BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
KOLEJ VOKASIONAL SEBERANG PERAI
NOTA KULIAH 1
SEMESTER SEMESTER 3 DVM SESI 2020/2021
JABATAN JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT
KOD/KURSUS DKB 3343: PROGRAMMING LANGUAGE
KOMPETENSI 01 INTRODUCTION TO LATEST PROGRAMMING LANGUAGE
1.1 Basic of Latest Programming Language
1.1.1 History of Computer Systems
1.1.2 Hardware and Software
KOMPETENSI UNIT 1.1.3 Programming and Languages
1.1.4 Programming Basics
1.1.5 Problem Solving Techniques in Programming
1.1.6 The Prospects of Programming
Trainee must be able to:
1. Describe programming concept according to
programming language standard. (C2, PLO1)
KOMPETENSI
2. Build programming code to solve simple programming
PEMBELAJARAN
problem. (P3, PLO2)
3. Comply with coding conventions and best practices in
programming. (C3, PLO3)
MUKA : 01 DARIPADA 15
DKB 3343 NK 1
NOTA
Sejarah Sistem Komputer
Sejarah perkembangan teknologi komputer telah dikelaskan kepada lima generasi yang
utama :
1.1 Komputer Generasi Pertama (1951 -1958)
Komputer Generasi Pertama menggunakan teknologi komputer tiub hampagas.
Mauchly dan Eckert telah mencipta komputer elektronik pertama iaitu ENIAC (Eletronic
Numerical Integrator and Calculator) dan dikendalikan oleh UNIVAC (Universal
Automatic Computer) dan UNIVAC 1. Komputer IBM pertama iaitu IBM650 telah
diperkenalkan pada tahun 1954 oleh Intergrated Business Computer. Menggunakan
bahasa pengaturcaraan peringkat rendah. Komputer generasi ini agak besar saiznya
dan harganya sangat mahal. Keupayaan memproses agak lambat. Keupayaan
menyimpan data agak kecil.
1.2 Komputer Generasi Kedua (1959 – 1963)
Komputer Generasi Kedua menggunakan teknologi komputer transistor. Penggunaan
transistor adalah lebih baik berbanding dengan tiub hampagas kerana transistor adalah
lebih kecil, boleh dipercayai, lebih berkemampuan, lebih pantas dan kurang
menghasilkan haba. Bahasa pengaturcaraan Assembly language telah diperkenalkan.
Komputer generasi ini agak kecil saiznya dan lebih murah harganya jika
dibandingkan dengan Komputer Generasi Pertama. Keupayaan memproses juga
lebih pantas. Keupayaan menyimpan data lebih besar. Contoh komputer ialah IBM
7094 series, IBM 1400 series dan CDC 164.
1.3 Komputer Generasi Ketiga (1964 – 1970)
Komputer Generasi Ketiga menggunakan teknologi litar yang dikenali sebagai
Integrated circuit (semiconductor chip) atau litar bersepadu. Bahasa
pengaturcaraan ialah Basic, Fortran dan COBOL. Komputer generasi ini
menghasilkan komputer yang lebih kecil saiznya, lebih murah harganya dan lebih
pantas masa memproses berbanding dengan generasi sebelumnya. Contoh komputer
ialah IBM 370, IBM System/360,UNIVAC 1108 dan UNIVAC AC 9000.
2 15
DKB 3343 NK 1
1.4 Komputer Generasi Keempat (1971 – 1980)
Komputer Generasi Keempat menggunakan teknologi cip mikropemproses
(microprocessors) yang diperkenalkan oleh Intel Corporation. LSI (Large Scale
Integration) circuit dan VLSI (Very Large Scale Integration) circuit telah direka. Saiz
komputer adalah kecil, harga lebih murah, kelajuan memproses lebih pantas dan
komputer telah mula digunakan di sekolah dan pejabat. Bahasa pengaturcaraan ialah
C, C++, Java. Contoh computer ialah IBM 370, Apple I dan Apple II, PDP-11.
