Memahami Petikan Cerita Dungun
Memahami Petikan Cerita Dungun
5 Pada pendapat anda, apakah tajuk yang sesuai bagi petikan itu?
MEMAHAMI RENCANA
ARAHAN : BACA PETIKAN DI BAWAH, KEMUDIAN JAWAB SOALAN-SOALAN
BERIKUTNYA.
Jalan raya di negara kita dikatakan antara yang terbaik di Asia Tenggara.
Perkembangan perusahaan melombong bijih timah dan ladang getah yang baru dibuka
menjadi faktor utama jalan raya dibina di negara kita. Perusahaan ini juga menyebabkan
munculnya bandar-bandar baru dan kawasan-kawasan baru.
Pada mulanya, sebelum terbina jalan raya yang berturap tar, jalan tersebut
merupakan lorong-lorong di dalam hutan. Jalan itu berlumpur apabila hujan dan berdebu
ketika musim kemarau. Kemudian lorong itu bertukar menjadi laluan kereta lembu yang
digunakan untuk mengangkut bijih timah dan barang-barang ke pengkalan di tepi sungai.
Serentak dengan kemajuan perusahaan bijih timah dan getah itu juga jalan raya
telah dibina untuk menghubungkan antara bandar-bandar itu.
Jalan raya yang menghubungkan Singapura dengan Perlis telah siap dibina pada
tahun 1928. Hanya selepas tahun 1945, barulah jalan raya yang menghubungkan negeri-
negeri Pantai Timur dengan negeri-negeri Pantai Barat siap dibina.
Jalan raya dan lebuh raya terus dibina dengan pesat untuk memudahkan perjalanan
antara negeri dengan kawasan-kawasan yang baru membangun. Dengan adanya lebuh
raya, perjalanan menjadi lebih cepat serta selamat. Antara lebuh raya itu ialah Lebuh Raya
Timur - Barat, Lebuh Raya Utara-Selatan, Lebuh Raya Kuala Krai-Gua Musang, Lebuh
Raya Kuantan-Segamat dan banyak lagi.
Pembinaan jalan raya juga berlaku dengan pesat di Sabah dan Sarawak. Kini
terdapat tiga batang lebuh raya yang menjadi tulang belakang rangkaian jalan raya di
Sabah. Lebuh raya itu ialah Lebuh Raya Tamparuli-Ranau, Lebuh Raya Papar-Sindumin
dan Lebuh Raya Lahad Datu-Semporna. Di Sarawak juga banyak jalan raya baru dibina
seperti Jalan Bintulu-Tanjong Kidurong, Jalan Raya Bako dan Jalan Lubuk Antu-Batang Ai.
1 Berikut ialah negara di Asia Tenggara KECUALI
A Jepun
B Thailand
C Singapura
D Indonesia
2 Bagaimanakah keadaan jalan raya sebelum diturap dengan tar?
A Jalan itu berlumpur dan berdebu.
B Jalan itu merupakan laluan kereta lembu.
C Jalan itu letaknya menuju ke tepi sungai.
D Jalan itu berupa lorong dalam hutan.
3 Pembinaan jalan raya berkait rapat dengan
A pertumbuhan bandar-bandar
B kemajuan perusahaan bijih timah
C kemajuan sesetengah kawasan baru
D pembukaan kawasan baru
4 Lebuh Raya Utara-Selatan melalui negeri-negeri berikut KECUALI
A Johor
B Perak
C Pahang
D Selangor
5 Tujuan pembinaan lebuh raya ialah
A menghubungkan kawasan baru
B memudahkan perjalanan antara negeri
C menghubungkan Singapura dengan Perlis
D menghubungkan Sarawak dengan Sabah
MEMAHAMI BERITA
ARAHAN : BACA BERITA DI BAWAH, KEMUDIAN JAWAB SOALAN-SOALAN
BERIKUTNYA.
PULAU PINANG, 10 November - Hujan lebat yang berlarutan sepanjang malam tadi telah
menyebabkan bandar raya Georgetown dilanda banjir. Antara kawasan yang paling teruk
dilanda banjir ialah Kampung Jawa, Jalan Perak, Jalan [Link] dan Jalan Rawak.
Mangsa banjir di kawasan berkenaan telah dipindahkan sejak awal pagi lagi dengan
bantuan polis marin, Jabatan Pertahanan Awam dan penduduk kampung
berkenaan. Mereka ditempatkan di masjid dan sekolah yang dijadikan pusat pemindahan.
