0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
446 tayangan3 halaman

Ulasan Filem Mat Kilau: Pahlawan Pahang

Esei ini membincangkan filem Mat Kilau dan menggariskan beberapa nilai penting yang boleh dipetik daripadanya. Filem ini mengisahkan seorang pahlawan Pahang bernama Mat Kilau yang berani menentang British untuk memperjuangkan kemerdekaan tanah air. Mat Kilau dikenali sebagai seorang yang berani, bersemangat patriotik, dan rajin menuntut ilmu agama serta seni pertahanan diri. Nilai-nilai ini perlu diteladani generasi muda unt

Diunggah oleh

siti khatijah
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd

TUGASAN INDIVIDU:

(ESEI: MAT KILAU) UPU3312

NAMA ABDUL QAIYUM FAKHRI BIN MORSHIDI

NO. MATRIK D20221102622
KUMPULAN AE
KURSUS PENGAJIAN KENEGARAAN
NAMA PENSYARAH DR. FAIZAH HANIM BINTI ZAINUDDIN
ULASAN CERITA ‘MAT KILAU’

Sejarah seorang tokoh kemerdekaan di negeri Pahang memiliki pelbagai ikhtibar dan
impak yang besar bagi generasi muda filem yang berjudul “Mat Kilau”. Mat Kilau merupakan
seorang pahlawan yang berani menentang British ketika itu. Beliau dipenuhi ilmu seni
pertahanan diri dalam bidang silat dibaluti pula dengan ilmu keagamaannya yang mendalam
serta beliau mahir dalam bermain keris dan pedang. Sumbangan beliau terlalu besar di dalam
memperjuangkan kemerdekaan bumi melayu Pahang.

Dalam filem ini, terdapat beberapa nilai yang dapat dikupaskan antaranya
keberanian, Mat Kilau sangat berani menentang pihak british tanpa ada keraguan dengan
keyakinan diri dalam mempersiapkan diri melalui pelbagai ilmu terutama bab silat. Hal ini
jelas kita perlu berani menegakkan sesuatu yang terang salah agar kita terselamat dari noda
dosa dan menyelamatkan insan yang tidak bersalah. Hal ini juga perlu ditegaskan oleh semua
lapisan masyarakat.

Seterusnya semangat patriotisme juga ada di dalam filem ini, Mat Kilau berjuang
berhabis-habisan semata-mata hendak memberi kemerdekaan kepada anak cucu di generasi
akan datang. Jadi tidak dinafikan bahawa jasa tokoh kemerdekaan perlu dihargai dan
diteladani oleh generasi muda kerana pengorbanan mereka tidak dapat dibalas dengan mata
wang melainkan dengan cara menjaga negara ini dengan baik dan aman begitu juga kepada
tanggungjawab masyaraka umum.

Akhir sekali, nilai semangat menuntut ilmu di dalam filem ini. Mat Kilau seorang
yang tekun menuntut ilmu dalam bab Aqidah, Feqah dan Tassawuf malahan beliau sangat
tawa’du akan dirinya sebagai murid dan masyarakat umum. Hal ini patut dicontohi oleh
semua masyarakat supaya kita akan dipandang tinggi oleh masyarakat dan menjadi suri
tauladan dalam kalangan masyarakat.

Intihannya, sebagai rakyat yang bertanggungjawab kita hendaklah berusaha

mempelajari sejarah kenegaraan ini dengan bersungguh-sungguh supaya kita dapat mengenali
jati diri. Cerita sejarah seperti “Mat Kilau” ini sangat baik untuk ditayangkan kepada semua
lapisan masyarakat kerana ianya membawa semangat perjuangan yang membuatkan diri
terasa teruja apabila melihatnya. Segala sifat cinta akan negara akan terwujud tanpa dipupuk
sendiri.

(306 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai