Kajian Kualitatif Pendidikan Kanak-Kanak
Kajian Kualitatif Pendidikan Kanak-Kanak
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA NO. MATRIK [Link]
1. NAIMAH BINTI YAACOB M20211001886 019-4241906
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kemapanan Intervensi Obesiti Juara Sihat daripada Perspektif Kanak-kanak: Satu Kajian
Tajuk Kajian
Kualitatif
Untuk meneroka persepsi kanak-kanak atas faktor-faktor yang menggalak dan menghalang kemapanan program intervensi Juara
Objektif /Tujuan
Sihat.
Kajian Kualitatif Kajian Persampelan Bertujuan
26 orang responden terlibat dalam temu bual mendalam secara bersemuka. 21 orang kanak-kanak lelaki dan 5
Metolodgi Sampel
orang kanak- kanak perempun.
Kajian
Instrumen Temubual mendalam secara bersemuka
Menggunakan soalan temu bual mendalam dibentuk berdasarkan kajian kepustakaan dan perbincangan
Data Analisis
bersama penyelia dan penyelidik .
Dapatan kajian mendapati faktor- faktor yang mempengaruhi kemapanan intervensi obesiti sebagai penggalak iaitu:
3. Amalan aktiviti fizikal dan pemakanan sihat yang kekal selepas intervensi,
5. Kesedaran kendiri untuk mengamalkan pemakanan sihat dan aktiviti fizikal,kecergeasan atau kecerdasan,
Faktor-faktor yang dikenalpasti sebagai penggalak dan penghalang kemapanan intervensi perlu dipertimbangkan dan seterusnya
mencadangkan kajian masa depan untuk mempertimbangkan faktor-faktor tersebut ketika perancangan program intervensi obesiti
dalam kalangan kanak-kanak bagi menjamin keberkesanan dan kemapanan program intervensi pada jangka masa panjang.
Artikel :2
Perkembangan Sosioemosi Kanak-Kanak Melalui Aktiviti Main Peranan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Peringkat
Tajuk Kajian Prasekolah
Children’s Socioemotional Development through Role Play Activity in Teaching and Learning at Preschool Level
Objektif /Tujuan Mengenal Pasti Perkembangan Sosioemosi Kanak-Kanak Melalui Aktiviti Main Peranan.
Kajian Kualitatif Kaedah kajian kes
Metolodgi Sampel Peserta kajian terdiri daripada 6 orang murid dan 2 orang guru prasekolah
Kajian
Instrumen Kaedah persampelan bertujuan
Data Analisis Mengunakan borang senarai semak dan borang temu bual guru prasekolah
Dapatan
Kajian 1. Terdapat dua ( 2) tema yang muncul dari dapatan kajian iaitu kesedaran kendiri kawalan bersifat impulsif dan kesedaran
kendiri positif.
2. Keadaan Sosioemosi Kanak-kanak sebelum Aktiviti Main Peranan Dijalankan
[Link] dari kaedah pemerhatian menunjukkan bahawa sebelum aktiviti main peranan dilaksanakan, semua peserta
kajian mempunyai sosioemosi yang sama untuk tema aktiviti main peranan yang dipilih iaitu tema restoran.
[Link] 15 penyataan pemerhatian, merujuk tema pilihan dapatan kajian mendapati keadaan kesedaran kendiri kawalan
sifat impulsif iaitu:
[Link] perasaan gembira apabila suka atau dipuji.
ii. Mudah tersenyum atau ketawa.
iii. Suka menangis.
iv. Suka mengasingkan diri.
v. Selalu bermasam muka.
vi. Mudah mengamuk atau marah.
vii. Senang dipujuk apabila merajuk.
viii. Mendengar arahan guru.
ix. Menunjukkan pelbagai corak perasaan seperti ketawa, sedih, mesra.
x. Melakukan aktiviti main peranan dengan penuh bersemangat.
xi. Boleh mengawal diri ketika marah.
xii. Suka memukul kawan apabila marah.
xiii. Menyatakan perasaan suka dan tidak suka.
xiv. Menunjukan empati terhadap rakan.
xv. Menyatakan ucapan yang sesuai mengikut situasi
Terdapat 6 penyataan pemerhatian yang konsisten dengan sifat impulsif iaitu pasif, mengasingkan diri dan kurang
bekerjasama.