Tinjauan yang dibuat hari ini mendapati di sesetengah kawasan, air naik hingga
setengah meter dan hampir menenggelamkan rumah-rumah di kawasan terbabit. Akibat
banjir itu juga, beberapa batang jalan ditutup kepada kenderaan. Ini menimbulkan masalah
kesesakan jalan raya serta menjejaskan kemeriahan perayaan Deepavali yang sedang
berlangsung.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) berpendapat banjir itu tidak
seharusnya berlaku jika air dapat mengalir dengan lancar.
Beliau berkata, sistem perparitan yang tidak sempurna serta tabiat orang ramai yang
suka membuang sampah-sarap di merata tempat menyebabkan banjir mudah berlaku setiap
kali hujan turun.
Beliau berharap orang ramai tidak menuding jari kepada MPPP dalam hal ini. Walau
bagaimanapun pihaknya akan menjalankan kajian untuk memastikan punca banjir selain
daripada masalah sampah.
1 Perkataan berlarutan dalam petikan bermaksud
A semakin lanjut
B terus-menerus
C berpanjang-panjang
D semakin bertambah
2 Pihak manakah yang tidak terlibat dalam pemindahan mangsa banjir itu?
A Pihak MPPP
B Polis marin
C Jabatan Pertahanan Awam
D Orang kampung
3 Apakah kesan banjir itu kepada penganut agama Hindu?
A Mereka terpaksa dipindahkan ke sekolah.
B Mereka tidak dapat menyambut Deepavali.
C Mereka beraya dalam suasana kurang meriah.
D Mereka terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas.
4 Berikut ialah punca banjir yang melanda kawasan-kawasan itu KECUALI
A sistem perparitan yang kurang baik
Sekurang-kurangnya separuh daripada orang yang datang berjumpa doktor setiap hari kerana
mengadu pening kepala. Sementara itu, satu perempat daripada kakitangan firma yang besar-besar
tidak datang bekerja disebabkan oleh sakit kepala. ‘Gejala’ ini menjadi punca yang mengganggu
kebanyakan manusia setiap hari. Pening kepala dikatakan ‘gejala’ kerana ia sebenarnya bukan
sejenis penyakit tertentu.
Banyak faktor yang menyebabkan pening kepala. Para doktor mendapati sukar untuk
menentukan sebab-sebab pening kepala yang dihadapi oleh seseorang itu pada satu-satu ketika. Ini
kerana ia memerlukan kepakaran dan kemahiran yang tinggi. Beberapa pengelasan dibuat untuk
mengumpulkan sebab-sebab berlakunya pening kepala dengan pelbagai cara dan dijadikan panduan
bagi mengetahui cara-cara mengkajinya.
Pakar-pakar perubatan telah mengumpulkan 203 sebab berlakunya sakit pening kepala di bawah
tiga kelas : mekanikal, sebab-sebab bisa dan racun, dan sebab berfungsi.
Pening kepala yang mekanikal berhubung dengan keadaan yang ada sangkut-paut dengan kepala
itu sendiri. Misalnya, apabila rongga dahi menjadi sebu, perubahan tekanan udara akan
menimbulkan pening kepala. Apabila selaput hidung bengkak, rongga itu menjadi sebu dan
menimbulkan pening kepala.
Bagi sesetengah orang jarang-jarang diserang pening kepala manakala sesetengahnya pula sering
diserang sakit ini. Pening kepala yang berlaku sekali-sekala mungkin dapat dikesan dan ditentukan
berhubung dengan tindakan yang berlaku sekali-sekala, misalnya terlalu banyak menghisap rokok,
minum minuman keras, dan memakan ubat serta dadah. Bahan-bahan beracun yang terkumpul
mungkin menukar tekanan di dalam tengkorak dan dengan demikian mengakibatkan pening kepala.
Tekanan darah yang tinggi juga boleh mengakibatkan pening kepala. Jika tekanan darah itu turun
semasa rehat, maka pening kepala itu akan hilang pada waktu itu. Bengkak yan tumbuh dalam
tengkorak, apabila cukup besar akan menjadi punca pening kepala yang berkekalan.
