FAKULTI
PENDIDIKAN
MPU3182
Penghayatan Etika dan Peradaban 2
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
MPU3182
PENGHAYATAN ETIKA
DAN PERADABAN 2
Prof Madya Dr Nazri Muslim
Dr Khairul Hamimah Mohammad Jodi
Oo Cheng Keat
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
Edisi pertama 2022
Dibangunkan oleh Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi, OUM.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM), MPU3182
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana-mana
cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada Presiden Open University Malaysia (OUM).
[Link]
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
Panduan Kursus xi–xviii
Topik 1: Pengenalan Ilmu Etika dan Peradaban 1
1.1 Pengenalan Etika dan Peradaban 2
1.2 Susur Masa Etika dan Peradaban Berdasarkan Prakolonial, Kolonial, 6
dan Pascakolonial
1.3 Kerangka Menganalisis Etika dan Peradaban Acuan Malaysia 11
melalui Sejarah, Struktur Sosial, dan Biografi
1.4 Penghayatan Etika dan Peradaban Mengikut Peringkat – Individu, 15
Keluarga, Komuniti, dan Masyarakat (Tempatan dan Antarabangsa)
1.5 Penghayatan Etika dan Peradaban Mengikut Konteks Masyarakat, 16
Negara, dan Pasaran
Rumusan 18
Kata Kunci 19
Rujukan 20
Topik 2: Konsep Etika dan Peradaban 21
2.1 Menelusuri Pergerakan Idea serta Amalan Etika dan Peradaban Dunia 22
2.2 Konsep Etika 23
2.2.1 Sejarah Pemikiran Eropah, dari Zaman Sebelum, Semasa, 24
dan Selepas Zaman Pencerahan
2.2.2 Perspektif Agama dan Kepercayaan 28
2.2.3 Kolonialisme dan Pascakolonialisme 32
2.3 Konsep Peradaban 34
2.3.1 Impak Kolonialisme dan Pascakolonialisme 35
2.3.2 Timur dan Barat 37
2.3.3 Ketamadunan dan Kepercayaan 39
Rumusan 44
Kata Kunci 45
Rujukan 45
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
iv ISI KANDUNGAN
Topic 3: Etika dan Peradaban dalam Masyarakat Kepelbagaian 47
3.1 Pembentukan Etika dan Peradaban dalam Masyarakat Kepelbagaian 48
3.1.1 Elemen Pembentukan Etika dan Peradaban dalam 51
Masyarakat Kepelbagaian
3.2 Komponen Etika dan Peradaban 55
3.2.1 Persekitaran Geo-fizikal 55
3.2.2 Masyarakat dan Demografi 58
3.2.3 Ekonomi dan Pasaran 61
3.2.4 Falsafah dan Pemikiran 64
3.3 Selat Melaka Gelanggang Kepelbagaian 67
3.4 Warisan dan Pendigitalan Sejagat 69
3.5 Kesan Etika dan Peradaban dalam Masyarakat Kepelbagaian 71
Rumusan 73
Kata Kunci 74
Rujukan 74
Topik 4: Pemantapan Kesepaduan Nasional melalui Etika dan Peradaban 76
4.1 Perpaduan: Matlamat yang Diidamkan 77
4.1.1 Detik Perpaduan – Detik Perbezaan 79
4.2 Kesepaduan: Tahap Dicapai 81
4.2.1 Kesepaduan Nasional 84
4.2.2 Kesepaduan Sosial-Defisit Sosial 85
4.2.3 Etos Nasional 89
4.3 Penyatupaduan: Proses Diusahakan 90
4.3.1 Etnik – Tahap Keetnikan, Batas Etnik, Hubungan Sosial 91
Rentas Etnik
4.3.2 Alat Penyatupaduan – Tawar-menawar, Perundingan, 98
dan Pengantaraan
Rumusan 99
Kata Kunci 100
Rujukan 101
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
ISI KANDUNGAN v
Topik 5: Pembinaan Peradaban Majmuk di Malaysia 103
5.1 Sejarah Sosial dan Pengaruh Peradaban Dunia dalam Pembinaan 104
Negara Bangsa
5.1.1 Sejarah Sosial di Malaysia 104
5.1.2 Interaksi Peradaban India dan Cina ke Atas Peradaban Melayu 109
5.1.3 Interaksi Peradaban Timur Tengah ke Atas Peradaban Melayu 110
5.2 Konsep Negara dan Bangsa 113
5.3 Konsep dan Pembentukan Negara Bangsa dalam Acuan Malaysia 116
5.3.1 Konsep Negara Bangsa 116
5.3.2 Tahap Pembinaan Negara Bangsa 117
5.3.3 Definisi Etos Bangsa 122
5.3.4 Konsep Etos Bangsa 123
5.4 Kepelbagaian Idea „Bangsa Idaman‰ dan Perbahasan 125
5.4.1 Cabaran Pembinaan Negara Bangsa 125
5.4.2 Strategi Pembinaan Negara Bangsa Malaysia 126
Rumusan 127
Kata Kunci 129
Rujukan 129
Topik 6: Perlembagaan Persekutuan Tiang Seri Etika dan 131
Peradaban di Malaysia
6.1 Definisi, Konsep, dan Sejarah Perlembagaan 132
6.1.1 Definisi Perlembagaan 132
6.2 Konsep Perlembagaan 134
6.3 Sejarah Penggubalan Perlembagaan Persekutuan 136
6.3.1 Undang-undang Bertulis Sebelum Zaman Penjajah 136
6.3.2 Malayan Union 137
6.3.3 Persekutuan Tanah Melayu 1948 138
6.3.4 Suruhanjaya Reid 138
6.3.5 Jawatankuasa Kerja (Working Committee) 140
6.3.6 Perisytiharan Perlembagaan 140
6.4 Perlembagaan sebagai Tiang Seri 142
6.4.1 Kesultanan atau Pemerintahan Beraja 142
6.4.2 Agama Islam 145
6.4.3 Bahasa Melayu 146
6.4.4 Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera Sabah 147
dan Sarawak
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
vi ISI KANDUNGAN
6.5 Perlembagaan Sebagai Tapak Integrasi 149
6.5.1 Konsep, Keperluan, dan Penghayatan Tapak Integrasi 150
6.6 Perlembagaan Persekutuan: Cabaran Tafsiran Semasa 153
6.6.1 Konvensyen Perlembagaan 153
6.6.2 Diskriminasi Perlindungan 155
Rumusan 158
Kata Kunci 158
Rujukan 159
Topik 7: Pengaruh Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) 160
ke Atas Kesepaduan Nasional Malaysia
7.1 Evolusi dan Pengglobalan Teknologi 161
7.2 Konsep Hubungan Manusia dan Teknologi 166
7.3 Etika dan Peradaban dalam Penggunaan TMK 169
7.4 TMK Tapak Pengukuhan Kesepaduan Nasional 171
7.5 Isu Semasa TMK 174
Rumusan 177
Kata Kunci 179
Rujukan 179
Topik 8: Peranan Penghayatan Etika dan Peradaban (PEP) Mendukung 181
Tanggungjawab Sosial di Malaysia
8.1 Takrifan Harian dan Autoriti 183
8.2 Peranan Etika dan Peradaban dalam Mendukung Tanggungjawab 186
Sosial
8.3 Kesedaran Nasional dalam Tanggungjawab Sosial 191
8.4 Tanggungjawab Sosial di Dalam dan di Luar Negara 193
8.5 Kesukarelawanan 195
Rumusan 199
Kata Kunci 200
Rujukan 200
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
ISI KANDUNGAN vii
Topik 9: Cabaran Kelestarian Etika dan Peradaban di Malaysia 202
9.1 Kerangka Menganalisis Masyarakat Kepelbagaian dan Negara Bangsa 204
9.1.1 Defisit Sosial 205
9.1.2 Tadbir Urus dan Pembangunan 215
9.1.3 Ekonomi Gelap (Black Economy ) dan Rasuah 220
9.1.4 Kelangsungan Kelestarian Negara melalui Etika dan Peradaban 223
9.2 Matlamat Pembangunan Lestari dan Wawasan Kemakmuran Bersama 226
9.2.1 Matlamat Pembangunan Lestari (SDG – Sustainable 226
Development Goals)
9.2.2 Wawasan Kemakmuran Bersama 231
9.3 Mengharmonikan Pengalaman Negara dan Antarabangsa 235
Rumusan 239
Kata Kunci 241
Rujukan 241
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
vii ISI KANDUNGAN
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN KURSUS
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN KURSUS xi
DESKRIPSI PANDUAN KURSUS
Anda perlu membaca Panduan Kursus ini dengan teliti dari awal hingga akhir.
Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu
anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah tempoh masa
untuk anda habiskan bagi menyelesaikan kursus ini dengan jayanya. Sila rujuk
Panduan Kursus ini dari semasa ke semasa ketika anda membaca kandungan
kursus kerana ia dapat membantu anda dalam menjelaskan komponen
pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas pandang.
PENGENALAN
MPU3182 Penghayatan Etika dan Peradaban 2 ialah salah satu kursus yang
ditawarkan di Open University Malaysia (OUM). Kursus ini bernilai 2 jam
kredit dan harus dijalankan selama 8 hingga 14 minggu.
AUDIENS KURSUS
Kursus ini ialah kursus utama bagi pelajar yang mengambil program ijazah
sarjana muda OUM.
Sebagai pelajar terbuka dan jarak jauh, anda seharusnya mampu belajar secara
kendiri dan mengoptimumkan kaedah pembelajaran dan persekitaran sedia ada.
Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan anda mempunyai bahan
kursus yang betul serta memahami keperluan kursus dan cara kursus tersebut
dikendalikan.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
xii PANDUAN KURSUS
JADUAL PEMBELAJARAN
Berdasarkan piawaian amalan OUM, pelajar perlu memperuntukkan 40 jam
pembelajaran bagi setiap jam kredit. Oleh itu, kursus yang bernilai 2 jam kredit
memerlukan masa pembelajaran selama 80 jam. Rajah 1 menunjukkan masa
pembelajaran pelajar (SLT – student learning time).
Rajah 1: Masa Pembelajaran Pelajar
HASIL PEMBELAJARAN KURSUS
Pada akhir kursus ini, anda seharusnya dapat melakukan perkara berikut:
1. Menjelaskan konsep etika daripada peradaban yang berbeza.
2. Membandingkan sistem, tahap perkembangan, kemajuan sosial, dan
kebudayaan merentas bangsa.
3. Membincangkan isu kontemporari berkaitan ekonomi, politik, sosial,
budaya, dan alam sekitar dari perspektif etika dan peradaban.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN KURSUS xiii
SINOPSIS KURSUS
Kursus ini dibahagikan kepada 9 topik. Sinopsis bagi setiap topik dinyatakan
seperti yang berikut (rujuk Jadual 1):
Jadual 1: Sinopsis Setiap Topik
Topik Deskripsi
1 Menjelaskan pengenalan etika dan peradaban, susur masa etika dan
peradaban berdasarkan prakolonial, kolonial dan pascakolonial, kerangka
menganalisis etika dan peradaban acuan Malaysia melalui sejarah,
struktur sosial dan biografi, penghayatan etika, dan peradaban mengikut
peringkat, iaitu individu, keluarga, komuniti, dan masyarakat (tempatan
dan antarabangsa) dan penghayatan etika dan peradaban mengikut
konteks masyarakat, negara, dan pasaran.
2 Menyentuh mengenai pergerakan idea dan amalan etika dan peradaban
dunia, konsep etika yang mengkhusus kepada sejarah pemikiran Eropah,
dari zaman sebelum, semasa dan selepas Zaman Pencerahan (Zaman
Enlightenment), perspektif agama dan kepercayaan, kolonialisme dan
pascakolonialisme, konsep peradaban yang menekankan kepada
kolonialisme dan pascakolonialisme, perspektif Timur dan Barat, agama
dan kepercayaan.
3 Membincangkan mengenai etika dan peradaban dalam masyarakat
kepelbagaian. Perbincangan dimulai dengan penjelasan proses pembentukan
etika dan peradaban dalam masyarakat kepelbagaian, seterusnya dihuraikan
komponen etika dan peradaban yang terdiri daripada persekitaran
geo-fizikal, masyarakat dan demografi, ekonomi dan pasaran serta falsafah
dan pemikiran. Perbincangan diteruskan dengan memberikan kesan etika
dan peradaban dalam masyarakat kepelbagaian khususnya di Malaysia.
4 Membincangkan perpaduan, detik perpaduan, detik perbezaan, kesepaduan
nasional, defisit sosial, etos nasional, penyatupaduan, etnik dari sudut
tahap keetnikan, batas etnik, hubungan sosial merentas etnik dan alat
penyatupaduan, iaitu tawar-menawar, perundingan, dan pengantaraan.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
xiv PANDUAN KURSUS
5 Mengupas sejarah sosial dan pengaruh peradaban dunia dalam pembinaan
negara bangsa, konsep negara dan bangsa, konsep dan pembentukan
negara bangsa dalam acuan Malaysia dan kepelbagaian idea „Bangsa
Idaman‰ dan perbahasan.
6 Membincangkan berkaitan dengan sejarah, definisi dan konsep
perlembagaan, perlembagaan sebagai tiang seri dan tapak integrasi iaitu
konsep, keperluan dan penghayatan tapak integrasi, tiga tahap tapak
integrasi dan cabaran tafsiran semasa Perlembagaan Persekutuan.
7 Membicarakan evolusi dan pengglobalan teknologi, konsep hubungan
manusia dan teknologi, etika dan peradaban dalam penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi (TMK), tapak pengukuhan kesepaduan nasional
dan isu semasa TMK.
8 Membincangkan takrifan harian dan autoriti, peranan etika dan peradaban
dalam mendukung tanggungjawab sosial, kesedaran nasional dalam
tanggungjawab sosial, tanggungjawab sosial di dalam dan di luar negara,
dan kesukarelawan.
9 Mengetengahkan cabaran kelestarian etika dan peradaban di Malaysia.
Antara perkara dibincangkan ialah defisit sosial dan tapak integrasi; tadbir
urus dan pembangunan – ekonomi gelap (black economy) dan rasuah. Turut
dibincangkan dalam topik yang terakhir ini juga ialah Matlamat
Pembangunan Lestari (SDG), Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB)
serta kelangsungan kelestarian negara melalui etika dan peradaban. Topik
ini diakhiri dengan fokus dijuruskan keharmonian dan kestabilan
pengalaman Malaysia di persada antarabangsa.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN KURSUS xv
PANDUAN SUSUN ATUR TEKS
Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting bagi anda untuk maklum
mengenai susun atur teks modul. Dengan memahami susun atur teks akan
membantu anda untuk merencana pembelajaran kursus supaya menjadi lebih
objektif dan berkesan. Secara umumnya, susun atur teks bagi setiap topik
adalah seperti yang berikut:
(a) Hasil Pembelajaran
Ia menyatakan perkara yang anda harus dapat lakukan atau capai setelah
selesai membaca sesuatu topik. Semasa anda membaca setiap topik, anda
digalakkan merujuk senarai hasil pembelajaran berkenaan. Ia membolehkan
anda meningkatkan pemahaman anda mengenai kandungan topik secara
berterusan.
(b) Semak Kendiri
Komponen modul ini diselitkan di beberapa tempat strategik tertentu
di seluruh modul. Ia mungkin diletakkan selepas satu atau beberapa
subtopik. Ia biasanya berbentuk soalan. Apabila anda menemui komponen
ini, renungkanlah apa-apa yang telah anda pelajari sejauh ini. Dengan
cuba menjawab soalan tersebut, anda seharusnya dapat mengukur sejauh
mana anda memahami subtopik tersebut. Kebanyakan jawapan untuk
soalan yang ditanya terdapat dalam modul itu sendiri.
(c) Aktiviti
Sebagaimana Semak Kendiri, komponen Aktiviti juga diselitkan pada
bahagian tertentu dalam topik di seluruh modul. Komponen ini mungkin
memerlukan anda untuk menjawab soalan, meneroka kajian kes pendek
atau melakukan pemerhatian atau penyelidikan. Anda juga mungkin
perlu menilai senario tertentu. Pada bahagian Aktiviti, anda harus berusaha
merenungkan apa-apa yang anda telah kumpulkan daripada modul ini
dan mengguna pakainya pada situasi sebenar. Pada masa yang sama, anda
perlu mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), iaitu dalam
menganalisis, mensintesiskan dan menilai, bukan hanya mengingat dan
mendefinisikan sesuatu.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
xvi PANDUAN KURSUS
(d) Rumusan
Pada akhir topik, pelbagai isi penting topik tersebut disenaraikan.
Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula
keseluruhan topik. Dengan membaca komponen ini, anda seharusnya
dapat mengukur tahap pengekalan pengetahuan anda tentang topik
tersebut. Jika anda dapati terdapat bahagian yang anda tidak faham
dengan sepenuhnya, sila kembali membaca topik berkenaan.
(e) Kata Kunci
Pada akhir topik, disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting yang
digunakan dalam topik berkenaan. Anda seharusnya membaca komponen
ini untuk mengingat kembali perkataan dan frasa penting yang digunakan.
Jika terdapat perkataan atau terma yang anda tidak boleh jelaskan,
sila kembali mencari terma berkenaan dalam modul.
(f) Rujukan
Bahagian ini menyatakan senarai buku teks, jurnal, artikel, kandungan
elektronik atau sumber yang boleh ditemui yang berkaitan dan bermanfaat.
Senarai ini boleh dilihat dalam beberapa bahagian seperti dalam Panduan
Kursus (pada bahagian Rujukan), pada akhir setiap topik atau pada
akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian yang berkaitan
dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut dan
memperkukuhkan kefahaman anda berkenaan kursus ini.
PENGETAHUAN ASAS
Anda tidak perlu mempunyai pengetahuan asas tertentu sebelum memulakan
kursus ini. Tidak ada prasyarat yang khusus bagi kursus kerana ia adalah
kursus berstatus wajib MQA.
KAEDAH PENILAIAN
Sila rujuk .
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN KURSUS xvii
RUJUKAN
Cheng, Y. (2012). Islam and the wisdoms of Asian religions. The Other Press.
Cheng, Y. (2016). Islam and secularism the quest for a unity of knowledge.
International Islamic University Malaysia Press.
Dugin. A. (2012). The fourth political theory. Arktos.
Falikowski A. F. (1990). Moral philosophy: Theories, skills, and applications.
Prentice Hall.
Guénon R. (2001). The reign of quantity and the signs of the times. Lord
Northbourne (Terj.). Sophia Perennis (Karya asal diterbitkan 1945).
Harari, Y. N. (2017). Homo deus: A brief history of tomorrow. Harper Collins.
Mackinnon, B. (2015). Ethics: Theory and contemporary issues (Ed. ke-8). Cengage
Learning.
Majid Fakhry. (1991). Ethical theories in Islam. J. J. Brill.
Maszlee Malik. (2017). Foundation of Islamic governance: A Southeast Asian
perspective. Routledge.
Mitchell, H. B. (2011). Roots of wisdom: A tapestry of philosophical traditions
(Ed. ke-6). Cengage Learning.
Nazri Muslim. (2020). Islam dan Melayu dalam Perlembagaan: Tiang Seri
Hubungan Etnik di Malaysia (Ed. ke-2). Penerbit UKM.
Shamsul Amri Baharuddin (Pnty.). (2013). Modul hubungan etnik (Ed. ke-2).
Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
xviii PANDUAN KURSUS
PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI DR ABDULLAH
SANUSI (TSDAS)
Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan dalam
talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini yang
boleh dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada
30 pangkalan data dan sebahagiannya ditunjukkan dalam Rajah 2. Sebagai
pelajar OUM, anda digalakkan untuk menggunakan sepenuhnya sumber yang
terdapat di perpustakaan ini.
Rajah 2: Antara Pangkalan Data dalam Talian
yang Terdapat di Perpustakaan Digital TSDAS
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
Topik Pengenalan
Ilmu Etika
1 dan
Peradaban
Prof Madya Dr Nazri Muslim
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat melakukan perkara
berikut:
1. Menghuraikan etika dalam kehidupan.
2. Menganalisis etika dan peradaban dari segi individu,
keluarga, masyarakat dan negara.
3. Menjelaskan etika dan peradaban mengikut konteks
masyarakat, negara, dan pasaran.
Etika dan peradaban penting dalam sesebuah masyarakat, Namun, tahap
penghayatannya berbeza dan dipengaruhi oleh perkembangan sejarah,
struktur sosial dan biografi masyarakat berkenaan. Penghayatan etika dan
peradaban di Malaysia boleh dihuraikan dan difahami mengikut „acuan
Malaysia‰ berdasarkan susur masa evolusi sejarahnya, iaitu prakolonial,
kolonial dan pascakolonial. Etika dan peradaban penting dalam sesebuah
masyarakat supaya berkeperibadian tinggi, saling menghormati, hidup harmoni,
dan membina negara bangsa.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
2 TOPIK 1 PENGENALAN ILMU ETIKA DAN PERADABAN
1.1 PENGENALAN ETIKA DAN PERADABAN
Perbincangan dalam topik ini akan menjurus kepada etika, adab, adat resam,
dan adat istiadat serta peradaban. Etika berasal daripada perkataan ethos
(bahasa Greek) yang membawa maksud perangai atau keperibadian. Maksud
etika menurut pemahaman bahasa Melayu ialah akhlak atau moral seseorang
dalam kelakuan atau pergaulan mereka yang diambil daripada Kamus Dewan
edisi keempat (Hamdan, 2017). Maka, etika adalah tanggungjawab dan kesan
daripada tingkah laku seseorang atau profesion seseorang terhadap individu,
organisasi, masyarakat, dan negara.
Perbahasan ruang lingkup etika lebih luas daripada mengkaji apa-apa yang
betul dan salah. Tindakan yang betul akan memberi kesan terbaik, manakala
tindakan tidak beretika memberi kesan yang negatif. Etika berkaitan dengan
konsep nilai murni seperti kebaikan, kejahatan, benar, salah, kewajipan,
tanggungjawab, dan keadilan. Dalam Islam, etika merujuk tingkah laku yang
baik berasaskan al-Quran dan sunah.
Oleh itu, menghayati etika dan peradaban dalam negara ini berupaya untuk
mengenali asal usul adab, adat istiadat, dan adat resam yang telah diwarisi
daripada generasi terdahulu. Ia diadaptasi daripada alam Melayu dan zaman
kolonial. Perkara ini akan dapat melahirkan individu dan masyarakat yang
berkeperibadian tinggi, saling menghormati, hidup dalam keadaan harmoni,
dan akhirnya dapat membina negara bangsa.
Manakala maksud adab ialah akhlak, tingkah laku serta tutur kata yang baik
dan sopan yang menjadi budaya sesuatu masyarakat (Kamus Dewan Perdana,
2020). Dari segi bahasa, dengan merujuk Kamus Pelajar (2008), adab ialah
budi pekerti yang halus; tingkah laku yang baik; budi bahasa. Orang yang
beradab pula ialah baik budi bahasanya; sopan, orang yang beradab tidak
akan meninggikan suara apabila berkata-kata dengan ibu bapanya. Individu
dan masyarakat yang beradab menunjukkan individu dan masyarakat yang
telah maju tingkat kehidupannya.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 1 PENGENALAN ILMU ETIKA DAN PERADABAN 3
Bercakap kasar dan tidak berbudi bahasa ialah salah satu tindakan yang
menunjukkan seseorang itu tidak beradab dalam kehidupannya. Contoh yang
paling mudah adalah apabila seseorang itu meninggikan suara kepada ibu bapa
atau mereka yang lebih tua akan dianggap sebagai seseorang yang tidak
beradab. Pemahaman adab itu haruslah bermula dari rumah mengikut acuan
yang diajar oleh ibu bapa. Oleh itu, adab berkembang daripada individu
kepada keluarga, komuniti dan seterusnya kepada kelompok yang lebih besar,
iaitu masyarakat. Sekiranya seseorang itu disenangi dan dihormati dalam
kelompok masyarakat, menunjukkan mereka berjaya dan bijak mengendalikan
apa-apa jua situasi dengan cara yang beradab (Ateerah Abdul Razak & Zuriani
Mohd Rashid, 2021).
Adat resam ialah adat yang menjadi kebiasaan kepada sesuatu kaum (Kamus
Pelajar, 2008). Adat resam membawa maksud adat, tertib, tatacara, dan sistem
peraturan sebagai suatu kebiasaan dalam setiap kelompok etnik dalam
masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Setiap etnik yang ada
di Malaysia, iaitu Melayu, Cina, India, Sikh, Siam, dan bumiputera Sabah dan
Sarawak, mempunyai adat resam yang berlainan bagi melambangkan identiti
mereka. Rajah 1.1 dan 1.2 menunjukkan contoh adat resam berkaitan dengan
perkahwinan seperti merisik, bertunang dan majlis perkahwinan.
Rajah 1.1: Majlis Bertunang
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
4 TOPIK 1 PENGENALAN ILMU ETIKA DAN PERADABAN
Rajah 1.2: Majlis Perkahwinan
Sumber: [Link]
Adat resam merupakan peraturan yang wujud dan ditetapkan sejak turun-
temurun sehingga menjadi satu peraturan dalam suatu masyarakat yang harus
diikuti oleh mereka. Adat resam bersifat dinamik, iaitu tidak statik dan akan
berubah mengikut keperluan semasa dan masyarakat itu sendiri. Masyarakat
harus memahami, menguasai seterusnya menghayati setiap adat resam yang
melambangkan perbezaan etnik di Malaysia ini supaya setiap masyarakat
dapat hidup dengan baik dan tenteram dalam komuniti masyarakat berbilang
ini (Ateerah Abdul Razak & Zuriani Mohd Rashid, 2021).
Adat istiadat ialah cara atau peraturan sejak turun-temurun oleh sesuatu etnik
yang diterima sebagai adat (Muhammad, 2015). Di Malaysia, adat istiadat
ialah sesuatu yang amat penting dan mesti dikuti dengan tertib, tegas, dan
betul. Adat istiadat di Malaysia biasanya berkait rapat dengan upacara atau
majlis rasmi diraja. Ia mempunyai pelbagai langkah tertib dan kemas. Adat
Istiadat ialah bentuk peraturan yang diikuti dengan tertib dan cermat. Biasanya
diamalkan dalam majlis rasmi yang melibatkan susun atur protokol yang tinggi.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 1 PENGENALAN ILMU ETIKA DAN PERADABAN 5
Dalamnya, terangkum langkah demi langkah yang melambangkan bahawa
negara kita ini sebenarnya mempunyai peradaban yang tersendiri yang diwarisi
dan perlu dihormati oleh semua pihak sama ada kita yang lahir di sini, tinggal
tetap dan membesar atau pihak yang datang bekerja di negara ini. Rajah 1.3
menunjukkan Majlis Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
Yang Di-pertuan Agong.
Rajah 1.3: Majlis Istiadat Pertabalan Agong
Peradaban pula berasal daripada perkataan adab dan membawa maksud
budi pekerti yang luhur, akhlak, sopan santun, dan tatasusila. Peradaban juga
membawa maksud tingkat kemajuan pada kehidupan rohani dan jasmani
sesuatu bangsa atau masyarakat (Kamus Dewan, 2005). Sementara Kamus
Dewan Perdana (2020) mentakrifkan peradaban sebagai keadaan atau tingkat
kehidupan yang maju dari segi fizikal, mental dan rohani; tamadun. Maka,
dapat disimpulkan bahawa peradaban turut digunakan dalam bahasa Melayu
dengan maksud tamadun atau kemajuan.
SEMAK KENDIRI 1.1
Apakah yang dimaksudkan dengan etika dan peradaban?
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
6 TOPIK 1 PENGENALAN ILMU ETIKA DAN PERADABAN
AKTIVITI 1.1
1. Bezakan antara takrifan etika, adab, adat resam dengan adat
istiadat.
2. Senaraikan adab-adab orang Melayu yang masih diamalkan
sehingga kini.
1.2 SUSUR MASA ETIKA DAN PERADABAN
BERDASARKAN PRAKOLONIAL,
KOLONIAL, DAN PASCAKOLONIAL
Susur masa berdasarkan beberapa era dipaparkan dalam Rajah 1.4. Prakolonial
ialah satu era Tanah Melayu belum pernah dijajah oleh mana-mana kuasa Barat
dan belum dikenal sebagai Malaysia. Pada waktu ini, etika telah wujud dan
diamalkan sebaiknya dalam kalangan masyarakat tradisional Melayu. Sebelum
munculnya zaman kolonial, etika dikenal sebagai adab, adat resam dan adat
istiadat yang sudah lama terpasak dalam diri mereka. Setiap perlakuan,
percakapan dan perbuatan seharian bersandarkan adab tradisional Tanah
Melayu yang ketika itu masih belum bercampur dengan etika dari luar.
Rajah 1.4: Susur Masa Etika dan Peradaban
Seperti yang kita sedia maklum bahawa Melaka merupakan sebuah kerajaan
Melayu tradisional yang mengamalkan sistem pemerintahan kerajaan monarki
warisan Srivijaya. Sultan ialah ketua negara dan ketua kerajaan yang tertinggi.
Di samping itu, Melaka juga mempunyai Hukum Kanun Melaka sebagai
undang-undang yang dijadikan rujukan dalam menjalankan pemerintahan.
Dalam sistem pemerintahan, terdapat pembesar negeri yang terdiri daripada
Bendahara, Temenggung, Laksamana, Penghulu Bendahari, dan Syahbandar
yang berfungsi membantu Sultan.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 1 PENGENALAN ILMU ETIKA DAN PERADABAN 7
Dari segi ekonomi, Melaka menjalankan dasar perdagangan bebas, menjamin
keselamatan pedagang, pusat perdagangan yang terbesar, bekalan makanan
yang cukup dan selamat daripada serangan lanun. Keupayaan Melaka sebagai
pusat pelabuhan dan kawasan perniagaan yang sangat penting di alam Melayu
bagi Timur dan Barat.
Pada zaman prakolonial ini, etika dan peradaban yang wujud berteraskan etika
dan peradaban Melayu baik dari segi politik, ekonomi dan sosial. Walaupun
berlaku interaksi dengan pelbagai peradaban, peradaban Melayu menjadi teras
dan dominan sehingga berlaku asimilasi dalam etika dan peradaban Melayu
seperti kewujudan masyarakat Baba dan Nyonya.
Pada zaman kolonial, berlakunya percampuran budaya dan adab etika dalam
kalangan masyarakat Melayu tradisional. Kolonial ialah satu zaman atau era,
kejayaan penjajahan kuasa Barat di banyak negara termasuklah Tanah Melayu.
Kolonial Barat telah membawa adab dan adat resam yang mereka banggakan
dan amalkan dalam kehidupan yang dikenal sebagai etika, etos, dan etiket.
Secara tidak langsung, masyarakat Melayu yang berurusan dengan kolonial
Barat akan memerhati, memahami, menguasai dan seterusnya mengaplikasikan
etika Barat dalam kehidupan mereka.
Kolonial Barat membawa etika peradaban mereka dari segi percakapan,
berpakaian, pentadbiran dan sebagainya. Manakala, dari segi pemerintahan
di Malaysia, beberapa etika kebanyakannya kita ambil dan menggunakannya
mengikut cara mereka. Contohnya, cara berjabat salam dan memberi salam
mengikut etika formal kolonial ketika itu. Oleh itu, boleh dikatakan kolonial
Barat berjaya menyerapkan budaya etika mereka dalam kehidupan masyarakat
Melayu tradisional walaupun bukan semua yang menerimanya. Tidak dinafikan
bahawa bagi orang Melayu, amalan berjabat, dan memberi salam menjadi
amalan kerana amalan ini amat digalakkan dalam agama Islam dan sesiapa
yang memberi dan menjawab salam, maka akan memperoleh ganjaran daripada
Allah SWT.
Menurut perspektif Barat, mereka menganggap amalan itu termasuk dalam
etika yang baik yang patut dicontohi oleh masyarakat. Oleh itu, dapatlah
disimpulkan bahawa tidak kesemua amalan atau etika yang diperkenalkan
oleh Barat itu memberi kesan negatif, namun masyarakat Malaysia perlu
menyelaraskan supaya ia dilihat menjadi amalan yang baik untuk semua lapisan
masyarakat (Ateerah Abdul Razak & Zuriani Mohd Rashid, 2021).
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
8 TOPIK 1 PENGENALAN ILMU ETIKA DAN PERADABAN
Menurut Emily Innes, iaitu seorang penulis wanita kolonial yang membincangkan
adab masyarakat Melayu dalam autobiografinya, beliau tidak selesa untuk
bersalaman dengan penduduk tempatan kerana dikhuatiri terkena penyakit
kulit berjangkit. Dengan kata lain, Innes beranggapan yang adab budaya
masyarakat Melayu sebagai kotor (Mohamad Rashidi Pakri & Openg, 2019).
Setelah berakhirnya zaman kolonial, maka muncullah zaman pascakolonial, iaitu
zaman moden sehinggalah sekarang. Pada zaman kemodenan ini, masyarakat
Malaysia mengekalkan percampuran etika dan peradaban tradisional dalam
kehidupan seharian. la merangkumi etika, etiket, adab, adat resam, dan adat
istiadat. Masyarakat menerima kepelbagaian variasi etika ini sama ada secara
langsung atau menerusi teknologi maklumat zaman kini (Ateerah Abdul Razak &
Zuriani Mohd Rashid, 2021).
Variasi etika dan adat yang dilalui dan dihadapi oleh masyarakat sekarang ialah
kesan daripada peninggalan zaman kolonial dan menerusi perkembangan
globalisasi teknologi maklumat yang saban tahun semakin canggih. Situasi
ini menambahkan serta mempelbagaikan lagi etika dan adab yang sedia ada. Nilai
etika bercampur baur ini wujud dalam situasi formal dan tidak formal dalam
kehidupan. Kemodenan yang dihadapi sekarang menunjukkan berlakunya
peralihan daripada tradisional kepada sesuatu yang baharu dan bertentangan
dengan sifat moral dan adab orang Melayu tradisional. Percampuran etika ini
berlaku dari setiap sudut kehidupan dan lapisan masyarakat (Roziah Adama,
2017).
Etika yang bercampur aduk ini menyebabkan identiti dan jati diri masyarakat
dalam percakapan, pergaulan, pemerintahan dan sebagainya berubah mengikut
keadaan dan situasi. Oleh itu, masyarakat harus mengetahui, memahami, dan
menghayati makna etika dan peradaban dengan lebih baik serta mendalam.
Etika dan adab perlu diamalkan dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian
sama ada secara formal ataupun tidak, supaya identiti serta jati diri ini
tidak hilang ditelan zaman; walau di pelosok mana pun ia berada supaya menjadi
satu kebanggaan di mata dunia.
Sebagai masyarakat yang peka dengan tanggungjawab untuk beretika dalam
kehidupan, kita seharusnya mampu menilai amalan atau perbuatan manakah
yang boleh diikuti atau sebaliknya. Dewasa kini, dilihat masyarakat semakin
hilang etika yang betul. Contohnya, pelajar tidak mengetahui bagaimana
etika dalam kelas dan antara pelajar dengan guru. Selain itu, dalam konteks
keluarga pula, terdapat segelintir juga bapa dengan senang hati melepaskan
tanggungjawab membesar dan mendidik anak kepada isteri semata-mata.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 1 PENGENALAN ILMU ETIKA DAN PERADABAN 9
Kemudian, terdapat pelbagai lagi perkara yang berkaitan dengan kemiskinan
nilai etika dalam kalangan masyarakat kini yang menyumbang kepada hilangnya
nilai ketamadunan dan adab yang baik. Seterusnya, pembaca akan memahami
bagaimana pengaruh susur masa zaman pemerintahan di Tanah Melayu yang
boleh mempengaruhi peradaban masyarakat Malaysia (Ateerah Abdul Razak
& Zuriani Mohd Rashid, 2021).
Pada era pascakolonial juga, masyarakat berdepan dengan perubahan etika
yang dilihat lebih terbuka dan moden serta bercampur dengan etika dan
peradaban tradisional. Tidak dinafikan bahawa segelintir masyarakat masih
mengekalkan etika dan peradaban tradisional, malahan terdapat juga dalam
kalangan masyarakat tersebut turut mengamalkan etika moden sepenuhnya.
Hasilnya, masyarakat kini mengamalkan etika yang bercampur dalam adab,
adat istiadat, adat resam, etika, etos, dan etiket. Perubahan era moden
menyebabkan masyarakat perlu mengadaptasi beberapa perkara baharu.
Contohnya, keperluan terhadap ilmu teknologi maklumat yang diguna pakai
dalam konsep pendidikan disebabkan wabak penyakit koronavirus 2019
(COVID-19 – coronavirus disease 2019 ) yang melanda dunia.
Masyarakat menerima percampuran etika secara langsung atau melalui
teknologi. Adat, etika, etos, dan etiket bercampur baur sehingga mengubah
identiti dan jati diri seseorang dalam keadaan dan tingkah laku yang
berbeza-beza. Di samping itu, perbezaan antara etnik secara tidak langsung
menjadi penyumbang kepada percampuran etika dalam masyarakat.
Contohnya, dalam sajian makanan masyarakat Malaysia yang mempunyai
pelbagai menu masakan harian. Pada hari ini, masakan Melayu, keesokannya
pula makanan Arab, lusa pula makanan Cina, seterusnya makanan India, Barat,
Jepun, dan sebagainya. Percampuran ini berlaku hasil daripada perkembangan
masyarakat majmuk di negara Malaysia. Hasilnya, masyarakat dapat menikmati
juadah daripada pelbagai bangsa dan etnik.
Contoh lain dapat dilihat melalui suasana harmoni di kedai mamak yang
popular di Malaysia, yang dipenuhi dengan masyarakat daripada pelbagai
budaya, agama, dan lapisan. Hal ini menunjukkan kebersamaan yang wujud
antara masyarakat Malaysia, iaitu etika dan peradaban itu perlu ditanam
dalam jiwa setiap individu untuk membawa imej masyarakat Malaysia yang
aman dan harmoni (Ateerah Abdul Razak & Zuriani Mohd Rashid, 2021).
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
10 TOPIK 1 PENGENALAN ILMU ETIKA DAN PERADABAN
Secara umumnya, etika dan peradaban pascakolonial mengubah kehidupan
rakyat Malaysia dari segi politik, ekonomi, dan sosial. Dari segi politik,
demokrasi dibawa oleh orang Barat suatu ketika dahulu dan sekali gus
membawa kesan yang besar dalam sistem pentadbiran di Tanah Melayu
yang sebelum ini mengamalkan sistem feudal, iaitu Pemerintahan Beraja yang
menganggap raja sebagai pemimpin yang mutlak.
Sistem demokrasi ini sangat berbeza dengan sistem Pemerintahan Beraja yang
diamalkan oleh masyarakat Melayu masa dahulu. Dalam sistem demokrasi
ini, kedaulatan dan keputusan negara mesti dibuat oleh rakyat dengan
menggunakan suara majoriti yang memilih untuk melakukan sesuatu
keputusan. Pemilihan pemimpin cara demokrasi juga dilakukan berdasarkan
pandangan, sokongan dan aspirasi rakyat terhadap calon yang difikirkan
layak. Pemilihan pemimpin dilakukan dalam pilihan raya yang diadakan
(Mardiana Nordin & Hasnah Hussin, 2014).
Dari segi ekonomi pula, dasar pentadbiran British di Tanah Melayu bertujuan
memaksimumkan keuntungan kewangan. Kemunculan bandar baharu
merupakan kesan fizikal yang dibawa oleh penjajahan British. Implikasinya
dapat dilihat dengan perubahan dari pekan kecil atau kampung kepada
sebuah bandar. Proses pembandaran berlaku akibat perkembangan ekonomi
yang pesat. Pekan yang berhampiran dengan kawasan perlombongan akan
mengalami pertambahan penduduk. Perkembangan perlombongan telah
menambah fungsi bandar.
Antara bandar yang wujud ekoran kegiatan perlombongan bijih timah ialah
Kuala Lumpur, Taiping, Ipoh, dan Seremban. Bandar yang baharu muncul
berfungsi sebagai pusat perniagaan dan pusat pentadbiran serta dilengkapi
dengan kemudahan infrastruktur. Kebanyakan penghuninya terdiri daripada
masyarakat Cina berbanding dengan India dan Melayu. Masyarakat Melayu
terikat dengan kawasan perkampungan. Manakala masyarakat India tertumpu
di kawasan ladang getah (Mardiana Nordin & Hasnah Hussin, 2014).
Dari segi sosial, cara berfikir masyarakat Melayu contohnya, sudah mula lebih
terbuka. Pemikiran yang terbuka ini dapat kita lihat dalam kepercayaan
masyarakat kita terhadap perkara yang digelar pantang larang, petua, dan
lain-lain. Kebiasaannya, pantang larang dianggap sebagai sesuatu hukum
dalam masyarakat Melayu yang wajib dipatuhi dan seseorang tidak sepatutnya
melanggar pantang larang itu. Cara berfikir seperti ini sudah mula berubah
sejak kedatangan Barat dan menganggap perkara ini lebih kepada karut.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 1 PENGENALAN ILMU ETIKA DAN PERADABAN 11
Selain itu, dari aspek sosial, kekeluargaan perkembangan yang berlaku di Barat
berhubung dengan idea yang keluarga bukan lagi menjadi unit yang fungsional,
lantas tidak perlu dipertahankan, adalah membimbangkan. Barat cuba mencari
alternatif lain menggantikan institusi kekeluargaan dan antara alternatif yang
dicadangkan ialah bersekedudukan tanpa nikah, pasangan sejenis, keibubapaan
tunggal, kehidupan berkelompok dan didikan anak secara profesional.
SEMAK KENDIRI 1.2
Apakah yang anda faham mengenai zaman prakolonial, kolonial,
dan pascakolonial?
AKTIVITI 1.2
Jelaskan perubahan etika dan peradaban yang berlaku dari zaman
prakolonial, kolonial dengan pascakolonial.
1.3 KERANGKA MENGANALISIS ETIKA DAN
PERADABAN ACUAN MALAYSIA MELALUI
SEJARAH, STRUKTUR SOSIAL, DAN
BIOGRAFI
Tahap penghayatan etika dan peradaban adalah berbeza dan dipengaruhi
oleh perkembangan sejarah, struktur sosial dan biografi masyarakat berkenaan.
Sarjana sosiologi bernama C. Wright Mills, mengemukakan idea beliau untuk
memahami masyarakat melalui konsep „imaginasi sosiologi‰. Imaginasi sosiologi
merujuk gambaran kehidupan cara seseorang individu menghilangkan diri
daripada lamunan ke dalam kehidupan sehariannya (Giddens, 2006).
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
12 TOPIK 1 PENGENALAN ILMU ETIKA DAN PERADABAN
Rajah 1.5: Tiga Komponen Penting dalam Menganalisis Etika dan Peradaban
Rajah 1.5 menunjukkan tiga komponen penting dalam yang digunakan dalam
menganalisis etika dan peradaban. Dalam konteks ilmu sosiologi, sejarah ialah
himpunan peristiwa dan pengalaman lama yang saling berkait melibatkan
individu, keluarga, dan komuniti dalam masyarakat. Meneliti sejarah adalah
dengan melihat kembali asal usul seseorang individu di negara ini. Adakah dia
merupakan penduduk asal atau ia berlaku kerana sebahagian daripada proses
migrasi dalam wilayah alam Melayu atau migrasi daripada peradaban Cina,
India, Arab, Eropah, dan sebagainya? Bagaimanakah negara ini dibentuk
menjadi sebuah negara? (Ateerah Abdul Razak & Zuriani Mohd Rashid, 2021).
Apakah yang dimaksudkan dengan struktur sosial?
Struktur sosial dari segi bahasa ialah sistem sosial. Manakala, dari segi
sosiologi, ialah hubungan yang dibina dan terjalin dalam sesebuah
masyarakat yang berfungsi untuk menggerakkan dinamik masyarakat.
Struktur sosial tradisional diperintah oleh raja, pembesar, dan para bangsawan.
Manakala, rakyat jelata dan hamba merupakan golongan yang diperintah.
Kini, struktur sosial yang diamalkan adalah berstruktur sosial moden yang
amat berbeza dengan struktur sosial tradisional.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 1 PENGENALAN ILMU ETIKA DAN PERADABAN 13
Dari segi individu, aspek ini boleh diambil untuk membentuk jati diri masyarakat
yang lebih baik. Contohnya, seseorang yang berasal daripada keluarga yang
serba kekurangan dari segi kewangan dan pendidikan, maka dia mampu
mengubah struktur sosial dalam keluarganya. Hal ini boleh berlaku apabila dia
mampu berusaha menambah pendapatan dan mencari sumber kewangan yang
bersih dan halal bagi mengubah nasib sesebuah keluarga itu. Sekiranya dia
mampu berusaha ke arah yang lebih positif, maka kesannya akan dapat dilihat
kepada generasinya yang akan datang yang mampu menghasilkan struktur
sosial yang lebih baik, seterusnya membentuk etika dan peradaban sebagaimana
selari dengan kehendak dan identiti masyarakat Malaysia (Ateerah Abdul Razak
& Zuriani Mohd Rashid, 2021).
Di Malaysia, struktur sosial moden diperintah oleh kelas atasan dan kelas
menengah. Manakala kelas pekerja dan kelas bawahan merupakan golongan
yang diperintah. Sebagai salah seorang individu yang berada di Malaysia
mahupun di mana-mana tempat, pasti mempunyai tahap penghayatan
berbeza-beza mengenai etika dan peradaban berdasarkan struktur sosial.
Struktur sosial ini melibatkan komuniti dan sistem sekeliling sama ada secara
formal atau tidak formal.
Misalnya, tempat tinggal sesebuah komuniti, tempat dibesarkan dan disekolahkan
yang berkaitan dengan latar belakang peribadi seseorang. Memahami lapisan
struktur sosial akan membolehkan penghayatan etika dan peradaban yang
telah terbina dan sedang berlangsung dalam negara Malaysia (Ateerah Abdul
Razak & Zuriani Mohd Rashid, 2021).
Apakah pula definisi bagi biografi?
Biografi dari segi bahasa ialah riwayat atau kisah hidup seseorang. Dari
segi sosiologi, biografi ialah fenomena struktur sosial dan proses sejarah
yang mencorakkan pengalaman individu, keluarga, komuniti dan
masyarakat, dan ia dipengaruhi beberapa faktor seperti struktur sosial
dan proses sejarah.
Pemahaman mengenai bagaimana biografi terbentuk oleh sejarah dan sistem
sosial di negara ini adalah penting bagi membolehkan setiap individu itu
mengenal diri masing-masing. Contohnya seseorang yang menghayati biografi
dirinya mampu mengetahui bagaimana dia dilahirkan dan dapat meneruskan
kehidupan sehingga kini. Seseorang itu juga mampu menilai bagaimana
struktur sosial yang dimiliki, lalu ia memberi kesan kepada pembentukan
perlakuan dan tingkah laku dirinya (Ateerah Abdul Razak & Zuriani Mohd
Rashid, 2021).
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
14 TOPIK 1 PENGENALAN ILMU ETIKA DAN PERADABAN
Sehubungan dengan itu, etika dan peradaban Malaysia terbina atas biografi
rakyat negara yang teracu sejak sekian lama Misalnya, seseorang yang
mempunyai latar belakang keluarga campur, contohnya India Muslim berkahwin
dengan orang Melayu, lalu membentuk percampuran antara etnik. Kemudian,
generasi yang dilahirkan itu kebiasaannya akan mempunyai kecenderungan
dari aspek tingkah laku sama ada ke arah Melayu atau India.
Kemungkinan anak yang dilahirkan itu, dari segi fizikalnya mengikut genetik
dan ciri-ciri orang Melayu. Namun, mereka mungkin mempunyai kecenderungan
minat ke arah makanan orang India kerana terbiasa menikmati juadah harian
yang disediakan oleh keluarga yang berketurunan India. Begitu juga dengan
percampuran budaya antara kaum Cina, Arab, Turki, Siam, dan pelbagai kaum
lagi yang boleh dilihat dalam kalangan masyarakat pada hari ini khususnya
di Malaysia (Ateerah Abdul Razak & Zuriani Mohd Rashid, 2021). Rajah 1.6
menunjukkan pelbagai kaum meraikan perayaan hari raya.
Rajah 1.6: Hari Raya Diraikan oleh Pelbagai Kaum
Selain biografi individu, sesebuah keluarga dan komuniti juga merupakan
salah satu struktur sosial asas sebuah masyarakat. Etika yang terbina boleh
diteliti sama ada dalam diri, keluarga, dan komuniti (contohnya, tempat tinggal,
tempat belajar, dan tempat kerja).
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 1 PENGENALAN ILMU ETIKA DAN PERADABAN 15
Adakah seseorang itu mempunyai etika yang baik atau sebaliknya? Individu,
keluarga dan komuniti yang beretika sudah pasti mewarnai peradaban
Malaysia yang baik, manakala etika yang tidak baik perlu ditolak oleh
masyarakat kerana memusnahkan peradaban Malaysia dalam jangka panjang.
Hal ini demikian kerana kesan nilai yang ditonjolkan oleh seseorang akan
memberi contoh kepada orang yang terdekat, iaitu anak dan keluarga. Kemudian,
anak pula akan membawa perwatakan itu ke luar rumah dan mengamalkannya
dalam kalangan komuniti dan masyarakat yang lebih besar.
Jika perkara baik yang disebarkan dan disemai, maka baik kesannya. Namun,
jika perkara negatif yang diamalkan, maka generasi akan melihat krisis yang
semakin teruk dan sukar diubati seterusnya menjadi darah daging dalam
kalangan masyarakat. Jika semua rakyat Malaysia dapat menghayati etika
dan peradaban dengan baik, kita dapat mengekalkan keharmonian negara dan
boleh terus mengekalkan identiti negara dengan baik (Ateerah Abdul Razak &
Zuriani Mohd Rashid, 2021).
AKTIVITI 1.3
Bincangkan bagaimana anda boleh menggunakan analisis etika dan
peradaban melalui struktur sosial dalam masyarakat Malaysia sekarang
ini.
1.4 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
MENGIKUT PERINGKAT – INDIVIDU,
KELUARGA, KOMUNITI, DAN
MASYARAKAT (TEMPATAN DAN
ANTARABANGSA)
Etika dan peradaban penting semasa mengendalikan tatacara kehidupan
manusia dalam menguruskan individu, keluarga, organisasi, dan masyarakat
bagi memastikan kesejahteraan dan kebahagiaan. Justeru, kepentingan etika
dan peradaban dilihat dalam konteks sejagat melalui individu, keluarga,
organisasi dan masyarakat. Individu yang beretika dan beradab mendapat
kebaikan fizikal, ketenangan jiwa dan perasaan. Individu yang beretika dan
beradab juga dapat membina sahsiah diri ataupun keperibadian yang baik
kerana memelihara dirinya dengan sifat yang terpuji. Masyarakat mengiktirafnya
sebagai orang yang berbudi tinggi.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
16 TOPIK 1 PENGENALAN ILMU ETIKA DAN PERADABAN
Etika dan peradaban memainkan peranan yang penting dalam pembentukan
keluarga yang beretika dan beradab. Ikatan yang erat berdasarkan etika
kekeluargaan yang sedemikian dapat mewujudkan keharmonian. Oleh yang
demikian, keamanan dan keakraban rumah tangga dapat menjamin keutuhan
keluarga. Etika dan peradaban berperanan penting dalam menentukan kestabilan
organisasi. Tambahan pula, etika dan peradaban dapat memelihara nilai murni
organisasi dengan sikap bertanggungjawab dan prihatin pada kebajikan
masing-masing.
Kepentingan etika dan peradaban dalam sesebuah masyarakat tidak dapat
dipertikaikan kerana ia dapat memelihara keamanan, keadilan, dan kesejahteraan
yang berterusan. Masyarakat yang beretika juga dan beradab dapat membentuk
persekitaran yang sihat dan menghindari masalah-masalah sosial seperti
pembuangan bayi, rompakan, dan penyeludupan barangan haram.
Pada peringkat global pula, dengan menghayati etika dan peradaban,
masyarakat dunia akan lebih aman kerana menghormati kedaulatan negara
masing-masing, tidak campur tangan dalam sesebuah negara, bersama
melestarikan alam sekitar, bersama mencapai kesepakatan dan kedamaian
dari aspek keselamatan dunia dan sebagainya.
1.5 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
MENGIKUT KONTEKS MASYARAKAT,
NEGARA, DAN PASARAN
Dalam konteks masyarakat, negara dan pasaran, kerajaan memperkenalkan
Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan membasmi kemiskinan dan
menyusun semula masyarakat supaya pengagihan ekonomi negara bersifat
melata dan melampaui batas etnik. Fokus utama DEB adalah kepada aspek
pengagihan yang lebih saksama dalam pemilikan ekuiti korporat antara
bumiputera dan Melayu dengan etnik Cina. Pelaksanaan DEB secara tidak
langsung memberi konotasi yang terbatas kepada pola pasaran bebas dalam
pengurusan ekonomi akibat campur tangan kerajaan dalam mewujudkan kelas
menengah dan golongan kapitalis Melayu.
Seperti dalam Rancangan Malaysia Pertama (1966–1970), Rancangan Malaysia
Kedua (RMK-2) (1971–1975) juga bermatlamatkan untuk memberi garis panduan
yang jelas terhadap agenda bagi memartabatkan peningkatan penyertaan etnik
Melayu dalam arena perniagaan dan perdagangan. RMK-2 menyalurkan
harapan kerajaan untuk mewujudkan satu Masyarakat Perdagangan dan
Perindustrian Bumiputera (MPPB) dalam satu tempoh melalui langkah-langkah
yang antara lain merangkumi bantuan kewangan dan latihan, mewujudkan
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 1 PENGENALAN ILMU ETIKA DAN PERADABAN 17
tempat perniagaan yang bersesuaian di bandar, mengadakan usaha sama
dengan orang bukan Melayu bagi memperoleh pengetahuan, pengalaman dan
pasaran, menggalakkan penubuhan perusahaan-perusahaan kecil dan berusaha
mengubah sikap etnik Melayu agar lebih cenderung ke arah pembentukan
budaya perniagaan dan perusahaan. Latar belakang perwujudan MPPB adalah
imbasan daripada pelaksanaan DEB yang dimulakan pada RMK-2 yang
menekankan dua strategi utama. Antara yang terpenting adalah memperbetulkan
ketakseimbangan ekonomi dan seterusnya menghapuskan pengenalan etnik
mengikut fungsi ekonomi (Shamsul Amri Baharuddin, 2013).
Liberalisasi ekonomi dan penekanan kerajaan terhadap agenda pertumbuhan
berbanding dengan agenda agihan kelihatan semakin jelas selepas tahun 2000.
Hal ini bertujuan melonjakkan ekonomi Malaysia dan seterusnya mencapai
status negara maju seperti yang dihasratkan dalam Wawasan 2020 dan Model
Ekonomi Baru (MEB).
Pada masa yang sama, kerajaan merancang supaya kemahiran dan ilmu rakyat
dipertingkatkan. Hal ini dilakukan dengan menghantar pelajar belajar ke luar
negara dan ilmu serta kemahiran yang diperoleh daripada negara lain akan
dapat dimanfaatkan dan diguna pakai oleh masyarakat sekeliling, seterusnya
memberi sumbangan kepada pasaran negara Malaysia. Begitu juga dengan
bidang ilmu lain. Antaranya ialah kebolehan yang ada dalam diri individu
seharusnya dikenal pasti untuk memastikan individu tersebut dapat memberi
sumbangan yang baik kepada peradaban Malaysia. Peradaban yang dikecap
pada hari ini adalah kerana usaha generasi yang terdahulu dalam membangunkan
ekonomi, sosial dan beberapa cabang ilmu yang lain sehingga boleh mengecap
hasil yang baik, iaitu dari segi kemudahan mendapat pendidikan, sumber
makanan, dan tempat tinggal yang terbaik dalam kehidupan masyarakat
Malaysia (Ateerah Abdul Razak & Zuriani Mohd Rashid, 2021).
AKTIVITI 1.4
1. Jelaskan bagaimana Dasar Ekonomi Baru (DEB) memberi kesan
pasaran terhadap masyarakat Malaysia.
2. Kongsikan pengalaman anda mengenai mereka yang tidak
mengamalkan etika di tempat kerja.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
18 TOPIK 1 PENGENALAN ILMU ETIKA DAN PERADABAN
• Etika dan peradaban penting dalam sesebuah masyarakat. Namun, tahap
penghayatannya berbeza dan dipengaruhi oleh perkembangan sejarah,
struktur sosial, dan biografi masyarakat berkenaan.
• Penghayatan etika dan peradaban di Malaysia boleh dihuraikan dan difahami
mengikut acuan Malaysia berdasarkan susur masa evolusi sejarahnya, iaitu:
− prakolonial
− kolonial
− pascakolonial
• Etika menurut pemahaman bahasa Melayu ialah akhlak atau moral seseorang
dalam kelakuan atau pergaulan mereka.
• Adab ialah budi pekerti yang halus, tingkah laku yang baik dan budi
bahasa yang luhur.
• Adat resam ialah adat yang menjadi kebiasaan kepada sesuatu kaum.
• Adat istiadat ialah cara atau peraturan sejak turun-temurun oleh sesuatu
etnik yang diterima sebagai adat.
• Peradaban juga membawa maksud tingkat kemajuan pada kehidupan rohani
dan jasmani sesuatu bangsa atau masyarakat.
• Sebelum munculnya zaman kolonial, etika dikenal sebagai adab, adat resam,
dan adat istiadat yang sudah lama terpasak dalam diri mereka.
• Pada zaman kolonial, berlakunya percampuran budaya dan adab etika
dalam kalangan masyarakat Melayu tradisional.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 1 PENGENALAN ILMU ETIKA DAN PERADABAN 19
• Pada zaman pascakolonial, masyarakat Malaysia mengekalkan percampuran
etika dan peradaban tradisional dalam kehidupan seharian.
• Tahap penghayatan etika dan peradaban adalah berbeza dan dipengaruhi
oleh perkembangan sejarah, struktur sosial, dan biografi masyarakat
berkenaan.
• Dalam konteks masyarakat, negara dan pasaran, kerajaan memperkenalkan
Dasar Ekonomi Baru yang bertujuan membasmi kemiskinan dan menyusun
semula masyarakat supaya pengagihan ekonomi negara bersifat melata dan
melampaui batas etnik.
Adab Komuniti
Adat istiadat Tempatan
Adat resam Masyarakat
Dasar Ekonomi Baru (DEB) Pascakolonial
Etika Peradaban
Etos Prakolonial
Global Rancangan Malaysia Kedua (RMK-2)
Individu Sosiologi
Kolonial
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
20 TOPIK 1 PENGENALAN ILMU ETIKA DAN PERADABAN
Ateerah Abdul Razak, & Zuriani Mohd Rashid. (2021). Dlm. Ateerah Abdul Razak,
Nur Azuki Yusuff & Zaleha Embong. Penghayatan etika dan peradaban.
Penerbit Universiti Melayu Kelantan.
Giddens, A. (2006). Sociology (5th ed.). Polity Press.
Hamdan, N. N. (2017). Etika dalam terjemahan: Implikasi dari sudut
perundangan. BMU556-Bahasa Melayu Undang-Undang 11.2.
Kamus Dewan (Ed. ke-4). (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Pelajar (Ed. ke-2). (2008). Diambil daripada
[Link]
Mardiana Nordin, & Hasnah Hussin. (2014). Pengajian Malaysia (Ed. ke-5).
Penerbit Fajar Bakti.
Mohamad Rashidi Pakri, & Openg, E. J. (2019). Alam Melayu dari sudut
pandangan penulis wanita kolonial. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 12(1),
78–96.
Muhammad Takari Jilin Syahrial. (2015). Adat dalam peradaban Melayu.
Laporan Peneliatian Program Studi Etnomusikologi FIB USU dan Majlis
Adat Budaya Indonesia, 1–24.
Roziah Adama, M. R. (2017). Komunikasi pelanggaran adab: Satu analisis
konsep adab Al-Attas dalam drama Ayam Jantan Ayam Betina. Jurnal
Melayu (Isu Khas 2017), 382–383.
Shamsul Amri Baharuddin. (2013). Modul hubungan etnik edisi kedua. Institut
Kajian Etnik Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
Topik Konsep Etika
dan
2 Peradaban
Prof Madya Dr Nazri Muslim
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat melakukan perkara
berikut:
1. Menjelaskan konsep etika dalam sejarah pemikiran manusia.
2. Membincangkan konsep peradaban dalam sejarah pemikiran
manusia.
3. Menjelaskan kesan kolonialisme dan pascakolonialisme
terhadap etika dan peradaban dari perspektif Barat, Timur,
dan agama.
„Etika‰ dan „peradaban‰ ialah dua konsep umum sejagat yang dipilih untuk
difahami dalam kursus ini. Hakikatnya, kedua-dua konsep ini merupakan
elemen penting terhadap perkembangan dan kemajuan sejarah tamadun
manusia lampau. Lantaran itu, etika dan peradaban merupakan sesuatu yang
penting untuk kita memahami dan menghayati dinamik sesebuah masyarakat
yang sememangnya mempunyai sejarah dan proses interaksi yang kompleks
dan tersendiri. Kedua-dua konsep ini dibincangkan satu persatu dan
kemudiannya dikaitkan dalam konteks susur masa prakolonial, kolonial, dan
pascakolonial.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
22 TOPIK 2 KONSEP ETIKA DAN PERADABAN
2.1 MENELUSURI PERGERAKAN IDEA SERTA
AMALAN ETIKA DAN PERADABAN DUNIA
Zaman Pencerahan (Zaman Enlightenment ) bermula antara tahun 1650 hingga
1800 Masihi dan ialah era semangat kepercayaan dan pegangan manusia pada
ketika itu adalah kritikal, berasaskan sebab-musabab dan kaedah saintifik.
Pada zaman ini, golongan pemikir berusaha untuk melahirkan masyarakat
yang lebih terbuka, bertolak ansur, menekankan kebahagiaan individu dan
berdasarkan undang-undang dan perlembagaan. Pada zaman ini juga lahirnya
pemikir yang terkenal seperti Voltaire, John Locke, Montesquieu, Thomas
Hobbes, dan Rousseau (Sekolah Pembangunan Sosial Universiti Utara Malaysia,
1998).
Pada abad ini juga, ajaran berkaitan dengan perkara mistik, agama serta gereja
semakin dilupakan bahkan diganti pula dengan pemikiran atau idea yang lebih
berilmiah dan saintifik. Zaman Pencerahan di Eropah sering dikaitkan dengan
konsep modenisasi di Eropah dalam pelbagai aspek, antaranya ialah politik,
ekonomi dan sosial. Pada tahun 1789, tercetusnya Revolusi Perancis, iaitu sebagai
pengaruh kepada falsafah Zaman Pencerahan dan akhirnya membawa Eropah
ke era moden.
Zaman Pencerahan ialah zaman yang masyarakatnya mula berusaha untuk
menentang ketidakadilan yang timbul daripada pihak berkuasa tradisional.
Zaman Pencerahan juga dilihat sebagai zaman masyarakatnya mula
mempersoalkan tentang ajaran agama. Persoalan lelaki dan wanita mempunyai
banyak perbezaan termasuklah fizikal, perbezaan mental dan moral antara lelaki
dan wanita, peranan gender serta tanggungjawab dan hak telah berkembang
(Assiter, 1996).