Dapatan item pertama “Menunjukkan perasaan gembira apabila suka atau dipuji.” hanya seorang sahaja menunjukan emosi
suka sebelum main berbanding 5 orang peserta lain menunjukan emosi tidak suka dipuji sebelum main.
Dapatan item kedua, “Mudah tersenyum atau ketawa.” rata-rata peserta kajian tidak memberi sebarang reaksi sebelum
aktiviti main peranan dijalankan.
Dapatan item ketiga , “Suka Menangis”.Terdapat tiga peserta yang tidak menangis sebelum aktiviti main peranan dijalankan
dan tiga lagi mudah menangis. Ini kerana emosi mereka sangat sensitif dan susah untuk berkomunikasi.
Dapatan item keempat, “ Suka Mengasingkan diri”. hanya seorang sahaja tidak memilih untuk mengasingkan diri berbanding
4 orang peserta yang suka mengasingkan diri sebelum aktiviti main peranan dijalankan.
Dapatan item kelima, “Suka bermasam muka.”, dapatan kajian mendapati kesemua peserta kajian memilih untuk bermasam
muka sebelum aktiviti main peranan kecuali seorang sahaja.
Dapatan item keenam, “Mudah mengamuk atau marah”. 4 orang peserta didapati tidak menunjukkan emosi ini sebelum
aktiviti main peranan dijalankan kecuali seorang sahaja didapati akan mengamuk atau marah apabila tidak dilayan oleh guru
atau diganggu rakan.
Dapatan item ketujuh, “Senang dipujuk jika merajuk”. Kesemua peserta mudah dipujuk oleh guru sebelum aktiviti main
peranan.
Dapatan item kelapan, “Mendengar arahan guru”. Didapati kesemua peserta mendengar arahan guru di dalam kelas
sebelum aktiviti main peranan dijalankan.
Dapatan item kesembilan, “Menunjukkan pelbagai corak perasaan seperti ketawa, sedih, mesra.” terdapat dua peserta
sahaja yang menunjukan reaksi mengikut item kesembilan.
Dapatan item kesepuluh “Melakukan aktiviti main peranan dengan penuh bersemangat.” Didapati hanya hanya seorang
sahaja peserta yang bersemangat untuk menyertai aktiviti main peranan. 3 orang lagi patuh sekadar mengikut arahan guru.
Dapatan item kesebelah ,“Boleh mengawal diri ketika marah.”, Hanya 2 orang peserta yang mengalami emosi yang tidak
dapat dikawal ketika marah dan suka menjerit .
Dapatan item kedua belas, “Suka memukul kawan apabila marah.” Hanya terdapat seorang sahaja yang menunjukkan
perwatakan tersebut.
Dapatan item ketiga belas, “Menyatakan perasaan suka dan tidak suka.” Dua daripada peserta tidak menunjukkan emosi
mereka dengan jelasa berbanding dua orang lagi sebelum aktiviti main peranan.
Dapatan item keempat belas, “ Menunjukan empati terhadap rakan”. Hasil kajian menunjukkan 3 orang peserta mampu
menunjukkan empati kepada rakan sebelum aktiviti main. Walaupun mereka mempunyai sifat sosioemosi positif meskipun
cenderung bersikap pasif dan mengasingkan diri.
Dapatan item kelima belas,“Menggunakan ucapan yang sesuai untuk situasi.”, dapatan kajian menunjukkan kesemua peserta
tidak mampu untuk menggunakan ucapan yang sesuai mengikut situasi sebelum aktiviti main peranan. Hal ini kerana,
mereka cenderung bersikap pasif dan diam.
Dapatan kaedah temu bual dari perspektif guru-guru prasekolah dari tiga buah prasekolah swasta berbeza daerah di Melaka
juga menunjukkan emosi kanak-kanak sebelum aktiviti main peranan dijalankan lebih bersifat implusif.
