TENDER
BY HILMI
APAKAH ITU TENDER?
TENDER
Tender adalah tawaran untuk mengajukan
harga, memborong pekerjaan, atau
menyediakan barang yang diberikan oleh
syarikat swasta besar atau kerajaan
kepada syarikat-syarikat lain.
Mengikuti tender adalah salah satu cara
untuk mendapatkan kontrak perniagaan
dalam skala besar atau memperluaskan
usaha anda
cARA UNTUK MEDAPATKAN TENDER
Dokumen Tender ialah satu naskah tawaran yang dikeluarkan oleh pihak klien
apabila ia berhasrat untuk melaksanakan sesuatu projek.
Pihak kontraktor yang berminat untuk menyertai projek tersebut perlu mengisi
dan melengkapkan dokumen tender dan memulangkan dalam tempoh masa
yang ditetapkan.
Klien menawarkan sesuatu projek pada kelompok kontraktor di mana kontraktor
tersebut masing-masing akan bersaing menyerahkan tender yang paling
optimum dan keputusannya adalah terletak kepada klien untuk memilih
kontraktor yang laya
Apabila tender daripada sesebuah kontraktor itu diterima oleh klien, maka
wujudlah ikatan yang dinamakan kontrak antara kontraktor yang dipilih oleh
klien.
PENYEDIAAN
DOKUMEN
TENDER
PENYEDIAAN DOKUMEN TENDER
Untuk menyediakan dokumen tender, perkara-perkara
berikut perlu dimasukkan dalam dokumen tersebut bagi
memudahkan pihak kontraktor untuk melihat, menyemak
keperluan, meneliti dan seterusnya untuk mengisinya.
PERKARA YANG PERLU ADA
1. Borang Tawaran
2. Borang penerimaan tawaran
3. Spesifikasi piawaian kerja.
4. Senarai kuantiti
5. Lukisan kerja
6. Jadual kadar harga
7. Surat setuju terima
JENIS-JENIS TENDER
Antara yang sering diamalkan adalah Tender
Terbuka,Tender Terpilih Dan Tender Perundingan.
Setiap jenis tender mempunyai kelebihan dan
kelemahan masing-masing dan pelaksanaannya
adalah bergantung kepada kesesuaian dalam
proses menender.
Pemilihan jenis tender dalam sesuatu projek
pembinaan banyak bergantung kepada beberapa
faktor utama seperti saiz projek, lokasi pembinaan,
kesesuaian dengan masa serta kos yang
diperuntukkan, pengalaman dan sebagainya.
TENDER TERBUKA
Tender Terbuka sering diamalkan di dalam
industripembinaan oleh kerajaan dan badan
berkanun atau swasta.
Tender jenis ini digunakan bagi mendapatkan
harga yang paling musanabahbagi sesuatu
kerja kontrak binaan.
Persaingan secara TenderTerbuka adalah lebih
adil dan dapat menjamin harga tender
yangditawarkan mengikut pasaran semasa.
Pelanggan akan mengiklankan tawaran dalam
akhbar
TENDER PERUNDINGAN
Dalam Tender Perundingan, pelanggan akan
menghantar surat kepada kontraktor tertentu
untuk menjemput kontraktor tersebut
menyediakan rangka perbelanjaan bagi projek
yang dirancangkan.
Pelanggan akan berunding dengan seorang
kontraktor secara langsung mengenai projek
pembinaan yang akan dilaksanakan.
Biasanya pelanggan akan menjemput kontraktor
yang mempunyai reputasi dan rekod yang baik
yang diketahui latar belakang projek yang
terlibat serta semestinya berkemahiran.
TENDER PRAKELAYAKAN
Tender Prakelayakan adalah bertujuan
untuk menapis kontraktor–kontraktor
supaya mereka yang mempunyai
pengalaman, kebolehan teknikal, kewangan
secara pengurusan bagi melaksanakan
sesuatu projek sahaja dibenarkan
mengambil bahagian.
PENUTUP
Dalam industri pembinaan, terdapat banyak jenis tender yang
membolehkan klien mendapat kontraktor yang layak untuk melaksanakan
projek.
Setiap tender juga mempunyai kelebihan serta kekurangannya yang
tersendiri.
Klien boleh memilih iaitu untuk mengemukakan pelawaan tender terhadap
semua kontraktor melalui tender terbuka atau hanya mengemukakan
pelawaan terhadap kontraktor yang dipilih melalui tender terpiliH.