0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
116 tayangan12 halaman

Falsafah Pendidikan dan Pekerjaan

Dokumen tersebut membahas mengenai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Malaysia dan matlamatnya untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Dokumen tersebut menjelaskan bahawa matlamat FPK penting untuk membentuk warga Malaysia yang bertanggungjawab serta dapat berkontribusi positif kepada pembangunan negara.

Diunggah oleh

Ichi Luwat
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd
0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
116 tayangan12 halaman

Falsafah Pendidikan dan Pekerjaan

Dokumen tersebut membahas mengenai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Malaysia dan matlamatnya untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Dokumen tersebut menjelaskan bahawa matlamat FPK penting untuk membentuk warga Malaysia yang bertanggungjawab serta dapat berkontribusi positif kepada pembangunan negara.

Diunggah oleh

Ichi Luwat
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd

SARJANA MUDA PENGAJARAN (PENDIDIKAN RENDAH) DENGAN KEPUJIAN

SEMESTER SEPTEMBER / TAHUN 2022

MPU3192

FALSAFAH DAN ISU SEMASA 2

NO. MATRIKULASI : 941112136290001


NO. KAD PENGENALAN : 941112136290
NO. TELEFON : 01135386705
E-MEL : ariabulan@[Link]

PUSAT PEMBELAJARAN : Miri Learning Centre


Pengenalan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah dirumuskan pada tahun 1988 dan dinyatakan
dalam Akta Pendidikan 1996 yang berbunyi: “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha
berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan teras kepada sistem pendidikan di negara ini.
Melahirkan insan yang seimbang merupakan antara salah satu matlamat dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. matlamat falsafah pendidikan kebangsaan melahirkan insan
seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Matlamat ini bertujuan untuk
menghasilkan individu yang dapat mencapai kebahagiaaan hidup yang seimbang dan harmoni
serta menjadi warga negara Malaysia yang bertanggungjawab terhadap tugas dan
tanggungjawab masing-masing, serta berkontribusi secara positif untuk pembangunan negara.
Matlamat falsafah pendidikan kebangsaan ini juga menekankan pentingnya pembelajaran
yang menyentuh aspek kehidupan praktis dan memberi pelajar kemahiran yang diperlukan
untuk menghadapi cabaran dunia pekerjaan. Dalam konteks globalisasi dan kemajuan
teknologi, matlamat ini sangat penting untuk memastikan bahawa pelajar Malaysia dapat
bersaing di pasaran global dan tidak ketinggalan dalam perkembangan dunia. Selain itu,
matlamat falsafah pendidikan kebangsaan juga mempromosikan kepelbagaian budaya,
keharmonian antara kaum dan integrasi nasional. Dengan memupuk kesedaran akan
kepelbagaian budaya dan menjunjung tinggi nilai keharmonian antara kaum, individu-
individu akan lebih memahami dan menghargai keunikan setiap budaya dan mampu
berinteraksi dengan orang dari latar belakang yang berbeza dengan lebih efektif dan
bermakna. Dengan demikian, matlamat falsafah pendidikan kebangsaan tidak hanya
bertujuan untuk menghasilkan individu yang cerdas secara intelektual, tetapi juga
bertanggungjawab dalam menangani isu-isu sosial, ekonomi dan politik di Malaysia serta
dapat memainkan peranan yang aktif dan positif dalam pembangunan negara kearah masa
depan yang lebih baik. Oleh karena itu, matlamat falsafah pendidikan kebangsaan sangat
penting untuk memastikan pembentukan insan yang seimbang dan harmoni serta mampu
berkontribusi secara positif untuk kesejahteraan masyarakat dan kemajuan negara secara
keseluruhan. Dalam kesimpulannya, matlamat falsafah pendidikan kebangsaan yang
melahirkan insan seimbang adalah krusial dalam memastikan kelestarian negara dan
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dan berdaya saing di kancah global.
Dengan memahami dan melaksanakan falsafah pendidikan kebangsaan yang menc akupkan
pada pembentukan insan yang seimbang, maka kita dapat mencapai tujuan negara yang lebih
makmur, sejahtera dan berdaya saing di masa depan. Kita harus terus memperjuangkan dan
menerapkan falsafah pendidikan kebangsaan untuk membentuk insan yang berkualitas dan
mampu berkontribusi secara positif.
Soalan 1a)
Pada pandangan saya, mempunyai pekerjaan adalah penting bagi semua orang. Apabila kita
mempunyai pekerjaan, ia boleh menambah lagi banyak faedah kepada kehidupan kita dan ia
mungkin membolehkan hidup kita akan lebih selesa dan akan memberikan kestabilan untuk
diri kita serta keluarga. Pekerjaan juga penting bagi tujuan tertentu kerana ia boleh
menyediakan matlamat untuk kita usahakan pada setiap masa dan pendapatan merupakan
satu sumber yang menyokong kita dari segi kewangan. Selain itu, ia juga boleh membantu
kita dalam membina kemahiran dan pengalaman yang akan bertahan sepanjang bekerja
walaupun kita akan bertukar kerja di kemudian hari pada masa akan datang. Berikut
merupakan beberapa sebab lain mempunyai pekerjaan adalah penting:
a) Sosialisasi
Pekerjaan boleh menghubungkan kita dengan orang lain yang boleh membantu kita
untuk mengenal dengan lebih dalam atau lebih lanjut tentang dunia dengan adanya
berinteraksi dengan pelanggan, pelanggan atau rakan sekerja dan merasakan lebih
terjalin hubungan dengan masyarakat luar.
b) Sumber pendapatan
Pekerjaan boleh menjadikan kita rasa terjamin dari segi kewangan pada masa kini dan
untuk masa akan datang dengan menyediakan sumber untuk membayar keperluan
seperti membayar rumah, membayar bulanan kereta, yuran persekolahan dan lain-
c) Kemahiran
Pekerjaan boleh menawarkan peluang untuk mempelajari sesuatu kemahiran baru
seperti perkhidmatan pelanggan, organisasi dan juga pengucapan awam.