Menjaga kesihatan badan kita secara keseluruhannya iaitu dengan bersenam, menjaga makan
dan minum serta membuang air besar dan kecil, biasanya dapat mengurangkan pening kepala yang
berkekalan. Jika seseorang itu tidak pernah mendapat sakit kepala dan tiba-tiba mula diserang
pening kepala yang berterusan, maka ia perlu mendapat pemeriksaan doktor.
Jika doktor dapat mengesan hubungan pening kepala dengan faktor-faktor mental dan fizikal
serta dapat mengawal faktor itu, besar kemungkinan sakit pening kepala dapat dicegah.
4. Apakah kebiasaan yang perlu dilakukan oleh seseorang untuk mengelakkan daripada tekanan
pening kepala?
5. Berikut ialah maklumat yang tidak benar tentang sakit pening kepala?
kepala
pening kepala
C Pening kepala boleh disebabkan oleh tekanan
darah
10 Jun 1997
Aku terpilih menyertai program anak angkat anjuran Kelab Belia di bandar tempat tinggalku. Aku
diterima sebagai anak angkat kepada Haji Daud dan Hajah Zainab dari Kampung Ulu Jempul. Rumah
mereka sederhana besarnya. Aku diperkenalkan kepada anak-anaknya. Anak ketiga, Salwa, calon
SPM. Adiknya bernama Najib, bakal menghadapi PMR dan adik bongsunya Fadila, 12 tahun.
Mereka mencium tanganku ketika bersalaman. Aku rasa amat terharu. Adikku Nadira dan Najwa
tidak pernah berbuat begitu kepadaku walaupun aku kakak sulung mereka.
11 Jun 1997
Gerimis Subuh menjadikan hawa amat dingin di pedalaman ini. Kalau di rumah sendiri aku masih
dibuai mimpi. Di sini aku sembahyang Subuh secara berjemaah. Haji Daud sebagai imam dan
makmum semua ahli keluarganya. Air mataku menitik. Aku, dalam usia 22 tahun belum pernah
berjemaah bersama ayah dan ibuku.
12 Jun 1997
Pagi ini hujan lebat. Seharusnya kami menyertai projek gotong-royong. Semua orang berkurung
di dalam rumah. Haji Daud menceritakan sejarah dirinya. Rupa-rupanya dialah peneroka kampung
itu. Dia meninggalkan kehidupan sebagai nelayan dan mengadu untung sebagai petani pula di
kampung itu.
Dia tidak bersekolah tinggi tetapi menyedari pentingnya ilmu. Dia bekerja siang malam untuk
menyekolahkan anak-anaknya. Kini dua orang daripada anaknya telah berjaya. Lokman, anak
sulungnya menjadi doktor di Hospital Kuala Lumpur dan Juriah, adik Lokman menjadi guru di
Pahang. Mereka lepasan universiti.
21 Jun 1997
Hari kelima aku di sini. Hubunganku dengan keluarga Haji Daud, terutamanya dengan anak-
anaknya bertambah rapat. Salwa, Najib dan Fadila sudah pandai bergurau. Ini berbeza dengan adik-
adikku yang tinggal di rumah batu dua tingkat di bandar. Kami seperti enau di belukar melepaskan
pucuk masing-masing.
Di sini hatiku tenteram. Keluargaku terlalu mengejar harta-benda sehingga meracun kemesraan
dalam keluarga.
A menetap di bandar
C berusia 22 tahun
A 3 orang
B 5 orang
C 6 orang
D 7 orang
8. Apakah yang dilakukan oleh ‘aku’ pada waktu subuh jika dia berada di rumahnya sendiri?
A Sembahyang Subuh
C Masih berselimut
berjemaah
diri
Benda
saya itu telah mendapat liputan yang meluas oleh akhbar di Malaysia.
Hadi : Hal ini demikian kerana inilah kali pertama
belajar?
di luar negara.
perisian itu?
1999 sahaja.
lain.
kita?
En. Ali : Oh, tidak! Hanya alat elektrik yang boleh kita
terima kasih.
A Penemu ramah
B Pemberita
C Pelajar universiti
D Pelajar ITM
A laporan
B perbincangan
C perbahasan
D sanjungan
13. Berikut ialah maklumat yang salah tentang diri Encik Ali?
komputer
dunia
14. Mengapakah komputer keluaran lama tidak dapat berfungsi pada 1 Januari 2000?
tiba
tarikh berkenaan
1999
elektrik
sahaja
....................................................................................................................................................
