0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
48 tayangan13 halaman

Bimbingan GSI Tingkatkan Prestasi Sains

Kajian ini bertujuan meningkatkan prestasi murid sains SPM di dua buah sekolah yang mencatat penurunan peratus lulus dan GPMP selama tiga tahun. Sembilan orang guru sains dari sekolah-sekolah tersebut terlibat dalam pendekatan bimbingan GSI untuk memperbaiki amalan pengajaran dan pembelajaran sains.
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOC, PDF, TXT atau baca online di Scribd
0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
48 tayangan13 halaman

Bimbingan GSI Tingkatkan Prestasi Sains

Kajian ini bertujuan meningkatkan prestasi murid sains SPM di dua buah sekolah yang mencatat penurunan peratus lulus dan GPMP selama tiga tahun. Sembilan orang guru sains dari sekolah-sekolah tersebut terlibat dalam pendekatan bimbingan GSI untuk memperbaiki amalan pengajaran dan pembelajaran sains.
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOC, PDF, TXT atau baca online di Scribd

PENDEKATAN BIMBINGAN GSI DAPAT MENGUPAYAKAN GURU UNTUK

MENINGKATKAN PRESTASI MURID SAINS SPM

PN. HJH. SABIAH BTE NINGGAL


SISC+ Unit Sains & Matematik
Sektor Pembelajaran, PPD Alor Gajah, Melaka
sabiahdurian5241@[Link]

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengupayakan guru supaya dapat meningkatkan peratus lulus dan Gred
Purata Mata Pelajaran (GPMP) Sains Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Seramai sembilan orang guru yang
mengajar sains tingkatan 5 terlibat dalam kajian ini. Lima orang guru dari SMK Seri Pengkalan dan empat
orang guru dari SMK Rahmat. Tinjauan awal yang dibuat menunjukkan pencapaian SPM untuk mata
pelajaran sains SMK Rahmat dan SMK Seri Pengkalan paling rendah berbanding dengan sekolah-sekolah lain
di Daerah Alor Gajah dan merosot tiga tahun berturut-turut. Dalam kajian ini pengkaji menggunakan
pendekatan bimbingan GSI untuk mengupayakan guru supaya dapat meningkatkan prestasi murid dalam
peperiksaan. Dapatan Ujian Diagnostik 2 (UD 2) menunjukkan peningkatan peratus dan GPMP murid
berbanding dengan peperiksaan percubaan SPM tahun sebelumnya.. Analisis soal selidik menunjukkan majoriti
guru amat setuju dengan pendekatan bimbingan GSI.

1.0 PENGENALAN

Setelah 22 tahun menjalankan amanah sebagai seorang guru, pada tahun 2019
pengkaji telah berhijrah ke bidang tugas yang sedikit berbeza iaitu sebagai pegawai School
Improvement Specialist Coach + (SISC+). Tujuan penghijrahan ini adalah untuk mencari
pengalaman dan cabaran baharu. Kini sudah setahun pengkaji melibatkan diri sebagai SISC+,
bidang tugas ini agak berbeza kerana kalau sebelum ini pengkaji mendidik anak-anak murid
kini pengkaji berkongsi pengalaman bersama para guru. Cara pendekatannya sudah tentulah
sangat berbeza. Pengkaji merasakan menjadi SISC+ amat mencabar kerana perlu tahu banyak
perkara dalam masa yang singkat. SISC+ seolah-olah mesti tahu semua perkara. Pengetahuan
tentang Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang di dalamnya terkandung 5
aspirasi sistem, 6 aspirasi murid dan 11 anjakan, SKPMg2, KBAT, PLC, PBD, pembelajaran
terbeza dan sebagainya sangat perlu dikuasai sebelum pengkaji kesekolah untuk membimbing
guru. Ilmu berkaitan dengan coaching and mentoring amat perlu pengkaji kuasai agar dapat
memberi bimbingan dengan baik dan berkesan. Memandangkan tidak menjalani apa-apa
kursus untuk pengkaji harungi bidang kerja baharu ini maka pengkaji mencari-cari kursus
yang boleh membantu pengkaji. Pengkaji telah meminta kebenaran ketua jabatan untuk
mengikuti kursus Neuro Linguistic Program (NLP). Walaupun bayaran untuk mengikuti
kursus ini agak tinggi tetapi impaknya sangat memuaskan hati pengkaji. Dalam kursus ini
banyak perkara baharu yang pengkaji belajar yang berkait rapat dengan coaching and
mentoring. Pengkaji lebih yakin membimbing guru selepas mengikuti kursus ini disamping
mengikuti rakan-rakan SISC+ yang lama membuat bimbingan.

