Bahagian C
Kertas 2
30 %
45 min
Pengenalan : 2 markah
Isi Bahan 1 : 12 markah (Satu / dua fokus)
Isi Bahan 2 : 4 markah (Satu / dua fokus)
Kesimpulan : 2 markah
================
Isi : 20 markah
Bahasa : 10 markah
================
Jumlah : 30 markah
================
Percubaan
Negeri
Kelantan
2021
Kejayaan sesebuah bangsa atau negara itu diukur dari pelbagai aspek termasuklah politik, ekonomi dan sosial.
Ketiga-tiga aspek ini menjadi kayu ukur utama untuk menilai kemunduran dan kemajuan sesebuah bangsa atau negara.
Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad menggariskan nilai-nilai hidup seperti rajin, amanah,
berdisiplin dan bertanggungjawab perlu diterapkan dalam kalangan masyarakat untuk membentuk negara yang berjaya dan
dihormati dunia.
Pada hakikatnya, nilai-nilai murni ini perlu diterapkan dalam diri rakyat Malaysia dengan menyedarkan ibu bapa
tentang kepentingan memupuk nilai-nilai murni dalam diri anak-anak semasa mereka masih kecil. Ibu bapa perlu sentiasa
mengajari mereka tentang pentingnya kerajinan, berdisiplin dan bertanggungjawab. Usaha yang seterusnya ialah kerajaan
perlu mengadakan kempen kesedaran kepentingan nilai murni kepada masyarakat. Langkah ini boleh dilakukan sama ada di
desa ataupun di bandar-bandar besar yang sedang mengalami proses pembangunan. Kempen ini haruslah dilakukan secara
berterusan dan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam.
Sebenarnya, pengamalan nilai-nilai murni dalam kehidupan dapat memajukan negara. Hal ini terjadi kerana setiap
rakyat akan tekun bekerja dan mempunyai sifat amanah yang tinggi dalam diri mereka ketika melakukan sesuatu perkara.
Sebagai contohnya, setiap pekerja di Malaysia hadir ke tempat kerja pada waktu yang ditetapkan. Secara tidak langsung,
produktiviti sesebuah syarikat akan meningkat.
Pengamalan nilai murni juga dapat mengeratkan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di negara kita. Hal
ini dikatakan demikian kerana masyarakat Malaysia saling menghormati dan menjaga hubungan baik antara satu sama lain.
Jika diteliti dengan lebih mendalam, nilai murni akan dapat mengekalkan kestabilan politik dalam negara Malaysia. Insan yang
berakhlak mulia juga dapat dilahirkan apabila masyarakat mempraktikkan nilai murni dalam kehidupan. Insan yang berakhlak
mulia ini telah berjaya mengimbangkan nilai-nilai murni dalam semua aspek kehidupan iaitu aspek rohani, jasmani, intelek dan
emosi.
Guru-guru, pihak kerajaan dan ibu bapa perlu sama-sama menggalas tanggungjawab untuk menerapkan nilai-nilai
hidup tersebut untuk memastikan sebuah bangsa Malaysia yang berjaya dalam semua aspek dapat direalisasikan.
Dipetik dan diubah suai daripada 'Memupuk Bangsa Malaysia yang Berjaya’
Dewan Siswa, Ogos 2019
Fokus 1 :……………………………
Fokus 2 :……………………………
Fokus = Tema + Kata Kunci
Tema : ……………………………………….
Kata Kunci 1 : ……………………………………….
Kata Kunci 2 : ……………………………………….
P
l
Cikgu Hasfariza
Cikgu Linda Nor
Perenggan ke-2
Pada hakikatnya, nilai-nilai murni ini perlu diterapkan dalam diri rakyat
Malaysia dengan menyedarkan ibu bapa tentang kepentingan memupuk nilai-nilai
murni dalam diri anak-anak semasa mereka masih kecil. Ibu bapa perlu sentiasa
mengajari mereka tentang pentingnya kerajinan, berdisiplin dan bertanggungjawab.
Usaha yang seterusnya ialah kerajaan perlu mengadakan kempen kesedaran
kepentingan nilai murni kepada masyarakat. Langkah ini boleh dilakukan sama ada
di desa ataupun di bandar-bandar besar yang sedang mengalami proses
pembangunan. Kempen ini haruslah dilakukan secara berterusan dan bukan sekadar
hangat-hangat tahi ayam.
Fokus 1 :……………………………
Perenggan ke-3
Sebenarnya, pengamalan nilai-nilai murni dalam kehidupan dapat memajukan negara. Hal
ini terjadi kerana setiap rakyat akan tekun bekerja dan mempunyai sifat amanah yang tinggi dalam
diri mereka ketika melakukan sesuatu perkara. Sebagai contohnya, setiap pekerja di Malaysia hadir
ke tempat kerja pada waktu yang ditetapkan. Secara tidak langsung, produktiviti sesebuah syarikat
akan meningkat.
Pengamalan nilai murni juga dapat mengeratkan perpaduan dalam kalangan masyarakat
majmuk di negara kita. Hal ini dikatakan demikian kerana masyarakat Malaysia saling menghormati
dan menjaga hubungan baik antara satu sama lain. Jika diteliti dengan lebih mendalam, nilai murni
akan dapat mengekalkan kestabilan politik dalam negara Malaysia. Insan yang berakhlak mulia juga
dapat dilahirkan apabila masyarakat mempraktikkan nilai murni dalam kehidupan. Insan yang
berakhlak mulia ini telah berjaya mengimbangkan nilai-nilai murni dalam semua aspek kehidupan
iaitu aspek rohani, jasmani, intelek dan emosi.
Fokus 2 :……………………………
Tema:
……………………………………….
Kata Kunci 1:
……………………………………….
Pendahuluan:
Rumusan membincangkan + Fokus 1 + Fokus 2
Rumusan membincangkan ………………………………………………………………………………………………...
dan ……………………………………………………………………………………………….
Penutup:
Ke+Ca+Ha
Kesimpulannya,…………………………………… harus……………………………………………………………………...
……………………………………………………………… supaya …………………………………………………….…………….
Disiplin
Asas
Kejayaan!