0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
65 tayangan6 halaman

Inovasi WH-Wheel untuk Pembelajaran Grammar

Dokumen ini memberikan informasi tentang inovasi WH-Wheel yang dirancang untuk meningkatkan pemahaman murid tentang tata bahasa Bahasa Inggris, khususnya lima waktu dasar dan penggunaan kata ganti dan pertanyaan WH. Inovasi ini berupa roda yang terdiri dari tiga bagian untuk mempelajari unsur-unsur bahasa tersebut secara interaktif dan menyenangkan.
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai PDF, TXT atau baca online di Scribd
0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
65 tayangan6 halaman

Inovasi WH-Wheel untuk Pembelajaran Grammar

Dokumen ini memberikan informasi tentang inovasi WH-Wheel yang dirancang untuk meningkatkan pemahaman murid tentang tata bahasa Bahasa Inggris, khususnya lima waktu dasar dan penggunaan kata ganti dan pertanyaan WH. Inovasi ini berupa roda yang terdiri dari tiga bagian untuk mempelajari unsur-unsur bahasa tersebut secara interaktif dan menyenangkan.
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai PDF, TXT atau baca online di Scribd

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

DATO’ IBRAHIM YAACOB


BATU 5 JALAN IPOH 51200 KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA PROJEK INOVASI

TAJUK : WH-WHEEL

DISEDIAKAN OLEH : YAMUNAA A/P SIVALINGAM


1. Kategori Pertandingan
Sektor Pengurusan Akademik : Individu Sekolah Menengah

2. Tajuk Inovasi
WH-Wheel

3. Sinopsis Inovasi
Tujuan inovasi ini adalah untuk meningkatkan kemahiran asas murid mempelajari
topik Grammar Bahasa Inggeris yang merangkumi 5 jenis Tenses yang asas iaitu
Simple Future Tense, Simple Present Tense, Present Continuous Tense, Past
Continuous Tense, Verb-to-be, Pronouns and WH-questions. Penguasaan yang lemah
dalam asas Grammar Bahasa Inggeris yang melibatkan tenses asas ini adalah
merupakan masalah yang sering berlaku di kalangan murid-murid di sekolah.
Kebanyakan murid mempunyai masalah asas pemahaman Grammar terutama asas
teori bagi setiap topik tenses tersebut dan masalah menulis ayat Bahasa Inggeris
mudah dengan betul. Oleh itu, inovasi WH-Wheel diperkenalkan bagi membantu
murid mengatasi masalah yang melibatkan Grammar. Inovasi WH-Wheel dihasilkan
bertujuan untuk membantu murid menyelesaikan pembelajaran Grammar dan menulis
karangan (essay) dengan menggunakan teknik roda atau “Wheel‟. Secara
keseluruhan, murid dapat menguasai pembelajaran Grammar dan membina isi dengan
menggunakan Teknik WH-questions dengan lebih baik selepas pengunaan inovasi
“WH-Wheel” dan mampu menulis ayat bahasa Inggeris ringkas dengan lebih baik.
Selain itu, pembelajaran Grammar di dalam kelas menjadi seronok dan guru kurang
mengahadapi tekanan untuk mengajar topik Grammar dan Essay.
4. Objektif Inovasi
Inovasi ini direka untuk mencapai objektif berikut:-
i. Meningkatkan penguasaan S-V-A (Subject-Verb Agreement) dalam Grammar
menerusi penggunaan Pronouns (Subject) dan verb to-be (V-T-B) dengan
betul.
ii. Meningkatkan kemahiran menulis ayat Bahasa Inggeris yang ringkas dengan betul.

iii. Meningkatkan penguasaan kemahiran menulis karangan (essay) melalui WH-


questions untuk membina isi (points).

iv. Akhir sekali, meningkatkan penguasaan 5 aspek Tenses yang asas yang penting bagi
murid iaitu Simple Future Tense, Simple Present Tense, Present Continuous Tense
dan Past Continuous Tense.

5. Kumpulan Sasaran

Inovasi ini diciptakan untuk murid-murid menengah rendah, terutamanya murid-murid


Tingkatan 1 & 2.

