Kemahiran Berfikir Kritikal dan Penyelesaian Masalah
Kemahiran Berfikir Kritikal dan Penyelesaian Masalah
SBFS1103
THINKING SKILLS AND PROBLEM SOLVING
KEMAHIRAN BERFIKIR DAN PENYELESAIAN MASALAH
MAY 2021
TAJUK TUGASAN
TUGASAN 1: UNTUK MENDEDAHKAN PELAJAR MENGAPLIKASIKAN
KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS DAN MEMBUAT KEPUTUSAN.
TUGASAN 2
6.0 PENGENALAN : OBJEKTIF LAPORAN ____________________16
6.1 OBJEKTIF DIKENALPASTI____________________________16
6.2 PENERANGAN MENGENAI MASALAH/ISU_____________17
6.3 APLIKASIKAN SATU ALAT PENYELESIAN MASALAH__18-19
6.4 PENJELASAN MENGENAI PENYELESAIAN MASALAH___20-21
6.5 KESIMPULAN_________________________________________22
1
1.0. TUGASAN 1: PENGENALAN
Seseorang yang berfikiran secara kritis tidak mudah untuk menerima atau
bersetuju terhadap sesuatu perkara kerana ia memerlukan masa yang panjang untuk
mengetahui punca-punca serta cara mengatasi masalah tersebut yang memerlukan
ketelitian yang mendalam untuk membuat pertimbangan yang sewajarnya dalam
memberi bantuan. Menurut Dewey(1933) berpendapat bahawa pemikiran kritis adalah
berfikir secara serius(mendalam) dan seterusnya membuat pertimbangan daripadanya.
Apabila ia menerima dengan mudah tanpa berfikiran panjang tanpa usul periksa yang
menyeluruh dan jelas, maka terjadinya kesan negatif kepada mental. Sebagai
contohnya, kamal merupakan seorang perniaga kenderaan secondhand di kawasan
petaling jaya yang amat berjaya dan peka terhadap isu-isu sewa beli kenderaan yang
terjadi dikawasan petaling jaya, disebabkan persahabatan yang terjalin dengan lama,
kamal sanggup membeli kenderaan yang dibawa oleh sahabatnya iaitu hassan tanpa
membuat pemeriksaan rekod lampau kenderaan tersebut yang akan memakan diri
kamal sendiri pada masa akan datang.
2
Seterusnya, mendapatkan idea-idea yang tepat dan bernas yang mampu
membawa kebaikan kepada orang lain, hendaklah difikirkan dengan mendalam dari
pelbagai aspek seperti kesan baik dan buruk kepada yang menerimanya dan
penerimaan idea tersebut diterima atau tidak. Pandangan orang sekeliling turut
diambil kerana mereka turut mempunyai pengalaman lalu bagi membantu
memperbaiki sedikit idea-idea yang sedia ada. Setiap idea tersebut perlu diatur dengan
baik lalu dimaklumkan dengan keadaan tenang tanpa sebarang masalah agar diterima
dengan hati yang terbuka untuk digunakan bila-bila masa. Sebagai contoh, izat
memerlukan bantuan ali untuk membantu dalam menyelesaikan masalah kewangan
yang dihadapinya, walaupun mempunyai jalan penyelesaian, izat tetap mendapatkan
buah fikiran dari orang yang lebih berpengalaman seperti ibu bapanya dan rakan-
rakan lain kerana pepatah melayu mengatakan jauh berjalan banyak pengalaman,
lama hidup banyak dirasa.
Selain itu, menurut Blom (1956), pemikiran kritis berkait dengan tiga jenis
aktiviti mental iaitu analisis, sintesis dan penilaian dalam membuat keputusan yang
sewajarnya. Analisis menjurus ke arah menggunakan minda dan pengetahuan dalam
menganalisis sesuatu hujah dengan terperinci supaya ia difahami dengan jelas apabila
hendak disampaikan bagi membandingkan persamaan dan perbezaan sesuatu masalah
dihadapi. Contohnya, menganalisis masalah dihadapi dengan memahami setiap
kandungan masalah secara menyeluruh. Sintesis menganalsis maklumat melalui
proses induksi dan deduksi daripada maklumat yang diperolehi daripada pelbagai
sumber seperti fakta bagi membuat kesimpulan sesuatu masalah. Menurut
kattsoff(1986) , sintesis adalah mengumpulkan semua pengetahuan yang dapat
diperoleh untuk menyusun suatu pandangan dunia. Contohnya, mencari sumber
rujukan tentang sesuatu masalah dari pelbagai sumber dan diolah menjadi sebuah
idea. Sebelum membuat penilaian, semua maklumat disusun mengikut ketetapan yang
telah diatur bagi membina sebuah penyelesaian yang sistematik untuk menilai sesuatu
penyataan barulah penilaian dilakukan tanpa ada kesulitan yang terjadi dan
membuktikan hujah yang disampaikan dapat dinilai dengan baik. Contohnya, hujah
yang hendak disampaikan perlu berketepatan dengan penilaian yang telah dilakukan.
