0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
227 tayangan9 halaman

Panduan Buku Log Elektrik PW2

Dokumen tersebut memberikan panduan lengkap tentang format dan isi kandungan yang perlu dimasukkan ke dalam buku log aktiviti kerja elektrik bagi memenuhi syarat peperiksaan kompetensi oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia. Ia menjelaskan butir-butir penting seperti maklumat diri, latar belakang pendidikan, kemahiran, pengalaman kerja, butir-butir syarikat tempat kerja, contoh laporan projek yang dilaksanakan beserta lang

Diunggah oleh

Sonx
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd
0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
227 tayangan9 halaman

Panduan Buku Log Elektrik PW2

Dokumen tersebut memberikan panduan lengkap tentang format dan isi kandungan yang perlu dimasukkan ke dalam buku log aktiviti kerja elektrik bagi memenuhi syarat peperiksaan kompetensi oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia. Ia menjelaskan butir-butir penting seperti maklumat diri, latar belakang pendidikan, kemahiran, pengalaman kerja, butir-butir syarikat tempat kerja, contoh laporan projek yang dilaksanakan beserta lang

Diunggah oleh

Sonx
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd

DEA 2332 / K06

KOLEJ VOKASIONAL KUCHING


SARAWAK

UNIT ELEKTRIK
KERTAS PENERANGAN
PROGRAM /
TEKNOLOGI ELEKTRIK
PROGRAMME
KOD KURSUS /
DEA 2332
COURSE CODE
SEMESTER /
02 (TAHUN SATU)
SEMESTER
NAMA KURSUS /
SUPERVISORY ELECTRICAL WORK
COURSE NAME

STANDARD
KANDUNGAN / 06 MEMANTAU BUKU LOG AKTIVITI KERJA
CONTENT STANDARD

Pelajar-pelajar akan boleh:

1 Membezakan huraian kerja mengikut prosedur operasi standard.

HASIL
2 Mengenal pasti format lukisan mengikut prosedur operasi standard.
PEMBELAJARAN 3 Mentafsir prosedur kerja mengikut prosedur operasi standard.
KURSUS /
COURSE OUTCOMES 4 Mengesahkan pencapaian kerja mengikut prosedur operasi standard.
5 Menilai prestasi kakitangan mengikut prosedur operasi standard.
6 Memilih perakuan merit mengikut peraturan dan pengawalseliaan.

NAMA PELAJAR /
…………………………………………………………………………………………………………………………………………
STUDENT'S NAME

NO. KAD
………………………………………………………………………………………….
PENGENALAN /IC NO.

TARIKH / DATE ………………………………………………………………………………………….

TS LINANG ANAK ABI 1 / 9


DEA 2332 / K06

NAMA KURSUS SUPERVISORY ELECTRICAL WORK

STANDARD
06 MEMANTAU BUKU LOG AKTIVITI KERJA
KANDUNGAN

PENERANGAN:

Buku Log adalah buku catatan untuk ‘merakam’ kerja – kerja yang telah kita lakukan. Untuk
menduduki ujian kompentensi PW1, PW4, AO, A4, BO, B4, kita perlu menyediakan buku log
kerana ini merupakan salah satu syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Tenaga
(ST). Kolum F ( PENGAKUAN – iv ) Borang Permohonan Peperiksaan Kekompetenan
elektrik ada menyebutkan perkara ini.

Buku Log bukan sahaja untuk rujukan kita pada masa – masa akan datang tetapi juga untuk
menunjukkan sejauh mana pengalaman dan pemahaman kita tentang kerja – kerja yang telah
kita buat. Maka, setiap Buku Log perlu ditulis dengan kemas. Sebagai contoh, saya akan ulas
di sini penyediaan Buku Log untuk Penjaga Jentera Elektrik.

Jika anda adalah pelatih / penuntut di mana – mana pusat latihan kemahiran seperti IKM atau
ILP, anda memang telah disediakan Buku Log. Bagi calon persendirian, mungkin artikel ini
boleh
membantu.

Pada beberapa muka surat pertama, tuliskan biodata seperti Nama, [Link], Pengalaman kerja
dan kategori ujian. Contohnya,
Nama : Mazrudi Bin Mustapha
No KP : 830229-09-4331
Pengalaman kerja : ( nyatakan pengalaman kerja )
Kategori ujian : AO

TS LINANG ANAK ABI 2 / 9


DEA 2332 / K06

Masukkan latar belakang pendidikan. Untuk Penjaga Jentera Elektrik, anda sekurang –
kurangnya tamat tingkatan 5.

Anda juga perlu menulis tentang kemahiran – kemahiran dalam ketukangan elektrik seperti
pendawaian, penyelanggaraan motor elektrik, pengujian dan lain – lain.