6. Latar Belakang

Inovasi WH-Wheel dihasilkan bagi membantu murid-murid saya menyelesaikan masalah


pembelajaran Grammar dengan menggunakan teknik roda atau “Wheel”. Pengunaan roda
atau Wheel dicetuskan berdasarkan kepada beberapa kajian yang dijalankan. Menurut
Chambers & Yunus (2017), penggunaan roda dalam pembelajaran Grammar dapat
meningkatkan penguasaan murid terhadap penguasaan Grammar Bahasa Inggeris. Di
samping itu, kekerapan penggunaan roda dalam pembelajaran Grammar, dapat meningkatkan
ingatan dan pemahaman murid kepada fakta asas Verb to Be (VTB) dalam membina ayat
mudah Bahasa Inggeris. Sebagai contoh, semasa menulis ayat yang mudah, dengan
berpandukan kepada “WH-Wheel”, murid akan dapat memahami bila, kenapa dan bagaimana
hendak menggunakan syarat asas Grammar seperti Present Tense dan Past Tense. Perkara
ini dapat dikuasai murid apabila mereka sentiasa belajar dan kerap menggunakan roda
dalam pembelajaran Grammar untuk membina ayat mudah Bahasa Inggeris. (Chambers &
Yunus (2017) and (Wharton, 2007:4).
WH-Wheel dihasilkan dalam bentuk kadbod. Proses ini melibatkan beberapa langkah iaitu
langkah penulisan, langkah pemotongan dan langkah penampalan. Langkah awal, saya akan
menulis dan membuat bulatan tiga Wheel pada kertas A4. Setelah itu, saya akan memotong
kadbod yang terpakai mengikut bulatanyang paling besar. Akhir sekali, proses penampalan
akan dilaksanakan dengan menampal kertas tadi dengan kadbod yang telah dipotong. Saya
akan menyambungkan kedua-dua roda tadi dengan menggunakan butang pin terpakai,

7. Isu/Masalah yang telah ditangani

Terdapat empat masalah yang saya telah dikenal pasti daripada murid saya di sekolah.
Pertama, penguasaan yang lemah dalam asas Grammar Bahasa Inggeris yang melibatkan
beberapa tenses asas seperti Simple Future Tense, Simple Present Tense, Present
Continuous Tense and Past Continuous Tense. Kebanyakan murid saya mempunyai masalah
asas pemahaman Grammar terutama asas teori bagi setiap topik tenses tersebut. Antara
faktor yang menyebabkan penguasaan Bahasa Inggeris adalah disebabkan oleh kurangkan
pemahaman asas murid kepada “Grammar”, “Vocabulary” dan struktur generic (Kee, 2013;
Ali & Yunus, 2004). Kedua, masalah kelemahan murid dalam penggunaan S-V-A (Subject-
Verb Agreement) dan Verb-to-be (VTB). Kebanyakkan murid sangat keliru dan tidak pasti
dalam penggunaan Subject-Verb Agreement (SVA) terutama dalam melibatkan Present
Tense dan Past Tense. Mereka juga akan meningkatkan penggunaan Verbs-To-Be (VTB)
yang betul terutama ketika membina ayat dalam bahasa Inggeris (Chambers dan Yunus,
2017).

Ketiga, masalah penggunaan bahan yang sedia ada iaitu buku teks. Pembelajaran
SVA dan VTB di dalam buku teks sekolah menengah adalah berbentuk jadual. Ini akan
menyukarkan murid untuk memahami Grammar dengan baik dan proses pembelajaran
murid untuk memahami SVA dan VTB akan lambat dan menyukarkan Oleh itu,
penggunaan roda dalam pembelajaran Grammar adalah lebih baik daripada pembelajaran
menggunakan jadual di dalam buku teks (Chambers & Yunus (2017). Tambahan lagi,
Thirusanku & Yunus, (2012) turut bersetuju dengan menyatakan penerangan berbentuk
jadual di dalam buku teks sangat mengelirukan dan tidak interaktif. Penerangannya yang
panjang serta tidak dapat meningkatkan pemahaman murid terhadap pembelajaran
Grammar. Murid akan kurang berminat untuk belajar Grammar Thirusanku & Yunus
(2012). Keempat, adalah mengenalpasti, masalah murid sukar untuk meningkatkan
pemahaman mereka dalam bahasa Inggeris kerana mereka lemah dalam masalah
penguasaan Grammar dan selalu akan menggunakan bahasa ibunda mereka untuk bercakap
dalam Bahasa Inggeris.

Oleh itu, focus inovasi saya ini adalah lebih kepada meningkatkan kefahaman murid
terhadap 6 topik asas Tense yang melibatkan penggunaan Subject-Verb- Agreement (S-V-
A) dan Verb-To-Be (VTB).

8. Huraian Inovasi

8.1. Bahan yang digunakan untuk menghasilkan inovasi

Bahan-bahan yang telah digunakan untuk menghasilkan WH-wheel ini adalah


Kertas A4, dakwat mencetak, pencetak, kad board (kitar semula), gam dan pin
(kitar semula).

8.2. Cara inovasi digunakan

Dalam bahagian ini, akan diterangkan konsep inovasi bagi inovasi Grammar
Wheel. Secara umumnya, inovasi “Grammar Wheel” ini terbahagi kepada 3
bahagian Roda (Wheel) iaitu :-

a. Wheel 1 :- Pronouns (Subject)

b. Wheel 2 :- Simple Present Tense, Simple Future Tense, Present & Past Continuous
Tense, Verb-to-be

c. Wheel 3 :- WH- words/questions

Murid akan bermain di dalam kumpulan dan perkataan-perkataan yang diuji di


dalam permainan tersebut melibatkan perkataan WH questions dan 5 tenses yang
telah dinyatakan.

8.3. Kos bagi menghasilkan inovasi

Tiada sebab barangan kitar semula yang telah digunakan


9. Lampiran

Anda mungkin juga menyukai