[Link] item kelima iaitu “Suka bermasam muka.”, dapatan kajian mendapati kesemua peserta kajian tidak lagi memilih
untuk bermasam muka selepas aktiviti main peranan [Link] yang boleh berkongsi cerita tentang aktiviti yang
dijalankan bersama ibu bapa di rumah kepada guru.
vi. Bagi item keenam, iaitu “Mudah mengamuk atau marah.” semua peserta kajian didapati tidak menunjukkan emosi ini
selepas aktiviti main peranan dijalankan.
vii. Bagi item ketujuh, iaitu “Senang dipujuk.”, dapatan kajian menunjukkan kesemua peserta mudah dipujuk oleh guru
sebelum dan juga selepas aktiviti main peranan.
viii. Bagi item kelapan, “Mendengar arahan guru.” guru telah memainkan peranan dengan memberi arahan untuk pelajar di
dalam kelas ketika pemerhatian dijalankan, didapati kesemua peserta mendengar arahan guru di dalam kelas sebelum dan
selepas aktiviti main peranan dijalankan.
ix. Bagi item kesembilan iaitu “Menunjukkan pelbagai emosi seperti ketawa, sedih, mesra dan sebagainya.”, dapatan kajian
mendapati kesemua peserta selepas aktiviti main peranan semakin berani untuk mengekspresikan emosi mereka.
[Link] item kesepuluh “Melakukan aktiviti main peranan dengan penuh bersemangat.” menunjukkan kesemua bersemangat
untuk menyertai aktiviti main peranan sebelum aktiviti ini dijalankan dan menjalankan aktiviti itu dengan penuh
semangat.
xi. Bagi item kedua belas penyataan “Suka memukul kawan apabila marah.” menunjukkan kesemua peserta tidak lagi
cenderung untuk memukul kawan apabila marah.
xii. Bagi item 13, iaitu “Menyatakan perasaan suka atau tidak suka.” menunjukkan bahawa rata-rata peserta mampu untuk
menunjukkan emosi tersebut.
xiii. Bagi item 14, “Menunjukan empati kepada rakan”. Hasil dari kajian menunjukkan kesemua peserta mampu
menunjukkan empati kepada rakan selepas aktiviti main peranan dijalankan.
xiv. Bagi item 15, “Menggunakan ucapan yang sesuai untuk situasi.”, dapatan kajian menunjukkan kesemua peserta
mampu untuk menggunakan ucapan yang sesuai mengikut situasi selepas aktiviti main peranan.
4. Kesimpulan yang dapat disimpulkan bahawa sosioemosi kanak-kanak selepas aktiviti main peranan berada dalam
sosioemosi kesedaran kendiri positif.
Artikel :3
Tajuk Kajian Bencana: Satu Kajian Kualitatif Terhadap Mangsa Banjir Di Kelantan (Management Of Psychological Elements As Preparation In
Facing Disasters: A Qualitative Study Of Flood Victims In Kelantan)
Untuk memahami secara mendalam mengenai kesan bencana kepada kesihatan mental seseorang mangsa dan kesan tadbir urus
Objektif /Tujuan
bencana jika tidak diurus dengan betul
Dapatan hasil kajian mendapati terdapat kesan yang terdapat dalam kajian tersebut iaitu terdiri daripada tema berikut:-
Dapatan 1. Tema Perasaan, [Link] Psikologikal [Link] Pengurusan Psikologikal
Kajian
Melalui kesan secara temubual melalui masalah psikologikal mendapati semua responden mengalami perasaan sedih terhadap
kehilangan harta benda. Kesedihan yang dirasai adalah disebabkan oleh faktor ekonomi keluarga, faktor emosi dan faktor pemikiran
bagaimana untuk memulakan kembali kehidupan selepas bencana banjir yang dialami. Bagi kesan tema psikologi trauma dapat
kenal pasti melalui pengalaman responden mengalami trauma bila teringatkan berlakunya hujan. Seterusnya kesan tema psikologi
pula mendapati ada responden mengalami kemurungan yang ketara. Kesemua responden merasai perasaan tidak semangat untuk
meneruskan kehidupan. Mereka risau bagaimana untuk memulakan kehidupan kembali selepas semua peralatan, kelengkapan dan
barangan keperluan harian hilang akibat banjir. Manakala dari aspek pengurusan psikologikal responden secara keseluruhan yang
melalui temu bual didapati semua antara mereka memerlukan elemen sokongan kekuatan dalaman ataupun luaran.
Artikel :4
Tajuk Kajian Kajian Tentang Persepsi Guru Terhadap Perkembangan Profesionalisme Dalam Amalan Pengajaran
Tujuan kajian ini adalah untuk menerokai persepsi guru mengenai perkembangan profesionalisme guru dalam amalan
Objektif /Tujuan
pengajaran.
Metolodgi Seramai tiga ( 3 ) orang guru telah dipilih iaitu 2 orang Pensyarah dari IPT Swasta dan 1 orang guru sekolah
Sampel
Rendah di Kuantan.
