SEJARAH / SVM
PENTAKSIRAN BERTERUSAN (PB)
SEMESTER 4 / A05400
SKRIP BERITA
MALAYSIA DALAM ISU GLOBAL KONTEMPORARI
NAMA : IKMAL HAIKAL BIN RIDWAN
MUHAMMAD AMIRUL HAFIZ BIN MOHD KHAIRULNIZAM
MUHAMMAD DANIAL HAKIM BIN MOHAMAD FARIZ
NO K/P : 050108 - 10 - 0173
051023 - 14 - 0445
050812 - 14 - 0179
KELAS : 2 SVM ISK ( SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN )
PENSYARAH : PUAN KAMIZALTUL LIYANA BINTI KAMARUDIN
ISI KANDUNGAN
KANDUNGAN MUKA SURAT
1. Isi Kandungan 2
2. Pengenalan 3
3. Skrip Berita 4 HINGGA 6
4. Gambar
i. Proses Perbincangan Skrip 7
ii. Proses Merakam Wawancara 8
iii. Gambar-Gambar Lain 9
5. Bukti Video Wawancara (burn CD) 10
6. Penutup 11
PENGENALAN
Penyakit berjangkit bermaksud penyakit yang boleh tersebar dari seorang
individu kepada individu yang lain yang disebabkan oleh pelbagai jenis kuman
termasuklah bakteria, virus, kulat dan parasit.
Secara definisi, penyakit berjangkit adalah penyakit yang boleh merebak
secara langsung atau tidak langsung daripada satu orang kepada orang lain.
Pada tahun 2020, seluruh dunia telah dikejutkan dengan ancaman satu
penyakit berjangkit yang dikenali sebagai Covid-19. Sejak itu, masyarakat dunia lebih
berhati-hati dan mempelajari cara-cara mengatasi masalah penyakit berjangkit
supaya dapat menjamin nyawa dan kehidupan diri kita serta orang-orang tersayang.
Selain Covid-19, beberapa penyakit berjangkit muncul kembali dan berlaku
peningkatan kes termasuk Influenza, penyakit kaki tangan dan mulut (HFMD) dan
RSV. Di sebalik peningkatan kes penyakit tersebut, ramai yang keliru perbezaan
simptom dan cara rawatan yang sesuai.
Penyakit berjangkit ini adalah istilah umum yang merujuk kepada penyakit yang
disebabkan oleh mikro-organisma yang disebarkan dari manusia ke manusia (dari
kahak, STD, hepatitis), atau daripada gigitan serangga (vektor) seperti nyamuk
(denggi), atau melalui air dan makanan yang tercemar.
SKRIP BERITA
Penyakit Berjangkit
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,terima kasih memilih berita nombor
satu ISK, anda bersama saya Amirul Hafiz dan Danial Hakim , melaporkan berita
tentang penyakit berjangkit dalam dan luar negara. Jangan kemana-mana, berita ISK
bermula sekarang.
Penyakit berjangkit bermaksud penyakit yang boleh tersebar daripada
seseorang kepada orang lain yang disebabkan oleh pelbagai jenis kuman
termasuklah bakteria, virus, kulat dan parasit.
Pada 2020, seluruh dunia dikejutkan dengan ancaman penyakit berjangkit
Novel Corona Virus (Covid-19). Selain Covid-19, beberapa penyakit berjangkit
muncul kembali dan berlaku peningkatan kes termasuk Influenza, penyakit kaki
tangan dan mulut (HFMD) dan RSV. Di sebalik peningkatan kes penyakit tersebut,
ramai keliru perbezaan simptom dan cara rawatan yang sesuai.
Menurut Pakar Perunding Pediatrik dan Kardiologi Pantai Hospital Penang, Dr.
Hasanah Ishak, influenza, HFMD dan RSV adalah penyakit jangkitan virus yang
senang merebak dan kesnya sangat ketara terutamanya dalam kalangan kanak-
kanak sejak kebelakangan ini.
Beliau menjelaskan, influenza, kata singkatnya flu adalah penyakit saluran
pernafasan yang senang berjangkit, boleh menyerang sesiapa sahaja dan berbahaya
pada kumpulan umur tertentu terutamanya kanak-kanak berumur lima tahun ke
bawah, warga emas 60 ke atas, ibu mengandung dan pesakit yang mempunyai
masalah kesihatan seperti asma, penyakit jantung, diabetes dan lain-lain.
Pelbagai inisiatif telah diambil oleh kerajaan dalam menangani wabak ini
antaranya adalah perdana menteri telah mengumumkan PKP di peringkat awal
.Mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan
memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mulai 18
hingga 31 Mac 2020 , di seluruh negara. Muhyiddin yassin berkata perintah kawalan
selama 14 hari itu dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit
Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Katanya, perintah kawalan pergerakan ini
membabitkan pertamanya larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai
di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.
Usaha lain yang keerajaan beri kepada rakyat ialah Vaksinasi. vaksinasi adalah
cara mudah, selamat dan berkesan untuk melindungi individu daripada penyakit
berjangkit. Vaksinasi menjadikan sistem ketahanan badan lebih kuat. Vaksin tidak
menyebabkan jangkitan kerana ia mengandungi kuman/ virus yang dimatikan atau
lemah. Vaksin diberikan untuk membantu merangsang sistem ketahanan semulajadi
badan bagi mengurangkan risiko mendapat jangkitan kuman/ virus. contoh vaksin
kebangsaan pfizer , astrazaneca, sinovac dan banyak lagi.
Terima kasih kerana setia bersama sehingga penghujung siaran, saya Amirul
Hafiz mengucapkan Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sejak itu, masyarakat
dunia lebih berhati-hati dan mempelajari cara-cara mengatasi masalah penyakit
berjangkit supaya dapat menjamin nyawa dan kehidupan manusia.
GAMBAR
1. PERBINCANGAN SKRIP
2. PROSES RAKAMAN WAWANCARA
3. GAMBAR LAIN YANG BERKAITAN
VIDEOPENUTUP
WAWANCARA
Kesimpulannya, terdapat banyak cara yang boleh diusahakan untuk
menangani masalah ini di Malaysia. Tindakan melawan penyakit secara holistik oleh
semua pihak akan menyumbang kepada penurunan kes ini seterusnya melahirkan
negara yang bebas dari masalah ini. Media massa dan kerajaan berperanan besar
dalam menyedarkan masyarakat kita akan kepentingan dan manfaat mencegah
penularan wabak ini. Janganlah kita berfikiran jumud dalam perkara ini kerana
menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna. Peribahasa ini
membawa maksud kita perlulah sedar dan mengambil tindakan segera ke atas
perkara yang merbahaya ini agar tidak kesal akan akibatnya dikemudian hari.
Terdapat pelbagai langkah yang wajar dilaksanakan untuk memastikan
penyakit berjangkit dapat dibendung penularannya. Dalam hal ini, semua anggota
masyarakat perlulah bekerjasama ibarat aur dengan tebing dan menjangkau sehabis
baik agar penyakit berjangkit dapat ditangani dengan berkesan. Kerjasama semua
pihak sudah pasti akan melahirkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada
ancaman penyakit berjangkit yang berbahaya. Kita tidak boleh memandang sebelah
mata sahaja terhadap masalah ini kerana penyakit berjangkit boleh mengorbankan
banyak nyawa yang tidak berdosa. Mudah - mudahan, kesedaran dan keinsafan akan
bersemarak dalam jiwa setiap warga masyarakat untuk bersama - sama membendung
penularan penyakit berjangkit