BAHASA MELAYU ( A01201 )
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA
SURAT
1. TUGASAN 1
2. PENGHARGAAN 2
3. BAHAN KAJIAN 3-9
4. MEMBETULKAN KESALAHAN BAHAN KAJIAN 3–9
5. MENGANALISIS KESALAHAN BAHAN KAJIAN 3-9
6. CADANGAN MENGATASI MASALAH 10
7. KESIMPULAN 11
1
BAHASA MELAYU ( A01201 )
PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat dan keizinan
dari-Nya,maka saya telah dapat menyiapkan tugasan folio Bahasa Melayu dengan
jayanya. Insyaallah, tugasan folio Bahasa Melayu ini akan memberikan banyak
manfaat kepada saya dari segi pengetahuan dan pengalaman semasa membuat
kajian dan di masa hadapan.
Saya, Ikmal Haikal Bin Ridwan ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima
kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru pembimbing saya iaitu Encik Raja
Sabarihan Bin Raja Ali dan guru-guru Bahasa melayu yang lain kerana tidak jemu-
jemu memberi bimbingan, dorongan, dan tunjuk ajar cara –cara membuat folio Bahasa
Melayu mengikut kriteria yang ditetapkan. Mereka turut membantu menyemak data,
laporan dan membuat teguran agar memperoleh hasil kajian dengan cemerlang. Saya
juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya iaitu
ayahanda Encik Ridwan Bin Abd Majid dan bonda Ruzilawati Binti Rosli yang turut
membantu untuk menyiapkan kerja-kerja ini. Tanpa sokongan mereka mungkin saya
tidak dapat menyiapkan kerja-kerja seperti ini. Ini kerana kerja-kerja untuk
menyiapkan kerja kursus ini memerlukan motivasi, usaha, buah fikiran dan wang
ringgit.
Selain itu, kajian kes ini telah mengajar saya Menganalisis Dan Membetulkan
Kesalahan ejaan. Tidak juga di lupakan ribuan terima kasih untuk rakan-rakan 2 SVM
ISK yang sudi menolong saya Ketika dalam kecelaruan dalam menyiapkan folio
Bahasa Melayu ini.
2
BAHASA MELAYU ( A01201 )
BAHAN KAJIAN
MENGANALISIS DAN MEMBETULKAN KESALAHAN BAHAN KAJIAN
KESALAHAN EJAAN
KESALAHAN : BILEK
PEMBETULAN : BILIK
KESALAHAN : LAPURAN
PEMBETULAN : LAPORAN
KESALAHAN : MESJID KESALAHAN : PENTERAKAN DAN
PEMBETULAN : MASJID MAJELIS
PEMBETULAN : PENTERNAKAN DAN
MAJLIS
KESALAHAN : DAKWAH
PEMBETULAN : DAKWA
KESALAHAN : WARONG
PEMBETULAN : WARUNG
3
BAHASA MELAYU ( A01201 )
KESALAHAN : UPI KENTANG
KESALAHAN : PINGTU PEMBETULAN : UBI KENTANG
PEMBETULAN : PINTU
KESALAHAN : PUMP ANGIN
PEMBETULAN : PAM ANGIN KESALAHAN : BAWAN BEESAR
PEMBETULAN : BAWANG BESAR
KESALAHAN : PASARAYA
PEMBETULAN : PASAR RAYA
KESALAHAN : INJIN
PEMBETULAN : EJIN
4
BAHASA MELAYU ( A01201 )
KESALAHAN : TULIN
KESALAHAN : KAMPONG PEMBETULAN : TULEN
PEMBETULAN : KAMPUNG
KESALAHAN : LETRIK KESALAHAN : PERABUT
PEMBETULAN : ELEKTRIK PEMBETULAN : PERABOT
KESALAHAN : SETOR KESALAHAN : ROMADHAN
PEMBETULAN : STOR PEMBETULAN : RAMADHAN
KESALAHAN : KOSANG
PEMBETULAN : KOSONG
KESALAHAN : BERATUH
PEMBETULAN : BERATUR
5
BAHASA MELAYU ( A01201 )
KESALAHAN : KELINIK
KESALAHAN : TANGANG
PEMBETULAN : KLINIK
PEMBETULAN : TANGAN
KESALAHAN : KOSMETIC KESALAHAN : RAMADZAN
PEMBETULAN : KOSMEIK PEMBETULAN : RAMADHAN
KESALAHAN : SABUTAN
PEMBETULAN : SAMBUTAN KESALAHAN : ALATULIS
PEMBETULAN : ALAT TULIS
KESALAHAN : BURUH
PEMBETULAN : BURUK
KESALAHAN : TERBAN
PEMBETULAN : TERBANG
KESALAHAN : PERCITAKAN KESALAHAN : TALIFON
PEMBETULAN : PERCETAKAN PEMBETULAN : TELEFON
6
BAHASA MELAYU ( A01201 )
KESALAHAN : KURANGAN
KESALAHAN : BERDOSA
PEMBETULAN :KURANGKAN
PEMBETULAN : BERSODA
KESALAHAN : KERBERSIHAN
PEMBETULAN : KEBERSIHAN KESALAHAN
: MAUTAN
PEMBETULAN : MUATAN
KESALAHAN : DARA KESALAHAN : IBLIS
PEMBETULAN : PARA PEMBETULAN : BILIS
KESALAHAN : DI LARANG KESALAHAN : RUMAHAPI
PEMBETULAN : DILARANG PEMBETULAN : RUMAH API
7
BAHASA MELAYU ( A01201 )
KESALAHAN : STESYEN KESALAHAN : BJAK
PEMBETULAN : STESEN PEMBETULAN : BIJAK
KESALAHAN TATABAHASA
KESALAHAN : DIJUALAN KESALAHAN : PUDURAYA
PEMBETULAN : DIJUAL PEMBETULAN : PUDU RAYA
KESALAHAN BAHASA
KESALAHAN : PENJUAL GADIS KESALAHAN : GORENG KELEDEK
PEMBETULAN : JURUJUAL PEREMPUAN PEMBETULAN : KELEDEK GORENG
8
BAHASA MELAYU ( A01201 )
KESALAHAN : PHONE
PEMBETULAN : TELEFON KESALAHAN : ARAS BASEMENT