Kajian
Instrumen Temubual dan pemerhatian dokumen
Data Analisis Menggunakan teknik pensampelan tidak kebarangkalian (non-probability sampling).
Dari hasil kajian yang dijalankan melalui kaedah temu bual semi struktur , pengkaji telah dapat mengenal pasti enam (6)
persepsi utama daripada ketiga-tiga responden berkaitan dengan perkembangan profesionalisme; iaitu
Dapatan pertamakompetensi dan kemahiran,
Kajian kedua nilai kendiri dan personaliti,
ketiga kursus dan latihan,
keempat teknologi,
kelima isu
keenam inisiatif.
Selaian itu juga dapatan kajian menunjukkan responden mempunyai persepsi yang positif terhadap perkembangan
profesionalisme. Walau bagaimana pun, penulis perlu membuat beberapa penambahbaikan diambil agar dapat meningkatkan
tahap profesionalisme. Hal ini penting untuk memastikan kualiti pendidikan sentiasa terjamin.
Artikel :5
Tajuk Kajian Teknik Penyoalan Lisan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Objektif /Tujuan Mengkaji teknik penyoalan lisan yang digunakan oleh guru praperkhidmatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu.
Kajian Kualitatif Kajian Deskriptif
Sampel 2 orang guru praperkhidmatan yang mengajar Bahasa Melayu
Metolodogi Instrumen Teknik penyoalan aras kognitif dengan menggunakan kaedah pemerhatian dan semakan dokumen
Kajian Data Analisis Menggunakan kaedah pemerhatian dan semakan dokumen
Dapatan kajian mendapati perlaksanaan kaedah ini mengikut soalan kajian, iaitu aras kognitif soalan, jenis lingkaran soalan dan
kekerapan taburan soalan mengikut aras dan jenis dalam kalangan guru praperkhidmatan sepanjang proses PdP berlangsung. Contoh
Dapatan soalan yang dibuat dalam kajian tersebut:-
Kajian
a) Adakah terdapat perbezaan penggunaan aras kognitif soalan ketika guru praperkhidmatan memulakan PdP, semasa PdP dan
penutup PdP?
Implikasi kajian menunjukkan bahawa terdapat kekurangan penyoalan lisan pada aras kognitif tinggi, berserta lingkaran soalan yang
terbatas dalam pengajaran dan pembelajaran yang mana telah menyebabkan penglibatan murid dan budaya berfikir aras tinggi masih
terhad. Justeru, guru praperkhidmatan harus dan perlu didedahkan dengan teknik membina soalan mengikut aras kognitif agar dapat
meningkatkan kemahiran guru khususnya yang berkaitan dengan kemahiran berfikir aras tinggi.
Artikel :6
Tajuk Kajian Penggunaan Teknik Interpretative Phenomenological Analysis Dalam Penyelidikan Bidang Pengajian Islam
Meneroka secara mendalam bagaimana responden yang dikaji memberi makna terhadap pengalaman peribadi yang dilalui
Objektif /Tujuan
dengan menggunakan IPA sebagai teknik penyelidikan dalam bidang pengajian Islam
Tema 1 - Responden pertama adalah seorang lelaki yang mempunyai latar belakang agama yang sederhana.
Tema II- Persediaan awal responden sebelum menunaikan ibadah Haji adalah dengan meningkatkan lagi penglibatan diri
dengan aktiviti keagamaan di masjid dan surau.
Tema III -Ketika mula tiba di Mekah, responden menggambarkan perasaan beliau yang amat risau dan takut.
Tema IV-Responden menggambarkan perasaan teruja yang sukar untuk diungkapkan dengan perkataan sepanjang mengerjakan
ibadah Haji
Artikel :7
Tajuk Kajian Program Linus Bahasa Melayu: Beberapa Kelemahan dalam Penilaian dan Cadangan Penambahbaikan
1. Mengenal pasti kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam konstruk penilaian program LINUS bahasa Melayu
Objektif /Tujuan
2. Menghuraikan cadangan penambahbaikan terhadap konstruk penilaian program LINUS bahasa Melayu
KajianKualitatif Kaedah kajian deskriptif
Metolodgi Fokus pada 12 konstruk penilaian kemahiran membaca untuk menilai tahap kemahiran membaca murid-
Sampel
Kajian murid.