SOALAN PEMAHAMAN 1
Taman Dahlia,
Johor.
18 Ogos 2006.
Menemui sahabatku, Hilmi. Semoga saudara berada dalam keadaan sihat walafiat.
Saudara,
Terima kasih kerana menceritakan pengalaman saudara tentang majlis perkahwinan abang saudara
yang diadakan di Resort Ayer Keroh baru-baru ini. Saya turut berasa bangga kerana Perbadanan
Pelancongan Negeri Melaka memilih abang saudara dan pasangannya sebagai model adat istiadat
perkahwinan Melayu. Tentu ramai pelancong asing hadir untuk menyaksikan majlis yang penuh
tradisi itu.
Saya juga ingin menceritakan pengalaman menarik saya. Seminggu yang lalu saya dan keluarga telah
melawat rumah panjang suku kaum Iban di Sarawak. Mereka tinggal di rumah panjang
sejak beratus-ratus tahun dahulu. Penghuni rumah panjang terdiri daripada beberapa keluarga
Pengalaman melawat rumah panjang tidak mungkin saya lupakan sepanjang hidup saya. Itu sajalah
yang dapat saya coretkan buat kali ini. Semoga berjumpa di lembaran lain.
Sekian wassalam.
Sahabatmu,
Mira
B Sarawak
C Melaka
2. Pada pendapat kamu, mengapakah Resort Ayer Keroh dipilih untuk mengadakan majlis
perkahwinan itu?
4. Apakah pekerjaan utama suku kaum Iban yang tinggal di rumah panjang itu?
A Nelayan
B Peneroka
C Pegawai Kerajaan
D Petani
5. Jika ada pelancong asing yang datang melawat rumah panjang, di manakah majlis sambutan
pelancong itu akan diadakan?
B Di ruai
C Di tanju
D Di bilik tamu
SOALAN PERMAHAMAN 2
Fahmi : Aku dah kata Malik, tapi kau tak ambil peduli.
Malik : Tapi Fahmi, kalau aku tak gagahkan tulang empat kerat ini, siapa lagi yang hendak suapkan
anak dan isteriku.
Fahmi : Ya benar, tapi kau pun tahu sekarang musim angin monsun timur laut.
Malik : Jangan kau nak bersyarah di depanku Fahmi. Selama ini ada saudaraku yang ambil tahu
susah senang kami sekeluarga? Lagipun masa aku keluar keadaan laut tenang sahaja.
Fahmi : Aku kan ada Malik, bukan kau tak kenal aku. Sejak dari dulu lagi aku anggap kau sekeluarga
sebagai saudaraku. Jika ada apa-apa kepayahan, kenapa kau tidak beritahu aku?
Malik : Sebenarnya aku sekeluarga telah banyak menyusahkan kau selama ini. Yuran pendaftaran
anakku, Musa di universiti dulu pun kau yang sediakan. Takkan perbelanjaan hariannya pun aku nak
minta daripada kau.
Fahmi : Tapi Malik, aku telah anggap Musa sebagai anakku sendiri, lagipun aku tiada anak. Kau
jangan bimbang, mulai sekarang segala perbelanjaan Musa di universiti biar aku yang tanggung. Kau
uruskan tiga lagi anakmu yang bersekolah rendah dan menengah itu.
Fahmi : Mujur Pasukan Polis Marin mempunyai bot pemecah ombak, kalau tidak
entah apa yang akan berlaku semalam. Ingat, lain kali kalau nak ke laut,
A Polis Marin
B Nelayan
C Petani
D Penuntut universiti
A Enam orang
B Empat orang
C Tujuh orang
D Lima orang
4. Pernyataan yang manakah sesuai bagi menggambarkan kehidupan keluarga Malik dan Fahmi?
Aku meletakkan beg sekolahku di atas pangkin bawah pokok mangga di depan rumah. Keringat
masih lagi mengalir di dahi.
Aku perhatikan sekeliling rumahku, tapi kelibat ayah belum kunampak. Mungkin ayah belum pulang
lagi dari sawah. Sejak pemergian ibu setahun yang lalu, kerja ayah menjadi dua kali ganda. Anak padi
sudah besar, tiada siapa yang akan mencabutnya untuk dipindahkan ke petak sawah.
"Din, baru balik?" tiba-tiba sahaja suara ayah mengejutkan aku dari arah belakang.
