RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU
MASALAH PEMBELAJARAN (SLOW LEARNERS) SK SUNGAI MANGGIS
Nama Murid SITI MAISARAH BINTI MOHAMMAD Tarikh Lahir 8 Disember 2010
Tarikh Mula 18 DISEMBER 2021 Tarikh Tamat 18 DISEMBER 2021
Komponen REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI Umur 11 Tahun
Pengetahuan Sedia Murid sudah biasa melihat tanaman
Ada Murid boleh memberi respon kepada arahan guru
Murid boleh mencuba melaksanakan tugasan yang diberi
Murid dapat menerangkan maksud pertanian bandar
Standard Kandungan 7.1 Reka Bentuk Teknologi Pertanian Bandar
Standard 7.1.2 Mejelaskan sistem penanaman secara takungan dalam pertanian bandar
Pembelajaran
Kemahiran Murid dapat mengenal pasti 3 jenis sistem penanaman secara takungan dalam pertanian bandar
Matlamat Murid dapat menyatakan 3 jenis sistem penanaman secara takungan dalam pertanian bandar
Kekuatan/Minat Kekuatan
• Murid suka terhadap visual dan audio seperti kartun
• Murid dapat mendengar arahan dengan baik
• Murid memberi respon yang baik sepanjang pembelajaran
• Murid boleh membaca
Minat
• Murid minat melihat bahan grafik seperti video dan animasi
• Murid minat bermain permainan secara dalam talian
• Murid berminat untuk membuat klasifikasi
Kelemahan/Masalah Sukar memahami sesuatu pengetahuan baharu dalam bentuk nota
yang dikenalpasti Murid mengambil masa yang lama untuk memahami isi pelajaran
Objektif Isi Pelajaran Aktiviti/Kaedah/Teknik Penilaian Catatan/BBM/
Bahan Rujukan
a.) Murid boleh Isi Pelajaran: Aktiviti: 1. Pemerhatian Power point
menyatakan 2 a) Mengenal pasti jenis 1. Guru memulakan kelas -Murid memahami dan Video
daripada 3 sistem takungan dengan aktiviti memberi respon untuk Permainan
jenis sistem - Hidroponik energizer dengan soalan yang ditanya oleh Digital ‘Jom
penanaman o Kultur air memainkan lagu ‘Kalau guru. Balik Ke
secara tanpa kitaran Rasa Gembira’. Rumah’
takungan semula 2. Murid diminta untuk -Murid tanya soalan jika Lagu ‘Kalau
dengan tepat. o Kultur air membuat pergerakan tidak faham isi pelajaran Rasa Gembira’
b.) Murid dapat dengan mengikut langkah- yang diajar. Peta bulatan
membezakan kitaran langkah yang dan kad-kad
3 jenis sistem semula ditunjukkan dalam 2. Peta Bulatan kecil
penanaman - Akuaponik video tersebut. -Murid menganalisis dan
takungan - Bekas pengairan 3. Kelas hari ini menyusun maklumat yang
c.) Murid dapat kendiri bertemakan Upin dan betul pada peta bulatan
menjawab 3 b) Permainan digital Ipin. yang betul.
daripada 6 - 6 soalan 4. Guru memperkenalkan -Murid membuat
soalan watak Upin dan Ipin pembetulan sendiri dengan
berkaiatan kepada murid bahawa menyusun balik maklumat
sistem mereka yang akan yang disusun salah pada
penanaman mengajar topik hari ini. peta bulatan yang betul.
takungan 5. Guru tayangkan slaid
dengan betul. yang disediakan 3. Permainan digital
Kaedah/ teknik: Main sambil berkaitan topik jenis ‘Jom Balik Ke
belajar sistem penanaman. Rumah’
Teknik Pengubahsuaian 6. Guru memberi -Murid menjawab soalan
Tingkah laku: Reward Point penerangan ringkas yang terdapat dalam
tentang jenis sistem permainan digital dengan
penanaman. betul.
7. Murid belajar tentang
jenis sistem takungan -Murid memilih jawapan
bersama Upin dan Ipin. yang betul antara pilihan
8. Murid mendengar jawapan yang diberi.
penerangan yang diberi
oleh Upin dan Ipin.
9. Guru meminta murid
untuk membaca nota
yang terdapat pada
slaid.
10. Guru menjelaskan isi
pelajaran dengan lebih
ringkas dan mudah.
11. Guru menunjukkan
video cara penanaman
bagi 3 jenis sistem
takungan.