1
2.0 PERNYATAAN MASALAH

Di akhir tahun 2019, pengkaji telah menjalankan analissi keputusan SPM bagi
sekolah-sekolah Daerah Alor Gajah. Tujuan analisis ini dibuat adalah untuk merancang gerak
kerja pada tahun 2020. Daripada 19 buah sekolah menengah di Daerah Alor Gajah pengkaji
mengesan terdapat dua buah sekolah yang keputusan SPM sains agak rendah iaitu SMK Seri
Pengkalan dan SMK Rahmat.
Rajah 1 menunjukkan graf bar peratus lulus sains SPM bagi kedua-dua buah sekolah
sepanjang tiga tahun berturut-turut. Kedua-dua buah sekolah telah mencatatkan tiga tahun
berturut-turut peratus lulus yang semakin berkurang. SMK Rahmat peratus lulusnya
berkurang dari 92.5% pada tahun 2017 hingga 83.2% pada tahun 2019. Begitu juga SMK
Seri Pengkalan mencatatkan pengurangan peratus lulus dari 88.41% pada tahun 2017 kepada
77.24% pada tahun 2019.

Rajah 1 :
Peratus
lulus sains
SPM
SMK
Rahmat
dan SMK Seri
Pengkalan

Pengkaji juga menganalisis Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) bagi mata pelajaran
sains kedua-dua buah sekolah.

2
Rajah 2 : GPMP mata pelajaran sains SPM SMK Rahmat dan SMK Seri Pengkalan

Rajah 2 menunjukkan graf GPMP bagi mata pelajaran sains untuk kedua-dua buah
sekolah. Didapati SMK Rahmat GPMP pata tahun 2017 ialah 5.58 kemudian meningkat
kepada 5.47 tahun 2018 tetapi pada tahun 2019 GPMP terus jatuh ke 6.48. Bagi SMK Seri
Pengkalan pula GPMP pada tahun 2017 ialah 6.43 kemudian naik sedikit 6.66 pada tahun
2018 tetapi pada tahun 2019 GPMP nya lebih baik iaitu 6.29. Walaupun GPMP SMK Seri
Pengkalan lebih baik tetapi pangkalnya masih berkisar pada 6.00 ke atas.

Analisis trend pencapaian murid dalam Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 kedua-
dua buah sekolah juga menunjukkan mereka perlu dibantu.

Rajah 3 : Analisis trend pencapaian murid dalamPeperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4

Rajah 3 menunjukkan graf perbandingan keputusan peperiksaan akhir tahun sains


semasa murid di tingkatan 4. Pengkaji dapati trend yang ditunjukkan oleh SMK Rahmat amat
membimbangkan dimana muridnya yang akan menduduki SPM pada tahun ini (2020) adalah
kumpulan murid yang agak lemah kerana GPMP Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 agak
tinggi (8.23) berbanding dengan kumpulan murid tahun sebelumnya (7.86). Jika
dibandingkan dengan SMK Seri pengkalan, GPMP sains dalam Peperiksaan Akhir Tahun di
tingkatan 4 muridnya lebih baik dari tahun sebelumnya (7.55) iaitu 7.09. Ini menunjukkan
bahawa kumpulan murid pada tahun ini bagi SMK Seri Pengkalan lebih baik dari tahun
sebelumnya. Walau bagaimanapun sekolah ini masih perlu dibantu kerana GPMP lebih dari
7.00.
Daripada dapatan analisis trend pengkaji merasakan kedua-dua sekolah ini amat perlu
dibantu ditambah pula dengan bilangan murid yang menduduki peperiksaan bagi kedua-dua
buah sekolah agak tinggi iaitu SMK Rahmat bilangan calon SPM untuk mata pelajaran sains
ialah seramai 182 orang manakala SMK Seri Pengalan seramai 146 orang. Pengkaji yakin
sekirannya kajian ini tidak dijalankan, dengan bilangan murid yang besar dari kedua-dua
buah sekolah boleh menyebabkan GPMP sains Daerah Alor Gajah akan meningkat dan
kesannya menyebabkan Gred Purata Daerah (GPD) akan turut terjejas. Ditambah pula dengan

3
masalah waktu bersemuka yang minima disebabkan wabak Covid-19 yang sangat-sangat
mencabar warga pendidik untuk mejalankan amanah mendidik anak-anak murid mereka.