Gambar 2 iaitu sebuah gambar realistik dimana dipetik dari sebuah akhbar yang
menunjukkan seorang anak terpaksa berhenti kerja kerana menjaga ibu bapanya sakit.
Gambar ini tidak menunjukkan sebuah kerjaya kerana ianya tidak mendatang sumber
pendapatan dan tidak mempunyai majikan akan tetapi ianya merupakan sebuah pengorbanan
yang mulia oleh seorang anak kepada ibu bapanya. Menjaga ibu bapa merupakan
tanggungjawab anak-anak bukan sahaja untuk membalas jasa kedua ibu bapa malah sekaligus
merealisasikan matlamat utama FPK iaitu melahirkan insan yang seimbang iaitu beraklak
mulia. Insan yang seimbang membawa maksud semua keperluan manusia mencukupi, iaitu
pertumbuhan akal, perkembangan rohani, emosi, dan jasmani secara sihat dan bersepadu.
Soalan 1b)

Sebagai seorang penjual yang bekerja dengan majikan swasta, saya mengamalkan beberapa
falsafah di dalam diri saya. Oleh kerana saya merupakan seorang penyelia jualan (Sales
Supervisor) saya perlu memegang jawatan saya itu dengan baik supaya pekerja yang dibawah
jagaan saya dapat terus memberikan kerjasama dan terus membantu dalam menghasilkan
jualan setimpal dengan sasaran yang diberikan oleh majikan. Dalam menjalankan kerja saya,
saya mengamalkan falsafah seperti berikut:
i) Amanah
Saya perlu bersikap amanah dalam menjalani hari-hari bersama syarikat saya. Ini
adalah kerana suatu amanah yang diberikan itu merupakan satu tanggungjawab
yang besar orang amanahkan kepada saya kerana mereka mempercayai saya. Saya
tidak akan memecahkan segala Amanah yang diberikan oleh majikan saya kepada
saya kerana saya tidak ingin kehilangan kepercayaan orang atasan dan juga
pekerja yang lain. Bersikap amanah merupakan satu sikap tanggungjawab dalam
memenuhi permintaan atau janji-janji yang telah disepakat oleh seseorang.
ii) Cekap
Dalam melaksanakan tugas harian, saya perlu cekap. Saya mesti mempamerkan
prestasi yang cemerlang dan sempurna kepada majikan dan juga pekerja yang lain
supaya kita akan menjadi contoh yang baik untuk syarikat. Saya perlu menjadi
seorang yang sentiasa ingin mencuba memperbaiki mutu kerjaya saya dari semasa
ke semasa.
iii) Pendapatan halal
Dalam melakukan kerja saya dimana saya kerap memegang duit yang didapati
melalui jualan harian syarikat. Duit itu saya akan terus serahkan kepada majikan
dan tidak akan menggunakan duit itu untuk tujuan kesenangan sendiri dan hanya
menggunakan duit itu setelah diminta oleh majikan untuk membeli keperluan
pejabat. Saya tidak akan menyeleweng duit jualan syarikat.