Zaman Pencerahan menekankan beberapa aspek utama, iaitu ekonomi dan
sosial bagi menggerakkan intelektual Barat untuk berfikir dengan lebih mendalam
mengenai pembangunan masyarakat. Pemikir tersebut menjelaskan bahawa
untuk memajukan masyarakat adalah dengan menguasai ekonomi dan
mengukuhkan bentuk masyarakat tersebut kepada masyarakat yang berfikiran
global. Dengan itu, lahirlah ekonomi kapitalis yang diketuai oleh Barat
untuk memonopoli ekonomi kerajaan lain selain melahirkan masyarakat yang
berpandangan jauh (Siti Nurqalila Omar & Nur Sarahah Mohd Supian, 2015).
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 2 KONSEP ETIKA DAN PERADABAN 23
Bidang seni merupakan salah satu cabang pendidikan yang penting pada abad
ini. Kesenian merupakan lambang kepada kekuasaan politik, kekukuhan
ekonomi dan kestabilan masyarakat. Dengan adanya unsur kesenian ini,
sesebuah negara dianggap maju dan mempunyai ketamadunan yang tersendiri.
Dengan adanya kesedaran ini, gerakan Zaman Pencerahan berusaha
membangkitkan isu kesenian bagi menguatkan asas pendidikan Barat, selain
menyedarkan para intelektual mengenai ilmu pendidikan yang sepatutnya
disebarkan bagi membangunkan masyarakat Eropah (Becker, 1994).
Perbahasan tadi menunjukkan bahawa gerakan Zaman Pencerahan melahirkan
masyarakat yang berfikiran terbuka, bertolak ansur, menekankan kebahagiaan
individu dan berasaskan undang-undang serta perlembagaan melalui pendidikan
yang disampaikan oleh golongan intelektual. Golongan intelektual menjadi
medium utama bagi membentuk masyarakat yang lebih proaktif dan maju
dengan kesedaran yang diberi oleh gerakan Zaman Pencerahan. Kemunculan
gerakan ini merubah sepenuhnya corak politik, ekonomi dan sosial masyarakat
Eropah. Para pemikir gerakan Zaman Pencerahan membawa pelbagai idea
baharu yang membantu para intelektual Barat untuk menyedarkan masyarakat
supaya celik minda dan akal. Gerakan ini juga mengubah konsep etika dan
peradaban dunia.
AKTIVITI 2.1
Bincangkan sejarah perkembangan etika dan peradaban pada Zaman
Pencerahan.
2.2 KONSEP ETIKA
Pada topik sebelum ini, kita sudah membincangkan sedikit berkenaan
dengan etika. Topik ini akan membincangkan konsep etika dari perspektif
yang berlainan pula. Mari teruskan pembacaan anda.
Etika berasal daripada perkataan Greek (ethos) yang bermaksud nilai-nilai
atau perkara yang berkaitan dengan sikap yang menentukan tingkah laku
sesuatu golongan (Nor Azzah Kamri, 2015). Etika juga dikenali sebagai
prinsip-prinsip moral iaitu nilai-nilai yang menjadi pegangan seseorang
individu atau sesuatu kumpulan (Dewan Bahasa Pustaka, 2017), disiplin dalam
melakukan sesuatu (Merriam-webster, 2017), serta nilai-nilai yang mengawal
budaya atau kumpulan tertentu yang berkaitan dengan peraturan tingkah laku
individu di tempat kerja atau tidak ([Link], 2017). Contohnya,
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
24 TOPIK 2 KONSEP ETIKA DAN PERADABAN
etika perubatan ialah nilai dan garis panduan yang harus dipatuhi oleh para
doktor dalam pengamalan perubatan masing-masing. Kita ambil contoh,
etika seorang doktor yang melakukan pembedahan kosmetik dan pembedahan
pertukaran jantina. Dalam sesetengah agama, seperti agama Islam pembedahan
untuk mengubah wajah tanpa sebab dan menukar jantina adalah dilarang
dan tidak dibenarkan, namun etika tidak melihat dari sudut agama, etika melihat
dari sudut garis panduan/prosedur yang dibenarkan dan tidak dibenarkan.
Maka doktor tersebut akan melakukan pembedahan tersebut kerana etika
tidak dipengaruhi oleh agama.
Bagaimana etika ini boleh muncul? Etika muncul hasil daripada pemikiran
beberapa orang tokoh yang akan dibincangkan selepas ini.
2.2.1 Sejarah Pemikiran Eropah, dari Zaman Sebelum,
Semasa, dan Selepas Zaman Pencerahan
Zaman Pencerahan (Zaman Enlightenment) merupakan rentetan dari zaman
sebelumnya, iaitu Zaman Renaisans. Pada ketika itu, golongan cendekiawan
Zaman Renaisans mempersoalkan kewajaran untuk memperoleh ilmu
pengetahuan sekiranya hanya bergantung pada kepercayaan dan agama
semata-mata. Mereka mendalami falsafah rasionalisme yang dipelopori oleh
ahli falsafah Yunani seperti Socrates, Plato dan Aristotle seperti yang dapat
dilihat dalam Rajah 2.1.
Rajah 2.1: Ahli Falsafah Yunani
Sumber: [Link]
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 2 KONSEP ETIKA DAN PERADABAN 25
Rentetan itu muncul pemikir seperti René Descartes, Charles Montesquieu,
Jacques Rousseau, John Locke dan Thomas Hobbes yang membawa kepada
perkembangan falsafah rasionalisme yang menggantikan agama menjadi
tunggak utama untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Manusia digalakkan
berfikir dan membuat penaakulan secara empirikal dan sistematik. Ajaran
agama dan peranan gereja semakin dilupakan, bahkan digantikan dengan
pemikiran atau idea ilmiah dan saintifik. Zaman ini dikaitkan dengan
konsep modenisasi di Eropah dalam pelbagai aspek, antaranya ialah politik,
ekonomi, dan sosial (Mohd Zain Mubarak, 2021).
Rajah 2.2: Antara Pemikir Falsafah Rasionalisme
Sumber: [Link]
Aspirasi politik terhadap penyatuan kerajaan, penciptaan negara dan hak yang
lebih bagus untuk orang kebanyakan, dalam usaha untuk menggantikan
kekuasaan golongan aristokrat dan gereja ternama. Slogan liberty, equality
and fraternity (kebebasan, kesamaan dan persaudaraan) yang mengubah
sistem aristokratik di Perancis dan menegaskan kuasa dan kehendak rakyat.
Seiring dengan itu, proses perkembangan dapat diperhatikan melalui perubahan
yang berlaku dalam pelbagai aspek kehidupan manusia yang dipelopori
oleh cendekiawan Barat terhadap tamadun sejagat.
Kebangkitan dan perkembangan aliran pemikiran rasional dan empirikal
berpusatkan akal manusia dengan menyisihkan unsur metafizik dalam bidang
keilmuan serta kehidupan telah membentuk nilai etika dan peradaban berbeza.
Kemajuan ilmu sains dan teknologi dimanfaatkan dengan maksimum, namun
mengetepikan unsur keagamaan yang merupakan sumber nilai tertinggi untuk
manusia mencapai kebahagiaan dan kesejahteraan hidup (Mohd Zain Mubarak,
2021).
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
26 TOPIK 2 KONSEP ETIKA DAN PERADABAN
Revolusi industri yang bermula pada kurun ke-18 memberi perubahan dalam
pertanian, pembuatan dan pengangkutan yang memberi impak besar kepada
sosioekonomi dan kebudayaan di Britain hingga serata dunia melalui proses
yang dikenal sebagai perindustrian. Tidak dapat dinafikan bahawa Revolusi
Perindustrian adalah salah satu faktor terpenting pada hari ini yang
telah membantu untuk mempercepatkan kemajuan dan mencorakkan landskap
dalam dunia moden. Namun, persaingan dalam merebut peluang ekonomi
dan pasaran membuka ruang pertembungan antara nilai kebendaan dengan
kemanusiaan.
Bermula dengan Revolusi Perindustrian Pertama (1760–1830) yang melibatkan
penemuan tenaga wap air dan ke arah merevolusikan kejuruteraan mesin;
dunia terus berubah apabila membabitkan kuasa elektrik dan mencetuskan
Revolusi Perindustrian Kedua pada sekitar tahun 1870–1914 yang bertujuan
memperbaiki sumber tenaga menggunakan kuasa elektrik yang lebih murah
dan cekap (Mohd Zain Mubarak, 2021).
Revolusi Perindustrian Ketiga atau Revolusi Digital pula bermula sejak tahun
1950-an lagi di negara maju yang menekankan elemen pembangunan sistem
digital dan komunikasi serta kemajuan komputer yang ditandai kemajuan
teknologi komputer peribadi, Internet, dan teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK). Atas landasan Revolusi Digital ini, maka terbinalah Revolusi
Perindustrian Keempat yang membawa cara baharu dengan menjadikan
teknologi sebati bersama masyarakat ataupun menjadi sebahagian anatomi
tubuh manusia. Ramai pakar melihat tugas hakiki manusia akan digantikan
oleh tenaga robotik yang mengakibatkan jutaan manusia akan kehilangan
pekerjaan khususnya dalam sektor pengilangan.
Rajah 2.3 menunjukkan penggunaan robot akan terus meningkat, sejajar
dengan perkembangan kecerdasan buatan (AI – artificial intelligence) bersama
Internet benda (IoT – Internet of Things). Hari ini berlaku ledakan nama seperti
WhatsApp, Uber, Zalora, Trivago, Waze, Foodpanda (lihat Rajah 2.4) dan
pelbagai lagi syarikat berlandaskan Internet ialah sesuatu yang normal dalam
penggunaan harian masyarakat kita (Mohd Zain Mubarak, 2021).
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 2 KONSEP ETIKA DAN PERADABAN 27
Rajah 2.3: Penggunaan Robot
Sumber: [Link] [Link] [Link]
Rajah 2.4: Antara Perniagaan Berlandaskan Internet
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
28 TOPIK 2 KONSEP ETIKA DAN PERADABAN
Perubahan ini mampu mentransformasikan bukan sahaja cara hidup,
masyarakat, nilai dan norma tetapi juga persepsi mengenai manusia itu
sendiri. Gangguan perubahan (disruptive change) yang mengiringi ketangkasan
revolusi ini ialah hakikat bahawa jurang ketidaksamaan ekonomi sedia ada
semakin meluas dan mendalam; merentas benua, kelas serta gender. Situasi
ekonomi tidak berperikemanusiaan (inhumane economy) dipandu oleh rasa
tamak haloba (incessant greed ), nilai, prinsip dan polisi yang menghilangkan
sifat kemanusiaan. Keadilan sosial, pengagihan berkeadilan, pembasmian
kemiskinan dan yang terpenting; dimensi akhlak yang terang semakin
tempang, teruntai dan terabai. Yang pasti; pemborosan, rasuah, ketirisan
dan monopoli terus berleluasa seiring dengan jurang ketidaksamaan yang
kian melebar (Mohd Zain Mubarak, 2021).
SEMAK KENDIRI 2.1
1. Senaraikan dua pemikiran Eropah.
2. Apakah revolusi perindustrian?
AKTIVITI 2.2
Bincangkan sejarah pemikiran Eropah selepas Zaman Pencerahan.
2.2.2 Perspektif Agama dan Kepercayaan
Perbincangan dalam subtopik ini akan melihat etika dari sudut agama Islam,
Buddha, Hindu, dan Kristian.
(a) Agama Islam
Islam ialah agama sejagat (universal) dan kesejagatan ini adalah terkandung
dalam inti pati ajaran yang terkandung dalam al-Quran yang seharusnya
menjadi pedoman kepada keseluruhan manusia. Asas kewujudan manusia
adalah untuk menjadi khalifah di muka bumi, memimpin manusia dan
alam berasaskan wahyu serta petunjuk al-Quran dan sunah. Sumber utama
ini bukan sekadar pengarahan peribadatan, bahkan mempunyai petunjuk
yang mutlak dalam kehidupan manusia. Oleh yang demikian, umat Islam
ialah umat yang berpegang kuat kepada agama sama ada dalam konteks
peribadatan dan kehidupan bermasyarakat (Ahmad Bashir Aziz, 2004).
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 2 KONSEP ETIKA DAN PERADABAN 29
Oleh yang demikian, masyarakat Melayu dan Islam dilihat sebagai
sinonim dan kebanyakan persoalan yang berkaitan dengan adat istiadat,
politik dan pemerintahan masyarakat Melayu juga banyak dipengaruhi
oleh Islam. Yang jelas dan nyata, segala nilai yang diperkenalkan oleh
Islam adalah bersifat universal dan dapat diterima oleh semua peringkat
dan generasi manusia, dan mampu beroperasi dalam konteks pelbagai
bangsa agama yang terdapat di Malaysia. Perbahasan mengenai etika dan
adab termasuk dalam kerangka akhlak dalam Islam yang lebih syumul
dan mendalam yang meletakkan keredaan Allah SWT sebagai matlamat
akhir setiap tingkah laku secara zahir dan batin.
(b) Agama Buddha
Agama Buddha ialah kepercayaan yang popular dalam kalangan
masyarakat Cina di Malaysia. Buddhisme ialah agama budaya yang
diasaskan di India oleh Siddharta Gautama Buddha, seorang yang kuat
berusaha untuk mencapai ketinggian moral dalam kehidupan, mencari
keharmonian hidup dengan usahanya sendiri. Falsafah Buddhisme adalah
untuk memberikan panduan kepada manusia mengenai kehidupan yang
bermaruah dan berasaskan etika kehidupan yang sempurna. Oleh yang
demikian, matlamat dalam kehidupan mereka ialah mencapai satu tahap
yang dipanggil „Nirwana‰. Antara doktrin ajaran Buddha ialah
Empat Kebenaran Agung seperti yang dapat dilihat dalam Rajah 2.5.
Rajah 2.5: Empat Kebenaran Agung
Beberapa aspek nilai etika dan moral yang terkandung dalam ajaran
Buddha boleh dilihat dari pelbagai aspek berkaitan dengan hubungan
dalam keluarga, guru dan murid, sahabat handai, majikan dan pekerja,
dan pengabdian terhadap agama. Pembentukan pemikiran masyarakat
dan tamadun Cina banyak diwarnai oleh falsafah etika dan kehidupan
yang dipelopori oleh Kung Fu Tze (551–479 SM).
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
30 TOPIK 2 KONSEP ETIKA DAN PERADABAN
Terdapat dua fokus utama dalam membahaskan persoalan etika dan
kehidupan yang dikemukakan oleh Confucius, iaitu:
• Lima Kebaikan (Five Virtues); dan
• Lima Hubungan (Five Cardinal Relations).
Sebagaimana juga dalam falsafah etika agama yang dibincangkan
sebelum ini, lima kebaikan adalah merujuk sifat yang perlu dimiliki oleh
setiap individu dan bersifat pedoman dalam kehidupan (Ahmad Bashir
Aziz, 2004).
(c) Agama Hindu
Agama Hindu merupakan antara agama tertua di dunia dan masih dianuti
di seluruh pelosok dunia.
Agama Hindu yang berasaskan kitab Veda mengandungi tiga ajaran
utama yang bersifat:
• rohani
• dongengan mistik
• falsafah agama
Interaksi kaum Aryan dengan masyarakat peribumi India pada abad ke-18
SM melahirkan adat istiadat Hindu yang dianggap sebagai suatu agama
yang dianuti dan dipegang tatasusilanya oleh orang India. Ciri-ciri etika
seperti berbudi pekerti, kesedaran rohani dan menuntut ilmu terdapat
dalam agama Hindu (Mohd Zain Mubarak, 2021).
Walaupun agama Hindu bukan agama samawi tetapi nilai moral tetap
ditekankan seperti dipaparkan dalam Rajah 2.6.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 2 KONSEP ETIKA DAN PERADABAN 31
Rajah 2.6: Nilai Moral yang Ditekankan oleh Agama Hindu
Kepercayaan kepada hukum karma, iaitu balasan balik terhadap tindakan
manusia menunjukkan penekanan terhadap aspek etika dan moral dalam
kehidupan. Beberapa aspek berkaitan dengan nilai moral dan etika dalam
agama Hindu juga boleh dilihat seperti menolak kehidupan mewah,
suami menyayangi isteri, dilarang meminum arak, mentaati ibu bapa,
menguasai nafsu dan keadilan dalam pemerintahan (Mohd Zain Mubarak,
2021).
(d) Agama Kristian
Ajaran Kristianiti adalah bersumberkan kitab Bible yang menjadi kitab
suci penganut agama Kristian yang mengandungi:
• Wasiat Lama (Old Testament ); dan
• Wasiat Baharu (New Testament ).
Kedua-dua lembaran ini mengandungi sistem nilai dan etika yang
tersendiri yang berkaitan dengan kehidupan. Dalam konteks perbincangan
ini, hanya sistem nilai dan etika yang berkaitan sahaja yang akan
dikemukakan merangkumi The Ten Commandments dalam Wasiat
Lama dan Akhlak Kehidupan Seharian dalam Wasiat Baharu (Ahmad
Bashir Aziz, 2004).
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
32 TOPIK 2 KONSEP ETIKA DAN PERADABAN
AKTIVITI 2.3
Apakah pandangan Islam terhadap etika? Jelaskan dan kongsikan
jawapan anda dalam forum myINSPIRE.
2.2.3 Kolonialisme dan Pascakolonialisme
Penjajahan British di Tanah Melayu adalah sebahagian proses persaingan
kuasa Barat untuk menguasai tanah jajahan dan kegiatan ekonomi dengan
menumpukan kawasan perdagangan (pelabuhan) dan negeri yang mempunyai
kekayaan hasil bumi seperti bijih timah. Dalam usaha mencapai hasrat tersebut,
penjajah berdiplomasi dan berhati-hati dengan sultan dan pembesar tempatan
bagi mengelak penentangan daripada penduduk dan tidak merombak
keseluruhan institusi politik Melayu tradisional. Yang berubah hanyalah dari
segi kuasa sahaja; daripada sultan atau pembesar kepada residen atau pegawai
British. Maka, kuasa raja amat terhad khususnya berkaitan dengan bidang
agama dan adat istiadat Melayu, selainnya bersifat upacara (ceremony) sahaja
meskipun dikekalkan kedudukan takhta (Mohd Zain Mubarak, 2021).
Oleh itu, perkembangan sosiopolitik sekitar pertengahan kurun ke-19 ialah
peringkat yang paling mundur dalam proses perpecahan dan keruntuhan
tamadun sejak zaman keagungan kerajaan Melayu Melaka. Penjajah menerapkan
sistem politik dan sistem nilai yang berbeza dengan campur tangan seperti
berlakunya Perjanjian Pangkor 1874 yang mengubah sistem politik tradisional
yang diamalkan selama ini.
Perubahan akibat kesan penjajahan ini turut memberi kesan terhadap
pengukuhan etika dan peradaban masyarakat apabila pemisahan berlaku antara
agama dengan politik. Sebagai sumber nilai dan peradaban, Islam kelihatan
semakin dipinggirkan dalam arus membentuk kehidupan masyarakat
bermartabat apabila terbatas kepada upacara dan istiadat sahaja. Situasi ini
berkekalan sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan yang menjadi titik
tolak kepada pembentukan negara bangsa yang memenuhi aspirasi rakyat
majoriti (Mohd Zain Mubarak, 2021).
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 2 KONSEP ETIKA DAN PERADABAN 33
Hakikatnya, Malaysia mewarisi sistem pemerintahan acuan penjajah, namun
disesuaikan dengan adat setempat dengan aspek agama jelas menjadi kuasa
negeri-negeri dan berperanan dengan sebaiknya. Negara Malaysia moden lahir
hasil gabungan warisan lama dan baharu termasuk kacukan unsur dalaman
dan kebaratan. Kemerdekaan yang dicapai bukanlah episod pembaharuan
kesemua bentuk pentadbiran British, namun diselarikan dan disesuaikan dengan
keadaan semasa.
Dasar Pecah dan Perintah oleh British yang mewujudkan perbezaan antara
etnik, ekonomi, politik dengan sistem pendidikan dapat ditangani dengan
beberapa pelan tindakan untuk perpaduan negara seperti Rukun Negara,
Dasar Ekonomi Baru (1971–1990), Dasar Pembangunan Nasional (1991–2000)
dan Dasar Wawasan Negara (Mohd Zain Mubarak, 2021).
Malaysia mengalami sejarah penjajahan yang panjang dan dijajah oleh beberapa
kuasa besar seperti Jepun dan British. Setiap penjajah mempunyai misi dan
visinya tersendiri yang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang unik,
didiami oleh kepelbagaian bangsa dan budaya yang rakyatnya dapat hidup
dengan aman dan damai.
Berlandaskan hasil perbincangan yang dikemukakan tadi, ternyata bahawa
kepelbagaian bangsa, agama dan budaya sebenarnya bukan penghalang kepada
rakyat Malaysia untuk tinggal bersama. Sebaliknya, mereka dapat berkongsi
beberapa perkara yang menjadi tunjang kepada perpaduan kaum. Idea untuk
pembangunan pengurusan yang bermoral adalah dituntut oleh semua bangsa,
budaya dan agama di dunia. Cuma, penerimaan mereka terhadap sesuatu
yang asing itu mungkin memerlukan pendekatan yang bersistem (Ahmad Bashir
Aziz, 2004).
Masyarakat pada hari ini didedahkan dengan konsep dualisme dalam sistem
kepercayaan, antara kepercayaan dengan kehidupan keduniaan, dan fenomena
inilah yang menyebabkan lahirnya kefahaman sekularisme dalam masyarakat.
Agama hanya diperlukan khusus hanya dalam perkara yang berkaitan dengan
persoalan peribadatan semata dan ditolak dalam urusan kehidupan seharian.
Pandangan sekular inilah membantutkan perkembangan nilai agama itu sendiri
dalam pemikiran manusia.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
34 TOPIK 2 KONSEP ETIKA DAN PERADABAN
Apa-apa yang dilihat di Barat dinilai sebagai suatu yang terbaik, sebaliknya
sistem akhlak dan etika yang dikemukakan dalam agama sendiri dipertikaikan.
Apa-apa yang telah dibuktikan di sini ialah setiap agama dengan sistem nilai dan
etika yang mantap akan memastikan sesebuah masyarakat akan membangun
dalam konteks yang berpedoman. Sebenarnya, budaya dan agama bertindak
sebagai faktor pendesak yang kuat ke arah kemajuan dan pembangunan
sesebuah negara (Ahmad Bashir Aziz, 2004).
2.3 KONSEP PERADABAN
Secara umumnya, peradaban bolehlah ditakrifkan sebagai sejumlah
pencapaian dan pemerolehan dalam segala perlakuan, pemikiran dan
penciptaan yang baik (termasuk dalam bidang seni bina dan lain-lain
kemahiran), halus, sopan, dan santun bagi pembentukan peribadi,
akhlak, tatasusila, adab, tingkah laku dan budi bahasa yang mulia bagi
individu dan juga sesuatu kelompok manusia yang membentuk sebuah
bangsa atau negara bangsa.
(Azhar Mad Aros, 2000)
Peradaban mempunyai makna yang sangat luas dari segi kemajuan politik,
ekonomi dan teknologi. Selain itu, peradaban merujuk pengelompokan manusia
berasaskan budaya yang paling tinggi dan identiti budaya inilah yang
membezakan manusia daripada spesies lain. Peradaban ditakrifkan oleh unsur
objektif yang serupa seperti bahasa, sejarah, agama, adat, institusi dan
pengenalan diri yang subjektif (Huntington, 1992). Rajah 2.7 menerangkan
dua aspek penting dalam peradaban.
Rajah 2.7: Dua Aspek Penting dalam Peradaban
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 2 KONSEP ETIKA DAN PERADABAN 35
Melihat definisi ini, jika terdapat satu peradaban yang hanya menonjol dalam
satu aspek sahaja, maka tidak layak disebut sebagai sebuah peradaban yang
sempurna. Hal ini demikian kerana, jika sesuatu negara hanya maju dari
aspek fizikal, namun aspek kerohanian diabaikan, negara tersebut gagal
membangun sebuah peradaban kerana tidak memberikan apa-apa kepada nilai
kemanusiaan. Istilah peradaban merujuk sifat yang abstrak dan universal,
kehidupan seharian manusia yang berasaskan pengalaman rohaniah manusia
yang dilihat dalam seni kreatif, seni bahasa, rekod perkembangan sosioekonomi,
kemajuan sains teknologi dalam sesebuah masyarakat (Mustapha Kamal Ahmad
Kassim, Zahiah Haris @ Harith & Abdullah Yusof, 2010).
AKTIVITI 2.4
Berikan definisi peradaban secara umum.
2.3.1 Impak Kolonialisme dan Pascakolonialisme
Penjajahan British sememangnya banyak memberi kesan terhadap sistem dan
peradaban seperti paradigma yang memandang sesuatu masalah atau gejala
dalam masyarakat mengikut pandangan hidup (worldview) positivisme Barat.
Umpamanya, Raffles memandang dan memberikan takrifan konsep Melayu
mengikut pandangan hidup Barat yang berasaskan konsep negara bangsa
(nation state) Eropah. Lebih penting lagi, pentakrifan konsep Melayu juga dibuat
berasaskan kepentingan kuasa penjajah Barat yang cuba memecahbelahkan
kawasan alam Melayu mengikut pembahagian kawasan jajahan takluk,
menganggap agama sebagai elemen yang tidak saintifik yang perlu diketepikan
dalam proses mendapatkan ilmu berdasarkan penerapan proses sekularisasi
melalui sistem pendidikan Barat. Lebih khusus lagi, mereka membezakan
antara konsep melibatkan hal agama dengan bukan agama (Mohd Zain
Mubarak, 2021).
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
36 TOPIK 2 KONSEP ETIKA DAN PERADABAN
Pihak British memperkenalkan kerangka pemikiran sekularisme dalam
pemikiran masyarakat Melayu (ArbaÊiyah, 2001) seperti yang dapat dilihat
dalam Rajah 2.8.
Rajah 2.8: Kerangka Pemikiran Sekularisme dalam Pemikiran Masyarakat Melayu
Selepas merdeka, pendekatan stereotaip ras oleh penjajah yang menetapkan
pelbagai sifat negatif kepada semua lapisan kaum di Malaysia. Bangsa Melayu
dikatakan sebagai bangsa yang malas, suka berkhayal dan tidak boleh dipercayai,
bangsa Cina dinisbahkan sebagai bangsa pencandu dan suka berjudi dan
bangsa India pula dinisbahkan sebagai bangsa yang lemah daya intelektual,
pengotor dan kuat mengambil minuman keras.
Pendedahan yang bersifat stereotaip ini akan menyebabkan semua bangsa
Malaysia akan merasa malu dan hilang maruah diri untuk berhadapan dengan
bangsa lain di dunia ini. Yang lebih buruk lagi, masyarakat Malaysia selepas
merdeka akan beranggapan bahawa semua warisan silam bangsa mereka
bersifat rendah dan ketinggalan zaman berbanding dengan warisan yang
ditinggalkan oleh warisan tamadun Barat, yang juga dikenal sebagai pendekatan
bertumpuan Eropah atau euro-centric (ArbaÊiyah, 2001).
Hasilnya, cabaran peradaban selepas era kolonialisme menyaksikan pengaruh
Barat yang mendominasi dalam seluruh aspek kehidupan dan sistem nilai
masyarakat. Unsur kebendaan (materialisme) menjadi keutamaan yang turut
menyerlahkan sikap individualistik di samping pemikiran akal atau kehendak
manusia melebihi tuntutan nilai berasaskan kerohanian. Naluri manusia
cenderung terhadap aspek keseronokan dan kepuasan nafsu yang menyisihkan
tuntutan agama (Mohd Zain Mubarak, 2021).
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 2 KONSEP ETIKA DAN PERADABAN 37
2.3.2 Timur dan Barat
Realitinya pada hari ini, perbincangan peradaban Timur dan Barat, sama ada
dialog atau konflik, berlakunya pertembungan peradaban atau konflik. Jika kita
menyorot kembali peristiwa zaman dahulu dengan merujuk peradaban Islam
dan Barat, sejarah membuktikan bahawa kurang usaha secara aktif untuk
melihat peradaban Barat dan Timur secara serius. Contohnya, selepas kekalahan
Kristian dalam Perang Salib (1096–1396), berlaku peperangan di Chechnya,
Rusia dan di Bosnia-Herzegovina (Salmah Omar, 2015). Selain itu, kejatuhan
kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah di Turki pada tahun 1924 ialah sejarah
hitam yang tidak mungkin dilupakan oleh umat Islam (Abdul Shukur Harun,
1997).
Hal ini amat jelas menunjukkan bahawa antara peradaban Timur khususnya
Islam dan Barat tidak mungkin akan berlakunya dialog, sebaliknya pertembungan
peradaban, terutamanya perkara yang melibatkan persoalan agama. Seterusnya,
akibat pergolakan revolusioner politik dan industri yang berlaku pada abad
ke-18, Barat mula menjajah ke serata dunia dengan membawa pelbagai aspirasi
termasuk ingin mentamadunkan masyarakat yang dianggap „ketinggalan‰
melalui slogan mereka, The White Man Burden. Menerusi imperialisme dan
kolonialisme, negara Afrika, Asia dan Amerika diletakkan di bawah kuasa dan
kawalan ekonomi serta politik Barat. Penguasaan Barat ini mencabar asas
yang membentuk masyarakat Asia, mengenakan kehendak Barat ke atas
mereka dan membawa perubahan sosial dan politik yang amat penting (Rahimah
Abdul Aziz, 1997).
Cabaran terbaru yang dihadapi oleh masyarakat bukan Barat terutamanya
masyarakat Islam dan Asia pada hari ini ialah globalisasi yang diterajui oleh
peradaban Barat. Globalisasi ini berlaku secara jelas pada dua dekad terakhir
abad ke-20, kesan daripada revolusi teknologi maklumat. Globalisasi membawa
maksud penyejagatan nilai kehidupan Barat yang mendukung liberalisme,
kapitalisme dan demokrasi mengikut acuan mereka sendiri. Dampak globalisasi
ke atas masyarakat Islam dan Asia sehingga menghakis ciri-ciri pengenalan
diri atau identiti bagi seorang Islam atau seorang Asia. Kebebasan yang
sepatutnya wujud pada sesebuah masyarakat atau negara dalam menentukan
haluan kehidupan pada masa depan mereka sendiri dikongkong oleh pelbagai
bentuk dominasi yang baharu. Dominasi Barat ke atas masyarakat bukan Barat
dapat dilihat dari aspek politik, ekonomi, dan sosial (media dan budaya)
(Salmah Omar, 2015).
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
38 TOPIK 2 KONSEP ETIKA DAN PERADABAN
Maka, perlu digerakkan secara aktif dialog peradaban. Dialog peradaban
atau interaksi peradaban merujuk tindak balas atau komunikasi yang melibatkan
dua pihak atau lebih. Selain itu, dialog peradaban juga membawa maksud
hubungan, pertemuan, komunikasi dan lain-lain yang berlaku antara kelompok,
masyarakat dan seterusnya negara. Hal ini bermaksud interaksi peradaban
bukanlah merujuk interaksi antara peradaban itu sendiri, namun secara
realitinya merujuk interaksi antara individu atau masyarakat yang mewakili
sesuatu peradaban.
Setiap masyarakat digalakkan untuk berdialog dan berinteraksi dengan tujuan
memperkayakan lagi nilai kehidupan masyarakat tersebut. Dialog Peradaban
antara masyarakat Islam dan Asia sendiri lama berlaku sebelum kedatangan
kuasa Barat ke rantau ini. Misalnya, pada Zaman Prakolonial, berlaku interaksi
atau dialog antara tamadun klasik seperti tamadun China dengan Islam, tamadun
China dengan Jepun, tamadun India dengan tamadun Islam dan Asia Tenggara,
dan tamadun Islam dengan tamadun Eropah (Salmah Omar, 2015).
Sebenarnya, perkongsian nilai sejagat yang diwarisi daripada peradaban
masing-masing sangat penting kerana ia dapat dijadikan titik tolak ke arah
mewujudkan interaksi ataupun dialog peradaban. Walau bagaimanapun,
masyarakat moden Islam dan Asia pada hari ini banyak melupai hikmah
daripada khazanah peninggalan sendiri. Oleh itu, usaha untuk mengembalikan
khazanah peradaban ini hendaklah dipergiatkan semula oleh generasi hari ini,
demi menjamin kesinambungan keharmonian hidup masyarakat di atas bumi
ini. Hakikat inilah yang cuba disemai oleh dialog antara peradaban supaya
kepelbagaian dan perbezaan dapat dijadikan titik tolak untuk saling memahami
dan bukannya berkonflik antara satu sama lain (Salmah Omar, 2015).
AKTIVITI 2.5
Bincangkan impak pertembungan peradaban Timur dan peradaban
Barat ke atas Malaysia.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 2 KONSEP ETIKA DAN PERADABAN 39
2.3.3 Ketamadunan dan Kepercayaan
Menganuti sesuatu agama ialah fitrah manusia. Manusia memerlukan agama
supaya ia mengetahui matlamat hidup supaya tidak tersasar dari destinasi yang
ingin ditujuinya. Kehidupan yang berakhlak dan bermoral tinggi merupakan
perkara yang dititikberatkan dalam kehidupan bertamadun. Pada awal
ketamadunan, masyarakat mengamalkan kepercayaan secara berevolusi
bermula daripada naturalisme atau penyembahan alam semula jadi seperti
pokok, batu dan sebagainya, berunsurkan kepercayaan animisme, iaitu percaya
bahawa terdapat kuasa ghaib yang menguasai alam sekeliling seperti roh,
kemudiannya dinamisme, iaitu penyembahan kepada unsur kuasa ghaib
(supernatural) seperti matahari, api, angin dan petir yang dipercayai mempunyai
semangat dan harus dihormati demi menjaga keamanan dan kemakmuran
hidup (Ghazali Darusalam, 2014).
Tamadun Islam mencapai aneka kegemilangannya dalam sejarah kemajuan
tamadunnya di Afrika Eropah, Asia Barat, Asia Timur dan Asia Tenggara. Kini,
pengaruh Islam mula menapak di Amerika dan Australia. Kehebatan Islam
bermula pada zaman Rasulullah SAW hingga ke zaman Khalifah ar-Rasyidin,
Abbasiyah, Umaiyah di Andalusia, zaman Moghul, zaman Ottoman hingga
ke zaman empayar Melayu Melaka, memang mengagumkan dunia.
Keagungan empayar Islam pada satu masa dahulu memberikan sumbangan
yang amat besar dalam pembentukan sejarah ketamadunan manusia. Antara
ciri-ciri keagungan yang dicapai oleh umat Islam pada zaman kegemilangan
mereka dilihat melalui penciptaan mereka dalam pelbagai bidang yang
seterusnya memberi sumbangan terhadap kesejahteraan hidup insan sejagat;
baik manfaatnya untuk dunia Timur (Islam) mahupun dunia Barat (Kristian).
Hasil penciptaan karya mereka dalam pelbagai bidang seperti seni bina,
astronomi, ekonomi, kesenian, politik, ilmu pengetahuan, sejarah, geografi,
pertanian, sains dan falsafah melahirkan tokoh ternama yang sangat ramai.
Antaranya ialah al-Khawarizmi, al-Kindi, al-Farabi, dan al-Biruni. Mereka ini
berserta ramai lagi tokoh ilmu yang lain meninggalkan kesan yang besar
dalam kemajuan manusia sejagat.
Keagungan sesebuah negara atau bangsa banyak bergantung pada
pencapaiannya dalam pelbagai bidang. Pencapaian ini akhirnya menjadi
sumbangan tamadun manusia kepada peradaban dunia yang kekal
mempengaruhi perjalanan masyarakat dunia sejak zaman dahulu hingga
kini. Tamadun Islam banyak memberi sumbangan kepada tamadun dunia
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
40 TOPIK 2 KONSEP ETIKA DAN PERADABAN
seperti Eropah, Mesir, Mesopotamia (Babylon), Yunani, Rom, Parsi, China,
India, Afrika, dan negara lain di dunia ini, berbanding dengan tamadun lain
yang pernah dibina dan dicatatkan dalam sejarah dunia (Ghazali Darusalam,
2014).
Tamadun Melayu ialah tamadun menyeluruh yang dibangunkan oleh bangsa
Melayu berteraskan bahasa Melayu setelah kedatangan dan penerimaan Islam
di seluruh rantau alam Melayu. Pemahaman terhadap tamadun Melayu
sebagai satu tamadun bangsa di rantau alam Melayu amat bersandar kepada
pemahaman terhadap tamadun Islam. Hal ini demikian kerana kemunculan
tamadun Melayu bertitik tolak daripada penerimaan Islam oleh masyarakat
rantau alam Melayu secara keseluruhannya. Pengajaran akidah Islam oleh
pendakwah Islam di seluruh rantau alam Melayu secara berperingkat-peringkat
membina asas tamadun Melayu. Islamnya Melayu adalah kerana pengislaman
sultan dan pembesar istana berdasarkan ketaatan rakyat terhadap sultan yang
memerintah (Ghazali Darusalam, 2014).
Memang benar bahawa tamadun Melayu wujud sebelum kedatangan Islam
lagi, khususnya apabila dirujuk keagungan kota Melaka. Namun, dengan
kedatangan Islam selepasnya pada abad ke-15 M, tamadun Melayu bertambah
matang dan lebih dikenal melalui kegemilangannya. Pencapaian ini dibuktikan
dalam banyak bentuk seperti melalui bahasa dan seni sastera, budaya, sains
dan teknologi, seni bina, dan artifak yang boleh dilihat hingga hari ini.
Pada asasnya, sumbangan dan pencapaian tamadun Melayu terhadap peradaban
dunia boleh dilihat daripada tiga aspek utama, iaitu agama dan kepercayaan,
keilmuan, dan kebendaan (Ghazali Darusalam, 2014).
Coedes (1968) menjelaskan bahawa kedatangan Islam ke alam Melayu mengubah
kepercayaan kehidupan beragama daripada dinamisme, animisme, naturalisme,
dan pluralisme (Hinduisme dan Buddhisme) kepada monoteisme dengan
menyembah Tuhan yang Esa. Kedatangan tamadun Islam mengubah corak
pemikiran, akidah dan akhlak masyarakat Melayu.
Tamadun China merupakan salah satu daripada tamadun terawal di dunia,
selain tamadun Mesir dan India. Tamadun China buat pertama kalinya ditemui
di lembah Sungai Kuning di utara China kira-kira 4000 hingga 2000 SM.
Tamadun China memiliki sifat terbuka, integratif, dan dinamik. Sekali pun
tamadun China wujud sezaman dengan tamadun lain di dunia ini, tamadun
China tetap berjaya mengekalkan identitinya yang tersendiri. Seperti juga
tamadun lainnya, sungai tetap menjadi tumpuan manusia dalam membina
tamadun bangsa dan negara kerana dari sinilah bermulanya kelangsungan
manusia dalam usaha membina kehidupan melalui pertanian, penternakan,
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 2 KONSEP ETIKA DAN PERADABAN 41
perladangan, pertukangan, dan sebagainya dengan membuat, mencipta atau
menghasilkan sesuatu inovasi untuk kegunaan serta urusan seharian (Ghazali
Darusalam, 2014).
Tamadun China berkembang dan membawa kepada kegemilangan dalam
beberapa bidang seperti kepercayaan (agama), seni dan kebudayaan, politik,
pentadbiran, sains dan teknologi, falsafah, sastera, dan institusi sosial yang
maju. Kegemilangan tamadun China turut memberi sumbangan kemajuan
dan kemakmuran kepada kehidupan masyarakat di dunia pada hari ini
(Ghazali Darusalam, 2014).
Mengikut Lok Chong Hoe (1998), konfusianisme ialah kepercayaan terbesar
di China seperti yang termaktub dalam pengajaran Konfusius (dari 551 SM
hingga 479 SM). Pengajaran utama Konfusius seperti yang terkandung dalam
kitab Analects, menekankan pengamalan sifat dan nilai moral yang mulia
seperti yang dapat dilihat dalam Rajah 2.9.
Rajah 2.9: Nilai Moral yang Terkandung dalam Kitab Analects
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
42 TOPIK 2 KONSEP ETIKA DAN PERADABAN
Kesemua nilai yang mulia ini diteladani orang yang bermoral dan bersikap
mulia (junzi ) (Ghazali Darusalam, 2014).
Selain itu, agama Buddhisme yang diasaskan oleh Siddhartha Gautama atau
juga dikenali sebagai Buddha (dari 563 SM hingga 483 SM) juga berkembang
di China. Agama yang berasal dari India pada kurun ke-6 SM ini tersebar ke
China pada kurun pertama Masihi. Walau bagaimanapun, selepas tersebarnya
Buddhisme ke negara China, agama ini mengalami pelbagai pengubahsuaian
sehingga menjadi suatu sistem keagamaan yang menyerapkan ciri-ciri kecinaan
sehingga agama ini dikenali sebagai Buddhisme Cina (Ghazali Darusalam, 2014).
Perkembangan awal tamadun India dikatakan bermula di sekitar Mohenjo-Daro
di Harappa (kini Pakistan), lembah Sungai Indus boleh dilihat dalam Rajah 2.10.
Rajah 2.10: Peta Tamadun Awal India
Sumber: [Link]
[Link]
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 2 KONSEP ETIKA DAN PERADABAN 43
Tamadun ini berkembang sejak tahun 2500 SM. Pencapaian tamadun ini adalah
sama dengan tamadun purba seperti Mesir dan Babylon. Masyarakat lembah
Sungai Indus pada masa itu mencapai kemajuan dalam aspek kehidupan
seperti agama, budaya, kemajuan kebendaan, nilai dan kepercayaan. India
mempunyai sifat berbilang kaum dari segi penduduknya yang terdiri daripada
pelbagai kaum dan etnik. Kepelbagaian kaum ini membawa kepada kepelbagaian
agama yang terdiri daripada Hindu, Buddha, Jaina, Sikhisme dan juga Islam
(Ghazali Darusalam, 2014).
Tamadun India menekankan beberapa nilai penting seperti kepercayaan
kepada Tuhan, karma, perpaduan dan sistem kekeluargaan. Pengaruh agama
Hindu dan Buddha amat meluas khususnya di negara Asia Tenggara dan
kekal hingga hari ini. Begitu juga kebudayaan dan seni bina kuilnya yang
dibangunkan di serata pelosok negara Asia. Tamadun India sangat istimewa
kerana kemampuannya bertahan beribu-ribu tahun serta masih lagi mengekalkan
tradisi kebudayaannya tanpa banyak mengalami perubahan. Keunikan
tamadun India juga terletak pada pengaruh ketiga-tiga agama besar dunia, iaitu
Hindu, Buddha dan Islam. Daripada tiga agama terbesar inilah lahirnya
sumbangan dan hasil pencapaian tamadun India yang dilihat daripada pelbagai
sudut seperti kemasyarakatan, kebudayaan, pemerintahan dan pentadbiran,
ekonomi, bahasa dan kesusasteraan, agama dan kepercayaan, pendidikan
dan keilmuan, sains dan teknologi, kesenian dan seni bina (Ghazali Darusalam,
2014).
SEMAK KENDIRI 2.2
1. Ceritakan tentang kolonialisme dan pascakolonialisme.
2. Senaraikan agama yang muncul ketika berlakunya peradaban.
3. Apakah Zaman Pencerahan (Enlightenment)?
AKTIVITI 2.6
Mengapakah agama amat penting dalam perkembangan sesuatu
tamadun? Huraikan.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
44 TOPIK 2 KONSEP ETIKA DAN PERADABAN
• Zaman Pencerahan (Zaman Enlightenment) bermula antara tahun 1650
hingga 1800 Masihi merupakan era semangat kepercayaan dan pegangan
manusia pada ketika itu adalah kritikal, berasaskan sebab-musabab, dan
kaedah saintifik.
• Revolusi Industri yang bermula pada kurun ke-18 memberi perubahan
dalam pertanian, pembuatan, dan pengangkutan yang memberi impak
besar kepada sosioekonomi dan kebudayaan di Britain hingga serata dunia
melalui proses yang dikenal sebagai perindustrian.
• Segala nilai yang telah diperkenalkan oleh Islam adalah bersifat universal
dan dapat diterima oleh semua peringkat dan generasi manusia, dan mampu
beroperasi dalam konteks pelbagai bangsa agama yang terdapat di Malaysia.
• Beberapa aspek yang berkaitan dengan nilai moral dan etika dalam
agama Hindu juga boleh dilihat seperti menolak kehidupan mewah, suami
menyayangi isteri, dilarang meminum arak, mentaati ibu bapa, menguasai
nafsu, dan keadilan dalam pemerintahan.
• Penjajahan British di Tanah Melayu adalah sebahagian proses persaingan
kuasa Barat untuk menguasai tanah jajahan dan kegiatan ekonomi dengan
menumpukan kawasan perdagangan (pelabuhan) dan negeri yang
mempunyai kekayaan hasil bumi seperti bijih timah.
• Malaysia mengalami sejarah penjajahan yang panjang dan dijajah oleh
beberapa kuasa besar seperti Jepun dan British.
• Peradaban bolehlah ditakrifkan sebagai sejumlah pencapaian dan
pemerolehan dalam segala perlakuan, pemikiran dan penciptaan yang
baik (termasuk dalam bidang seni bina dan kemahiran lain), halus, sopan,
dan santun bagi pembentukan peribadi, akhlak, tatasusila, adab, tingkah
laku dan budi bahasa yang mulia bagi individu dan juga sesuatu kelompok
manusia yang membentuk sebuah bangsa atau negara bangsa.
• Realitinya pada hari ini, perbincangan peradaban Timur dan Barat, sama ada
dialog atau konflik, ialah berlakunya pertembungan peradaban atau konflik
antara peradaban Timur dengan peradaban Barat.
• Kehidupan yang berakhlak dan bermoral tinggi merupakan perkara yang
dititikberatkan dalam kehidupan bertamadun.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 2 KONSEP ETIKA DAN PERADABAN 45
Buddha Peradaban Barat
Islam Hindu Peradaban Melayu
Kesultanan Melayu Melaka Peradaban Timur
Kolonialisme Prakolonial
Pascakolonialisme Zaman Pencerahan
(Zaman Enlightenment )
Pemikiran Eropah
Abdul Shukur Harun. (1992). Dialog peradaban krisis aqidah dan kemelut
baru intelektual. Tamadun (Mei). Penerbit Muttaqin.
Ahmad Bashir Aziz. (2004). Nilai dan etika pengurusan: Analisa dari perspektif
agama-agama di Malaysia. Kertas kerja ini dibentangkan di Seminar
Nilai dalam Komuniti (SIVIC) anjuran Jabatan Pengajian Umum, Universiti
Utara Malaysia pada 4 dan 5 September 2004.
ArbaÊiyah Mohd Noor. (2001). Pensejarahan di dalam tradisi barat dan Melayu:
Satu perbandingan ringkas. Dalam (Ed.) Redzuan Othman. Jendela Masa.
Penerbit Universiti Malaya.
Assiter, A. (1996). Enlightened women: Modernist feminism in a postmodern age.
Routledge.
Azhar Mad Aros. (2000). Tamadun Islam dan tamadun Asia (TITAS). Penerbit
Fajar Bakti Sdn Bhd.
Becker, M. B., (1994). The emergence of civil society in the eighteenth century.
Indiana University Press.
Coedes, G. (1968). The Indianized states of Southeast Asia. Walter, F. V. (Terj.).
(Ed. ke-2). ANU Press.
Ghazali Darusalam. (2014). MPU3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia.
Open University Malaysia.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
46 TOPIK 2 KONSEP ETIKA DAN PERADABAN
Hamdan, N. N. (2017). Etika dalam terjemahan: Implikasi dari sudut
perundangan. BMU556-Bahasa Melayu Undang-Undang 11.2.
Huntington, S. P. (1992). Pertembungan peradaban. Institut Kajian Strategik
dan Antarabangsa.
Mohamad Abu Bakar. (1997). Dunia dan barat: Perspektif timur. PEMIKIR
(April–Jun). Utusan Melayu (Malaysia) Berhad.
Mohd Zain Mubarak. (2021). Konsep etika dan peradaban. Dalam Ateerah
Abdul Razak, Nur Azuki Yusuff, & Zaleha Embong. Penghayatan etika
dan peradaban. Penerbit Universiti Malaysia Kelantan.
Mustapha Kamal Ahmad Kassim, Zahiah Haris @ Harith, & Abdullah Yusof
(2010). Pembangunan modal insan dan tamadun Islam dari perspektif
pendidikan guru. Proceedings of The 4th International Conference on
Teacher Education; Join Conference UPI & UPSI Bandung, Indonesia,
8–10 November 2010.
Rahimah Abdul Aziz. (1997). Transformasi erti pemodenan dan pembaratan.
PEMIKIR (Julai−September). Utusan Melayu (Malaysia) Berhad.
Salmah Omar. (2015). Halatuju peradaban timur dan barat: Dialog atau
konflik. International Seminar on Islam Cultural and Heritage di Makasar,
Indonesia, September 2015.
Sekolah Pembangunan Sosial Universiti Utara Malaysia. (1998). Pengenalan
kepada sains sosial. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Siti Nurqalila Omar, & Nur Sarahah Mohd Supian. (2015). Zaman Enlightenment.
[Link]
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
Topik Etika dan
Peradaban
3 dalam
Masyarakat
Kepelbagaian
Dr Khairul Hamimah Mohammad Jodi
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat melakukan perkara
berikut:
1. Menjelaskan proses pembentukan etika dan peradaban
dalam masyarakat kepelbagaian.
2. Menghuraikan komponen etika dan peradaban.
3. Membincangkan kesan etika dan peradaban dalam
masyarakat kepelbagaian.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
48 TOPIK 3 ETIKA DAN PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN
Pernahkah anda terfikir, bagaimanakah kepelbagaian etika dan peradaban
boleh terbentuk di Tanah Melayu? Dengan kata lain, bagaimanakah boleh
wujudnya adat resam, kerencaman budaya dan kefahaman di Malaysia pada
hari ini? Jika anda bukan berbangsa Melayu, mungkin anda tidak biasa dengan
budaya mencium tangan daripada kanak-kanak kecil atau mereka yang lebih
muda daripada anda.
Cuba bayangkan anda diarahkan berpindah dari Selatan ke Pantai Timur,
atau anda diarahkan berpindah tempat kerja/rumah di negeri lain. Mungkin
pada awalnya, anda kekok menyesuaikan diri dengan adat dan budaya di sana.
Namun, setelah beberapa bulan atau tahun anda boleh menyesuaikan diri
secara sedikit demi sedikit dan akhirnya membiasakan diri, malah mungkin
boleh menerimanya dengan baik. Maka, melalui topik ini, akan dibincangkan
bagaimana etika, peradaban, dan kerencaman budaya bertapak di Malaysia.
Jom meneruskan bacaan anda.
3.1 PEMBENTUKAN ETIKA DAN PERADABAN
DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN
Berlakunya pembentukan etika dan peradaban di Tanah Melayu kesan
daripada migrasi, perdagangan, perkahwinan, dan hubungan politik daripada
pelbagai rantau. Tanah Melayu menjadi pertemuan peradaban India, Cina,
Timur Tengah, dan peradaban di alam Melayu yang masing-masing dengan
sistem etikanya sendiri. Selat Melaka menjadi antara jalan perdagangan dan
pertemuan kepelbagaian peradaban ini.
Sebelum kedatangan Eropah ke Asia, khususnya di Tanah Melayu zaman
tersebut dikenal sebagai Era Prakolonial (EPK), selepas kedatangan Eropah
atau penjajahan, zaman tersebut dikenal sebagai Era Kolonial. Pada era ini,
mereka membawa peradaban dan sistem etika serta nilai Eropah. Hasil
daripada asimilasi, akomodasi, akulturasi dan amalgamasi yang berlaku
daripada rakyat, pemerintahan kesultanan, migrasi buruh paksaan dan
sebagainya, maka wujudlah masyarakat majmuk semasa penjajahan
(Era Kolonial). Selepas Tanah Melayu merdeka, zaman tersebut dikenali
sebagai Era Pascakolonial (EPcK).
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 3 ETIKA DAN PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN 49
Pada Era Pascakolonial yang berlanjutan ke era globalisasi (kini), sifat
kepelbagaian di alam Melayu amnya, dan Malaysia khususnya, menjadi
semakin rencam dengan kepelbagaian apatah lagi setelah bercampur dengan
pelbagai faktor lain seperti platform digital, falsafah pemikiran, ekonomi yang
membentuk kepelbagaian yang lebih kompleks yang disebut superdiversity.
Secara umumnya, Rajah 3.1 menunjukkan garis masa pembentukan peradaban
dan etika di Tanah Melayu.
Rajah 3.1: Garis Masa Pembentukan Peradaban dan Etika di Tanah Melayu
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
50 TOPIK 3 ETIKA DAN PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN
Etika ialah perkataan yang sering digunakan dalam kehidupan seharian kita.
Etika sinonim dengan perkataan moral bagi menjelaskan keadaan ataupun
perilaku seseorang. Pada awal bahagian ini, penulis akan menjelaskan secara
ringkas maksud etika terlebih dahulu sebelum menjelaskan topik lain.
Etika juga dikenal sebagai etiquette (bahasa Perancis), ethic (bahasa Inggeris),
dan ethos (bahasa Greek) bermaksud prinsip moral (atau akhlak) atau nilai
akhlak atau tingkah laku yang menjadi pegangan seseorang individu atau
sesuatu kumpulan (persatuan, pekerjaan). Etika merupakan sistem kepercayaan
yang diterima oleh masyarakat untuk mengawal tingkah laku manusia serta
boleh dicabar di mahkamah. Selain itu, etika ini mampu membentuk sikap,
adat, peribadi, dan cara berfikir.
Dalam perundangan atau peraturan, etika dijadikan satu sistem yang
merangkumi prinsip moral dan undang-undang yang boleh dikendalikan
bagi mengawal kelakuan moral dalam sesebuah masyarakat untuk menjadikan
mereka individu yang baik dan bermoral.
Bagaimanakah etika itu boleh dibentuk menjadi peraturan? Terdapat dua asas
pembentukan etika, iaitu:
• sikap individu
• peraturan sosial yang mengawal dan mengehadkan tingkah laku manusia
Etika sangat berkait rapat dengan nilai atau dengan kata lain, etika berupaya
membentuk nilai dalam peribadi seseorang. Nilai itu membentuk sifat ketinggian
dalam pemikiran, agama, masyarakat, kerja, dan sebagainya (Pusat Rujukan
Persuratan Melayu, 2022). Contohnya:
Kaunselor P menceritakan keburukan kliennya ketika berbual dengan
rakan-rakannya. Antara perkara yang didedahkan ialah latar belakang klien
yang sememangnya bermasalah. Ayah klien merupakan pengedar dadah
dan ibu klien sering dipukul oleh ayahnya di hadapan anak-anak. Klien
menghadapi tekanan perasaan dan mahu membunuh ayahnya kerana
keluarganya porak-peranda. Sebenarnya secara sedar atau tidak, kaunselor P
telah melanggar etika seorang kaunselor iaitu perlu merahsiakan maklumat
klien daripada dijadikan bahan bualan atau dipersendakan.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 3 ETIKA DAN PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN 51
Rumusannya, etika merujuk tingkah laku, sikap, akhlak, nilai yang diamalkan,
prinsip moral baik atau buruk yang dipegang oleh individu atau sesebuah
masyarakat terhadap betul atau salah tentang perbuatan yang dilakukan.
Etika menjadi kod peraturan, norma, dan undang-undang untuk mencegah
tindakan yang tidak baik.
Bagaimanakah pula dengan peradaban? Peradaban sinonim dengan perkataan
tamadun yang bermaksud tingkat kemajuan dalam kehidupan jasmani dan
rohani bagi sesuatu bangsa dan masyarakat. Dalam bahasa Inggeris, peradaban
dikenal sebagai civilisation yang bermaksud tamadun manusiawi yang
merujuk kemajuan manusia dalam membangunkan kehidupan dalam pelbagai
peringkat terutamanya pada peringkat negara.
Peradaban membawa erti kebudayaan, tamadun dan kemajuan (jasmani dan
rohani). Peradaban secara umumnya diertikan sebagai pembangunan, perubahan,
kemajuan dan tamadun yang dicapai oleh sesuatu bangsa atau kaum di dunia
baik dari perspektif material, bahasa, cara berfikir, agama, adat resam,
kepercayaan, dan kesenian. Dengan kata lain, peradaban ini merangkumi
semua aspek, tidak hanya menumpukan aspek material sahaja.
3.1.1 Elemen Pembentukan Etika dan Peradaban
dalam Masyarakat Kepelbagaian
Jadual 3.1 menjelaskan secara ringkas elemen yang terdapat dalam pembentukan
etika dan peradaban dalam masyarakat. Elemen tersebut membawa kepada
kepelbagaian dan kerencaman dalam sesebuah masyarakat.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
52 TOPIK 3 ETIKA DAN PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN
Jadual 3.1: Elemen yang Terdapat dalam
Pembentukan Etika dan Peradaban dalam Masyarakat
Elemen Huraian
Sistem kepercayaan • Menganuti sesuatu agama merupakan fitrah manusia.
dan agama
• Manusia memerlukan agama supaya dia mengetahui
matlamat hidup agar tidak tersasar daripada tujuan
kehidupan.
• Agama mendidik akhlak atau nilai murni dalam kalangan
penganutnya.
• Kehidupan yang berakhlak dan bermoral tinggi
merupakan perkara yang dititikberatkan dalam kehidupan
bertamadun.
Penempatan • Pembentukan masyarakat yang bertamadun didorong
masyarakat oleh kedudukan penempatan yang strategik, iaitu
berhampiran dengan sumber semula jadi untuk
kelangsungan hidup.
• Peradaban di Tanah Melayu terbentuk disebabkan
kedudukan kerajaan Melaka yang strategik, Selat Melaka
menjadikan pelabuhan Melaka sebagai pusat
perdagangan.
• Pelabuhan Melaka menjadi pusat pertemuan pelbagai
bangsa dan budaya yang secara tidak langsung
memperkayakan aspek politik, sosial dan ekonomi
kerajaan Melayu Melaka.
Peningkatan kualiti • Kemajuan sains dan teknologi, penyelidikan, perubatan,
kehidupan dan gaya hidup yang sihat, kestabilan fizikal, mental, rohani,
peningkatan jangka dan emosi akan meningkatkan kualiti hidup dan jangka
hayat hayat masyarakat.
• Individu yang seimbang dari pelbagai sudut dan
berpegang teguh pada akhlak, etika dan kepercayaan
menjamin kepada kemakmuran dan keharmonian
masyarakat dan negara. Hal ini secara tidak langsung
membentuk nilai peradaban yang tinggi dalam sebuah
negara.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 3 ETIKA DAN PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN 53
Sistem organisasi • Penambahan penduduk menyebabkan wujud kehidupan
dan institusi sosial berorganisasi yang mencakupi pelbagai aspek seperti
yang teratur aspek sosial, ekonomi, pendidikan, dan politik.
• Kewujudan sistem organisasi dan institusi sosial adalah
perlu bagi memastikan kelangsungan dan kemajuan
peradaban.
• Pembentukan sistem yang teratur mampu menyusun
masyarakat yang menjadi semakin ramai, berbilang dan
kompleks.
Bahasa yang • Bahasa penting bagi tujuan komunikasi dan penyebaran
serumpun dengan ilmu pengetahuan. Bahasa menjadi medium antara
satu sistem tulisan masyarakat supaya wujudnya persefahaman, saling
yang tersendiri menghormati, seterusnya mewujudkan hubungan yang
baik.
• Tulisan bertujuan mencatatkan segala urusan pentadbiran
seperti penyimpanan rekod, penulisan undang-undang,
dan hal keagamaan.
• Bahasa dan tulisan merupakan instrumen paling penting
untuk menyampai, memperkembangkan serta
mencatatkan idea pemikiran manusia, seterusnya
meningkatkan tahap peradaban.
Sistem perundangan • Peradaban boleh terbentuk disebabkan sesebuah negara
yang teratur dan mempunyai sistem perundangan yang adil, teratur, dan
sistem nilai serta sistematik yang merangkumi semua aspek.
moral
• Kepatuhan rakyat dan pemimpin terhadap perundangan
menjadikan negara/kerajaan itu stabil, harmoni, dan
aman.
• Situasi ini diperkuatkan lagi dengan pegangan terhadap
kepercayaan, etika, moral, dan nilai teguh yang menjadi
prinsip hidup setiap lapisan masyarakatnya.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
54 TOPIK 3 ETIKA DAN PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN
Daya reka cipta • Perkembangan ilmu pengetahuan menjadi pemangkin
dalam penciptaan kepada manusia untuk menghasilkan ciptaan baharu yang
teknologi dan memudahkan kehidupan manusia.
pembinaan
• Penciptaan teknologi pengangkutan, pendidikan,
perubatan, mesin yang memudahkan urusan dalam
pembuatan makanan, pertanian merancakkan lagi
pembangunan sesebuah negara.
Kelahiran dan • Daya kreativiti tidak tertumpu terhadap fizikal dan
perkembangan daya material semata-mata, namun termasuklah dalam pelbagai
kreativiti bidang seperti kesenian dan kebudayaan.
• Segala penciptaan terbaharu hasil daripada kreativiti
dan inovasi sesuatu bangsa memberikan kesejahteraan
kepada kehidupan manusia sejagat.
• Penciptaan gajet dan peralatan terbaharu memudahkan
manusia melakukan tugas dengan cepat dan dapat
berkomunikasi tanpa sempadan ruang dan masa.
• Karya seni yang dihasilkan oleh golongan cerdik pandai
seperti seni sastera, persuratan dan bahasa menjadi antara
panduan hidup dalam masyarakat.
• Penghasilan karya seni dan lain-lain dalam pelbagai
peradaban menjadi rujukan dan panduan kepada manusia.
AKTIVITI 3.1
Berikan contoh peradaban yang dibangunkan berdasarkan elemen
yang telah dibincangkan.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 3 ETIKA DAN PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN 55
3.2 KOMPONEN ETIKA DAN PERADABAN
Yang berikut merupakan antara komponen etika dan peradaban dalam topik
tiga ini, iaitu persekitaran geo-fizikal, masyarakat dan demografi, ekonomi
dan pasaran serta falsafah dan pemikiran. Mari teruskan pembacaan anda.
3.2.1 Persekitaran Geo-fizikal
Dari segi kronologi pembentukan peradaban di alam Melayu, dapat diselusuri
bermula dari Zaman Paleolitik (zaman batu awal) kira-kira 35,000 tahun yang
lalu. Kemudian, diikuti oleh Zaman Mesolitik (zaman batu tengah) 11,000 tahun
yang lalu, Zaman Neolitik (zaman batu baru) 5,000 tahun dahulu dan seterusnya,
dari Zaman Besi kira-kira 2,500 tahun yang lalu.
Peradaban alam Melayu terdiri daripada bangsa Melayu yang mendiami
kawasan di Asia Tenggara yang dikenal sebagai gugusan kepulauan Melayu
(The Malay Archipelago) meliputi Melayu-Indonesia, alam Melayu Nusantara
atau dikenal sebagai Tanah Jawi (lihat Rajah 3.2). Sekitar sebelum 10,000 tahun
dahulu, kawasan Asia Tenggara merupakan satu dataran besar yang merangkumi
Pulau Sumatera, Semenanjung Tanah Melayu, Pulau Jawa dan juga Pulau Borneo.