1.5 Komputer Generasi Kelima (1990 – kini)
Teknologi pemproses mikro baru mula diperkenalkan pada komputer generasi ini. Cip-
cip berkelajuan tinggi telah mula dicipta. Komputer dicipta untuk memiliki kecerdikan
buatan. Kelajuan memproses maklumat lebih bertambah. Sistem komputer telah mula
menjadi lebih ramah-pengguna. Teknologi pengecam suara telah mula diperkenalkan.
Saiz komputer bertambah kecil dan bertambah murah. Cara hidup dan penggunaan
komputer juga telah bertukar. Kebanyakan urusan harian memerlukan penggunaan
komputer dan teknologi yang semakin canggih.
2. Perkakasan dan Perisian
Perkakasan komputer boleh dikelaskan kepada lima komponen yang utama iaitu :
2.1 Ingatan Utama (main memory)
Fungsi ingatan utama ialah untuk mengingati kembali tugas yang telah dilaksanakan.
CPU akan merujuk kepada ingatan utama kerana ianya menyimpan arahan atau data
yang diperlukan semasa pemprosesan dilakukan.
Dua komponen ingatan utama :
2.1.1 Ingatan Capaian Rawak atau Random Access Memory (RAM)
RAM merupakan ingatan yang paling penting dalam ingatan utama. RAM
membenarkan operasi baca dan tulis dilakukan ke atasnya. RAM berfungsi untuk
3 15
DKB 3343 NK 1
menyimpan aturcara dan data yang boleh diubah pada bila-bila masa. Data yang
disimpan di dalam RAM akan hilang apabila komputer dimatikan.
2.1.2 Ingatan Baca Sahaja atau Read Only Memory (ROM)
ROM merupakan ingatan baca sahaja dan data yang disimpan tidak akan hilang
apabila komputer dimatikan. ROM digunakan untuk menyimpan aturcara-
aturcara yang dibangunkan oleh pembekal komputer. Aturcara tersebut telah
tersedia ada apabila pengguna membeli komputer dan ianya hanya boleh
digunakan tetapi tidak boleh diubah.
2.2 Unit Pemprosesan Pusat (Central Processing Unit) atau CPU
CPU juga dipanggil mikropemproses (processor). Unit ini merupakan perkakasan yang
utama di dalam sesebuah sistem komputer kerana semua tugas utama yang meliputi
pengawalan operasi komputer seperti pengiraan, perbandingan logik, rujukan untuk
mencapai maksud arahan dan lain-lain dilakukan di sini. CPU bertanggungjawab untuk
mentafsir maksud input dan memberi arahan kepada bahagian lain untuk
melaksanakan tugas yang sepatutnya.
Dua komponen utama CPU ialah :
2.2.1 Unit kawalan
Unit ini bertindak sebagai otak sesebuah komputer. Berfungsi untuk mengawal
semua aktiviti komputer serta langkah-langkah memproses.
2.2.2 Unit Aritmetik/Logik (Arithmatic Logic Unit – ALU)
ALU digunakan untuk melaksanakan operasi asas pengiraan dan perbandingan.
2.3 Peranti Input
Fungsi peranti input ialah untuk memasukkan data dan arahan ke dalam komputer
untuk membolehkan komputer melaksanakan tugasnya. Peranti input akan menerima
maklumat dan menukar maklumat tersebut ke bentuk digital supaya mudah difahami
4 15
DKB 3343 NK 1
oleh komputer. Terdapat pelbagai jenis peranti input; antaranya ialah papan kekunci
(keyboard), tetikus (mouse), kayu bedik (joystick), pen cahaya (light pen), pengimbas
(scanner), sentuhan diskrin (touch screen) dan lain-lain.
2.4 Peranti Output
Peranti output digunakan untuk memaparkan maklumat yang telah diproses kepada
pengguna. Terdapat pelbagai jenis peranti output, antaranya ialah monitor dan
pencetak.
2.5 Peranti Storan Sekunder (secondary storage)
Fungsi Storan sekunder ialah untuk menyimpan data secara kekal walaupun komputer
telah dimatikan. Data yang disimpan boleh dicapai semula apabila dikehendaki.