Instrumen Menggunakan teori pengsukukataan bahasa Melayu yang diubah suai daripada teori autosegmental
Data Analisis: Kaedah kepustakaan, iaitu penelitian terhadap kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan program
Dapatan hasil kajian ini terbahagi kepada dua aspek yang utama, iaitu kelemahan yang terdapat dalam 12 konstruk penilaian
kemahiran membaca LINUS dan cadangan penambahbaikan konstruk penilaian tersebut.
Dapatan
Kajian Dalam kajian itu mendapati bahawa terdapat beberapa konstruk yang mempunyai kelemahan dan perlu diperbaiki supaya
konstruk tersebut mampu membantu guru-guru mengesan murid-murid yang tidak boleh membaca dengan lebih tepat dan
berfokus.
Antara konstruk yang mempunyai kelemahan adalah Konstruk 4 dan Konstruk 5 merupakan tahap mengesan keupayaan
membaca murid-murid untuk membaca suku kata tertutup dan perkataan yang mengandungi suku kata tertutup. Kedua-dua
konstruk tersebut tidak dinyatakan dengan jelas bentuk suku kata tertutup (KVK) yang perlu dikuasai oleh murid.
Kajian ada memberikan cadangan untuk memantapkan Konstruk 4 dan 5 yang terdapat dalam konstruk penilaian kemahiran
membaca LINUS dengan menyenaraikan bentuk penggunaan suku kata bahasa Melayu yang wujud dalam bahasa Melayu.
Artikel :8
Tajuk Kajian Unsur Spiritual Dalam Cerita Lisan Melayu
Objektif /Tujuan Mengenal pasti dan menganalisis ritual sumpahan yang terkandung dalam cerita-cerita lisan Melayu
Kajian Kualitatif Kajian deskriptif
Sampel Koleksi 366 Cerita Rakyat Malaysia untuk dijadikan bahan kajian. Koleksi tersebut mempunyai
sebanyak 220 halaman bercetak
Metolodgi Instrumen Pengkaji telah membataskan beberapa cerita lisan melayu sebagai data kajian
Kajian Data Analisis Kaedah Perpustakaan rujukan daripada buku-buku, majalah, kamus, bahan ilmiah, tesis para sarjana dan
sumber internet
Dapatan Dapatan hasil kajian mendapati pengkaji telah kenal pasti aspek utama yang terkandung dalam Koleksi 366 Cerita
Rakyat berdasarkan unsur spiritual, iaitu sumpahan.
Kajian
Berikut adalah antara petikan yang terhasil daripada kajian berkaitan;
a) Petikan cerita pokok berdarah berkisah tentang dua puteri yang telah disumpah menjadi dua pohon pokok.
b) Petikan cerita Sang Gedembai berkisah tentang sumpahan manusia menjadi batu.
c) Petikan cerita Kisah Jambul Belatuk mengisahkan seorang anak yang menderhaka kepada ayahnya.
d) Petikan cerita Puteri Tupai berkisah tentang mengingati keadilan dalam berpolitik.
e) Petikan cerita Ketam Sumpahan, diceritakan mengenai sumpahan terhadap seorang puteri bunian.
f) Petikan cerita Gunung Bubu, turut mengisahkan mengenai sumpahan daripada Sang Kelembai menjadi batu.
g) Petikan cerita Bayan dan Puteri Kayangan turut menyingkap kisah berkonsep sumpahan
h) Petikan cerita Puteri Durian Tunggal mengisahkan mengenai sumpahan.
i) Petikan cerita Sungai Sembilang merupakan salah satu cerita yang menggambarkan sumpahan
j) Petikan cerita Seruling Buluh Perindu mengisahkan konsep sumpahan
k) Petikan cerita Sembilang Kuala Sawah juga berkonsep ritual sumpahan
Artikel :9
Tajuk Kajian Aktiviti Bermain Pasir Meningkatkan Interaksi Sosial Kanak kanak yang Kelewatan Pertuturan (Sand Play Activities
Enhance the Social Interaction of Speech Delayed Child)
Objektif /Tujuan Melihat keberkesanan aktiviti bermain pasir dalam meningkatkan interaksi sosial kanak-kanak kelewatan pertuturan.