Secara umumnya, zaman Neolitik (atau zaman batu baru) memperlihatkan
perubahan teknologi yang berteraskan penubuhan tempat tinggal tetap (atau
petempatan) sepanjang tahun (untuk menjaga tanaman) dan pertanian
tetap (untuk menghasilkan makanan yang mencukupi sepanjang tahun).
Rajah 3.2: Kedudukan Geografi Alam Melayu
Sumber: [Link]
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
56 TOPIK 3 ETIKA DAN PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN
Bagaimanakah bentuk muka bumi ini memberi kesan kepada peradaban?
Rajah 3.3 menunjukkan kepelbagaian bentuk muka bumi. Anda bayangkan
pada zaman Paleolitik dan zaman Mesolitik, masyarakat dari rantau Tanah
Jawi (yang kini dikenal sebagai Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan
Filipina) saling berhijrah ke Semenanjung Tanah Melayu. Kelompok ini dikenal
sebagai Melayu Pesisir/Melayu Jati dan Melayu Deutro yang mempunyai
corak kehidupan sendiri.
Rajah 3.3: Bentuk Muka Bumi yang Terdapat di Alam Melayu
Sumber: Sumber: Sumber:
[Link] [Link] [Link]
Masa yang berlalu membentuk kehidupan mereka lebih sistematik dan
mendiami kawasan pesisiran pantai. Kawasan ini menjadi pilihan mereka kerana
iklim dan kedudukan geografi yang terlindung daripada bencana alam.
Kedudukan yang strategik mempengaruhi mereka terus bekerja, mengusahakan
pertanian, membina petempatan, meneroka kawasan yang berhampiran,
melakukan perdagangan yang akhirnya menjadi pusat pertemuan budaya,
adat resam, bahasa dan pemikiran yang akhirnya membentuk rumpun etnik
di kawasan tersebut.
Daripada sebuah keadaan geo-fizikal yang penempatan kecil, sederhana
akhirnya berkembang dengan pesat hasil daripada daya cipta, kreativiti,
teknologi, sumber, pusat pertemuan dan pergaulan pelbagai peradaban besar
seperti China dan India, melalui kegiatan perdagangan. Akhirnya, keadaan
geo-fizikal ini membentuk sebuah peradaban yang sama taraf dengan
peradaban yang lain.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 3 ETIKA DAN PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN 57
Perubahan geo-fizikal kepada sebuah peradaban dapat dirumuskan seperti
dalam Rajah 3.4.
Rajah 3.4: Perubahan Geo-fizikal kepada Sebuah Peradaban
Sumber: Sumber: Sumber:
[Link] [Link] [Link]
Sumber: Sumber: Sumber:
[Link] [Link] [Link]
Malaysia mengalami sejarah peradaban yang panjang bermula pada Era
Prakolonial diikuti Era Kolonial dan melepasi Era Pascakolonial. Penerapan/
kedatangan negara luar seperti Portugis, Belanda Jepun, British dan kini
Indonesia, Bangladesh, Myanmar, Kemboja dan sebagainya menjadikan
Malaysia sebagai sebuah negara yang unik, didiami oleh kepelbagaian bangsa
dan budaya yang dapat hidup dengan aman dan damai.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
58 TOPIK 3 ETIKA DAN PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN
AKTIVITI 3.2
Berikan contoh peradaban dunia lain yang bermula dengan demografi
kawasan yang terpencil.
3.2.2 Masyarakat dan Demografi
Apakah yang dimaksudkan dengan masyarakat atau demografi? Bagaimanakah
masyarakat membentuk sebuah peradaban bagi sebuah negara?
Masyarakat bermaksud kumpulan manusia yang hidup bersama di
satu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Daripada kumpulan ini
membentuk kelompok interaksi sosial di mana sebahagian besar
interaksi yang berlaku dalam lingkungan sistem sosial tersebut lahir
daripada individu-individu yang berada dalam kelompok tersebut.
Masyarakat juga merupakan sekumpulan manusia yang terdiri daripada
pelbagai suku, kaum, ras, etnik dan bangsa. Mereka menetap bersama-sama
di satu tempat mengikut peraturan dan cara tertentu.
(Pusat Rujukan Persuratan Melayu, 2022)
Demografi merupakan kajian tentang ciri-ciri perkembangan penduduk,
iaitu dari segi saiz, kepadatan, taburan, kelahiran, kematian dan
sebagainya pada tempoh waktu tertentu. Demografi dan masyarakat
bergerak seiring kerana daripada satu demografi mampu menentukan
keadaan sebuah masyarakat.
(Pusat Rujukan Persuratan Melayu, 2022)
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 3 ETIKA DAN PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN 59
Masyarakat mempunyai ciri-cirinya iaitu masyarakat berkelompok, berbudaya,
mengalami perubahan, saling berkomunikasi/berinteraksi, mempunyai ketua
sebagai pemimpin dan mempunyai aturan organisasi sosial (susun lapis, kelas,
status).
Dalam sebuah masyarakat, akan terdapat interaksi dan komunikasi kerana
mereka merupakan sebuah komuniti yang saling memerlukan antara satu sama
lain. Daripada hubungan kepelbagaian kelompok dalam masyarakat ini
mampu membina pola hubungan sosial yang dilakukan saban tahun dan
berulang-ulang seperti kegiatan gotong-royong, menyambut dan meraikan
perayaan melalui jemputan rumah terbuka, menghadiri majlis pertunangan
dan perkahwinan, memberi bantuan kepada mereka yang ditimpa bencana,
menziarahi jiran/rakan yang sakit, memberi penghormatan kepada mereka
yang meninggal dunia dan mengiringi jenazah ke kubur.
Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik, bangsa, dan kaum akan
membentuk satu kumpulan manusia yang terdiri daripada pelbagai rumpun
bangsa yang membentuk satu kesatuan. Kesatuan yang harmoni dan beretika
akan membina satu kesepaduan dalam masyarakat, saling menghormati dan
menerima pandangan/perbezaan baik dari aspek politik, ekonomi dan sosial.
Kesatuan tersebut mampu terbentuk kerana terdapat hubungan dengan
peradaban budaya lain yang membentuk peraturan, nilai etika hidup yang
dikongsi bersama. Contohnya, berkongsi etika perniagaan, pengurusan, etika
persekitaran, etika warganegara, etika di tempat kerja yang tujuannya adalah
membentuk sikap tolak ansur dan menghormati.
Kesimpulannya, peradaban di Tanah Melayu atau Malaysia kini sangat unik
dan istimewa kerana kaya dengan percampuran pelbagai peradaban yang
terdiri daripada budaya, sistem pemerintahan, bahasa dan sebagainya. Boleh
dikatakan peradaban Malaysia kini merupakan contoh peradaban masyarakat
majmuk melalui difusi budayanya.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
60 TOPIK 3 ETIKA DAN PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN
Rajah 3.5 menunjukkan pembentukan masyarakat Malaysia dan Jadual 3.2
menerangkan maksud masyarakat Malaysia.
Rajah 3.5: Pembentukan Masyarakat Malaysia
Jadual 3.2: Huraian Pembentukan Masyarakat Malaysia
Masyarakat Huraian
Pluraliti • Ketika ini masyarakat ramai, banyak budaya.
(peradaban
majmuk) • Contohnya, terdapat ceti, baba nyonya.
• Antara faktor berlaku masyarakat pluraliti kerana
perdagangan – membawa masuk sekali budaya, bahasa,
agama, kepercayaan.
• Masyarakat/etnik ketika zaman ini sangat rencam dengan
pelbagai budaya dan ragam.
Plural/majmuk • Masyarakat pelbagai etnik di Tanah Melayu selepas
kehadiran penjajah yang membawa masuk imigran dari
China dan India untuk kepentingan ekonomi.
• Imigran paksa rela menerima sistem di Tanah Melayu
kerana kemasukan mereka untuk bekerja.
Multietnik/ • Merujuk bangsa dan kaum lain seperti India, Cina dan
pluraliti baharu British yang membentuk peradaban sebuah negara.
• Kemasukan warga dan pekerja asing seperti dari Bangladesh
dan Indonesia turut menjadi antara penyumbang identiti
negara.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 3 ETIKA DAN PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN 61
Kita tidak menafikan bahawa proses pembentukan masyarakat yang bertamadun
khususnya di Tanah Melayu pada mulanya sukar kerana berbeza fahaman,
pemikiran, amalan, ras, etnik dan kehidupan seharian. Namun, hasil daripada
persefahaman yang dibina, sikap tolak ansur yang dipupuk, akhirnya
terbentuklah sebuah peradaban yang majmuk di Malaysia hasil gabungan
daripada pelbagai etika dan adab luar yang digarap, diadun melalui perjalanan
sejarah di Tanah Melayu.
Pembentukan etika dan peradaban di Malaysia dipadankan dengan peradaban
globalisasi, iaitu kacukan daripada peradaban tanpa sempadan kini melalui
jaringan digital yang kompleks. Hasilnya peradaban Malaysia yang majmuk
merupakan „perkahwinan‰ beberapa bentuk peradaban luar yang diadun
menjadi diri sendiri, iaitu beridentitikan Malaysia. Malaysia mempunyai etika
tersendiri, antaranya dengan meletakkan nilai murni/kepercayaan/agama
dalam sistem kehidupannya.
3.2.3 Ekonomi dan Pasaran
Secara umumnya, perkembangan kegiatan ekonomi Tanah Melayu seperti
proses yang dapat dilihat dalam Rajah 3.6.
Rajah 3.6: Perkembangan Kegiatan Ekonomi Tanah Melayu
Kegiatan ekonomi dan pasaran di Tanah Melayu mengalami perubahan
mengikut peredaran masa dan zaman. Hal ini disebabkan oleh dasar
pemerintahan dan pemimpin pada zaman tersebut. Kedatangan kuasa asing
seperti Portugis dan British mengubah bentuk ekonomi sara diri kepada
kepelbagaian bentuk ekonomi.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
62 TOPIK 3 ETIKA DAN PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN
Semua ini menjadi antara penyumbang kepada pembentukan etika dan
peradaban masyarakatnya kerana setiap kegiatan ekonomi mempunyai etika
dan cara tersendiri. Contohnya, ekonomi sara diri tidak sama dengan
ekonomi perlombongan bijih timah. Jadi mereka yang berjual beli atau
berurusan dengan mereka yang mengusahakan sara diri perlu memahami
corak ekonominya, cara pemikirannya dan sebagainya. Hal inilah yang
membentuk satu etika dalam ekonomi tersebut yang secara tidak langsung
memberi sumbangan kepada peradaban satu bangsa.
Corak ekonomi masyarakat kini banyak mengalami perubahan dari zaman
kesultanan Melayu sehingga kemasukan penjajah. Pada zaman prakolonial,
masyarakat Melayu majoritinya mengamalkan kegiatan ekonomi sara diri.
Kemudian, ketika zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka, pemerintah
ketika itu menjadikan kegiatan perdagangan sebagai sumber penting dalam
ekonomi tanpa melupakan kegiatan ekonomi tradisional. Ketika zaman kolonial
British di Tanah Melayu, mereka menguasai kegiatan ekonomi di Negeri-Negeri
Selat, Negeri-Negeri Bersekutu dan Negeri-Negeri Tidak Bersekutu. Mereka
membawa masuk tenaga buruh secara besar-besaran yang ditugaskan untuk
bekerja di Tanah Melayu dalam sektor perlombongan (bijih timah) dan
perladangan (ladang getah).
Setelah Tanah Melayu merdeka, pihak kerajaan menjalankan strategi penyusunan
semula masyarakat kerana terdapat masalah ketidakseimbangan ekonomi
lantaran terdapat jurang yang besar ekonomi antara kaum dan kawasan. Oleh
itu, Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan melalui Rancangan Malaysia
Kedua (RMK-2) untuk menyelesaikan kedudukan yang tidak seimbang dari
segi penguasaan ekonomi dalam kalangan kaum dan jurang perbezaan antara
masyarakat dapat dihapuskan.
Pada ketika itu, isu kemiskinan menjadi sebab utama yang menimbulkan
perasaan tidak puas hati dalam kalangan rakyat. Situasi ini jika tidak diselesaikan
dengan baik mampu menggugat perpaduan dan keharmonian negara. Atas
keprihatinan pihak pemerintah, DEB diperkenalkan sebagai usaha untuk
membantu rakyat seterusnya mengekalkan perpaduan dan keamanan.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 3 ETIKA DAN PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN 63
Apakah matlamat, strategi dan usaha yang terdapat dalam DEB? Mari kita lihat
Jadual 3.3.
Jadual 3.3: Dasar Ekonomi Baru
Kategori Huraian
Punca Penjajah British menggalakkan perkembangan masyarakat
secara „plural‰ melalui amalan pecah dan perintah
Matlamat Mewujudkan perpaduan negara dengan mengurangkan
perbezaan ekonomi, sosial, kebudayaan, penempatan dan
sebagainya.
Strategi 1. Mengurang dan membasmi kemiskinan dengan
memperbanyakkan peluang pekerjaan kepada semua rakyat
tanpa mengira kaum.
2. Penyusunan semula masyarakat tanpa mengikut fungsi
ekonomi.
Usaha yang 1. Wujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan
dilakukan rakyat yang menganggur.
2. Menambah daya pengeluaran dan pendapatan.
3. Memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di
sektor yang rendah daya pengeluarannya kepada sektor
yang lebih lumayan.
4. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara
penduduk bandar dengan penduduk luar bandar.
5. Menaiktarafkan dengan memajukan kehidupan di luar
bandar.
6. Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan
bumiputera.
7. Mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan
komposisi kaum di Malaysia.
8. Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui
pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan infrastruktur dan
lain-lain.
Sumber:
[Link]
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
64 TOPIK 3 ETIKA DAN PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN
AKTIVITI 3.3
Apakah hubungan antara ekonomi dengan peradaban? Bincangkan
bersama rakan sekuliah anda dalam myINSPIRE.
3.2.4 Falsafah dan Pemikiran
Apakah yang dimaksudkan dengan falsafah?
Falsafah merupakan satu pengetahuan dan penyelidikan tentang sebab,
asas, faktor dan sebagainya bagi mengetahui kewujudan sesuatu kebenaran.
Ahli falsafah contohnya, dia akan berfikir dan berbicara secara mendalam
tentang sesuatu perkara sehingga ada masanya kita yang mendengar hampir
tidak memahami apa-apa yang dimaksudkan olehnya kerana terlalu
berfalsafah. Apabila kita membuat refleksi dan berfikir rasional bagi
menghadapi realiti, ini dinamakan falsafah. Falsafah merupakan ilmu,
proses berfikir yang berterusan, usaha dan proses mencari kebenaran secara
terus-menerus. Falsafah menjadi antara asas dalam berfikir dan pemandu atau
pengawal segala kegiatan (Idris Zakaria & Ahmad Sunawari Long, 2013).
Pemikiran ialah cara atau hal memikirkan sesuatu, bermula dengan satu fakta,
mencari sumber sebagai sokongan, membuat rujukan, membuat kesimpulan,
membuat perbandingan dan perbezaan, menganalisis, menilai, menyelesaikan
masalah menggunakan pelbagai pendekatan yang sistematik (Pusat Rujukan
Persuratan Melayu, 2022). Setiap hasil pemikiran manusia dari zaman dahulu
sehingga kini yang menyumbang kepada pembangunan dan peradaban
merupakan pemikiran. Jelas di sini, pemikiran adalah antara asas kemajuan
dan perubahan (Mohamad Kamil Abd Majid, 1994).
Falsafah dan pemikiran ini berjalan secara seiring, falsafah ialah rumusan
daripada pemikiran manusia yang berusaha untuk mencari, menyelidik,
memahami realiti alam sekelilingnya, kemudian menyampaikannya kepada
masyarakat mengenai kedudukan dan tanggungjawab manusia hidup di alam
ini. Mengapakah manusia dilahirkan? Apakah tujuan kehidupan? Ke manakah
arah tuju hidup manusia? Bagaimanakah manusia memelihara bumi dan
sebagainya?
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 3 ETIKA DAN PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN 65
Falsafah dan pemikiran secara umumnya merupakan usaha mencari kebenaran
atau keyakinan yang berhubung dengan menggunakan kekuatan akal fikiran.
Seseorang itu dianggap berfalsafah dalam hidupnya apabila mampu
menggunakan akal fikiran dengan cara yang baik dan bijaksana serta
membawanya ke arah kebaikan dalam kehidupan (Abdul Rahim, 2011). Melalui
pemikiran dan falsafah inilah menjadi antara asas peradaban sesebuah negara
kerana hasil pemikiran tokoh terdahulu menjadi rujukan serta panduan kepada
generasi seterusnya untuk membina bangsa. Jika pemikiran dan falsafahnya
kurang sesuai, mungkin boleh ditambah baik dan disesuaikan dengan
pembangunan perkara yang lain.
Apakah tujuan mempelajari falsafah? Tujuan mempelajari falsafah adalah
supaya dapat mengelakkan diri kita daripada kejahilan, tegas dan berani atas
kebenaran, berfikir secara rasional, meningkatkan tahap kematangan minda,
mendorong kita mencapai matlamat yang dihajati dalam kehidupan sama ada
mencapai kejayaan, kebaikan, kesenangan dan kebahagiaan. Bukankah semua
ini mampu membina sebuah peradaban? Baik untuk diri sendiri, agama, bangsa
dan negara.
Hasil aliran pemikiran tokoh falsafah dan pemikiran seperti Plato, Aristotle,
Thales, Ibn Khaldun, al-Ghazali dan Ibnu Tufayl mengembangkan lagi pemikiran
dan ilmu falsafah yang menjadi panduan kepada generasi seterusnya. Hal ini
secara tidak langsung memantapkan akal fikiran mereka dengan pertimbangan
yang dilakukan dari segala aspek kehidupan berlandaskan ilmu pengetahuan
yang benar.
Dalam memilih aliran pemikiran yang datang daripada pelbagai peradaban,
individu itu perlu mempunyai jati diri yang berasaskan pemikiran tempatan,
berpegang teguh pada agama sebagai panduan dalam menapis dan menerima
pemikiran yang tidak sesuai dengan kehidupan masyarakat di Malaysia.
Kadangkala, kita tertanya-tanya, apakah hubungan falsafah dengan hidup kita?
Bagaimanakah hubungan falsafah dalam kehidupan kita? Begini, kita tahu
majoriti manusia pernah menghadapi masalah, cabaran dan dugaan. Ketika kita
menghadapi masalah tersebut, kita akan berusaha mencari penyelesaian. Minda
kita ligat berfikir mencari jawapan. Di sini, falsafah menyumbang sesuatu
yang bermakna. Mari lihat penjelasan dalam Rajah 3.7.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
66 TOPIK 3 ETIKA DAN PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN
Rajah 3.7: Falsafah Menyumbang Sesuatu yang Bermakna
Sumber: Diadaptasikan daripada Idris Zakaria & Ahmad Sunawari Long (2013)
Falsafah merupakan asas dalam percambahan idea dan mengawal tindakan.
Falsafah yang difahami, disedari tujuan dan matlamatnya akan diolah,
dianalisis oleh akal pemikiran. Seterusnya falsafah dan pemikiran ini
berperanan dalam memberi sumbangan ke atas pembangunan dan peradaban
kepada masyarakat dan negara.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 3 ETIKA DAN PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN 67
3.3 SELAT MELAKA GELANGGANG
KEPELBAGAIAN
Bagaimanakah Selat Melaka berperanan dalam perkembangan peradaban
di Malaysia? Rajah 3.8 menunjukkan peta Selat Melaka.
Rajah 3.8: Peta Selat Melaka
Sumber: [Link]
Selat Melaka menjadi laluan utama para pedagang dari rantau Asia dan
Eropah seperti pedagang dari Majapahit, Angkor, Champa, China, India, Arab
dan Parsi. Pelabuhan Melaka menjadi pilihan pedagang untuk bertukar,
menjual barang dagangan selain tempat untuk berehat sebelum meneruskan
perjalanan dagangan ke kawasan dan rantau lain ekoran kedudukan Melaka
yang strategik di Selat Melaka yang merupakan laluan perdagangan di antara
Timur dan Barat. Selain itu, kerjasama, layanan yang baik dan perlindungan
keselamatan daripada pihak Sultan dan Syahbandar menarik minat pedagang
asing untuk terus berdagang di Melaka.
Bagaimanakah peradaban dan etika masuk melalui aktiviti yang bermula dari
Selat Melaka ini? Bermula daripada aktiviti perdagangan ini memajukan pelbagai
industri seperti industri perdagangan dan membuat kapal. Industri pertanian
turut rancak dengan jual beli, pertukaran pelbagai rempah ratus, hasil hutan
dan hasil laut. Peradaban berkembang lagi dengan masyarakat ketika itu
mendapat teknologi dari luar seperti kain sutera, pinggan mangkuk, tembikar
(China), minyak wangi, kaca, manik (Arab dan Parsi), kain kapas dan pelbagai
jenis batu berharga (India) yang semua teknologi ini meningkatkan serta menjadi
pemangkin kepada peningkatan peradaban di Tanah Melayu.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
68 TOPIK 3 ETIKA DAN PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN
Proses interaksi kepelbagaian peradaban dan etnik yang bermula di Selat Melaka
merancakkan proses pembudayaan, berlaku proses integrasi masyarakat
berbilang ras atau etnik melalui aktiviti perdagangan dan perkahwinan.
Mereka bercampur bebas dengan orang istana Melaka dan ada yang berkahwin
dengan orang istana. Peniaga dan pedagang India Muslim berasimilasi dengan
masyarakat Melayu yang terdapat dalam kalangan mereka berkahwin dengan
wanita Melayu dan anak mereka dikenal sebagai Jawi Peranakan.
Peradaban terus meningkat dengan peningkatan kemahiran interaksi melalui
bahasa, tulisan dan komunikasi. Mereka saling terbuka, mempelajari dan
menguasai kepelbagaian bahasa daripada pedagang. Hal ini secara tidak
langsung mengembangkan lagi etika seni persuratan masyarakat setempat
melalui seloka, pantun, syair dengan mengambil kisah realiti hidup setempat
sebagai pengajaran dan nasihat melalui bait-bait atau yang disampaikan.
Apakah lagi perkembangan yang berlaku? Seni bina masyarakat semakin baik
dengan teknologi pembinaan kapal, rumah ibadat dan perairan. Semua ini
merupakan contoh yang menjadi agen perubahan kepada struktur sosial
masyarakat.
Jelaslah di sini, Selat Melaka menjadi pertemuan peradaban dan etika. Melalui
proses interaksi antara budaya, maka terbentuk interaksi peringkat tamadun.
Dari situlah terbentuknya hubungan perdagangan, hubungan diplomatik,
hubungan keagamaan, hubungan sosial yang mengeratkan lagi hubungan politik,
persahabatan, seterusnya mengukuhkan ekonomi. Rajah 3.9 memperlihatkan
interaksi dan jalinan hubungan yang berterusan antara pelbagai kaum yang
membawa bersama unsur warisan seperti nilai budaya dan etika masing-masing
yang menjurus kepada terbentuknya unsur baharu peradaban. Rajah 3.10 pula
memaparkan kerancakan perdagangan di Selat Melaka.
Rajah 3.9: Interaksi yang Berlaku Ketika Perdagangan
Sumber: [Link]
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 3 ETIKA DAN PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN 69
Rajah 3.10: Kerancakan Perdagangan di Selat Melaka
Sumber: [Link]
AKTIVITI 3.4
1. Berikan contoh kerajaan lain yang berdagang dengan Kesultanan
Melayu Melaka.
2. Kongsikan cara anda menyelesaikan masalah di tempat kerja/
rumah berpandukan falsafah.
3.4 WARISAN DAN PENDIGITALAN SEJAGAT
Peradaban kini menghadapi pelbagai cabaran antaranya ialah perkembangan
teknologi maklumat, penciptaan gajet dan pelbagai peralatan yang kita tidak
pernah jangka sebelum ini. Namun, kita tidak menafikan bahawa teknologi
maklumat, media digital, gajet, peranti turut memberi sumbangan dalam
pembentukan peradaban dan etika di Malaysia. Apa-apa yang perlu dikhuatiri
ialah teknologi maklumat dan media digital yang dikuasai oleh sesetengah
pihak (baik Barat atau Asia), yang membawa keburukan merupakan salah
satu cabaran besar kepada peradaban manusia dalam mempengaruhi nilai
dan etika masyarakat yang pelbagai, khususnya di Malaysia.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
70 TOPIK 3 ETIKA DAN PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN
Kesan positif media digital ke atas etika dan peradaban boleh dilihat melalui
peningkatan jaringan komunikasi, mendekatkan manusia dari seluruh dunia,
meningkatkan taraf hidup serta membuka ruang kepada perkongsian ilmu tanpa
sempadan. Contohnya, pembelajaran di Open University Malaysia (OUM) sendiri
banyak menggunakan teknologi/pendigitalan dalam proses Pembelajaran dan
Pengajaran (PdP), penilaian dan pentaksiran dan sebagainya.
Apabila membicarakan teknologi maklumat dalam konteks Malaysia, media
elektronik atau media cetak memainkan peranan penting, secara langsung atau
tidak langsung dalam proses membina kesepaduan antara kaum dan etnik
seperti dalam Jadual 3.4.
Jadual 3.4: Kepentingan Teknologi Maklumat
Peranan Perantaraan Digital
• Menghubungkan anggota masyarakat WhatsApp, TikTok, Instagram, Twitter,
Bigo Live, WeChat, YouTube, Facebook
dan lain-lain
• Menyampaikan maklumat dengan
pantas dan memberikan pengetahuan
yang bermanfaat
Akhbar digital, WhatsApp, TikTok,
Instagram, Facebook, Twitter, Discord,
• Menghapuskan prejudis
Zoom, Google Meet, Webex, Microsoft
Team, laman sesawang dan lain-lain
• Mengetengahkan hasrat negara untuk
membentuk masyarakat yang saling
memahami dan bertolak ansur
Kesan negatif teknologi maklumat ialah dengan menyalahgunakan
kemudahan/peranti/gajet tersebut. Selain itu, kemasukan budaya negatif
sama ada dari Barat atau Asia mampu mempengaruhi perkembangan teknologi
dan komunikasi serta menyerap masuk secara halus dalam kehidupan
masyarakat melalui bentuk penjajahan pemikiran dan budaya.
Maka, bagi memastikan kelangsungan peradaban di Malaysia, kita sebagai
individu dan sebagai masyarakat perlu belajar menerima, menyesuaikan diri
dengan pemodenan, namun pada masa yang sama, mengekalkan kesinambungan
warisan peradaban ketamadunan yang sedia ada. Oleh itu, apabila kita
mendapat satu berita/cerita/isu daripada media sosial, kita perlu membuat
pertimbangan antara yang salah dan benar, buruk dan baik, mencari sumber
rujukan yang tepat sebelum menghakimi, memberi maklum balas mengenai
ketepatan atau kebenaran berita tersebut.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 3 ETIKA DAN PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN 71
3.5 KESAN ETIKA DAN PERADABAN DALAM
MASYARAKAT KEPELBAGAIAN
Hasil daripada garis masa pembentukan peradaban dan etika di Tanah Melayu
bermula dari Era Prakolonial, Era Kolonial dan Era Pascakolonial sehinggalah
kini. Maka terbentuklah peradaban masyarakat Malaysia mengikut acuannya
sendiri. Jadual 3.5 merumuskan secara ringkas kesan etika dan peradaban
di Malaysia yang membawa kepada kepelbagaian etnik dan kaum.
Jadual 3.5: Kesan Etika dan Peradaban di Malaysia
yang Membawa kepada Kepelbagaian Etnik dan Kaum
Kesan Contoh
Amalgamasi
• Tahap yang paling tinggi. Perkahwinan campur antara dua pihak
yang berlainan agama, bangsa atau
• Merupakan proses percantuman kewarganegaraan.
melalui biologi.
• Merupakan satu proses yang terjadi
apabila budaya atau ras bercampur
untuk membentuk jenis budaya dan
ras baharu.
Akulturasi
• Proses penerimaan/peminjaman • Pakaian:
unsur kebudayaan lain.
– baju kurung/kebaya (dipakai
• Unsur dari budaya lain diterima dan oleh etnik Cina/India).
diolah dalam budaya sendiri.
– Ceongsam (dipakai oleh etnik
• Proses ini tidak menyebabkan Melayu/India).
kehilangan identiti asal masyarakat
yang menerima budaya tersebut. • Makanan:
„Dim sum‰ dan „kuetiau‰ (popular
dalam kalangan etnik Melayu dan
India).
• Pemberian angpau pada hari raya
(etnik Melayu).
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
72 TOPIK 3 ETIKA DAN PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN
Segregasi
• Individu atau kumpulan sosial • Semasa zaman penjajahan British,
tertentu diasingkan dengan individu kumpulan etnik Melayu, Cina dan
atau kumpulan sosial lain. India dipisahkan melalui tempat
tinggal yang berasingan berdasarkan
• Pemisahan dalam aspek budaya, ras, pekerjaan, sistem pendidikan/
agama, kelas sosial, dasar, adat resam, persekolahan yang berlainan.
tempat tinggal, sistem persekolahan,
pengangkutan, kemudahan awam. • Pemisahan menyebabkan kumpulan
etnik kurang berinteraksi.
Akomodasi
• Proses yang menyebabkan setiap • Kepelbagaian etnik tinggal bersama
kumpulan etnik sedar serta di taman perumahan.
menghormati norma dan nilai
kumpulan etnik lain. • Membaca doa dalam program rasmi.
• Setiap kumpulan etnik menyesuaikan • Menyambut cuti umum yang
diri dalam keadaan pelbagai budaya berkaitan agama seperti Hari Wesak
supaya dapat hidup secara harmoni dan Hari Thaipusam.
dan saling menghormati.
• Kaum Cina dan India pergi membeli
• Mempertahankan budaya etnik di pasar malam dan bazar Ramadan.
sendiri, menghormati kumpulan
etnik lain. • Menghadiri undangan ke rumah
terbuka dan majlis kenduri kahwin.
Asimilasi
• Proses percantuman dan penyatuan • Thailand – Orang Melayu Thailand
antara kumpulan etnik berlainan mengalami proses asimilasi yang
budaya. menyebabkan nama, bahasa dan
hampir semua aspek cara hidup
• Berlaku apabila kumpulan minoriti (kecuali agama) telah disatukan
atau kumpulan etnik yang baharu dengan amalan cara hidup orang
mengamalkan budaya dan identiti Thai.
kumpulan majoriti untuk
mengurangkan batas etniknya. • Malaysia – Berlaku terhadap Cina
Kelantan, Baba dan Nyonya.
• Asimilasi berlaku dalam konteks
budaya tanpa melibatkan anutan
kepercayaan atau agama.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 3 ETIKA DAN PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN 73
SEMAK KENDIRI 3.1
1. Bayangkan jika sesebuah negara tiada sebarang teknologi.
Bagaimanakah keadaan peradaban negara tersebut?
2. Nyatakan contoh-contoh lain bagi akomodasi dan asimilasi di
Malaysia, khususnya di kawasan anda.
3. Kenal pasti tokoh-tokoh falsafah dan sumbangan mereka dalam
membentuk peradaban.
• Pembentukan etika dan peradaban di Tanah Melayu kesan daripada
migrasi, perdagangan, perkahwinan dan hubungan politik.
• Secara umumnya terdapat tiga elemen pada garis masa pembentukan
peradaban dan etika di Tanah Melayu, iaitu Era Prakolonial, Era Kolonial
dan Era Pascakolonial.
• Sistem kepercayaan dan agama, penempatan, peningkatan kualiti
kehidupan, sistem organisasi, bahasa, perundangan merupakan antara
komponen etika dan peradaban dalam sesebuah masyarakat.
• Daripada sebuah keadaan geo-fizikal yang penempatan kecil, sederhana
mampu berkembang dengan pesat hasil daripada daya cipta, kreativiti dan
teknologi.
• Daripada hubungan kepelbagaian kelompok dalam masyarakat mampu
membina pola hubungan sosial.
• Kegiatan ekonomi dan pasaran di Tanah Melayu mengalami perubahan
mengikut peredaran masa dan zaman hasil dasar pemerintahan dan
pemimpin.
• Falsafah merupakan asas dalam percambahan idea dan mengawal tindakan
seterusnya memberi sumbangan ke atas pembangunan dan peradaban.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
74 TOPIK 3 ETIKA DAN PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN
• Proses interaksi kepelbagaian peradaban dan etnik bermula di Selat Melaka
merancakkan proses pembudayaan, proses integrasi masyarakat berbilang
ras atau etnik melalui aktiviti perdagangan dan perkahwinan.
• Peradaban kini menghadapi pelbagai cabaran antaranya ialah perkembangan
teknologi maklumat, penciptaan gajet dan pelbagai peralatan.
• Antara kesan etika dan peradaban dalam masyarakat kepelbagaian ialah
terbentuknya asimilasi, akomodasi, segregasi, akulturasi, dan amalgamasi.
Demografi Pasaran
Ekonomi Pembentukan etika
Era Kolonial Pemikiran
Era Pascakolonial Pendigitalan sejagat
Era Prakolonial Peradaban
Etika Persekitaran geo-fizikal
Falsafah Pluraliti
Masyarakat kepelbagaian Selat Melaka
Multietnik
Abas, M. (2006). Menguruskan prestasi tenaga kerja (sektor awam). Jurnal
Pengurusan Awam, 35 – 44.
Abdul Rahim Hamdan. (2011). Falsafah dalam pemikiran pendidikan. Universiti
Teknologi Malaysia.
Ahmad Hakimi Khairuddin. (2006). Arkeologi dan sejarah kebudayaan Melayu:
Satu tinjauan awal. Purba, 24, 1–10.
Aimini Amir Abdullah. (1997). Epistemologi dan aksiologi Islam. Dlm. Ahmad
Fauzi Murad (Ed.), Tamadun Islam. Universiti Putra Malaysia.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 3 ETIKA DAN PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN 75
Bakar, A. L. A. (2010). Jati diri dan patriotisme teras peradaban Malaysia.
Dlm. Perpustakaan Negara Malaysia (pp. 1–12). Universiti Pendidikan
Sultan Idris.
[Link]
/bgsa1_2008.pdf
Bellwood, P. S. (1997). Prehistory of the Indo-Malaysian Archipelago. University
of HawaiÊi Press.
Ibn Khaldun. (1995). Mukadimah. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Idris Zakaria, & Ahmad Sunawari Long. (2013). Titik temu antara falsafah dan
kehidupan praktis. International Journal of Islamic Thought, 3(Jun), 37–44.
Mohamad Kamil Abd Majid. (1994). Pemikiran Islam menghadapi cabaran abad
yang ke-21. Kertas Kerja Seminar Pemikiran Islam dan Cabaran Semasa,
Peringkat Kebangsaan, 24 April 2004, Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd Mahadee Ismail. (2018). Budaya Politik kontemporari masyarakat Melayu
di Semenanjung Malaysia: Satu penilaian kritis. Jurnal Sultan Alauddin
Sulaiman Shah, Special Issue, 470–482.
Nasruddin Yunos, Syaidatun Nazirah Abu Zahrin, & Mohamad Sabri Haron.
(2017). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Pusat Citra Universiti.
Pusat Rujukan Persuratan Melayu. (2022).
[Link]
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
Topik Pemantapan
Kesepaduan
4 Nasional
melalui Etika
dan
Peradaban
Prof Madya Dr Nazri Muslim
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat melakukan perkara
berikut:
1. Membincangkan proses pemantapan kesepaduan nasional
di Malaysia.
2. Mengaplikasikan kesepaduan nasional dalam kalangan
masyarakat Malaysia.
3. Membincangkan proses dan alat penyatupaduan dalam
konteks negara Malaysia.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 4 PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MELALUI ETIKA 77
DAN PERADABAN
Kepelbagaian menimbulkan pelbagai cabaran kepada sesebuah masyarakat
seperti Malaysia. Setiap komuniti misalnya mempunyai akar etika dan
peradaban yang berbeza dan terjelma dalam pemikiran dan praktis kehidupan
masing-masing. Namun, kesemuanya perlu hidup dalam sebuah masyarakat
Malaysia, berkongsi persamaan dan mencari titik pertemuan ketika terjadi
perbezaan. Kesediaan tawar-menawar, berunding dan melakukan mediasi
membawa keamanan, kestabilan dan keharmonian di Malaysia sejak Merdeka.
Sesungguhnya, kesepaduan nasional yang telah wujud, didukung dan mesti
terus-menerus dimantapkan.
Kesediaan tawar-menawar, berunding dan melakukan mediasi dilaksanakan
melalui tiga rangkai proses yang bergerak serentak dipacu oleh tiga motivasi,
iaitu:
• perpaduan yang diidamkan
• kesepaduan yang dicapai
• penyepaduan yang diusahakan
4.1 PERPADUAN: MATLAMAT YANG
DIIDAMKAN
Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat
kepelbagaian (lihat Rajah 4.1) dan dianggap menjadi model kepada masyarakat
negara lain. Hal ini demikian kerana penduduk Malaysia yang berbilang etnik
dapat hidup bersatu padu, menyelesaikan masalah dan mengelakkan konflik.
Perkara ini membuktikan wujudnya perpaduan di negara ini. Maka, perpaduan
sangat penting untuk kestabilan dan keharmonian negara. Malaysia
mementingkan perpaduan nasional selepas Peristiwa 13 Mei 1969, khususnya
melalui penggubalan dan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) (Rozeman
Abu Hassan, Khairul Hamimah Mohammad Jodi & Oo Cheng Keat, 2016).
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
78 TOPIK 4 PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MELALUI ETIKA
DAN PERADABAN
Rajah 4.1: Rakyat Malaysia yang Berbilang Kaum
Sumber: [Link]
Perpaduan merupakan satu proses menyatupadukan anggota masyarakat dan
negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya setiap anggota masyarakat
dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan kebangsaan
bersama dalam kalangan mereka.
Perpaduan nasional merujuk penyatuan pelbagai kelompok daripada latar
belakang sosial dan kebudayaan yang berbeza menjadi satu entiti fizikal.
Pada ketika ini, penduduk Malaysia bersatu dari sudut zahir dan luaran.
Mereka tinggal bersama dan menjalankan aktiviti seharian dengan aman. Walau
bagaimanapun, sejauh mana mereka telah berintegrasi sukar dipastikan.
Malaysia memperakukan secara terbuka merupakan sebuah negara (state)
yang masyarakatnya bersifat bersatu dalam kepelbagaian (unity in diversity).
Penerimaan ini dilandaskan kepada andaian bahawa kepelbagaian berpotensi
besar mencabar perpaduan (diversity is a threat to unity), terutamanya, selepas
berlakunya tragedi berdarah 13 Mei 1969. Kepelbagaian dalam bidang ekonomi,
iaitu, terdapat identiti etnik dalam kegiatan ekonomi negara (Melayu sebagai
petani, Cina sebagai pedagang, dan India sebagai pekerja ladang), dan perbezaan
serta jurang ekonomi antara etnik Melayu dengan Cina adalah begitu luas
sehingga menimbulkan ketegangan, pergeseran dan akhirnya terjadi konflik
terbuka.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 4 PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MELALUI ETIKA 79
DAN PERADABAN
Semenjak itu sehingga sekarang, perpaduan menjadi slogan, sebutan dan
idaman, dan termaktub sebagai matlamat akhir Dasar Ekonomi Baru (DEB)
yang digubal dan dilancarkan pada tahun 1971. Dengan kata lain, wujudnya
kepelbagaian (diversity) dengan tiga wajahnya itu tidak dinafikan, namun
secara sedar penekanan Kerajaan Malaysia terhadap perpaduan. Rakyat mesti
padu menghadapi cabaran kepelbagaian, yang diungkapkan dalam beberapa
konsep lain seperti kerencaman sosial, kepelbagaian (heterogeneity), pelbagai
etnik (multi-ethnic), pelbagai budaya (multi-cultural), berbilang kaum, dan
selainnya (Shamsul Amri Baharuddin, 2014).
Ternyata perpaduan yang dinyatakan dan diinginkan semenjak 1971 masih
belum tercapai setelah lebih 40 tahun. Sehingga kini, slogan Perpaduan
Nasional, Integrasi Nasional, Bangsa Malaysia dan 1Malaysia dan Keluarga
Malaysia terus-menerus dilaungkan, dinyanyikan dan disebut-sebut di media.
Ratusan kajian dan tulisan dihasilkan untuk memecahkan kebuntuan ini,
namun masih seolah-olah tidak tercapai.
Namun, dalam tempoh berkenaan, biarpun Malaysia tidak mencapai perpaduan,
negara Malaysia tetap menjadi pujian dunia, malah dijadikan model untuk jadi
ikutan pada peringkat global kerana kemakmuran ekonomi, kestabilan politik
dan keharmonian hubungan antara etnik. Oleh yang demikian, apakah
sebenarnya yang telah dinikmati oleh setiap lapisan rakyat Malaysia selama
65 tahun yang lepas? Kalau tidak ada perpaduan, apakah yang wujud?
Dengan kata lain, Malaysia belum ada label atau kata-kata untuk mengungkapkan
atau menyimpulkan pengalaman ini, suatu pengalaman yang pernah disebut-
sebut sebagai model atau contoh untuk dijadikan ikutan oleh sebilangan
negara lain di dunia. Sebenarnya, apa-apa yang telah Malaysia semua nikmati
selama ini belum lagi perpaduan tetapi „kesepaduan sosial‰ (social cohesion)
(Shamsul Amri Baharuddin, 2014).
4.1.1 Detik Perpaduan – Detik Perbezaan
Detik perpaduan dan detik perbezaan ialah saat yang boleh dilihat berlaku
dalam kehidupan seharian masyarakat majmuk di negara kita. Detik perpaduan
merupakan detik yang mampu melihat masyarakat majmuk mencapai
kesepaduan melalui nilai kebersamaan, toleransi dan saling menghormati.
Hal ini menggambarkan penerimaan dan kefahaman masyarakat terhadap
perbezaan latar belakang sosial masyarakat Malaysia.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
80 TOPIK 4 PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MELALUI ETIKA
DAN PERADABAN
Detik perpaduan dapat dilihat dalam Rajah 4.2 melalui detik-detik masyarakat
ketika pergaulan di pasar, mengadakan majlis perkahwinan, tempat makan,
sokongan dalam sukan, memberi bantuan ketika bencana, mengunjungi tempat
percutian, menikmati cuti umum pelbagai perayaan, hadir menonton filem
di pawagam dan sebagainya (Zaleha Embong, 2021).
Rajah 4.2: Perpaduan Rakyat Malaysia
Detik perbezaan pula dapat dilihat dengan berlakunya isu yang menimbulkan
konflik antara kaum. Isu yang sensitif tidak disantuni oleh sebahagian kecil
masyarakat kita antaranya penggunaan bahasa, budaya, ideologi, agama, tingkah
laku sosial, tulisan, rasisme dan sebagainya. Terdapat segelintir masyarakat
juga sering membangkitkan isu-isu sensitif seperti isu agama, bahasa, hak
keistimewaan orang Melayu dan sebagainya (Mohd Anuar et al., 2018). Hal ini
sering kali menjadi polemik dalam kalangan masyarakat Malaysia walaupun
hal ini telah jelas termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sebagaimana
Perkara 153, Perkara 152, Perkara 3(1), Perkara 181(1) dan sebagainya (Zaleha
Embong, 2021).
SEMAK KENDIRI 4.1
Senaraikan slogan-slogan yang dicipta untuk menyatukan pelbagai
kaum di Malaysia.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 4 PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MELALUI ETIKA 81
DAN PERADABAN
AKTIVITI 4.1
Cari dan bincangkan detik perpaduan dan detik perbezaan mengenai
perkara-perkara lain seperti:
(a) Sambutan perayaan (b) Permainan komputer
(c) Jualan murah (d) Tempat Kerja
(e) Krisis kewangan (f) Fesyen
(g) Cuti umum (h) Pengebumian
(i) Pusat tuisyen (j) Muzik
(k) Aktiviti di sekolah (l) Bencana
(m) Jenayah (n) Gotong-royong
(o) Percutian (p) Majlis amal
(q) Diskriminasi positif (r) Kepenggunaan
(kuota/hak) (harga barang)
4.2 KESEPADUAN: TAHAP DICAPAI
Kesepaduan dalam kalangan pelbagai etnik, kepentingan ekonomi, politik
dan sosial sentiasa terjalin dan disulam oleh keperluan kehidupan seharian.
Rakyat Malaysia tidak akan mengorbankan kesepaduan sosial ini demi
memastikan semua pihak berada dalam situasi „menang-menang‰ (win-win
situation).
Konflik terbuka dan ganas tidak berlaku di Malaysia tetapi tidak dinafikan,
di sebaliknya, apa-apa yang lebih kerap berlaku ialah konflik bersifat lisan
atau bertikam lidah sesama sendiri. Ada ketikanya, secara terbuka dan
kebanyakannya pada peringkat individu atau kelompok seperti sambil minum
teh tarik di kedai mamak, pada majlis kenduri-kendara, malah dalam Internet
dan blog. Kandungan bertikam lidah ini berasaskan isu tertentu (issue-based )
seperti soal pendapatan yang tidak cukup, harga barang mahal, peluang
pendidikan dan pekerjaan terhad.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
82 TOPIK 4 PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MELALUI ETIKA
DAN PERADABAN
Sering kali kejadian bertikam lidah ialah suatu bentuk penyuaraan rasa tidak
puas hati etnik. Namun, apabila kita memperhalus, kebanyakan isu itu didapati
bahawa apa-apa yang disuarakan oleh setiap etnik tidak banyak perbezaan,
cuma penyuaraannya kerap bersalut kata-kata yang menjelmakan kepentingan
etnik. Maka, bunyinya etnik; sebenarnya isu berkenaan bersifat isu sosial dan
ekonomi yang lebih umum sifatnya (Shamsul Amri Baharuddin, 2014).
Kebanyakan isu ini berkait dengan peluang mobiliti sosial, menyentuh isu
seperti tidak puas hati mengenai sistem pendidikan, agihan peluang ekonomi
dan pekerjaan, bukan hanya mengesankan sesuatu etnik, malah mempunyai
kesan yang mendalam dan luas terhadap semua lapisan masyarakat.
Yang lebih kerap ditimbulkan oleh sesetengah pihak bukan lagi soal mobiliti
sosial, terutamanya rangkaian isu yang telah ditimbulkan oleh golongan
profesional kelas menengah muda bandar yang hidup selesa dan mempunyai
ruang sosial dan waktu. Mereka sering „memperjuangkan‰ soal pemusnahan
alam sekitar, hak asasi manusia, masalah masyarakat sivil dan buku daftar
pengundi yang banyak kesalahan. Sebenarnya, isu ini mempunyai dimensi
ekonominya kerana menjadi „komoditi politik‰ yang didagangkan sebagai
sebahagian daripada aktiviti keusahawanan dalam bidang pengiklanan,
khususnya yang bersifat penjenamaan (branding).
Yang lebih menarik ialah fakta bahawa penyuaraan isu berkenaan berlaku
dalam keadaan aman dan tenteram lagi sejahtera di Malaysia. Bukan dengan
keganasan ala Arab Spring, atau Tom Yam Spring di Bangkok, yang
mengorbankan banyak nyawa kerana apa-apa yang berlaku di Malaysia
adalah matang dan cukup demokratis dari segi bentuk dan suasana yang
mengizinkan bertikam lidah mengenai isu ini berlaku. Namun kadangkala,
ada yang menyuarakannya dengan nada yang agak keras dan kadangkala
sarat dengan stereotaip dan prejudis etnik (Shamsul Amri Baharuddin, 2014).
Ringkasnya, pengalaman kesepaduan sosial di Malaysia bukan perpaduan
yang diidamkan, tetapi lebih merupakan tahap atau prasyarat sebelum perpaduan
tercapai. Ternyata terdapat serangkaian kontradiksi yang perlu diselesaikan.
Dapat dikategorikan kontradiksi ini kepada sembilan perkara utama dalam
Rajah 4.3.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 4 PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MELALUI ETIKA 83
DAN PERADABAN
Rajah 4.3: Kontradiksi dalam Masyarakat
Setiap kontradiksi tersebut sarat pula dengan cabaran khusus yang perlu
ditangani yang telah berlaku lama atau baru muncul dan kemungkinan akan
muncul. Hal ini memang tidak dapat dielakkan dalam sebuah masyarakat
majmuk pelbagai etnik. Contohnya, isu kalimah Allah berlarutan lebih dari
empat tahun dalam khalayak terbuka, panas-sejuk, dengan mendapat perhatian
daripada pemimpin sampailah ke akar umbi.
Begitu juga soal pendidikan. Dengan adanya Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013–2025, belum pasti lagi bahawa tidak timbul kritikan dan
keraguan tentang pelaksanaan dan pencapaiannya. Isu penggunaan bahasa
Melayu dalam bidang pendidikan dan ekonomi terus didebatkan. Hubungan
kerajaan negeri dan kerajaan pusat masih turun-naik terutamanya berkaitan
dengan royalti minyak misalnya (Shamsul Amri Baharuddin, 2014).
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
84 TOPIK 4 PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MELALUI ETIKA
DAN PERADABAN
4.2.1 Kesepaduan Nasional
Menurut Shamsul Amri Baharuddin (2014), kesepaduan sosial ialah suatu
keadaan aman, stabil dan makmur sejahtera yang wujud dalam sesebuah
masyarakat, khususnya yang berbilang etnik kerana wujudnya kesepakatan
sosial (social bonding) yang kuat yang terbina untuk sekian lamanya berasaskan
setidak-tidaknya lima prasyarat seperti dinyatakan dalam Jadual 4.1.
Jadual 4.1: Prasyarat Kesepaduan Sosial
Prasyarat Penjelasan
1 Taraf kebendaan yang berkualiti seperti mempunyai indeks kualiti
hidup yang sederhana ke tinggi
2 Akses kepada kemudahan yang boleh menjamin dan mempertahan
kualiti hidup dan mobiliti sosial
3 Aturan sosial yang stabil, aman dan selamat
4 Interaktif yang aktif berlandaskan jaringan dan pertukaran hubungan
yang positif
5 Wujudnya usaha positif ke arah penglibatan semua pihak dalam
kegiatan arus perdana
Senario yang menggalakkan kesepaduan sosial bertahan boleh dibayangkan.
Misalnya, biarpun wujud perbezaan, kontradiksi, persaingan (contestation) dan
konflik dalam sesuatu masyarakat itu, jika para anggotanya sanggup berunding
dan bertolak ansur untuk mewujudkan konsensus, tolak ansur, toleransi dalam
semangat akomodasi, malah bersungguh membina harmoni dan pelbagai
bentuk ikatan sosial, kesepaduan sosial akan mekar segar-bugar terpamer dan
sedia diperagakan.
Dengan kata lain, kalau kita lihat kembali ke keadaan di Malaysia, biarpun masih
belum mencapai perpaduan yang diimpikan dan diidamkan, namun Malaysia
sebenarnya sudah pun menjalin hubungan kerjasama antara etnik dan
kelompok, berkongsi aktiviti budaya dan pinjam-meminjam unsur budaya
masing-masing untuk lebih dari 60 tahun, menikmati pembangunan ekonomi
dan kualiti hidup yang sederhana ke tinggi yang terbina teguh sejak tahun
1970-an (Shamsul Amri Baharuddin, 2014).
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 4 PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MELALUI ETIKA 85
DAN PERADABAN
Bukan hanya dari segi politik, sosial dan budaya, jalinan hubungan yang
cukup rapat bahkan wujud dan terjelma dalam putaran ekonomi dan pasaran
yang menyebabkan kita saling bergantungan dengan kuat melalui kegiatan
ekonomi seharian, atau dalam konteks putaran permintaan-tawaran. Contohnya,
si pembekal mungkin pedagang kaum Cina, India dan Melayu. Pekerja pula
mungkin kaum India, Iban, Kadazan dan Cina juga.
4.2.2 Kesepaduan Sosial-Defisit Sosial
Defisit sosial pula kekurangan dalam konteks sosial yang memerlukan usaha
penyatuan berterusan untuk meningkatkan tahap kesepaduan. Kekurangan
ini disebabkan jurang perbezaan dari segi persepsi dan pendapat dalam
kalangan kelompok yang berbeza bermula dengan individu, keluarga dan
masyarakat. Defisit sosial dalam masyarakat ialah suatu kerencaman yang
tidak boleh dielakkan. Antara kategori defisit sosial adalah etnisiti, agama,
kelas sosial, pendidikan, bahasa, jurang generasi, gender, politik generalisasi,
ruang bandar-desa, dan media (Kartini, 2019).
Contohnya, defisit sosial dari sudut pembangunan negara ialah golongan miskin
tanpa mengira etnik di bandar dan dalam sektor pertanian sara diri dan estet,
negeri-negeri yang masih terperangkap dengan kemiskinan, peluang dan akses
kepada pendidikan dan kesihatan. Manakala, defisit sosial dari segi pembinaan
bangsa melibatkan isu berkaitan dengan etnik, bahasa, budaya, agama,
kekeluargaan, raja, Perlembagaan Persekutuan, Undang-Undang Tubuh Negeri,
sejarah dan lain-lain (Zaleha Embong, 2021).
Secara umumnya, terdapat isu dan cabaran yang sering berlegar dalam
masyarakat tetapi dikaitkan sebagai masalah perpaduan dalam konteks yang
kurang tepat. Melalui beberapa sesi konsultasi yang menyeluruh, pelbagai isu
dan cabaran dibangkitkan oleh rakyat Malaysia yang dapat dikategorikan
kepada 10 perkara di bawah defisit sosial yang dapat dilihat dalam Jadual 4.2.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
86 TOPIK 4 PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MELALUI ETIKA
DAN PERADABAN
Jadual 4.2: Isu dan Cabaran Rakyat Malaysia dalam Perpaduan
Kategori Isu
Penjelasan
dan Cabaran
Etnisiti Kepelbagaian etnisiti sering kali dianggap sebagai batasan
utama yang menggugat perpaduan. Realitinya, perpaduan
ialah perkara yang perlu diurus dan dipertingkatkan melalui
pelbagai mekanisme seperti interaksi dan jalinan hubungan
sosial secara berterusan pada peringkat interetnik dan intraetnik
dengan penuh berhemah.
Agama Perbezaan pegangan agama ternyata disalah faham sebagai
sempadan yang menghalang perpaduan dalam masyarakat
kerana dilihat dalam konteks yang kurang tepat. Kurangnya
sensitiviti serta kefahaman berkenaan dengan agama yang
berbeza memberikan kesan kepada hubungan dan interaksi
dalam masyarakat.
Kelas sosial Tidak dinafikan bahawa setiap sistem sosial masyarakat
mempunyai hierarki kelas sosial yang disebabkan oleh struktur
etnik, keturunan, pekerjaan, jawatan mahupun ekonomi. Perkara
ini seharusnya tidak menjadi penghalang kepada perpaduan
kerana setiap kelas sosial masyarakat saling melengkapi dari
segi peranan dan tanggungjawab.
Perpaduan dalam kelas sosial perlu diuruskan dengan mencipta
tapak integrasi yang memenuhi keperluan dan tujuan
masyarakat meliputi kelas sosial.
Pendidikan Kewujudan institusi sekolah pelbagai aliran di negara ini (seperti
sekolah vernakular, sekolah agama dan sekolah antarabangsa)
sering kali difahami sebagai kekangan kepada usaha pemupukan
perpaduan kepada rakyat kerana dilihat dalam konteks
pemisahan berasaskan etnik.
Hakikatnya, sistem pendidikan perpaduan yang dibina dan
diamalkan akan berkesan sekiranya kandungan, kaedah dan
program penghayatan perpaduan dalam setiap institusi dan
sistem pendidikan yang wujud di dalam negara ini adalah
seragam, bermula daripada pendidikan awal kanak-kanak
hinggalah ke peringkat pengajian tinggi.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 4 PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MELALUI ETIKA 87
DAN PERADABAN
Bahasa Bahasa Melayu termaktub sebagai bahasa kebangsaan dalam
Perlembagaan Persekutuan dengan tujuan menjadi alat interaksi
dan komunikasi kepada rakyat berbilang kaum di dalam negara
ini.
Isu dan cabaran sebenar dalam konteks perpaduan adalah
untuk melaksanakan pendidikan bahasa kebangsaan dalam
semua institusi dan peringkat pendidikan supaya semua rakyat
mampu bertutur, menulis dan memahami antara satu sama lain
merentasi etnik dalam suatu bentuk kesatuan pemikiran dan
identiti sebagai rakyat Malaysia.
Hasil pendidikan ini seterusnya mampu menggerakkan rakyat
mengaplikasikan bahasa sebagai alat untuk menjayakan
perpaduan dari pelbagai aspek kehidupan.
Jurang generasi Masyarakat Malaysia kini mempunyai pelbagai lapisan generasi
yang berstruktur dalam konteks usia, pendidikan, pekerjaan,
ideologi dan budaya yang menyebabkan berlakunya
pertembungan dari segi nilai, budaya, semangat jati diri
dan tahap toleransi. Jurang generasi ini dilihat kian melebar.
Isu dan cabaran perpaduan sudah pasti berbeza antara
generasi dan amat memerlukan pendekatan yang bersesuaian
berdasarkan pengalaman hidup dalam setiap generasi.
Gender Walaupun isu gender sering kali diungkapkan sebagai perbezaan
kesaksamaan hak antara lelaki dengan wanita, dalam konteks
perpaduan persoalan gender, sepatutnya dilihat dalam skop
peranan dan kapasiti lelaki dan wanita untuk menjayakan
agenda perpaduan pada peringkat individu, keluarga dan
komuniti.
Contohnya, wanita berkerjaya dan suri rumah sepenuh masa
sudah pasti mampu berperanan dan mempunyai kapasiti dalam
ruang berbeza untuk menjayakan perpaduan. Keupayaan
merungkaikan peranan dan kapasiti gender menggunakan
konteks perpaduan sebenar, mampu mencorakkan
pembangunan masyarakat dengan lebih dinamik.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
88 TOPIK 4 PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MELALUI ETIKA
DAN PERADABAN
Politik Pentadbiran dan sistem tadbir urus pada peringkat Persekutuan
federalisme dan negeri perlu dilihat dari aspek sempadan politik, ekonomi
dan sosial kerana terdapat perkara yang telah dipersetujui
sebagai urusan peringkat negeri (seperti agama dan tanah).
Politik federalisme muncul sebagai isu dan cabaran yang cuba
mengheret perpaduan apabila isu etnik diperdebatkan dalam
konteks hak masing-masing dalam Perlembagaan. Oleh itu,
politik federalisme perlulah diteliti dan dibincangkan dalam
konteks permasalahan yang sebenar. Pemimpin pada setiap
peringkat juga memainkan peranan penting sebagai pemangkin
perpaduan.
Ruang Ruang bandar dan desa sering dibezakan melalui kekangan
bandar-desa fizikal dan infrastruktur yang mencorakkan ciri sosial masyarakat
dan aktiviti ekonomi. Dalam konteks perpaduan, isu dan
cabaran sebenar menjangkau kekangan ini dan perlu dilihat
pada kesediaan dan keupayaan individu, keluarga dan komuniti
memanfaatkan ruang bandar-desa dalam mengukuhkan
perpaduan, bersesuaian dengan keperluan dan cabaran yang
berbeza antara bandar dengan desa.
Media Hebahan maklumat yang amat pantas merupakan cabaran
utama yang dihadapi oleh semua negara. Penyalahgunaan
media massa dan digital oleh pihak yang tidak bertanggungjawab
pula boleh menggugat kestabilan dan perpaduan. Oleh itu,
komunikasi yang lebih berkesan dan penguatkuasaan undang-
undang perlu diperkukuh bagi mengimbangi kesan negatif
akibat kepesatan teknologi media yang semakin mencabar
ruang perpaduan masa kini (Dasar Perpaduan Negara).
SEMAK KENDIRI 4.2
1. Senaraikan etnik dan kaum di Malaysia.
2. Senaraikan empat dasar pembangunan untuk negara.
AKTIVITI 4.2
Jelaskan peranan yang boleh anda mainkan sebagai mahasiswa dalam
mengatasi defisit sosial di Malaysia.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 4 PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MELALUI ETIKA 89
DAN PERADABAN
4.2.3 Etos Nasional
Etos nasional sesuatu rakyat ialah falsafah yang diperoleh daripada
kepercayaan dan tradisi bersama yang melaluinya negara melihat sejarah,
masa kini dan masa depannya; etos nasional merupakan faktor penyatuan
yang menentukan identiti negara dan mengikatnya menjadi satu kumpulan
sosial yang bersatu padu.
(Lewin, 2016)
Selain Lewin dalam artikelnya yang bertajuk The Importance of National Ethos
in Military Victories pada tahun 2016, sarjana lain yang mempopularkan konsep
semangat kebangsaan terdiri daripada Bar-Tal (2000), Majid (2005), Etzioni (2009)
dan Oren (2009).
Etos nasional terdiri daripada tiga komponen asas berikut:
• perasaan menjadi mangsa bersama;
• perasaan kemenangan; dan
• keyakinan bahawa kumpulan itu bertindak mengikut keadilan sejagat.
Sebenarnya, perasaan menjadi mangsa bersama memerlukan pengesahan sosial
yang berterusan untuk berkembang maju. Apabila komuniti sosial berkembang,
penganiayaan budaya berubah dengan keadaan politik (Holstein & Miller, 1990).
Memandangkan setiap negara perlu meraikan kejayaan rakyatnya dalam politik,
ekonomi, sains, sukan, dan banyak lagi; kemenangan dan patriotisme dikaitkan
secara langsung dengan kenangan kolektif sejarah (Maniou et al., 2016). Akhirnya,
keyakinan bahawa kumpulan itu bertindak mengikut keadilan sejagat
menjuruskan kepercayaan yang mendalam terhadap matlamat kumpulan dan
imej diri yang positif, bukan kepada kejahatan matlamat dan sifat lawan.
Memberi tumpuan kepada ketidakadilan, jenayah, kecederaan, dan kejahatan
musuh menjadikan ahli masyarakat kelihatan berbudi.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
90 TOPIK 4 PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MELALUI ETIKA
DAN PERADABAN
Persoalannya, bagaimanakah etos nasional dapat dikaitkan dalam konteks
Malaysia? Dalam konteks Malaysia, mantan Perdana Menteri Malaysia,
Tun Dr Mahathir Mohamad mengemukakan tujuh dimensi etos nasional:
(a) pengalaman sejarah bersama
(b) nilai bersama
(c) perasaan identiti bersama
(d) takdir bersama yang melampaui batas etnik tanpa merosakkan identiti
etnik
(e) kesetiaan
(f) komitmen
(g) keterikatan emosional terhadap bangsa dan pengukuhan etos kebangsaan
yang jelas (Mansor & Khairul, 2015).
Hakikatnya, etos nasional merupakan salah satu komponen yang paling penting
dalam keupayaan rakyat untuk mewujudkan komuniti yang bersatu padu
(Etzioni, 2009). Kepentingan etos nasional bukan sahaja dapat menjana perpaduan
yang kukuh tetapi juga memperkukuh identiti nasional. Pada masa yang sama,
identiti nasional boleh menjadi faktor yang menyatukan anggota masyarakat
cukup kuat untuk mengikat seorang individu dengan yang lain dan mengikat
seseorang individu kepada negara.