12. Murid diminta untuk
mengkongsikan
pendapatnya tentang
video yang ditayang.
13. Guru menyediakan 3
peta bulatan yang
bertajuk hidroponik,
akuaponik dan bekas
penanaman kendiri
serta kad-kad kecil
yang mengandungi
maklumat tentang jenis
sistem penanaman.
14. Guru meminta murid
untuk melekatkan
maklmat yang betul
pada peta bulatan yang
bersesuaian.
15. Guru membimbing
murid sepanjang aktiviti
ini sehingga murid
dapat
mengklasifikasikannya
dengan betul.
16. Guru membuat
penilaian dalam bentuk
permainan digital iaitu
‘Jom Balik ke Rumah’
kepada murid dengan
membimbing mereka
cara mengakses.
17. Murid dikehendaki
menjawab 6 soalan
yang disediakan dalam
permainan tersebut.
18. Murid memilih jawapan
yang betul daripada
pilihan jawapan yang
diberikan.
19. Murid dapat ganjaran
dalam bentuk reward
point bagi setiap soalan
yang dijawab betul.
20. Guru memberi
peneguhan positif
kepada murid mengikut
pencapaiannya dalam
penilaian tersebut.
REFLEKSI Topik yang diajar pada hari ini ialah Reka Bentuk Teknologi Pertanian Bandar. Standard pembelajaran yang diajar
pada hari ini ialah 7.1.2 mejelaskan sistem penanaman secara takungan dalam pertanian bandar. Objektif
pembelajaran yang ditetapkan ialah murid boleh menyatakan 2 daripada 3 jenis sistem penanaman secara
takungan dengan tepat, membezakan 3 jenis sistem penanaman takungan serta dapat menjawab 3 daripada 6
soalan berkaitan sistem penanaman takungan dengan betul.
Kekuatan yang terdapat dalam PdP ini ialah murid dapat memberi tumpuan sepanjang kelas. Hal ini demikian
kerana, PdP yang dijalankan hari ini adalah bertemakan Upin dan Ipin. Pelaksanaan PdP menggunakan karakter
karton kesukaan murid telah menarik perhatian murid dan mengekalkan motivasi belajar sepanjang PdP.
Seterusnya, tayangan video berkaitan 3 jenis sistem penamanan secara takungan memberi maklumat tambahan
kepada murid-murid bagi memahami lebih mendalam tentang topik hair ini. Aktiviti yang dijalankan seperti
energizer, peta bulatan dan pemainan digital ‘Jom Balik Ke Rumah’ telah meningkatkan minat murid
pembelajaran dimana murid berasa seronok semasa membuat aktiviti. PdP ini dapat dilakukan secara dua hala
dimana terdapat komunikasi antara guru dengan murid. Murid telah memberi respons yang baik dengan memberi
maklum balas dan bertanya soalan jika tidak faham kepada guru.
Kelemahan yang terdapat dalam PdP ini ialah penggunaan gambar sebagai contoh ialah kurang dan terhad.
Oleh itu, ia telah mengehadkan pengetahuan murid tentang jenis sistem penanaman secara takungan. Selain itu,
pemberian soalan yang banyak dalam aktiviti permainan digital ‘Jom Balik Ke Rumah’ telah menyukarkan murid
untuk menjawab banyak soalan dan menjejaskan keseronokan murid untuk terus belajar.
Cadangan penambahbaikan yang boleh diambil adalah memperbanyakan gambar-gambar contoh jenis sistem
penanaman secara takungan. Contoh yang banyak akan mempeluaskan pengetahuan dan ilmu tentang topik
tersebut. Selain itu, mengurangkan jumlah soalan dan memberi soalan yang mudah kepada murid. Oleh hal
demikian, ia memudahkan murid memahami dan menjawab soalan dengan betul.
Seterusnya, ramalan kesan adalah objektif pembelajaran yang digariskan dapat dicapai. Murid berjaya
memahami isi pembelajaran yang ingin disampaikan. Perkara tersebut dapat dilihat melalui jawapan dan maklum
balas yang telah diberi oleh murid sepanjang kelas. Murid telah berjaya mencapai tahap penguasaan 2.
Secara rumusnya, PdP hari ini berjalan dengan lancar dan baik. Ia memberi satu pengalaman yang baik. Pada
masa yang sama, saya dapat berinteraksi dengan baik bersama murid. Saya juga berharap saya dapat
memperbaiki kelemahan ini supaya tidak mengulangi pada masa akan datang dan memberi pendidikan yang
terbaik kepada anak murid.