Kajian Kualitatif Kajian kes
Seorang sampel sahaja yang terlibat dalam kajian ini dan sampel tersebut merupakan seorang pelajar
Metolodgi Sampel perempuan yang berumur lima tahun. Sampel adalah pelajar yang mengalami kelewatan pertuturan
Kajian yang bersekolah di tadika swasta dalam kelas arus perdana
Borang senarai semak dan juga bahan dan peralatan yang digunakan untuk aktiviti bermain pasir
Instrumen
Seperti bekas yang sederhana besar atau dulang, pasir dan penerap pelbagai bentuk yang digunakan
untuk menekap pasir
Data Analisis Kaedah pemerhatian menggunakan ujian pra dan ujian-post.
1. Dapatan kajian mendapati kaedah pemerhatian awal menunjukan terdapat jurang interaksi sosial Ini disebabkan peserta
(sampel) suka bermain secara bersendirian meski pun berada dalam kumpulan. Peserta hanya bermain seorang diri dan
tidak mengganggu rakan yang lain di awal pemerhatian.
Dapatan
Kajian 2. Dapatan seterusnya mendapati kanak-kanak kelewatan pertuturan dilihat mempunyai sikap tidak suka berkongsi dan
menjadi salah satu punca timbulnya pergaduhan dengan rakan dalam kumpulan tersebut. Pergaduhan berlaku disebabkan
oleh tiada komunikasi dua hala yang berlaku antara subjek dan juga rakan.
3. Dapatan seterusnya mendapati setelah intervensi dilakukan peserta dapat membuat ayat yang lebih panjang dan mula
untuk berinteraksi secara dua hala. Dapatan kajian dapat dibuktikan dengan adanya aktiviti bermain pasir mampu
Dapatan
meningkatkan interaksi sosial malah mambantu dalam penggunaan ayat yang lebih panjang.
Kajian
4. Antara faktor yang membawa kepada kelewatan pertuturan adalah disebabkan oleh persekitaran. Aktiviti secara
berkumpulan merupakan salah satu persekitaran atau keadaan yang dapat mendorong dalam meningkatkan interaksi
[Link] yang dilaksanakan juga membantu untuk berinteraksi dan saling berkongsi dengan rakan.
5. Dapatan kajian mendapati dengan aktiviti bermain pasir dapat menngkatkan interaksi sosial kanak-kanak yang mengalami
kelewatan bercakap. Hal ini memerlukan sokongan daripada ibu bapa dan guru
Artikel :10
Pelaksanaan Penskoran Pentaksiran Lisan Bahasa Melayu Dalam Pentaksiran Bilik Darjah (The Implementation Of The Scoring
Tajuk Kajian
For Malay Language Oral Assessment)
Objektif /Tujuan Mengenal Pasti Cara Penskoran Tahap Penguasaan Murid Semasa Pelaksanaan Pentaksiran Lisan.
Kajian Kualitatif Kajian Kes
Metolodgi Tujuh orang guru dari empat buah sekolah yang terlibat, iaitu SMK; SABK; SBP; dan SMKA.
Kajian Peserta Kajian 01 (PK01) dan Peserta Kajian 02 (PK02) di sekolah SMK, Peserta Kajian 03 (PK03) dan
Peserta Kajian 04 (PK04) di sekolah SABK, Peserta Kajian 05 (PK05) dan Peserta Kajian 06 (PK06) di
Sampel sekolah SBP, dan Peserta 07 (PK07) di sekolah SMKA.
1 seorang berkelulusan Ijazah Pertama dalam Pengajian Melayu, 1 orang Ijazah SarjanaPentadbiran
Pendidikan, 3 orang peserta kajian memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pengajaran Bahasa Melayu Sebagai
Bahasa Pertama, dan 2 orang guru berkelulusan Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM
Instrumen Menggunakan temu bual semi-struktur.
Data Analisis Melaksanakan temu bual, membuat pemerhatian dalam bilik darjah, dan menganalisis dokumen bertujuan
Dapatan
1. Rubrik Tahap Penguasaan
Kajian
[Link] kajian mendapati peserta kajian merujuk Standard Prestasi untuk menentukan skor murid mengikut TP yang dicapai
oleh murid tetapi mengikut pemahaman mereka sendiri berdasarkan penyataan yang ditetapkan dalam TP. Mereka
menyatakan bahawa penyataan TP adalah sangat rigid, tidak jelas, dan tidak boleh diukur menyebabkan mereka membuat
penskoran secara persepsi sendiri.