4.3 PENYATUPADUAN: PROSES DIUSAHAKAN
Penyatupaduan terjelma dalam pelbagai bentuk usaha yang dilakukan secara
berterusan bagi mencari penyelesaian defisit sosial dengan membina tapak
integrasi di semua lapisan masyarakat. Shamsul Amri Baharuddin (2015)
menjelaskan naratif masyarakat Malaysia sebenarnya berada dalam keadaan
kesepaduan sosial. Selain itu, masyarakat juga perlu berdepan dengan cabaran
ketegangan yang stabil (stable tension) yang muncul apabila parti politik,
organisasi bukan kerajaan atau individu memainkan isu sensitif seperti
bahasa, agama, pendidikan vernakular, perlembagaan dan hak yang
diperuntukkan kepada orang Melayu dan bumiputera, hubungan negeri dan
persekutuan, spatial ruang antara bandar dengan luar bandar dan sebagainya.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 4 PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MELALUI ETIKA 91
DAN PERADABAN
Keadaan kesepaduan sosial yang masih belum mencapai tahap perpaduan ini
memerlukan mekanisme penyatupaduan sosial untuk memastikan hubungan
persaingan yang wujud dalam kalangan pelbagai kaum dapat hidup secara
harmoni.
Dengan kata lain, penyatupaduan ialah usaha berterusan pada semua lapisan
masyarakat, baik sebelum dan sesudah kemerdekaan. Usaha ini tidak boleh
dihentikan kerana penting dan akan mendatangkan banyak faedah dan pada
masa yang sama, kerajaan harus memberi tumpuan kepada perkara ini
kerana masih dalam proses memandangkan sebilangan besar negara-negara
di dunia pun menginginkan perpaduan.
Oleh sebab untuk mencapainya memang agak sukar dan mengambil waktu,
maka segala usaha yang dilaksanakan hanya boleh membawakan kesepaduan,
yang dianggap sebagai tahap sebelum atau prasyarat kepada perpaduan.
Dalam tahap ini, banyak perkara yang mesti diselesaikan kerana terdapat
pelbagai kontradiksi yang terkandung dalam kesepaduan itu. Usaha inilah
yang bergerak sebagai proses penyatupaduan. Proses ini tidak akan berhenti
kerana selagi ada kepelbagaian, selagi itu usaha penyatupaduan mesti
diteruskan (Shamsul Amri Baharuddin, 2014).
AKTIVITI 4.3
Bezakan maksud perpaduan, kesepaduan dengan penyatupaduan.
4.3.1 Etnik – Tahap Keetnikan, Batas Etnik,
Hubungan Sosial Rentas Etnik
Transformasi hubungan etnik di Malaysia bermula pada zaman Kesultanan
Melayu Melaka. Pada zaman ini, etnik seperti Melayu, Jawa, Minangkabau,
Banjar, Bajau, Kadazan-Dusun, Murut, Iban, Bidayuh, Melanau, Bugis dan
kelompok etnik tempatan yang lain didapati tidak memiliki batas etnik yang
tertutup. Batas kumpulan etnik mereka berubah-ubah kerana wujud hubungan
silang kumpulan sehingga terbina integrasi budaya dan sosial antara etnik.
Gambaran yang sama berlaku dalam masyarakat Arab, Cina, Portugis dan
India yang berhijrah ke alam ini. Akibatnya, kumpulan imigran ini juga
melalui proses integrasi budaya dan sosial dengan masyarakat setempat
sehingga melahirkan sub kelompok seperti Peranakan, Baba Nyonya dan
Chetti dalam kalangan mereka.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
92 TOPIK 4 PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MELALUI ETIKA
DAN PERADABAN
Alam Melayu sebelum kedatangan penjajah Barat, berjaya membina masyarakat
pelbagai budaya menerusi ikatan antara kumpulan sehingga mewujudkan
hubungan silang budaya berteraskan konsep keetnisitian telap dan keetnisitian
payung. Model pengurusan masyarakat silang budaya yang sudah sedia terbina
di alam Melayu sebelum kedatangan penjajah Barat sangat berbeza dengan
kefahaman konsep ras dari Barat. Kefahaman konsep ras yang dibawa oleh
penjajah Inggeris bersifat tertutup dengan sikap etnosentrisme telah menanamkan
bibit perpecahan dalam kalangan rakyat pelbagai budaya di negara ini.
Pada ketika ini, sehinggalah kedatangan penjajah Inggeris, hubungan etnik
bersifat payung. Hal ini bermakna, walaupun mereka berlainan etnik tetapi
berteduh di bawah payung etnik Melayu dari segi bahasa, budaya dan agama
(Mansor Mohd Noor, 2006).
Namun, berlaku perubahan transformasi hubungan etnik setelah Inggeris
menguasai Negeri-Negeri Selat dan mula melebarkan pengaruh mereka dengan
campur tangan di negeri-negeri Melayu. Hal ini ditambah lagi dengan
berlakunya Revolusi Perindustrian di Barat, maka bertambahnya kegiatan
melombong bijih timah di Perak dan Selangor. Sikap British yang berorientasikan
keuntungan dan untuk mengeksploitasi hasil bumi Tanah Melayu juga
mendorong kepada dasar campur tangan. Keadaan ini menyebabkan British
membawa masuk imigran dari China yang akhirnya membentuk sebuah
masyarakat berbilang kaum serta menimbulkan masalah seperti pergaduhan
kongsi gelap. Pada masa yang sama, berlakunya pembukaan ladang-ladang
getah yang menyebabkan British membawa masuk imigran dari India secara
beramai-ramai.
Kedatangan orang Cina mencetuskan persaingan dalam kalangan anak raja
Melayu dengan para pembesar untuk menguasai hak pentadbiran satu-satu
kawasan bagi menambah pendapatan mereka menerusi pemberian konsesi
kepada saudagar Cina (Khoo Kay Kim, 1987). Beberapa pakatan dibuat antara
kelompok Melayu dengan kelompok Cina dan pergaduhan sengit berlaku antara
mereka mengakibatkan perdagangan bijih timah terganggu oleh pergaduhan
yang berpanjangan. Keadaan ini menyebabkan British menjalankan dasar
campur tangan khususnya di Perak yang merupakan pengeluar bijih timah
yang utama di Tanah Melayu.
Perjanjian Pangkor 1874 memperuntukkan pelantikan seorang Residen British
yang akan dirujuk dalam semua perkara kecuali yang berkaitan dengan agama
dan adat resam orang Melayu. Sistem Residen seterusnya telah diperkenalkan
di Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 4 PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MELALUI ETIKA 93
DAN PERADABAN
Dengan campur tangan British ini mewujudkan tiga bentuk pentadbiran di
Tanah Melayu seperti dalam Jadual 4.3.
Jadual 4.3: Bentuk Pentadbiran British di Tanah Melayu
Bentuk Pentadbiran Penjelasan
Negeri-Negeri Selat Ditadbir secara langsung oleh British
Negeri-Negeri Melayu Pentadbiran di bawah kuasa Raja-Raja Melayu tetapi
Bersekutu hakikatnya ditadbir oleh British dan mengutamakan
kepentingan kapitalis Inggeris
Negeri-Negeri Melayu Ditadbir secara langsung untuk kepentingan orang Melayu
Tidak Bersekutu tetapi urusan pentadbiran dipegang oleh pegawai British
Menurut Lian Kwen Fee (2006), punca kewujudan perkauman di Malaysia
dikesan semasa pentadbiran penjajah British lewat abad ke-19 yang melahirkan
masyarakat majmuk yang berbeza semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Dalam hal ini, terdapat perbezaan masyarakat majmuk yang wujud pada
zaman Kesultanan Melayu Melaka berbanding dengan zaman penjajah
British. Perbezaan ini sangat penting kerana memberi kesan yang besar kepada
hubungan etnik di Malaysia sekarang ini. Menurut Cheah Boon Kheng (2004),
kebanyakan polisi British yang lepas memberi kesan terhadap apa-apa yang
berlaku pada hari ini dan struktur masyarakat. Pola masyarakat majmuk
pada zaman sebelum kedatangan penjajah British terbentuk melalui proses
semula jadi. Mereka datang berdagang secara sukarela untuk mencari
kehidupan dan kekayaan. Kedatangan mereka disertai bersama oleh ahli
keluarga. Jikalau mereka mengambil keputusan untuk terus menetap di alam
Melayu, maka sudah tentu keputusan itu berasaskan persetujuan sebulat
suara bersama ahli keluarga masing-masing. Keputusan hidup terhasil daripada
persetujuan tanpa paksaan menjamin ketenangan fikiran dan perasaan mereka.
Maka, mereka berjaya mewujudkan interaksi yang mesra dengan penduduk
tempatan. Terdapat unsur akomodasi dalam kehidupan masyarakat pluralistik
pada zaman tersebut. Mereka secara sukarela sanggup berkahwin dengan
penduduk tempatan. Contohnya, masyarakat Cina Baba ialah keturunan Cina
yang berkahwin dengan masyarakat tempatan. Di samping itu, mereka
mengamalkan budaya kehidupan seharian orang Melayu. Selain itu, amalan dan
adat resam dibawa masuk oleh mereka juga diterima pakai oleh penduduk
tempatan. Adat bersanding, bunga manggar dan bunga telur dalam majlis
perkahwinan ialah asimilasi penduduk tempatan dengan pendatang dari India.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
94 TOPIK 4 PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MELALUI ETIKA
DAN PERADABAN
Namun, pola pembentukan masyarakat majmuk selepas kedatangan penjajah
British berbeza dengan zaman sebelum kedatangan mereka. Contohnya,
penghijrahan masuk orang Cina dan India ke Tanah Melayu digalakkan oleh
British untuk memajukan kepentingan ekonomi dan politik mereka.
Orang Cina digalakkan membuka lombong-lombong bijih timah dan emas.
Pada 1870, terdapat seramai 10,000 orang Cina di Selangor, manakala di Larut,
Perak, terdapat seramai 40,000 orang Cina dan jumlah ini semakin bertambah
akibat daripada insentif yang diberi oleh Inggeris dan kesempitan hidup di
tanah asal mereka.
Menjelang tahun 1931, jumlah imigran Cina mencapai angka 663,518 orang
di Negeri-Negeri Selat, 711,540 orang di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan
di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu berjumlah 330,857 orang (INTAN,
1992). Manakala penghijrahan imigran India secara beramai-ramai pula berlaku
pada 1840, mereka bekerja di ladang tebu dan kopi di Seberang Prai. Inggeris
juga membawa masuk imigran India untuk bekerja sebagai kerani, pembantu
hospital dan kakitangan kereta api.
Pertambahan imigran India semakin meningkat menjelang abad ke-20 kerana
pada masa tersebut, banyak ladang dan estet getah dibuka oleh peladang
Eropah. Mereka lebih suka mengambil buruh dari India kerana upah yang lebih
murah dan wujudnya pentadbiran British di India memudahkan lagi proses
pengambilan buruh. Perkembangan imigran India semakin pesat dan sehingga
pada tahun 1931, terdapat seramai 132,277 orang India di Negeri-Negeri Selat,
379,996 orang di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan di Negeri-Negeri
Melayu Tidak Bersekutu seramai 110,951 orang (INTAN, 1992).
Situasi ini menyebabkan interaksi dan pengaruh budaya antara masyarakat
Cina dengan masyarakat Melayu terdapat jurang pemisah yang luas. Perkara
ini disebabkan oleh kawasan penempatan yang berasingan, iaitu orang Cina
tertumpu di kawasan bandar, terutamanya di kawasan perlombongan seperti
Kuala Lumpur dengan orang Cina meliputi 79% daripada jumlah penduduk,
iaitu seramai 43,786 pada tahun 1891. Polisi pentadbiran Inggeris juga secara
sengaja memisahkan penempatan antara kaum ini melalui dasar pecah dan
perintah. Di samping itu, kawasan penempatan orang Cina ialah kawasan yang
berdikari, penduduknya tidak perlu berinteraksi dengan orang luar untuk
kelangsungan hidup mereka sepanjang hayat (Hashim Musa, 2005).
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 4 PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MELALUI ETIKA 95
DAN PERADABAN
Oleh yang demikian, dari segi pengaruh kebudayaan antara Cina dengan
Melayu, adalah tidak begitu ketara. Walaupun demikian, dari segi bahasa,
terdapat beberapa serapan bahasa Cina ke dalam bahasa Melayu dan juga
sebaliknya, namun amat terbatas. Keadaan ini memang sengaja dibuat oleh
British. Menurut Emerson (1979), penjajah melambatkan proses pemantapan
sosial dan politik antara kaum selagi pemerintahan kolonial itu terus bertapak
di Tanah Melayu. Penguasaan politik kaum Melayu dikawal ketat oleh
British, walaupun mereka berada dalam keadaan terpelihara dan hidup secara
nominal di dalam negeri Melayu beraja.
Pada peringkat penjajahan Inggeris, mereka mengkategorikan kumpulan etnik
ini berdasarkan kefahaman konsep ras dan rasisme yang dibawa daripada
pengalaman sejarah mereka sendiri. Mereka mengamalkan konsep ras yang
ditafsirkan secara tertutup berdasarkan ikatan darah dan mempunyai implikasi
superioriti ras dan rasisme. Mereka juga memperkenalkan dasar pecah dan
perintah yang diamalkan bukan sahaja di Malaysia tetapi juga sebelum
kedatangan mereka ke sini, iaitu di Afrika dan India. Dasar pecah dan
perintah penjajah Inggeris mengubah bentuk hubungan etnik yang terbina
di alam Melayu, sebelum kedatangan Inggeris hingga jelas kelihatan bentuk
pekerjaan teragih mengikut kumpulan etnik.
Pemerintahan dan pembangunan yang dilaksanakan oleh penjajah Inggeris
hanyalah bermatlamat memberikan keuntungan kepada kelompok elit Inggeris
dan negara mereka semata-mata. Oleh sebab itu, isu kemiskinan, kemunduran
dan peminggiran masyarakat Melayu daripada arus pembangunan serta
kerisauan akan kehilangan identiti dan kuasa politik di negara sendiri telah
mempengaruhi agenda pergerakan nasionalisme Melayu di Tanah Melayu.
Isu bahasa Melayu, pendidikan, kedudukan Raja dan hak terhadap tanah
menjadi agenda yang digembleng oleh orang Melayu sewaktu menentang
Malayan Union selepas Perang Dunia Kedua.
Situasi ini menunjukkan bahawa konsep etnik payung sudah dibelakangkan
dalam perjalanan sejarah negara menuju kemerdekaan. Malahan, demi
kepentingan etnik masing-masing, setiap kumpulan etnik mendesak agar
kerakyatan diberi kepada mereka. Namun, pada masa yang sama, mereka mahu
hidup terpisah dan terasing dari segi bahasa, budaya, agama, kepimpinan,
pendidikan dan kegiatan ekonomi walaupun terikat dengan pemerintahan
yang sama.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
96 TOPIK 4 PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MELALUI ETIKA
DAN PERADABAN
Namun begitu, pihak penjajah Inggeris tidak mahu memerdekakan negara ini
dan menyerahkannya kepada pergerakan yang berteraskan ideologi sosialis
seperti Kesatuan Melayu Malaya, berteraskan komunis seperti Parti Komunis
Malaya atau kumpulan berfahaman Islam seperti Parti Islam SeMalaya (PAS).
Kumpulan nasionalis Melayu daripada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
(UMNO – United Malays National Organisation) yang mendukung jentera
kerajaan yang dibina oleh penjajah, sistem monarki dan sistem ekonomi kapitalis
telah bertolak ansur dengan pihak Inggeris. Pada masa yang sama, membuka
ruang untuk bekerjasama dengan etnik Cina dan India melalui Persatuan Cina
Malaya (MCA) dan Kongres India Malaya (MIC). Hal ini dibuktikan melalui
kerjasama semasa pilihan raya dengan terbentuknya Parti Perikatan dan
diikuti dengan Barisan Nasional.
Namun, setelah 10 tahun merdeka, pembangunan negara yang dilaksanakan
melalui falsafah sistem ekonomi bebas terus mengukuhkan kepentingan
pelabur ekonomi asing, terutamanya dari Barat. Pembangunan infrastruktur
awam seperti sekolah dan klinik kesihatan dibangunkan tetapi tidak seimbang
kerana lebih tertumpu di kawasan bandar di bahagian barat Semenanjung.
Dalam dekad 1960-an, hasil beberapa Kongres Ekonomi Bumiputera, masyarakat
Melayu berpendapat kemerdekaan tidak memberi makna dan membawa
kepada peningkatan taraf hidup. Orang Melayu mahu negara ini diwarnai
oleh bahasa, budaya dan agama mereka dan kehidupan yang tidak dipinggirkan
oleh penguasaan ekonomi oleh etnik Cina dan India.
Transformasi hubungan etnik berubah lagi selepas kemerdekaan khususnya
selepas Dasar Ekonomi Baru (DEB), jurang pendapatan antara etnik dikurangkan,
kemiskinan hampir dibasmi dan budaya hidup kelas menengah telah menjadi
kenyataan serta struktur masyarakat berubah. Transformasi sosial ini menipiskan
batas etnik dalam kalangan rakyat dan tingkah laku mereka lebih dicorakkan
oleh perkiraan ganjaran material, status sosial dan ikatan sosial berbanding
dengan kepentingan etnik. Hal ini bermakna batas etnik wujud tetapi bersifat
sekunder. Dalam kehidupan harian, perkiraan etnik tidak menjadi perkiraan
utama. Malahan perkiraan peribadi lebih diutamakan dan senario hubungan
etnik ini lebih dapat diperhatikan di barat Semenanjung. Di utara dan timur
Semenanjung, perkiraan agama lebih diutamakan, manakala di Sabah dan
Sarawak, isu kewilayahan lebih berpengaruh sebagai perkiraan asas kepada
tindakan berbentuk kumpulan.
Di sebalik salah faham yang wujud, kestabilan politik yang dicapai hasil peluasan
amalan perkongsian kuasa politik antara parti politik berteraskan etnik dan
agama berjaya menarik pelaburan asing yang membuka peluang pekerjaan.
Melalui DEB, pembasmian kemiskinan berjaya dikurangkan dan mewujudkan
kelas menengah yang ramai. Akibatnya, lahir budaya hidup komersial dalam
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 4 PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MELALUI ETIKA 97
DAN PERADABAN
kalangan rakyat pelbagai budaya. Aspirasi dan pandangan hidup mereka
dikongsi bersama dan perkongsian ini membina hubungan saling pergantungan
antara satu sama lain dan mewujudkan hubungan silang budaya merentasi
batas etnik. Pada dekad 1990-an, batas etnik dalam kalangan masyarakat
pelbagai budaya ini nipis dan hubungan dua individu yang berlainan etnik
walaupun berbentuk hubungan sosial, namun perkiraan bukan etnik yang lebih
diutamakan dalam tindakan mereka.
Di sebalik kejadian konflik antara kaum, negara secara umumnya stabil,
makmur dan harmoni. Malahan, di sebalik ketidakseimbangan yang
wujud, negara berjaya mengekalkan kadar pertumbuhan ekonomi yang
memberangsangkan. Dalam arena ekonomi juga, amalan perkongsian bijak
antara elit ekonomi daripada pelbagai kaum pada peringkat ahli korporat
berjaya menjana pertumbuhan sektor swasta. Elit ekonomi ini bukan sahaja
bergiat cergas di negara ini, malah mereka juga memainkan peranan yang
sama pada peringkat global. Senario politik negara pada hari ini stabil
dan rakyat pelbagai kaum berkongsi kuasa dalam membentuk kerajaan negara
ini. Kesannya, lahir satu budaya keterbukaan dalam masyarakat negara ini
yang boleh menerima, memperakui, menghormati dan berbangga dengan
masyarakat yang pelbagai budaya. Mereka tanpa mengira etnik, boleh berkongsi
nilai dan pendapat awam hingga terbina hubungan silang budaya antara
mereka walaupun latar belakang mereka tidak seragam dari segi budaya,
bahasa dan agama.
Struktur hubungan etnik di Malaysia selepas DEB lebih dipengaruhi oleh
batas etnik yang nipis dan perhubungan antara mereka berdasarkan perkiraan
bukan etnik. Punca kepada terbentuknya isu hubungan etnik seperti manipulasi
etnik adalah disebabkan oleh kemunduran, pengangguran, kemiskinan,
peminggiran dan ketidaksamarataan dalam kehidupan masyarakat.
Oleh sebab itu, punca kepada konflik etnik di Malaysia pada tahap ini bukan
lagi ala 13 Mei 1969, iaitu jurang ekonomi yang memisahkan etnik Melayu
dengan Cina tetapi konflik dalam kalangan masyarakat miskin dan pinggiran,
terutamanya di bandar. Kejadian pergaduhan seperti di Kampung Rawa,
Pulau Pinang pada tahun 1998 dan Kampung Medan, Selangor pada tahun 2001
antara Melayu dengan India menunjukkan pengurusan kumpulan miskin dan
pinggiran di bandar perlu diberi perhatian utama. Jikalau ini ialah inti pati
masalah etnik di Malaysia, maka penyelesaiannya bukan asimilasi etnik tetapi
pentadbiran yang cekap dalam pemerintahan negara ini.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
98 TOPIK 4 PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MELALUI ETIKA
DAN PERADABAN
Pengalaman hubungan etnik di Malaysia membuktikan bahawa perbezaan etnik
bukan penyebab berlakunya konflik antara etnik. Sebaliknya, kemunduran,
ketidaksamarataan, kemiskinan dan peminggiran yang melanda rakyat dan
kegagalan institusi kerajaan mengatasi masalah ini hingga menyebabkan
rakyat bertindak memanipulasi faktor etnik untuk menyelesaikan masalah yang
menjadi pencetus konflik antara etnik.
4.3.2 Alat Penyatupaduan – Tawar-menawar,
Perundingan, dan Pengantaraan
Kesepaduan sudah dicapai melalui pembentukan tapak integrasi yang dibina
berasaskan prinsip tawar-menawar, perundingan dan pengantaraan. Prinsip ini
dilaksanakan dengan kerjasama yang baik antara pemimpin dan masyarakat.
Perlembagaan Persekutuan ialah mercu tanda tapak integrasi yang menjadi
asas dan teras kesepaduan rakyat Malaysia. Penyatupaduan pula terjelma
dalam pelbagai bentuk usaha yang perlu terus dilaksanakan untuk mencari
penyelesaian defisit sosial dengan membina tapak integrasi di semua lapisan
masyarakat (Zaleha Embong, 2021).
Proses penyelesaian setiap kontradiksi ini, sama ada yang besar mahupun
yang khusus, berlaku sekian lamanya di Malaysia, semenjak sebelum
merdeka lagi, melalui „Formula BNM‰, iaitu formula tawar-menawar,
perundingan dan pengantaraan (bargaining, negotiation, and mediation).
Prinsip dan ikhtiar „tawar-menawar, rundingan, dan orang tengah‰ inilah
yang mendasari proses penyatupaduan (reconciliation) di Malaysia sehingga
ke saat ini.
Masyarakat yang dibebani oleh cabaran alamiah seperti tsunami, gunung berapi,
angin puting beliung, kebakaran hutan dan banjir besar-besaran, konsep keramat
ini juga sangat perlu dijadikan konsep landasan untuk tindakan pemulihan
kerana pemulihan itu bukan hanya bersifat fizikal tetapi juga bersifat individual
(mental dan emosi) dan bersifat sosiologi kerana melibatkan semua anggota
masyarakat secara berkelompok atau kolektif.
Apatah lagi untuk negara yang mengalami krisis politik berdarah yang
mengorbankan ribuan nyawa atau negara yang dilanda revolusi besar dan
kecil-kecilan oleh rakyat yang marah dan tidak berpuas hati. Tentunya, dalam
keadaan sedemikian, sebagai tindakan pertama ke arah mengembalikan
kedamaian adalah untuk membina perjanjian, khususnya dalam bentuk
penyatupaduan yang ternyata perlu berlandaskan kerangka seperti „Formula
BNM‰ (Shamsul Amri, 2014).
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 4 PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MELALUI ETIKA 99
DAN PERADABAN
SEMAK KENDIRI 4.3
Apakah BNM?
AKTIVITI 4.4
1. Ceritakan tentang DEB dan kongsikan jawapan anda dalam
forum myINSPIRE.
2. Bincangkan bagaimana anda boleh menggunakan Formula BNM
sewaktu menggubal Perlembagaan Persekutuan 1957 berkaitan
dengan Islam dan kedudukan istimewa orang Melayu.
• Perpaduan merupakan satu proses menyatupadukan anggota masyarakat
dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya setiap anggota
masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan
kebangsaan bersama dalam kalangan mereka.
• Detik perpaduan merupakan detik yang mampu melihat masyarakat
majmuk mencapai kesepaduan melalui nilai kebersamaan, toleransi dan
saling menghormati
• Detik perbezaan pula dilihat berlakunya isu menimbulkan konflik antara
kaum.
• Kesepaduan dalam kalangan pelbagai etnik, kepentingan ekonomi, politik
dan sosial sentiasa terjalin dan disulam oleh keperluan kehidupan seharian.
• Kesepaduan sosial ialah suatu keadaan aman, stabil dan makmur sejahtera
yang wujud dalam sesebuah masyarakat, khususnya yang berbilang etnik
kerana wujudnya kesepakatan sosial (social bonding) yang kuat yang terbina
untuk sekian lamanya.
• Defisit sosial pula kekurangan dalam konteks sosial yang memerlukan
usaha penyatuan berterusan untuk meningkatkan tahap kesepaduan.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
100 TOPIK 4 PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MELALUI ETIKA
DAN PERADABAN
• Etos bangsa juga membawa kepada pembentukan satu identiti. Identiti itu
menggambarkan suatu unsur unik sesebuah masyarakat yang stabil dan
seragam.
• Penyatupaduan terjelma dalam pelbagai bentuk usaha yang dilakukan
secara berterusan bagi mencari penyelesaian defisit sosial dengan membina
tapak integrasi di semua lapisan masyarakat.
• Transformasi hubungan etnik di Malaysia bermula pada zaman Kesultanan
Melayu Melaka.
• Transformasi sosial selepas DEB menipiskan batas etnik dalam kalangan
rakyat dan tingkah laku mereka lebih dicorakkan oleh perkiraan ganjaran
material, status sosial dan ikatan sosial berbanding dengan kepentingan
etnik.
• Proses penyelesaian setiap kontradiksi ini, sama ada yang besar mahupun
yang khusus, telah pun berlaku sekian lamanya di Malaysia, sejak sebelum
merdeka lagi, melalui „Formula BNM‰, iaitu formula tawar-menawar,
perundingan dan pengantaraan (bargaining, negotiation, and mediation).
Batas etnik Pengantaraan
Defisit sosial Penyatupaduan
Detik perbezaan Perpaduan
Detik perpaduan Perundingan
Etos Tahap keetnikan
Kesepaduan Tawar-menawar
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 4 PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MELALUI ETIKA 101
DAN PERADABAN
Bar-Tal, D. (2000). Shared beliefs in a society: Social psychological analysis.
Sage Publication.
Cheah Boon Kheng. (2004). The challenge of ethnicity: Building a nation in
Malaysia. Marshall Cavendish Academic.
Emerson, R. (1979). Malaysia: A study in direct and indirect rule. University of
Malaya Press.
Etzioni, A. (2009). Minorities and the national ethos. Politics, 29(2), 100–110.
[Link]
Hashim Musa. (2005). Pemerkasaan Tamadun Melayu Malaysia. Universiti
Malaya Publisher.
Hitman, G., & Lewin, E. (2022). National ethos and its role in preserving trauma
communities: Observations from the Palestinian uprising 2000 to 2005.
Cogent Social Sciences, 8(1), 2030453.
[Link]
Holstein, J. A., & Miller, G. (1990). Rethinking victimization: An interactional
approach to victimology. Symbolic Interaction, 13(1), 103–122.
[Link]
INTAN. (1992). Malaysia Kita. INTAN.
Kementerian Perpaduan Negara. (2020). Dasar Perpaduan Negara. Kementerian
Perpaduan Negara.
Khoo Kay Kim. (1987). Kenegaraan 30 tahun: Satu perspektif sejarah. Malaysian
Museum Association.
Lewin, E. (2016). The importance of national ethos in military victories. Soc. Sci.,
5(3), 45. [Link]
Lian Kwen Fee. (2006). Race and racialization in Malaysia and Singapore.
Dlm. Lian Kwen Fee. Race, ethnicity and the state in Malaysia and
Singapore. Brill.
Mahathir Mohamad. (1992). Towards a united Malaysian nation. Speech at the
United Malaysian Nation by the year 2020 Dinner, Kuala Lumpur,
31 January 1992. Kementerian Penerangan.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
102 TOPIK 4 PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MELALUI ETIKA
DAN PERADABAN
Majid al-Haj. (2005). National ethos, multicultural education and the new history
textbooks in Israel. Blackwell Publishing.
Maniou, T., Phontiou, I., & Ketteni, E. (2016). Mediating patriotism and triumph
through the national press: Newspaper content of journalistic perceptions.
International Journal of Social Science Studies, 4(6), 65–75.
[Link]
Mansor Mohd Noor, & Khairul Ghufran Kaspin. (2015). Keberkesanan mata
pelajaran sejarah dalam membina etos bangsa generasi muda di Malaysia.
Jurnal Komunikasi Borneo, Edisi Khas (Konvokesyen ke-17 Universiti
Malaysia Sabah). [Link]
Mansor Mohd Noor. (2006). Transformasi perhubungan etnik di Malaysia. Dlm.
Zaharah Hassan, Abdul Latif Samian & Abu Daud Silong. Readings on
ethnic relations in a multicultural society. Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Mohd Anuar, R., Muhammad Izzul, S. Z., Rahimin Affandi, A. R., Muhd Imran,
A. R., Mohamad Naqib, H., Syamsul, Azizul, M. (2018). Isu-isu sensitif
dalam masyarakat majmuk di Malaysia Pasca Pilihanraya Umum (PRU14):
Aplikasi pendekatan kesederhanaan. Prosiding Penyelidikan Serantau
Islam dan Alam Melayu (Pendidikan, Kewangan, Kehartaan, Kenegaraan
dan Isu Kontemporari). Dlm. Mohd Roslan, M. N., Khadher, A., Mohd Yakub
@ Zulkifli, M. Y. Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 1–12.
Oren, N. (2009). The Israeli ethos of conflict 1967–2006. Institute for Conflict
Analysis and Resolution, George Mason University.
Rozeman Abu Hassan, Khairul Hamimah Mohammad Jodi, & Oo Cheng Keat.
(2016). MPU2163 Pengajian Malaysia 2. Open University Malaysia.
Shamsul Amri Baharuddin. (2014). Perpaduan, kesepaduan dan penyatupaduan:
Satu negara, satu kata akar, tiga konsep keramat. Ucap tama untuk
Persidangan pemantapan citra kenegaraan: Perkongsian pengalaman.
Anjuran bersama Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia,
Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pelajaran Malaysia, dan Jabatan
Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, 19–21 Januari 2014.
Shamsul, A. B. (2011). Kesepaduan dalam Kepelbagaian: Perpaduan di Malaysia
sebagai work-in-progress. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zaleha Embong. (2021). Pemantapan kesepaduan nasional Malaysia. Dlm. Ateerah
Abdul Razak, Nur Azuki Yusuff, & Zaleha Embong. Penghayatan etika
dan peradaban. Penerbit Universiti Malaysia Kelantan.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
Topik Pembinaan
Peradaban
5 Majmuk
di Malaysia
Prof Madya Dr Nazri Muslim
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat melakukan perkara
berikut:
1. Menghuraikan proses pembentukan negara bangsa di
Malaysia.
2. Menganalisis negara bangsa Malaysia dari perspektif
peradaban.
3. Menjelaskan konsep negara idaman dan perbahasannya.
Peradaban majmuk di Malaysia ialah gabungan daripada beberapa peradaban
besar dunia yang bergaul dan tergarap melalui perjalanan sejarah di alam
Melayu. Pembinaan peradaban ini didahului oleh peradaban peribumi alam
Melayu, kemudiannya diikuti peradaban Asia (India, Cina dan Timur Tengah),
dan seterusnya peradaban Barat. Akhirnya, peradaban ini disambut oleh
„peradaban globalisasi‰ yang merupakan kacukan pelbagai punca peradaban
tanpa sempadan melalui jaringan digital yang kompleks.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
104 TOPIK 5 PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA
Pembinaan peradaban yang beridentitikan Malaysia bermula dengan
Kemerdekaan 1957 melalui usaha mewujudkan negara bangsa, didahului oleh
pembinaan negara (state) bercirikan satu wilayah, satu perlembagaan dan
satu kewarganegaraan. Negara mewujudkan beberapa institusi utama seperti
sistem birokrasi negara dan Pelan Pembangunan Lima Tahun. Pembangunan
ekonomi mendahului pembinaan bangsa (nation). Oleh itu, pembinaan bangsa
menyusul, antaranya melalui, institusi sistem politik kepartian dan pilihan raya.
Dalam konteks ini wujud beberapa „bangsa idaman‰ yang menguasai wacana
politik di Malaysia.
5.1 SEJARAH SOSIAL DAN PENGARUH
PERADABAN DUNIA DALAM PEMBINAAN
NEGARA BANGSA
Dalam subtopik ini, kita akan mempelajari sejarah sosial di Malaysia.
5.1.1 Sejarah Sosial di Malaysia
Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, etnik seperti Melayu, Jawa,
Minangkabau, Banjar, Bajau, Kadazan-Dusun, Murut, Iban, Bidayuh, Melanau,
Bugis (lihat Rajah 5.1) dan kelompok etnik tempatan yang lain didapati tidak
memiliki batas etnik yang tertutup.
Rajah 5.1: Beberapa Etnik pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 5 PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA 105
Batas kumpulan etnik mereka berubah-ubah kerana wujud hubungan silang
kumpulan sehingga terbina integrasi budaya dan sosial antara etnik. Gambaran
yang sama berlaku dalam masyarakat Arab, Cina, Portugis dan India yang
berhijrah ke alam ini. Akibatnya, kumpulan imigran ini juga melalui proses
integrasi budaya dan sosial dengan masyarakat setempat sehingga melahirkan
subkelompok seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.2, iaitu Peranakan,
Baba Nyonya dan Chetti dalam kalangan mereka.
Rajah 5.2: Etnik yang Dilahirkan melalui Proses Integrasi Budaya dan Sosial
Alam Melayu sebelum kedatangan penjajah Barat, telah berjaya membina
masyarakat pelbagai budaya menerusi ikatan antara kumpulan sehingga
mewujudkan hubungan silang budaya. Namun, berlaku perubahan sejarah
sosial setelah Inggeris menguasai Negeri-Negeri Selat dan mula melebarkan
pengaruh mereka dengan campur tangan di negeri-negeri Melayu. Hal ini
ditambah lagi dengan berlakunya Revolusi Perindustrian di Barat, maka
bertambahnya kegiatan melombong bijih timah di Perak dan di Selangor.
Keadaan ini menyebabkan British membawa masuk imigran dari China yang
akhirnya membentuk sebuah masyarakat berbilang kaum dan menimbulkan
masalah seperti pergaduhan kongsi gelap.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
106 TOPIK 5 PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA
Terdapat perbezaan antara peradaban majmuk yang wujud pada zaman
Kesultanan Melayu Melaka berbanding dengan zaman penjajah British.
Perbezaan ini sangat penting kerana memberi kesan yang besar kepada
hubungan etnik di Malaysia sekarang. Menurut Cheah Boon Kheng (2004),
kebanyakan polisi British yang lepas memberi kesan terhadap apa-apa yang
berlaku pada hari ini dan struktur masyarakat. Pola masyarakat majmuk
pada zaman sebelum kedatangan penjajah British terbentuk melalui proses
semula jadi.
Mereka datang berdagang secara sukarela untuk mencari kehidupan dan
kekayaan. Kedatangan mereka disertai oleh ahli keluarga. Jikalau mereka
mengambil keputusan untuk terus menetap di alam Melayu, maka sudah tentu
keputusan itu berasaskan persetujuan sebulat suara bersama ahli keluarga
masing-masing. Keputusan hidup terhasil daripada persetujuan tanpa paksaan
yang menjamin ketenangan fikiran dan perasaan mereka.
Maka, mereka berjaya mewujudkan interaksi yang mesra dengan penduduk
tempatan. Terdapat unsur akomodasi dalam kehidupan masyarakat pluralistik
pada zaman tersebut. Mereka secara sukarela sanggup berkahwin dengan
penduduk tempatan. Contohnya, masyarakat Cina Baba ialah keturunan Cina
yang berkahwin dengan masyarakat tempatan. Di samping itu, mereka
mengamalkan budaya kehidupan seharian orang Melayu. Selain itu, amalan
dan adat resam dibawa masuk oleh mereka diterima pakai oleh penduduk
tempatan. Adat bersanding, bunga manggar dan bunga telur dalam majlis
perkahwinan ialah asimilasi penduduk tempatan dengan pendatang dari India.
Namun, pola pembentukan masyarakat majmuk selepas kedatangan penjajah
British berbeza dengan zaman sebelum kedatangan mereka. Contohnya,
penghijrahan masuk orang Cina dan India ke Tanah Melayu digalakkan oleh
British untuk memajukan kepentingan ekonomi dan politik mereka.
Menjelang tahun 1931, jumlah imigran Cina mencapai angka 663,518 orang
di Negeri-Negeri Selat, 711,540 orang di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan
di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu berjumlah 330,857 orang (INTAN,
1992).
Manakala penghijrahan imigran India secara beramai-ramai berlaku pada
tahun 1840. Mereka bekerja di ladang tebu dan kopi di Seberang Prai.
Perkembangan imigran India semakin pesat dan sehingga tahun 1931, terdapat
seramai 132,277 orang India di Negeri-Negeri Selat, 379,996 orang di
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu
seramai 110,951 orang (INTAN, 1992).
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 5 PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA 107
Situasi ini menyebabkan interaksi dan pengaruh budaya antara masyarakat
Cina dengan masyarakat Melayu mempunyai jurang pemisah yang luas. Perkara
ini disebabkan kawasan penempatan yang berasingan, iaitu orang Cina tertumpu
di kawasan bandar terutamanya di kawasan perlombongan seperti Kuala Lumpur
dengan orang Cina meliputi 79% daripada jumlah penduduk, iaitu seramai
43,786 pada tahun 1891. Polisi pentadbiran Inggeris juga secara sengaja
memisahkan penempatan antara kaum ini melalui dasar pecah dan perintah.
Di samping itu, kawasan penempatan orang Cina ialah kawasan yang berdikari,
penduduknya tidak perlu berinteraksi dengan orang luar untuk kelangsungan
hidup mereka sepanjang hayat (Hashim Musa, 2005).
Oleh yang demikian, dari segi pengaruh kebudayaan antara Cina dengan
Melayu tidak begitu ketara. Walaupun demikian, dari segi bahasa, terdapat
beberapa serapan bahasa Cina ke dalam bahasa Melayu dan juga sebaliknya,
namun amat terbatas. Keadaan ini memang sengaja dibuat oleh British. Menurut
Emerson (1979), penjajah melambatkan proses pemantapan sosial dan politik
antara kaum selagi pemerintahan kolonial itu terus bertapak di Tanah Melayu.
Penguasaan politik kaum Melayu dikawal ketat oleh British, walaupun mereka
berada dalam keadaan terpelihara dan hidup secara nominal di dalam negeri
Melayu beraja.
Mereka juga memperkenalkan falsafah pecah dan perintah yang diamalkan
bukan sahaja di Malaysia tetapi juga sebelum kedatangan mereka ke sini, iaitu
di Afrika dan di India. Dasar pecah dan perintah penjajah Inggeris mengubah
bentuk hubungan etnik yang terbina di alam Melayu sebelum kedatangan
Inggeris hingga jelas kelihatan bentuk pekerjaan teragih mengikut kumpulan
etnik.
Bagi etnik Cina dan India sebelum kemerdekaan, yang tinggal di Negeri-Negeri
Selat terbahagi kepada tiga kumpulan seperti yang dapat dilihat dalam Jadual 5.1.
Jadual 5.1: Tiga Kumpulan Etnik Cina dan India
Sebelum Kemerdekaan, di Negeri-Negeri Selat
Kumpulan Pertama Kumpulan Kedua Kumpulan Ketiga
Merasakan mereka ialah Berpendapat bahawa Mereka mahu menetap
rakyat British. mereka ialah rakyat negara dan menjadi rakyat negara
asal mereka. Matlamat ini tetapi mahu
mereka untuk mengekalkan jati diri,
memerdekakan negara bahasa dan budaya bentuk
mereka daripada dijajah kumpulan etnik mereka.
oleh Barat dan Jepun.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
108 TOPIK 5 PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA
Dalam perkiraan suasana sejarah sedemikian, kumpulan etnik Cina dan India
tidak begitu aktif memainkan peranan bersama-sama dengan etnik Melayu
semasa perbincangan menuntut kemerdekaan sebelum Perang Dunia Kedua
daripada pihak Inggeris.
Namun, setelah 10 tahun merdeka, pembangunan negara yang dilaksanakan
melalui falsafah sistem ekonomi bebas terus mengukuhkan kepentingan
pelabur ekonomi asing, terutamanya dari Barat. Pembangunan infrastruktur
awam seperti sekolah dan klinik kesihatan dibangunkan tetapi tidak seimbang
kerana lebih tertumpu di kawasan bandar di bahagian barat Semenanjung.
Sejarah sosial berubah lagi selepas kemerdekaan khususnya selepas Dasar
Ekonomi Baru (DEB), jurang pendapatan antara etnik dikurangkan, kemiskinan
hampir dibasmi dan budaya hidup kelas menengah menjadi kenyataan serta
struktur masyarakat berubah. Transformasi sosial ini menipiskan batas etnik
dalam kalangan rakyat dan tingkah laku mereka lebih dicorakkan oleh
perkiraan ganjaran material, status sosial dan ikatan sosial berbanding dengan
kepentingan etnik.
Hal ini bermakna batas etnik wujud tetapi bersifat sekunder. Dalam kehidupan
harian, perkiraan etnik tidak menjadi perkiraan utama. Malahan perkiraan
peribadi lebih diutamakan dan senario hubungan etnik ini lebih dapat
diperhatikan di barat Semenanjung. Di utara dan di timur Semenanjung,
perkiraan agama lebih diutamakan, manakala di Sabah dan di Sarawak, isu
kewilayahan lebih berpengaruh sebagai perkiraan asas kepada tindakan
berbentuk kumpulan.
Kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan Malaysia pada tahun
1963 membentuk sebuah negara bangsa yang lebih luas dan besar. Secara
tidak langsung, ia turut memberi kesan kepada pertambahan penduduk di
Malaysia. Sehubungan dengan itu, kemasukan kedua-dua buah negeri juga
turut membentuk kerencaman dan kemajmukan etnik di Malaysia. Kemasukan
Sabah dan Sarawak antara lain bertujuan mengimbangi jumlah penduduk
bumiputera dan bukan di Malaysia. Penduduk bumiputera di Sabah terdiri
daripada kumpulan etnik terbesar, iaitu orang Kadazan Dusun, Murut, Bajau
dan kumpulan etnik bumiputera yang lain. Manakala, di Sarawak, kumpulan
etnik bumiputera yang terbesar terdiri daripada orang Iban, Bidayuh,
Melanau, Melayu dan orang Ulu. Kemajmukan etnik di Malaysia membentuk
kumpulan sosial yang mempunyai ciri perbezaan budaya yang terbentuk
melalui pengalaman sejarah di persekitaran kehidupan yang telah dilalui
seperti bahasa, cara hidup dan agama serta pelbagai ciri perbezaan yang lain
(Budi & Saidatul, 2020). Oleh yang demikian, kemajmukan etnik merupakan
cabaran terhadap pembinaan sebuah negara bangsa di Malaysia.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 5 PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA 109
AKTIVITI 5.1
Bincangkan transformasi sejarah sosial di Malaysia semasa Kesultanan
Melayu Melaka, penjajahan Inggeris dan selepas kemerdekaan.
5.1.2 Interaksi Peradaban India dan Cina ke Atas
Peradaban Melayu
Kedatangan orang India ke Tanah Melayu berlaku sejak Zaman Kesultanan
Melayu Melaka. Terdapat beberapa faktor yang mendorong kepada kedatangan
masyarakat tersebut. Antara yang terpenting ialah kedudukan Semenanjung
Tanah Melayu sebagai tempat persinggahan dan sekali gus sebagai kawasan
perdagangan yang menawarkan banyak sumber perdagangan kepada semua
pedagang dari serata negara yang menarik minat pedagang dari India Selatan.
Mereka menjadikan Semenanjung Tanah Melayu sebagai pusat perdagangan
mereka di rantau Asia Tenggara. Pada abad ke-20, kemasukan imigrasi India
adalah secara lebih ramai bagi merancakkan dasar ekonomi British dan
menampung tenaga buruh utama dalam sektor perladangan getah.
Kesan kedatangan Tamadun India ke Tanah Melayu dari segi penyebaran
agama ialah agama Hindu diterima dan menjadi pegangan penduduk tempatan
yang sebelumnya berpegang pada kepercayaan animisme. Dari segi sistem
pemerintahan, konsep „dewaraja‰ dalam bahasa Sanskrit yang bermakna
„Raja Tuhan‰ dikaitkan dengan kedudukan serta status raja sebagai jelmaan
tuhan. Manakala, dari segi bahasa dan kesusasteraan, bahasa Sanskrit mula
tersebar di Tanah Melayu. Sesetengah perkataan bahasa Melayu yang digunakan
berasal daripada bahasa Sanskrit seperti perkataan bhakti, bhumi, dosa dan
banyak lagi. Dari segi adat resam dan budaya, kedatangan agama Hindu
mempengaruhi kehidupan seharian dan adat resam masyarakat Melayu seperti
amalan jampi dan mantera untuk mengubati orang sakit. Amalan adat dalam
kalangan masyarakat Melayu seperti melenggang perut, bertindik telinga,
bersanding dan berinai juga merupakan adaptasi daripada pengaruh agama
Hindu.
Manakala hubungan antara China dengan alam Melayu sudah lama wujud,
iaitu sejak Zaman Dinasti Han. Hubungan China dengan alam Melayu melonjak
ke peringkat yang lebih tinggi sesudah munculnya Dinasti Tang. Pemerintahan
Zaman Dinasti Tang mewujudkan hubungan diplomatik dengan negara luar
melalui pembukaan tujuh jalur jalan dagang dengan dunia luar; satu daripadanya
ialah perjalanan laut dari China dengan India, Parsi dan Arab melalui alam
Melayu.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
110 TOPIK 5 PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA
Zaman gemilang perhubungan tamadun Melayu-China berlaku pada Zaman
Dinasti Ming. Persahabatan antara Melaka dengan China wujud sebelum itu
lagi, iaitu pada Zaman Kerajaan Melayu Melaka. Semasa penjajahan British,
iaitu pada abad ke-19, kedatangan orang Cina dibawa oleh penjajah British
untuk memenuhi keperluan ekonominya, dengan kebanyakan pendatang itu
dijadikan buruh di lombong bijih timah dan sebilangan yang lain dalam
perniagaan.
Disebabkan oleh pertukaran barang yang dijadikan sebagai hadiah, Tamadun
Melayu diperkenalkan dengan pelbagai jenis tekstil seperti kain sutera dan
kain kapas, barangan porselin, tembikar dan logam serta makanan seperti
kicap, tauge dan tauhu. Malahan, adat memberi angpau yang bermaksud
sampul merah ketika perayaan Tahun Baharu Cina juga diperkenalkan. Aspek
perubatan dan teknologi yang dibawa oleh Tamadun China seperti rawatan
akupunktur dan herba. Dalam bidang teknologi, Tamadun China membawa
teknologi membuat gula dari tebu ke kepulauan Melayu dan penghasilan
barangan lain seperti kertas, kain, bahan letupan dan lilin.
5.1.3 Interaksi Peradaban Timur Tengah ke Atas
Peradaban Melayu
Perkembangan Islam di alam Melayu unik kerana tidak terdapat sebarang bukti
penggunaan kekerasan atau ekspedisi ketenteraan yang motif utamanya
mengembangkan Islam. Tarikh sebenar kedatangan Islam ke alam Melayu
masih lagi menjadi bahan pertikaian dan perdebatan. Meskipun sedemikian,
setidak-tidaknya terdapat beberapa bahagian di alam Melayu yang telah pun
menerima Islam sejak abad ke-10 seperti di Sumatera, sementara di Tanah Melayu
sejak abad ke-13.
Agama Islam menjadi asas utama dalam pembentukan Tamadun Melayu dahulu
dan sekarang. Islam menjadi agama rasmi sebagaimana yang diperuntukkan
dalam Perkara 3(1) dalam Perlembagaan Malaysia iaitu „Islam ialah agama
bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman
dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.‰ Islam juga menjadi anutan
yang tidak boleh dipisahkan daripada Tamadun Melayu.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 5 PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA 111
Dalam perkembangannya, tamadun Melayu semakin mantap dengan kedatangan
agama Islam dan kewujudan adat istiadat Melayu. Islam dan adat budaya
Melayu berinteraksi dan berintegrasi antara satu sama lain serta saling
melengkapi antara kedua-duanya dalam Tamadun Melayu. Kedatangan Islam
menyebabkan berlaku proses Islamisasi di alam Melayu dengan kesannya
sebagaimana yang dilihat dalam sejarah. Antaranya ialah berlaku perubahan
akidah Melayu kepada kehidupan kerohanian. Proses Islamisasi dalam
masyarakat Melayu mengubah pelbagai aspek kehidupan, antaranya rohani,
intelek, dan sosial.
Kedatangan Islam memberi impak yang besar kepada masyarakat Melayu.
Impak ini juga dapat dilihat dengan jelas dalam kehidupan seharian masyarakat
Melayu. Kehidupan masyarakat Melayu banyak diguna pakai dalam adat
dan ajaran agama Islam. Kesan dan pengaruh Islam dalam tamadun Melayu
dapat dilihat dalam Rajah 5.3.
Rajah 5.3: Kesan dan Pengaruh Islam dalam Tamadun Melayu
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
112 TOPIK 5 PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA
Mari kita lihat penjelasan lanjut bagi kesan dan pengaruh tersebut.
(a) Agama dan Kepercayaan
Masyarakat Melayu meninggalkan ajaran Hindu-Buddha dan animisme
serta bertukar kepada konsep ketuhanan, hormat-menghormati dan
mementingkan soal persamaan taraf. Islam mengubah pandangan hidup
(worldview) masyarakat Melayu daripada mempercayai roh, semangat
dan dewa kepada mempercayai Tuhan Yang Maha Esa.
(b) Politik dan Pemerintahan
Kedatangan Islam ke Tanah Melayu memberi perubahan terhadap sistem
politik. Beberapa institusi Islam didirikan bagi membantu mengukuhkan
sistem pentadbiran berasaskan Islam. Antara institusi yang didirikan
ialah masjid dan sekolah pondok. Institusi kesultanan diperkenalkan
berdasarkan kerajaan Turki Uthmaniyyah. Tanah Melayu menggunakan
undang-undang syariah untuk menjamin keamanan dan kesejahteraan
rakyat sama seperti kerajaan Islam. Gelaran sultan digunakan oleh ketua
kerajaan dan baginda menjadi ketua agama Islam. Baginda dianggap
sebagai pemegang amanah Allah SWT, iaitu bertanggungjawab menjaga
kebajikan rakyat jelata. Penasihat, ulama dan mufti turut membantu
baginda dalam menguruskan pentadbiran.
(c) Bahasa dan Kesusasteraan
Masyarakat Melayu menyesuaikan perkataan dalam alam bahasa Arab
kepada bahasa Melayu dan diubah suai sebagai tulisan Jawi. Pada masa itu,
bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa persuratan dan sebagai alat
penyebaran Islam di seluruh alam Melayu. Berlaku pinjaman kata
bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu seperti hakim, mahkamah,
akal, tamadun, roh, iman dan ilmu. Agama Islam membawa perubahan
besar terhadap kesusasteraan Melayu. Antara hasilnya ialah Hikayat
Nabi Muhammad SAW dan Hikayat Para Nabi dan Rasul.
(d) Pendidikan
Sebelum kedatangan Islam, pendidikan hanya terhad kepada golongan
bangsawan. Selepas kedatangan Islam, golongan bawahan menerima
pendidikan yang sama seperti golongan atasan. Di Melaka, istana
berperanan sebagai institusi pendidikan dan mempunyai perpustakaan
untuk menyimpan kitab dan sastera Islam. Antaranya ialah Hikayat Amir
Hamzah dan Hikayat Muhammaad Ali Hanafiyah. Sistem pendidikan
yang bermula di istana mula beralih ke institusi pendidikan Islam seperti
pondok dan madrasah. Sekolah pondok banyak terdapat di Kelantan,
Terengganu dan Kedah. Lahirlah para cendekiawan Melayu seperti
Hamzah Fansuri dan Syeikh Abdul Malik Abdullah.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 5 PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA 113
(e) Adat dan Cara Hidup
Tradisi animisme dan Hinduisme diganti dengan adat dan cara hidup
Islam yang dilakukan sejak individu itu lahir di dunia sehinggalah
hari kematiannya. Tiada lagi sistem kasta yang berasaskan ajaran agama
Hindu diamalkan dalam masyarakat Melayu.
(f) Sistem Kekeluargaan
Keluarga sebagai agen sosialisasi utama dalam masyarakat Melayu
di samping komuniti bagi melaksanakan sistem kekeluargaan dan
pendidikan berteraskan Islam dan adat. Proses sosialisasi pada tahap
kanak-kanak juga memperlihatkan penerapan unsur Islam yang
berterusan. Seseorang kanak-kanak sejak kecil lagi diajar konsep dosa,
pahala, haram dan sebagainya.
SEMAK KENDIRI 5.1
Kongsikan adat resam tradisi rakan anda yang berlainan agama dan
budaya dalam forum myINSPIRE.
AKTIVITI 5.2
Senaraikan impak interaksi peradaban Cina, India dan Timur Tengah
terhadap bahasa Melayu.
5.2 KONSEP NEGARA DAN BANGSA
Pembinaan negara bangsa bertitik tolak daripada kewujudan bangsa atau ras
dan lahir sebagai entiti sebuah negara yang mewakili bangsa berkenaan.
Satu bangsa melahirkan sebuah negara. Shamsul Amri Baharuddin (2012)
dalam membincangkan konsep negara bangsa membahagikan kewujudan
negara bangsa ini pada tiga keadaan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.4.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
114 TOPIK 5 PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA
Rajah 5.4: Tiga Keadaan yang Membahagikan Kewujudan Negara Bangsa
Yang berikut ialah penerangan mengenai ketiga-tiga keadaan ini.
(a) Satu Bangsa Satu Negara
Keadaan ini bermaksud satu bangsa mewakili satu negara. Konsep negara
bangsa bertitik tolak daripada satu ras yang membentuk bangsa dan
melahirkan satu negara. Maka, keadaan ini akan melahirkan sebuah negara
bangsa. Contohnya, bangsa Jepun membentuk negara Jepun.
(b) Bangsa Tanpa Negara
Terdapat beberapa bangsa tanpa negara dan mereka menuntut bangsa
mereka untuk bernegara dan mempunyai autonomi sendiri. Misalnya,
kita dapat lihat bangsa Melayu Patani di Selatan Thailand. Bangsa Melayu
Patani dahulu merupakan sebuah kerajaan yang berautoriti sendiri.
Namun, akibat daripada penjajahan, maka Patani diserahkan kepada
Siam (Thailand), sedangkan bangsa Melayu Patani beragama Islam dan
berbudaya Melayu.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 5 PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA 115
Maka, wujud konflik apabila mereka merasakan bahawa mereka bukan
sebahagian daripada bangsa Thailand yang berbudaya Thai dan beragama
Buddha. Tambahan lagi, muncul gerakan dalam kalangan bangsa Melayu
Thailand yang cuba untuk membebaskan diri daripada negara bangsa
Thailand yang dibina. Begitu juga halnya dengan bangsa Kurdis yang
bertapak di utara Iraq. Bangsa ini berjaya membentuk wilayah autonomi
Kurdistan tetapi negara Kurdistan tidak diiktiraf dalam peta dunia.
(c) Negara Tanpa Bangsa
Senario ini berlaku pada negara apabila kewujudan sesebuah negara
berlaku dan diperakui kedaulatannya tetapi tidak jelas dari segi identiti
bangsa yang dibina. Kewujudan negara sebegini boleh dirujuk dalam
konteks Malaysia. Malaysia lahir sebagai sebuah negara yang terdiri
daripada pelbagai bangsa atau ras dengan setiap etnik berkenaan
mengekalkan identiti etnik masing-masing. Namun begitu, aspek ini
merupakan keunikan yang ada pada Malaysia dari segi pembinaan negara.
Zulhilmi Paidi dan Rohani Abdul Ghani (2003) pula berpendapat bahawa
negara bangsa merupakan gabungan tiga komponen utama, iaitu negara,
individu, dan bangsa, selain tiga syarat utama seperti yang dipaparkan dalam
Jadual 5.2.
Jadual 5.2: Tiga Syarat Utama Negara Bangsa
Syarat Keterangan
Pertama Kehidupan masyarakat dalam negara tersebut bersatu padu tanpa
berlaku sebarang pemisahan atau diskriminasi. Masyarakat tidak
dibezakan atas dasar perkauman atau sebab perbezaan kepercayaan,
bahasa, kebudayaan, jenis pekerjaan, penempatan atau apa-apa jua
sebab yang boleh membawa kepada perpecahan dan huru-hara.
Kedua Penduduk dan rakyat negara itu juga mestilah berkongsi pegangan
kepada suatu ideologi yang sama.
Ketiga Penduduk turut haruslah mempunyai kepercayaan dan keyakinan yang
sepenuhnya terhadap sistem pemerintahan dan undang-undang negara.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
116 TOPIK 5 PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA
Oleh itu, dapat dikatakan bahawa usaha membina bangsa memerlukan
proses menyatukan unsur penting seperti bahasa, budaya, politik, tujuan, dan
wawasan yang dipersetujui bersama, perpaduan, ketaatan dan dedikasi terhadap
negara itu sendiri. Maka, pembinaan negara bangsa ialah proses atau kontinum
yang berterusan dan tidak ada titik tamatnya (Chew Fong Peng, 2004). Secara
ringkasnya, pembinaan negara bangsa mencerminkan keinginan negara kita
untuk mencipta kesatuan, integrasi dan identiti nasional daripada keadaan
berpisah dan tidak integratif (Tham Seong Chee, 1983).
Secara umumnya, negara ialah sekumpulan manusia yang menduduki
sesebuah wilayah yang tetap di bawah pemerintahan dan penyelenggaraan
sebuah kerajaan dan tidak tertakluk kepada kuasa luar. Bangsa pula merujuk
satu komuniti orang ramai (komuniti politik) yang terbentuk dalam sejarah,
dipertautkan melalui perkongsian wilayah bersama, ekonomi bersama, serta
mempunyai unsur subjektif bersama yang merangkumi bahasa, budaya, sastera
dan nama bersama yang dikongsi bersama. Negara bangsa mendefinisikan
kepada pembentukan yang berasaskan proses penyatuan bangsa dan
diperkuatkan lagi dengan persempadanan wilayah tertentu sebagai identiti.
5.3 KONSEP DAN PEMBENTUKAN NEGARA
BANGSA DALAM ACUAN MALAYSIA
Dalam subtopik ini, kita akan membincangkan konsep negara bangsa, tahap
pembinaan negara bangsa, definisi etos bangsa dan konsep etos bangsa. Mari
kita meneruskan pembelajaran.
5.3.1 Konsep Negara Bangsa
Pembentukan negara bangsa di Malaysia melibatkan proses dan perjalanan
sejarah yang panjang. Walaupun Malaysia telah merdeka tetapi apa-apa yang
kita bentuk ialah sebuah negara dan bukannya sebuah negara bangsa.
Menurut Abdul Rahman Embong (2015), apabila Malaysia diisytiharkan
merdeka pada tarikh 31 Ogos 1957, yang lahir ialah sebuah negara dan
bukannya sebuah bangsa. Begitu juga apabila Malaysia terbentuk pada tarikh
16 September 1963, yang wujud ialah negara Malaysia dan bukannya bangsa
Malaysia. Oleh itu, Malaysia masih dalam proses pembentukan bangsanya
(Mohd Syariefudin Abdullah, 2014).
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 5 PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA 117
Pembinaan negara bangsa bukan konsep yang baharu tetapi telah lama
diperkatakan. Konsep negara bangsa merupakan kesan penting lanjutan
daripada pembinaan tamadun. Konsep ini bermula di Eropah selepas
kelahiran ras tertentu atau etnik tertentu. Bermula daripada konsep etnik, lahir
konsep bangsa yang menggambarkan identiti yang besar dan menuju ke arah
satu aspek, iaitu negara.
Menurut Abdul Rahman Embong (2015), konsep negara bangsa di Eropah
bermula apabila lahirnya kelompok bangsa yang menentang kuasa feudal dan
proses pembentukan sistem baharu yang disebut kapitalis. Kejayaan kapitalis
membolehkan mereka berkuasa dan membentuk sebuah negara moden yang
entiti negara ialah mempunyai sempadan atau wilayah tertentu dan juga adanya
bangsa tertentu yang mendukung negara tersebut. Misalnya, di Eropah,
bangsa Inggeris muncul lebih awal sebelum lahirnya bangsa Eropah dan
negara England yang moden.
5.3.2 Tahap Pembinaan Negara Bangsa
Apabila berbincang mengenai hubungan etnik dan proses pembinaan negara
bangsa, kita sebenarnya bukan sahaja bercakap tentang pelbagai etnik yang ada
di Malaysia. Namun, kita perlu melihat dari banyak aspek yang melibatkan
penghayatan proses pembinaan perpaduan dan kesepaduan pelbagai etnik
sebagai pedoman dan amalan hidup setiap warganegara Malaysia. Oleh yang
demikian, pembinaan negara bangsa yang jitu akan dapat diutarakan. Dalam
proses pembinaan negara bangsa Malaysia, kita perlu akur bahawa negara ini
dibina dalam masa yang singkat dan perpaduan dalam kalangan etnik terlibat
tidak berlaku dengan mendalam (Mohd Syariefudin Abdullah, 2014).
Menurut Zulhilmi Paidi dan Rohani Abdul Ghani (2003), dalam proses
modenisasi, setiap negara harus mengalami tiga tahap perkembangan dalam
proses pembinaan negara bangsa yang dapat dilihat dalam Jadual 5.3.
Jadual 5.3: Tahap Perkembangan Pembinaan Negara Bangsa
Tahap Perkembangan Keterangan
Pembentukan kuasa Merujuk usaha menguatkuasakan kewibawaan awam ke
pusat seluruh negara.
Pembentukan negara Bertujuan memupuk rasa sepunya, patriotisme dan
semangat kesetiaan dalam kalangan rakyat.