3
Dalam memberi penyelesaian kepada sesuatu masalah dalam bentuk hujah,
ianya perlu bersifat reaktif, analisis dan logik bagi menguatkan lagi hujah yang
disampaikan bagi meyakinkan orang lain kerana hujah perlulah relevan dengan
masalah. Menurut Abd Rahim (1999), kecekapan berhujah boleh dinilai dengan
melihat bagaimana fakta , bukti dan maklumat yang relevan digunakan dalam
membuat sesuatu hujah. Reaktif adalah apabila seseorang menunjukkan reaksi yang
berbeza terhadap sesuatu yang berlaku terhadap idea-idea sedia ada. Akan tetapi,
idea-idea sedia ada akan dikaji secara mendalam dan terperinci. Reaktif sering kali
menggambarkan kesilapan seseorang dalam mebuat keputusan dan kegopohannya
dalam menilai keputusan sewajarnya. Contohnya, walaupun Alif seorang yang cepat
membuat keputusan dalam sesuatu perkara, namun perkara tersebut akan dikaji
terlebih dahulu olehnya.
4
Logik adalah kaedah pemikiran yang sering digunakan oleh setiap manusia
dalam merancang atau berfikir sesuatu perkara dalam mempertimbangkan andaian
yang akan dibahaskan dalam hujah. Selain itu, ianya juga suatu idea atau alasan
tentang sesuatu perkara sama ada secara inferens. Menurut Copi (1986), prinsip-
prinsip yang digunakan untuk membezakan betul dan salah sesuatu hujah. Secara
keseluruhannya, ianya terlintas daripada akal fikiran manusia dalam mengatasi
masalah yang dilalui bagi membuat keputusan dengan segera dalam keadaan sukar
atau sebaliknya dan juga dapat mempelajari konsep idea yang baru. Contohnya,
semasa menjalankan pembentangan hujahan, logik berguna kepada seseorang bagi
mencari kesimpulan untuk mempertahankan hujah tentang idea dan pandangan.
OBJEKTIF
Dalam tugasan pertama berkenaan dengan pemikiran kritikal (Critical
Tinking), terdapat tiga objektif yang dikenal pasti dalam tajuk ini. Antaranya, meneliti
sikap seseorang yang pemikiran kritikal, mengaplikasikan pemikiran kritikal dalam
menyelesaikan masalah harian dan menjelaskan dan memahami pentingnya pemikiran
kritikal.
5
Kemahiran berfikir kritis bukan sahaja digunakan dalam tugas rasmi atau
pembelajaran tetapi boleh digunakan dalam menyelesaikan masalah dalam kehidupan
seharian seperti masalah kewangan dan stress semasa bekerja. Jika pemikiran kritis
diamalkan dalam kehidupan seharian, maka fikiran akan menjadi lebih matang dan
positif dalam membuat kesimpulan terhadap masalah. Orang yang berfikiran kritikal
ini tidak mudah dipengaruhi dengan perkara yang remeh malah ia mempunyai prinsip
dalam kehidupannya untuk masa hadapannya. Contohnya, seseorang itu akan sentiasa
mencari jalan penyelesaian dalam kehidupan seharian bagi mematangkan fikirannya.
Kemahiran kritikal ini perlu difahami dan dijelaskan bahawa ianya perlu
melalui lima proses bagi mendapatkan solusi dalam sesuatu perkara. Antara prosesnya
adalah pemerhatian dalam meramalkan masalah dan solusinya, membuat analisis bagi
mentafsir maklumat yang diperolehi, kesimpulan perlu dibuat berdasarkan maklumat
yang relevan dan pengalaman, setelah kesimpulan diperolehi, komunikasi memainkan
peranan dalam menyampaikan maklumat kepada orang lain dengan kaedah secara
lisan. Akhir sekali, proses yang dinamakan menyelesaikan masalah di mana semua
proses dikumpulkan sekali dari peringkat pemerhatian sehingga komunikasi untuk
mengetahui masalah dan menyelesaikan masalah.