3.0 TUJUAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengupayakan guru untuk meningkatkan


peratus lulus dan GPMP Sains SPM

3.1 OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini selesai dijalankan, diharapkan akan dapat :


1. Meningkatkan motivasi guru untuk mendidik anak murid
2. Meningkatkan kreativiti guru menyelesaikan masalah yang dihadapi
3. Meningkatkan penguasaan guru terhadap Kemahiran Proses Sains
4. Mempelbagaikan pendekatan pedagogi guru
5. Meningkatkan pengetahuan SKPMg2 Standard 4 dalam kalangan guru sains

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 9 orang guru yang terdiri daripada 4 orang guru sains dari SMK
Rahmat dan 5 orang guru sains dari SMK Seri Pengkalan.

5.0 TINJAUAN AWAL

Memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), maka pengkaji


telah mengadakan pertemuan secara atas talian (Google meet) bersama dengan Pemimpin
Pertengahan (ML) iaitu Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) Sains dan Matematik beserta
dengan Ketua Panitia Sains.

Google meet bersama Pemimpin Pertengahan


( ML) SMK Seri Pengkalan

Google meet bersama Pemimpin


Pertengahan (ML) SMK Rahmat
Pengkaji mendapati bahawa
terdapat seramai empat orang guru
mengajar sains tingkatan 5 di SMK
Rahmat mempunyai pengalaman mengajar
lebih daripada 15 tahun. Tiada seorangpun

4
yang memeriksa kertas Sains SPM. Bagi SMK Seri pengkalan juga didapati kelima-lima
orang guru telah mempunyai pengalaman mengajar lebih daripada 15 tahun. Hanya seorang
guru menanda kertas SPM sains selama 5 tahun.
Pengkaji juga telah menjalankan bimbingan di dalam bilik darjah. Semasa bimbingan
pengkaji menggunakan SKPMg 2 Standard 4 sebagai panduan. Pengkaji dapati, suasana
pembelajaran lebih berpusatkan guru (80%), keupayaan guru mendorong minda murid
(Aspek 4.4.1) agak lemah. Aspek guru sebagai pendorong emosi (4.4.2) juga antara aspek
yang perlu diperbaiki dimana guru amat kurang memberi dorongan dan motivasi kepada
murid. Hanya 2 orang guru yang bergerak ke meja-meja murid sepanjang PdPc, 7 orang guru
lagi berdiri statik ditempatnya sepanjang sesi PdPc. Aspek 4.2.2, guru sebagai pengawal
suasana pembelajaran juga perlu diberi perhatian, Ada dalam kalangan murid yang tidur
dibiarkan oleh guru dengan alasan “dia dah memang macam tu, kerja part time”. Pengajaran
guru tiada unsur kecindan menyebabkan suasana pengajaran agak membosankan. Dari aspek
Kemahiran Proses Sains (KPS), pengkaji dapati majoriti guru masih kurang kemahiran
menyampaikan kepada murid. Ada dalam kalangan guru yang meminta murid menghafal
perkataan tertentu untuk menjawab soalan KPS. Contohnya sekiranya murid hendak
membuat hipotesis, perkataan yang perlu ada ialah Jika…..maka. Malahan ada guru yang
menyalahkan jawapan murid yang betul dan membetulkan jawapan murid yang salah.