Pembangunan negara Merujuk kepada usaha menggerakkan seluruh sumber
bangsa manusia dan material bagi mencapai kemajuan dan
perpaduan.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
118 TOPIK 5 PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA
Negara di Eropah mengambil masa yang panjang untuk menyelesaikan
peringkat pembinaan negara bangsa. Mereka juga tidak menghadapi masalah
yang kronik dalam pembinaan negara bangsa mereka berbanding dengan
Malaysia. Keadaan berbeza di Malaysia dan negara merdeka selepas Perang
Dunia Kedua apabila negara berkenaan perlu melaksanakan ketiga-tiga proses
tersebut secara serentak dengan kadar yang lebih cepat berbanding dengan
negara maju. Maka, pembinaan negara bangsa dalam konteks masyarakat
Malaysia terdapat banyak perkara yang masih belum dapat diselesaikan pada
peringkat pembinaan negara bangsa.
Menurut Abdul Rahman Embong (2006), Malaysia merupakan sebuah negara
berbilang kaum, bahasa, agama dan budaya dengan anggota masyarakatnya
hidup berdampingan dan bercampur gaul antara satu sama lain. Sebelum
merdeka, proses campur gaul ini berlaku dengan kadar yang terbatas tetapi
selepas merdeka proses ini berlaku dengan kadar yang lebih tinggi. Malahan,
kewujudan Malaysia merupakan manifestasi kepada perjuangan semua kaum
utama yang ada di Malaysia atas dasar perpaduan, permuafakatan dan
persefahaman. Walaupun mereka berbeza daripada segi keturunan etnik,
bahasa dan budaya tetapi mampu menjalinkan hubungan yang baik antara etnik.
Menurut beliau lagi, semasa Malaysia dibentuk, kita hanya mampu membina
negara dan bukannya bangsa. Hal ini demikian kerana pembinaan satu-satu
bangsa mengambil masa yang panjang dan berlaku secara semula jadi, secara
evolusi dan bukannya revolusi. Walaupun selepas kemasukan Sabah dan
Sarawak pada tahun 1963, kita hanya mampu membina negara dan bukannya
negara bangsa.
Oleh itu, Shamsul Amri Baharuddin (2012) membincangkan secara terperinci
berkaitan dengan proses pembinaan negara bangsa Malaysia melalui kaedah
sosiologi sejarah. Beliau membahagikan pembinaan negara Malaysia kepada
tiga tahap utama seperti yang dapat kita lihat dalam Rajah 5.5.
Rajah 5.5: Tiga Tahap Utama Pembinaan Negara Malaysia
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 5 PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA 119
Mari kita lihat penjelasan lanjut bagi setiap tahap pembinaan Negara Malaysia.
(a) Era Konflik (1945–1960)
Sesuai dengan era ini sebagai era konflik, maka masyarakat di Malaysia
dikaitkan dengan pelbagai konflik yang wujud. Selepas Perang Dunia
Kedua, kehidupan masyarakat adalah amat daif. Keadaan ini boleh
mengundang kepada pelbagai masalah. Bermula dengan penguasaan
anggota Komunis yang dikenal sebagai Bintang Tiga yang menguasai
pentadbiran di Tanah Melayu selama 14 hari, sementara peralihan
kuasa mengorbankan banyak nyawa sama ada orang Melayu atau Cina.
Anggota Komunis ini bebas melakukan kezaliman dan melakukan
aktiviti membalas dendam.
Peristiwa kedua apabila Malayan Union yang diisytiharkan pada tarikh
1 April 1946 yang mengundang perasaan tidak puas hati dalam kalangan
orang Melayu. Namun begitu, Malayan Union menerima tentangan
daripada orang Melayu hingga mendesak Malayan Union ditamatkan.
Kesan penting Malayan Union ini ialah penyatuan Melayu hingga
membawa penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO –
United Malay National Organisation). Kemudian, bagi menyelesaikan
permasalahan ini, British menubuhkan Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu yang mendapat respons daripada semua pihak, iaitu orang
Melayu yang diwakili oleh UMNO dan raja Melayu.
Satu usaha penting dalam meredakan konflik antara kaum pada waktu
ini ialah penubuhan Jawatankuasa Hubungan antara Kaum (CLC –
Communities Liaison Committee) pada tahun 1949 oleh Sir Malcolm
MacDonald. Antara pemimpin-pemimpin etnik Melayu, Cina, dan India
yang menganggotai jawatankuasa ini adalah seperti berikut:
• DatoÊ Onnn Jaafar (wakil etnik Melayu)
• DatoÊ Abdul Wahab Abdul Aziz (wakil etnik Melayu)
• Mohd. Salleh Hakim (wakil etnik Melayu)
• Dr Mustapha Osman (wakil etnik Melayu)
• Zainal Abidin Haji Abas
• Tan Cheng Lock (wakil etnik Cina)
• Lee Tiang Keng (wakil etnik Cina)
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
120 TOPIK 5 PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA
• C. C. Tan (wakil etnik Cina)
• Yong Shook Lin (wakil etnik Cina)
• E. E. C. Thuraisingham (wakil orang Ceylon) yang juga pengerusi
jawatankuasa ini
• L. R. Doraisamy Iyer (wakil kaum India)
• Dr J. S. Goonting (wakil orang Serani)
• Roland Braddell (wakil orang Eropah)
Jawatankuasa ini dianggap berperanan penting dalam meredakan
ketegangan antara kaum pada ketika itu. Menurut Shamsul Amri
Baharuddin (2012), dari sinilah munculnya kegiatan etnik tawar-menawar
atau bertolak ansur antara kaum yang digunakan dalam analisis politik
mengenai Malaysia. Walaupun Persekutuan Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan pada tarikh 31 Ogos 1957, Malaysia masih dalam Darurat
yang hanya tamat pada tarikh 31 Julai 1960. Maka, Malaysia masih dalam
keadaan berkonflik walaupun telah merdeka.
(b) Era Stabil tetapi Tegang (1961–1970)
Era ini merupakan era yang kritikal terutamanya selepas tamatnya Darurat
dan Perang Dingin masih lagi berterusan. Pembentukan Persekutuan
Malaysia dengan kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura pada tahun
1963 menjadi penanda aras yang penting bahawa bermulanya sebuah negara
yang dikenal sebagai Malaysia. Menurut Shamsul Amri Baharuddin (2012),
kejayaan memasukkan Sabah dan Sarawak merupakan manifestasi kepada
CLC yang ditubuhkan pada tahun 1949 atas prinsip, tolak ansur etnik.
Kerajaan di Tanah Melayu ketika itu sanggup bersetuju dengan tuntutan
20 Perkara dari Sabah dan 18 Perkara dari Sarawak dari aspek autonomi
mereka dalam menguruskan negeri mereka.
Pihak Indonesia tidak berpuas hati dengan penubuhan Persekutuan
Malaysia dan menganggap negara ini sebagai neo-colony. Konfrontasi ini
dipimpin oleh Soekarno yang dikatakan kerajaannya banyak dipengaruhi
oleh Parti Komunis Indonesia (PKI). Serangan dilancarkan ke atas
Malaysia. Namun begitu, konfrontasi ini berakhir apabila Soeharto
dilantik sebagai Presiden Indonesia dan beliau memperakui kewujudan
Persekutuan Malaysia.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 5 PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA 121
Peristiwa rusuhan kaum terbesar berlaku dalam dua siri berbeza,
iaitu semasa Singapura dalam Malaysia pada tarikh 21 Julai dan
3 September 1964. Peristiwa ini mengorbankan lebih kurang 40 orang
dan ribuan orang ditangkap. Isu ini menjadi asas penting penyingkiran
Singapura dari Malaysia bagi tujuan pembinaan negara Malaysia yang
stabil.
Selain itu, peristiwa 13 Mei 1969 merupakan rusuhan kaum terbesar di
Malaysia. Rusuhan kaum ini menjadi asas penting pada Malaysia bahawa
perlunya ada usaha ke arah kesepaduan sosial. Oleh itu, pelbagai usaha
dilakukan oleh pihak kerajaan secara atas-bawah. Antara usaha ini ialah
menubuhkan Majlis Perundangan Rakyat, Jabatan Perpaduan Negara,
Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru. Maka, bermulalah usaha
kerajaan dalam setiap perlaksanaan dasar yang mempunyai matlamat
akhirnya, iaitu untuk perpaduan nasional.
(c) Era Kesepaduan Sosial (1971–2011)
Menurut Shamsul Amri Baharuddin (2012), Era Kesepaduan Sosial
(1971–2011) ialah era ketika berlakunya pemantapan interaksi antara
masyarakat (society), negara (state) dan pasaran (market) disulam erat
dengan positif. Walaupun berlaku turun naik akibat pengaruh global,
tetapi kita masih mampu mempertahankan kesepaduan sosial dalam
masyarakat pelbagai etnik.
Walaupun berlaku peristiwa seperti peristiwa Kampung Medan pada
tahun 2001 antara etnik Melayu dengan India, namun peristiwa ini
memperlihatkan bahawa faktor ekonomi sebagai indikator penting dalam
memastikan kestabilan dan keharmonian kaum. Oleh itu, kita perlu kembali
kepada slogan perpaduan dalam kepelbagaian (unity in diversity) dan
perpaduan nasional termasuklah cita-cita membentuk satu bangsa idaman,
iaitu bangsa Malaysia. Keupayaan kita menerima kepelbagaian, maka
lahirlah slogan yang enak didengar seperti Malaysia Truly Asia, Perpaduan
dalam Kepelbagaian dan Meraikan Kepelbagaian. Maka, melalui Era
Kesepaduan Sosial, perbezaan bukan satu masalah kepada pembinaan
negara bangsa. Yang menjadi masalah ialah sifat perkauman yang
menebal, prasangka dan kurangnya tolak ansur antara etnik.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
122 TOPIK 5 PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA
SEMAK KENDIRI 5.2
Berikan dua kesan kedatangan:
(a) Tamadun India ke Tanah Melayu
(b) Tamadun Cina ke Tanah Melayu
(c) Pedagang Arab ke Tanah Melayu
AKTIVITI 5.3
Adakah Malaysia sebuah negara bangsa? Bincangkan bersama tutor
dan rakan sekuliah anda.
5.3.3 Definisi Etos Bangsa
Tahukah anda apakah definisi bagi etos bangsa?
Etos bangsa ialah satu bentuk kepercayaan masyarakat yang bertahan
lama, dikongsi oleh sebahagian besar anggota masyarakat dan memberi
tumpuan kepada masa depan masyarakat. Selain itu, etos bangsa boleh
dianggap sebagai bahagian utama hak kolektif budaya, dan setiap
kumpulan mempunyai autonomi tersendiri dalam memutuskan apakah
bentuk atau jenis etos bangsa yang diperlukan oleh mereka bagi
mengekalkan ingatan kolektif dan membangunkan identiti mereka.
Istilah etos bangsa merujuk nilai khas, tradisi, identiti dan wawasan masa depan
sesebuah bangsa dengan melihat kepercayaan masyarakat dalam tiga elemen
utama, iaitu kepercayaan, sikap dan nilai tertentu. Etos bangsa merupakan
ciri budaya suci sebuah masyarakat yang melibatkan unsur seperti nilai,
norma, adat istiadat, undang-undang dan pantang larang. Etos bangsa akan
mempengaruhi tindakan, sikap dan tingkah laku ahli masyarakat.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 5 PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA 123
Secara umumnya, etos bangsa menunjukkan sifat kolektiviti yang relevan
wujud dalam masyarakat. Namun, kebanyakan ahli masyarakat mungkin
tidak mampu untuk menjiwai sifat kolektiviti tersebut atau melihatnya dari
sudut yang positif. Contohnya, masyarakat pelbagai etnik Malaysia menganggap
Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan sejarah hitam yang perlu dielakkan dan
perpaduan ialah teras kepada keamanan dalam masyarakat. Kepercayaan yang
bersifat sedemikian membentuk etos bangsa bagi sesebuah masyarakat.
5.3.4 Konsep Etos Bangsa
Perkara yang lebih utama ditekankan dalam konsep etos bangsa ialah
pembentukan ingatan kolektif dan identiti kolektif yang menjadi acuan kepada
pembentukan karakter nasional. Etos bangsa boleh menjadi suatu unsur yang
ideal, membentuk nilai, prinsip dan norma yang memberi panduan normatif
kepada sesebuah masyarakat (Schwaninger, 2006). Sehubungan dengan itu,
Tun Dr Mahathir Mohamad melihat bahawa bangsa Malaysia boleh dibentuk
melalui pemupukan etos bangsa. Etos bangsa Malaysia pula perlu mengambil
kira bentuk hubungan etnik yang terjalin dalam masyarakat multi etnik selama
ini. Bentuk hubungan inilah yang menjadi penentu kepada proses pembinaan
negara bangsa (Mansor et al., 2006).
Dalam konteks Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad (1992) mengemukakan
etos bangsa sebagaimana berikut:
Membangunkan negara daripada manusia yang pelbagai dengan latar
belakang sejarah, etnik, bahasa, agama, budaya dan geografi yang berbeza
adalah lebih daripada sekadar memupuk permuafakatan mengenai ciri-ciri
asas sesebuah negeri atau negara.
Selain itu, membangunkan negara melibatkan pemupukan terhadap:
• pengalaman mengenai sejarah yang dikongsi
• nilai bersama
• penghayatan kepada identiti yang sama
• berkongsi masa hadapan yang merentasi sempadan etnik tanpa
menjejaskan identiti etnik
• kesetiaan
• komitmen
• keterikatan emosi kepada negara dan etos kebangsaan yang jelas
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
124 TOPIK 5 PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA
Sesebuah masyarakat tidak akan mempunyai identiti yang sama dengan
sebuah masyarakat yang lain, tetapi pada masa juga merupakan suatu set
ciri-ciri berkekalan yang membawa unsur persamaan dalam sesebuah
masyarakat. Masyarakat multietnik Malaysia juga membawa suatu identiti
tersendiri. Pada dasarnya, etos bangsa boleh menjadi asas kepada kestabilan
dan daya tahan sesebuah masyarakat atau organisasi (Schwaninger, 2006).
Di samping itu, etos bangsa juga merupakan sumber fokus yang boleh menjadi
wahana paling berkuasa untuk pembangunan dan perubahan masyarakat. Jika
etos bangsa tidak dikongsi bersama, ia akan cenderung untuk menjadi halangan
obstruktif kepada sesuatu transformasi dan inovasi (Schwaninger, 2006). Selain
itu, sesebuah masyarakat yang tidak mempunyai kesedaran tentang etos
bangsa tidak akan berupaya untuk hidup sebagai satu unit kolektif apatah
lagi untuk membentuk sebuah negara bangsa yang ideal.
Berdasarkan kupasan konsep berikut, etos bangsa boleh dikatakan menjadi
pusat kepada agenda pembinaan negara bangsa, khususnya dalam konteks
untuk mencapai matlamat perpaduan negara dan integrasi nasional. Sehubungan
dengan itu, etos bangsa dengan lebih tepat boleh ditakrifkan sebagai „ciri-ciri
unik masyarakat setempat yang mengikat seseorang individu dengan individu
yang lain, dan yang mengikat individu dengan negara‰ (Mohd Mahadee, 2015).
Ciri-ciri unik tersebut merangkumi empat dimensi utama, iaitu:
• nilai
• perasaan dan semangat
• kepercayaan
• identiti (Mohd Mahadee, 2015)
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 5 PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA 125
5.4 KEPELBAGAIAN IDEA “BANGSA IDAMAN”
DAN PERBAHASAN
Subtopik ini akan mengetengahkan mengenai kepelbagaian idea berkenaan
bangsa idaman dan perbahasan yang berkaitan dengannya. Mari kita meneruskan
pembacaan.
5.4.1 Cabaran Pembinaan Negara Bangsa
Hubungan etnik yang harmoni merupakan kunci pembinaan negara bangsa.
Dalam konteks Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik, mustahil negara
ini dapat dibina jika hubungan etnik tidak dapat diuruskan dengan baik.
Pembinaan negara bangsa memerlukan perhatian terhadap cabaran dalam
menguruskan:
(a) Keterbatasan (Scarcity)
Menguruskan keterbatasan ialah kunci kejayaan kerajaan untuk
menguruskan sumber yang terhad sama ada dari aspek bahan mentah
atau sumber ekonomi. Kejayaan ini mendorong kemajuan dan
pembangunan. Sementara itu, menguruskan kesepaduan sosial (solidariti)
amat berkait rapat dengan proses pembinaan negara bangsa.
(b) Kesepaduan Sosial (Solidariti)
Kejayaan menguruskan kesepaduan sosial ialah kunci penting dalam
mewujudkan kestabilan. Kejayaan kerajaan dalam menguruskan
keterbatasan dan kesepaduan sosial menjadi elemen penting dalam
pembinaan negara bangsa.
(c) Kepelbagaian
Cabaran yang paling sukar dalam pembinaan negara Malaysia adalah
untuk menyatukan pelbagai etnik yang terdiri daripada pelbagai latar
belakang, agama, bahasa dan pengalaman yang berbeza di bawah
satu payung, iaitu Malaysia.
(d) Mencabar Kontrak Sosial/Tiang Seri Perlembagaan
Kontrak sosial merupakan persetujuan yang tidak direkodkan sewaktu
menggubal perlembagaan melibatkan Melayu dan bukan Melayu mengenai
taraf kewarganegaraan, kedudukan Islam, kedudukan istimewa orang
Melayu, bahasa Melayu dan institusi beraja. Perkara ini sering kali
diungkit khususnya apabila menjelang pilihan raya yang boleh membawa
kepada konflik dalam rakyat.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
126 TOPIK 5 PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA
(e) Pergeseran Agama
Isu agama seperti penukaran agama, status negara Islam, pemindahan
rumah ibadat, kumpulan fanatik agama sebagainya, sering kali timbul
dalam perbincangan rakyat. Isu ini dibincangkan secara terbuka dalam
media sosial tanpa menghiraukan keharmonian agama dalam masyarakat.
(f) Cabaran Globalisasi
Globalisasi yang merujuk dunia tanpa sempadan seperti ledakan teknologi
maklumat, budaya kuning, ideologi asing dan sebagainya jika tidak
dibendung boleh menjejaskan pembinaan negara bangsa dengan
terhakisnya budaya dan identiti negara.
(g) Gejala Sosial
Peningkatan gejala sosial seperti lepak, penagihan dadah, merempit,
hedonisme dan individualistik boleh melemahkan identiti generasi mudah
khususnya. Hal ini boleh merencatkan pembinaan negara bangsa jika tidak
dikawal.
5.4.2 Strategi Pembinaan Negara Bangsa Malaysia
Formula Malaysia dalam proses pembinaan negara bangsanya ialah formula
integrasi. Formula ini membolehkan Malaysia dibangunkan berasaskan dengan
mengekalkan budaya asal satu-satu etnik. Apabila kemerdekaan Tanah Melayu
(1957) atau kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan Malaysia (1963),
bukannya kita membentuk bangsa Malaysia tetapi kita membentuk sebuah
negara yang terdiri daripada pelbagai bangsa atau etnik yang mempunyai
latar belakang berbeza sama ada dari segi ras, budaya, bahasa dan agama.
Yang menariknya di sini ialah perbezaan ini tidak membawa kepada konflik
yang teruk atau menghancurkan negara ini, malahan, ia menjadi kunci penting
kepada pembinaan Malaysia.
Hal ini boleh dilaksanakan melalui dua perkara berikut, iaitu:
• Dimensi Fizikal
Yang dimaksudkan dengan dimensi fizikal ialah perihal pembangunan
infrastruktur, perekonomian, peninggian taraf hidup, penjagaan alam
sekitar dan seumpamanya (Makmor Tumin, 2000). Pembangunan fizikal ini
amat penting dilaksanakan supaya pembangunan dan pengagihan kekayaan
ekonomi negara mampu diagihkan secara adil kepada setiap masyarakat
bagi mengelakkan perasaan terpinggir yang seterusnya boleh menimbulkan
konflik dalam masyarakat yang pelbagai etnik.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 5 PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA 127
• Dimensi Psikologi
Dimensi psikologi pula merujuk perihal pembentukan sikap, pegangan,
kepercayaan dan pandangan hidup terhadap bangsa etnik. Psikologi ini
perlu dibentuk supaya sifat yang negatif seperti etnosentrisme, prejudis,
bias, stereotaip dan semangat perkauman melampau yang diminimumkan
dalam masyarakat Malaysia. Jika sifat ini dapat dikikis, proses pembinaan
negara bangsa mudah berlaku kerana sikap curiga dan mencurigai antara
pelbagai etnik dapat dinipiskan dan seterusnya dilenyapkan.
SEMAK KENDIRI 5.3
1. Jelaskan dimensi fizikal dan dimensi psikologi menurut
kefahaman anda.
2. Senaraikan cabaran pembentukan kaum di Malaysia.
AKTIVITI 5.4
Apakah strategi terbaik untuk membentuk negara bangsa di Malaysia?
Bincangkan dengan rakan sekuliah anda dalam forum myINSPIRE.
• Peradaban Majmuk di Malaysia ialah gabungan daripada beberapa peradaban
besar dunia yang bergaul dan tergarap melalui perjalanan sejarah di Alam
Melayu.
• Batas kumpulan etnik mereka berubah-ubah kerana wujud hubungan
silang kumpulan sehingga terbina integrasi budaya dan sosial antara etnik.
• Terdapat perbezaan antara peradaban majmuk yang wujud pada zaman
Kesultanan Melayu Melaka berbanding dengan zaman penjajah British
• Dasar pecah dan perintah penjajah Inggeris mengubah bentuk hubungan
etnik yang terbina di alam Melayu sebelum kedatangan Inggeris hingga
jelas kelihatan bentuk pekerjaan teragih mengikut kumpulan etnik.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
128 TOPIK 5 PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA
• Kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan Malaysia pada tahun
1963 membentuk sebuah negara bangsa yang lebih luas dan besar.
• Kesan kedatangan Tamadun India ke Tanah Melayu dari segi penyebaran
agama ialah agama Hindu diterima dan menjadi pegangan penduduk
tempatan yang sebelumnya berpegang pada kepercayaan animisme.
• Dalam bidang teknologi, Tamadun China membawa teknologi membuat
gula daripada tebu ke kepulauan Melayu dan penghasilan barangan lain
seperti kertas, kain, bahan letupan dan lilin.
• Kedatangan Islam menyebabkan berlaku proses islamisasi di alam Melayu
dengan kesannya sebagaimana yang dapat dilihat dalam sejarah.
• Konsep negara bangsa terbahagi kepada tiga keadaan, iaitu:
− satu negara satu bangsa
− negara tanpa bangsa
− bangsa tanpa negara
• Negara bangsa merupakan gabungan tiga komponen utama, iaitu:
− negara
− individu
− bangsa
• Istilah etos bangsa merujuk nilai khas, tradisi, identiti dan wawasan masa
depan sesebuah bangsa dengan melihat kepercayaan masyarakat dalam
tiga elemen utama:
− kepercayaan
− sikap
− nilai tertentu
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 5 PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA 129
Bangsa Negara bangsa
Bangsa idaman Peradaban Cina
Dimensi fizikal Peradaban India
Dimensi psikologi Peradaban Melayu
Etos bangsa Peradaban Timur Tengah
Interaksi peradaban Sejarah sosial
Negara Strategi pembinaan negara bangsa
Abdul Rahman Embong. (2015). Negara bangsa: Proses dan perbahasan
(Ed. ke-2). Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Budi Anto, M. T., & Saidatul, N. (2020). Hubungan kaum di Sabah: Suatu
pemerhatian awal. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities,
5(10), 95–104.
Cheah Boon Kheng. (2004). The challenge of ethnicity: Building a nation in
Malaysia. Marshall Cavendish Academic.
Chew Fong Peng. (2004). Pembentukan negara bangsa melalui pendidikan sastera.
Jurnal Pengajian Melayu, 17, 136–168.
Emerson, R. (1979). Malaysia: A study in direct and indirect rule. University of
Malaya Press.
Hashim Musa. (2005). Pemerkasaan Tamadun Melayu Malaysia. Penerbit
Universiti Malaya.
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). (1992). Malaysia kita. Institut Tadbiran
Awam Negara.
Khoo Kay Kim. (1987). Kenegaraan 30 tahun: Satu perspektif sejarah. Persatuan
Muzium Malaysia.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
130 TOPIK 5 PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA
Makmor Tumin. (2000). Memperkasa strategi pembinaan negara bangsa Malaysia.
Dlm. Perpaduan. Jabatan Perpaduan Negara.
Mansor Mohd Noor, Abdul Rahman Abdul Aziz, & Mohamad Ainuddin Iskandar
Lee. (2006). Hubungan etnik di Malaysia. Prentice Hall.
Mohd Mahadee Ismail. (2015). Sosialisasi politik, etos nasional dan negara-bangsa:
Kajian pendidikan sivik dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
dalam kalangan mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM). Tesis Doktor
Falsafah, Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd Syariefudin Abdullah. (2014). MPU3113 Hubungan Etnik. Open University
Malaysia.
Schwaninger, M. (2006). Intelligent organizations powerful models for systemic
management. Springer.
Shamsul Amri Baharuddin. (2012). Modul hubungan etnik (Ed. ke-2). Institut
Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Tham Seang Chee. (1983). Education and nation-building in a multiethnic society:
The cse of Malaysia and Singapore. Kertas Kerja. Seminar Modeninasi
dan Keperibadian Budaya Bangsa, 10–12 Januari. Persatuan Sains Sosial
Malaysia.
Zulhilmi Paidi, & Rohani Abdul Ghani. (2003). Pendidikan negara bangsa.
PTS Publications & Distributor Sdn Bhd.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
Topik Perlembagaan
Persekutuan
6 Tiang Seri
Etika dan
Peradaban
di Malaysia
Prof Madya Dr Nazri Muslim
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat melakukan perkara
berikut:
1. Menjelaskan latar belakang sejarah Perlembagaan
Persekutuan.
2. Menerangkan peruntukan utama dalam Perlembagaan
Persekutuan.
3. Membincangkan perlembagaan sebagai tapak integrasi
di Malaysia.
4. Membincangkan cabaran semasa mengenai perlembagaan.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
132 TOPIK 6 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TIANG SERI ETIKA DAN
PERADABAN DI MALAYSIA
Perlembagaan sangat berkaitan dengan etika dan peradaban bagi sesebuah
negara. Pematuhan kepada perlembagaan merupakan etika yang sangat penting
diikuti oleh rakyat Malaysia bagi memastikan kemakmuran negara yang
berterusan. Begitu juga dengan perlembagaan, merupakan lambang peradaban
bagi sesebuah negara yang berdaulat, iaitu antara ciri negara yang mempunyai
peradaban yang tinggi adalah mempunyai perlembagaan dan kedaulatan negara.
Hal ini penting bagi menjamin kelangsungan Malaysia sebagai sebuah
negara yang berbilang etnik dan mempunyai wilayah yang terpisah di antara
negeri-negeri.
6.1 DEFINISI, KONSEP, DAN SEJARAH
PERLEMBAGAAN
Dalam topik ini, kita akan meneliti definisi, konsep, dan sejarah perlembagaan
yang digunakan di dalam negara kita. Dengan mempelajari perlembagaan ini,
diharapkan anda akan lebih memahami dan menghormati undang-undang
supaya keharmonian negara ini dapat dijaga walaupun rakyat terdiri daripada
berbilang kaum.
6.1.1 Definisi Perlembagaan
Istilah perlembagaan berasal daripada bahasa Perancis, iaitu constituer yang
bererti membentuk. Membentuk jika dirujuk dalam konteks perlembagaan
membawa maksud pembentukan suatu negara ataupun menyusun suatu negara.
Dalam bahasa Latin, perlembagaan merupakan gabungan daripada dua
perkataan, iaitu cume dan statuere. Cume bermaksud bersama dengan dan
statuere pula bermakna membuat sesuatu supaya berdiri atau mendirikan/
menetapkan.
Perlembagaan juga membawa erti suatu suratan atau dokumen yang
mengandungi semua undang-undang tertinggi yang mustahak bagi penubuhan
dan kewujudan sesebuah negara dan sistem politiknya. Perlembagaan menjadi
punca semua undang-undang dalam negara berkenaan. Semua undang-undang
lain tidak boleh bertentangan dengan undang-undang dan prinsip perlembagaan
dan sekiranya bertentangan, maka undang-undang perlembagaan yang lebih
unggul dan diterima pakai sebagai undang-undang yang lebih utama (Nazri
Muslim, 2020).
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 6 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TIANG SERI ETIKA DAN 133
PERADABAN DI MALAYSIA
Ringkasnya, perlembagaan ialah undang-undang yang mengatasi semua
undang-undang lain yang diluluskan sama ada oleh parlimen atau orang atau
badan lain. Menurut Nazri Muslim (2020) berdasarkan takrifan ini, beberapa
kesimpulan tentang makna perlembagaan dilihat dalam Rajah 6.1.
Rajah 6.1: Takrifan Perlembagaan
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
134 TOPIK 6 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TIANG SERI ETIKA DAN
PERADABAN DI MALAYSIA
6.2 KONSEP PERLEMBAGAAN
Bagi sesebuah negara moden yang berdaulat, perlembagaan merupakan sumber
undang-undang tertinggi dan setiap individu perlu mematuhi keluhurannya.
Kewujudannya sebagai panduan untuk mengatur dan menyelaras pemerintahan
sesebuah negara. Selain itu, perlembagaan juga berperanan sebagai panduan
bagi pembentukan undang-undang sama ada di pihak kerajaan atau rakyat
atau sesiapa sahaja.
Perlembagaan boleh dibahagikan kepada dua, iaitu:
• Perlembagaan Bertulis
Bentuk perlembagaan yang dikumpulkan dan disusun dalam satu dokumen.
• Perlembagaan Tidak Bertulis
Merangkumi semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam
satu dokumen seperti undang-undang yang diluluskan oleh parlimen dan
keputusan mahkamah seperti United Kingdom.
Perlembagaannya terdapat dalam pelbagai akta parlimen, keputusan mahkamah,
konvensyen perlembagaan dan fikiran serta pendapat tokoh yang terkenal
dalam bidang perundangan (Nazri Muslim, 2020).
Perlembagaan Persekutuan merupakan perlembagaan bertulis dengan badan
perundangan, kehakiman dan eksekutif mendapat kuasa daripada perlembagaan.
Perlembagaan Persekutuan mengandungi:
• 15 Bahagian
• 183 Perkara
• 13 Jadual
Secara ringkasnya, Perlembagaan Persekutuan menyentuh bidang kuasa
eksekutif, legislatif, kehakiman, kedudukan agama Islam, kewarganegaraan,
bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu, bumiputera Sabah
dan Sarawak dan lain-lain. Yang uniknya, kesemua perkara dalam Perlembagaan
Persekutuan adalah sama dengan mana-mana perlembagaan di dunia. Namun,
pengekalan unsur tradisi seperti agama Islam, bahasa Melayu, kedudukan
istimewa orang Melayu dan pemerintahan beraja, merupakan sesuatu yang
mendasari ruang lingkup tempatan (Nazri Muslim, 2020).
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 6 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TIANG SERI ETIKA DAN 135
PERADABAN DI MALAYSIA
Seterusnya, pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan boleh dilakukan
melalui cara yang dinyatakan dalam Jadual 6.1.
Jadual 6.1: Cara Meminda Perlembagaan Persekutuan
Perkara Keterangan
Perkara 159 (4) Menjelaskan bahawa sesetengah perkara boleh dipinda hanya
memerlukan sokongan lebih 2/3 setiap dewan, antaranya seperti
sumpah dan ikrar taat setia, pemilihan dan persaraan ahli-ahli
Dewan Negara.
Perkara 159 (5) Menjelaskan bahawa perlu mendapat sokongan 2/3 setiap dewan
dan perkenan Majlis Raja-Raja yang melibatkan perkara seperti
kedaulatan raja, kedudukan istimewa orang Melayu, bumiputera
Sabah dan Sarawak, bahasa kebangsaan, dan agama persekutuan.
Perkara 161 (E) Menjelaskan sesetengah perkara boleh dipinda, iaitu perlu
mendapat sokongan 2/3 setiap dewan dan dipersetujui oleh
Yang di-Pertua Negeri Sabah dan Sarawak bagi melibatkan
kepentingan Sabah dan Sarawak seperti bidang kuasa kerajaan
negeri dan kedudukan istimewa bumiputera.
Perlembagaan Persekutuan juga mengguna pakai konsep ketertinggian
perlembagaan. Melalui konsep ini, tidak terdapat institusi yang mengatasi
ketertinggian Perlembagaan Persekutuan. Malahan ketiga-tiga badan kerajaan,
iaitu perundangan, kehakiman dan eksekutif mahupun Yang di-Pertuan Agong
tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan.
Contohnya, kuasa perundangan hendaklah dijalankan tertakluk kepada
peruntukan yang dikenakan oleh Perlembagaan. Malahan, undang-undang
persekutuan atau negeri mengenai sesuatu perkara boleh diisytiharkan
sebagai tidak sah oleh mahkamah jika undang-undang itu bercanggah dengan
Perlembagaan Persekutuan, setakat mana undang-undang tersebut bercanggah.
Hal ini demikian kerana perlembagaan memperuntukkan dengan nyata
Perkara 4(1) bahawa Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang
utama persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas
Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan perlembagaan ini hendaklah
terbatal setakat yang berlawanan itu (Mohamed Suffian Hashim, 1987).
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
136 TOPIK 6 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TIANG SERI ETIKA DAN
PERADABAN DI MALAYSIA
6.3 SEJARAH PENGGUBALAN
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Dalam subtopik yang berikutnya, perbincangan akan menjurus kepada
undang-undang bertulis sebelum zaman penjajah, Malayan Union, Persekutuan
Tanah Melayu 1948, Suruhanjaya Reid, Jawatankuasa Kerja (Working Committee)
dan Perisytiharan Perlembagaan
6.3.1 Undang-undang Bertulis Sebelum Zaman
Penjajah
Di Malaysia, sebelum kewujudan Hukum Kanun Melaka yang ditulis pada
masa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1446–1456) oleh Hang Sidi Ahmad
dan Undang-Undang Laut Melaka, perundangan Islam diamalkan lebih awal
dari itu melalui Prasasti Terengganu yang bertarikh 14 Rejab 702 H bersamaan
22 Februari 1303. Prasasti Terengganu ini memperuntukkan beberapa peraturan
berhubung dengan jenayah, urus niaga dan pentadbiran.
Selepas Prasasti Terengganu, diikuti pula Undang-Undang Pahang yang disusun
semasa pemerintahan Sultan Abdul Ghafur Mahaiyuddin Shah (1592–1614),
Undang-Undang Kedah (Undang-Undang Pelabuhan, 1650), Tembera DatoÊ
Seri Paduka Tuan (1078 H/1666 M), Hukum Kanun DatoÊ Star (t.t.),
Undang-Undang Kedah (1199 H/1784 M) dan Undang-Undang Sembilan
Puluh Sembilan Perak yang dibawa masuk ke negeri Perak dari Hadramaut pada
zaman Sultan Ahmad Tajuddin Shah (1577–1584) menunjukkan bahawa telah
terdapat undang-undang secara bertulis di Tanah Melayu pada ketika itu yang
lebih menjurus kepada undang-undang Islam.
Hal ini menunjukkan hukum Syarak telah digunakan oleh masyarakat
Melayu bagi hal ehwal yang melibatkan keagamaan, pewarisan, perkahwinan
dan hal tempatan. Namun, hal yang menyentuh ketatanegaraan tidak terdapat
dalam undang-undang tersebut (Nazri Muslim, 2020).
Namun, undang-undang tersebut tidak boleh disamakan dengan prinsip
perlembagaan moden disebabkan oleh nilai dan struktur masyarakat pada
masa itu berbeza dengan situasi pada masa kini. Maka, perlembagaan di
Tanah Melayu bermula sejak kewujudan Hukum Kanun Melaka.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 6 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TIANG SERI ETIKA DAN 137
PERADABAN DI MALAYSIA
Perlembagaan bertulis yang paling awal dihasilkan di Tanah Melayu adalah
pada tahun 1895, iaitu Perlembagaan Negeri Johor. Dalam perlembagaan
tersebut, diperuntukkan bahawa seorang Raja hendaklah berbangsa Melayu,
berdarah raja, seorang keturunan raja-raja Johor, lelaki dan menganut agama
Islam. Malah, menteri-menteri juga mesti Melayu, rakyat Sultan dan menganuti
agama Islam. Sementara, dalam perkara VII, diperuntukkan bahawa agama
negeri bagi negeri Johor ialah agama Islam. Ia hendaklah secara terus-menerus
dan selamanya menjadi agama negeri Johor (Abdul Aziz Bari, 2001).
Selepas itu, iaitu pada tahun 1911, wujud pula Perlembagaan Terengganu yang
memperuntukkan bahawa raja yang memerintah Terengganu mestilah sentiasa
beragama Islam dan berbangsa Melayu serta daripada nasab dan keturunan
sultan Terengganu. Menteri juga mesti beragama Islam dan rakyat negeri
Terengganu. Dalam Bab 51 pula, dicatatkan bahawa agama Islam ialah agama
negeri. Asas perlembagaan bertulis yang ditunjukkan oleh Perlembagaan
Johor dan Terengganu ini, menjadi perintis kepada kemunculan perlembagaan
negeri lain di Tanah Melayu (Nazri Muslim, 2020).
6.3.2 Malayan Union
Selepas Perang Dunia Kedua, berlaku beberapa perubahan penting khususnya
yang melibatkan sistem pentadbiran dan perjuangan menuntut kemerdekaan
di Tanah Melayu. Antara perubahan penting tersebut adalah mengenai rancangan
untuk mewujudkan negeri yang berbentuk persekutuan di Tanah Melayu.
Di bawah rancangan itu, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Melayu
Tidak Bersekutu dan Negeri-Negeri Selat akan digabungkan menjadi satu unit
politik yang bersekutu yang dikenali sebagai Malayan Union dengan Singapura
kekal sebagai jajahan yang berasingan.
Menurut Perlembagaan Malayan Union, Malayan Union akan diperintah oleh
Gabenor bagi memastikan penyelarasan dasar dan pentadbiran antara Tanah
Melayu, Singapura, Brunei, Sarawak dengan Sabah. Manakala sultan-sultan
cuma menjadi raja kehormat sahaja. Sementara majlis yang membincangkan
hal ehwal agama Islam akan dianggotai oleh sultan-sultan tetapi Gabenor
yang menjadi pengerusinya.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
138 TOPIK 6 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TIANG SERI ETIKA DAN
PERADABAN DI MALAYSIA
Perlembagaan Malayan Union juga cuba memberikan hak kerakyatan kepada
golongan bukan Melayu menerusi prinsip jus soli yang bermakna, jika seseorang
itu dilahirkan di Tanah Melayu selepas Malayan Union, seseorang itu berhak
menerima kerakyatan dengan mudah. Dari segi pentadbiran, Gabenor
memerintah bersama-sama dengan Majlis Penasihat sehingga dua badan tetap,
iaitu Majlis Perundangan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan dapat ditubuhkan.
Malayan Union tidak dapat bertahan lama. Menjelang bulan Februari 1948,
Malayan Union dibubarkan kerana mendapat tentangan daripada orang
Melayu khususnya yang berkaitan dengan kewarganegaraan, agama Islam,
bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu (Nazri Muslim, 2020).
6.3.3 Persekutuan Tanah Melayu 1948
Malayan Union digantikan dengan sebuah persekutuan, iaitu Persekutuan
Tanah Melayu. Wilayahnya meliputi wilayah yang dicadangkan bagi Malayan
Union. Menerusi konsep persekutuan, kerajaan pusat berkuasa dalam semua
perkara yang penting secara menyeluruh tetapi pada masa yang sama
mengekalkan autonomi negeri serta menghormati kebesaran, martabat dan
bidang kuasa raja dalam hal ehwal Islam dan adat istiadat Melayu. Persekutuan
Tanah Melayu diisytiharkan pada tarikh 1 Februari 1948 di bawah Perintah
Majlis Persekutuan Tanah Melayu 1948 yang meliputi sembilan negeri Melayu
dan dua dari tiga Negeri-Negeri Selat, iaitu Pulau Pinang dan Melaka. Singapura
terpisah sebagai sebuah Tanah Jajahan Mahkota di luar Persekutuan.
6.3.4 Suruhanjaya Reid
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu digubal oleh Suruhanjaya Reid yang
ditubuhkan pada tahun 1956. Keahliannya terdiri daripada Lord Reid dari
British (Lord of Appeal in the Ordinary), Sir Ivor Jennings juga dari British
(Master of Trinity Hall, Cambridge), Sir William Mckell dari Australia (bekas
Gabenor Jeneral Australia), B. Malik dari India (bekas Hakim Besar Mahkamah
Tinggi Allahabad) dan Hakim Abdul Hamid dari Pakistan (Hakim Mahkamah
Tinggi Pakistan Barat) sebagaimana dipaparkan dalam Rajah 6.2.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 6 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TIANG SERI ETIKA DAN 139
PERADABAN DI MALAYSIA
Rajah 6.2: Ahli-ahli Suruhanjaya Reid
Suruhanjaya ini juga mempunyai dua objektif dalam menyediakan rangka
perlembagaan yang baharu, iaitu:
• mestilah ada peluang sepenuhnya untuk pertumbuhan sebuah negara yang
bersatu padu, bebas dan demokratik.
• mestilah ada kemudahan lengkap untuk membangunkan sumber negara
dan mengekalkan serta meningkatkan taraf hidup rakyat.
Berdasarkan perkara tadi, Lord Reid tiba di Tanah Melayu pada bulan Mei
dan ahli lainnya tiba dalam bulan Jun 1956. Langkah pertama mereka adalah
menjemput semua pertubuhan dan individu supaya mengemukakan
memorandum sekiranya mereka berminat untuk memberi maklumat atau
pandangan untuk dipertimbangkan. Terdapat 131 memorandum diterima
daripada pertubuhan dan individu serta suruhanjaya mengadakan sebanyak
31 mesyuarat untuk mempertimbangkan memorandum tersebut.
Di samping menerima memorandum, suruhanjaya juga meneliti kedudukan
perlembagaan unit-unit dalam Persekutuan, melawat negeri-negeri Melayu
dan Negeri-Negeri Selat, berjumpa raja, Menteri Besar, penasihat British,
Pesuruhjaya Residen serta pegawai negeri dan Negeri-Negeri Selat. Suruhanjaya
ini turut membuat pertemuan secara terbuka dan sering mengadakan mesyuarat
tidak rasmi. Setelah mengumpul maklumat dan bahan yang diperlukan,
suruhanjaya ini pergi ke Rom, iaitu sebuah tempat yang berkecuali untuk
menyediakan laporannya. Perlembagaan ini menjadi kukuh dan praktikal
serta dihormati kerana suruhanjaya meminta cadangan dan pandangan
daripada bukan sahaja parti politik tetapi juga orang ramai, individu dan
raja-raja Melayu (Fernando, 2002).
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
140 TOPIK 6 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TIANG SERI ETIKA DAN
PERADABAN DI MALAYSIA
6.3.5 Jawatankuasa Kerja (Working Committee)
Akibat tentangan daripada pelbagai pihak dan dua hari selepas laporan
Suruhanjaya Reid diterbitkan, satu jawatankuasa ditubuhkan oleh Perikatan,
Raja-raja Melayu dan penjajah Inggeris untuk mengkaji semula cadangan
Suruhanjaya Reid tersebut. Jawatankuasa yang dikenal sebagai Working
Committee yang diberi tanggungjawab bagi mengeluarkan Kertas Putih.
Kertas Putih ini ialah laporan yang mengumpulkan hasil semakan dan
penelitian yang dibuat berkenaan dengan laporan yang disediakan oleh
Suruhanjaya Reid yang diserahkan kepada Baginda Ratu dan Raja-raja
Melayu pada bulan Februari 1957. Kertas Putih yang mengandungi pindaan ke
atas Penyata Reid dan rangka Perlembagaan yang disusun oleh Working
Committee (Perikatan, Raja-raja Melayu dan kerajaan Baginda Ratu) yang
diterbitkan pada tarikh 3 Julai 1957 (Fernando, 2002).
6.3.6 Perisytiharan Perlembagaan
Satu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu antara British dengan kerajaan
Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani pada tahun 1957. Perjanjian
tersebut merangkumi Perlembagaan Persekutuan yang baharu dan Perlembagaan
Negeri Pulau Pinang dan Melaka. Perjanjian itu juga membatalkan Perjanjian
Persekutuan Tanah Melayu 1948.
Di United Kingdom, Akta Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
diluluskan dan suatu Perintah dalam Majlis dibuat di bawahnya yang
memberi kuasa undang-undang kepada Perlembagaan yang ditetapkan
dalam Jadual Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan membatalkan
Perintah dalam Majlis Persekutuan Tanah Melayu 1948.
Pada peringkat Persekutuan, Ordinan Perlembagaan Persekutuan 1957
dikanunkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan. Manakala, di setiap negeri,
suatu Enakmen Negeri telah diluluskan yang meluluskan dan memberi kuat
kuasa undang-undang kepada Perlembagaan Persekutuan. Setelah masalah
perlembagaan dapat diselesaikan, akhirnya draf Perlembagaan Persekutuan
diterima dan diisytiharkan sebagai Perlembagaan Tanah Melayu pada tarikh
31 Ogos 1957. Perlembagaan Persekutuan sekali lagi diperbaharui apabila
Singapura, Sabah dan Sarawak bergabung dengan Tanah Melayu, lalu
membentuk Malaysia pada tarikh 16 September 1963 (Nazri Muslim, 2020).
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 6 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TIANG SERI ETIKA DAN 141
PERADABAN DI MALAYSIA
Dengan kemasukan Sabah dan Sarawak, kedudukan etnik bumiputera di
kedua-dua negeri tersebut diberi status yang sama sebagaimana orang Melayu,
iaitu mereka turut dimasukkan ke dalam Perkara 153. Namun, peruntukan
tersebut tidak memberi lesen untuk menindas kaum lain kerana hak istimewa
orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak perlu dilindungi dengan
cara yang tidak menafikan kedudukan yang sah etnik tersebut.
Perjanjian Malaysia yang dibuat pada tahun 1963, merupakan persetujuan
yang disepakati antara pemimpin Tanah Melayu, Sabah dengan Sarawak.
Perjanjian Malaysia lebih dikenali sebagai Perkara Dua Puluh yang mengandungi
tuntutan Sabah dan Sarawak yang bersetuju untuk menyertai Malaysia. Antara
yang terkandung dalam Perkara Dua Puluh adalah imigresen, bahasa,
kewangan dan hak istimewa bumiputera Sabah dan Sarawak. Perkara Dua Puluh
boleh dirujuk dalam Senarai II dan Senarai III serta yang berkaitan dengan
peruntukan tambahan bagi Sabah dan Sarawak (Faridah Jalil, 2007).
SEMAK KENDIRI 6.1
Bincangkan soalan berikut bersama rakan sekuliah dan e-tutor anda:
(a) Apakah definisi perlembagaan?
(b) Apakah perbezaan antara perlembagaan bertulis dengan
perlembagaan tidak bertulis?
(c) Bagaimanakah pindaan Perlembagaan Persekutuan boleh
dilakukan?
(d) Mengapakah Jawatankuasa Kerja (Working Committee)
ditubuhkan?
AKTIVITI 6.1
Bina garis masa penggubalan Perlembagaan Persekutuan 1957.
Bincangkan bersama rakan sekuliah dan tutor anda. Kongsikan
jawapan anda dalam myINSPIRE.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
142 TOPIK 6 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TIANG SERI ETIKA DAN
PERADABAN DI MALAYSIA
6.4 PERLEMBAGAAN SEBAGAI TIANG SERI
Tiang Seri ini amat penting dibicarakan kerana menjadi faktor utama untuk
mewujudkan identiti Malaysia dan memupuk persefahaman ke arah perpaduan.
Tiang Seri juga ialah kontrak sosial yang disepakati semasa menggubal
perlembagaan. Tiang Seri ini meliputi kesultanan atau pemerintahan beraja,
agama Islam, bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu.
Tiang Seri ini perlu kerana wujud ratusan tahun sebelum perlembagaan
diwujudkan pada tahun 1957. Tiang Seri berperanan menstabilkan sistem
politik negara dan laporan yang dibuat oleh Suruhanjaya Reid menekankan
betapa pentingnya perlembagaan mengambil kira faktor sejarah, tradisi,
ekonomi dan sosial yang wujud sebelum tahun 1957. Hal ini menunjukkan
betapa pentingnya unsur tradisi sehingga dilindungi di bawah Akta Hasutan
dan dianggap sebagai isu sensitif yang dilarang daripada dijadikan isu
perbincangan awam (Mohd Salleh Abas, 1985).
Tiang Seri juga merupakan prasyarat dan permuafakatan yang diterima oleh
orang Melayu dan bukan Melayu. Hal ini bermakna hak istimewa orang
Melayu, Islam menjadi agama persekutuan dan bahasa Melayu diterima sebagai
bahasa kebangsaan sebagai prasyarat penerimaan hak kewarganegaraan oleh
etnik bukan Melayu dikekalkan dan diperkukuhkan. Prasyarat ini menunjukkan
bahawa pemimpin terdahulu menerima formula bagi menyelesaikan masalah
yang wujud tanpa melibatkan konflik antara etnik di Tanah Melayu pada
ketika itu yang dikenal sebagai „kontrak sosial‰ (Nazri Muslim & Azizi Umar,
2017).
6.4.1 Kesultanan atau Pemerintahan Beraja
Pemerintahan beraja memang sedia wujud dalam sistem sosial di negeri-negeri
Melayu sejak berabad-abad lamanya. Menurut sistem beraja ini, raja mempunyai
kuasa mutlak dalam setiap pemerintahan dan pentadbiran negeri dengan
dibantu oleh pembesar yang dilantik khususnya sebelum penjajahan Inggeris.
Sebelum Perang Dunia Kedua (1939–1945), walaupun berada dalam penjajahan
British, sultan merupakan pemerintah yang berdaulat dan memiliki kuasa
penuh di dalam negeri masing-masing.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 6 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TIANG SERI ETIKA DAN 143
PERADABAN DI MALAYSIA
Namun, pada masa yang sama, dalam beberapa perjanjian dengan British,
sultan perlu untuk menerima nasihat daripada pegawai British yang dilantik
sebagai Residen atau Penasihat British kecuali yang menyentuh tentang agama
Islam dan adat istiadat Melayu. Keadaan demikian berlanjutan sehinggalah
apabila diperkenalkan Malayan Union pada tahun 1946, iaitu sultan hanya
berkuasa dalam adat istiadat Melayu dan agama Islam sahaja dan kuasa
pentadbiran negeri dipegang oleh Gabenor.
Akibat daripada penentangan oleh orang Melayu, Perlembagaan Malayan
Union dibubarkan dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu pada
tahun 1948. Menerusi perlembagaan baharu ini, hak sultan dikembalikan
semula kepada mereka. Mereka diberi hak untuk mengambil tahu hal berkenaan
dengan pembuatan undang-undang (Nazri Muslim, 2020).
Apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957,
institusi pemerintahan beraja itu diteruskan dengan beberapa pindaan supaya
disesuaikan dengan konsep demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.
Menurut konsep Raja Berperlembagaan, mereka dikehendaki menerima nasihat
daripada menteri dan bertindak menurut nasihat-nasihat itu.
Contohnya, pada peringkat pusat, Yang di-Pertuan Agong, dalam menjalankan
tugasnya, baginda hendaklah bertindak menurut nasihat Kabinet. Manakala,
pada peringkat negeri, raja hendaklah bertindak atas nasihat Majlis
Mesyuarat Kerajaan. Walau bagaimanapun, dalam hal ini, nasihat yang diberi
harus dipandu oleh peruntukan dan semangat perlembagaan. Perkara ini
menjelaskan bahawa nasihat yang bercanggah dengan perlembagaan dan
undang-undang tidak perlu dipatuhi.
Pada peringkat Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong mestilah dilantik, iaitu
seorang sultan yang dipilih daripada raja-raja dari sembilan buah Negeri
Melayu. Berdasarkan konsep Raja Berperlembagaan, Yang di-Pertuan Agong
diberi kuasa memerintah Persekutuan, baginda dikehendaki bertindak atas
nasihat Kabinet. Yang di-Pertuan Agong juga merupakan Pemerintah Tertinggi
Angkatan Tentera Persekutuan dan mempunyai kuasa untuk mengampunkan
dan menangguhkan hukuman terhadap orang yang disabitkan oleh Mahkamah
Tentera dan bagi kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur. Baginda adalah salah satu daripada tiga unsur utama badan
perundangan persekutuan, iaitu Parlimen. Sebagai individu yang utama dalam
Persekutuan, baginda mempunyai kuasa untuk membuat pelantikan yang
penting bukan saja menurut perlembagaan tetapi juga menurut akta-akta
Parlimen (Nazri Muslim, 2017).
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
144 TOPIK 6 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TIANG SERI ETIKA DAN
PERADABAN DI MALAYSIA
Institusi beraja yang wujud di Malaysia pada hari ini dilindungi oleh
Perlembagaan melalui Perkara 38(4), iaitu tiada pindaan boleh dibuat terhadap
peruntukan berhubung dengan Majlis Raja-Raja, susunan keutamaan dan hak
mereka untuk warisan sebagai Raja Negeri masing-masing tanpa persetujuan
Majlis Raja-Raja. Seterusnya, tiada undang-undang yang secara langsung
menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran mereka boleh
diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.
Selain melaksanakan kuasa yang diperuntukkan oleh Perlembagaan, Yang
di-Pertuan Agong juga menjadi lambang perpaduan masyarakat Malaysia yang
terdiri daripada pelbagai etnik. Orang Melayu, Cina, India dan bangsa yang
menganggap baginda sebagai pemelihara kepentingan dan harapan setiap etnik
di Malaysia. Hal ini demikian kerana di bawah Perlembagaan Persekutuan
yang memperuntukkan bahawa adalah menjadi tanggungjawab dan amanah
Yang di-Pertuan Agong untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu
dan bumiputera Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum lain.
Hal yang sama juga berlaku terhadap Majlis Raja-Raja yang mempunyai kuasa
dalam soal pindaan terhadap peruntukan berkaitan dengan kewarganegaraan.
Amanah dan tanggungjawab ini merupakan perkara yang amat sukar kerana isu
seperti agama dan kedudukan istimewa orang Melayu serta kewarganegaraan
sering kali menjadi polemik dalam masyarakat yang berbilang etnik. Jika isu
tersebut tidak ditangani dengan baik, maka boleh menggugat kestabilan
negara (Nazri Muslim, 2020).
Yang di-Pertuan Agong juga merupakan lambang keadilan dan kesaksamaan
kerana bagindalah yang melantik semua hakim Mahkamah Persekutuan dan
Mahkamah Tinggi atas nasihat Perdana Menteri setelah berunding dengan
Majlis Raja-Raja. Begitu juga, baginda perlu dirundingkan mengenai
pelantikan juruaudit negara, pengerusi dan ahli Suruhanjaya Pilihan Raya
dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran.
Jawatan ini penting dalam menjaga hak rakyat dengan sikap berkecuali, iaitu
tidak memihak kepada mana-mana pihak mahupun kerajaan sendiri. Baginda
juga boleh dianggap sebagai Tunggak Kehormatan kerana baginda diberi
kuasa untuk mengurniakan penghormatan, pingat dan bintang kepada orang
berkenaan yang memberikan khidmat cemerlang kepada negara tanpa mengira
batasan etnik (Nazri Muslim, 2017).
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 6 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TIANG SERI ETIKA DAN 145
PERADABAN DI MALAYSIA
6.4.2 Agama Islam
Peruntukan agama Islam terdapat dalam Perkara 3 (1), iaitu agama Islam ialah
agama persekutuan. Penerimaan perkara ini diteliti dengan melihat kepada
penduduk Tanah Melayu terdiri daripada pelbagai etnik. Hal ini demikian
kerana semasa pentadbiran penjajah British, orang British juga membawa masuk
agama Kristian, sementara kaum imigran yang lain seperti Cina dan India
turut membawa masuk agama mereka, iaitu Hindu dan Buddha. Oleh itu,
Perkara 3 dalam Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan suatu fasal
imbangan, iaitu agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di
mana-mana bahagian persekutuan.
Kebebasan beragama dijamin dalam perlembagaan terhadap semua agama, iaitu
setiap orang mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agamanya
dan setiap agama mempunyai hak untuk menguruskan hal-ehwal agamanya
sendiri, menubuhkan dan menyelenggarakan institusi bagi maksud agama
atau khairat dan memperoleh dan memiliki harta benda serta memegang dan
mentadbirnya mengikut undang-undang (Nazri Muslim, 2020).
Islam juga diterima sebagai agama persekutuan kerana sesuai dengan takrif
Melayu itu, iaitu dalam Perkara 160, mendefinisikan Melayu sebagai seseorang
yang beragama Islam, lazimnya bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan
budaya Melayu. Begitu juga, pada zaman penjajah, melalui perjanjian damai
dan persahabatan dengan raja-raja Melayu, walaupun mereka berjaya
mendapatkan hak untuk memberi nasihat yang bersabit dengan pentadbiran
negara, namun agama Islam dikecualikan.
Kebebasan beragama dijamin terhadap semua agama Islam dan agama lain,
bahawa setiap orang mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan
agamanya dan tertakluk pada Fasal 4, untuk mengembangkannya.
Namun, di sebalik kebebasan beragama, terdapat tiga had kebebasan, iaitu:
• Kebebasan menganut agama dibatasi oleh keperluan memelihara
ketenteraman awam, kesihatan awam dan akhlak. Oleh yang demikian,
undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen bagi tujuan itu tidak
bertentangan dengan perlembagaan sekalipun mungkin mempengaruhi
kebebasan beragama.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
146 TOPIK 6 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TIANG SERI ETIKA DAN
PERADABAN DI MALAYSIA
• Kebebasan beragama tidak bererti bahawa sesiapa pun boleh dipaksa
membayar apa-apa cukai, jika kesemuanya atau sebahagiannya daripadanya
bagi maksud sesuatu agama yang lain daripada agamanya sendiri.
• Hak seseorang untuk mengembangkan agama boleh dikawal atau disekat
oleh undang-undang negeri, atau undang-undang Persekutuan dalam kes
Wilayah Persekutuan, jika pengembangan itu dibuat dalam kalangan
mereka yang sudah menganut agama Islam. Batas ini wajar kerana merupakan
kesan penting yang membuktikan hakikat asal bahawa agama Islam ialah
agama bagi Persekutuan (Nazri Muslim, 2018).
6.4.3 Bahasa Melayu
Bahasa kebangsaan disentuh dalam perlembagaan melalui Perkara 152, iaitu
memperuntukkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu (yang mengikut
implikasi yang diperlukan mestilah digunakan untuk maksud rasmi). Namun,
perkara ini juga melindungi bahasa lain dan seterusnya memperuntukkan
bahawa tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan
(selain maksud rasmi), mengajar atau belajar bahasa lain.
Bahasa kebangsaan ini diwujudkan sebagai medium komunikasi atau bahasa
pertuturan umum dan bahasa rasmi negara bagi menyatupadukan rakyat
yang terdiri daripada pelbagai etnik. Hasil permuafakatan perlembagaan,
bahasa Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan dalam Perkara 152
Perlembagaan Persekutuan.
Persefahaman menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan juga
tidak menjejaskan penggunaan bahasa ibunda kaum lain, malah dijamin
oleh Perlembagaan Persekutuan. Sejarah mencatatkan, sebelum Perang Dunia
Kedua, bahasa Melayu digunakan secara meluas bagi tujuan rasmi seperti
mesyuarat, surat-menyurat, perundangan dan kehakiman di Negeri-Negeri
Melayu Tidak Bersekutu, Jabatan Polis, dan sebagainya bagi memudahkan
urusan pentadbiran kerana kakitangannya terdiri daripada pelbagai kaum.
Hal ini diperkuatkan lagi oleh hakikat bahawa bahasa Melayu diterima
sebagai bahasa rasmi apabila Johor menerima Penasihat Inggeris pada tahun
1914 (Nazri Muslim, 2020).
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 6 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TIANG SERI ETIKA DAN 147
PERADABAN DI MALAYSIA
Konsep memberikan taraf kebangsaan kepada bahasa Melayu jauh lebih luas
dan mempunyai lebih banyak kesan daripada pengiktirafannya sebagai bahasa
rasmi semata-mata. Satu daripada kesan meletakkan bahasa Melayu ke taraf
bahasa kebangsaan ialah bahasa ini secara terus menjadi bahasa perantaraan
untuk digunakan dalam kesemua maksud rasmi dan bahawa semua bahasa lain,
walaupun boleh diajar dan dipelajari, hanya boleh digunakan untuk tujuan
selain maksud rasmi. Maksud rasmi ditakrifkan oleh Fasal (6) dalam Perkara 152
Perlembagaan dengan makna apa-apa jua maksud Kerajaan sama ada Kerajaan
Persekutuan atau Kerajaan Negeri dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu
pihak berkuasa awam (Nazri Muslim, 2020).
Tujuan utama menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah
memenuhi keperluan bagi menyatupadukan pelbagai etnik supaya menjadi
sebuah negara yang bersatu melalui satu bahasa yang sama, iaitu bahasa
Melayu yang menjadi bahasa pengantara negara ini sejak zaman Kesultanan
Melayu Melaka lagi. Hal ini demikian kerana semasa perlembagaan digubal,
pemimpin terdahulu memutuskan bahawa sebuah negeri yang merdeka tidak
dapat terus menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi jika hendak
menyatupadukan penduduknya terutamanya yang bersifat majmuk.
6.4.4 Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan
Bumiputera Sabah dan Sarawak
Melalui Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa menjadi
tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memelihara kedudukan
istimewa orang Melayu dan bumiputera negeri Sabah dan Sarawak dan
juga kepentingan sah kaum lain. Kedudukan istimewa orang Melayu ini
tidak mutlak kerana perlu diseimbangkan dengan kepentingan sah etnik
yang lain. Antara kepentingan sah etnik yang lain seperti hak mendapat
hak kewarganegaraan, hak untuk menganut dan mengamalkan agama
masing-masing, hak untuk menggunakan bahasa ibunda dan yang paling
penting, hak untuk mendapat layanan yang sama rata.
Tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong adalah untuk menjamin kedudukan
istimewa orang Melayu dan bermula tarikh penubuhan Malaysia, termasuk
bumiputera di Sabah dan Sarawak. Kedudukan istimewa ini terbahagi kepada
tiga perkara, iaitu dalam perkhidmatan awam dalam pemberian biasiswa
dan bantuan atau kemudahan lain pelajaran dan permit serta lesen yang
diperlukan untuk perniagaan dan perdagangan.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
148 TOPIK 6 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TIANG SERI ETIKA DAN
PERADABAN DI MALAYSIA
Yang di-Pertuan Agong diberi kuasa untuk mengeluarkan arahan perlu kepada
pihak berkuasa yang sesuai untuk memastikan dasar ini dipatuhi mengikut
nasihat Kabinet. Namun, pelaksanaan tiga perkara tersebut tidak boleh
dilaksanakan jika mengakibatkan kehilangan sebarang jawatan awam yang
dipegang oleh sesiapa pun atau penarikan sebarang biasiswa atau keistimewaan
yang dinikmati olehnya, atau perlucutan atau penamatan permit dan lesen
yang dipegang olehnya (Nazri Muslim, 2020).
Selain Perkara 153, terdapat beberapa peruntukan lain yang menjelaskan
mengenai kedudukan istimewa orang Melayu, iaitu dalam Perkara 89 dan 90.