PEMBETULAN : ARAS BAWAH
KESALAHAN IMBUHAN
KESALAHAN : MENGGUNA
KESALAHAN : MENGBUKANYA
PEMBETULAN : MENGGUNAKAN
PEMBETULAN : MENGGUNAKANNYA
KESALAHAN : DI LENGKAPI KESALAHAN : MEMDANDAN
PEMBETULAN : DILENGKAPI PEMBETULAN : MENDANDAN
9
BAHASA MELAYU ( A01201 )
CADANGAN MENGATASI MASALAH
Bagi mengelakkan masalah pencemaran bahasa ini, tanggungjawab sesebuah
kementerian, jabatan atau agensi adalah sangat penting. Antara langkah yang boleh
diambil oleh kementerian, jabatan atau agensi tersebut adalah seperti yang berikut:
(1) memastikan semua pegawai dan kakitangan kerajaan menggunakan
Bahasa Melayu yang baik dan betul dalarn semua urusan rasmi, sama ada secara
tulisan mahupun lisan, dengan rakan sekerja dan apabila berurusan dengan
pelanggan (kecuali urusan yang melibatkan negara asing dan untuk tujuan melatih
pegawai dan kakitangan supaya fasih berkomunikasi dalam bahasa asing).
(2) mewajibkan penggunaan Bahasa Melayu yang baik dan betul dari segi
ejaan, sebutan, istilah dan tatabahasa dalam hal-hal seperti mesyuarat, surat-
menyurat, arahan pada papan tanda dan papan kenyataan, iklan, dokumen rasmi,
kawasan perumahan, premis pemiagaan dan lain-lain. Bahasa-bahasa lain boleh
digunakan berdasarkan kepada keperluan sahaja.
(3) Guru mempunyai tanggungjawab dan amanah untuk menyebarkan ilmu
dengan betul kepada pelajar-pelajarnya. Rata-rata pelajar hanya mengharapkan ilmu
yang disampaikan oleh guru mereka tanpa berusaha untuk mencari atau
menambahnya sendiri terutama bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Kajian
menunjukkan bahawa rakyat Malaysia sangat kurang membaca termasuklah di
kalangan pelajar sendiri. Pengaruh persekitaran juga turut pempengaruhi kelemahan
pelajar menggunakan bahasa Melayu dengan betul (radio, televisyen, papan tanda
dan sebagainya). Semua ini memberi kesan negatif terhadap pertuturan dan
pembelajaran mereka. Daripada penulisan ( terutama karangan ) ada pelajar yang
menggunakan loghat/dialek negeri mereka dan tidak kurang juga yang menggunakan
singkatan ( seperti 'sms' ) yang telah menjadi budaya masa kini. Guru-guru harus
segera mencari jalan mengatasi masalah ini. Penggunaan bahasa Melayu yang betul
harus diberi penekanan yang sewajarnya agar ia berada di tahap yang sepatutnya
sebagai bahasa rasmi negara. Pelbagai aktiviti boleh dijalankan seperti menganjurkan
aktiviti/pertandingan bercerita, mendeklamasikan sajak, berbalas pantun dan lain-lain
lagi. Selain daripada waktu P&P aktiviti-aktiviti ini juga boleh dijalankan semasa waktu
kokurikulum dan kempen-kempen juga harus giat dijalankan.
10
BAHASA MELAYU ( A01201 )
KESIMPULAN
Hasil perbincangan dapat dirumuskan bahawa kesalahan bahasa di kalangan
rakyat Malaysia memang tidak dapat disangkal. Semua rakyat tanpa mengira kaum,
bangsa dan agama harus menerima hakikat kesilapan bahasa berlaku kerana
kesilapan masyarakat Malaysia sendiri yang kurang menghargai dan menghayati
konsep satu bangsa satu bahasa. Kesalahan bahasa tidak sepatutnya berlaku kerana
bahasa Melayu telah dimartabatkan sebagai bahasa Kebangsaan. Semua rakyat
Malaysia sepatutnya perlu mempelajari, menguasai dan menggunakan bahasa
Melayu dengan lancar dan betul jika mereka benar-benar rakyat Malaysia. Langkah
kerajaan mendaulatkan bahasa Melayu diharap dapat memastikan bahasa Melayu
digunakan secara meluas oleh bangsa Malaysia, seterusnya dapat mengurangkan
kesalahan bahasa dalam pertuturan dan penulisan.
Antara langkah yang diambil termasuklah mewajibkan penggunaan bahasa
Melayu dalam segala bentuk urusan rasmi. Mewajibkan bahasa Melayu dijadikan
bahasa Penghantar di semua sekolah kebangsaan dan institusi pengajian tinggi
awam. Menyeru pihak swasta menggunakan bahasa Melayu sewaktu berurusan
dengan pelanggan. Selain itu, sebarang borang bahasa Inggeris disertakan
terjemahan bahasa Melayu. Iklan perniagaan mesti menggunakan bahasa
kebangsaan. Para pemimpin kerajaan pelbagai kaum diwajibkan menyampaikan
ucapan dalam bahasa Kebangsaan dalam majlis yang melibatkan warga tempatan.
11