Untuk menambah keyakinan para panel, mungkin ada baiknya jika anda tuliskan pengalaman –
pengalaman kerja yang lalu. Contoh,
Julai 2004 – Dis 2004
Syarikat : Kilang Padi.
Tugas / kerja : ( nyatakan tugas seperti menjaga kelengkapan elektrik dsb)

Alasan mengapa anda perlu nyatakan ‘tugas / kerja’ kerana, tidak semua tempat kerja
memberikan pengalaman untuk anda. Jika anda berkerja sebagai Pendawai Elektrik mungkin
anda tidak melakukan kerja – kerja penyelanggaraan MSB. Tetapi pengalaman kerja
penyelanggaraan MSB anda boleh dapat di tempat lain jika anda di bawah seliaan seorang
Penjaga Jentera Elektrik Kompeten.

Masukkan juga butir – butir Syarikat / tempat kerja seperti nama syarikat, alamat, No.
Pepasangan didaftarkan dengan ST ( jika ada ), Kakitangan berkompeten, gambar, peta lokasi
dsb. Setelah anda selesai dengan perkara di atas, tuliskan projek / kerja pertama. Berdasarkan
pengalaman, saya cuma menggunakan buku hard cover unutk membuat Buku Log.

TS LINANG ANAK ABI 3 / 9


DEA 2332 / K06

CONTOH

Tarikh : 1/9/07
Tajuk Projek / kerja : Menukar Motor Pam.
Tempat kerja : Loji Penghawa Dingin.
Cara Kerja :
1. Asingkan Litar dengan mematikan suis utama litar yang terlibat.
2. Buka sambungan / tamatan motor yang rosak.
3. Asingkan motor dari pump.
4. Periksa keadaan motor gantian sebelum dipasangkan.
5. Uji arah pusingan dengan bekalan sebenar ( 3 fasa / 420 V / 50 Hz ). Pusingan Kipas
motor mestilah mengikut arah jam.
6. Pasang motor gantian mengikut tanda dan warna kabel.
7. Hidupkan suis utama dan hidupkan sistem Penyejuk Udara Hotel.

Langkah – langkah keselamatan :


1. Penandaan pada kabel dan / atau motor sebaik- baiknya dilakukan untuk
mengelakkan kekeliruan.
2. Pakai pakaian yang sesuai dan kasut yang berdaya tebatan yang tinggi.
3. Pastikan penyambung / pendua ( Coupling ) separas di antara motor dan dan pump.
4. Bolt dan nut diikat dengan kuat.
5. Lakukan pengujian arah putaran motor.
6. Periksa keadaan fius- fius, mcb, mccb yang terlibat sebelum dihidupkan.

Peralatan / Bahan :
1. Test pen.
2. Multi Meter.
3. Spanar mengikut kesesuaian.
4. Pemutar skru (+/-)
5. Puller.
6. Motor gantian.
7. Fius 36 A.

TS LINANG ANAK ABI 4 / 9


DEA 2332 / K06

Analisis :
1. Setelah bekalan mengalami ganguan di Loji Penghawa Dingin, Chiller gagal
beroperasi.
2. Berpandukan Papan Alamat, kerja – kerja bermula dengan pemeriksaan dan di
ketuai oleh Ketua Jurutera. Didapati Chilled Water Pump telah rosak
berkemungkinan daripada bearing yang haus / longar.

Berpandukan contoh di atas, kita dapat menulis pengalaman dengan ringkas tapi padat.
Anda seharusnya menyediakan sekurang – kurangnya 10 projek untuk dimasukkan dalam Buku
Log.

Antara skop Penjaga Jentera Elektrik AO adalah :


1. Penyelanggaraan MSB.
2. Penyelanggaraan ACB.
3. Pengujian.
4. Pembuman.
5. Motor elektrik.
6. Faktor kuasa.
7. Bekalan 3 fasa.
8. Pendawaian.
9. Pendawaian Bawah.
10. Bekalan ac / dc.

TS LINANG ANAK ABI 5 / 9


DEA 2332 / K06

Contoh Buku Log dan Cop pengesahan dari jurutera kompeten dan penerimaan dari
Suruhanjaya Tenaga.

TS LINANG ANAK ABI 6 / 9


DEA 2332 / K06

FORMAT BUKU LOG

1. Buku log perlulah mengikut format yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia.
Buku log hendaklah mengandungi latar belakang syarikat tempat kerja dengan berpandukan
butir-butir berikut:-
 Nama syarikat.
 Alamat.
 Kelas Pendaftaran dengan Suruhanjaya Tenaga Malaysia (jika ada).
 Nama kakitangan yang Berkompeten.
 Kelas Pendaftaran dengan PKK (jika ada).
 Gambar-gambar kedudukan syarikat.
 Skematik, jenis-jenis papan suis utama, papan suis, gambarajah dan yang
sebagainya yang terdapat dipepasangan yang dikendalikan/diawasi.