Terdapat pelbagai jenis peranti storan sekunder, antaranya ialah cakera liut, cakera liat,
cakera keras, cakera padat (compact disc) dan lain-lain.
5 15
DKB 3343 NK 1
Rajah 1 : Contoh Perkakasan Komputer
Perisian ialah istilah umum yang digunakan untuk menggambarkan koleksi program, prosedur dan
dokumentasi komputer yang melakukan beberapa tugas pada sebuah sistem komputer.
Perisian boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu:
• Program komputer
• Perisian Sistem
• Perisian Aplikasi
• Sistem Pengoperasian
• Platform Sistem Komputer
6 15
DKB 3343 NK 1
Rajah 2 : Contoh Perisian
3. Bahasa dan Pengaturcaraan
Secara umumnya bahasa pengaturcaraan dibahagikan kepada empat generasi atau jenis :
3.1 Bahasa mesin (machine language)
Bahasa yang boleh terus difahami oleh komputer tanpa perlu diterjemah. Aturcara
ditulis dalam bentuk susunan digit 0 dan 1. Aturcara yang ditulis hanya boleh
dilaksanakan pada komputer yang dibina sahaja. Pembangunan aturcara amat sukar
dan mengambil masa yang lama.
3.2 Bahasa Penghimpun (Assembly language)
Aturcara ditulis menggunakan simbol dan kod yang dipanggil kod mnemonic. Aturcara
perlu diterjemah ke bahasa mesin menggunakan penghimpun (assembler).
3.3 Bahasa Peringkat Tinggi
Aturcara yang ditulis lebih mudah difahami oleh manusia kerana
penggunaannya lebih mirip kepada bahasa Inggeris. Aturcara perlu diterjemah
ke bahasa mesin supaya dapat difahami oleh komputer. Contoh bahasa
pengaturcaraan ialah C, Pascal, Cobol, Fortran.
3.4 Bahasa Berorientasikan Objek (OOP)
7 15
DKB 3343 NK 1
Dalam menyelesaikan masalah tertentu, Bahasa Peringkat Tinggi lebih bersifat
prosedur atau langkah demi langkah. Manakala pembangunan aturcara
menggunakan Bahasa Berorientasikan Objek lebih kepada memikirkan apakah
objek yang terlibat dalam menyelesaikan masalah serta hubungan antara objek.
Contoh bahasa pengaturcaraan ialah C++ dan Java.
JENIS-JENIS BAHASA PENGATURCARAAN
Type of Language
Low – Level Bahasa pengaturcaraan yang ditulis berdasarkan
Languages struktur binaan dalaman sesebuah mesin (komputer)
Bahasa pengaturcaraan yang menggunakan perkataan
High - Level
dalam Bahasa Inggeris (English word) dan simbol
Languages matematik untuk mewakili arahan dalam aturcara.
❖ Bahasa Aras Tinggi / Low – Level Language
Machine Languages
→ Satu-satunya bahasa yang difahami oleh komputer dimana set arahannya
adalah dalam bentuk 1 dan 0.
➔ KEBAIKAN
• Dapat diproses dengan pantas oleh komputer. (tidak memerlukan
terjemahan) / Execution time adalah pendek
➔ KELEMAHAN
• Susah untuk ditulis
• Penulis (pengaturcara) perlu mengingati urutan nombor binari untuk menulis
bahasa mesin (machine language)
• Machine language amat sukar untuk didebug
Assembly Languages
➔ Bahasa pengaturcaraan yang menggunakan arahan simbolik iaitu
mnemonics atau nama
➔ KEBAIKAN
• Memudahkan pengaturcara menulis aturcara. (menggunakan arahan
simbolik iaitu mnemonic adalah lebih mudah berbanding mengingati kod
binary)
• Proses debugging adalah lebih mudah berbanding machine language
8 15
DKB 3343 NK 1
➔ KELEMAHAN
• Juga bergantung kepada jenis mesin (komputer). Program yg ditulis untuk
sesebuah mesin mungkin tidak dapat dijalankan pada mesin lain yang
berbeza konfigurasi.
❖ Bahasa Aras Tinggi / High-Level Language
➔ KEBAIKAN
▪ Kebanyakan program yang ditulis adalah tidak bergantung kepada mesin.