[Link] temu bual menunjukkan peserta kajian akur dengan arahan DSKP yang memerlukan mereka merujuk TP semasa
membuat penskoran pentaksiran lisan tetapi mengikut pemahaman mereka sendiri untuk menentukan TP.
c. Hasil dapatan mendapati PK01 dan PK06 membuat penskoran di dalam bilik darjah dengan memerhati dan meneliti setiap
kali murid berinteraksi semasa murid melakukan perbincangan dalam kumpulan. Bahkan juga menegur murid serta merta
Dapatan sekiranya terdapat kesalahan struktur ayat atau tatabahasa yang digunakan oleh murid.
Kajian d. Pelaksanaan penskoran yang dilakukan mengikut persepsi sendiri oleh peserta kajian adalah tidak menepati ketetapan
DSKP. Tindakan ini akan memberi impak kepada penskoran yang tidak tepat dan telus berikutan tidak memenuhi penyataan
Standard Prestasi dalam menentukan pencapaian Tahap Penguasaan . Ini terjadi keranpeserta kajian masih tidak faham
dengan penyataan TP.
PK06 yang penilaian secara pertimbangan profesional semasa pentaksiran lisan. Beliau melakukan secara pemerhatian yang
kerap kepada murid beliau. Beliau memahami bahawa pemerhatian dalam satu tempoh masa yang sesuai membantu guru
Dapatan untuk membuat pertimbangan profesional
Kajian
iii. Melalui pemerhatian pengkaji, penilaian pentaksiran lisan yang dilakukan oleh peserta kajian juga dibuat secara pertimbangan
profesional. Pengkaji memerhatikan bahawa peserta kajian akan memastikan murid diberi peluang sekerap mungkin sekiranya
murid masih belum dapat mengemukakan hujahan dengan tepat.
ii. Dapatan pemerhatian menunjukkan bahawa peserta kajian akan bergerak ke setiap kumpulan perbincangan murid. Pengkaji
mendapati, peserta kajian menilai murid secara individu semasa murid memberi idea kepada ahli kumpulan secara lisan.
iii. Dapatan pemerhatian juga membuktikan peserta kajian akan merangsang dan menggalakkan murid yang tidak aktif dengan
bersoal jawab kepada murid yang berkenaan. Dapat diperhatikan hasil analisis kajian menunjukkan bahawa peserta peserta
kajian mematuhi PPPBD dalam melaksanakan penskoran pentaksiran lisan. Hanya dua orang menyatakan mereka
melaksanakan penilaian penskoran murid secara purata.
iv. Mereka menerangkan bahawa penilaian dibuat berdasarkan wakil kumpulan yang membentangkan tugasan. Kedua-dua peserta
kajian menganggap bahawa wakil kumpulan yang berhujah di hadapan kelas sudah dikira mewakili ahli kumpulan yang lain
Dapatan dengan mengambil kira pandangan dan idea yang dikemukakan oleh setiap ahli. Rata-rata ahli kumpulan akan menerima TP
Kajian yang sama berdasarkan skor yang diterima oleh wakil pembentang. Selain itu, mereka menjelaskan lagi bahawa pemberian
skor secara purata dilakukan untuk menjimatkan masa kerana bilangan murid di dalam bilik darjah yang ramai dan tidak
dilakukan secara individu kerana memerlukan masa yang panjang untuk menilai setiap murid.
v. Kenyataan yang diberikan oleh kedua-dua peserta kajian di atas dengan memberi penilaian pentaksiran lisan secara purata
adalah tidak mengikut ketetapan dalam PPPBD. Penskoran seharusnya diberi kepada setiap murid secara individu kerana
setiap murid mempunyai kebolehan dan potensi yang berbeza.
vi. Dapatan pemerhatian menunjukkan bahawa setiap kali perbincangan kumpulan tamat, peserta kajian meminta seorang wakil
kumpulan ke hadapan kelas untuk membentangkan hasil kerja kumpulan. Wakil kumpulan akan menyampaikan idea dan
pandangan hasil perbincangan dengan rakan sebaya tentang tajuk yang yang dibincang bersama. Peserta kajian akan memberi
skor yang sama kepada semua ahli kumpulan. Malah setelah PdP tamat, pengkaji bertanya sekali lagi kepada PK04 bahawa
bagaimana beliau membuat penskoran. Keadaan yang berlaku menunjukkan ketidakadilan, bias, tidak telus dan skor yang
diterima oleh murid adalah tidak tepat dan betul. Setiap murid seharusnya diberi peluang untuk berinteraksi kerana potensi dan
keupayaan setiap murid adalah [Link] kajian yang mengajar bahasa Melayu akur dengan sistem pentaksiran yang
berlaku seiring dengan proses PdP. Amalan penskoran pentaksiran lisan dalam kalangan peserta kajian masih berada pada
tahap yang rendah.