Sesi pengajaran
guru di SMK Seri
Pengkalan

Sesi pengajaran
guru di SMK
Rahmat

6.0 METODOLOGI

Reka bentuk Kajian Tindakan dijalankan mengikut Model Kajian Tindakan Kurt
Lewin (1946) dengan menggunakan beberapa instrumen seperti pemerhatian, temubual dan
semakan dokumen untuk mengumpul dan memproses data. Data dianalisis secara deskriptif
dan naratif

7.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

5
Langkah pertama pengkaji menjalankan bimbingan dan permentoran secara
berkumpulan (Group Coaching and mentoring). Dalam bimbingan ini pengkaji menyediakan
lembaran soalan KPS untuk dijawab oleh guru. Selepas guru menjawab semua soalan KPS
yang sediakan sesi perbincangan diadakan bagi menilai jawapan yang dijawab oleh setiap
guru betul atau pun salah. Pada masa yang sama pengkaji memberi beberapa teknik yang
boleh digunakan untuk menyampaikan KPS kepada murid. Pengkaji telah mencipta Teknik
MIROOH, My-Exp 1 dan My-Exp 2 daripada dapatan Kajian Tindakan yang lalu.

Bimbingan dan permentoran secara berkumpulan (Group Coaching and mentoring) di


SMK Seri Pengkalan

Bimbingan dan permentoran secara berkumpulan (Group Coaching and mentoring)


di SMK Rahmat

Selepas menjalankan bimbingan secara berkumpulan pengkaji membimbing guru


dengan melaksanakan PdPc di dalam bilik darjah (Show coaching and mentoring). Pengkaji
menggunakan pendekatan Peer Coaching Model 2 dimana pengkaji mengajar murid dan guru
melihat pengajaran pengkaji. Dalam sesi PdPc, pengkaji meminta guru memfokuskan kepada
dua aspek iaitu aspek guru sebagai pendorong minda dan guru sebagai pendorong emosi.
Aspek guru sebagai pendorong minda yang perlu difokuskan oleh guru ialah teknik
penyoalan dan bagaimana penyoalan itu dilontarkan kepada murid (3P1B-Pose, Pause,
Paunce, Bounce). Sepanjang PdPc pengkaji sentiasa memberi dorongan, motivasi dan pujian
kepada murid agar dapat dikesan dan diaplikasikan oleh guru semasa mereka melaksanakan
PdPc.

Sesi Peer Coaching (Model 2) di SMK Seri Pengkalan


dan SMK Rahmat 6
Pengkaji juga telah membuat beberapa rakaman video teknik menyampaikan PdPc
Kemahiran Proses Sains. Video ini pengkaji kongsikan bersama guru-guru supaya dapat
dilihat dan digunakan oleh mereka semasa PdPc mengikut keperluan.

Contoh-contoh link video pengajaran teknik


menjawab soalan sains SPM dari pengkaji

Langkah ketiga, pengkaji menjalankan bimbingan secara individu (Individual


coaching and mentoring). Dalam sesi ini kami berbincang berkaitan dengan dapatan daripada
pengajaran pengkaji. Guru diminta mengulas aspek teknik penyoalan dan aspek guru sebagai
pendorong emosi. Aspek-aspek lain juga disentuh semasa bimbingan mengikut keperluan
guru.

7
Sesi bimbingan secara
individu antara pengkaji
dengan guru di SMK Seri
Pengkalan dan SMK
Rahmat

Selain daripada bimbingan secara bersemuka pengkaji juga membuat bimbingan


dengan menggunakan telegram. Dalam sesi bimbingan ini, guru-guru bertanya kepada
pengkaji tentang apa-apa persoalan berkaitan dengan sains.

8.0 DAPATAN KAJIAN

Semasa sesi aktiviti kumpulan dijalankan pengkaji dapati guru-guru sangat tekun
membuat latihan yang diberi. Banyak soalan dilontarkan kepada pengkaji semasa
perbincangan dibuat. Ada dalam kalangan guru yang dah macam murid rajin belajar.
Pengkaji perhatikan majoriti guru masih kurang menguasai kemahiran mendefinisi secara
operasi, membuat inferens dan membuat pemerhatian malahan ada yang masih keliru
perbezaan antara pemerhatian, inferens dan hipotesis.

Seorang guru sedang tekun


membuat Latihan Kemahiran
Proses Sains (KPS)

Semasa sesi individu juga pengkaji dapati guru-guru memberi respon yang amat baik.
Perbincangan berjalan secara dua hala. Aspek guru sebagai pendorong emosi juga ditekankan

8
untuk dilaksanakan kepada murid terutama murid yang lemah. Dengan kata-kata guru
sebenarnya boleh membakar semangat murid untuk terus belajar.