6
KENAL PASTI MASALAH / MASALAH KES
Berdasarkan kes yang berlaku diatas berdasarkan petikan yang diberi, saya
mendapati bahawa terdapat tiga masalah yang dikenal pasti iaitu yang pertama rakan
saya ditahan di Zimbabwe semasa bercuti di sana, sekiranya tidak dapat menyediakan
wang untuk membayar jaminan, dia akan dipenjara seumur hidup di penjara
Zimbabwe. Masalah kedua adalah rakan saya meminta untuk mengirimkan wang
kepadanya tetapi wang tersebut bukan ke akaunnya akan tetapi ke akaun lain kepada
seseorang di Switzerland. Masalah ketiga adalah menjadi tahanan di negara
Zimbabwe. Zimbabwe merupakan negara yang dikelilingi oleh tiga negara Afrika
yang lain iaitu negara Zambia, Mozambique, Afrika Selatan dan Botswana. Negara
yang mempunyai 16 bahasa rasmi. Berdasarkan laman web World Nomads yang
menyatakan bahawa undang-undang Zimbabwe sangat tidak adil terutama kepada
pelancong yang datang melancong ke negara tersebut untuk bercuti kerana pelancong
akan ditangkap atau disoal sekirannya menangkap gambar polis, sekatan jalan raya,
gambar bangunan kerajaan, kedutaan dan termasuk istana diraja. Sebelum hendak
melakukan Kesemua ini memerlukan kebenaran dari pihak kerajaan tempatan di
negara tersebut. Rakan saya kemungkinan ditangkap di atas kesalahan melanggar
undang-undang yang ditetapkan oleh negara ini.
7
Seterusnya, meminta bantuan saya untuk mengirimkan wang kepadanya untuk
menjamin dirinya, tetapi wang tersebut hendaklah dikirim ke akaun seseorang di
switzerland yang saya tidak mengenali langsung walhal kejadian berlaku di Negara
Zimbabwe, sepatutnya mengirim wang tersebut ke akaun bank antarabangsa terdapat
satu kemungkinan bahawa saya akan ditipu oleh sindiket penipuan antarabangsa yang
menyamar sebagai rakan lama saya untuk mendapatkan wang melalui jalan yang tidak
sah di sisi undang-undang dan mereka bergiat aktif dalam menipu mangsanya melalui
media masa.
Pada era globalisasi ini, terdapat satu teknik yang digunakan bagi menipu
mangsa iaitu menghantar e-mel atau mesej pesanan ringkas(SMS), kebiasaanya
menyuruh kita untuk klik pautan berikut lalu mengisi butiran diri atau kad kredit.
Sasaran mereka adalah pengguna yang mempunyai sejumlah wang yang banyak di
akaun bank. Mereka menggunakan e-mel palsu untuk serangan phishing. Di malaysia,
hukuman bagi ‘scammer’ adalah didakwa mengikut seksyen 4(1)(c) akta rumah judi
terbuka 1953 maksimum Rm50,000 setiap mesin dan penjara tidak lebih tiga tahun.
Oleh itu, saya tidak akan tertipu dengan sindiket ini bagi mendapatkan wang dengan
cara yang salah.
8
3.0. ANALISIS DAN CADANGAN MASALAH
Berdasarkan maklumat yang saya kumpulkan daripada pelbagai sumber, saya
telah membuat analisis bahawa terdapat enam cadangan untuk menyelesaikan
masalah ini. Antara cadangan tersebut adalah apabila hendak merancang melancong
ke sesebuah negara yang menghadapi krisis atau bergolak, perlu mendapatkan lesen
atau permit daripada kerajaan tersebut untuk melakukan aktiviti pelancongan bagi
mengelakkan diri daripada ditangkap atau dihukum, ini disebabkan sektor
pelancongan banyak memberi kesan yang mendalam terhadap mencerminkan
keadaan, sistem dan undang-undang. Negara zimbabwe akan memberi lesen atau
permit kepada pelancong yang datang ke negara mengikut peruntukkan yang telah
ditetapkan dalam akta melancong di bawah akta 15/1995,22/2001 (s. 4), 23/2004
(s.282). Peraturan yang perlu dipatuhi dalam akta ini adalah mematuhi semua
keperluan yang ditetapkan sebelum menggunakan kemudahan yang disediakan.
