasuk
penyelenggaraan adalah hanya RM600/2 tahun. Maka kos penggunaan sistem menggunakan
tenaga solar adalah lebih murah berbanding penggunaan tenaga eletrik dalam masa 2 tahun.

4.0 KESIMPULAN

Secara amnya, sistem fertigasi solar ini dapat dihasilkan dengan jayanya serta
memenuhi objektif dimana sistem ini dapat membantu proses penyiraman dengan cepat dan
tidak memerlukan tenaga pekerja yang ramai. Ini dapat mengurangkan tenaga pekerja dan
membantu mengurangkan kerja harian suri rumah. Pengeluaran air yang boleh dikawal
secara manual juga dapat membantu menjimatkan penggunaan air kerana air yang dihantar
akan terus pergi ke tanaman.
Daripada hasil analisis yang dibuat penggunaan sistem ini juga dapat mengurangkan
penggunaan elektrik dan seterusnya menjimatkan kos elektrik iaitu tiada kos elektrik bagi

7_Matrix’17
Proceeding of the Malaysia TVET on Research via Exposition 2017
13 – 14 November 2017, Dungun, Terengganu

penggunaan sistem ini berbanding sistem yang menggunakan elektrik iaitu sebanyak
RM6000/2 tahun.

Kos pembelian dan penyelenggaraan untuk sistem solar amat menjimatkan iaitu hanya
RM600/2 tahun dan ini masih lagi dapat menandingi kos elektrik yang perlu dibayar dalam
masa 2 tahun digunakan.

Penjimatan penggunaan tenaga elektrik juga dapat mengurangkan pemanasan global


dan pencemaran udara yang kita hadapi pada masa kini kerana ia dapat mengurangkan
penghasilan karbon dioksida dan lain-lain gas yang berbahaya.

5.0 RUJUKAN

J. E Mohd Salih∗, A. H Adom and A.Y Md Shaakaf . (2012). Solar Powered Automated
Fertigation Control System for Cucumis Melo L. Cultivation in Green House School
Of Mechatronic Engineering. Universiti Malaysia Perlis.
Profesor Ir. Dr. Hj. Rezuwan bin Hj. Kamaruddin. 2009. Cadangan Projek Pengeluaran
Sayur-Sayuran Jenis Temperat menggunakan Teknologi Rumah Hijau dan Sistem
Fertigasi Untuk Sekolah Menengah Negeri Perlis. Universiti Malaysia Perlis.
Yaseer Suhaimi Mohd, Mahamud Shahid, Mohamad Abd. Manas, Abdul Kadir Yusoff. 2012,
Penanaman Cili Menggunakan Sistem Fertigasi Terbuka. Buletin Teknologi MARDI
Bil. 01 2012 : 89 – 96.
[Link]
[Link]
[Link]

8_Matrix’17

Anda mungkin juga menyukai