▪ Penulis tidak perlu tahu tentang struktur hardware komputer untuk menulis
aturcara.
▪ Mudah dipelajari dan ditulis.
➔ KELEMAHAN
▪ Program dalam HLL perlu diterjemah kepada ML. Oleh itu HLL lebih lambat
untuk diproses berbanding LLL
Bahasa pengaturcaraan Java
Java adalah bahasa pengaturcaraan yang ringkas, mudah difahami, lebih
selamat, boleh dipercayai, mudahalih (boleh digunakan pada semua jenis sistem
pengoperasian) dan bahasa berorientasikan objek. Aturcara yang ditulis dalam
bahasa ini boleh digunakan pada semua jenis komputer. Ianya dibangunkan
oleh Sun Microsystems oleh James Gosling dan rakan-rakannya pada tahun
1991. Java merupakan bahasa pengaturcaraan yang sangat sesuai untuk
membangunkan aplikasi berasaskan internet.
4. Asas Pengaturcaraan
Aturcara ialah satu jujukan arahan yang diberi kepada komputer untuk melaksanakan
sesuatu tugas. Aturcara hendaklah ditulis dalam bahasa yang boleh difahami oleh
komputer. Bahasa yang digunakan untuk menulis aturcara dipanggil Bahasa
Pengaturcaraan. Proses menulis satu jujukan arahan ini dipanggil pengaturcaraan
dan orang yang menulis arahan ini dipanggil pengaturcara.
9 15
DKB 3343 NK 1
Antara elemen penting yang patut diketahui dalam pengaturcaraan ialah :
• Sintaks asas
• Jenis data
• Pembolehubah
• Operator asas
• Kata kunci
• Penyelesaian masalah
• Ulangan
• Nombor
• Karakter
***semua elemen ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam Bab 2.
Teknik Penyelesaian Masalah dalam Pengaturcaraan
Terdapat beberapa langkah penyelesaian masalah. Kaedah penyelesaian masalah
yang akan diterangkan dikenali sebagai Kitar Hayat Pembangunan Aturcara (KHPA).
Memahami masalah
Penyelenggaraan
Menganalisa masalah
Pengujian
Merekabentuk penyelesaian
Implementasi
Rajah 1 : Kitar Hayat Pembangunan Aturcara
5.1 Memahami masalah
Antara soalan yang boleh dikemukakan ialah :
i. Apakah yang dipelukan untuk menyelesaikan masalah?
ii. Apakah hasil akhir?
10 15
DKB 3343 NK 1
iii. Bagaimana bentuk hasil akhir?
iv. Apakah kekangan yang wujud?
Sebagai contoh :
Anda dikehendaki menulis aturcara untuk mengira luas sebuah segitiga.
Antara soalan yang mesti ditanya :
Berapa panjang tapak dan tinggi?
Apakah formula untuk mengira luas segitiga?
Bagaimana bentuk output yang hendak dipaparkan?
5.2 Menganalisa masalah
Tiga fasa utama yang perlu dikenalpasti iaitu :
Input : tapak, tinggi
Formula : luas = 0.5 x tapak x tinggi
Output : papar tapak, tinggi dan luas.
5.3 Merekabentuk penyelesaian
Fasa merangka struktur untuk menyelesaikan masalah.
Fasa ini melibatkan algoritma iaitu langkah-langkah arahan yang perlu
dilaksanakan mengikut susunan keutamaan arahan.