Perkara 89 berhubung dengan tanah rizab orang Melayu, yang memberi kuat
kuasa undang-undang perlembagaan kepada undang-undang yang sedia ada
berkenaan dengan perkara melindungi tanah rizab orang Melayu daripada
diselenggarakan oleh orang bukan Melayu. Kemasukan perkhidmatan oleh
orang Melayu ke dalam Rejimen Askar Melayu dengan pengecualian orang
bukan Melayu, dikuatkuasakan oleh Perkara 8 (5) dan dengan demikian
boleh juga dianggap sebagai sebahagian daripada kedudukan istimewa orang
Melayu (Nazri Muslim, 2019). Begitu juga, Perkara 90 berkaitan dengan
peruntukan khas yang berhubungan dengan tanah adat di Negeri Sembilan
dan Melaka, dan tanah pegangan Melayu di Terengganu.
SEMAK KENDIRI 6.2
1. Mengapakah bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa
kebangsaan negara kita?
2. Apakah yang anda faham tentang Perkara 160 dalam
Perlembagaan Persekutuan?
3. Senaraikan kuasa-kuasa Yang di-Pertuan Agong di Malaysia.
AKTIVITI 6.2
Adakah anda masih ingat lirik lagu bahasa kebangsaan? Berikan
pendapat anda tentang langkah kerajaan untuk menjadikan bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa Inggeris sebagai bahasa
kedua.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 6 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TIANG SERI ETIKA DAN 149
PERADABAN DI MALAYSIA
6.5 PERLEMBAGAAN SEBAGAI TAPAK
INTEGRASI
Perlembagaan Persekutuan memperakui dan menerima bentuk pembinaan
negara bangsa Malaysia yang dipersetujui oleh negarawan kemerdekaan
negara. Antaranya ialah Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Loke dan
Tun V. T. Sambanthan. Perlembagaan itu dipegang sebagai panduan hidup
bernegara dalam aman damai dan perpaduan.
Hakikatnya, tiada negara dalam dunia ini tidak memiliki kumpulan etnik
yang menjadi pengasasnya. Nyata daripada pembentukan Perlembagaan
Persekutuan, Malaysia sebuah negara berasaskan etnik, anak watannya
Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak dan warganegaranya terdiri
kepelbagaian etnik dan agama.
Perlembagaan Persekutuan digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan
semua pihak di negara ini yang dikena sebagai kontrak sosial. Menerusi
kontrak sosial ini, orang bukan Melayu diberi hak kewarganegaraan yang
longgar berasaskan prinsip jus soli. Orang Melayu pula diperuntukkan dalam
Perlembagaan mengenai agama Islam sebagai agama Persekutuan, bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kedudukan istimewa orang Melayu
serta kedudukan raja-raja Melayu atau juga dikenal sebagai tiang seri dalam
Perlembagaan. Kepentingannya, perkara ini adalah perlu dihayati oleh semua
orang supaya tidak timbul sebarang pertikaian dalam pelbagai etnik di
Malaysia dan berbezanya perkara ini dengan Perlembagaan yang ada di negara
lain.
Perkara yang dianggap menguntungkan orang Melayu dalam Perlembagaan
Persekutuan diimbangi dengan peruntukan lain yang juga memberi kelebihan
kepada etnik bukan Melayu. Perkara yang menetapkan Islam sebagai agama
bagi Persekutuan diimbangi dengan Perkara 3 (1) yang memperuntukkan
kebebasan bagi setiap rakyat menganut dan mengamalkan apa-apa agama
dalam suasana aman dan harmoni.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
150 TOPIK 6 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TIANG SERI ETIKA DAN
PERADABAN DI MALAYSIA
Begitu juga perkara yang menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan, juga diimbangi dengan peruntukan bahawa tidak ada seorang pun
yang boleh dilarang daripada menggunakan (melainkan bagi maksud rasmi)
atau mengajar atau mempelajari apa-apa bahasa lain. Hal sama juga berlaku
ke atas perkara yang menetapkan kedudukan istimewa orang Melayu serta
bumiputera Sabah dan Sarawak diimbangi dengan peruntukan bahawa
kerajaan tidak boleh melucut, menarik balik atau menyebabkan hak kaum lain
terhakis (Nazri Muslim, 2019).
Maka, perkara ini perlu difahami setiap lapisan masyarakat, khususnya generasi
muda supaya sentiasa berlapang dada dalam sesuatu isu membabitkan
bahasa Melayu, Islam dan orang Melayu dalam Perlembagaan.
6.5.1 Konsep, Keperluan, dan Penghayatan Tapak
Integrasi
Tapak integrasi ialah sebuah ruang abstrak dan ruang nyata apabila pelbagai
pihak atau kelompok masyarakat (termasuk kelompok etnik, agama, parti
politik dan badan bukan kerajaan) yang berbeza etika dan peradaban, bertemu
dan berikhtiar mencari persetujuan atau titik pertemuan secara aman dan
harmoni. Tapak integrasi ini wujud pada peringkat makro, pertengahan dan
mikro (lihat Jadual 6.2). Mari kita lihat ciri-ciri tapak integrasi:
(a) Sebuah ruang sosial, abstrak dan nyata.
(b) Satu titik pertemuan untuk kelompok strategik.
(c) Proses pertemuan berasaskan prinsip: Tawar-menawar (bargaining),
perundingan (negotiation) dan pengantaraan (mediation).
(d) Ada tapak yang diinstitusikan seperti perlembagaan dan ada yang tidak
seperti kedai mamak.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 6 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TIANG SERI ETIKA DAN 151
PERADABAN DI MALAYSIA
Jadual 6.2: Tiga Tahap Tapak Integrasi
Tahap Tapak Integrasi Keterangan
Makro (Atas ke Bawah): Kategori ini lebih bersifat dasar atau undang-undang
Peranan kerajaan – yang dibuat oleh kerajaan bagi menyediakan tapak
Perlembagaan Persekutuan, integrasi untuk rakyat menyelesaikan isu yang
Rancangan Malaysia dan wujud. Dasar ini akan dipantau dan diberi peruntukan
rukun tetangga oleh kerajaan.
Contohnya, konsep Rukun Tetangga dimulakan
pada tahun 1975. Pada masa itu, skim ini diletakkan
di bawah „Peraturan Penting‰ yang digubal di bawah
Ordinan Darurat (Kuasa Perlu) 1969 (Ordinan 1). Skim
Rukun Tetangga dikeluarkan dari segi tumpuan,
konsep keselamatan kepada konsep kejiranan
bermula pada tahun 1983.
Hal ini demikian kerana sejak dari tahun 1970 hingga
1990, proses urbanisasi mengalami kesan perubahan
pesat pemodenan. Akibatnya, penduduk di kawasan
bandar meningkat dengan ketara, yang terdiri
daripada pelbagai etnik, kegiatan dan gaya hidup.
Senario ini membawa fenomena baharu dalam konteks
pembangunan kejiranan dan masyarakat. Antara
contoh lain tapak integrasi yang bersifat makro ialah
perlembagaan persekutuan, politik permuafakatan,
sistem pendidikan kebangsaan dan sebagainya (Slaid
Pengajaran Penghayatan Etika dan Peradaban, 2020).
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
152 TOPIK 6 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TIANG SERI ETIKA DAN
PERADABAN DI MALAYSIA
Meso (Bawah ke Atas): Kategori ini lebih bersifat diusahakan oleh rakyat
Peranan NGO – agih/pantau melalui Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO – Non-
pembangunan Governmental Organisation), persatuan,
jawatankuasa masjid atau surau, institusi rumah
ibadah bagi etnik bukan Islam dan sebagainya.
NGO merujuk hampir semua pertubuhan yang
diwujudkan di luar daripada lingkungan kerajaan,
dan haruslah berciri sukarela serta menganjurkan
aktiviti yang sah menurut undang-undang negara.
Dalam hal ini, terdapat tujuh ciri utama bagi
menerangkan NGO dan sekali gus membezakannya
dengan kumpulan pertubuhan yang lain, iaitu:
• formal (iaitu berdaftar secara rasmi dan
mempunyai peraturan pertubuhan);
• berasingan daripada kerajaan dan bersifat
persendirian (private);
• tidak menjadikan keuntungan sebagai motif
penubuhan (non-profit distributing);
• diurus secara persendirian (self-governing);
• diusahakan secara sukarela (voluntary);
• bukan bermotifkan dakwah (non-religious); dan
• tidak terlibat secara langsung dalam
mempromosikan calon dalam pilihan raya (non-
political ) (Slaid Pengajaran Penghayatan Etika dan
Peradaban, 2020).
Mikro (Inisiatif Akar Umbi): Kategori bersifat mikro ini ialah inisiatif yang
Peranan Rakyat – Street diusahakan oleh rakyat atau individu seperti kedai
Wedding mamak, undangan perkahwinan dan kenduri.
Di kedai mamak ini, rakyat Malaysia yang terdiri
daripada kaum Melayu, Cina dan India boleh duduk
bersama menikmati makanan. Kedai mamak kini
menjadi pusat pertukaran budaya dan simbol
perpaduan (Slaid Pengajaran Penghayatan Etika
dan Peradaban, 2020).
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 6 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TIANG SERI ETIKA DAN 153
PERADABAN DI MALAYSIA
6.6 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN:
CABARAN TAFSIRAN SEMASA
Dalam subtopik, ini kita akan melihat beberapa komponen dalam cabaran
tafsiran semasa perlembagaan persekutuan.
6.6.1 Konvensyen Perlembagaan
Selain perlembagaan, terdapat amalan yang dianggap mustahak menjadi
sebahagian daripada prinsip perlembagaan. Amalan ini dikenal sebagai
Konvensyen Perlembagaan atau adat resam Perlembagaan. Menurut Dicey (1965),
konvensyen perlembagaan ialah suatu amalan bukan undang-undang dan lebih
mirip kepada etika politik dan tidak akan dikuatkuasakan oleh mahkamah.
Sungguhpun mustahak, sekiranya amalan ini tidak dipatuhi, tidaklah boleh
dibawa perkara ini ke mahkamah supaya dipaksakan mematuhinya tetapi,
jika tidak dipatuhi, akan menyebabkan sukar bagi sesuatu perlembagaan itu
hendak berjalan dengan lancar.
Di Malaysia, mentafsirkan perlembagaan itu dilihat lebih diutamakan daripada
konvensyen perlembagaan. Hal ini demikian kerana bagi negara yang baharu
wujud atau merdeka dan tidak banyak pengalaman dalam hal ehwal perjalanan
perlembagaan, sukar untuk ditentukan sama ada satu-satu perkara itu
konvensyen perlembagaan kerana sebelum dijadikan konvensyen, perkara itu
mestilah diamalkan beberapa kali sehingga merupakan perjanjian antara rakyat
yang mesti dipatuhi. Namun, setelah lebih 61 merdeka, adakah Konvensyen
Perlembagaan itu diambil kira dan difahami oleh masyarakat Malaysia
apabila timbul isu yang melibatkan Perlembagaan Persekutuan (Nazri Muslim,
2020).
Mengapakah konvensyen itu perlu dipatuhi? Hal ini demikian kerana konvensyen
mempunyai peranan yang penting dalam sistem politik, ekonomi dan sosial
masyarakat Malaysia. Konvensyen ini berasaskan keperluan politik kerana
jika tidak dipatuhi akan berlaku kerumitan politik yang tidak diingini. Juga,
jika tidak dipatuhi, orang yang melanggarnya akan terdedah kepada persepsi
negatif orang ramai dan boleh menyebabkan hilang kepercayaan.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
154 TOPIK 6 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TIANG SERI ETIKA DAN
PERADABAN DI MALAYSIA
Di sini akan dibincangkan beberapa contoh pengaplikasian Konvensyen
Perlembagaan di Malaysia.
(a) Kontrak Sosial
Kontrak sosial ialah persetujuan yang tidak termaktub dalam Perlembagaan
Persekutuan. Kontrak sosial ini diterima oleh orang Melayu dan orang
bukan Melayu. Orang bukan Melayu menerima kedudukan istimewa
orang Melayu, Islam sebagai agama persekutuan, bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan dan pengekalan institusi beraja dan sebagai balasan
atas kesanggupan orang Melayu menerima orang bukan Melayu sebagai
warganegara yang mempunyai hak seperti mengundi dan seumpamanya.
Maka, perubahan atau penolakan kontrak sosial ini tentulah akan
menyebabkan perjalanan kehidupan masyarakat Malaysia tidak begitu
harmoni. Isu berkaitan dengan kontrak sosial inilah yang sering bangkit
dan dibangkitkan oleh parti politik khususnya yang menyebabkan rakyat
Malaysia terlihat sering berkonflik dan tidak bersatu (Nazri Muslim, 2020).
(b) Pelantikan Jawatan Perdana Menteri Malaysia
Perlembagaan dengan jelas mengatakan bahawa pelantikan Perdana
Menteri ialah individu yang memenangi pilihan raya dalam Dewan
Rakyat dan mendapat sokongan terbanyak ahli Dewan Rakyat. Tidak
dinyatakan keperluan bahawa pelantikan Perdana Menteri mestilah
orang Melayu dan beragama Islam seperti pelantikan Menteri Besar
bagi negeri yang beraja yang mensyaratkan pelantikan Menteri Besar
mestilah orang Melayu dan beragama Islam.
Dalam keadaan sekarang, majoriti penduduk Malaysia ialah orang Melayu
dan orang Melayu ialah penduduk asal Tanah Melayu, maka adalah sukar
diterima jawatan Perdana Menteri ialah orang bukan Melayu. Hal ini
yang berlaku di Amerika apabila Barack Obama hanya diterima menjadi
Presiden Amerika selepas ratusan tahun Amerika wujud (Nazri Muslim,
2020).
(c) Pelantikan Jawatan Utama Kerajaan seperti Ketua Hakim Negara, Peguam
Negara, Panglima Angkatan Tentera, Ketua Polis Negara, Ketua Setiausaha
Negara, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya dan Sebagainya
Hal ini juga menjadi amalan Konvensyen Perlembagaan kerana amat
sukar bagi orang Melayu khususnya sekiranya pelantikan jawatan
utama kerajaan tersebut diberi kepada orang bukan Melayu walaupun
perlembagaan dengan jelas tidak meletakkan syarat pelantikan jawatan
tersebut mesti orang Melayu dan beragama Islam.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 6 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TIANG SERI ETIKA DAN 155
PERADABAN DI MALAYSIA
Hal ini disebabkan jawatan tersebut bagi orang Melayu amat penting
bagi menjaga kedudukan istimewa orang Melayu, agama Islam dan
bahasa Melayu serta kekukuhan politik Melayu. Peristiwa pelantikan
Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara sebelum ini jelas menimbulkan
kegusaran dalam kalangan orang Melayu.
(d) Tanggungjawab Bersama dalam Kabinet Malaysia
Tanggungjawab bersama ini bermaksud setiap menteri kabinet perlu
mematuhi setiap dasar dan keputusan yang dibuat oleh kabinet walaupun
seorang menteri itu tidak bersetuju dengan keputusan tersebut. Maka,
jika seorang menteri itu tidak bersetuju dengan keputusan yang diambil
oleh kabinet; menteri tersebut perlu meletakkan jawatan sebagai menteri.
Amalan ini tidak dinyatakan dalam mana-mana undang-undang tetapi
tanggungjawab bersama ini diterima sebagai sebahagian daripada
konvensyen perlembagaan (Nazri Muslim, 2020).
Maka, setiap rakyat Malaysia perlu memahami konsep Konvensyen
Perlembagaan ini dan tidak boleh melihat Perlembagaan Persekutuan
secara yang termaktub kerana pentafsiran perlembagaan perlu dilihat
daripada amalan konvensyen perlembagaan, sejarah, politik, sosial dan
ekonomi. Melalui pemahaman inilah, sebarang isu yang berkaitan
dengan perlembagaan dapat diterima dengan baik oleh rakyat Malaysia.
6.6.2 Diskriminasi Perlindungan
Sebelum dijelaskan konsep diskriminasi perlindungan, perlu difahami
maksud diskriminasi. Diskriminasi ditakrifkan sebagai suatu perlakuan
membeza-bezakan dalam suatu hal kerana warna kulit, keturunan dan lain-lain.
Diskriminasi juga membawa maksud layanan berbeza yang diberi kepada
orang atau kumpulan orang dalam suasana yang sama atau berbeza.
Bagi sesebuah negara yang bersifat majmuk, diskriminasi perlindungan
merupakan suatu yang biasa kepada perlembagaan negara tersebut dalam
memperuntukkan konsep diskriminasi perlindungan sebagai salah satu
peruntukan yang penting dan diiktiraf. Melalui diskriminasi perlindungan
ini, undang-undang memberi perlindungan dan hak yang istimewa kepada
golongan atau etnik sesebuah negara.
Pada masa yang sama, tidak menafikan peluang terhadap kumpulan atau etnik
lain. Peruntukan ini disediakan untuk membantu sesuatu etnik dari beberapa
aspek kehidupan seperti perkhidmatan awam, ekonomi dan pendidikan.
Menerusinya, etnik yang ketinggalan dalam arus pembangunan negara dapat
dibantu dan ditingkatkan taraf hidup mereka supaya dapat menyaingi etnik
lain yang lebih terkedepan (Nazri Muslim, 2018).
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
156 TOPIK 6 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TIANG SERI ETIKA DAN
PERADABAN DI MALAYSIA
Negara India ialah contoh yang jelas diskriminasi perlindungan diamalkan
disebabkan India mempunyai penduduk yang bersifat majmuk dan terdiri
daripada beberapa puak, kaum dan kumpulan yang berbeza dari segi bahasa,
kebudayaan dan agama. Hal ini menimbulkan masalah kerana sebilangan
besar daripada mereka mundur dan ketinggalan serta termasuk dalam golongan
minoriti. Oleh itu, Perlembagaan India memperuntukkan perlindungan kepada
golongan minoriti ini.
Buktinya, Perkara 46 Perlembagaan India yang menghendaki kerajaan
memberikan perlindungan yang istimewa untuk kepentingan pelajaran dan
ekonomi sesuatu kumpulan yang mundur, khususnya „kasta yang dijadualkan‰
atau „puak yang dijadualkan‰. Begitu juga dengan Perkara 15(1), iaitu kerajaan
tidak boleh mendiskriminasikan mana-mana warganegara atas alasan agama,
bangsa, kasta, jantina atau tempat lahir.
Namun, Perkara 15(4) memperuntukkan pengecualian, iaitu tiada apa-apa
dalam Perkara ini atau dalam Perkara 24(2) menghalang kerajaan daripada
membuat apa-apa peruntukan istimewa untuk kemajuan sosial dan ekonomi
kepada kelas masyarakat yang mundur. Maka, dasar yang digunakan di India
dalam pelaksanaan diskriminasi perlindungan selain daripada „kasta yang
dijadualkan‰ dan „puak yang dijadualkan‰ berasaskan kemunduran atau
kemiskinan (Nazri Muslim, 2020).
Di Malaysia, konsep ini berlaku dalam beberapa perkara di bawah peruntukan
perlembagaan. Seperti di bawah peruntukan Perkara 153 yang memberi
perlindungan kepada etnik Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak.
Jikalau dilihat kepada sejarah, kehadiran Inggeris di negeri Melayu ialah hasil
daripada perjanjian antara Inggeris dengan raja-raja Melayu. Kedaulatan
raja-raja Melayu tidak pernah dipertikaikan. Hal ini boleh kita lihat dalam
beberapa perjanjian antara raja-raja negeri tersebut yang melengkapkan
perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Perjanjian itu menunjukkan
satu hasrat secara umumnya. Contohnya, setiap perjanjian itu menyatakan:
Sebagaimana raja-raja berkehendakkan dan baginda bersetuju bahawa adalah
menjadi tanggungjawab ke atas kerajaan negeri itu untuk menyediakan
dan menggalakkan perkembangan pelajaran dan latihan kepada penduduk
Melayu dalam negeri itu (Nazri Muslim, 2020).
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 6 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TIANG SERI ETIKA DAN 157
PERADABAN DI MALAYSIA
Secara ringkasnya, dapatlah dinyatakan bahawa diskriminasi perlindungan
itu dibuat dengan tujuan berikut:
(a) Bagi membetulkan semula ketidakseimbangan politik di sesebuah negara
yang rakyatnya bersifat majmuk dan baru merdeka. Contohnya, di Malaysia,
keutamaan memasuki perkhidmatan awam diberi kepada orang Melayu
dengan tujuan mereka boleh menguasai keadaan politik negara kerana
pegawai kerajaan memainkan peranan penting dalam melaksanakan
dasar pemerintah. Begitu juga dengan perkhidmatan tentera dan polis
yang dikuasai oleh majoriti orang Melayu bagi tujuan yang sama.
(b) Diskriminasi perlindungan diberi kepada golongan minoriti supaya
kepentingan mereka dapat dipertahankan daripada ditenggelami majoriti.
Contohnya, dalam Perlembagaan India, hak golongan minoriti seperti
bahasa, kebudayaan dan kepercayaan dijamin dan dipertahankan.
(c) Perlembagaan memberi keutamaan kepada kumpulan telah merasai dan
mengecap keistimewaan itu sebelumnya. Tujuannya ialah supaya sebarang
perubahan mendadak tidak berlaku apabila perlembagaan diperkenalkan.
Sesuatu keistimewaan yang dikecap sekian lama sekiranya ditarik balik
sudah tentu menyemarakkan api kemarahan kumpulan itu. Misalnya,
di Malaysia, keistimewaan orang Melayu sebenarnya sudah wujud pada
zaman penjajah hasil perjanjian antara penjajah Inggeris dengan raja-raja
Melayu. Begitu juga di India, kumpulan Anglo-Indians yang mendapat
beberapa keistimewaan sebelum merdeka juga dilanjutkan keistimewaan
itu apabila Perlembagaan India diperkenalkan.
(d) Perlembagaan memberi kuasa kepada kerajaan untuk memperbaiki taraf
kehidupan daripada segi ekonomi, sosial dan kebudayaan masyarakat
mundur. Tanpa diskriminasi perlindungan ini, tidak mungkin masyarakat
mundur itu dapat bangun dan bersaing dengan masyarakat maju.
Perlembagaan India dan Malaysia mempunyai peruntukan yang nyata
dalam hal ini.
(e) Diskriminasi perlindungan juga berlaku disebabkan oleh kompromi
antara kaum atau kumpulan tertentu semasa perlembagaan digubal.
Sesuatu yang diberi kepada kumpulan lain bererti kumpulan memberi itu
berhak kepada beberapa keistimewaan yang lain. Misalnya, dalam
Perlembagaan Persekutuan, taraf kewarganegaraan yang diberi kepada
kaum pendatang harus diganti dengan pemberian beberapa keistimewaan
kepada kaum bumiputera atau yang dikenal sebagai kontrak sosial
(Nazri Muslim, 2020).
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
158 TOPIK 6 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TIANG SERI ETIKA DAN
PERADABAN DI MALAYSIA
AKTIVITI 6.3
Bincangkan perlembagaan sebagai tapak integrasi dalam konteks di
Malaysia dengan rakan sekuliah anda dalam forum myINSPIRE.
• Perlembagaan merupakan dokumen undang-undang tertinggi.
• Sejarah penggubalan perlembagaan menunjukkan bahawa setiap etnik di
Tanah Melayu ketika itu bersatu dalam menuntut kemerdekaan dan
menggubal perlembagaan.
• Islam, Melayu, Bahasa Melayu, dan Institusi Beraja Melayu merupakan
Tiang Seri Perlembagaan yang perlu dihormati dan difahami.
• Perlembagaan merupakan wahana peradaban dan tapak integrasi.
• Pemahaman terhadap konvensyen perlembagaan dan diskriminasi
perlindungan amat penting dalam menyelesaikan konflik perlembagaan.
Bahasa Melayu Melayu
Bumiputera Sabah dan Sarawak Meso
Institusi Beraja Mikro
Islam Perlembagaan Persekutuan
Kontrak sosial Persekutuan Tanah Melayu
Makro Tapak Integrasi
Malayan Union Tiang Seri
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 6 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TIANG SERI ETIKA DAN 159
PERADABAN DI MALAYSIA
Abdul Aziz Bari. (2001). Perlembagaan Malaysia: Asas-asas dan masalah. Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Faridah Jalil. (2007). Perlembagaan Persekutuan menangani cabaran semasa dan
mendatang. Dlm. Faridah Jalil (Pnyt.). Undang-undang Malaysia: 50 tahun
merentasi zaman. Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Fernando, J. M. (2002). The making of the Malayan constitution. Malaysian
Branch, Royal Asiatic Society.
Mohamed Suffian Hashim. (1987). Mengenal Perlembagaan Malaysia. Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Mohd Salleh Abas. (1985). Unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan Malaysia.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nazri Muslim, & Azizi Umar. (2017). Malays Royal Institution according to the
federal constitution within the context of ethnic relations in Malaysia.
Akademika, 87 (1), 35–48.
Nazri Muslim. (2018, Jun 30). Kedudukan Islam, raja Melayu kekal terpelihara.
Berita Harian.
Nazri Muslim. (2018, Ogos 11). Bagaimana hak istimewa Melayu boleh tergugat.
Berita Harian.
Nazri Muslim. (2019, Januari 26). Perkasa agenda memasyarakatkan
perlembagaan. Berita Harian.
Nazri Muslim. (2020). Islam dan Melayu dalam perlembagaan: Tiang seri
hubungan etnik di Malaysia (Ed. ke-2). Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Nazri Muslim. (2020, Januari 11). Usah tafsir perlembagaan secara harfiah. Berita
Harian.
Slide Pengajaran Penghayatan Etika dan Peradaban. (2020). Jawatankuasa
Penggubal Buku Teks PEP, Institut Kajian Etnik Malaysia, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
Topik Pengaruh
Teknologi
7 Maklumat dan
Komunikasi
(TMK) ke Atas
Kesepaduan
Nasional
Malaysia
Prof Madya Dr Nazri Muslim
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat melakukan perkara
berikut:
1. Menghuraikan hubungan manusia dan teknologi.
2. Membincangkan etika dan peradaban dalam penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi (TMK).
3. Menganalisis isu semasa TMK di Malaysia.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 7 PENGARUH TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) 161
KE ATAS KESEPADUAN NASIONAL MALAYSIA
Pembinaan kesepaduan nasional sekali gus „peradaban majmuk‰ Malaysia
sangat dipengaruhi oleh perkembangan teknologi semasa, iaitu teknologi
maklumat dan komunikasi (TMK), terjelma dalam bentuk Internet, digital
Apps, Facebook, Instagram dan pelbagai lagi tapak digital. TMK menular
dalam setiap lapisan masyarakat dan generasi, termasuk di Malaysia.
Dari satu segi, TMK merapatkan jurang komunikasi, namun tiada satu institusi
sejagat yang mengawal perkembangan ini, menjadikannya seperti digital jungle.
Secara serentak, TMK boleh menjadi kawan dan menjadi lawan, positif dan
negatif, membina dan menghancurkan. Dengan berleluasanya berita palsu (fake
news) melalui media sosial seperti Facebook ialah satu contoh yang sangat
dirisaukan oleh kerajaan dan orang awam. Kefahaman mengenai etika dalam
penggunaan TMK yang tidak bercanggah dengan peradaban di Malaysia
sangat diperlukan oleh semua pihak.
7.1 EVOLUSI DAN PENGGLOBALAN
TEKNOLOGI
Kehadiran pelbagai teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) mengubah cara
manusia berkomunikasi, bekerja, berdagang dan melakukan aktiviti harian.
Menyedari betapa pentingnya pengetahuan dan kemahiran TMK, pihak kerajaan
dan swasta menyediakan kemudahan di pusat TMK untuk orang ramai
mendapatkan pendedahan, pengetahuan, dan perkhidmatan yang berkaitan
dengannya. Oleh yang demikian, anggota masyarakat perlu memanfaatkan
kemudahan TMK yang ada di tempat masing-masing untuk mendapatkan
pengetahuan dan kemahiran demi pemajuan diri, keluarga dan masyarakat
(Musa Abu Hassan, 2008).
Secara mudah boleh dikatakan bahawa teknologi komunikasi lahir daripada
dua konsep:
• teknologi
• komunikasi
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
162 TOPIK 7 PENGARUH TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK)
KE ATAS KESEPADUAN NASIONAL MALAYSIA
Teknologi ialah cara, peralatan, bahan atau perisian untuk melakukan, membuat
atau membina sesuatu. Di samping itu, teknologi akan menjadikan kerja lebih
mudah, jimat, efisien, serta selamat. Sementara itu, teknologi maklumat
merupakan kaedah, peralatan dan perisian yang terlibat dalam proses
penjanaan maklumat, pengumpulan maklumat, pemprosesan maklumat,
pengurusan maklumat, penyebaran maklumat dan penyimpanan maklumat
yang tidak terhad dalam bentuk tulisan atau teks sahaja.
TMK merangkumi perkakasan, perisian, kandungan, aplikasi, bahan serta produk
yang mempunyai atau membawa mesej, maklumat atau ilmu pengetahuan yang
dapat diakses dan digunakan. Secara khususnya, Rogers (1991) menyatakan
teknologi komunikasi merupakan alat perkakasan, struktur organisasi dan
nilai sosial yang dialami oleh individu semasa mengumpul, memproses, dan
bertukar-tukar maklumat dengan individu lain.
Seperti yang kita sedia maklum, hampir keseluruhan TMK tercipta di Barat
dan dibawa ke negara kita secara berperingkat. Maklumat lengkap tentang
sejarah penciptaan media dan teknologi komunikasi boleh didapati di
„Media History Project, University of Minnesota.‰ Alamat laman sesawangnya
ialah [Link]. Pada tajuk „Timeline‰ dalam laman sesawang
ini, disenaraikan media dan teknologi komunikasi dari era sebelum sejarah
(prehistoric) hingga pada masa kini. Jika hendak dicetak maklumat yang ada
pada laman sesawang ini, sudah pasti mencecah ratusan halaman (Musa Abu
Hassan, 2008).
Sementara itu, Rogers (1991) mengkategorikan sejarah perkembangan TMK
kepada empat era utama seperti diilustrasikan dalam Rajah 7.1.
Rajah 7.1: Empat Era bagi Sejarah Perkembangan TMK
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 7 PENGARUH TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) 163
KE ATAS KESEPADUAN NASIONAL MALAYSIA
Mari kita lihat penjelasan bagi setiap era tersebut.
(a) Era Penulisan
Bermula sejak tahun 4000 Sebelum Masihi apabila orang Sumeria menulis
pada papan batu. Pada era ini, buku penting disalin semula dengan
tulisan tangan oleh individu yang mempunyai tulisan yang kemas. Oleh
yang demikian, pengetahuan tidak dapat berkembang dengan luas
kerana bahan bacaan terhad dan menjadi milik eksklusif mereka yang
boleh membaca.
(b) Era Percetakan
Bermula pada tahun 1456 apabila terciptanya mesin cetak oleh Johannes
Gutenberg dari negara Jerman. Pada hakikatnya, teknologi percetakan
wujud di negara China sekitar tahun 1041 dengan terciptanya kertas dan
mesin taip cerai di China. Dengan penemuan teknologi percetakan ini,
lebih banyak buku dapat dicetak dan diedarkan. Dengan itu, ilmu
pengetahuan dapat berkembang. Pada era ini juga media massa pertama,
iaitu akhbar diterbitkan.
(c) Era Telekomunikasi
Bermula pada tahun 1844 apabila Samuel Morse mencipta telegraf.
Teknologi ini membolehkan manusia berkomunikasi dari jarak jauh.
Banyak ciptaan lain muncul dalam era ini seperti telefon, radio dan
televisyen; hingga hari ini, telekomunikasi memainkan peranan penting
dalam urusan komunikasi kita semua. Malah, ada pendapat yang
menyatakan bahawa teknologi telekomunikasi membuka jalan untuk
kemajuan TMK yang kita nikmati dan gunakan sekarang.
(d) Era Interaktif atau Saling Bertindak
Bermula pada tahun 1946 dengan terciptanya komputer. Dalam era ini,
orang ramai perlu aktif untuk mendapatkan dan memilih maklumat
yang dikehendaki kerana terdapat banyak sumber maklumat dalam
pelbagai bentuk yang boleh digunakan.
Evolusi dan pengglobalan teknologi memberi banyak manfaat dalam
kehidupan manusia. Namun begitu, tidak dapat dinafikan juga wujud situasi
penyalahgunaan teknologi oleh pengguna yang memudaratkan, sehingga
mencetuskan kejatuhan ekonomi dunia dan lain-lain lagi. Teknologi secara
khususnya tidak boleh disalahkan. Sebaliknya, manusia sebagai penghasil dan
pengguna teknologi perlu bertanggungjawab sepenuhnya.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
164 TOPIK 7 PENGARUH TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK)
KE ATAS KESEPADUAN NASIONAL MALAYSIA
Pembinaan kesepaduan nasional yang sekali gus mewujudkan peradaban
majmuk Malaysia sangat dipengaruhi oleh perkembangan teknologi semasa.
TMK sebagai tapak digital yang wujud dalam bentuk Internet, aplikasi
digital, Facebook, Instagram dan pelbagai lagi. Manusia kini menggunakan
pelbagai Apps dan kumpulan media sosial untuk menjalani suatu bentuk
kehidupan baharu (Nur Azuki & Ali Salman, 2021).
Jika merujuk di Malaysia, kemodenan yang dikecap kini banyak dipengaruhi
oleh perkembangan TMK yang berlaku bermula daripada aplikasi teknologi
maklumat untuk keperluan pekerjaan sehinggalah kepada peranan teknologi
maklumat ke dalam kehidupan seharian. Dengan adanya perhubungan yang
menggunakan teknologi maklumat, secara tidak langsung urusan perniagaan,
misalnya dapat dilakukan dengan kadar segera dan dengan kos yang amat
rendah. Perkembangan pesat dalam bidang TMK di Malaysia turut menjadi
pemangkin kepada transformasi ekonomi yang dapat menggerakkan
pembangunan negara ke arah menuju sebuah negara maju yang berpendapatan
tinggi (Ismahalil Ishak, 2009).
Perancangan pengembangan teknologi di Malaysia sudah dirangka pada
zaman Tun Razak sebagai Perdana Menteri lagi. Hal ini boleh dibuktikan
pada kandungan bahagian pertama Rukun Negara yang dilancarkan oleh
Yang di-Pertuan Agong pada Hari Kemerdekaan (31 Ogos 1970) yang ke-13.
Penggunaan teknologi direkodkan dan dimaktubkan sebagai objektif kelima
dalam Rukun Negara, iaitu „Membina sebuah masyarakat progresif yang akan
menggunakan sains dan teknologi moden.‰
Jika diimbau perkembangan TMK di Malaysia, pelaksanaan secara berskala
besar mula dilaksanakan seawal era 1980-an menerusi Rancangan Malaysia
Kelima (RMK-5) dari tahun 1986–1990 (Unit Perancang Ekonomi, 2012).
Pada sepanjang tempoh tersebut, kerajaan Malaysia mula memberikan
keutamaan kepada bidang TMK, terutamanya menyediakan infrastruktur
di kawasan bandar yang menjadi fokus kepada sektor ekonomi dan seterusnya
ke kawasan luar bandar.
Dengan berkembangnya infrastruktur ini, penubuhan syarikat yang berasaskan
TMK yang melibatkan perkakasan (hardware) dan perisian (software) sudah
mula bertapak dan secara tidak langsung, peluang pekerjaan kepada penduduk
tempatan dan kemasukan tenaga mahir dari luar semakin bertambah. Dalam
hasrat untuk merealisasikan segala perancangan yang dijana, infrastruktur
secara fizikal diperlukan sebagai landasan bagi memacu setiap perancangan
tersebut.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 7 PENGARUH TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) 165
KE ATAS KESEPADUAN NASIONAL MALAYSIA
Pada tahun 1996, mantan Perdana Menteri Malaysia kelima, iaitu Tun Dr Mahathir
Mohamad melancarkan Koridor Raya Multimedia (MSC – Multimedia Super
Corridor) seluas 15 kilometer lebar dan 50 kilometer panjang, iaitu bermula
daripada Menara Berkembar KLCC di Kuala Lumpur sehinggalah ke
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang.
Terdapat tiga fasa utama pembangunan MSC, iaitu:
• fasa pertama (1996–2003) yang memfokuskan perancangan dan penubuhan
MSC;
• fasa kedua (2004–2010) yang menghubungkan MSC dengan bandar siber
seperti Cyberjaya; dan
• fasa ketiga (2010–2020) yang mentransformasikan masyarakat Malaysia
ke arah masyarakat berpengetahuan.
Di sepanjang tempoh pembangunan dan pelaksanaan sehingga kini, beberapa
inisiatif berjaya dihasilkan seperti pelaksanaan MyKad, teleperubatan
(telemedicine) dan e-kerajaan (e-government) (Ismahalil Ishak, 2009).
Pelaburan yang besar dibuat untuk menyediakan infrastruktur komunikasi bagi
meningkatkan kebolehcapaian serta menambah baik institusi dan persekitaran
kawal selia yang berkaitan. Penekanan yang lebih diberi kepada usaha
meningkatkan tahap penggunaan TMK dalam pelbagai sektor ekonomi, antara
kawasan bandar dengan luar bandar serta dalam kalangan pelbagai lapisan
masyarakat (Unit Perancang Ekonomi, 2012).
SEMAK KENDIRI 7.1
Senaraikan empat era utama sejarah perkembangan TMK.
AKTIVITI 7.1
1. Bincangkan perkembangan TMK di Malaysia.
2. Terangkan kesan-kesan Koridor Raya Multimedia (MSC –
Multimedia Super Corridor) terhadap sektor ekonomi di Malaysia.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
166 TOPIK 7 PENGARUH TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK)
KE ATAS KESEPADUAN NASIONAL MALAYSIA
7.2 KONSEP HUBUNGAN MANUSIA DAN
TEKNOLOGI
Dalam dunia globalisasi masa kini, media sosial telah menjadi sebahagian
daripada kehidupan masyarakat yang digunakan dalam aktiviti seharian seperti
bersosial, mendapatkan maklumat dan belajar. Namun, terdapat beberapa
masalah negatif yang timbul daripada penyalahgunaan media sosial yang
memerlukan beberapa bentuk campur tangan mengenai cara masyarakat
menggunakannya untuk komunikasi dan interaksi.
Tidak dapat dinafikan kenyataan bahawa media sosial merevolusikan cara
manusia di dunia ini berinteraksi antara satu sama lain sebagai keluarga,
dengan rakan dan di tempat kerja. Malangnya, penggunaan media sosial
yang berlebihan menjadikan pengguna antisosial. Pengguna media sosial
kebanyakannya begitu asyik dengan gajet mereka dan mengabaikan orang
di sekeliling mereka.
Menurut kajian oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (2020),
tiga aplikasi komunikasi dalam kalangan rakyat Malaysia ialah WhatsApp,
Facebook Messenger dan Telegram, dan pada masa yang sama, tiga aplikasi
rangkaian sosial ialah Facebook, YouTube dan Instagram.
Dalam Revolusi Industri 4.0, media sosial dan teknologi digital lain akan
menjadi platform dominan yang menghubungkan manusia. Mereka yang
tidak mahir menggunakan teknologi ini akan ketinggalan. Dalam usaha
pemerkasaan, TMK sering kali dilihat sebagai alat yang mempercepatkan
banyak urusan manusia, alat yang memudahkan dan meringankan beban kerja,
alat yang membantu komunikasi lebih efisien dan alat yang menghubungkan
sesiapa sahaja, walau di mana sahaja tanpa mengira masa. TMK kini adalah
sebahagian daripada kehidupan manusia. Lihatlah sahaja cara masyarakat
bekerja, membeli belah dalam talian, membayar bil utiliti dan memesan
makanan secara dalam talian. Semua ini tidak berlaku pada era revolusi
industri sebelum ini. Manusia tidak boleh mengelak daripada menggunakan
teknologi (Nur Azuki & Ali Salman 2021).
Kini, banyak urusan boleh diselesaikan melalui penggunaan TMK. Contohnya,
pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian, bayaran utiliti dan urusan
lain yang memudahkan pengguna TMK. Namun demikian, terdapat isu yang
menyebabkan berlakunya jenayah buli siber, ucapan kebencian (hate speech)
dan mangsa penipuan (scam). Hal ini berlaku kerana pengguna yang tidak
beretika akan menyalahgunakan wahana ini sebagai pencetus perbalahan
sesama masyarakat.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 7 PENGARUH TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) 167
KE ATAS KESEPADUAN NASIONAL MALAYSIA
Sehubungan dengan itu, awalan teknologi diwujudkan bagi menunjukkan
konsep teknologi baik dan tidak baik. Oleh sebab TMK ialah buatan manusia,
maka manusia yang mereka cipta TMK telah menyusun istilah dan makna
yang baik dalam TMK menggunakan awalan „e‰. Contohnya. e-kerajaan
(e-government), e-panggilan (e-hailing) dan e-latihan (e-training). Konsep dan
makna yang tidak baik disusun bermula dengan awalan siber- (cyber-)-,
maka wujud istilah TMK yang menakutkan pengguna seperti buli siber
(cyber-bullying), jenayah siber (cyber-crime) dan seks siber (cyber-sex) (Nur Azuki
& Ali Salman 2021).
Oleh yang demikian, amat bertepatan jika dipaparkan peranan yang dapat
dan patut dilakukan oleh TMK supaya kehadirannya dan penggunaannya
mendatangkan manfaat seperti yang diharapkan.
(a) Menjadi Agen Sosialisasi
Pengaruh yang ada pada TMK hendaklah digunakan untuk
memperkenalkan budaya, adat resam, nilai, etika, norma sosial, bahasa dan
seumpamanya kepada generasi muda serta sebagai agen pengukuhan
kepada golongan dewasa. Jika TMK tidak memainkan peranan ini,
budaya bangsa mungkin lenyap, dilupakan dan terus menghilang.
(b) Penggalak Pendidikan
TMK mampu membawa dan menyebarkan ilmu pendidikan kepada semua
lapisan masyarakat. Perkara ini boleh dilakukan melalui pendidikan
formal dan pendidikan tidak formal. Amalan pendidikan sepanjang hayat
melalui TMK sepatutnya menjadi budaya kepada semua anggota
masyarakat apabila kandungan TMK dan pihak bertanggungjawab
mengambil berat tentang kandungan TMK yang menjurus kepada
pembekalan ilmu di samping kandungan lain.
(c) Pemberi dan Penyebar Maklumat
Melalui TMK, anggota masyarakat mendapat maklumat tentang perkara
yang berlaku di dalam dan di luar negara, dimaklumkan tentang maklumat
penting yang perlu diberi perhatian. Misalnya, wabak penyakit, bencana
alam, hal politik dan keagamaan. Penyebaran ini serentak ke seluruh
pelosok negara.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
168 TOPIK 7 PENGARUH TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK)
KE ATAS KESEPADUAN NASIONAL MALAYSIA
(d) Menyokong Kegiatan Ekonomi
Media komunikasi amat membantu kegiatan ekonomi dari segi promosi
dan pengiklanan. Malah, ada yang menyatakan bahawa media komunikasi
dan pengiklanan saling memerlukan kerana hasil daripada pengiklanan
merupakan hasil pendapatan kepada agensi media. Sekiranya media
komunikasi tidak digunakan, maka banyak produk dan perkhidmatan
tidak akan diketahui oleh orang ramai. Sungguhpun demikian, pihak
iklan tidak boleh menentukan perkara yang terkandung dan masa
sesuatu kandungan rancangan itu disiarkan oleh media.
(e) Penghibur
Memang tidak dapat dinafikan bahawa media komunikasi banyak
digunakan bagi tujuan hiburan dalam kalangan anggota masyarakat.
Pihak media komunikasi perlu mengimbangi kandungan yang berbentuk
hiburan dengan kandungan yang membawa ilmu pengetahuan supaya
anggota masyarakat mendapat kesan yang positif.
Hiburan yang melampau akan melekakan orang ramai dan akan
menjuruskan mereka ke arah yang kurang produktif. Sungguhpun
demikian, media komunikasi tidak boleh meninggalkan komponen
hiburan supaya orang ramai dapat melepaskan lelah dan merehatkan
fikiran untuk mendapatkan semula rangsangan untuk bekerja (Musa Hassan
2008).
SEMAK KENDIRI 7.2
Senaraikan peranan-peranan TMK kepada masyarakat Malaysia.
AKTIVITI 7.2
Lakukan pencarian terhadap dua berita dalam akhbar dalam talian
yang berkaitan dengan jenayah siber dan buli siber. Kemudian, berikan
ulasan mengenai kedua-dua berita tersebut.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 7 PENGARUH TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) 169
KE ATAS KESEPADUAN NASIONAL MALAYSIA
7.3 ETIKA DAN PERADABAN DALAM
PENGGUNAAN TMK
Kesembilan elemen berikut menjadikan warga dunia kini sebagai warga digital:
• akses (access)
• perdagangan (commerce)
• komunikasi (communication)
• literasi (literacy)
• etika (etiquette)
• undang-undang (law)
• hak dan tanggungjawab (rights and responsibility)
• kesihatan dan keselamatan (health and security)
• keselamatan (security)
Semasa pengguna berkongsi maklumat di media sosial, masalah etika dan
integriti harus menjadi perhatian utama. Apabila pengguna ingin berkongsi
sebarang maklumat, maka perlulah memeriksa dan menyelidiki terlebih
dahulu sesuatu isu itu. Hal ini dibimbangi sekiranya maklumat itu palsu dan
boleh membahayakan individu. Seseorang mungkin mengatakan bahawa
mereka boleh memadamkan mesej di media sosial pada zaman sekarang. Namun,
setelah mesej disiarkan, untuk memadamkannya semula sudah terlambat
dan kerosakan mungkin telah dilakukan seperti kata pepatah: sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tidak berguna (Nur Azuki & Ali Salman, 2021).
Akibatnya mungkin melibatkan pihak lain, termasuk keluarga, rakan, rakan
sekerja dan pihak berkuasa, terutamanya jika komen anda atau apa-apa yang
anda kongsikan merosakkan reputasi orang lain. Masih terdapat pengguna
media sosial di luar sana yang berpendapat bahawa mereka tidak dapat
dikesan. Namun, teknologi yang sama yang membolehkan anda tidak dikenali
juga memudahkan anda dikesan. Kini, pelbagai unsur etika dan peradaban
TMK boleh ditemui dalam Internet. Walau bagaimanapun, perkara penting
yang perlu diketahui ialah cara masyarakat menterjemahkan TMK sebagai
penghayatan dalam kehidupan seharian.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
170 TOPIK 7 PENGARUH TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK)
KE ATAS KESEPADUAN NASIONAL MALAYSIA
Pelbagai peraturan boleh ditemui dalam menggunakan komputer, Internet
dan media sosial. Peraturan itu diadakan bersekali dengan terdapat teknologi
tersebut oleh pembinanya. Isunya kini, bagaimanakah masyarakat patut
menterjemahkan TMK sebagai suatu perkara sahaja dalam pelbagai perkara
lain berkaitan kehidupan mereka? Dengan kata lain, bagaimanakah usaha
menghidupkan komunikasi maya tersebut sebagai alat komunikasi nyata yang
boleh dinilai hukum secara lapangan nyata? (Nur Azuki & Ali Salman, 2021).
Untuk mencapai maksud itu, masyarakat perlu sedar bahawa apabila mereka
berinteraksi melalui TMK sama ada secara formal ataupun tidak formal, mereka
perlu mengambil kira empat peraturan:
(a) Komunikasi sesama manusia. Hakikatnya komunikasi yang dilaksanakan
100% melibatkan hubungan manusia dengan manusia, walaupun
sebahagiannya berhubungan dengan perisian dan sistem.
(b) Mengikuti piawai kelakuan dalam talian seperti yang diikuti dalam
kehidupan sebenar. Walaupun dunia komunikasi ini bersifat maya,
hakikatnya ialah sistem yang sama dalam dunia nyata.
(c) Ketahui di mana anda sebagai pengguna berada di dunia siber dan
menghormati ruang maya komunikasi. Contohnya, dalam ruang rakan
sekerja, mungkin berbeza gaya bahasa dan budi bicara berbanding dengan
ruang keluarga.
(d) Hormati masa dan privasi orang lain. Masa setiap individu amat berharga.
Pengurusan masa perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Oleh itu, perkongsian
bahan yang tidak bermanfaat dan kurang nilai etika dan estetika akan
membazirkan ruang masa pembaca dan ahli berkomunikasi (Nur Azuki &
Ali Salman, 2021).
Perkembangan TMK di Malaysia merupakan bentuk transformasi teknologi
yang banyak membawa kepada perubahan gaya hidup. Kini, masyarakat
dunia dirasakan semakin sempit kerana apa-apa yang berlaku dapat diketahui
oleh setiap pelosok dunia dalam masa beberapa saat sahaja. Masyarakat
Malaysia turut tidak ketinggalan dalam merasai ledakan perkembangan
teknologi maklumat ini.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 7 PENGARUH TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) 171
KE ATAS KESEPADUAN NASIONAL MALAYSIA
Dunia kini sedang menelusuri proses transformasi struktur yang bermula lebih
dari dua dekad dahulu, dan masyarakat seharusnya membentuk teknologi dan
bukan sebaliknya. Berdasarkan pandangan ini, sudah pasti TMK telah dan
boleh memberikan impak yang positif kepada masyarakat terutamanya dalam
meningkatkan kualiti hidup dalam dunia yang semakin mencabar kini. Walau
bagaimanapun, di sebalik sumbangan TMK yang secara idealnya memberi
kesenangan kepada manusia, terdapat juga kesan negatif kepada manusia,
jika tidak digunakan dengan sebaiknya (Nur Azuki &n Ali Salman 2021).
AKTIVITI 7.3
Pada pendapat anda, apakah kaedah-kaedah terbaik bagi memastikan
pengguna teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) mematuhi
etika yang ditetapkan?
7.4 TMK TAPAK PENGUKUHAN KESEPADUAN
NASIONAL
TMK hendaklah menjadi pihak yang bertanggungjawab untuk mempromosikan
keadaan harmoni dan dalam menerapkan nilai positif yang dapat mewujudkan
persefahaman serta kerjasama dalam kalangan kumpulan etnik di negara ini.
Keamanan dan kesentosaan hidup secara rukun damai tidak dapat dijual beli
dan pihak media perlu memelihara dan memperkasakan suasana ini supaya
tidak timbul kacau-bilau yang boleh merosakkan negara.
TMK amat perlu dipelajari dan dipupuk sebagai agen kesepaduan sosial.
TMK perlu dipelajari dan dikuasai supaya mampu menjadi agen kesepaduan
sosial dalam budaya kehidupan moden ini. Masyarakat pengguna perlu
mendidik diri mereka, keluarga dan komuniti mengenai cara menggunakan
dan mengurus TMK bagi mengukuhkan kesepaduan sosial masyarakat
Malaysia (Nur Azuki & Ali Salman, 2021).
TMK dan globalisasi juga ialah suatu penyatuan masyarakat dunia dari segi
gaya hidup, orientasi, dan budaya. Ledakan budaya hasil daripada proses
globalisasi mewujudkan perubahan yang drastik dalam pemikiran, amalan,
cara hidup, hasil karya, akal budi, kelakuan, penciptaan, kebendaan, kehidupan,
dan banyak lagi dalam kalangan masyarakat. Globalisasi bukan sahaja
membawa pembaharuan dalam bidang perolehan maklumat dan pengetahuan
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
172 TOPIK 7 PENGARUH TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK)
KE ATAS KESEPADUAN NASIONAL MALAYSIA
melalui TMK, namun menjadi medan untuk pihak Barat mengeksport keluar
budaya hidup mereka seperti budaya hedonisme, sekularisme, dan pluralisme
agama (religious pluralisme) yang bukan merupakan budaya kita.
Dari segi bahasa, era TMK menjadikan bahasa Inggeris berkembang secara
pesat dan digunakan secara global dalam urusan seharian baik pada peringkat
antarabangsa dan tempatan. Hal ini demikian kerana bagi mengendalikan
urusan melibatkan TMK, medium bahasa yakni bahasa Inggeris banyak
digunakan dalam mengendalikan urusan melibatkan TMK banyak dikendalikan
dalam penggunaan bahasa Inggeris. Fenomena ini melanda masyarakat pada
peringkat global, terutamanya berikutan dengan pesatnya pembangunan
teknologi TMK.
Gelombang budaya popular yang berkembang secara global itu didapati
memainkan peranan yang semakin penting, bukan sahaja dari segi pengaruh
budaya, malahan turut berperanan dalam membawa pembangunan ekonomi,
teknologi dan seterusnya dalam menyalurkan negara-negara maju ke paras
global. Menerusi TMK, unsur budaya itu dihasilkan untuk diminati dan
dihayati secara bersama, dan dengan ini menyatakan penerimaan atau
pengesahan masyarakat untuk dikongsi bersama.
Begitu juga dengan budaya berprestasi tinggi perlu dihidupkan, sama ada dari
sudut akhlak dan tatacara bertutur, berkongsi, menampilkan diri, berhujah
dan menyantuni orang lain; walaupun sewaktu tidak dapat dilihat secara
nyata oleh orang lain. Begitu juga, perlu dijaga adab, adat dan etika, walaupun
tindakan atas kesalahan daripadanya belum dibuat terhadap diri manusia lain.
Contohnya, dalam melakukan aktiviti berikut:
(a) Pertuturan
Perlu menggunakan bahasa yang formal, jelas dan teratur. Walaupun
berkomunikasi dengan rakan rapat kerana bahasa pertuturan sedemikian
boleh menambahkan kemesraan.
(b) Perkongsian
Perlu dilakukan dengan mengambil kira implikasi perundangan supaya
apa-apa yang dikongsi itu boleh dipertanggungjawabkan.
(c) Pendekatan Nasihat
Perlu berhikmah dan bertatasusila supaya boleh memberi kesan positif
kepada si penerima dan sekali gus nasihat yang disampaikan berkesan.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 7 PENGARUH TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) 173
KE ATAS KESEPADUAN NASIONAL MALAYSIA
(d) Adat Berdebat
Perlu berasaskan fakta dan penyelesaian yang jelas supaya suasana
perdebatan dan diskusi berlaku secara harmoni dan berhemah serta
mencapai kata sepakat yang baik.
(e) Penampilan Diri
Perlukan kekemasan dan keteraturan supaya memenuhi tuntutan moral,
nilai sejagat dan hukum beragama.
(f) Tatacara Meletakkan Gambar
Perlu memastikan gambar bersifat komersial dan sejagat supaya memenuhi
tuntutan pengguna yang memuat naik dan memuat turun gambar
tersebut. Maksud yang jahat akan membawa implikasi yang negatif dan
buruk.
(g) Kaedah Berbudi
Perlu jelas maksud dan tujuan murni tersebut supaya penerima akan
menghargai respons yang diberi oleh pengirim dan suasana tersebut
pastinya mengharmonikan kehidupan sejagat.
(h) Menghormati Orang Tua dan Menyayangi Orang Muda
Etika hidup sebegini perlu berlaku secara nyata dan maya dengan jelas
kebaikannya demi menjadi teladan yang baik dan merapatkan hubungan
manusia.
(i) Menyantuni Etnik Berbeza
Perlu menjaga sensitiviti antara sesama manusia. Pastikan tidak
wujudnya ketegangan yang menyusahkan dan merimaskan semua orang.
Sebetulnya tiada pihak yang menang sekiranya sentimen perkauman
ditimbulkan.
(j) Mengurus Privasi Diri
Secara fitrahnya, semua manusia perlu dihormati dan dihargai, baik
dalam bentuk zahir mahupun secara maya. Tuntutan kemanusiaan ini
akan meninggikan martabat individu yang memperjuangkan privasi diri
dan dalam kalangan mereka (Nur Azuki & Ali Salman 2021).
Selain itu, dalam konteks hubungan kemanusiaan, iaitu kesepaduan nasional,
wujud fenomena yang merisaukan masyarakat semasa seperti dalam istilah
ucapan kebencian (hate-speech), penipu (scammer), berita palsu (fake news)
dan palsu tulen (deep fake) yang perlu ditangani bagi menghindari konflik
dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
174 TOPIK 7 PENGARUH TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK)
KE ATAS KESEPADUAN NASIONAL MALAYSIA
AKTIVITI 7.4
Bagaimanakah ucapan kebencian (hate speech), penipu (scammer),
berita palsu (fake news) dan palsu tulen (deep fake) boleh
mengganggu-gugat keharmonian kesepaduan sosial di Malaysia?
Bincangkan dengan rakan sekuliah anda dalam forum myINSPIRE.
7.5 ISU SEMASA TMK
Perkembangan teknologi hari ini semakin mendedahkan kecanggihannya.
Teknologi baharu dicipta bagi memenuhi keperluan kehidupan masyarakat
yang semakin berminat untuk bersaing dengan menggunakan alat canggih itu
bagi mendapatkan berita dan maklumat mengenai pelbagai isu di sekeliling
mereka. Media sosial muncul antara platform paling popular. Ciri-ciri interaktif
media sosial yang unik dan meluas membolehkan setiap orang tidak hanya
terhad berkongsi maklumat melalui teks tetapi mereka boleh mengakses
serta memuat turun video, foto, audio dan permainan. Secara tidak langsung,
media sosial mampu mengubah cara hidup, keperibadian dan identiti manusia.
Mengikut Kajian Pengguna Internet oleh Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (2020), peratusan pengguna Internet di Malaysia semakin
meningkat. Pengguna Internet telah meningkat sebanyak 1.3% kepada 88.7%
pada tahun 2020 jika dibandingkan dengan 87.4% pada tahun 2018.
Peningkatan penggunaan Internet turut menyumbang kepada pelbagai isu yang
timbul ekoran kepincangan pengurusan TMK.
Antara impak negatif paling ketara berkaitan isu berikut ialah:
(a) Keruntuhan Akhlak
Keruntuhan akhlak boleh dilihat dari pelbagai sudut seperti isu
pornografi, buli siber, ketagihan permainan video dan vandalisme.
Banyak kes jenayah berkaitan dengan perkara tersebut. Keruntuhan
akhlak bukan sahaja terkesan kepada golongan muda, bahkan golongan
tua dan kanak-kanak. Antara aktiviti keruntuhan moral lain seperti isu
ucapan kebencian, jenayah benci (hate crime) dan pembaziran masa yang
amat ketara dengan alatan (gadget ).
Implikasi lain seperti dalam isu tekanan teknologi (technostress) dan
teknofobia (technophobia). Tekanan teknologi merupakan keadaan
yang menyebabkan seseorang berasa tidak selesa dengan perkembangan
teknologi. Tekanan teknologi juga berlaku disebabkan oleh
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 7 PENGARUH TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) 175
KE ATAS KESEPADUAN NASIONAL MALAYSIA
ketidakmampuan untuk mengadaptasi dengan revolusi teknologi, dan
memberi kesan kepada aspek fizikal dan mental (Suryanto & Twista, 2017).
Sebaliknya, teknofobia juga berkaitan dengan ketakutan yang tidak formal
dengan perubahan teknologi, sains dan perubahan secara umum (Panji,
2020). Kedua-dua istilah itu saling berkaitan, iaitu memberi kesan
sampingan kepada mangsa sama ada dari segi fizikal atau emosi.
(b) Penipuan dan Korupsi
Penipuan menjadi isu besar dalam penggunaan TMK, terutamanya yang
melibatkan jenayah kewangan seperti penipu, mencuri maklumat sulit,
menggodam atau memanipulasi data. Isu monopoli perniagaan juga
semakin meresahkan. Contohnya, dengan kehadiran GrabCar, FoodPanda,
Shopee dan Lazada yang dikatakan menutup sebahagian rezeki peniaga
yang menggunakan kaedah konservatif.
(c) Pencerobohan Hak Privasi
Secara tidak sedar, masyarakat perlu menerima hakikat bahawa mereka
diintip oleh media sosial. Maka, pelbagai jenayah sampingan boleh
berlaku.
(d) Peperangan Bentuk Baharu
Negara-negara di dunia sudah mula menggerakkan ketumbukan tentera
dengan TMK yang melibatkan senjata tanpa manusia. Antaranya ialah
dron dan logistik ketenteraan lain yang dikawal dengan menggunakan
alat kawalan jauh.
(e) Penyebaran Berita Palsu
Media sosial ialah sumber berita. Keadaan ini membuat sebilangan
pengulas media sosial mengatakan bahawa itu bukan lagi sumber alternatif
untuk berita tetapi sumber utama bagi beberapa orang. Namun, berita
di media sosial cenderung kepada berita palsu kerana fakta yang
dipaparkan tidak menjalani prosedur kewartawanan dan pemeliharaan
gerbang media arus perdana atau konvensional.
Berita palsu menjadi duri dalam daging terutamanya masyarakat awam
dan pemerintah. Mantan Perdana Menteri Malaysia ke-6, DatoÊ Sri Mohd
Najib Tun Abdul Razak pernah menyatakan kebimbangannya mengenai
bahaya berita palsu dan meminta tindakan untuk mengatasi keadaan itu
(Raja Hisyam, 2017). Hal ini memberi kesan negatif kepada masyarakat
kerana ramai yang menyalahgunakan teknologi untuk kepentingan tertentu.
Maka, adab dan etika yang betul perlu dipatuhi dalam menggunakan
kemudahan TMK ini (Nur Azuki & Ali Salman, 2021).
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
176 TOPIK 7 PENGARUH TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK)
KE ATAS KESEPADUAN NASIONAL MALAYSIA
Terdapat juga pelbagai cabaran boleh timbul daripada TMK, iaitu faktor
dalaman dan faktor luaran. Faktor dalaman bermaksud kesungguhan, minat,
daya usaha, keinginan untuk tahu dan belajar yang terdapat pada diri
seseorang itu untuk mempelajari serta mendapatkan kemahiran penggunaan
TMK. Inisiatif diri sendiri ini perlu disemai dan dipupuk untuk merasakan
bahawa pengetahuan dan kemahiran penggunaan TMK adalah penting untuk
kehidupan masa kini, termasuklah untuk bekerja, melaksanakan aktiviti
ekonomi, politik, sosial, berurusan dengan kerajaan dan sebagainya. Apabila
wujud kesedaran pada diri setiap orang, maka mereka akan mencari ilmu
serta mendapatkan kemudahan yang perlu agar mereka berasa tidak tertinggal
dalam arus digital.
Usaha mereka untuk mendapatkan kemudahan TMK berkaitan dengan faktor
luaran bermaksud kemudahan TMK seperti komputer, capaian Internet,
kandungan Internet yang sesuai, aplikasi tertentu dapat diperoleh dengan
mudah ataupun tidak mahal untuk dimiliki. Harga bayaran perkhidmatan
Internet yang kompetitif boleh merangsang individu untuk menggunakan
Internet dengan lebih kerap atau lama bagi tujuan pembaikan diri serta
mendapatkan maklumat pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja (Musa Abu
Hassan (2008).
Faktor dalaman pada peringkat keluarga ialah kesedaran tentang perlunya
kemudahan TMK di rumah dan komitmen setiap orang untuk menggunakannya.
Sesebuah keluarga harus mempunyai keyakinan bahawa pengetahuan dan
kemahiran TMK adalah penting untuk pendidikan, komunikasi, pengurusan
keluarga, pembangunan keluarga dan sebagainya. Manakala faktor luaran
yang perlu diberi perhatian ialah kempen kesedaran serta harga perkakasan,
perisian, aplikasi dan bahan lain yang mampu dimiliki oleh mereka. Di samping
itu, perlu ada pameran dan latihan untuk anggota keluarga mengetahui
perkembangan teknologi dan dapat meningkatkan kemahiran masing-masing.