Sesi bimbingan individu bersama guru

Guru-guru juga kerap bertanya melalui WhatsApp dan Telegram sekiranya mereka
menghadapi masalah untuk menentukan jawapan yang diberi oleh murid betul atau tidak.
Pengkaji akan memberi respond kepada setiap persoalan yang diajukan oleh guru. Sekiranya
penerangan yang perlu diberikan agak panjang, maka pengkaji akan menghubungi mereka
dengan menggunakan telefon.

Bimbingan melalui aplikasi Telegram

Pada akhir bulan september telah diadakan Ujian Diagnostik 2 untuk melihat
pencapaian murid sebelum menghadapi peperiksaan SPM sebenar. Setiap sekolah di daerah
Alor Gajah diberi soalan selaras. Keputusan Ujian Diagnostik 2 (UD 2) dianalisis dan
pengkaji membandingkan pencapaian murid dalam peperiksaan Percubaan SPM 2019 dengan
UD 2 (tahun 2020).

Pencapaian UD2 di SMK Rahmat telah menujukkan peningkatan peratus lulus dari
35.63 peratus kepada 47.19 peratus. Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) sains juga
menunjukkan peningkatan dari 8.09 kepada 7.89. Pencapaian yang sama juga ditunjukkan
oleh SMK Seri Pengkalan. Peratus lulus UD2 SMK Seri Pengkalan (61.38%) lebih baik
daripada tahun sebelumnya (46.21%). GPMP mata pelajaran sains juga turut menunjukkan

9
peningkatan yang agak ketara dimana pada tahun 2020 GPMP adalah 6.34 berbanding
dengan 7.22 pada tahun 2019.

Rajah 4 : Perbandingan Peperiksaan Percubaan SPM Sains tahun 2019 dan UD 2 SMK
Rahmat dan SMK Seri Pengkalan

Rajah 5 : Perbandingan GPMP Peperiksaan Percubaan SPM tahun 2019 dan UD 2 sekolah-
sekolah Daerah Alor Gajah

Apa yang menarik perhatian pengkaji ialah SMK Rahmat dan SMK Seri Pengkalan
antara dua buah sekolah yang menunjukkan peningkatan UD 2 berbanding dengan percubaan
SPM tahun lepas selain daripada dua buah sekolah agama iaitu SMA Agama Al- Ehya Al
Karim (SMAAEAK) dan SMA Jaim Darul Falah (SMAJDF).

10
Kajian soal selidik dilaksanakan dengan menggunakan skala bercorak Likert. Purata
untuk setiap item dikira dan dicatatkan dalam jadual. Jadual 1 menunjukkan hasil dapatan
soal selidik

Jadual 1 : Kajian Keberkesanan Pendekatan Bimbingan GSI

Jumlah Skor
Bil. Item (9 guru) Purata
1. Pendekatan bimbingan GSI ini banyak 41 4.56
membantu saya
2. Saya suka dengan pendekatan bimbingan GSI 42 4.67
3. Pengetahuan Kemahiran Proses Sains (KPS) 44 4.89
saya bertambah semasa bimbingan kumpulan
dijalankan
4. Saya suka apabila SISC+ dapat menunjukkan 45 5.00
cara menyampaikan PdPc kepada murid
5. Semasa SISC+ mengajar didalam bilik darjah 43 4.78
saya dapat belajar sesuatu yang baharu
6. Bimbingan secara individu banyak membantu 43 4.78
saya dalam PdPc
7. Video Teknik menjawab yang diberi 43 4.78
membantu saya menjalankan PdPc
8. Pendekatan bimbingan GSI menyebabkan 18 2.00
saya semakin stress

Keseluruhannya penggunaan pendekatan bimbingan GSI memberi kesan yang positif


terhadap guru. Majoriti guru sangat suka dengan pendekatan GSI (Purata skor: 4.67).
Pengetahuan KPS mereka bertambah semasa bimbingan kumpulan dijalankan (Purata skor:
4.89). Semua guru sangat suka apabila SISC+ dapat menunjukkan cara menyampaikan PdPc
kepada murid (Purata skor: 5.00). Kebanyakan guru sangat setuju bimbingan secara individu
banyak membantu mereka dalam PdPc (Purata skor: 4.78).

