Ruj Kami : PPD/Jasin/RT/02/Jld.
1 (03)
Tarikh : 23 Janurai 2022
En. Abu Hassan bin Ma’adah,
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung,
Pekan Batang Melaka,
77500 Jasin,
Melaka.
Tuan,
JEMPUTAN PROGRAM BERSAMA MASYARAKAT PENDAFTARAN MAKLUMAT
BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022
Dengan sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk,
2. Adalah dimaklumkan bahawa jawatankuasa Rukun Tetangga Pekan Batang Melaka bercadang
bagi mengadakan satu program bersama masyarakat Batang Melaka agar dapat membantu penduduk
kampung mengisi maklumat dan mengemaskini maklumat peribadi dalam sistem Bantuan Keluarga
Malaysia.
3. Justeru itu, pihak kami ingin menjemput tuan agar dapat membantu kami dalam pemprosesan
pendaftaran dan pengemaskinian maklumat penduduk yang layak memohon bantuan Keluarga Malaysia
yang akan berakhir pada 31 Januari 2022. Tarikh dan masa cadangan program ini adalah seperti berikut
:
Tarikh yang dicadangan : 26 Januari 2022
Masa yang Dicadangkan : 2.00 petang – 5.00 petang
Tempat yang dicadangkan : Balairaya Batang Melaka
Sasaran : 50 - 100 orang penduduk kampung
3. Diharapkan pihak tuan dapat memberi maklum balas kepada pihak kami melalui surat jawapan
atau dengan menghubungi Puan Kamisah binti Limin (Pengerusi KRT Pekan Batang Melaka) di
talian 012-225 [Link] dan jasa baik pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan
ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya Yang Menjalankan Amanah,
…………………………………………
( Jamal bin Musa )
Setiausaha,
Kawasan Rukun Tetangga,
Pekan Batang Melaka