Menyimpan rekod atau akaun seseorang bagi memudahkan penggunaan fasiliti
perlancongan di negara tersebut dan pengeluaran lesen penggantian dan perakuan
pendaftaran apabila melancong.
9
jenayah dan pembunuhan di Zimbabwe meningkat ke 7.48 (33.58%) daripada 5.60
(36.51%), ini merisaukan pihak zimbabwe dalam menbendung masalah jenayah di
negara tersebut yang semakin merunsingkan walaupun banyak cara telah digunakan.
Selain itu, sebelum merancang perjalanan ke luar negara, pastikan kita tahu
perkembangan atau situasi negara yang hendak dilawati sama ada selamat atau tidak
untuk dikunjungi bagi mengelakkan disekat ketika berada di kawasan pengawalan
mereka terutama di pintu keluar masuk imigrasan, sentiasa peka isu-isu semasa
terhadap negara yang ingin dilawati melalui media massa seperti internet dan berita
disampaikan di televisyen yang banyak memberikan informasi menyeluruh dan
terperinci berkaitan keadaan luar negara yang melarang kita mengunjunginya. Malah,
sesetengah negara sekarang mempunyai laman sesawang rasmi sendiri yang dicipta
oleh pakar IT mereka bagi memudahkan untuk dilayari dan memberitahu situasi
keadaan, peraturan baru dan sistem baru kepada orang asing yang ingin dalam
melancong ke negara mereka. Ini sedikit sebanyak membantu kepada kita membuat
persiapan untuk ke negara tersebut sama ada untuk melancong atau bekerja di sana.
kerajaan tempatan juga telah memberi nasihat kepada kita agar berhati-hati dalam
meneruskan niat untuk melancong kerana faktor keselamatan, kerajaan bukan sahaja
memberi nasihat tetapi sentiasa mengikut perkembangan dunia luar melalui
komunikasi yang dijalinkan melalui hubungan diplomatik yang telah lama terjalin
bagi menjaga keselamatan rakyat masing-masing. Malaysia dan Zimbabwe turut
mempunyai hubungan diplomatik yang telah lama terjalin. Contohnya, kerajaan
malaysia melarang rakyatnya memasuki kawasan timur tengah disebabkan
peperangan saudara yang membahayakan keselamatan diri.
Menurut peribahasa melayu gar-gar kata gelegar, rasuk juga yang menahan
bermaksud jangan terlalu percaya akan kata-kata orang, untuk tidak menjadi mangsa
kepada sindiket penipuan ini, hendaklah sentiasa berhati-hati dalam memberi
maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan dan akaun bank apabila diminta
oleh orang yang tidak dikenali dan menggunakan nama agensi yang berdaftar untuk
mengambil kesempatan dalam mengaut keuntungan dalam menipu. Jangan menerima
panggilan dari orang lain yang menggunakan nombor yang berbeza daripada yang
lain, tidak sewenang-wenangnya memberi bantuan dalam bentuk wang untuk
mengirim kepadanya walhal tidak mengenali langsung kerana era globalisasi ini,
10
sindiket ini berani menyamar sebagai keluarga atau kawan kita dengan menggunakan
identiti mereka bagi mendapatkan simpati, perkara ini boleh dielakkan dengan berfikir
secara lebih mendalaman, membuat laporan polis dan tidak mempedulikannya.
Jangan berasa cemas apabila menerima mesej pesanan ringkas atau e-mail daripada
orang lain yang mengugut lalu minta anda untuk mengirim sejumlah wang yang besar
ke dalam akaun padahal anda langsung tidak mengenalinya. Ini adalah teknik yang
kebiasaannya digunakan oleh scammer yang biasaanya berpusat di dalam negara.
Contohnya, kerajaan telah melancarkan berbagai-bagai bentuk iklan untuk
memberitahu rakyat agar berhati-hati terhadap sindiket penipuan atas talian seperti
pelaburan saham yang tidak sah seperti forex.
Akhir sekali, jangan mudah terpedaya dengan akal manusia pada kemodenan
digital ini, yang mempunyai seribu akal bagi mencari peluang untuk menipu, biasanya
11
membawa kebinasaan kepada diri kita yang akan menjadi mimpi buruk dalam hidup
kita. Sentiasa berfikiran kritikal dalam menerima apa-apa bantuan atau desakan untuk
meminta bantuan dalam bentuk wang ini kerana ramai yang tertipu dengan helah
meminta bantuan. Dalam peribahasa melayu ada mengatakan jalan peliharakan kaki,
berkata peliharakan lidah maksudnya kita hendaklah bersopan santun apabila berada
di negara orang kerana di situ juga kita akan membawa budaya kita yang akan
ditonton oleh masyarakat di sana. Masyarakat luar negara akan menilai budaya dan
sikap yang kita bawa dari negara asal sama ada baik atau sebaliknya.
