PEMBUKA Selamat malam dan salam sejahtera.
Izinkan saya
berpantun bagi memulakan majlis makan malam pada
malam ini.
Bunga melati tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara,
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.
Ingin rasa memakan kari,
Kari cendawan batang keladi;
Girang rasa tidak terperi,
Bertemu a\rakan seperjuangan yang baik budi.
Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.
Hadirin dan hadirat yang dihormati,
Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Tuhan kerana dengan
limpah Kasih Nya dapat kita bersama-sama dalam
Program Hari Keluarga SKSK 2022 dan juga Majlis
sulaman Kasih Junjungan Budi khas untuk [Link]
pada malam ini.
Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kedatangan rakan-
rakan guru yang disayangi beserta keluarga tercinta
masing-masing.
Untuk pengetahuan hadirin sekalian, Program Hari
Keluarga SKSK 2022 dan juga Majlis sulaman Kasih
Junjungan Budi ini merupakan salah satu program yang
dirancang dan dijalankan oleh Badan Kebajikan Guru Dan
Kakitangan untuk menjalinkan hubungan mesra dan
mengeratkan silalturahim antara sesama kita serta meraikan
salah seorang ahli keluarga SKSK yang telah berpindah ke
SK Morib, iaitu Pn. Norazah binti Ahmad Markeh.
Garam ada, kicap pun ada,
Sayang lada terlupa bagi,
Pantun ada, ucapan pun ada,
Sayang tiada berdoa lagi.
Kalau pergi Tanjung Keramat,
Anak manis jangan diangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Semoga majlis mendapat berkat.
Dengan segala hormatnya, majlis menjemput Tuan Haji
Khairy Asyraff bin Kamaruddin untuk memimpin bacaan
doa. Dipersilakan.
Aminn ya Rabbal Alaminn..
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Tuan Haji
Khairy Asyraff bin Kamaruddin di atas pimpinan bacaan
doa sebentar tadi.
Semoga doa yang dibaca tadi dimakbulkan oleh Yang
Maha Esa.
Hadirin yang dihormati,
Kalau dilipat sebesar kuku
Kalau dibentang seluas alam
Yang jauh diimbau
Yang dekat digamit
Seuntai salam sejambak kata
Degup bicara, merisik rasa.
Untuk tidak melengahkan masa marilah kita sama-sama
mendengar ucapan alu-aluan daripada Pengerusi BKGK,
Pn Fauzilah binti Roslan untuk memberi sepatah dua kata
sebagai kata-kata pembukaan majlis makan malam pada
malam ini.
Majlis dengan hormatnya mempersilakan.
Terima kasih Pn Fauzilah atas ucapan itu tadi
Seterusnya, majlis menjemput pula rakan guru yang dirai,
Puan Norazah binti Ahmad Markeh untuk memberikan
sepatah dua kata sebagai pengubat rindu untuk kami yang
ditinggalkan. Dah lama rasanya kita tak dengar suara
serak-serak nyaring kak Azah kan??..
Majlis dengan hormatnya mempersilakan.
Terima kasih kak Azah atas ucapan tersebut. Kami sentiasa
doakan agar Kak Azah sentiasa Bahagia, cemerlang dan
gemilang si sekolah baharu.
Rasa nya perut masing-masing dah berdendang riang minta
diisi, maka dengan ini saya menjemput semua rakan-rakan
guru bersama ahli keluarga masing-masing untuk
menikmati makanan-makanan yang telah lama menanti
untuk dicicipi.. Jom makannnn…
Tapi sebelum tu, nanti sambil-sambil kita makan, cabutan
hadiah akan berjalan ye..
Untuk pusingan pertama, saya menjemput Pengerusi
BKGK kita, [Link] untuk mencabut nombor bagi
cabutan bertuah..
Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah dan
cenderahati kenang-kenangan sebagai tanda ingatan
daripada rakan-rakan guru kepada rakan yang dirai .. Kak
Azah, minta kak azah datang ke hadapan untuk menerima
hadiah tersebut..
Hadiah pertama datang dari…
Seterusnya…
Seterusnya, majlis diteruskan dengan Cabutan bertuah
untuk pusingan yang kedua.
Dijemput Pn. Shamsinar untuk mencabut nombor,
seterusnya menyampaikan hadiah tersebut..
Pada pagi tadi, seperti yang semua sedia maklum, kita telah
mengadakan acara sukan di Tepian Pantai.
Majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah Sukan
kepada para pemenang. Dipersilakan Pn Rosmawati
diiringi Pn Fauzilah untuk menyampaikan hadiah Sukan.
Nama acara:_____________________________
Nama pemenang:_________________________
Terima kasih kepada Pn Rosmawati dan Pn Fauzilah
diatas kesudian menyampaikan hadiah.
Dengan berakhirnya acara penyampaian sempena
sukaneka itu tadi, maka berakhirlah tugas saya sebagai
MC pada kali ini, tahun depan pastikan orang lain pula
bertugas nanti.
Jutaan terima kasih kepada semua pihak dalam menjayakan
majlis makan malam serta penyampaian hadiah cabutan
bertuah serta acara sukaneka itu tadi. Sebelum mengakhiri
tugas saya, dengarkanlah dua rangkap pantun daripada
saya,
Pergi ke dusun memetik kelapa,
Kelapa muda si kelapa barli,
Jari disusun maaf dipinta,
Panjang usia berjumpa kembali.
Kiri jalan kanan pun jalan
Tengah-tengah pohon mangga
Selamat jalan belum nak diucapkan.
Silalah sambung menjamu selera hidangan yang masih
ada.
Dijemput rakan-rakan semua menyambung menjamu selera
dengan hidangan yang masih ada dengan sebaiknya. Kalau
boleh, jangan tinggalkan sebarang sisa.