Dalam Islam, kaum muslim diajar untuk mencari pendapatan yang halal dari cara yang baik
serta halal. Dalam sebuah hadits disebutkan, suatu hari ada seseorang yang berjalan melalui
tempat Rasulullah. Orang itu sedang bekerja dengan tekun dan tangkas. Para sahabat lalu
berkata, “Ya Rasulullah, andaikata bekerja seperti dia dapat digolongkan fi sabilillah,
alangkah baiknya.” Lantas Rasulullah mengatakan, “Jika ia bekerja untuk menghidupi anak-
anaknya yang masih kecil, itu fi sabilillah; Jika ia bekerja untuk membela kedua orang
tuanya yang sudah lanjut usia, itu fi sabilillah; dan jika ia bekerja untuk kepentingan dirinya
sendiri agar tidak meminta-minta, itu fi sabilillah...” (HR. Thabrani).
Soalan 1c)

Pandangan saya mengenai isu suka bertukar-tukar kerja ialah agak sukar digambarkan kerana
diri saya sendiri bukanlah jenis yang suka bertukar-tukar tempat kerja. Bagi saya, pada
pendangan saya bagi yang suka menukar-nukar kerja ialah tidak ada masalah dengan itu,
selagi kamu dapat mengambil pelajaran dan pengalaman yang ber nilai dari setiap pekerjaan
yang pernah kamu jalani. Namun, pastikan kita juga memikirkan secara matang mengenai
dampak yang mungkin akan terjadi pada kerja kita di masa depan jika selalu melakukan
pertukaran pekerjaan dalam jangka waktu yang singkat. Menurut apa yang saya tahu
mengenai suka bertukar-tukar kerja ini ialah kerana merasakan gaji yang diberikan oleh
majikan tidak setimpal dengan tugas-tugas yang dilakukan di tempat kerja tersebut. Sebagai
contoh, seorang mekanik saya sebenarnya hanya menjalankan tugas sebagai mekanik akan
tetapi apabila ada kelapangan dimana tidak ada pelanggan yang datang untuk memperbaiki
basikal dan motosikal, majikan saya menyuruh dia memenuhkan masa yang ada dengan
aktiviti mengecat dinding dalam kedai kami. Mekanik ini merasakan tugas mengecat itu
bukanlah tugas seperti yang diminta semasa temuduga dijalankan sebelum masuk kerja.
Malah, dia berpendapat bahawa, majikan hanya ingin menggunakan tenaga dia untuk mebuat
sesuatu tanpa memberikan gaji lebih dimana dia melakukan kerja yang bukan dalam tugasan
yang sepatutnya. Bila merasa diri terbeban dengan kerja lain seperti itu, mekanik tersebut
minta untuk berhenti kerja. Oleh itu, saya berpendapat bahawa masalah gaji yang tidak
setimpal dengan kerja yang dilakukan juga boleh membuatkan seseorang itu berhenti kerja
dan mencari kerja yang lain.

Selain itu, ingin mendapat pengalaman baru di lain-lain bidang kerja juga merupakan salah
satu sebab mengapa pekerja suka bertukar-tukar kerja. Ini adalah kerana pekerja tersebut
mempunyai keinginan untuk mengumpul pelbagai pengalaman bekerja dan mungkin juga
pekerja tersebut merupakan seorang yang sukan akan cabaran. Contohnya, saya ada terbaca
dalam sebuah akbar tempatan yang diterbitkan oleh Nur Haslina(2022) pada surat khabar
online Malaysia Now, terdapat seorang remaja yang di usia 27 tahun, Azimah Awliya Ali
sudah mempunyai empat pengalaman kerja yang berbeza dengan kerja pertama sewaktu
tahun akhir pengajiannya di universiti pada tahun 2016. Azimah berkata berpindah tempat
kerja berkali-kali sebelum mendapat kerja tetap amat membantunya menyediakan profil
kerjaya yang baik. pengalaman kerja yang berbeza boleh memberi peluang kepadanya
menunjukkan kebolehan yang pelbagai kepada majikan. 

Kesukaran untuk meminta cuti kecemasan juga merupakan salah satu sebab mengapa
seseorang suka bertukar-tukar tempat kerja. Seperti yang kita tahu, apabila kita disahkan
sebagai pekerja tetap sebuah syarikat, kita akan diberikan cuti tahunan dan apabila kita
kehabisan cuti tersebut, maka kita akan mengambil cuti tanpa gaji. Bagi majikan yang dapat
faham keadaan pekerjanya yang sering ada masalah tidak cukup cuti, tidaklah menjadi
masalah bagi kedua-dua pihak. Kemungkinan pekerja itu menggunakan cutinya dengan betul
akan tetapi tidak mencukupi seperti membawa anak ke klinik akibat demam atau penyakit
yang mengejut. Akan tetapi sekiranya dapat majikan yang tidak mempunyai hati perut atau
tidak dapat dibawa bincang, majikan akan mengenakan tindakan kepada pekerjanya dan ini
akan menyebabkan pekerjanya akan mencari kerja yang lain lagi. Oleh itu, mempunyai
majikan yang boleh dibawa bercincang dan mempunyai sikap toleransi merupakan majikan
yang amat digemari ramai.