12
4.0. KESIMPULAN
Kesimpulan yang boleh saya lakukan setelah membuat tugasan 1 ini adalah
kemahiran berfikir kritis ini memerlukan masa yang panjang dalam memproses
menjadi satu hujahan terhadap penyelesian masalah yang memerlukan 5 peringkat
iaitu pemerhatian ,analisis, kesimpulan, komunikasi dan penyelesaian masalah,
kemahiran ini sangat berguna kepada pelajar jika mendapat kerja kursus sekolah yang
memerlukan pelbagai proses.
Selain itu, Pemikiran kritis amat membantu kepada seseorang dalam menyelesaikan
masalah apabila dalam keadaan terdesak. Kita sebagai pelancong yang melawati
sesebuah negara asing, hendaklah sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang
negara tersebut yang telah ditetapkan oleh kerajaan agar tidak menyusahkan diri pada
masa akan datang.
13
RUJUKAN
Laman sesawang ada pengarang
Nursuhaila ibrahim daripada Universiti teknologi MARA Johor (oktober 17, 2020):
masyarakat perlu peka penipuan dalam talian.
[Link]
perlu-peka-penipuan-dalam-talian
14
PETIKAN
Laman sesawang ada pengarang
Abd Rahim (1999): kemahiran berfikir dan kemahiran intelektual yang penting dalam
pendidikan sains sosial. Kecekapan berhujah boleh dinilai dengan melihat bagaimana
fakta , bukti dan maklumat yang relevan digunakan dalam membuat sesuatu hujah.
[Link]
15
Menurut kattsoff(1986) , sintesis adalah mengumpulkan semua pengetahuan yang
dapat diperoleh untuk menyusun suatu pandangan dunia.
[Link]
TUGASAN 2.
16
6.2. PENERANGAN MENGENAI MASALAH/ISU
Mengikut masalah peribadi yang saya nyatakan di bahagian pengenalan,
masalah ini membelenggu hidup saya dalam tempoh saya bertugas di sini,
membuatkan saya sering kali mengalami stress. Saya sering bergaduh mulut dengan
rakan sekerja yang tidak memahami perasaan ketika saya telah penat melakukan
pekerjaan dari jam 0800 pagi sehingga 1200 tengah malam tanpa henti di mana
kenderaan pasukan yang telah digunakan tidak dicatitkan kilometernya selepas
selesai digunakan bagi memudahkan kerja pengiraan kilometer setiap hari, ini
membuatkan saya sendiri yang mencatitkannya bagi mengelakkan dimarahi oleh
pegawai atasan yang sentiasa menitikberatkan perkara ini. Malah, ketika saya kembali
bertugas selepas bercuti, saya mendapati jarak kilometer tidak dicatitkan di dalam
buku dalam tempoh saya bercuti, membuat saya merasa kecewa dengan sikap rakan
sekerja ini.
Seterusnya, saya turut mempunyai masalah dengan pegawai atasan yang sering
kali tidak pandai mendengar keluhan daripada saya yang ingin berehat walaupun
sehari bagi merehatkan badan yang bekerja tanpa henti bagi memenuhi kehendaknya
dalam menjayakan setiap operasi yang dijalankan. Sikap pegawai atasan yang sering
memarahi orang bawahan tanpa usul periksa dari segi datang lewat disebabkan hal
keluarga yang tidak dapat dielakkan membuatkan saya sekali skala terpaksa melawan
arahannya. Walaupun bergitu, disiplin tetap saya jaga bagi menjaga nama baik saya
dan pasukan ini.
Akhir sekali, walaupun berjauhan dengan ahli keluarga, masalah keluarga tetap
tidak dapat dielakkan dalam kehidupan di mana saya tidak dapat menjaga ibu saya
yang sakit kerana disebabkan kerja yang sibuk, membuatkan saya rasa bersalah dalam
hal ini. Saya turut diganggu oleh ahli keluarga lain yang meminta duit daripada saya
17
untuk membeli barang keperluan walhal kehidupan saya di daerah ini turut tidak
membenarkan saya untuk membeli barang sewenang-wenangnya.
