0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
77 tayangan4 halaman

Program Pertolongan Cemas SMK Pending

Dokumen ini merupakan kertas kerja untuk program ceramah pertolongan cemas yang akan diadakan di SMK Pending pada 12 Oktober 2022. Program ini bertujuan memperkenalkan teknik dasar pertolongan cemas kepada pelajar tingkatan enam yang terlibat dalam unit beruniform. Topik yang akan dibentangkan termasuk balutan luka, rawatan sengatan dan strok haba, serta teknik Heimlich Maneuver dan DRSABCD. Program ini diharapkan dap

Diunggah oleh

Eevanesa Mary
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd
0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
77 tayangan4 halaman

Program Pertolongan Cemas SMK Pending

Dokumen ini merupakan kertas kerja untuk program ceramah pertolongan cemas yang akan diadakan di SMK Pending pada 12 Oktober 2022. Program ini bertujuan memperkenalkan teknik dasar pertolongan cemas kepada pelajar tingkatan enam yang terlibat dalam unit beruniform. Topik yang akan dibentangkan termasuk balutan luka, rawatan sengatan dan strok haba, serta teknik Heimlich Maneuver dan DRSABCD. Program ini diharapkan dap

Diunggah oleh

Eevanesa Mary
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PENDING

JALAN TUN RAZAK


93450 KUCHING
SARAWAK

KERTAS KERJA

CERAMAH PERTOLONGAN CEMAS (BSMM)


UNIT BERUNIFORM TINGKATAN ENAM

TARIKH

12 OKTOBER 2022

MASA

JAM 0700 - 0820

TEMPAT

DEWAN GLOBAL
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PENDING
1.0 PENGENALAN

Program ini bertujuan untuk memperkenalkan pertolongan cemas kepada


pelajar Tingkatan Enam yang menyertai unit beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia
(BSMM), St. John’s Ambulance, dan Pasukan Kadet Bersatu Malaysia Laut (PKBML).
Pertolongan cemas di sini dapat ditakrifkan sebagai bantuan segera atau rawatan
kecemasan yang diberikan untuk orang yang tercedera sebelum mendapatkan
bantuan atau perawat yang bertauliah. Pertolongan cemas kebiasaannya terdiri
daripada beberapa siri teknik yang boleh dilakukan oleh hampir semua orang tanpa
sebarang latihan perubatan dengan kemudahan peralatan yang minimum dan
terhad.

2.0 TUJUAN

Kertas kerja program ini adalah untuk:

I. Mengemukakan cadangan program yang akan diadakan untuk pelajar Tingkatan


Enam sewaktu kokurikulum unit beruniform diadakan.
II. Memperkenalkan topik-topik yang akan dibentangkan sewaktu program
dijalankan.

3.0 MATLAMAT

Matlamat utama program ini dijalankan adalah untuk memperkenalkan pertolongan


cemas kepada pelajar Tingkatan Enam. Program ini juga dapat mengajar mereka
sedikit sebanyak cara untuk mengendalikan mangsa yang memerlukan pertolongan
yang asas sementara menunggu pihak berkuasa unruk tiba. Selain itu, program ini
boleh mencungkil minat pelajar dalam bidang perubatan, dalam situasi ini,
pertolongan cemas. Perkara ini turut membantu pelajar-pelajar yang lain sekiranya
terdapat kecederaan yang berlaku di kalangan mereka. Masalah kecederaan menjadi
semakin parah mampu diatasi.

4.0 RASIONAL

Persatuan Bulan Sabit Merah mendidik anggotanya untuk sentiasa berkorban demi
keselamatan orang yang menderita. Anggota persatuan ini membantu orang secara
sukarela dengan mengamalkan nilai tabah. Rasional ini berasaskan lagu dan ikrar
Bulan Sabit Merah yang dinyanyikan dan dilafazkan oleh semua anggotanya.

5.0 OBJEKTIF

Pendedahan mengenai pertolongan cemas kepada pelajar dapat:

I. Mendedahkan mereka kepada cara mendekati pelbagai jenis situasi kecemasan.


II. Melatih mereka untuk mengendalikan situasi kecemasan dengan baik dan
sempurna.

6.0 TENTATIF ATURCARA

MASA (JAM) AKTIVITI/TOPIK


0700-0820 I. Balutan pertolongan cemas
II. Rawatan luka terbakar
III. Rawatan sengatan lebah
IV. Rawatan pendarahan hidung
V. Rawatan strok haba
VI. Serangan jantung
VII. Apa itu pertolongan cemas?
VIII. Kepentingan pertolongan cemas
IX. Objektif/tujuan pertolongan cemas
X. DRSABCD
XI. SAFE (Summon, Approach,Free,
Evaluate)
XII. RICE (Rest, Ice, Compress, Elevate)
XIII. Heimlich Maneuver
XIV. Pertolongan cemas pertama
XV. Kit pertolongan cemas

7.0 PENUTUP

Kami berasa sangat bangga kerana dapat menyiapkan kertas kerja ini. Terima kasih
kepada semua anggota persatuan BSMM atas sumbangan mereka dalam
menyediakan segala maklumat yang diperlukan untuk menyempurnakan program
ini. Kami berharap program ini berjalan dengan lancar dan sempurna dengan
kerjasama semua anggota persatuan bersama-sama dengan semua pelajar Tingkatan
Enam. Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh:

(EEVANESA MARY ANAK GALVIN)


Naib Pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah (B) Tingkatan Enam, SMK Pending
DIsemak oleh:

(CIK CHRISTINA HO)


Guru Penasihat Persatuan Bulan Sabit Merah (B) Tingkatan Enam, SMK Pending

Dikemukakan kepada:

(ENCIK ROBERT ANAK NOCKKING)


Penolong Kanan Kokurikulum, SMK Pending

Disahkan oleh:

(ENCIK YONG ING THUNG)


Pengetua Cemerlang, SMK Pending

Anda mungkin juga menyukai