"Maafkan ayah, Din. Ayah belum masak lagi," kata ayah sambil menunjukkan dua ekor ikan keli di
tangannya.
"Tak apalah, ayah. Ayah pergilah mandi dulu, biar saya masak," kataku sambil membawa ikan keli itu
menuju ke pintu dapur.
Lepas sembahyang Zuhur nanti tugasku bermula. Tinggal dua petak sawah lagi yang belum kubajak.
Lepas itu, bolehlah aku mengambil upah membajak sawah Pak Megat, Pak Talib dan Pak Said. Itulah
punca pendapatan sampingan aku bersama dengan jentera kubota berenjin diesel.
Pernah suatu hari aku suarakan cadangan supaya ayah mencari pengganti ibu, namun aku
ditengkingnya. Bagi ayah, tiada sesiapa yang dapat menggantikan tempat ibu.
Aku bertekad untuk meneruskan cita-citaku untuk menjadi seorang peguam seperti yang telah aku
katakan pada ibu. Ibu…
A tahi lalat
B darah
C peluh
D jerawat
A Pesawah
B Pekebun sayur
C Pembajak sawah
D Penoreh getah
4. Berikut ialah sikap yang ada pada diri ayah penulis, kecuali
A Penyayang
B Bertanggungjawab
C Penyabar
D Suka menengking
5. Berikut ialah pengajaran yang boleh didapati daripada petikan di atas, kecuali
SOALAN PEMAHAMAN 3
54300 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
_________________________________________________________________________
Yang Dipertua,
54400 Kuantan,
Tuan,
2. Untuk makluman pihak tuan, kami tidak berpuas hati dengan jadual kutipan sampah sekarang.
Dahulu sampah dipungut tiga kali seminggu, iaitu pada hari Ahad, Selasa dan Jumaat, tetapi
sekarang sampah hanya dipungut dua kali seminggu. Adakalanya sampah hanya dipungut
3. Keadaan ini menimbulkan rasa kurang selesa penduduk di sini kerana bau busuk daripada
sampah yang tidak dikutip itu. Suasana seperti ini bertambah teruk apabila terdapat anjing
4. Lori sampah juga selalu datang pada waktu petang. Pada waktu ini banyak kanak-kanak
Sekian dimaklumkan,
terima kasih.
Mazlan
A bersenam
B bersembang
C berkumpul
D beristirehat
B Lori sampah yang datang pada sebelah petang tidak disenangi penduduk.
C Masalah bau sampah terjadi setelah lori sampah hanya datang dua kali seminggu.
KUALA TERENGGANU, 14 Jun - Menteri Besar Terengganu merasmikan perniagaan francais keropok
dan nasi dagang menerusi Dagang Corner (DG) dan T' Dagang yang dilancarkan kerajaan Terengganu
di Restoran Terapung Puteri dekat sini.
Konsep perniagaan francais itu dilihat mampu mengubah nasib pengusaha makanan tradisional
negeri itu, sekaligus membuka peluang kepada mereka memasarkan produk mereka di pasaran
antarabangsa.
Dagang Corner di Restoran Terapung Puteri itu adalah satu cara terbaik untuk mempromosikan nasi
dagang Terengganu supaya lebih dikenali terutamanya kepada pelancong asing. Selama ini nasi
dagang hanya dijual di warung-warung tepi jalan dan di restoran-restoran tertentu sahaja.
Pada masa yang sama, Dagang Corner akan turut memperkenalkan pelbagai jenis kuih tradisi
Terengganu untuk dijual di sini. Pihak pengurusan telah membantu pengusaha makanan tersebut
dengan menyediakan khidmat nasihat seperti pembungkusan dan pelabelan yang lebih menarik.
Dengan usaha berterusan pihak pengurusan Dagang Corner dan sokongan kerajaan negeri
Terengganu, Menteri Besar percaya produk tradisi ini akan mampu dieksport ke luar negara.
1. Siapakah yang bakal memperoleh manfaat daripada perniagaan francais yang dilancarkan itu?
A Menteri Besar
C Kerajaan Negeri
D Pelancong asing
A memartabatkan
B meyakinkan
C mengiklankan
D menyelerakan
4. Apakah jenis bantuan yang diberikan oleh pihak pengurusan Dagang Corner kepada pengusaha
makanan tradisional?
A kewangan
B pembungkusan
C mesin percuma
D penghantaran