Melalui soalan terbuka yang dikemukakan tentang pandangan guru terhadap


pendekatan bimbingan GSI menunjukkan semua guru setuju dengan pendekatan bimbingan
ini. Ada guru menyatakan mereka bimbang apabila diberitahu mereka akan dibimbing tetapi
selepas melalui pendekatan bimbingan GSI mereka merasa seronok dan tidak tertekan.
Mereka menyatakan apabila melihat SISC+ mengajar banyak memberi idea kepada mereka
untuk melaksanakan PdPc pada masa akan datang. Ada juga guru menyatakan murid mereka
suka dengan pendekatan pedagogi yang SISC+ gunakan. Terdapat juga tiga orang guru
menyatakan beliau lebih bersemangat dan bermotivasi selepas mendapat bimbingan dari
SISC+.

9.0 REFLEKSI KAJIAN

Sepanjang menjadi guru, pengkaji amat gemar melakukan Kajian Tindakan untuk
menyelesaikan sebarang isu yang dihadapi. Pengkaji dapat melihat sama ada intervensi yang
pengkaji gunakan berkesan atau tidak melalui ujian pasca dan perubahan tingkah laku murid.
Tetapi sebagai SISC+ pengkaji merasakan amat sukar untuk melakukan Kajian Tindakan.
Pengkaji tidak pasti adakah boleh atau tidak menggunakan pendekatan bimbingan yang
11
pengkaji terfikir. Pengkaji masih ingat, seorang pengetua menyatakan beliau lebih suka jika
SISC+ dapat mengajar di dalam bilik darjah dan gurunya melihat supaya gurunya boleh
belajar pendekatan pedagogi terbaik yang SISC+ gunakan. Selepas sesi itu, seorang SISC+
senior menyatakan kepada pengkaji, “kita pegawai tak boleh mengajar”, abaikan pandangan
dia”. Di sudut dalaman hati pengkaji sangat bersetuju dengan pandangan pengetua itu.
Pengkaji merasakan tiada salahnya kalau SISC+ boleh tunjukkan beberapa pendekatan
pedagogi untuk dinilai oleh guru sama ada sesuai atau tidak dengan murid mereka. Situasi ini
menyebabkan pengkaji merasa serba salah untuk memberi bimbingan kepada guru. Pengkaji
amat takut sekiranya pendekatan bimbingan yang pengkaji gunakan salah dan tidak mengikut
bidang tugas SISC+ tambahan pula dengan ilmu yang masih sedikit.

Rasa serba salah dan ragu-ragu pengkaji hilang selepas menghadiri taklimat pengarah
bersama dengan SISC+. Satu kata-kata pengarah yang pengkaji pegang ialah “tiada betul,
tiada salah, yang penting pergi ke sekolah” Kata-kata pengarah ini telah memberi kekuatan
kepada pengkaji untuk mencuba pendekatan bimbingan GSI.
Semasa mula berkunjung membuat bimbingan kepada guru pengkaji dapati guru-guru
agak kurang selesa. Mereka menyatakan mereka tak selesa dipantau semasa sedang mengajar.
Pengkaji menyatakan “Ini bukan pemantauan hanya sekadar bimbingan untuk tambah baik
apa yang perlu atau kekalkan apa yang dah bagus. Cikgu jangan risau saya datang bukan nak
menilai cikgu”. Apabila pengkaji menyatakan begitu barulah nampak mereka selesa untuk
dibimbing.
Sesi bimbingan secara kumpulan yang dilaksanakan banyak memberi kesan kepada
peningkatan pengetahuan dan kefahaman KPS dalam kalangan guru. Bimbingan secara
berkumpulan ini dirasakan amat perlu kerana majoroiti guru dikedua-dua buah sekolah ini
tidak menguasai KPS. Jika guru tidak kuasai KPS bagaimana murid boleh faham sebab itulah
pengkaji ada mendengar komen guru seperti berikut ; “murid nie masa kita ajar dia faham,
bila jawab periksa dia tidak boleh jawab”.
Beberapa orang guru menyatakan bahawa mereka semakin faham dan lebih yakin
menyampaikan KPS kepada murid setelah mengikuti bimbingan berkumpulan. Semasa
melihat guru mengajar di dalam kelas pengkaji perhatikan guru lebih yakin menyampaikan
KPS kepada murid dan boleh menjawab soalan-soalan yang dikemukan oleh murid dengan
tepat.
Pendekatan “Show” melalui Peer Coaching (Model 2) yang dijalankan amat disukai
oleh guru-guru. Selama ini pengajaran mereka dilihat oleh SISC+ tetapi dalam pendekatan ini
mereka melihat SISC+ mengajar. Ada yang kata “Macam nie barulah tak tension kak, boleh
bimbing saya selalu”. Ada juga dalam kalangan guru membuat rakaman sepanjang sesi PdPc
pengkaji.
Semasa sesi bimbingan individu, pengkaji menekankan aspek guru sebagai pendorong
emosi kerana kurang diaplikasikan oleh guru. Pengkaji menerangkan cara dan masa yang
sesuai mendorong emosi murid sepanjang sesi PdPc. Bagi pengkaji amat penting seorang
guru mendorong emosi murid terutama murid yang lemah. Walaupun dalam SKPMg 2
Standard 4 skornya hanya 5 markah, tetapi ianya merupakan aspek yang amat penting bagi
menarik minat murid untuk belajar. Pengalaman pengkaji sepanjang menjadi guru, murid
yang lemah amat memerlukan sokongan dan bimbinigan dari guru mereka. Guru perlu
sentiasa memberi pujian walaupun murid menunjukkan sedikit peningkatan atau perubahan
yang positif kerana kata-kata pujian guru sangat memberi makna pada mereka. Guru perlu
menunjukkan sikap mengambil berat terhadap murid supaya mereka merasa disayangi oleh