Bercakap mengenai pengalaman, saya pernah bekerja dengan sebuah syarikat swasta selama
tujuh tahun dan berhenti di syarikat tersebut adalah kerana tidak berpuas hati dengan isteri
kepada majikan saya. Ini adalah kerana isteri kepada majikan saya itu terlalu cemburu serta
dengki dengan prestasi kerja yang saya lakukan. Saya boleh mengatakan bahawa beliau
merupakan seorang yang talam dua muka. Apabila di depan saya, dia akan memuji-muji
kepakaran saya dalam kerja-kerja yang saya lakukan. Akan tetapi, apabila saya bercuti atau
tidak ada di dalam pejabat, beliau akan membuat-buat cerita tentang saya dengan pekerja
yang lain. Setelah memendam perasaan tidak berpuas hati dengan apa yang isteri majikan
saya lakukan terhadap saya, saya mengambil inisiatif untuk berhenti bekerja di syarikat
beliau. Dan kini saya sudah bekerja di syarikat lain dan mempunyai majikan yang tidak
sukakan pada gosip dan lebih pakar dalam mengendali pekerja. Saya merasa sangat aman dan
bahagia bersama majikan baru saya.
Soalan 1d)
Soalan 2

Sebelum  melengkapkan proses untuk menyelesikan tugasan ini, pada awalnya saya
menghadapi banyak kesukaran bagi memahami kehendak soalan untuk melaksanakan kerja
kursus ini. Selepas itu, saya berbincang bersama  rakan-rakan saya dan mencari maklumat
dari sumber yang boleh dipercayai untuk memahami konsep yang terlibat dengan lebih baik.
Ketika menjalankan tugasan ini, kelebihannya termasuk dapat meningkatkan pemahaman
saya tentang topik yang berkaitan, melatih kemahiran penyelidikan dan meningkatkan
kemahiran menyelesaikan masalah. Setelah menyelesaikan tugasan ini, saya dapat
mengaplikasikan konsep yang telah dipelajari dalam tugasan ini ke dalam kehidupan sebenar.
Selain itu, tugasan ini juga membantu saya meningkatkan kemahiran menulis dan menyusun
tugasan dengan lebih teratur dan [Link] keseluruhannya, menyelesaikan tugasan
ini memberi saya pengalaman berharga dalam menghadapi cabaran dan meningkatkan
kemahiran akademik saya. Selain itu, menyiapkan tugasan ini juga memberi saya rasa
pencapaian dan kepuasan kerana berjaya menyelesaikan tugasan tersebut dengan baik. Dalam
masa yang sama, kelebihan-kelebihan yang saya dapat dari menyiapkan tugasan ini juga
membantu meningkatkan keyakinan diri saya dalam menghadapi tugasyang lebih mencabar
di masa hadapan. Dalam keseluruhan, menyiapkan tugasan ini membantu saya memperoleh
pengalaman baru dan meningkatkan kemahiran akademik saya dengan memberikan peluang
untuk melatih kemahiran dalam penyelidikan, analisis dan penyelesaian [Link]
jangka masa panjang, kelebihan dari menyelesaikan tugasan ini akan membantu saya dalam
kerjaya dan kehidupan sehari-hari dengan memberikan kemahir an yang diperlukan untuk
berfikir secara kritis dan memecahkan masalah dengan efektif dan teratur. Oleh itu, dapat
disimpulkan bahawa menyiapkan tugasan ini memberikan kelebihan yang berkekalan dalam
jangka masa panjang dan membantu meningkatkan kemahiran akademik dan keupayaan
untuk menghadapi cabaran dengan keyakinan yang lebih tinggi. Dalam masa yang sama,
pengalaman menyiapkan tugasan ini juga memperlihatkan bahawa kejayaan dalam
pembelajaran memerlukan usaha dan ketekunan yang berkekalan. Kita perlu sentiasa
menghadapi cabaran dengan tekad dan semangat yang tinggi agar dapat mencapai matlamat
kita dan menjadi lebih berjaya dalam kehidupan. Oleh itu, saya akan terus mengaplikasikan
nilai-nilai dan kemahiran yang telah saya peroleh dari menyiapkan tugasan ini dalam semua
aspek kehidupan saya dan saya berharap bahawa pengalaman ini akan membantu saya dalam
mencapai matlamat yang lebih besar dan membangunkan diri saya menjadi individu yang
lebih baik setiap hari. Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
terima kasih kepada penyelia saya yang memberikan arahan dan bimbingan dalam
menyiapkan tugasan ini dan juga kepada rakan-rakan saya yang memberikan sokongan dan
kerjasama dalam menjayakan tugasan ini.
Tugasan 3

eLesson week 4

eLesson week 8

Anda mungkin juga menyukai