0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
37 tayangan9 halaman

Enam Topi Pemikiran dalam Pembelajaran

Ringkasan dokumen tersebut adalah sebagai berikut: Enam Topi Pemikiran digunakan sebagai alat untuk meningkatkan kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran. Setiap topi mewakili jenis pemikiran tertentu seperti kreatif, konstruktif, objektif, kritikal, emosional dan proses berfikir secara menyeluruh.
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai PDF, TXT atau baca online di Scribd
0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
37 tayangan9 halaman

Enam Topi Pemikiran dalam Pembelajaran

Ringkasan dokumen tersebut adalah sebagai berikut: Enam Topi Pemikiran digunakan sebagai alat untuk meningkatkan kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran. Setiap topi mewakili jenis pemikiran tertentu seperti kreatif, konstruktif, objektif, kritikal, emosional dan proses berfikir secara menyeluruh.
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai PDF, TXT atau baca online di Scribd

Enam Topi Pemikiran sebagai alat

kemahiran berfikir dapat


diaplikasikan dalam pengajaran
dan pembelajaran
Nama Ahli Kumpulan:
1) Masturina Binti Bolhasan
2)Venessa Sabella Anak Tini
3) Mathilda Durie Anak Rowney
Hijau: Pemikiran kreatif
Hijau otak yang subur dengan idea- gunakan topi apabila berfikir. Sewaktu
pakai topi ini jangan peduli sama ada idea itu betul atau salah. Lebih banyak
lebih bagus. Idea gila gila pun tak apa. Pakai topi ini waktu mula-mula
berfikir. Situasi sesuai apabila hendak menyelesaikan masalah. Topi hijau
pula mewakili kreativiti. Ia melambangkan tenaga pemikiran yang melihat
sesuatu perkara dari perspektif yang baru dan juga mengeluarkan idea-idea
yang kreatif dalam kaedah penyelesaian [Link] hijau membantu kita
untuk bergerak kehadapan dengan menjanakan idea-idea alternatif yang
lebih baik berbanding idea asal. Ia juga digunakan untuk menyelesaikan atau
memperbaiki masalah yang dilihat melalui topi hitam.

2
Kuning

Lambang pemikiran konstruktif atau membina. Kuning lambang hari cerah.


Digunakan untuk mencari faedah dan manafaat daripada apa-apa idea yang
diterbitkan oleh topi hijau. Bagi topi kuning semua idea boleh diperbaiki.
Tidak ada yang mustahil. Semuanya boleh belaka. Idea yang comot sekalipun
boleh digilap. Situasi yang paling baik untuk memakai topi ini ialah apabila
mendengar idea-idea yang banyak kelemahan.

3
Putih

Lambang pemikiran objektif. Tujuan untuk mencari maklumat sematamata.


Berapa? Siapa? Di mana? Bila? bagaimana? Tidak emosi. Tidak prejudis.
Tidak timbul soal suka atau tidak suka. Gunakan Topi ini sebelum membuat
keputusan memilih mana-mana alternatif. Topi ini akan memastikan
keputusan yang diambil adalah berdasarkan maklumat yang betul

Topi putih digunakan untuk mengumpul secara objektif segala maklumat


yang berkaitan dengan apa yang sedang kita amati. Setiap pengguna topi
putih tidak seharusnya memberi sebarang penilaian atau pendapat terhadap
sesuatu maklumat.

4
Putih
Pendapat sendiri tidak akan dibenarkan sama sekali untuk dimasukkan
sebagai maklumat yang hendak dikumpul atau menguatkan sesuatu
pendapat. Hal ini amat bertentangan dengan pemikiran tradisional yang
mana lebih cenderung kepada membuat keputusan terlebih dahulu dan
hanya selepas itu sahaja barulah membuat jangkaan fakta-fakta untuk
menyokong keputusan berkenaan.

Topi putih seringkali digunakan pada permulaan perbincangan untuk


mencorakkan latar belakang sesuatu masalah. Ia juga boleh digunakan sekali
lagi pada akhir perbincangan bagi memastikan sesuatu cadangan atau
keputusan yang telah dibuat itu adalah berdasar kepada maklumat yang telah
dikumpulkan.
5
Hitam
Lambang pemikiran yang kritikal dan negatif. Hitam lambang malam yang gelap.
Segalanya tiada harapan. Apabila memakai topi ini cari semua yang salah, yang
silap, yang sukar, yang berisiko dan berbahaya. Topi ini sesuai digunakan untuk
menghasilkan pelan kecemasan. Situasi ini sesuai memakai topi, sebelum
membuat sebarang tindakan. Fikirkan apa yang buruk dan yang baik.

Topi hitam digunakan untuk menganalisis idea atau meneliti sesuatu cadangan
secara logikal dari aspek undang-undang, keselamatan dan lain-lain agar kita
lebih berhati-hati sebelum menerima sesuatu keputusan atau cadangan. Dalam
erti kata lain kita melihat sesuatu keputusan itu dari sudut negatif. Negatif di sini
bermaksud berhati-hati atau melindungi kepentingan sendiri. Ini penting kerana
ia dapat menonjolkan kelemahan sesuatu keputusan yang akan diambil. Ia juga
membenarkan kita untuk menyingkir, mengubah dan menyediakan pelan
kecemasan untuk mengatasi sebarang kemungkinan.
6
Hitam
Topi hitam juga dapat membantu kita menjadikan perancangan yang dibuat itu
lebih kukuh dan fleksibel. Ia juga membantu kita dalam menjangkakan
risiko-risiko yang mungkin berlaku sebelum membuat sebarang keputusan.

7
Merah
Topi Merah Lambang pemikiran emotif dan nilai. Warna merah lambang ghairah
dan nafsu. Topi ini membenarkan kita mengambil kira emosi semasa berfikir.
Situasi yang sesuai memakai selepas mengambil semua fakta yang ada.
Menggunakan topi merah kita akan melihat sesuatu masalah itu dengan
menggunakan emosi atau intuisi sama ada secara positif atau negatif tanpa perlu
menjelaskan sebabnya dan bukan digunakan untuk mengubah sesuatu perkara
atau idea yang telah dibuat. Ia juga cuba untuk memahami macam mana orang
lain akan bertindak dengan emosi.

8
Biru
Topi Biru Lambang langit. Topi diatas sekali. Mengawasi topi-topi lain bekerja.
Topi biru mewakili kawalan proses berfikir secara keseluruhannya ataupun dalam
bahasa yang lebih mudah ia digunakan untuk mengawal kegunaan topi berfikir
yang lain. Kebiasaannya, ia digunakan oleh pengerusi mesyuarat atau ketua
perbincangan. Ia boleh digunakan pada awal perbincangan untuk menjelaskan
perkara yang akan dibincangkan, menjelaskan tujuan sesuatu perbincangan dan
merancang corak pemikiran yang akan digunakan dalam perbincangan tersebut.
Pemikir yang memakai topi biru boleh bersuara semasa perbincangan sedang
berlangsung untuk mengawal perbincangan agar tidak kelam kabut dan
pengunaan topi lain adalah mengikut peraturan.

Anda mungkin juga menyukai