12
guru mereka. Ada dalam kalangan murid lemah belajar bukan kerana hendak pandai tetapi
belajar kerana hendak mengambil hati guru mereka.

Pengkaji akui pendekatan bimbingan GSI lebih kepada mentoring berbanding dengan
coaching. Memandangkan cabaran masa yang singkat bersemuka dengan guru disebabkan
masalah wabak Covid-19, maka pengkaji membuat keputusan untuk menggunakan
pendekatan bimbingan GSI. Tambahan pula pengkaji mempunyai beberapa teknik mudah
yang boleh dikongsikan bersama guru-guru untuk menguasai KPS. Teknik mudah ini
pengkaji cipta semasa menjalankan Kajian Tindakan di sekolah dahulu.

Pengkaji dapati pendekatan GSI ini telah berjaya mengupayakan guru untuk
meningkatkan prestasi pencapaian anak murid mereka. Ini jelas terbukti dengan pencapaian
UD 2 murid SMK Rahmat dan SMK Seri Pengkalan antara dua buah sekolah daripada 4 buah
sekolah menunjukkan peningkatan berbanding dengan percubaan SPM tahun lepas. Kedua
sekolah ini hanyalah sekolah harian biasa berbanding dengan 2 sekolah aliran agama yang
menunjukkan peningkatan. Sedangkan semua sekolah lain mengalami penurunan. Seolah-
olah wabak Covid-19 tidak memberi kesan kepada prestasi muridnya malahan meningkat dari
tahun sebelumnya. Pengkaji juga merasa terharu apabila seorang pengetua memuji
pendekatan yang digunakan oleh pengkaji. Katanya guru-gurunya suka dengan bimbingan
yang diberikan oleh pengkaji.

10.0 KESIMPULAN

Pendekatan bimbingan GSI telah membuka minda pengkaji bahawa guru amat
perlukan bimbingan secara intensif. Pendekatan GSI telah dapat mengupayakan guru untuk
meningkatkan prestasi anak didik mereka.
Pengkaji perlu berusaha untuk mempelbagaikan lagi kaedah bimbingan pada masa
akan datang supaya dapat membimbing guru untuk meningkatkan prestasi murid-murid
mereka..

BIBLIOGRAFI

1. Fielden, S.L., Davidson, M.J., and Sutherland, V. J. (2009). Innovations in coaching


and mentoring: Implications for nurse leadership development. Health Services Management
Research, 22(2), 92-9.

2. Kampa-Kokesch, S. and Anderson, M. Z. (2001) Executive coaching: A


comprehensive review of the literature. Consulting Psychology Journal: Practice and
Research, 53(4), 205-28

3. Koleksi Laporan Kajian Tindakan 2008 (TUNTAS). Kedah : Jabatan Pelajaran Negeri
Kedah.

13

Anda mungkin juga menyukai