2. Bagi kerja-kerja penyelenggaraan berjadual atau tidak berjadual dan pembaikan, laporan perlu
disediakan sebagaimana garis panduan berikut:-
 Tarikh:
 Masa Mula:
 Masa selesai:
 Tugas.
 Penyelenggaraan yang berjadual/tidak berjadual.
 Pembaikan sesuatu kerosakan yang tidak dijangka.

TS LINANG ANAK ABI 7 / 9


DEA 2332 / K06

3. Jika penyelenggaraan yang berjadual/tidak berjadual sila selaraskan jadual penyelenggaraan


dan nyatakan:-
 Tempat kerja-bilik atau kawasan terlibat.
 Butir-butir kerja yang dijalankan.
 Sebab-sebab perlunya penyelenggaraan.
 Teori teknikal yang berhubung kait dengan penyelenggaraan.
 Peraturan-peraturan keselamatan yang diamalkan.
 Masalah-masalah teknikal atau bukan teknikal yang dialami semasa
 penyelenggaraan.
 Lukisan-lukisan skematik yang berkaitan pepasangan yang diselenggarakan.
 Rajah-rajah dan gambar-gambar yang berkaitan.
 Lain-lain keterangan.

4. Jika pembaikan sesuatu kerosakan biasa/kerosakan yang tidak dijangka, sila nyatakan:-
 Tempat kerja-bilik atau kawasan yang terlibat.
 Samada kerosakan baru atau kerosakan berulang.
 Butir-butir kerja yang dijalankan.
 Sebab berlakunya kerosakan.
 Teori teknikal yang berhubung kait dengan kerosakan.
 Peraturan-peraturan keselamatan yang diamalkan.
 Masalah-masalah teknikal atau bukan teknikal yang dialami semasa pembaikan.
 Lukisan-lukisan skematik yang berkaitan pepasangan yang dibaiki.
 Rajah-rajah dan gambar-gambar yang berkaitan.
 Ulasan-ulasan dan pendapat ke atas kerosakan dan bagaimana cara bagi
mengatasinya supaya tidak berulang lagi.
 Lain-lain keterangan.

5. Calon-calon perlu menyertakan bersama-sama skematik pepasangan. Di akhir setiap kerja yang
dijalankan perlu disahkan oleh orang yang berkompeten.
 Tandatangan Orang Kompeten.
 Tandatangan majikan.

TS LINANG ANAK ABI 8 / 9


DEA 2332 / K06

CONTOH ISI KANDUNGAN BUKU LOG


PENDAWAI ELEKTRIK PW2 / PW4

Buku log hendaklah mengandungi butir-butir berikut : -


1. Butiran
A. Butir- Butir Peribadi
 Nama :
 No. K/P :
 Tarikh mula melibatkan kerja-kerja elektrik :
B. Butir – Butir Kontraktor Elektrik
 Nama syarikat :
 Alamat :
 Kelas pendaftaran dengan ST :
 Nama orang kompeten, nombor kad pengenalan dan nombor perakuan kekompetenan :
 Gambar-gambar kedudukan syarikat
 Lain-lain jika ada
C. Butir – Butir Kerja Pendawaian yang Dijalankan
 Nama projek :
 Alamat projek :
 Tarikh mula projek :
 Tarikh siap projek :
2. Kerja-Kerja Harian
 Tarikh :
 Pendawai yang menyelia : ( orang kompeten )
 Tempat / lokasi :
 Jenis kerja-pendawaian : (baru,tambahan,GI @ pvc..)
 Jenis peralatan yang terlibat :
 Jenis-jenis pengujian yang dijalankan :-
 Ujian kekutuban
 Ujian keterusan
 Ujian penebatan
 Ujian pembumian dan sebagainya
 Cara mengendalikan / menjalankan ujian di atas
 Lukisan susun atur elektrik ( electrical layout drawing ) / skematik
 Carta-carta seperti keputusan ujian ( borang H )
 Gambar-gambar yang berkaitan dengan kerja-kerja pendawaian elektrik
3. Di akhir tiap-tiap kerja perlu disahkan oleh orang kompeten dan majikan
………………….............……. ..........………………..…........
Tandatangan Orang Kompeten Tandatangan Majikan
Nama : ………………………........ Nama :
……………….................
TS LINANG ANAK ABI 9 / 9

Anda mungkin juga menyukai