18
Semasa proses perbincangan antara satu sama lain, tetapkan masa kepada
mereka agar memberi peluang mencari idea, masa diberikan tidak memerlukan
tempoh yang lama kecuali masalah tersebut menimbulkan masalah kritikal dan
membahayakan semua individu di dalam kumpulan. Justifikasinya ialah kebiasaannya
pada peringkat ini, idea-idea yang kreatif dan bernas akan muncul pada peringkat ini
ketika masa diberi masa untuk memikirkannya,
Setelah masa yang diberikan telah tamat, idea-idea tersebut dikumpulkan dan
disimpan lalu hendaklah menjalankan pemilihan bagi memilih cadangan-cadangan
yang boleh diterima pakai bagi menyelesaikan masalah. Pemilihan hendaklah dipilih
oleh pengerusi sendiri, cadangan yang dipilih perlu mengandungi maksud yang sama
dengan masalah dihadapi dan membuang idea-idea yang keluar dari topik.
Justifikasinya adalah dengan proses pemilihan ini, ia dapat membantu memilih
cadangan yang munasabah dan mampu menyelesaikan masalah.
19
6.4. PENJELASAN MENGENAI PENYELESAIAN MASALAH.
Setelah meneliti pada bahagian alat-alat penyelesaian masalah, saya telah
mendapat idea bagi penyelesaian masalah saya ini. Ianya sedikit sebanyak dapat
mengubah suasana kerja saya agar tidak mengalami tekanan dalam pekerjaan. Bak
kata pepatah melayu mengatakan berat sama dipiku, ringan sama dijinjing maksudnya
mengalami sudah senang bersama-sama . Setiap warga polis perlu bersudah senang
bersama dalam menjalankan tugas diamanahkan.
Selain itu, menasihati adalah jalan lain bagi memberi teguran kerana rakan sekerja
yang lalai dalam soal mencatit jumlah kilometer. Dengan cara menasihati secara baik
tanpa menyinggung perasaan akan mampu memberi kesedaran secara komprehensif
dan membaiki kesalahan yang dilakukan agar tidak diulangi pada masa akan datang,
turut akan membantu rakan lain bagi meringankan kerja malah memudahkan segala
urusan pengiraan kilometer dalam setiap perjalanan kenderaan pasukan selepas
menggunakan.
20
sebagai nasihat dan memotivasikan diri dalam menjalankan tugas yang diarahkan.
Elakkan melawan setiap kata-kata ucapan yang disampaikan olehnya. Secara
keseluruhannya, pegawai perlu juga mendengar rintihan anak buah yang bekerja
dengan perlu amanah dalam setiap tugasan diberi,
21
Sebagai anak sulung di dalam keluarga, walaupun berjauhan dari ibu yang sakit
dan tidak dapat menjaganya, saya perlu sentiasa memberikan kata-kata nasihat seperti
menjaga kesihatan dengan mengelakkan melakukan kerja-kerja berat, menjaga
pemakanan dari segi pengambilan ubatan dan makanan segera. Perkara paling penting
adalah sentiasa menelefonnya untuk mempertanyakan khabar agar dia tidak merasa
sunyi ketika di rumah. Dengan cara ini, dapat menghilangkan rasa rindunya kepada
saya.
Akhir sekali, saya akan mencari jalan bagi membantu keluarga lain untuk
mendapatkan pekerjaan yang boleh meringankan beban mereka bagi membeli barang
keperluan. Menasihati mereka agar tidak terlalu mengharapkan bantuan daripada
orang lain yang selalu mengharapkan balasan setelah dibantu kelak. Jika
mengharapkan bantuan, nama keluarga turut tercemar dan menjatuhkan air muka
keluarga. Secara komprehensifnya, menasihati adalah jalan yang sesuai membentuk
dan mengubah sikap manusia dalam pelbagai perkara.
6.5. KESIMPULAN
Kesimpulan daripada tugasan dua ini adalah setiap manusia mempunyai masalah
peribadi yang memang tidak dapat dielakan seperti masalah keluarga, masalah
kewangan dan lain-lain. Masalah peribadi perlu diselesaikan dengan kadar segera
balik mengelakkan ia menjatuhkan dan merosotkan prestasi pekerjaan kita agar
masalah peribadi dan kerja tidak dicampur-adukkan ketika menjalankan tugas.
Contohnya, tekanan di tempat kerja jangna dibawa-bawa dalam urusan di rumah
kerana ia akan mendatangkan masalah besar.
23