Bagi peringkat komuniti, perlu ada kesedaran dalam kalangan mereka untuk
mendapatkan kemudahan TMK di kampung atau di taman tempat mereka
tinggal. Kesedaran ini adalah penting kerana jika mereka yang meminta
kemudahan TMK, maka komitmen mereka terhadap pusat TMK atau telecenter
adalah lebih tinggi, berbanding dengan kemudahan yang diberi kepada mereka
oleh pihak lain tanpa penglibatan mereka. Perlu ada penggerak untuk
memberikan kesedaran kepada penduduk setempat tentang keperluan
pengetahuan dan kemahiran menggunakan TMK.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 7 PENGARUH TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) 177
KE ATAS KESEPADUAN NASIONAL MALAYSIA
Oleh yang demikian, faktor luaran seperti kemudahan di pusat TMK, program
dan latihan TMK yang berkala, penyelia yang berkemampuan, sokongan dana
dan perkakasan untuk pusat telecenter serta sokongan padu daripada agensi
setempat adalah amat penting. Alangkah baiknya jika kursus dan latihan
yang dikendalikan di pusat TMK komuniti diiktiraf oleh pihak tertentu supaya
dapat memberikan nilai tambah dan menjadi dorongan untuk orang ramai
mengikutinya (Musa Abu Hassan, 2008).
Antara cabaran lain yang dihadapi oleh individu ialah usaha memiliki perkakasan
dan mendapatkan akses dengan mudah. Adakah mereka maklum tentang lokasi
yang menyediakan perkhidmatan Internet atau kemudahan yang digunakan
untuk menambah ilmu pengetahuan serta meningkatkan kemahiran TMK?
Pada peringkat keluarga pula, adakah mereka sanggup berbelanja untuk
memiliki teknologi dan berbelanja lagi untuk perkhidmatan, perisian, aplikasi
dan aksesori?
AKTIVITI 7.5
Pilih satu isu berkaitan dengan TMK di Malaysia. Bincangkan kesannya
terhadap keharmonian warga Malaysia. Kongsikan jawapan anda
dalam forum myINSPIRE.
• Pembinaan kesepaduan nasional sekali gus peradaban majmuk Malaysia
sangat dipengaruhi oleh perkembangan teknologi semasa, iaitu teknologi
maklumat dan komunikasi (TMK), terjelma dalam bentuk Internet, Digital
Apps, Facebook, Instagram dan pelbagai lagi tapak digital.
• Dari satu segi, TMK merapatkan jurang komunikasi, namun tiada
satu institusi sejagat yang mengawal perkembangan ini, menjadikannya
seperti digital jungle.
• Teknologi ialah cara, peralatan, bahan atau perisian untuk melakukan,
membuat atau membina sesuatu.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
178 TOPIK 7 PENGARUH TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK)
KE ATAS KESEPADUAN NASIONAL MALAYSIA
• Teknologi maklumat merupakan kaedah, peralatan dan perisian yang
terlibat dalam proses penjanaan maklumat, pengumpulan maklumat,
pemprosesan maklumat, pengurusan maklumat, penyebaran maklumat
dan penyimpanan maklumat yang tidak terhad dalam bentuk tulisan atau
teks sahaja.
• Sejarah perkembangan TMK kepada empat era utama, iaitu era penulisan,
era percetakan, era telekomunikasi, dan era interaktif atau saling bertindak.
• Perkembangan pesat dalam bidang TMK di Malaysia turut menjadi
pemangkin kepada transformasi ekonomi yang dapat menggerakkan
pembangunan negara ke arah menuju sebuah negara maju yang
berpendapatan tinggi
• Kini, banyak urusan boleh diselesaikan melalui penggunaan TMK; namun,
terdapat isu yang menyebabkan berlakunya jenayah buli siber, ucapan
kebencian (hate speech) dan mangsa penipuan.
• Semasa pengguna berkongsi maklumat di media sosial, masalah etika dan
integriti harus menjadi perhatian utama.
• TMK hendaklah menjadi pihak yang bertanggungjawab untuk
mempromosikan keadaan harmoni dan dalam menerapkan nilai positif
yang dapat mewujudkan persefahaman serta kerjasama dalam kalangan
kumpulan etnik di negara ini.
• Peningkatan penggunaan Internet turut menyumbang kepada pelbagai isu
yang timbul ekoran kepincangan pengurusan TMK.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 7 PENGARUH TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) 179
KE ATAS KESEPADUAN NASIONAL MALAYSIA
Akses (access) Kesihatan dan keselamatan (health
and security)
Berita palsu (fake news)
Komunikasi (communication)
Buli siber
Literasi (literacy)
Digital jungle
Palsu tulen (deep fake)
Etika (etiquette)
Perdagangan (commerce)
Hak dan tanggungjawab
(rights and responsibility) Tekanan teknologi (technostress)
Jenayah benci (hate crime) Teknofobia (technophobia)
Kebencian (hate-speech) Ucapan penipuan (scammer)
Keselamatan (security) Undang-undang (law)
Ali Salman, Er Ah Choy, Wan Amizah Wan Mahmud, & Roslina Abdul Latif.
(2013). Tracing the diffusion of Internet in Malaysia: Then and now, Asian
Social Science, 9(6): 1–15.
Amin, R. I. (2018, Ogos 29). UMP hasil inovasi pupuk perpaduan etnik,
patriotisme.
[Link] pendidikan/2018/08/467835/ump-
hasil-inovasi-pupukperpaduan-etnik-patriotisme
Ariff, I., & Goh, C. C. (1998). Multimedia super corridor. Leeds.
Greenlaw, R., & Hepp, E. (2002). In-line/on-line: Fundamentals of the Internet
and the World Wide Web. McGraw-Hill.
Habibah Lehar. (2008). The Malaysian economy: Past and present. University
Publication Centre.
Ismahalil Ishak. (2009). Globalisasi dan teknologi maklumat dan komunikasi
(TMK): Impak sosial kepada masyarakat Malaysia. Fakulti Sains Sosial
dan Kemanusiaan.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
180 TOPIK 7 PENGARUH TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK)
KE ATAS KESEPADUAN NASIONAL MALAYSIA
Jacob, W. (2020, Januari 8). How deepfake videos are made.
https:// [Link]/watch?v=jIBNF1SucLo
Multimedia Super Corridor. (2003). About MSC – The multimedia super corridor.
[Link]
Musa Abu Hassan. (2008). Memanfaatkan teknologi maklumat dan komunikasi
(TMK) untuk semua. Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Nor Azah, A. A. (2009). Internet, laman web pornografi dan kaedah psikospiritual
Islam dalam menangani keruntuhan akhlak remaja pelayar laman web
pornografi. Jurnal Usuluddin, 29, 147–16.
Nur Azuki, & Ali Salman. (2021). Teknologi maklumat dan komunikasi
penggerak kesepaduan nasional di Malaysia. Dlm. Ateerah Abdul Razak,
Nur Azuki Yusuff, & Zaleha Embong. Penghayatan etika dan peradaban.
Penerbit Universiti Malaysia Kelantan.
Rogers, E. M. (1991). Teknologi komunikasi: Media baru dalam masyarakat.
(Terj.) Zulkarnain Mohd Mess. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Schneider, G. P., & Evans, J. (2002). The internet (Ed. ke-3). Course Technology
Thomson Learning.
Slide kandungan pengajaran subjek Penghayatan Etika dan Peradaban. (2020).
Jawatan Kuasa Penggubal Modul, Institut Kajian Etnik Malaysia, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). (2020). Internet
users survey 2020.
[Link]
[Link]
Suryanto, Twista, R. S. (2017). Technostress: Pengertian, penyebab dan koping
pustakawan. Journal of Library and Information Science, 1(1), 209–221.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
Topik Peranan
Penghayatan
8 Etika dan
Peradaban
(PEP)
Mendukung
Tanggungjawab
Sosial di
Malaysia
Prof Madya Dr Nazri Muslim
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
182 TOPIK 8 PERANAN PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (PEP)
MENDUKUNG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAYSIA
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat melakukan perkara
berikut:
1. Menjelaskan takrifan autoriti dan takrifan harian.
2. Menghuraikan peranan etika dan peradaban dalam
mendukung tanggungjawab sosial.
3. Mempamerkan minat kesukarelawanan dalam mencapai
keharmonian masyarakat.
Realiti sosial sejagat terbahagi kepada dua:
• Realiti sosial yang ditentukan oleh pihak berkuasa, selalunya dari atas
ke bawah (top-down) atau disebut takrifan autoriti.
• Realiti sosial yang lebih terbuka, iaitu yang ditentukan oleh setiap individu,
keluarga dan komuniti demi keperluan seharian masing-masing atau
disebut takrifan harian.
Etika dan peradaban mempunyai pengaruh yang besar dalam kedua-dua
realiti sosial ini. Etika dan peradaban merupakan peri laku tanggungjawab
sosial yang lahir daripada kesedaran sosial dan digerakkan pada peringkat
individu, keluarga, komuniti, masyarakat, dan negara bagi mencapai keadilan
serta keharmonian.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 8 PERANAN PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (PEP) 183
MENDUKUNG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAYSIA
8.1 TAKRIFAN HARIAN DAN AUTORITI
Takrifan autoriti merujuk situasi dan tingkah laku yang berkait rapat dengan
protokol, perundangan dan perlembagaan yang diseragamkan dan diperakui
bersama. Takrifan autoriti lahir berdasarkan dokumen undang-undang formal
yang disahkan oleh pihak berkuasa dalam masyarakat. Takrifan autoriti
seperti negara misalnya, cenderung bersifat tetap dengan sempadannya yang
tidak boleh diubah. Contohnya, takrifan Melayu oleh negara sebagaimana
yang termaktub dalam Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan adalah
berbentuk tetap, iaitu seorang Melayu ialah seorang yang menganut agama Islam,
bertutur dalam bahasa Melayu, dan mengamalkan adat resam dan budaya
Melayu.
Takrifan negara yang bersifat tetap mungkin bermasalah untuk digunakan ke atas
sebahagian daripada orang Melayu, khususnya dari kelas atasan dan menengah.
Lazimnya, amalan pertuturan mereka menggunakan bahasa Inggeris.
Memandangkan mereka ini tidak menepati takrifan Melayu seperti yang
dikehendaki oleh negara, adakah mereka masih layak dikenali sebagai orang
Melayu?
Takrifan autoriti tertinggi yang terdapat di Malaysia kini ialah Perlembagaan
Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang paling
tinggi di Malaysia. Undang-undang paling tinggi bermakna Perlembagaan
Persekutuan merupakan kekuasaan tertinggi di Malaysia dan sebagai kekuasaan
tertinggi, tidak ada kekuasaan atau undang-undang lain di atasnya. Sekiranya
terdapat undang-undang di bawahnya yang dihasilkan dan bertentangan dengan
perlembagaan, maka secara automatiknya undang-undang baharu tersebut
akan terbatal. Oleh sebab itu, penting bagi setiap rakyat Malaysia untuk
mengetahui dan memahami konsep dan isi Perlembagaan Persekutuan.
Sebaliknya, takrifan harian yang diterima bersama oleh masyarakat tidak
terikat oleh undang-undang formal tetapi lebih didasarkan kepada kebiasaan
turun-temurun dan norma yang dikongsi sama oleh masyarakat. Takrifan harian
berlaku dalam peringkat masyarakat awam dalam kehidupan seharian
berkemungkinan besar berbeza daripada yang ditakrifkan oleh negara secara
formal dalam hal tersebut.
Hakikatnya, dalam kehidupan sehari-hari seperti yang dihuraikan sebelum ini,
terdapat kerencaman yang wujud dan jauh lebih kompleks daripada takrifan
autoriti. Malahan, takrifan harian oleh masyarakat awam kemungkinannya
lebih anjal, cair, rencam, pelbagai dan terdapat tolak ansur, akomodasi serta
saling memahami dalam kalangan mereka untuk memastikan kehidupan
seharian mereka dapat diteruskan dengan aman tanpa sebarang konflik.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
184 TOPIK 8 PERANAN PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (PEP)
MENDUKUNG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAYSIA
Maka, dengan mengambil paradigma kesepaduan sosial sebagai suatu cara
pandang alternatif untuk menganalisis dan memahami fenomena hubungan
etnik di Malaysia, takrifan harian menjadi petunjuk utama dalam mengenal
pasti bentuk, tahap, tingkat dan intensiti hubungan etnik yang wujud dalam
sesuatu kawasan, tempat, komuniti dan juga masyarakat Malaysia secara
keseluruhannya. Paradigma kesepaduan sosial dalam konteks ini adalah suatu
cara pandang yang cuba memberi ruang dan kuasa kepada masyarakat awam
agar terlibat dalam proses pembinaan perpaduan (Shamsul Amri Baharuddin,
2013).
Fenomena yang dipaparkan merupakan suatu contoh kecil yang boleh diambil
untuk memperlihatkan takrifan seharian jauh berbeza dengan takrifan oleh
negara ke atas warganya. Banyak lagi contoh lain yang boleh diambil untuk
membuktikan pernyataan ini seperti sama halnya dengan jenis Islam yang
mesti dianuti oleh orang Melayu di Malaysia. Jika menurut takrifan autoriti
hanya Islam daripada aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan mazhab Syafii
yang mesti dianuti sedangkan mengikut takrifan harian orang Melayu di
Malaysia tidak semuanya menganut aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah daripada
mazhab Syafii. Malahan, terdapat dalam kalangan orang Melayu Islam di
Malaysia yang menganut aliran Syiah.
Ringkasnya, etika dan peradaban memberi pengiktirafan terhadap takrifan
harian oleh anggota masyarakat dan takrifan harian dalam konteks hubungan
etnik ialah pelekat sosial yang menjadikan masyarakat Malaysia yang majmuk,
pelbagai dan rencam ini secara sosialnya bersepadu. Pelekat sosial yang
memberi kesepaduan sosial dihasilkan daripada interaksi dan jalinan hubungan
sosial yang berlaku pada setiap hari antara sesama anggota masyarakat
yang terdiri daripada pelbagai etnik, agama, budaya dan bahasa tanpa campur
tangan daripada pihak negara baik dalam ruang ekonomi, pasar, politik,
sosial mahupun budaya.
Perubahan dan perkembangan realiti sosial masa kini banyak dipengaruhi
oleh etika dan peradaban yang diwujudkan dalam masyarakat. Contohnya:
• Adat istiadat ialah takrifan autoriti kerana terdapat peraturan bertulis yang
menentukan susunan dan pelaksanaan adat istiadat tersebut.
• Namun, adat resam yang ada dalam masyarakat ditentukan oleh perilaku,
kebiasaan seharian atau takrifan harian tanpa sebarang bentuk peraturan
bertulis.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 8 PERANAN PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (PEP) 185
MENDUKUNG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAYSIA
Dalam konteks yang formal, adat istiadat memiliki protokol yang jelas.
Contohnya, adat istiadat yang diamalkan oleh institusi beraja. Apabila hal
yang melibatkan kerajaan dan negara asing, tahap formalitinya semakin ketat
dan terperinci, termasuk perlunya melibatkan penggunaan pakaian rasmi
dalam suatu acara. Hal ini memerlukan komitmen yang tinggi daripada
setiap lapisan masyarakat sebagai bentuk tanggungjawab sosial kepada negara.
Untuk konteks tidak formal, meskipun tiada peraturan tertulis tetapi terdapat
tanggungjawab sosial dalam bentuk adab dan nilai hormat-menghormati yang
menjadi panduan peri laku individu. Misalnya, semasa menghadiri majlis
kenduri perkahwinan, kenduri kematian atau upacara meminang, terdapat
adab budaya yang tidak tertulis tetapi dijalankan secara turun-temurun
daripada generasi kepada generasi.
Etika dan peradaban ialah peri laku tanggungjawab sosial yang lahir daripada
kesedaran sosial yang digerakkan dan diturunkan daripada generasi kepada
generasi secara berperingkat individu, keluarga, komuniti, masyarakat, dan
negara bagi mencapai keadilan dan keharmonian.
SEMAK KENDIRI 8.1
Dengan menggunakan perkataan anda sendiri, jelaskan perbezaan-
perbezaan antara takrifan harian dengan takrifan autoriti.
AKTIVITI 8.1
Bagaimanakah anda mengkategorikan kes-kes berikut sebagai takrifan
harian atau takrifan autoriti?
(a) Bendera Jalur Gemilang diterbalikkan.
(b) Tidak mematuhi peraturan jalan raya.
(c) Seorang Muslim yang tidak peka dengan kualiti halal ataupun
haram makanan yang dibeli.
(d) Persatuan Agama Buddha menghulurkan bantuan kemanusiaan
kepada mangsa banjir tanpa mengambil kira etnik dan agama
mangsa.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
186 TOPIK 8 PERANAN PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (PEP)
MENDUKUNG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAYSIA
8.2 PERANAN ETIKA DAN PERADABAN
DALAM MENDUKUNG TANGGUNGJAWAB
SOSIAL
Dalam konteks kehidupan yang pelbagai agama dan etnik di Malaysia, perkara
yang berkaitan dengan etika, akhlak dan moral amat perlu diberi perhatian
untuk memastikan setiap masyarakat mempunyai teras nilai dan peradaban
yang betul dalam kehidupan seharian mereka. Sering kali tanggungjawab
sosial yang dimiliki oleh masyarakat berteraskan nilai yang bersumberkan
agama, budaya atau falsafah kehidupan yang menjadi pegangan mereka.
Sikap beretika yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia menjadi cerminan
jati diri mereka sebagai warganegara Malaysia. Jati diri ini tercermin dalam
peri laku dan tanggungjawab yang ditunjukkan dalam kehidupan seharian.
Contohnya, mereka perlu menyemai sikap bertanggungjawab semasa membawa
kenderaan di jalan raya. Selain itu, masyarakat perlu mengambil berat dan
membantu mereka yang mengalami kesusahan, dan perkara lain yang berkaitan
dengan amalan etika yang betul dalam kehidupan seharian dan sebagainya
yang berkait rapat dengan etika yang betul dan bersesuaian dengan tempat.
Tanggungjawab sosial ialah kemampuan refleksi individu terhadap pandangan
hidup yang dipegang tentang keadilan dan kebaikan demi kesejahteraan
hidup bersama. Individu yang menghayati dan mendarah-daging
kebertanggungjawaban sosial dalam dirinya, akan sentiasa memerhati, memikir,
mengkaji, menganalisis, mencari penyelesaian dan bertindak untuk memastikan
keadilan dan kebaikan sentiasa ditegakkan dalam masyarakat.
Tanggungjawab sosial juga merujuk keupayaan untuk mempamerkan tingkah
laku atau respons yang sesuai secara lisan atau bukan lisan, perlakuan semasa
proses berinteraksi berlaku secara efektif dan amanah dalam menunaikan
tugas untuk aktiviti komuniti.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 8 PERANAN PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (PEP) 187
MENDUKUNG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAYSIA
Individu yang mempunyai tanggungjawab sosial memiliki ciri berikut:
(a) Keyakinan diri berkaitan dengan perasaan yakin akan kemampuan diri
sendiri yang mencakupi penilaian dan penerimaan yang baik terhadap
dirinya secara utuh, bertindak sesuai dengan apa-apa yang diharapkan
oleh orang lain sehingga individu tersebut dapat diterima oleh orang
lain mahupun lingkungannya.
Berkebolehan untuk membina hubungan baik, berinteraksi dengan orang
lain dan bekerja secara efektif bersama mereka untuk mencapai objektif
yang sama. Kemahiran meluahkan perasaan, menerangkan persepsi orang
lain terhadap diri, menerima dan memberikan pujian serta menerima
dan memberikan maklum balas yang membina.
(b) Menghormati orang lain dengan cara menghargai dan memuliakan
individu atau institusi seperti menunjukkan rasa hormat dan penghargaan
kepada mereka. Berkebolehan mengamalkan kemahiran mendengar yang
aktif, memberikan maklum balas dan berkomunikasi dengan peserta
komunikasi yang mempunyai budaya berlainan. Kebolehan mengenal
dan menghormati sikap, kelakuan dan kepercayaan hak orang lain.
(c) Mampu berkomunikasi dalam konteks sosial bermaksud interaksi sosial
yang intensif dan teratur, memupuk hubungan dengan orang lain dan
mampu bekerjasama dengan masyarakat bagi mencapai tujuan yang
sama. Berkebolehan berbual dan mengekalkan interaksi dengan orang lain.
Kebolehan memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara ketua
kumpulan dan ahli kumpulan.
(d) Mempunyai kesedaran kendiri adalah berkaitan dengan kesedaran dan
kefahaman terhadap sikap etika diri sendiri dalam mengawal emosi
semasa bersosial. Berkebolehan mengamalkan sikap beretika semasa
menjalankan tanggungjawab terhadap masyarakat. Kemahiran mengawal
emosi semasa bersosialisasi.
(e) Bertanggungjawab bermaksud keupayaan untuk menghasilkan tingkah
laku yang sesuai dalam komuniti pelbagai budaya serta melibatkan diri
dalam aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan. Peka akan permasalahan
masyarakat dan persekitaran. Kebolehan mengenal dan mengamalkan
sikap rasional terhadap masyarakat dari pelbagai perspektif budaya.
Bertanggungjawab dan mengambil inisiatif untuk melibatkan diri dalam
masyarakat dan mampu berperanan sebagai agen perubahan dalam
masyarakat (Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, 2016).
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
188 TOPIK 8 PERANAN PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (PEP)
MENDUKUNG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAYSIA
Bangsa yang bertamadun, bangsa yang menyumbang kepada kemajuan negara
dan global. Masyarakat yang beretika akan melahirkan masyarakat yang
mempunyai nilai tanggungjawab sosial yang tinggi. Implikasi peradaban yang
tinggi akan mencambahkan kesedaran nasional dalam kalangan masyarakat.
Seterusnya, melahirkan masyarakat yang memiliki tanggungjawab sosial yang
tinggi dan akhirnya, menyemarakkan nilai kesukarelawanan.
Kemajuan tamadun dan peradaban perkembangan teknologi pada masa kini
semakin menambah kesedaran manusia terhadap tanggungjawab sosial
kepada masyarakat dan negara. Tahap kesedaran rakyat Malaysia terhadap
tanggungjawab sosialnya masa kini semakin tinggi. Hal ini terjadi akibat
pemindahan maklumat dan pengetahuan yang pantas melalui teknologi
jaringan dalam talian atau Internet.
Sikap beretika yang dimiliki oleh rakyat Malaysia menyebabkan wujudnya
kesedaran dan peri laku bermoral serta berakhlak dalam kalangan rakyat
Malaysia pada masa kini. Peri laku beretika ini akan mendorong rakyat
Malaysia untuk mengambil berat dan peduli terhadap kehidupan dan
permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat lain. Walaupun demikian,
wujudnya kesedaran terhadap tanggungjawab sosial ini tidak terjadi dalam
masa yang pantas kerana memerlukan proses yang panjang serta mengharungi
pelbagai peristiwa dalam sejarah kehidupan berbangsa dan bernegara rakyat
Malaysia.
Terdapat 12 nilai teras yang perlu dibangunkan untuk mewujudkan kesedaran
tanggungjawab sosial dalam kalangan rakyat Malaysia. Nilai teras ialah falsafah
peribadi yang dipegang kuat oleh individu dan kumpulan bagi memberi
bimbingan, mempengaruhi fikiran, menetapkan matlamat dan keutamaan
hidup, membuat keputusan, membina hubungan, dan menguruskan konflik
dalam kehidupan manusia. Kesemua nilai ini ialah nilai universal yang telah
lama wujud dan terus dikembangkan dalam setiap budaya masyarakat
di seluruh dunia. Cabaran pengembangan nilai teras ini adalah pada tindakan
nyata dalam pekerjaan dan kehidupan seharian (Tye, 2010).
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 8 PERANAN PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (PEP) 189
MENDUKUNG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAYSIA
Kesemua 12 nilai teras itu mampu membentuk tanggungjawab sosial dalam
kalangan rakyat Malaysia. Nilai teras juga dapat dibahagikan kepada dua
bahagian seperti yang dapat dilihat dalam Rajah 8.1, 8.2 dan 8.3.
Rajah 8.1: 12 Nilai Teras
Rajah 8.2: Enam Teras Nilai Tunjang
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
190 TOPIK 8 PERANAN PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (PEP)
MENDUKUNG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAYSIA
Rajah 8.3: Enam Nilai Tindakan Teras Kedua
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 8 PERANAN PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (PEP) 191
MENDUKUNG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAYSIA
8.3 KESEDARAN NASIONAL DALAM
TANGGUNGJAWAB SOSIAL
Kesedaran nasional merujuk kesedaran yang wujud dalam kalangan individu
dan kumpulan dalam suatu negara atau dengan kata lain, kesedaran yang
wujud dalam kalangan rakyat suatu negara.
Contohnya, ketika berlaku krisis mata wang yang menjejaskan hampir seluruh
negara di dunia pada tahun 1998, negara Korea Selatan merupakan salah
sebuah negara yang terjejas teruk. Pada masa itu, rakyat Korea Selatan telah
bersatu padu dengan memberikan sebahagian harta kekayaan yang dimiliki
seperti emas, wang bagi membantu kerajaan keluar daripada krisis ekonomi
yang terjadi masa itu. Peristiwa ini merupakan salah satu contoh kesedaran
rakyat bahawa permasalahan yang dihadapi oleh negara merupakan
tanggungjawab mereka sebagai warganegara dan tidak hanya bergantung
pada kerajaan semata-mata.
Di Malaysia, rakyat Malaysia juga yang cukup tinggi terutamanya ketika berlaku
bencana seperti banjir dan pandemik penyakit. Rakyat Malaysia bersatu padu
menyumbangkan tenaga dan harta untuk meringankan bebanan mangsa dan
juga untuk membantu kerajaan menanggung kos pengurusan bencana. Kesedaran
untuk membantu sesama masyarakat yang sedang menghadapi kesusahan
tidak dapat terjadi begitu sahaja. Kesedaran ini merupakan sebuah proses yang
agak panjang yang perlu dilalui oleh rakyat Malaysia.
Proses ini bermula di rumah dan diperkukuhkan di sekolah serta universiti
dan dimatangkan di persekitaran hidupnya semasa dewasa. Oleh itu, proses
untuk mewujudkan kesedaran tanggungjawab sosial dalam kalangan rakyat
Malaysia perlu diajarkan sejak kanak-kanak. Bak kata pepatah Melayu,
„Melentur buluh biarlah dari rebung.‰ Hal ini juga boleh dijalankan melalui
aktiviti sederhana seperti memberi derma untuk membantu masyarakat
yang dilanda bencana, terlibat dengan aktiviti persatuan seperti Persatuan
Bulan Sabit Merah (Yohan Kurniawan & Nur Azuki Yusuff, 2021).
Terdapat pelbagai langkah untuk membudayakan kesedaran nasional, iaitu:
(a) Penambahbaikan Kurikulum
Kurikulum pengajaran yang berkaitan dengan isu ini patut ditambah baik
dan diperkenalkan sejak tadika dan diteruskan sehingga ke peringkat
pengajian tinggi. Hal ini bagi membolehkan proses pendidikan kesedaran
tanggungjawab sosial dalam kalangan rakyat Malaysia dapat mencapai
objektifnya.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
192 TOPIK 8 PERANAN PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (PEP)
MENDUKUNG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAYSIA
(b) Memikul Tanggungjawab Bersama dan Bekerjasama
Kejayaan dalam sesuatu program kemasyarakatan bergantung pada sikap
tanggungjawab semua ahlinya bagi melaksanakannya dengan jayanya.
Penglibatan, sokongan, kerjasama dan rasa tanggungjawab ini memerlukan
komitmen yang tinggi dan pengorbanan semua dengan sumbangan
pelbagai lapisan masyarakat melalui tenaga, pandangan atau lontaran
idea mahupun sumbangan kewangan mengikut kemampuan seseorang.
Sesungguhnya, kerjasama dan pengorbanan ahli masyarakat untuk
berkhidmat kepada masyarakat lain adalah begitu penting dalam
membudayakan kesedaran nasional.
(c) Sikap untuk Saling Mengenal dan Membina Sikap Ramah Mesra
Sebagai anggota masyarakat, seseorang tidak boleh mengasingkan diri
daripada persekitaran hidup bersosial. Bak kata pepatah Melayu,
„Enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.‰ Lantaran itu,
menjadi tanggungjawab setiap individu untuk mengenal masyarakatnya,
khususnya orang yang paling hampir dengannya seperti jiran tetangga.
Sikap saling mengenal dan beramah mesra membantu menjalinkan
hubungan yang lebih baik dengan tetangga yang akhirnya membantu
memupuk perpaduan antara satu sama lain.
(d) Sikap Mengambil Berat atau Mengambil Tahu
Sikap mengambil tahu di sini bermaksud mengambil peduli dan peka
tentang kebajikan orang lain, sekiranya menanggung kesusahan dan
kesulitan. Contohnya, apabila seseorang mendapati jirannya tidak
menyekolahkan anaknya lantaran kesempitan hidup yang dialami. Oleh
itu, sikap peka tentang kesusahan orang lain menimbulkan keinsafan
dan mencuit naluri keinsanan untuk menghulurkan bantuan yang
sepatutnya mengikut apa-apa yang termampu.
Sikap mengambil peduli ini juga termasuk sekiranya seseorang mendapati
berlakunya perselisihan faham dalam hubungan antara diri seseorang
dengan jirannya. Maka kepekaan ini mendetik hatinya untuk mencari
jalan terbaik untuk memperbaiki persahabatan antara kedua-duanya.
Kesemua ini memerlukan kepekaan seseorang terhadap kehidupan
persekitarannya.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 8 PERANAN PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (PEP) 193
MENDUKUNG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAYSIA
(e) Sikap Positif dan Keikhlasan
Ahli masyarakat perlu menanamkan sikap positif terhadap aktiviti yang
dijalankan. Walaupun aktiviti tersebut merupakan kerja sukarela, setiap
anggota perlu melihat aktiviti seumpama ini dari sudut yang positif
tanpa rasa terpaksa atau merasakannya sebagai aktiviti yang membazir
masa dan tenaga. Oleh itu, seseorang perlu mengikhlaskan diri dan
menyematkan di fikiran bahawa apa-apa yang dilakukannya merupakan
satu ibadah untuk kemaslahatan ummah dan mendapat keredaan
Allah SWT.
Hubungan kejiranan dan kemasyarakatan perlulah berlandaskan hubungan
yang tulus, suci dan bukan berlandaskan kepentingan, bersifat kepura-
puraan, mengikut masa (perlu ketika senang dan sukar) dan bukan
berlandaskan kebendaan (Mashitah Sulaiman, Mohd Azmir Mohd Nizah &
Mohammad Aizuddin Abdul Aziz, 2009).
8.4 TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI DALAM
DAN DI LUAR NEGARA
Tanggungjawab sosial ialah kewajiban atau tanggungjawab pihak individu
atau pengurusan untuk membuat keputusan atau mengambil tindakan yang
dapat memberikan manfaat, kesejahteraan dan kebajikan kepada masyarakat
dan organisasi. Contoh tanggungjawab sosial ialah program komuniti yang
dijalankan oleh pihak pengurusan AEON bagi membantu menjaga kelestarian
alam sekitar (lihat Rajah 8.4). Setiap syarikat besar biasanya memiliki program
berbentuk tanggungjawab sosial atau yang dikenal sebagai tanggungjawab
sosial korporat (CSR – corporate social responsibility).
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
194 TOPIK 8 PERANAN PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (PEP)
MENDUKUNG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAYSIA
Rajah 8.4: Yayasan Alam Sekitar AEON Jepun Menganjurkan
Asian Students Environmental Platform (ASEP) ke-7 2018 di Negara Ini,
sebagai Usaha Mendidik Generasi Muda Lebih Peka terhadap Alam Sekitar
Sumber: [Link]
didik-generasi-muda-peka-terhadap-alam-sekitar
Tanggungjawab sosial ini dapat dilakukan oleh individu atau organisasi yang
berada di dalam negeri dan di negara luar. Contohnya, CSR yang dijalankan
oleh syarikat antarabangsa seperti Microsoft, Danone dan Nestle. Salah satu
contoh tanggungjawab sosial yang sangat terkenal pada masa kini ialah
Grameen Bank yang didirikan oleh Muhammad Yunus. Grameen Bank ialah
sebuah bentuk keusahawanan sosial yang bertujuan untuk membantu masyarakat
miskin, khasnya kaum wanita di Bangladesh.
Walaupun pada awalnya, Grameen Bank (lihat Rajah 8.5) bermula di
Bangladesh tetapi pada saat ini, hampir di semua negara terutamanya negara
membangun terdapat Grameen Bank atau organisasi berkonsepkan Grameen
Bank. Contohnya, Amanah Ikhtiar Malaysia yang banyak membantu golongan
miskin, khasnya kaum wanita di Malaysia (Yohan Kurniawan & Nur Azuki
Yusuff, 2021).
Rajah 8.5: Grameen Bank
Sumber: [Link]
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 8 PERANAN PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (PEP) 195
MENDUKUNG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAYSIA
Tanggungjawab sosial ini banyak dijalankan di seluruh dunia pada masa kini yang
bertujuan membantu mengurangi permasalahan sosial, ekonomi, persekitaran,
kaum, dan sebagainya. Banyak aktiviti berbentuk tanggungjawab sosial
dijalankan oleh individu mahupun kumpulan terutamanya yang berhubungan
dengan alam sekitar, hak asasi manusia, kemiskinan, pendidikan dan sebagainya.
Perubahan iklim merupakan isu global pada masa kini. Banyak kumpulan
pencinta alam bersama kumpulan saintifik di seluruh dunia menjalankan
aktiviti dan penyelidikan berkaitan dengan perubahan iklim ini. Perubahan
iklim yang terjadi hampir di seluruh dunia pada masa kini disebabkan oleh
perbuatan tidak bertanggungjawab daripada individu mahupun kumpulan
tertentu.
Perubahan iklim memberi kesan kepada kesediaan sumber pangan yang
mencukupi. Kekurangan sumber pangan dan faktor kemiskinan menyebabkan
ramai berlaku kes kebuluran saat kini. Perubahan iklim yang terjadi di seluruh
dunia terutamanya di kawasan Asia Tenggara memberi kesan kepada
masyarakat di Malaysia. Keadaan cuaca yang tidak menentu menyebabkan
produksi sumber makanan menjadi tidak stabil dan dapat mengganggu
kecukupan sumber makanan sehingga berlaku kebuluran. Oleh itu, kita
terpanggil untuk membantu meringankan bebanan kehidupan mereka dengan
menjalankan beberapa aktiviti sosial dan program keusahawanan sosial.
8.5 KESUKARELAWANAN
Merujuk Kamus Dewan (2005), perkataan sukarela, bermakna dengan kehendak
sendiri, tidak dipaksa, tidak dikerah dan dengan rela hati. Manakala perkataan
kesukarelaan pula bermakna sikap sukarela. Berdasarkan makna tersebut,
kesukarelawanan secara umumnya dapat dimaksudkan sebagai melakukan
sesuatu dengan kehendak sendiri, tidak dipaksa atau dikerah dengan niat
yang ikhlas dan dengan tidak mengharapkan apa-apa pulangan untuk diri
sendiri.
Dengan kata lain, sukarelawan ialah orang yang melakukan sesuatu dengan
sukarela. Kesukarelawanan pula ialah segala hal (sifat, kegiatan dan sebagainya)
yang berkaitan dengan sukarelawan.
Kesukarelawanan secara umumnya merujuk sebarang kegiatan altruistik yang
melibatkan penyediaan perkhidmatan tanpa diharapkan keuntungannya, iaitu
secara sukarela − oleh individu atau kumpulan (sukarelawan ataupun relawan)
„untuk memberi manfaat kepada individu, kumpulan atau organisasi lain.‰
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
196 TOPIK 8 PERANAN PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (PEP)
MENDUKUNG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAYSIA
Kegiatan jenis ini juga bertujuan menjalinkan hubungan yang mungkin boleh
membantu dalam kerjaya seseorang. Ramai sukarelawan dilatih secara khusus
dalam bidang yang diceburi oleh mereka seperti perubatan, pendidikan,
atau penyelamatan kecemasan. Selain itu, sukarelawan-sukarelawan juga
berkhidmat dengan asas yang diperlukan seperti sebagai tindak balas terhadap
bencana alam. Bidang kesukarelawanan boleh merangkumi pelbagai bidang,
contohnya, ekonomi, politik, sosial, pendidikan, alam sekitar dan agama.
Dari sudut pandangan Islam, kesukarelawanan bermakna memberi khidmat
bakti kepada manusia lain dengan hati yang ikhlas kerana Tuhan dengan
sentiasa menjaga sahsiah yang baik dan memelihara batas-batas yang
diizinkan. Islam memberikan petunjuk untuk menggalakkan amalan
kesukarelawanan melalui ayat dalam al-Quran yang merujuk konsep fastabiqul
khairat, iaitu berlumba-lumbalah berbuat kebajikan (Sura al-Baqarah, 2:148).
Individu yang sanggup berkorban dan melakukan kerja kesukarelaan ini
dikenal sebagai „sukarelawan‰ bagi lelaki dan „sukarelawati‰ bagi perempuan.
Namun, dalam konteks penggunaan dan pengamalan harian, istilah sukarelawan
ini yang digunakan untuk mewakili sukarelawan lelaki dan perempuan.
Contoh NGO yang menjalankan aktiviti kesukarelawanan di dalam dan di luar
negara ialah Mercy Malaysia, HALUAN, Muslim Care, EZ Qurban dan Yayasan
Sejahtera (Yohan Kurniawan & Nur Azuki Yusuff, 2021).
Nilai yang perlu ada dalam diri sukarelawan ialah:
(a) Keterangkuman (inclusiveness) – Meliputi pelbagai bidang seperti
ekonomi, politik dan sosial.
(b) Perasaan saling (mutual ) – Menghormati antara satu sama lain sewaktu
menjalankan aktiviti kesukarelawanan.
(c) Bermakna (meaningful ) – Aktiviti yang membawa kesan kepada golongan
sasaran.
(d) Pemerkasaan (empowerment) – Memperkasa budaya kesukarelawanan
dalam kehidupan.
(e) Sukarelawan yang baik untuk kerja yang baik (right volunteer for right job)
– Melakukan aktiviti yang bersesuaian dengan kepakaran seperti doktor
menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan perubatan.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 8 PERANAN PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (PEP) 197
MENDUKUNG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAYSIA
(f) Kelestarian (sustainability) – Kelestarian dalam aktiviti yang memberi
kesan berterusan supaya golongan sasaran boleh berdikari.
(g) Patut dicontoh (exemplary) – Menjadi contoh dalam aktiviti
kesukarelawanan dan menjadi ikon kepimpinan
Untuk membudayakan kesukarelawanan, perkara berikut perlu diikuti:
(a) Melahirkan Pemimpin Sukarelawan
Mengenal pasti sukarelawan dalam kalangan pemimpin untuk menjadi
ikon dan pemimpin sukarelawan, meningkatkan daya kreativiti dan
inovatif dalam kalangan sukarelawan, dan mewujudkan program
pengiktirafan sukarelawan pada setiap tahun.
(b) Mempelbagaikan Program Sukarelawan Berimpak Tinggi
Mewujudkan program sukarelawan berteraskan kemahiran yang
diperlukan mengikut misi sukarelawan tertentu, mengenal pasti, dan
memperluas misi sukarelawan berimpak tinggi pada peringkat domestik
dan luar negara.
(c) Memperkasa Pembudayaan Sukarelawan
Meningkatkan promosi dan publisiti sukarelawan dalam setiap program
yang dijayakan, memberikan merit atau anugerah kepada sukarelawan
yang menjalani program sukarelawan berimpak tinggi di dalam dan
di luar negara, melibatkan penyertaan rakyat Malaysia di luar negara
untuk menjayakan program sukarelawan.
(d) Mempergiat Rantaian Hubungan Strategik
Mempergiat jaringan kolaborasi dengan kedutaan, agensi, Badan Bukan
Kerajaan (NGO – Non-Governmental Organisation) sukarelawan di dalam
dan di luar negara, membina sistem jaringan pangkalan data (database)
sukarelawan di institusi pengajian tinggi (IPT) menerusi universiti
awam, universiti swasta, politeknik, kolej komuniti, institut pendidikan
guru dan Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Mahasiswa, Jabatan
Pendidikan Tinggi, memperluas misi sukarelawan ke luar negara,
terutamanya di negara membangun dan Pertubuhan Negara-Negara
Asia Tenggara (ASEAN – Association of Southeast Asian Nations
Association of Southeast Asian Nations).
(e) Pengukuhan Latihan Sukarelawan
Memberi pendedahan mengenai latihan dan strategi sukarelawan,
mengukuhkan kolaborasi latihan sukarelawan, agensi dan NGO,
penambahbaikan modul kursus persediaan sukarelawan bagi menepati
objektif misi sukarelawan siswa.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
198 TOPIK 8 PERANAN PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (PEP)
MENDUKUNG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAYSIA
Sikap sukarelawan mendorong seseorang untuk dapat terus hidup secara
bermasyarakat dan berkongsi ukhuwah serta kasih sayang. Pada hakikatnya,
sukarelawan merupakan insan berbudi yang dengan ikhlas membantu
sesamanya tanpa mengharapkan sebarang balasan. Sekiranya individu ataupun
kumpulan yang dibantunya berjaya keluar daripada permasalahan mereka,
maka tindakan sedemikian merupakan suatu kepuasan dan kebahagiaan
tersendiri bagi sukarelawan.
Sering kali kita tidak mengenal sukarelawan ini kerana sebahagian daripada
tidak ingin dikenal dan tidak ingin mencari publisiti. Bahkan mereka menabur
jasa dan meninggalkan kesan abadi pada jiwa manusia lain yang dibantunya.
Walaupun demikian, terdapat segolongan individu yang mengaku sukarelawan
tetapi meletakkan namanya untuk dikenal oleh masyarakat dan mereka yang
ditolongnya. Setiap manusia seharusnya sentiasa menampilkan sifat sukarelawan
yang tulus tanpa mengharapkan balasan atau untuk suatu tujuan tertentu
serta sentiasa bersedia berkongsi khidmat dan keringat untuk membantu
orang lain (Yohan Kurniawan & Nur Azuki Yusuff, 2021).
AKTIVITI 8.2
1. Pelajar diminta mencari video tentang kesukarelawan dalam
tempoh dua hingga tiga minit untuk ditonton di dalam kelas
dan beri ulasan terhadap video tersebut dari segi aktiviti
yang dianjurkan, sama ada mempunyai nilai bermakna
(meaningful ) dan kelestarian (sustainability).
2. Dengan merujuk Yayasan Kesukarelawanan Siswa, badan-badan
bukan kerajaan (NGO), sektor swasta, sektor awam, parti politik
dan lain-lain, pelajar diminta melayari laman sesawang organisasi
berkenaan dan membincangkan tanggungjawab sosial yang
telah dilaksanakan dengan menganalisis dari segi berikut:
(a) tatacara pengendalian piawai (SOP – standard operating
procedure)
(b) kategori tanggungjawab sosial
(c) golongan sasaran
(d) program di dalam negara ataupun di luar negara
(e) keberkesanan
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 8 PERANAN PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (PEP) 199
MENDUKUNG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAYSIA
• Realiti sosial sejagat terbahagi kepada dua:
− Realiti sosial yang ditentukan oleh pihak berkuasa, selalunya dari atas
ke bawah (top-down) atau disebut takrifan autoriti.
− Realiti sosial yang lebih terbuka, iaitu yang ditentukan oleh setiap
individu, keluarga dan komuniti demi keperluan seharian masing-masing
atau disebut takrifan harian.
• Takrifan autoriti realiti sosial merujuk kepada situasi dan tingkah laku
yang berkait rapat dengan protokol, perundangan dan perlembagaan yang
telah diseragamkan dan diperakui bersama.
• Takrifan harian yang diterima bersama oleh masyarakat tidak terikat
oleh undang-undang formal tetapi lebih didasarkan kepada kebiasaan
turun-temurun dan norma yang dikongsi bersama oleh masyarakat
• Implikasi peradaban yang tinggi akan mencambahkan kesedaran nasional
dalam kalangan masyarakat dan seterusnya melahirkan masyarakat yang
memiliki tanggungjawab sosial yang tinggi dan akhirnya menyemarakkan
nilai kesukarelawanan.
• Tanggungjawab sosial merupakan kemampuan refleksi seseorang terhadap
pandangan hidup yang dipegang tentang keadilan dan kebaikan demi
kesejahteraan hidup bersama.
• Individu yang mempunyai tanggungjawab sosial memiliki ciri-ciri
keyakinan diri, menghormati orang lain, mampu berkomunikasi dalam
konteks sosial, mempunyai kesedaran kendiri dan bertanggungjawab.
• Kesukarelawanan secara umumnya merujuk sebarang kegiatan altruistik yang
melibatkan penyediaan perkhidmatan tanpa diharapkan keuntungannya,
iaitu secara sukarela oleh individu atau kumpulan (sukarelawan ataupun
relawan) untuk memberi manfaat kepada individu, kumpulan atau
organisasi lain.
• Nilai yang perlu ada dalam diri sukarelawan ialah keterangkuman, perasaan
saling), bermakna, pemerkasaan, sukarelawan yang baik untuk kerja yang
baik, kelestarian, dan patut dicontoh.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
200 TOPIK 8 PERANAN PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (PEP)
MENDUKUNG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAYSIA
Bermakna (meaningful ) Realiti sosial
Kelestarian (sustainability) Sukarelawan yang baik untuk kerja
yang baik (right volunteer for right
Kesedaran nasional job)
Kesukarelawan Takrifan autoriti
Keterangkuman (inclusiveness) Takrifan harian
Patut dicontoh (exemplary) Tanggungjawab sosial
Pemerkasaan (empowerment) Tanggungjawab sosial korporat
Perasaan saling (mutual ) (CSR – corporate social responsibility)
Centre for Public Policy Studies. (2020). Policy fact sheet: Remuneration of
elected officials in Malaysia. [Link]
Kamus Dewan (Ed. ke-4). (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. (2016). Rubrik PNGK bersepadu:
iCGPA panduan pentaksiran hasil pembelajaran. Kementerian Pengajian
Tinggi Malaysia.
Laws of Malaysia (Online Version of Updated Text of Reprint). (2012). Civil List
Act 1982. Attorney-General Chamber.
Mashitah Sulaiman, Mohd Azmir Mohd Nizah, & Mohammad Aizuddin Abdul
Aziz. (2009). Memupuk kesedaran tanggungjawab sosial melalui
penglibatan dalam aktiviti kejiranan dari kaca mata Islam. Seminar
Kebangsaan Kemahiran Insaniah dan Kerja Sosial, Melaka, 24 Julai 2009.
Muhammad, Y. (2010). Building social business: The new kind of capitalism
that serves humanityÊs most pressing needs. Perseus Books Group.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 8 PERANAN PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (PEP) 201
MENDUKUNG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAYSIA
Shamsul Amri Baharuddin. (2013). Modul hubungan etnik (Ed. ke-2). Institut
Kajian Etnik Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Slaid Pengajaran Penghayatan Etika dan Peradaban. (2020). Jawatankuasa
Penggubal Buku Teks PEP, Institut Kajian Etnik Malaysia, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Tye, J. (2010). The twelve core action values. Values Coach Incorporated.
Tylecote, R. F. (1992). A history of metallurgy. (Ed. ke-2). Maney Publishing.
Yamani, E. (2015). Tanggungjawab sosial.
[Link]
Yohan Kurniawan, & Nur Azuki Yusuff. (2021). Peranan etika dan peradaban
mendokong tanggungjawab sosial di Malaysia. Dlm. Ateerah Abdul Razak,
Nur Azuki Yusuff, & Zaleha Embong. Penghayatan etika dan peradaban.
Penerbit Universiti Malaysia Kelantan.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
Topik Cabaran
Kelestarian
9 Etika dan
Peradaban
di Malaysia
Oo Cheng Keat
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat melakukan perkara
berikut:
1. Menganalisis masyarakat kepelbagaian dan negara bangsa.
2. Menerangkan Matlamat Pembangunan Lestari dan Wawasan
Kemakmuran Bersama.
3. Menghuraikan kelangsungan kelestarian negara melalui
etika dan peradaban.
4. Membincangkan keharmonian dan kestabilan pengalaman
negara di persada antarabangsa.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 9 CABARAN KELESTARIAN ETIKA DAN PERADABAN DI MALAYSIA 203
Selamat datang ke topik terakhir modul ini. Berbeza dengan topik sebelum ini
yang memfokuskan etika dan peradaban yang mempunyai pengaruh yang
besar dalam kedua-dua realiti sosial ini, iaitu takrifan autoriti dan takrifan
harian; topik ini memberikan tumpuan kepada kelestarian etika dan peradaban
sejagat yang sentiasa tercabar dan terkesan oleh proses hakisan sosial. Hal ini
demikian kerana perubahan dalam masyarakat berlaku dengan begitu pantas
dan sukar dikawal sama ada dari segi sosial, ekonomi, politik, alam sekitar,
teknologi, dan lain-lain.
Tidak dapat dinafikan bahawa pembangunan ekonomi yang pesat banyak
membawa impak positif dalam peningkatan pendapatan negara dan
kesejahteraan hidup masyarakat. Namun begitu, ketidakseimbangan
pembangunan negara juga membawa impak negatif terhadap persekitaran
fizikal, alam sekitar dan kesihatan masyarakat.
Pada dekad awal kemerdekaan, berlakunya kemiskinan bersama (shared
poverty). Namun, setelah pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun
1971, Malaysia mencapai pertumbuhan ekonomi yang baik dan menjadi
pemangkin kepada kesejahteraan bersama (shared prosperity) yang terangkum
dalamnya kesepaduan nasional. Perubahan yang berlaku dalam masyarakat
dan pembangunan ekonomi telah membawa cabaran dalam penghayatan etika
dan peradaban di Malaysia.
Oleh yang demikian, persoalan penting yang hendak dibincangkan dalam
topik ini ialah bagaimana etika dan peradaban Malaysia boleh diperkasakan
dalam konteks hubungan antarabangsa demi meluaskan ruang sivik ke arah
mengukuhkan pembinaan negara bangsa.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
204 TOPIK 9 CABARAN KELESTARIAN ETIKA DAN PERADABAN DI MALAYSIA
9.1 KERANGKA MENGANALISIS
MASYARAKAT KEPELBAGAIAN DAN
NEGARA BANGSA
Malaysia merupakan negara yang unik. Hal ini demikian kerana Malaysia ialah
negara yang terdiri daripada pelbagai kaum serta hubungan antara kaum
terjalin dengan aman dan harmoni. Antara kaum yang terdapat di Malaysia
ialah kaum Melayu, Cina, India, peribumi dan lain-lain.
Jika ditelusuri sejarah di Malaysia, ketegangan antara kaum yang begitu teruk
pernah berlaku di Malaysia. Antaranya ialah peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa
ini dianggap sebagai tragedi buruk dan titik hitam di dalam negara. Hal ini
demikian kerana pada waktu tersebut, berlakunya rusuhan antara kaum
khususnya, antara kaum Melayu dan kaum Cina. Contoh rusuhan yang
berlaku ialah kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak dan di Panggung
Odeon oleh pemuda-pemuda Cina, dua pemandu motosikal Cina yang melalui
jalan Kampung Baru telah dipancung oleh orang Melayu serta sebuah van
membawa rokok dibakar dan pemandunya yang berbangsa Cina dibunuh
oleh orang Melayu. Peristiwa sebegini memberi pengajaran kepada rakyat
Malaysia akan pentingnya perpaduan kaum diwujudkan dan dipelihara
dengan baik.
Pelbagai sarjana turut memberi pandangan tentang peristiwa 13 Mei 1969.
Antaranya ialah pendapat felo utama Institut Kajian Etnik, Universiti
Kebangsaan Malaysia, Prof Datuk Dr Teo Kok Seong. Beliau menyatakan
pengajaran paling besar dalam peristiwa 13 Mei ialah kita perlu mengelak
konflik antara kaum jika kita ingin menjadi negara maju. Beliau menambah,
„Peristiwa 13 Mei memberi peringatan tentang kebenaran peribahasa Âkalah jadi
abu, menang jadi arangÊ kerana konflik itu merugikan semua kaum, selain
menjejaskan imej negara di persada antarabangsa.‰
Peristiwa tersebut juga dianggarkan menyebabkan 196 orang kehilangan nyawa,
6,000 orang kehilangan tempat tinggal dan sekurang-kurangnya 211 kenderaan
musnah atau rosak serta 753 bangunan rosak atau terbakar. Maka, perpaduan
antara kaum perlulah dijaga dengan aman dan baik supaya hal ini dapat
dielakkan daripada terjadi.
Seterusnya, pelbagai usaha dirancang oleh pihak kerajaan bagi mengekalkan
perpaduan antara kaum di negara kita. Antaranya ialah Wawasan 2020, konsep
1Malaysia dan Keluarga Malaysia. Kesemua konsep ini menuju kepada
satu muara, iaitu untuk memupuk kepelbagaian kaum di Malaysia menjadi
bangsa yang dikenal sebagai Bangsa Malaysia.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 9 CABARAN KELESTARIAN ETIKA DAN PERADABAN DI MALAYSIA 205
Hal ini mula dicetuskan oleh Perdana Menteri yang keempat, iaitu
Tun Dr Mahathir Mohamad. Bangsa Malaysia bermaksud rakyat Malaysia
seharusnya bersatu padu antara kaum, tanpa mengira latar belakang agama,
bangsa dan negara bagi mencapai status negara maju. Bangsa Malaysia ialah
slogan yang dapat dikaitkan dengan konsep negara bangsa.
Moten dan Islam (2006) berhujah bahawa negara bangsa merupakan sebuah
institusi politik yang merujuk sebuah negara yang dihuni oleh sekumpulan
manusia yang memperkenalkan diri mereka sebagai sebuah bangsa atas
landasan perkongsian budaya, sejarah, bahasa, etnisiti dan faktor lain. Penrose
(2009) pula berpendapat negara bangsa ialah kuasa politik yang semua bangsa
yang terdapat di dalam negara berkumpul dan bernaung di satu bumbung
yang sama.
Daripada kedua-dua huraian sarjana tadi, dapat disimpulkan bahawa konsep
negara bangsa ialah kepelbagaian kaum di dalam sesebuah negara bersatu padu
dan bekerjasama tanpa mengira agama, bangsa dan negara. Hal inilah yang
ingin diterapkan oleh Tun Dr Mahathir dalam konsep bangsa Malaysia, iaitu
seluruh rakyat Malaysia bersatu hati tanpa mengira kaum, bekerjasama bagi
mencapai negara maju, sama tinggi dengan negara lain.
Terdapat pelbagai cara yang boleh kita laksanakan bagi menganalisis konsep
negara bangsa, kepelbagaian masyarakat di Malaysia serta kaitannya dengan
etika dan peradaban.
Antaranya adalah dengan melihat dan menilainya dari tiga sudut:
• defisit sosial
• tadbir urus dan pembangunan
• ekonomi gelap (black economy) dan rasuah
Ketiga-tiga kaedah tersebut akan dikupas dalam bahagian seterusnya.
9.1.1 Defisit Sosial
Apabila membincangkan dan membahaskan defisit sosial, kita tidak boleh lari
daripada mengaitkannya dengan dua slogan utama, iaitu:
• kesepaduan
• perpaduan
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
206 TOPIK 9 CABARAN KELESTARIAN ETIKA DAN PERADABAN DI MALAYSIA
Kesepaduan ialah jelmaan perpaduan yang kita capai hari ini. Walau pun
keadaan dan hubungan antara kaum di Malaysia dilihat aman dan harmoni,
masih ada ruang untuk rakyat Malaysia bersetuju dan tidak bersetuju. Shamsul
Amri Baharuddin (2021) berhujah bahawa keadaan di Malaysia adalah aman
dari segi keselamatan, stabil dari segi politik, makmur dari segi ekonomi dan
sejahtera dari segi kesihatan.
Hal ini demikian kerana rakyat Malaysia mempunyai dua ruang, iaitu:
• bersetuju untuk bersetuju
• bersetuju untuk tidak bersetuju
Oleh itu, di manakah wujudnya defisit sosial? Istilah defisit sosial terletak
pada ruang bersetuju untuk tidak bersetuju. Ruang untuk tidak bersetuju
menyebabkan penyelesaian beberapa masalah utama tertangguh dan
dipertikaikan. Keadaan ini terjelma dalam bentuk defisit sosial. Pada masa yang
sama, tambah Shamsul Amri Baharuddin (2020) bahawa pada hakikatnya,
di Malaysia, kesepaduan sudah dicapai melalui pembentukan „tapak integrasi‰
(lihat Rajah 9.1).
Rajah 9.1: Tapak Integrasi
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 9 CABARAN KELESTARIAN ETIKA DAN PERADABAN DI MALAYSIA 207
Bagaimanakah pula dengan definisi perpaduan?
Perpaduan ialah idea yang diidamkan dan hal ini dapat dicapai apabila
defisit sosial dapat diuruskan dengan baik.
Kartini Aboo Talib (2019) menyatakan terdapat 10 kategori defisit sosial seperti
dipaparkan dalam Rajah 9.2.
Rajah 9.2: Sepuluh Kategori Defisit Sosial
Bagi meningkatkan tahap kesepaduan sosial, elemen defisit sosial tadi perlu
dirungkaikan dan dicari penyelesaiannya dari semasa ke semasa.
(a) Elemen Etnisiti
Elemen etnisiti contohnya ialah peristiwa 13 Mei 1969 dan impaknya.
Sekiranya generasi akan datang tidak belajar daripada pengalaman
13 Mei 1969, tidak mustahil rusuhan kaum akan kembali berlaku. Hal ini
demikian kerana apabila tiada budaya hormat-menghormati terhadap
kaum lain, peristiwa seperti mencaci, menghina sehingga menyentuh
sensitif kaum, seterusnya berlaku pembunuhan antara kaum.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
208 TOPIK 9 CABARAN KELESTARIAN ETIKA DAN PERADABAN DI MALAYSIA
Hal ini merupakan mimpi ngeri kepada negara Malaysia dan jika tidak
ditangani dengan baik, rusuhan antara kaum akan sentiasa muncul saban
hari. Maka, amat penting bagi kepimpinan negara khususnya memainkan
peranan penting dalam memupuk perpaduan kaum, khususnya kepada
generasi muda. Pengenalan subjek penghayatan etika dan peradaban ialah
usaha murni yang dapat memupuk semangat dalam hormat-menghormati
antara kaum.
(b) Elemen Agama
Antara isu yang hangat dibincangkan ialah kes penggunaan kalimah Allah.
Hal ini mula menjadi isu besar dalam kalangan umat Islam apabila
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tarikh 10 Mac 2021 membenarkan
penggunaan kalimah Allah dan tiga lagi perkataan lain, iaitu Baitullah,
Kaabah dan solat oleh penganut Kristian seluruh negara dalam penerbitan
pendidikan agama berkenaan.
Dalam isu ini, umat Islam seharusnya bertindak dan berfikir secara
rasional. Terdapat pelbagai ulama dan sarjana yang membenarkan
penggunaan kalimah Allah selain umat bukan Islam. Antaranya ialah
Yusuf al-Qardawi, Wahbah al-Zuhayli, Syaykh Fawzī al-Zafzaf,
Dr Zaharuddin Abdul Rahman dan Dr Asri Zainul Abidin. Pandangan
sarjana tersebut adalah berdasarkan amalan penggunaan kalimah Allah
oleh golongan Musyrikin Mekah serta golongan ahli Kitab sejak sekian
lama, bahkan sebelum kedatangan Rasulullah SAW. Hal ini dihujahkan
seperti ayat al-Quran berikut:
Terjemahan:
Dan golongan yang mengambil selain daripada Allah sebagai pelindung
dan penolong mengatakan kami tidak menyembah dan memuja berhala-
berhala tersebut melainkan mereka mendampingkan kami kepada Allah
sehampir-hampirnya.
(Surah az-Zumar, 39:3)
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 9 CABARAN KELESTARIAN ETIKA DAN PERADABAN DI MALAYSIA 209
Di samping golongan Musyrikin Mekah, Allah SWT turut merakamkan
dalam al-Quran mengenai golongan ahli Kitab yang terdiri daripada kaum
Yahudi dan Kristian yang turut menggunakan kalimah Allah dalam
konteks yang menyimpang jauh daripada maksudnya yang sebenar.
Hal ini dinyatakan menerusi ayat al-Quran berikut:
Terjemahan:
Dan golongan Yahudi berkata „Uzair ialah anak Allah‰ dan golongan
Nasrani pula berkata „al-Masih (Isa) ialah anak Allah. Demikianlah
perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri.
(Surah at-Tawbah, 9:30)
Daripada huraian tadi, dapat dirumuskan penggunaan kalimah Allah
digunakan oleh mereka sejak zaman Nabi Muhammad SAW tetapi dalam
konteks berbeza. Konteks yang dimaksudkan ialah umat Islam percaya
Allah SWT ialah Tuhan yang satu tetapi sebaliknya bagi umat Kristian.
Mereka juga percaya Allah SWT sebagai Tuhan tetapi, pada masa yang
sama, mereka percaya Nabi Isa dan Ruhul Kudus juga ialah Tuhan.
Maka, penggunaan kalimah Allah ini perlu dinilai secara rasional dan
adil. Keputusan yang dikeluarkan oleh pihak mahkamah tersebut
seharusnya diterima dengan hati yang terbuka. Hal ini perlu bagi
mengekalkan perpaduan dan keharmonian yang telah wujud sejak sekian
lama dalam kalangan masyarakat Malaysia. Isu ini perlu diperhalusi
dan ditangani secara bijak kerana dikhuatiri boleh mencetuskan
pertembungan berbentuk provokasi antara pihak yang terlibat sehingga
menjejaskan keharmonian yang terbina sejak sekian lama.
(c) Elemen Pendidikan
Contoh isu yang sering dibahaskan di Malaysia ialah isu sekolah satu
aliran. Di negara maju, mereka hanya mempunyai satu sistem pendidikan
aliran nasional walaupun negara dihuni berbilang bangsa. Mereka
menyedari kesatuan, perpaduan dan semangat patriotisme tidak wujud
jika setiap penduduk membawa kepala masing-masing. Contohnya,
negara Singapura hanya mendukung satu aliran sekolah walaupun
kepelbagaian etnik di sana.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
210 TOPIK 9 CABARAN KELESTARIAN ETIKA DAN PERADABAN DI MALAYSIA
Mantan hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor pula berkata
pembentukan sekolah satu aliran sebenarnya tidak dilarang oleh
Perlembagaan Persekutuan, sebaliknya piagam tersebut juga tidak
menghalang kewujudan sekolah aliran lain. Ringkasnya, sekolah aliran
perlu diwujudkan di Malaysia bagi memupuk perpaduan antara kaum.
Selain itu, sekolah satu aliran tidak salah dari segi undang-undang dan
Perlembagaan Malaysia. Isu ini perlulah dinilai secara rasional oleh
seluruh rakyat Malaysia. Pembinaan sekolah satu aliran bukan bermakna
kita terus melupakan adat resam dan budaya kaum masing-masing tetapi
hal tersebut tetap boleh dipraktikkan di dalam sekolah satu aliran.