Contoh algoritma untuk mengira luas segitiga ialah :
i. Mula
ii. Baca nilai tapak dan tinggi
iii. Kira luas segitiga
iv. Cetak luas segitiga
v. Tamat
Dua cara yang digunakan untuk mempersembahkan algoritma iaitu :
i. Kod pseudo (pseudocode)
11 15
DKB 3343 NK 1
Kod pseudo bermaksud penerangan algoritma dalam bentuk perkataan
menggunakan sebarang bahasa yang difahami oleh pengaturcara. Biasanya
dimulai dengan perkataan mula (begin) dan diakhiri dengan perkataan tamat
(end)
Contoh :
Mula
Input tapak, tinggi
luas = 0.5 x tapak x tinggi
Cetak luas
Tamat
ii. Carta alir
Logik aturcara secara grafik yang disambung menggunakan anak panah
Simbol asas carta alir :
Simbol Maksud
Mula/tamat – bermula dan berakhirnya algoritma
Proses – menunjukkan perlaksanaan arahan atau
proses
Input/output – kemasukan data atau paparan
hasil
Syarat – perbandingan atau pengujian syarat
Penghubung/penyambung – menyambung carta
alir ke muka surat lain
Anak panah – aliran aktiviti/penyambung turutan
arahan
Contoh carta alir untuk mengira luas segitiga :
12 15
DKB 3343 NK 1
Mula
Baca tapak, tinggi
Luas = 0.5 x tapak x tinggi
Cetak luas
Tamat
5.4 Implementasi
Fasa yang melibatkan pengekodan (coding). Proses ini melibatkan dua
langkah :
i. Menukarkan algoritma ke aturcara dengan menggunakan bahasa
pengaturcaraan yang sesuai
ii. Mengkompil dan melaksanakan aturcara yang telah dimasukkan ke
dalam komputer.
5.5 Pengujian
Fasa ini bertujuan untuk menguji samada aturcara yang dilaksanakan
memenuhi kehendak pengguna tanpa sebarang ralat (ralat sintaksis dan ralat
logik). Proses ini memerlukan pengaturcara menggunakan data pengujian
sahih dan data pengujian palsu.
5.6 Penyelenggaraan
Melibatkan tiga aktiviti :
i. Mendokumentasi
13 15
DKB 3343 NK 1
a. Mengumpulkan semua maklumat dari proses memahami masalah
sehingga proses pengujian
b. Tujuan mendokumentasi ialah :
• Memudahkan pengaturcara untuk mengubahsuai aturcara jika
diperlukan
• Memudahkan pengaturcara lain menyelenggara aturcara
• Menggunakan sebahagian aturcara untuk membangunkan
aturcara yang hampir sama.
ii. Memperbaiki ralat
Memperbaiki ralat logik yang berlaku semasa memasukkan data
sebenar atau data yang tidak diuji atau tidak dapat dikesan semasa
pengujian dibuat.
iii. Melakukan penambahan
a. Perubahan aturcara berlaku atas permintaan pengguna mengikut
keperluan semasa
b. Kitar hayat pembangunan aturcara akan diulangi dengan fasa
memahami masalah.
6. Setting up programming compiler, compile and run the ‘hello world‘ program.
6.1 Taip aturcara menggunakan aplikasi Notepad dan simpan fail tersebut dalam
folder anda dengan nama [Link].
class Greeting
{ public static void main (String args[])
[Link]("Hello World");
}}
6.2 Arahan kompil aturcara tersebut taip :
javac [Link]
6.3 Arahan untuk melaksanakan aturcara tersebut, taip :
java Greeting
14 15
DKB 3343 NK 1
7. Prospek Kerjaya dalam Pengaturcaraan
Manusia menggunakan komputer untuk melaksanakan tugas dan fungsi tertentu.
Namun begitu keperluan manusia berbeza antara satu sama lain. Pelbagai jenis
sistem/perisian perlu dibangunkan untuk memenuhi kehendak manusia.
Pengaturcaraan menjadi satu bidang tugas yang amat penting di syarikat atau
pertubuhan pada hari ini kerana penggunaan komputer yang semakin meluas.
Setiap organisasi mempunyai masalah dan keperluan sistem yang berbeza.
Organisasi perlukan pengaturcara yang pakar atau mahir untuk membangunkan
sistem atau membuat aturcara yang memenuhi keperluan mereka.
Contoh kerjaya dalam bidang pengaturcaraan :
✓ Pengaturcara
✓ Juruanalisa Sistem
✓ Jurutera Perisian
✓ Pembangun Laman Web
✓ Juruanalisa Sistem Rangkaian/Jurutera Rangkaian
✓ Pembangun Mudah Alih
✓ Pengurus Teknologi Maklumat
15 15