(d) Elemen Bahasa
Contoh yang sering dibahaskan ialah isu penggunaan bahasa Melayu
di Malaysia. Bahasa Melayu ialah lingua franca atau bahasa perantaraan
negara ini sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15.
Oleh itu, rakyat Malaysia harus menerimanya dengan hati yang terbuka.
Selain itu, kaum lain selain Melayu boleh mengamalkan bahasa ibunda
mereka sendiri di samping menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi di Malaysia.
Bahasa Melayu digunakan secara meluas bagi tujuan rasmi seperti
mesyuarat, surat-menyurat dan perundangan. Perkara 152 juga menegaskan
bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia. Bahasa
Melayu mestilah digunakan untuk maksud rasmi. Namun, bahasa selain
bahasa Melayu tidak dilarang untuk digunakan. Akta Bahasa Kebangsaan
1967 juga memperuntukkan bahasa Melayu sebagai satu-satunya bahasa
rasmi yang tunggal (Haeme Hashim, 2019).
Bahasa Melayu turut dipilih sebagai bahasa kebangsaan yang menjadi
medium penyatuan bangsa Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum
serta lambang jati diri dan identiti nasional. Proses pemilihan dan penetapan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah melalui kesepakatan
dan tolak ansur dalam kalangan semua kaum di negara ini.
Sesiapa yang mempersoalkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi akan didakwa Akta Hasutan 1948 (Luqman Arif Abdul Karim, 2019).
Ringkasnya, bahasa Melayu mestilah diterima oleh seluruh kaum
di Malaysia sebagai bahasa rasmi di samping mengamalkan bahasa ibunda
dan budaya masing-masing.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 9 CABARAN KELESTARIAN ETIKA DAN PERADABAN DI MALAYSIA 211
(e) Elemen Jurang antara Generasi
Hal ini bermaksud wujudnya kekurangan persefahaman antara generasi
tua dan muda. Kedua-dua generasi ini sering berbalah, bertengkar dan
kadangkala menimbulkan permusuhan yang berpunca daripada sesuatu
isu. Jurang generasi ini berlaku akibat daripada dua pandangan yang
berbeza. Generasi tua cenderung terdidik dalam suasana yang berbeza
dengan generasi muda kerana terdapat banyak perkembangan teknologi
maklumat dan komunikasi berlaku dengan rancaknya.
Golongan muda mengetahui selok-belok penggunaan komputer dan alat
yang berkaitan dengan teknologi manakala golongan tua pula menghadapi
kesukaran dalam mentafsir perkembangan ini. Golongan muda sibuk
dengan WhatsApp, Instagram, Twitter, Facebook dan lain-lain lagi,
manakala golongan tua pula masih mengekalkan budaya kerja lama.
Mohd Ghazali Abdul Ghaib (2012) menyatakan terdapat tiga langkah
yang dapat diambil bagi merapatkan jurang antara golongan muda dan
tua, iaitu:
• meningkatkan kesedaran masyarakat tentang isu penuaan dan
perpaduan antara generasi. Contohnya, dengan mengadakan seminar,
konferensi, tulisan dan filem.
• mempertemukan yang tua dan yang muda. Hal ini boleh dilaksanakan
dengan melakukan aktiviti khusus seperti konsert, pameran,
pertandingan permainan video (video game), kerja sukarela, dan
sambutan perayaan.
• merealisasikan dasar yang sedia ada yang berkaitan dengan warga
emas. Misalnya, mengadakan kursus untuk penggerak pembelajaran
sepanjang hayat (lifelong learning) dan program baharu untuk penuaan
aktif. Ringkasnya, pelbagai usaha untuk merapatkan jurang antara
kedua-dua generasi ini perlu diteruskan dari semasa ke semasa.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
212 TOPIK 9 CABARAN KELESTARIAN ETIKA DAN PERADABAN DI MALAYSIA
(f) Elemen Gender
Antara contoh isu hangat dibincangkan ialah Lesbian Gay Biseksual
Transgender (LGBT) di Malaysia. Sebagai negara berpegang pada agama
Islam sebagai agama rasmi, mengamalkan nilai moral berlandaskan adat,
budaya dan agama. Maka, LGBT adalah bertentangan dengan agama,
moral dan budaya Malaysia.
Di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan, menjadi satu kesalahan bagi
mana-mana orang yang melakukan persetubuhan yang bertentangan
dengan aturan fitrah. Ringkasnya, isu LGBT ini perlulah dielakkan kerana
hal tersebut bertentangan dengan norma manusia, salah di sisi agama,
malahan undang-undang di Malaysia turut melarangnya.
(g) Elemen Politik Federalisme
Isu perlembagaan Malaysia banyak dikupas dan dibahaskan. Antaranya
ialah keistimewaannya orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan
Malaysia. Hak keistimewaan orang Melayu sepatutnya tidak harus
dipersoalkan. Hal ini demikian kerana hal tersebut ialah perkara yang
telah dipersetujui sejak dahulu.
Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim menyatakan rakyat Malaysia dari
mana-mana kaum yang mempersoalkan atau mempertikaikan Perkara 153
dalam Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf kedudukan dan hak
istimewa orang Melayu dan Bumiputera adalah buta sejarah dan tidak
memahami Perlembagaan. Hal ini demikian kerana mereka tidak peka
terhadap apa-apa yang terjadi pada masa lepas yang membentuk dan
menjadikan apa-apa yang terjadi pada hari ini.
Apabila British sampai ke Tanah Melayu, mereka dapati terdapat
beberapa tempat di Semenanjung sudah mempunyai kerajaan dan mereka
mengiktiraf kerajaan tersebut. Kerajaan itu ada ramai rakyat (orang Melayu)
dan bagi British, rakyat kepada raja itu mempunyai hak yang khusus.
Orang lain yang datang dan menetap di Tanah Melayu bukan rakyat raja,
oleh yang demikian mereka tidak dapat menikmati hak yang ada pada
orang Melayu. Ringkasnya, hak keistimewaan orang Melayu perlulah
dihormati oleh semua kaum di samping mereka dapat mengamalkan
budaya dan adat resam mereka sendiri.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 9 CABARAN KELESTARIAN ETIKA DAN PERADABAN DI MALAYSIA 213
(h) Elemen Ruang
Di Malaysia, terdapat dua ruang, iaitu ruang fizikal dan ruang media
sosial. Ruang fizikal bermaksud ruang yang digunakan oleh manusia
di alam nyata, manakala ruang media sosial ialah ruang di alam maya.
Oleh itu, kedua-dua ruang ini perlulah diuruskan dengan baik supaya
tidak menyentuh sensitiviti antara kaum. Ruang media sosial juga boleh
dikaitkan dengan elemen yang kesembilan, iaitu penggunaan media
sosial di Malaysia.
(i) Penggunaan Media Sosial di Malaysia
Penggunaan TMK menjadi rancak di Malaysia khususnya pada tahun 1999
sehingga kini. Hal ini menyebabkan dunia menjadi tanpa sempadan.
Tidak dinafikan media sosial berperanan besar dalam menentukan
keharmonian kehidupan masyarakat dalam sesebuah negara. Namun, andai
digunakan secara tidak berhemah, kesannya amat membimbangkan.
Di Malaysia, penggubalan akta antara cara mengawal keharmonian
kehidupan penduduk. Salah satu yang diguna pakai pihak berkuasa ialah
Akta Hasutan 1948 (Akta 15). Akta ini adalah antara undang-undang
penting pada era media sosial ini, sebagai peringatan kepada pengguna
media sosial supaya berhemah dalam penyampaian atau penyebaran
maklumat. Ringkasnya, penguatkuasaan undang-undang penting supaya
ruang yang wujud di Malaysia, khususnya ruang media sosial dijaga
dengan baik dan tidak menyentuh hal sensitiviti antara kaum.
(j) Elemen Kelas Sosial
Terdapat sesetengah golongan atas yang menghina golongan kelas
bawahan. Contoh hal berlaku ialah tular satu video yang memaparkan
seorang pensyarah sebuah universiti yang menghina pelajarnya yang
berstatus B40. Hinaan tersebut dibuat kerana pelajar tersebut tidak
mampu membeli komputer riba (laptop). Dalam isu ini, seharusnya
setiap golongan tidak kira sama ada anda berada dalam golongan atasan
atau bawahan mestilah saling menghormati.
Pada masa yang sama, kerajaan seharusnya menguatkuasakan dan
mengetatkan undang-undang terhadap isu provokasi seperti ini.
Ringkasnya, isu jurang antara kelas sosial ini perlulah ditangani dengan
baik oleh semua pihak supaya provokasi antara kelas tidak berlaku.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
214 TOPIK 9 CABARAN KELESTARIAN ETIKA DAN PERADABAN DI MALAYSIA
Kesimpulannya, perpaduan yang kita jalani pada hari ini di Malaysia
ialah terma yang dinamakan sebagai kesepaduan. Bagi mencapai perpaduan
yang diidamkan, semua rakyat Malaysia perlu mengatasi jurang yang
terdapat dalam defisit sosial. Antaranya adalah:
(i) Etnisiti;
(ii) Agama;
(iii) Pendidikan;
(iv) Bahasa;
(v) Jurang generasi;
(vi) Gender;
(vii) Politik federalisme;
(viii) Ruang bandar desa;
(ix) Media; dan
(x) Kelas sosial.
Jurang yang terdapat dalam elemen defisit sosial tadi dapat diatasi dan
bertemu titik penyelesaiannya apabila rakyat Malaysia saling hormat
menghormati antara kaum. Di samping itu, kerajaan perlu memainkan
peranan penting bagi menyatupadukan hubungan antara kaum. Subtopik
seterusnya membincangkan tadbir urus dan pembangunan kerajaan dan
perkaitan dengan etika dan peradaban.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 9 CABARAN KELESTARIAN ETIKA DAN PERADABAN DI MALAYSIA 215
9.1.2 Tadbir Urus dan Pembangunan
Persoalan tentang tadbir urus dan pembangunan negara perlu diurus dengan
baik. Hal ini demikian kerana tadbir urus dan pembangunan amat penting bagi
memastikan keharmonian, kestabilan dan kemajuan negara dapat dipacu
dengan lancar. Dalam membahaskan tentang tadbir urus dan pembangunan
di Malaysia, perkara paling penting yang perlu dikaitkan ialah doktrin
pengasingan kuasa (separation of powers).
Terdapat pelbagai sebab Malaysia mengamalkan doktrin pengasingan kuasa.
Doktrin ini bertujuan mengelakkan sebarang komplot badan pemerintah
dengan yang lain, menjamin kebebasan rakyat untuk berpolitik, menghindari
daripada sebarang kezaliman daripada pihak pemerintah serta mengelakkan
berlakunya sebarang pemusatan kuasa terhadap salah satu daripada ketiga-tiga
komponen utama dalam pentadbiran kerajaan yang boleh dirujuk dalam
Rajah 9.3.
Rajah 9.3: Komponen Utama Sistem Kerajaan Malaysia
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
216 TOPIK 9 CABARAN KELESTARIAN ETIKA DAN PERADABAN DI MALAYSIA
Yang berikut adalah penerangan ringkas ketiga-tiga komponen tersebut:
Eksekutif (Pentadbiran)
(i) Komponen ini merupakan satu badan pelaksana. Kuasa tertinggi Badan
Pentadbiran (Eksekutif) kerajaan persekutuan ialah Jemaah Menteri atau
Kabinet. Kabinet terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Perdana
Menteri dan Jemaah Menteri.
(ii) Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan mengehendaki YDPA untuk
melantik Perdana Menteri daripada parti yang mendapat kerusi majoriti
di Dewan Rakyat sebagai Ketua Jemaah Menteri.
(iii) Perdana Menteri akan menasihati YDPA untuk melantik menteri-menteri
lain daripada mana-mana majlis parlimen. Timbalan Menteri juga akan
dilantik oleh YDPA.
(iv) YDPA boleh memecat PM daripada jawatannya seperti yang termaktub
dalam Perkara 43 (4). Apabila ahli Dewan Rakyat hilang kepercayaan
kepada PM, maka PM hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri
atau meminta Parlimen dibubarkan oleh YDPA.
(v) Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan akan memaklumkan hal ehwal
pentadbiran negara kepada YDPA.
(vi) Jemaah menteri juga berperanan untuk menentukan dasar kerajaan dan
memberikan arahan kepada jentera pentadbiran.
(vii) Kementerian ialah agensi tertinggi dalam jentera pentadbiran Persekutuan.
Bilangan kementerian bergantung pada keadaan dan pandangan Perdana
Menteri. Setiap kementerian bertanggungjawab menggubal dasar kerajaan,
merancang dan menyelaraskan dasar tersebut. Setiap kementerian
diketuai oleh seorang menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri dan
Setiausaha Parlimen.
(viii) Ketua Setiausaha (KSU) menjadi penasihat utama kepada Menteri. KSU
bertanggungjawab untuk melaksanakan arahan menteri dan program
peringkat kementerian.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 9 CABARAN KELESTARIAN ETIKA DAN PERADABAN DI MALAYSIA 217
Sebagai badan eksekutif, setiap anggota di dalamnya perlulah memainkan
peranan penting bagi memastikan negara mencapai perpaduan antara kaum yang
diidamkan. Antara usaha yang pernah dilaksanakan oleh Perdana Menteri
di Malaysia adalah seperti konsep Bangsa Malaysia, Wawasan 2020, 1Malaysia
dan Keluarga Malaysia.
Walau pun terdapat pelbagai konsep perpaduan yang telah diperkenalkan
oleh kerajaan, sekiranya pelaksanaannya tidak dijalankan dan diterapkan secara
baik, hal ini dilihat sia-sia sahaja. Penerapan konsep ini perlulah dimulakan
di bangku sekolah lagi dan dipupuk kepada masyarakat di Malaysia sejak kecil.
Tugas ini dapat dimainkan peranannya oleh badan eksekutif seperti Perdana
Menteri, menteri dan pegawai kerajaan.
Legislatif (Perundangan)
(i) Secara amnya, bahagian Legislatif ialah bahagian yang membuat
undang-undang.
(ii) Parlimen – Dewan Negara/Dewan Rakyat/Dewan Undangan Negeri.
Kesemua badan ini diberi mandat oleh kerajaan Malaysia sebagai badan
perundangan negara.
(iii) Ia juga merupakan Badan Perundangan bagi kerajaan Persekutuan yang
berfungsi menggubal dan meluluskan undang-undang persekutuan.
(iv) Turut berfungsi dalam membuat pindaan kepada undang-undang
persekutuan yang sedia ada, memeriksa dasar kerajaan, meluluskan
perbelanjaan kerajaan dan meluluskan hasil cukai yang baharu.
(v) Perkara 55 Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahawa hanya YDPA
sahaja yang boleh memanggil Parlimen untuk bersidang.
(vi) YDPA mempunyai kuasa mutlak untuk menghentikan atau membubarkan
Parlimen.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
218 TOPIK 9 CABARAN KELESTARIAN ETIKA DAN PERADABAN DI MALAYSIA
(vii) Parlimen akan kekal dalam tempoh lima tahun dari tarikh pertama
persidangan selepas Pilihan Raya Umum (PRU).
(viii) PRU bagi memilih wakil-wakil Dewan Rakyat perlu diadakan dalam
tempoh 60 hari dari tarikh Parlimen dibubarkan bagi Semenanjung
Malaysia dan 90 hari bagi Sabah dan Sarawak.
(ix) YDPA akan memanggil Parlimen untuk bersidang pada tarikh yang
ditetapkan tidak melebihi 120 hari dari tarikh pembubaran.
(x) Perkara 44. Keanggotaan Parlimen. „Kuasa perundangan Persekutuan
hendaklah terletak hak pada Parlimen yang hendaklah terdiri daripada
Yang di-Pertuan Agong dan dua Majlis Parlimen yang dikenali sebagai
Dewan Negara dan Dewan Rakyat.‰
Badan perundangan adalah amat penting badan tersebut memainkan peranan
penting dalam memastikan etika dan perpaduan kaum terjaga. Misalnya, ahli
parlimen yang terlibat dalam proses penggubalan undang-undang. Sewaktu
perbahasan sesuatu rang undang-undang dijalankan, ahli parlimen boleh
mengemukakan cadangan atau idea bagi mengekalkan perpaduan negara.
Contohnya, penggubalan Akta Hasutan merupakan usaha murni dan wajar
dipuji. Hal ini demikian kerana dengan wujudnya akta sedemikian, rakyat
ingin membuat rusuhan antara kaum dapat dibendung dan dikawal. Selain itu,
sekiranya terdapat ahli parlimen yang melakukan provokasi sehingga
menyebabkan berlakunya perkara yang menyentuh sensitiviti antara kaum,
hal tersebut perlulah dielakkan. Ringkasnya, „aktor‰ yang wujud dalam badan
perundangan khususnya ahli parlimen mestilah memfokuskan perpaduan
antara kaum sebelum berbahas dalam parlimen dan sewaktu wujudnya akta
baharu. Hal ini penting kerana undang-undang dapat dijadikan alat atau
mekanisme yang dapat mengawal keharmonian kaum di Malaysia.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 9 CABARAN KELESTARIAN ETIKA DAN PERADABAN DI MALAYSIA 219
*Judisiari (Kehakiman)
(i) Kuasa kehakiman utk semua badan kehakiman di Malaysia diperuntukkan
dalam Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Tugas umumnya
adalah mengadili tindakan sivil, mengadili pendakwaan jenayah,
mendengar rayuan dari mahkamah bawahan, membuat dikri hal ehwal
keluarga, pengurusan pusaka, mengeluarkan waran tangkap dan mentafsir
undang-undang, termasuk Perlembagaan.
(ii) Fungsi-fungsi kehakiman ini dimuatkan dalam Perkara 121 – 131.
(iii) Mahkamah Persekutuan merupakan mahkamah tertinggi di Malaysia.
Ia diketuai oleh Ketua Hakim Negara. Perkara 122(1) Perlembagaan
Persekutuan menjelaskan bahawa ahli Mahkamah Persekutuan terdiri
daripada Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, kedua-dua
Hakim Besar Mahkamah Tinggi dan tujuh hakim lain. YDPA atas nasihat
Perdana Menteri setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja akan melantik
semua ahli Mahkamah Persekutuan berdasarkan Perkara 122.
(iv) Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi: Berkuasa
menghukum apa-apa penghinaan terhadapnya. Kelakuan hakim
Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi
tidak boleh dibincangkan di dalam Majlis Parlimen kecuali dengan usul
yang disokong oleh tidak kurang daripada 1⁄4 daripada jumlah bilangan
ahli Majlis Parlimen itu. Tidak boleh dibincangkan di dalam Dewan
Undangan di mana-mana Negeri.
(v) Parlimen membuat peruntukan saraan Hakim Mahkamah Persekutuan
dan dipertanggungkan pada Kumpulan Wang yang Disatukan.
Badan kehakiman adalah penting untuk para hakim menilai segala keputusan
yang dibuat berdasarkan Perlembagaan Negara dan mempertimbangkan
hubungan antara kaum di Malaysia. Hakim di Malaysia juga perlu faham rakyat
di negara ini terdiri daripada pelbagai latar agama dan bangsa. Oleh itu, isu
sensitiviti antara kaum perlulah dielakkan sewaktu perbicaraan dan selepas
hukuman dijatuhkan. Hal ini juga tertakluk pada hakim, begitu juga dengan
peguam bela yang hadir di mahkamah. Adab dan tatasusila peguam perlu
dijaga supaya isu sensitiviti antara kaum dijaga dengan baik.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
220 TOPIK 9 CABARAN KELESTARIAN ETIKA DAN PERADABAN DI MALAYSIA
Kesimpulannya, doktrin pengasingan kuasa ini secara amnya akan menjadi
faktor semak dan imbang (check and balance) dalam sistem pemerintahan
negara supaya tiada komponen yang boleh mengatasi komponen yang lain.
Pada masa yang sama, ketiga-tiga badan ini perlulah mengambil kira faktor
perpaduan kaum di Malaysia dan menjaga etika dalam menjalankan urus tadbir
negara.
9.1.3 Ekonomi Gelap (Black Economy ) dan Rasuah
Apakah yang dimaksudkan dengan ekonomi gelap (black economy)? Istilah
ekonomi gelap bermaksud aktiviti ekonomi yang berada di luar kawalan pihak
berautoriti, khususnya dalam aspek perundangan, regulatori dan penilaian
cukai. Ekonomi gelap juga tidak sah di sisi undang-undang (illegal ), pendapatan
yang tidak dilaporkan (undeclared ), serta sering dikaitkan dengan sindiket
jenayah dan amalan rasuah.
Antara istilah-istilah lain bagi ekonomi gelap ialah pasaran gelap (black market),
ekonomi bayangan (shadow economy) dan ekonomi tidak formal (informal
economy). Antara contoh kegiatan ekonomi gelap adalah memperdagangkan
barang seludup, penjualan dadah, senjata, perdagangan manusia, aktiviti
pelacuran, termasuk penjualan rokok seludup dan barangan tiruan
(counterfeiting) dan aktiviti pengubahan wang haram (money laundering).
Pada tahun 2020, mantan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mendedahkan
angka keseluruhan aktiviti ekonomi gelap di seluruh Malaysia yang mewakili
21 peratus daripada jumlah keseluruhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
tahun 2019, iaitu kira-kira RM300 bilion. Jumlah ini adalah amat besar. Hal ini
memberikan petanda bahawasanya kewujudan aktiviti ekonomi seumpama ini
bukan hanya mampu merencatkan prestasi ekonomi negara, bahkan ia dapat
mendedahkan rakyat negara ini kepada gejala yang tidak bermoral seperti
gejala lari daripada cukai dan rasuah (Syahir Sulaiman, 2020).
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 9 CABARAN KELESTARIAN ETIKA DAN PERADABAN DI MALAYSIA 221
Dalam kursus ini, salah satu aktiviti ekonomi gelap yang menjadi fokus ialah
rasuah. Apakah yang dimaksudkan dengan rasuah?
Berdasarkan laman web rasmi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM), rasuah ialah penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah
atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak
melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan
terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan, upah
dan diskaun.
Contohnya, seorang kontraktor menghadiahkan seutas jam tangan kepada
seorang pegawai kerajaan kerana telah meluluskan projek kepada syarikat
milik kontraktor berkenaan.
Berdasarkan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM
2009) (Akta 694), definisi rasuah adalah:
(a) Meminta/menerima rasuah [seksyen 16 & 17(a) Akta SPRM 2009]
(b) Menawar/memberi suapan [seksyen 17(b) Akta SPRM 2009]
(c) Mengemukakan tuntutan palsu [Seksyen 18 Akta SPRM 2009]
(d) Menggunakan jawatan/kedudukan untuk suapan pegawai badan awam
[Seksyen 23 Akta SPRM 2009]
Mengikut kajian oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), antara
tahun 2013 hingga 2018, badan tersebut mengenal pasti sembilan punca rasuah
dengan 80 peratus daripadanya disebabkan oleh kegagalan pentadbiran, konflik
kepentingan, kelemahan kawalan dalaman, ketidakpatuhan, kurang ketelusan,
kurang sokongan dan kesedaran rasuah, kerenah birokrasi, kurang pengesanan
awal, dan kelemahan penguatkuasaan (Che Wan Badrul Alias, 2019).
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
222 TOPIK 9 CABARAN KELESTARIAN ETIKA DAN PERADABAN DI MALAYSIA
Rajah 9.4: 9 Punca Rasuah
Terdapat tiga kesan buruk yang wujud apabila berlakunya gejala rasuah
di Malaysia:
(a) Rasuah menyebabkan peningkatan kadar inflasi yang tentunya
meningkatkan kos hidup rakyat, sekali gus mengurangkan kualiti hidup
mereka dan jika tidak ditangani dengan baik, akan membawa kepada
ketidakstabilan politik.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 9 CABARAN KELESTARIAN ETIKA DAN PERADABAN DI MALAYSIA 223
(b) Mendorong terjadinya kekurangan pelaburan. Hal ini termasuk pelaburan
asing. Ia berpunca daripada peningkatan kos pentadbiran dan urus niaga.
(c) Rasuah juga membawa kepada pembaziran dana awam dan menyukarkan
pihak kerajaan mengoptimumkan segala sumber secara cekap (Ahmad
Azrin Adnan, 2021).
Antara strategi yang boleh dilaksanakan bagi mencegah rasuah adalah
memperkukuhkan kebertanggungjawaban dan integriti politik, memperkukuhkan
kecekapan penyampaian perkhidmatan awam, mempertingkatkan keberkesanan
dan ketelusan perolehan awam, mempertingkatkan kredibiliti sistem perundangan
dan kehakiman, menginstitusikan kredibiliti agensi penguatkuasaan undang-
undang, dan memupuk tadbir urus baik. Apabila rasuah dapat dibendung
dan dicegah dengan baik, keadaan ekonomi negara akan bertambah stabil.
seterusnya negara menjadi aman dan damai.
9.1.4 Kelangsungan Kelestarian Negara melalui Etika
dan Peradaban
Kelangsungan kelestarian negara melalui etika dan peradaban dapat dilaksanakan
dengan pelbagai cara dan kaedah. Antaranya adalah dengan melaksanakan
kaedah atau strategi seperti:
(a) Kesepaduan nasional dan perpaduan negara; dan
(b) Perkongsian pengalaman etika dan peradaban Malaysia demi keharmonian,
kestabilan dan kemajuan ketamadunan sejagat.
Pertama, dari segi strategi kesepaduan nasional dan perpaduan negara, hal ini
amatlah berkait rapat dengan tadbir urus dan pembangunan. Hal ini demikian
kerana tadbir urus dan pembangunan yang baik akan membina kesepaduan
nasional sehingga berlaku pengukuhan kepada perpaduan negara. Etika dan
adab seperti amanah, bertanggungjawab, prihatin dengan kebajikan dan
bertolak ansur akan wujud. Hal ini pasti akan menjadikan rakyat Malaysia
cenderung untuk hidup aman, damai dan harmoni bersama.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
224 TOPIK 9 CABARAN KELESTARIAN ETIKA DAN PERADABAN DI MALAYSIA
Kegagalan melaksanakan pembangunan dan tadbir urus dengan adil hingga
melebar jurang kaya-miskin, bandar-desa dan kumpulan etnik-agama pasti akan
melahirkan kumpulan bukan sahaja miskin, terpinggir dan terabai tetapi juga
kumpulan yang renggang dengan kerajaan. Budaya kerenggangan ini akan
melahirkan budaya „kepembangkangan‰ dalam kalangan rakyatnya hingga
menolak dan akhirnya, bertindak sebagai pelampau dan ganas terhadap
pemerintah. Secara tidak langsung, hal ini akan menyebabkan munculnya
budaya anarki, iaitu budaya benci kepada pemerintah tanpa sebab.
Dalam suasana politik sedemikian, selalunya etika dan adab terhadap negara
akan dicalarkan dengan tanggapan buruk dan dalam dunia digital kini,
berita-berita memburukkan kepimpinan dan parti pemerintah, walaupun palsu,
akan ditularkan tanpa mengambil kira sensitiviti terhadap rakyat pelbagai
etnik dan agama. Dalam suasana sosial terpinggir sedemikian, kepimpinan politik
dan badan bukan kerajaan (NGO) akan menggembleng dimensi etnik dan
agama demi mendapat pengaruh dan undi. Dengan kualiti hidup dan ekonomi
yang tidak terjamin pasti akan berterusan kegelisahan dan ketegangan sosial
dalam masyarakat, jika tidak ditangani segera akan melahirkan perpecahan,
ketidakstabilan politik dan ini akan membantut kemajuan negara. Ringkasnya,
tadbir urus dan pembangunan perlulah dilaksanakan dengan baik supaya
kesepaduan nasional dan perpaduan negara dapat dicapai.
Kedua, perkongsian pengalaman etika dan peradaban Malaysia dilaksanakan
demi keharmonian, kestabilan dan kemajuan ketamadunan sejagat. Malaysia
merupakan sebuah negara tamu pasca kolonial dan menerima pelbagai
peradaban majmuk dan anggotanya menjadi warganegaranya. Jelasnya,
pertemuan dan pergaulan peradaban majmuk ini memperkayakan peradaban
Melayu, bumiputera Sabah dan Sarawak melalui proses difusi dengan pinjam
meminjam budaya, pemakanan, bahasa dan budaya kerja antara mereka.
Pengalaman Malaysia menunjukkan jika pengagihan dan kesejahteraan rakyat
tidak dijaga, negara yang makmur dan kehidupan berkualiti tinggi tidak
boleh menjamin kedamaian, kesepaduan, perpaduan dan kestabilan negara.
Keadilan dalam pengagihan kekayaan negara perlu ditegakkan dan dinikmati
bersama.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 9 CABARAN KELESTARIAN ETIKA DAN PERADABAN DI MALAYSIA 225
Selain itu, Indeks Kualiti Hidup, Indeks Kesejahteraan Malaysia, Indeks
Maqasid Malaysia, Indeks Perpaduan Nasional dan Indeks Kedamaian Global
menunjukkan Malaysia ialah sebuah negara yang makmur, damai dan sejahtera.
Kejayaan Malaysia dalam mentadbir urus dan pembangunan negara dengan
baik, adil dan terangkum ialah formula yang boleh dikongsi bersama dengan
negara yang masih berhadapan dengan permusuhan dan konflik etnik dan
agama dalam negara mereka. Malaysia sentiasa berpegang bahawa tadbir urus
dan pembangunan kemajuan ialah alat kepada pencapaian matlamat akhir
negara, iaitu perpaduan.
Namun begitu, perpaduan hanya menjadi idaman dan yang dicapai bukan
matlamat akhirnya tetapi kesepaduan nasional. Kesepaduan nasional ialah
satu proses ke arah menuju perpaduan. Pengalaman Malaysia perlu dikongsi
bersama pada peringkat negara jiran, sewilayah dan sedunia dalam membina
keharmonian, kestabilan dan kemajuan ketamadunan sejagat.
SEMAK KENDIRI 9.1
1. Senaraikan sepuluh kategori defisit sosial.
2. Dengan menggunakan perkataan anda sendiri, jelaskan maksud
perpaduan dan kesepaduan.
3. Berikan tiga contoh tapak integrasi yang menjadi menjadi
tunjang kesepaduan rakyat Malaysia.
4. Namakan istilah-istilah yang berkaitan dengan ekonomi gelap
(black economy).
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
226 TOPIK 9 CABARAN KELESTARIAN ETIKA DAN PERADABAN DI MALAYSIA
9.2 MATLAMAT PEMBANGUNAN LESTARI
DAN WAWASAN KEMAKMURAN
BERSAMA
Dalam subtopik ini, dua perkara tersebut akan diketengahkan. Mari kita
meneruskan pembelajaran ini.
9.2.1 Matlamat Pembangunan Lestari
(SDG – Sustainable Development Goals)
Masihkah anda ingat tentang Matlamat Pembangunan Lestari (SDG – Sustainable
Development Goals) atau Matlamat Pembangunan Mampan yang telah pun
anda pelajari dalam topik 9 dan 10 modul OUMH1603 Kemahiran Belajar untuk
Abad ke-21? Ya, SDG secara rasminya diterima pakai oleh 193 buah negara
termasuk Malaysia pada tarikh 25 September 2015. SDG disasarkan untuk
tempoh 15 tahun, iaitu sehingga 2030.
SDG merupakan agenda global dalam pembangunan lestari. SDG telah
menyediakan sebuah pelan tindakan bersama untuk keamanan dan kemakmuran
terhadap manusia sejagat dan planet ini, kini dan masa hadapan untuk semua
negara di dunia ini. Bukan itu sahaja, SDG juga merupakan agenda pembangunan
lanjutan daripada Matlamat Pembangunan Milenium yang berakhir pada tahun
2015 mempunyai 8 Matlamat dan 21 Sasaran.
Oleh itu, berapakah Matlamat dan Sasaran yang terdapat dalam SDG ini?
Jawapannya adalah dalam SDG yang antara lain mengetengahkan cabaran
global seperti kebuluran, ketidaksamaan jantina, tindakan iklim, kemerosotan
alam sekitar, keadilan dan keamanan mempunyai 17 Matlamat (seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 9.5) dan 169 Sasaran.
17 SDG adalah seperti yang berikut:
(a) Matlamat 1: Tiada kemiskinan
(b) Matlamat 2: Kelaparan sifar
(c) Matlamat 3: Kesihatan dan kesejahteraan yang baik
(d) Matlamat 4: Pendidikan berkualiti
(e) Matlamat 5: Kesamarataan gender
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 9 CABARAN KELESTARIAN ETIKA DAN PERADABAN DI MALAYSIA 227
(f) Matlamat 6: Kebersihan air dan sanitasi
(g) Matlamat 7: Tenaga yang berpatutan dan bersih
(h) Matlamat 8: Pekerjaan memuaskan dan pertumbuhan ekonomi
(i) Matlamat 9: Industri, inovasi dan infrastruktur
(j) Matlamat 10: Mengurangkan ketidaksamaan (reduced inequalities)
(k) Matlamat 11: Komuniti dan bandar yang lestari
(l) Matlamat 12: Tanggungjawab terhadap penggunaan dan pengeluaran lestari
(m) Matlamat 13: Tindakan iklim
(n) Matlamat 14: Kehidupan di dalam air
(o) Matlamat 15: Kehidupan di atas darat
(p) Matlamat 16: Keamanan, keadilan dan institusi yang kukuh
(q) Matlamat 17: Perkongsian untuk matlamat
Rajah 9.5: 17 Matlamat Pembangunan Lestari
Sumber: Disesuaikan dari [Link]
influences-the-un-sustainable-development-goals/
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
228 TOPIK 9 CABARAN KELESTARIAN ETIKA DAN PERADABAN DI MALAYSIA
Seterusnya, bagaimanakah kita hendak menguruskan cabaran Matlamat
Pembangunan Lestari? Sebenarnya, SDG telah terkandung beberapa dasar
kerajaan sejak SDG dilancarkan tarikh 25 September 2015 Antaranya, dalam
Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11), 2016–2020, seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 9.6:
Rajah 9.6: Penjajaran SDG kepada Teras Strategik Rancangan Malaysia Kesebelas
Sumber: [Link]
08/Kajian%20Separuh%20Penggal%[Link]
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 9 CABARAN KELESTARIAN ETIKA DAN PERADABAN DI MALAYSIA 229
Kemudian, diteruskan dengan Kajian Separuh Penggal (MTR) RMK11, 2018–2020.
„Bahawa Dewan ini, menyedari akan cabaran untuk mengekalkan kestabilan
ekonomi dan mencapai pertumbuhan yang mampan dengan mengambil kira
perubahan trend ekonomi global, kedudukan kewangan Kerajaan serta
pencapaian dua tahun pertama, 2016–2017 Rancangan Malaysia Kesebelas;
merestui usaha Kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan untuk menambah
baik dan memperkukuh agenda pembangunan negara berasaskan prinsip
pertumbuhan dengan ekuiti ke arah mencapai status negara maju dan
inklusif selaras dengan aspirasi Wawasan 2020 meluluskan Kajian Separuh
Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas bagi tempoh 2018–2020 yang
memberi keutamaan dan penekanan baharu ke atas dasar, strategi dan
inisiatif sedia ada serta memperkukuh tadbir urus bagi mencapai pertumbuhan
sosioekonomi yang lebih inklusif dan mampan ke arah meningkatkan
kesejahteraan rakyat menurut Kertas Perintah CMD. 22 Tahun 2018.
Sumber:
[Link]
ucapan-penuh-kajian-separuh-penggal-rmk-11-2016-2020
Selanjutnya Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12), 2021–2025.
Rancangan Malaysia Kedua Belas bagi tempoh 2021 hingga 2025 yang
menetapkan hala tuju strategik bagi mencapai objektif „Malaysia Makmur,
Inklusif, Mampan‰ dengan memberi tumpuan kepada usaha untuk
merancakkan kembali pertumbuhan ekonomi, memastikan kemakmuran
negara dapat diagihkan secara lebih adil dan saksama serta mengekalkan
kelestarian alam sekitar, menurut Kertas Perintah CMD.1 Tahun 2021.
Sumber:
[Link]
usul-mengenai-rancangan-malaysia-kedua-belas-2021-2025-keluarga-
malaysia-makmur-inklusif-mampan-di-dewan-negara/
Bukan itu sahaja, Malaysia juga pernah membentangkan Kajian Nasional
Sukarela (VNR – Voluntary National Review) pada tahun 2017 dan 2021 mengenai
pelaksanaan Pembangunan Lestari Agenda 2030 di persidangan Forum Politik
Peringkat Tinggi (HLPF – High Level Political Forum) Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB).
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
230 TOPIK 9 CABARAN KELESTARIAN ETIKA DAN PERADABAN DI MALAYSIA
Misalnya, VNR 2017 yang bertemakan „Membasmi Kemiskinan dan
Mempromosikan Kemakmuran Malaysia dalam Dunia yang Berubah-ubah‰
(Eradicating Poverty and Promoting Prosperity in a Changing World ). Laporan
ini mengelompokkan SDG di bawah 11 bidang tematik, iaitu Kemiskinan
dan Kebuluran Mutlak (SDG 1 dan 2), Kadar Penyakit dan Kematian (SDG 3),
Pendidikan (SDG 4 dab 5), Kemudahan Asas (SDG 6 dan 7), Infrastruktur
(SDG 9 dan 11), Institusi Keadilan dan Kuat (SDG 16), Penggunaan Lestari
dan Pengeluaran dan Perubahan Iklim (SDG 12 dan 13), Ekonomi dan Pekerjaan
(SDG 5 dan 8), Ketidaksamaan Pendapatan (SDG 10), Endowmen Alam Sekitar
(SDG 14 dan 15), dan Peranan Global (SDG 17). Laporan ini bertujuan
mengetengahkan pencapaian pembangunan yang dicapai oleh Malaysia dalam
kesemua sebelas bidang tematik.
Sebaliknya, VNR 2021 pula bertemakan Sustainable and resilient recovery from
the COVID-19 pandemic that promotes the economic, social, and environmental
dimensions of sustainable development: Building an inclusive and effective
path for the achievement of the 2030 Agenda in the context of the Global Decade
of Action and Delivery for Sustainable development. VNR 2021 mengetengahkan
kemajuan Malaysia dalam sembilan SDG, iaitu SDG 1, 2, 3, 8, 10, 12, 13,
16 dan 17 untuk tempoh 2016/2017 sehingga 2019/2020.
Keterangan lanjut kedua-dua laporan ini boleh dimuat naik di laman web
[Link]
Kesimpulannya, daripada Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11), Kajian
Separuh Penggal (MTR) RMK-11, Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12)
sehinggalah Kajian Nasional Sukarela (VNR – Voluntary National Review) 2017
dan 2021 secara langsung menunjukkan komitmen dan kesungguhan kerajaan
Malaysia untuk mencapai agenda pembangunan lestari SDG pada tahun 2030.
Oleh itu, semua masyarakat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama, latar
belakang seharusnya menyahut seruan kerajaan untuk mencapai agenda
global khususnya dan nasional amnya.
Pembangunan lestari ini bukan setakat berkaitan dengan alam sekitar,
malah termasuk keamanan, kemakmuran, kesejahteraan, pendidikan, keadilan
sosial, ketidaksamaan, keselamatan dan banyak lagi yang semua ini memberi
kesan kepada etika dan peradaban sesebuah negara. Sesungguhnya, bekas
Setiausaha Agung PBB, Encik Ban Ki-moon pernah berkata bahawa „Kita tidak
mempunyai Pelan B kerana kita tiada Planet B.‰
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 9 CABARAN KELESTARIAN ETIKA DAN PERADABAN DI MALAYSIA 231
9.2.2 Wawasan Kemakmuran Bersama
Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) yang dilancarkan pada tarikh 5 Oktober
2019 merupakan pelan strategik jangka masa 10 tahun bermula pada tahun 2021
hingga 2030. WKB merupakan komitmen kerajaan Malaysia untuk menjadikan
Malaysia sebagai sebuah negara yang terus membangun secara lestari selaras
dengan pembahagian ekonomi yang adil, saksama dan inklusif pada semua
peringkat. Bagaimanakah WKB mampu membentuk etika dan peradaban?
Mari kita meneruskan pembacaan.
Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 ialah iltizam untuk menjadikan
Malaysia sebagai sebuah negara yang terus membangun secara mampan
seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif pada
semua peringkat kumpulan pendapatan, etnik, wilayah dan rantaian
bekalan. Iltizam ini akan diteruskan ke arah mengukuhkan kestabilan politik
dan meningkatkan kemakmuran negara serta memastikan rakyat bersatu
padu tanpa prasangka dengan meraikan kepelbagaian bangsa dan budaya
sebagai asas penyatuan negara bangsa ([Link]
content/30901?language=my).
WKB 2030 menetapkan tiga objektif utama, iaitu:
(a) Pembangunan untuk semua – bagi mewujudkan ekonomi yang
distrukturkan semula, progresif, berpaksikan ilmu dan bernilai tinggi
dengan penyertaan masyarakat yang menyeluruh di semua peringkat;
(b) Menangani jurang kekayaan dan pendapatan – merapatkan jurang
ekonomi antara kumpulan pendapatan, etnik, wilayah dan rantaian
bekalan supaya rakyat yang ketinggalan dapat dibawa bersama dalam
arus kemajuan negara, nasib mereka terbela dan keupayaan ekonomi
mereka diperkasa; dan
(c) Negara bersatu, makmur dan bermaruah – untuk menjadikan Malaysia
sebuah negara yang bersatu, makmur dan bermaruah seterusnya muncul
sebagai paksi ekonomi Asia.
([Link]
%20Siaran%20Media%20Majlis%20Pelancaran%20Wawasan%
20Kemakmuran%20Bersama%202030_0.pdf)
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
232 TOPIK 9 CABARAN KELESTARIAN ETIKA DAN PERADABAN DI MALAYSIA
Terdapat 15 prinsip panduan WKB (lihat Jadual 9.1), iaitu yang akan dilaksanakan
berteraskan 7 teras strategik dan diperkukuhkan dengan 8 pemboleh daya.
Jadual 9.1: Lima Belas Prinsip Panduan WKB
Prinsip Panduan Keterangan
Kemakmuran Memastikan pertumbuhan dan pembangunan yang berterusan
berterusan di Malaysia.
Kesaksamaan Menjangkaui tujuan kesaksamaan peluang dan ke arah
keberhasilan memastikan hasil akhir dapat dirasai semua rakyat.
Pertumbuhan Memastikan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan
saksama dilaksanakan secara adil dan saksama tanpa mengira kelas
pendapatan, etnik dan wilayah.
Ekonomi teragih Menyelesaikan masalah konsolidasi kekayaan dan
pembangunan teragih merentas sempadan wilayah.
Keterangkuman Pembangunan merangkumi keseluruhan lapisan masyarakat
terutama kumpulan B40, rentan ekonomi, miskin relatif,
masyarakat minoriti, terpinggir dan terasing.
Masyarakat Penerapan budaya dan polisi pembelajaran berterusan yang
peribelajar memastikan penambahbaikan dan penambahan nilai terus
berlaku.
Ekonomi masa Penumpuan usaha terhadap pembangunan industri baharu
hadapan di Malaysia, selari dengan perkembangan pasaran semasa
dan penggunaan teknologi dan budaya digital.
Pendekatan Polisi dan program yang memastikan keperluan dan kebajikan
ekonomi keperluan rakyat khususnya kumpulan miskin relatif dan B40. Program
merangkumi kesejahteraan daya huni, perumahan, kesihatan,
pendidikan, pengangkutan awam dan kebajikan.
Ekonomi politik Pendekatan ini mengharmonikan keperluan dan kehendak
berinstitusi pelbagai pihak dalam ekosistem ekonomi merangkumi
semua pihak berkepentingan termasuk pelabur, pengilang,
pengedar, pemborong, peniaga, pengguna dan kerajaan.
Model kesepaduan Pembentukan fabrik sosial yang utuh sekali gus menghasilkan
sosial modal sosial bernilai tinggi.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 9 CABARAN KELESTARIAN ETIKA DAN PERADABAN DI MALAYSIA 233
Paksi ekonomi Asia Memacu Malaysia ke arah menjadi paksi pertumbuhan
ekonomi Asia dan hubekonomi ASEAN.
Demokrasi dan Mengukuhkan semula institusi kerajaan melalui demokrasi
kestabilan di Malaysia dan penyampaian berasaskan keberhasilan.
Integriti dan tadbir Menangani masalah rasuah dan ketirisan sumber kerajaan,
urus yang baik dan menjadikan Malaysia negara berintegriti tinggi.
Perpaduan dalam Membasmi prejudis perkauman, meraikan kepelbagaian dan
kepelbagaian memupuk perpaduan antara kaum.
Kedaulatan dan Memastikan pembangunan negara yang mampan, tidak
kelestarian merosakkan alam sekitar dan mencapai matlamat SDG.
Sekarang, mari kita menjelajah tujuh teras strategik WKB2030.
(a) Menstrukturkan semula ekosistem perniagaan dan industri bagi mencapai
status negara maju;
(b) Mengenal pasti aktiviti pertumbuhan ekonomi utama;
(c) Mentransformasikan modal insan negara melalui program latihan
profesional dan peningkatan kemahiran tenaga kerja;
(d) Meningkatkan kecekapan pasaran buruh dan produktiviti pekerja seiring
dengan peningkatan peratusan bahagian pampasan pekerja kepada
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK);
(e) Mewujudkan kesejahteraan sosial dengan memastikan semua kelompok
masyarakat khususnya golongan B40 dilindungi;
(f) Mewujudkan keterangkuman wilayah dengan memastikan pembangunan
negeri dan wilayah dilaksanakan secara saksama termasuk di Sabah dan
Sarawak; dan
(g) Memperkukuhkan modal sosial (social capital ) menerusi penglibatan rakyat
dalam aktiviti kemasyarakatan yang akan meningkatkan tahap kepercayaan
rakyat kepada institusi masyarakat dan negara serta memperkukuhkan
perpaduan.
([Link]
uploads/2020/09/Speech_WKB-[Link])
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
234 TOPIK 9 CABARAN KELESTARIAN ETIKA DAN PERADABAN DI MALAYSIA
Sesungguhnya, kesemua tujuh teras strategik WKB 2030 bertujuan menambah
baik definisi serta sasaran ekonomi sedia ada seperti menilai semula
pengukuran kemiskinan, memerangi rasuah dan melaksanakan reformasi
bagi inisiatif sedia ada secara menyeluruh untuk mencapai sasaran yang
ditetapkan.
Selain itu, 8 pemboleh daya dalam WKB adalah:
(a) Kemampanan fiskal;
(b) Modal kewangan;
(c) Keberkesanan penyampaian institusi;
(d) Tadbir urus dan integriti;
(e) Pendidikan dan TVET;
(f) Data raya;
(g) Kelestarian; dan
(h) Masyarakat berpencerahan.
Indeks Kualiti Hidup, Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia (IKRM), Indeks
Maqasid Malaysia, Indeks Perpaduan Nasional dan Indeks Kedamaian Global
secara tidak langsung menunjukkan Malaysia merupakan sebuah negara yang
makmur, damai dan sejahtera. Misalnya, Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia
(IKRM) pada tahun 2018 ialah 120.3 mata. Namun, setahun selepas itu, indeks
meningkat kepada 121.0 mata indeks. IKRM dibangunkan sebagai indeks
komposit yang terdiri daripada indeks subkomposit kesejahteraan ekonomi dan
kesejahteraan sosial (Ummi Munirah Syuhada Mohamad Zan et al., 2016, p. 300).
Kejayaan Malaysia dalam mentadbir urus dan pembangunan negara dengan
baik, adil dan terangkum ialah formula yang boleh dikongsi bersama dengan
negara yang masih berhadapan dengan permusuhan dan konflik etnik dan
agama dalam negara mereka.
Sesungguhnya, pengenalan WKB2030 adalah untuk memastikan tiada seorang
tanpa mengira kaum latar belakang, wilayah ditinggalkan dalam menikmati
kemakmuran dan kekayaan negara. Hal ini bermaksud, mana-mana kumpulan
kaum yang ketinggalan akan dibantu oleh kerajaan. Begitu juga, mana-mana
wilayah di Malaysia yang kurang pembangunan akan dibantu oleh kerajaan.
Kemakmuran yang bakal dicapai pada tahun 2030 memerlukan kerjasama antara
semua rakyat. Hasilnya peradaban di Malaysia mampu dicontohi oleh negara
lain serta akan terbentuk etika yang baik dalam kalangan rakyatnya hasil
daripada toleransi dan persefahaman yang diterapkan oleh pemerintah.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 9 CABARAN KELESTARIAN ETIKA DAN PERADABAN DI MALAYSIA 235
SEMAK KENDIRI 9.2
1. Apakah yang anda faham dengan istilah lestari dan kelestarian?
Kemudian berikan contoh-contoh kedua-dua istilah tersebut.
2. Senaraikan LAPAN pemboleh daya dalam Wawasan Kemakmuran
Bersama (WKB).
3. Apakah tujuan utama kerajaan Malaysia merangka Wawasan
Kemakmuran Bersama (WKB)?
AKTIVITI 9.1
1. Pilih 2 daripada 15 prinsip panduan Wawasan Kemakmuran
Bersama (WKB). Jelaskan bagaimanakah anda dapat
mengaplikasikan dalam kehidupan harian anda.
2. „17 Matlamat dalam Matlamat Pembangunan Lestari merupakan
agenda global tidak mampu dicapai oleh kesemua 193 negara
anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).‰ Sejauh
manakah anda bersetuju dengan pernyataan ini? Bincangkan.
3. Adakah terdapat hubung kait antara Wawasan Kemakmuran
Bersama (WKB) dengan Wawasan 2020? Bincangkan bersama-
sama rakan sekuliah dan tutor anda dalam forum myINSPIRE.
9.3 MENGHARMONIKAN PENGALAMAN
NEGARA DAN ANTARABANGSA
Malaysia sentiasa berpegang teguh bahawa tadbir urus dan pembangunan
kemajuan merupakan alat kepada pencapaian matlamat akhir negara, iaitu
perpaduan. Perpaduan merupakan antara pemangkin kepada peradaban
sebuah bangsa dan negara. Namun begitu, perpaduan hanya menjadi idaman
dan yang dicapai bukan matlamat akhirnya tetapi kesepaduan nasional.
Kesepaduan nasional merupakan proses ke arah menuju perpaduan berpaksikan
etika sebagai asasnya.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
236 TOPIK 9 CABARAN KELESTARIAN ETIKA DAN PERADABAN DI MALAYSIA
Perpaduan nasional digabung jalin ke dalam dasar dan matlamat dasar yang
akhirnya membawa pengertian perpaduan dan kesepaduan masyarakat dalam
konteks negara bangsa Malaysia. Pada hakikatnya, proses ini dibina dengan
mengambil jangka masa yang lama semenjak merdeka sehingga kini. Jika
pembangunan ekonomi baik dan setiap kaum akan menikmati ekonomi
dengan adil, maka Malaysia akan terus aman dan makmur tanpa berlaku
pergolakan etnik yang melampau dan mengancam kesepaduan masyarakat
yang terbina. Oleh itu, kita sebagai warganegara perlu menyedari hasrat
yang ingin dibawa oleh kerajaan dalam membangunkan negara ini.
Dalam dunia digital yang tanpa sempadan ini, daripada tadbir urus,
pembangunan mesti baik sehingga kenyataan berbaur sensitif terhadap etnik
dan agama lain perlu diuruskan dengan sewajarnya. Banyak negara tidak menjadi
kenyataan kebencian etnik menjadi satu jenayah tetapi penular kenyataan
kebencian etnik ini dan dipanaskan lagi oleh maklumat palsu pasti akan
melahirkan salah faham, ketegangan sosial dan pergaduhan dalam masyarakat.
Hal ini secara tidak langsung membantutkan pembentukan etika dan peradaban
sebuah negara. Lebih parah lagi dikhuatiri membawa kepada berlakunya
„perang saudara‰ dan „perang tidak saudara‰ dalam sebuah negara tersebut.
Rajah 9.7: Eropah di Ambang Perang?
Sumber: Mokthar (2022)
Pengalaman Malaysia perlu dikongsi sama pada peringkat negara jiran,
sewilayah, hatta sehingga sedunia dalam membina keharmonian, kestabilan
dan kemajuan ketamadunan sejagat dengan potensi pengupayaan personaliti
manusia untuk berdikari dan membina jati diri sendiri diutamakan.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 9 CABARAN KELESTARIAN ETIKA DAN PERADABAN DI MALAYSIA 237
Sesungguhnya, kejayaan Malaysia dalam mengamalkan perpaduan dalam
kepelbagaian (unity in diversity) dan kesepaduan dalam kepelbagaian (cohesion
in diversity) merupakan resipi kejayaan Malaysia menguruskan masyarakatnya.
Buktinya, menurut Indeks Keamanan Dunia 2021 (Global Peace Index 2021),
Malaysia merupakan antara negara yang teraman di dunia dengan berada di
kedudukan 23, iaitu naik satu anak tangga jika dibandingkan pada tahun 2020.
(Global Peace Index 2021). Indeks ini merupakan ukuran objektif utama bagi
kedamaian relatif negara bangsa di dunia.
Selain itu, faktor tolak ansur yang wujud dalam kalangan rakyat Malaysia
merupakan salah satu kejayaan yang boleh kita ketengahkan kepada masyarakat
antarabangsa dalam mewujudkan perpaduan antara etnik di Malaysia.
Misalnya, bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan
sementara bahasa lain juga boleh digunakan secara meluas dalam pelbagai
perkara seperti perniagaan dan pekerjaan. Hal ini seperti termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152 yang menyatakan:
(1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan
yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen:
Dengan syarat bahawa –
(a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan
(selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar,
apa-apa bahasa lain; dan
(b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan
Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara
dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum
lain di dalam Persekutuan.
Begitu juga dengan budaya Melayu yang nampaknya jelas diamalkan dalam
negara ini dan dijadikan teras kebudayaan kebangsaan. Contohnya, Dasar
Kebudayaan Negara (DAKEN) 2021 yang antara lain bermatlamatkan
mengukuhkan perpaduan kaum melalui kebudayaan kebangsaan.
Di samping itu, perkongsian nilai dan tindakan saling menghormati
perayaan antara etnik merapatkan lagi hubungan etnik di negara ini juga boleh
dikongsi pengalaman pada peringkat antarabangsa. Keunikan di Malaysia
boleh dilihat dengan konsep „rumah terbuka", iaitu semasa pelbagai perayaan
kebudayaan dan keagamaan seperti Hari Raya Aidilfitri, perayaan Tahun Baharu
Cina, perayaan Deepavali dan Krismas – rakan, keluarga dan juga orang yang
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
238 TOPIK 9 CABARAN KELESTARIAN ETIKA DAN PERADABAN DI MALAYSIA
tidak dikenal akan mengunjungi rumah mereka yang menyambut perayaan
tersebut, lalu mengucapkan selamat sejahtera kepada mereka dan menikmati
jamuan yang disediakan oleh tuan rumah mereka.
Kesimpulannya, meskipun perpaduan yang diidamkan belum dicapai
sepenuhnya, namun kita telah mencapai keharmonian dan kestabilan dalam
masyarakat yang menjadi teladan kepada masyarakat antarabangsa yang
secara tidak langsung menunjukkan peradaban dan etika yang dilaksanakan
di negara ini.
SEMAK KENDIRI 9.3
1. Bagaimanakah kita boleh mengelakkan berlakunya perhubungan
etnik yang negatif dalam masyarakat kita sehingga menjejaskan
reputasi Malaysia pada peringkat antarabangsa?
2. Apakah yang anda faham dengan konsep-konsep kesepaduan
nasional dan perpaduan nasional?
AKTIVITI 9.2
1. Seandainya anda diberi peluang untuk mewakili Malaysia
berucap di persidangan antarabangsa di Geneva, Switzerland
berkaitan dengan topik keharmonian masyarakat Malaysia,
apakah yang boleh anda ketengahkan berkaitan dengan topik
ini? Kongsikan topik ini dengan rakan sekuliah anda dalam
forum myINSPIRE.
2. Selain „rumah terbuka‰, cuba anda fikir-fikirkan elemen-elemen
harian masyarakat Malaysia yang dikaitkan dengan keunikan
masyarakat Malaysia.
3. Kesepaduan sosial merupakan kunci kepada kejayaan Malaysia.
Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan ini?
Bincangkan dalam forum myINSPIRE.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 9 CABARAN KELESTARIAN ETIKA DAN PERADABAN DI MALAYSIA 239
• Terdapat pelbagai cara yang boleh kita laksanakan bagi menganalisis
konsep negara bangsa, kepelbagaian masyarakat di Malaysia serta
kaitannya dengan etika dan peradaban. Antaranya adalah dengan melihat
dan menilainya dari tiga sudut berikut:
− defisit sosial
− tadbir urus dan pembangunan
− ekonomi gelap (black economy) dan rasuah
• Defisit sosial boleh ditakrifkan sebagai kekurangan dalam konteks sosial
yang memerlukan usaha penyatupaduan berterusan untuk meningkatkan
tahap kesepaduan dalam kalangan masyarakat di Malaysia.
• Terdapat 10 kategori defisit sosial, iaitu:
– etnisiti
– agama
– pendidikan
– bahasa
– jurang generasi
– gender
– politik federalisme
– ruang bandar desa
– media
– kelas sosial
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
240 TOPIK 9 CABARAN KELESTARIAN ETIKA DAN PERADABAN DI MALAYSIA
• Tadbir urus dan pembangunan sering kali dikaitkan dengan doktrin
pengasingan kuasa untuk mengelakkan berlakunya sebarang pemusatan
kuasa daripada salah satu daripada ketiga-tiga komponen utama dalam
pentadbiran kerajaan yakni badan kehakiman, eksekutif, dan perundangan.
• Ekonomi gelap termasuk dalam aktiviti yang tidak sah di sisi undang-undang
dan pendapatan yang tidak dilaporkan. Ekonomi gelap berada di luar
kawalan pihak berautoriti sehingga acap kali dihubungkaitkan dengan
kegiatan jenayah dan amalan rasuah.
• Kelangsungan kelestarian negara melalui etika dan peradaban dapat
dilaksanakan dengan pelbagai cara dan kaedah seperti:
− kesepaduan nasional dan perpaduan negara; dan
− perkongsian pengalaman etika dan peradaban Malaysia demi
keharmonian, kestabilan dan kemajuan ketamadunan sejagat.
• Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) merupakan agenda global dalam
pembangunan lestari telah menyediakan sebuah pelan tindakan bersama
untuk keamanan dan kemakmuran terhadap manusia sejagat dan planet
ini, kini dan ke masa hadapan untuk semua negara di dunia ini.
• Begitu juga dengan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) merupakan
komitmen kerajaan Malaysia untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah
negara yang terus membangun secara lestari selaras dengan pembahagian
ekonomi yang adil, saksama dan inklusif pada semua peringkat sama ada
tempatan ataupun antarabangsa.
• Sungguhpun perpaduan yang diidamkan belum dicapai sepenuhnya, namun
kita telah mencapai keharmonian dan kestabilan dalam masyarakat yang
menjadi teladan kepada masyarakat antarabangsa.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 9 CABARAN KELESTARIAN ETIKA DAN PERADABAN DI MALAYSIA 241
Defisit sosial Negara bangsa
Doktrin pengasingan kuasa Pembangunan
Ekonomi gelap (black economy) Perpaduan nasional
Kelestarian Rasuah
Kesepaduan nasional Tadbir urus
Matlamat Pembangunan Lestari Wawasan Kemakmuran Bersama
(SDG – Sustainable Development (WKB)
Goals)
Ahmad Azrin Adnan. (2021). Rasuah: Tiga impak ketara ekonomi negara.
Dlm. Nurhidayah Hairom.
[Link]
uah-Tiga-impak-ketara-ekonomi-negara
Che Wan Badrul Alias. (2019). 9 punca rasuah dikenal pasti.
[Link]
rasuah-dikenal-pasti
Global Peace Index 2021: Measuring peace in a complex world. (2021). Institute
for Economics & Peace.
Haeme Hashim. (2019). Nafas baharu bahasa Melayu.
[Link]
baharu-bahasa-Melayu
Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas dengan Keutamaan
dan Penekanan Baharu. (2018).
[Link]
08/Kajian%20Separuh%20Penggal%[Link]
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
242 TOPIK 9 CABARAN KELESTARIAN ETIKA DAN PERADABAN DI MALAYSIA
Kartini Aboo Talib@Khalid. (2019, Oktober 15). Seminar penyelidikan: Defisit
Sosial dan Usaha Penyatupaduan Malaysia.
[Link]
0Dr.%[Link]
Luqman Arif Abdul Karim. (2019). Pinda, hapus Akta Hasutan undang parah.
[Link]
hapus-akta-hasutan-undang-parah
Mohd Ghazali Abdul Ghaib. (2012). Mengharmonikan inter generasi.
[Link]
Ma_Tok_Pa_-_Mengharmonikan_Intergenerasi.pdf
Mokthar, L. (2022, Febuari 23). Eropah di ambang perang? Sinar Premium.
[Link]
ah-di-ambang-perang
Moten, A. R., & S. Serajul Islam. (2006). Introduction to political science
(Ed. ke-2). Thomson Learning.
Penrose. J. (2009). Nation. International Encyclopedia of Human Geography,
223–228.
[Link]
Shamsul Amri Baharuddin. (2021). Perpaduan dan Rukun Negara: Antara
kefahaman awal dan kefahaman terkini.
[Link]
2%20UKM%20-%20Perpaduan%20dan%20Rukun%[Link]
Shamsul Amri Baharuddin. (April 27, 2020). Cara lama fahami perpaduan perlu
diubah.
[Link]
fahami-perpaduan-perlu-diubah
Syahir Sulaiman. (2020). Menjejak ekonomi gelap.
[Link]
gelap/
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 9 CABARAN KELESTARIAN ETIKA DAN PERADABAN DI MALAYSIA 243
Teks Ucapan Berkaitan Pembentangan Usul Mengenai Rancangan Malaysia
Kedua Belas, 2021–2025: Keluarga Malaysia – Makmur, Inklusif, Mampan
di Dewan Negara. (2021, Oktober 12).
[Link]
pembentangan-usul-mengenai-rancangan-malaysia-kedua-belas-2021-2025-
keluarga-malaysia-makmur-inklusif-mampan-di-dewan-negara/
Teks ucapan penuh Kajian Separuh Penggal RMK-11 2016–2020. (2018,
Oktober 18).
[Link]
ucapan-penuh-kajian-separuh-penggal-rmk-11-2016-2020
Ummi Munirah Syuhada Mohamad Zan, Mansor Mohd Noor, Wan Shahzlinda
Shah Wan Shahar, & Wan Suraya Wan Hassin. (2016). Indeks kesejahteraan
hidup dalam masyarakat kepelbagaian: Kajian dalam kalangan pelajar
IPTA. Third International Conference on Management and Muamalah
2016 (ICoMM 2016). 299–304.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
MODULE FEEDBACK
MAKLUM BALAS MODUL
If you have any comment or feedback, you are welcome to:
1. E-mail your comment or feedback to modulefeedback@[Link]
OR
2. Fill in the Print Module online evaluation form available on myINSPIRE.
Thank you.
Centre for Instructional Design and Technology
(Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi )
Tel No.: 03-78012140
Fax No.: 03-78875911 / 03-78875966
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
[Link]
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)