vii. Dapatan kajian mendapati peserta kajian masih belum jelas dan tidak memahami dengan mendalam penyataan yang terdapat
dalamStandard Prestasi (Spi) untuk menentukan Tahap Penguasaan (TP) yang perlu dicapai oleh [Link] menyebabkan
Dapatan penskoran yang dilakukan oleh peserta kajian mengikut pemahaman dan persepsi mereka [Link] yang diambil oleh
Kajian peserta kajian ini kerana TP dalam SPi didapati terlalu subjektif dan sukar untuk peserta kajian mengukur pentaksiran lisan
murid penskoran pentaksiran .
viii. Rumusan daripada dapatan kajian penilaian haruslah dibuat oleh peserta kajian secara individu dan bukannya dibuat secara
purata dengan memberi penilaian yang seragam kepada semua murid dalam satu kumpulan. Adalah diharapkan pihak
berkepentingan khususnya Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), KPM perlu meningkat profesionalisme khususnya
dalam kalangan guru agar pelaksanaan pentaksiran bahasa Melayu dapat dilaksanakan mengikut garis panduan dan berada
dalam landasan yang betul.
Artikel :11
Tajuk Kajian Cabaran Guru Prasekolah Dalam Melaksanakan Simulasi Jual Beli (Challenges Of Preschool Teachers In Implementing Buying
And Selling Simulation)
Objektif /Tujuan meneroka cabaran guru prasekolah dalam melaksana simulasi jual beli.
Kajian Kualitatif Kajian Kes Penerokaan.
Peserta kajian dalam kajian ini melibatkan seramai 22 orang murid yang terlibat dalam simulasi jual beli
Metolodgi Sampel dan seorang guru prasekolah. Pemilihan peserta kajian diambil daripada prasekolah Permata Berlian, Bandar
Rawang Selangor.
Kajian
Instrumen Menggunakan temu bual semi-berstruktur, pemerhatian dan dokumen analisis .
Semua data yang dikumpul, telah digabungkan dalam satu dimensi kategori (instrumen temu bual,
Data Analisis
pemerhatian dan dokumen analisis).
Dapatan
Tema 1: Apakah cabaran guru dalam melaksanakan simulasi jual beli?
kajian
Dapatan kajian menunjukkan penemuan secara keseluruhan analisis deduktif . Berdasarkan hasil dapatan maklumat temu bual
bersama peserta kajian guru, hasil pemerhatian, dan dokumen analisis (gambar foto,video rakaman pemerhatian, rakaman temu
bual dan catatan lapangan) maka terdapat empat cabaran guru dalam melaksanakan simulasi jual beli:
a. Pelaksanaan aktiviti
b. Kekangan SOP
c. Kawalan kelas
Cabaran pertama guru dalam mengendalikan simulasi jual beli adalah berkaitan dengan pelaksanaan [Link] hasil
pemerhatian dan temu bual bersama guru mendapati terdapat tiga set simulasi jual beli yang telah dijalankan iaitu;
1) Simulasi jual beli-Guru
2) Simulasi jual beli-Murid
3) Simulasi jual beli-konvensional
c. Kawalan kelas
i. Cabaran guru seterusnya dalah untuk menjelaskan mengenai cara pengendalian simulasi jual beli adalah pada aspek
pengawalan bilik [Link] dua aspek iaitu aspek tingkah laku murid semasa simulasi berlangsung dan tingkah laku
pembeli yang berada di tempat duduk masing-masing.
ii. Guru menyatakan mengawal tingkah laku murid bukanlah suatu perkara yang mudah apatahlagi keseluruhan murid
terlibat dalam simulasi jual beli tersebut. Pelbagai emosi, tindakan, dan ragam yang akan dikeluarkan oleh [Link]
guru perlu bersiap sedia dan tahu cara mengendalikan murid agar tetap fokus dalam simulasi.
iii. Hasil temu bual di atas menunjukkan guru mengalami cabaran yang besar dalam aspek pelaksanaan dari sudut pengawalan
Dapatan bilik [Link] ini termasuklah pada langkah bagaimana guru mengawal pergerakan murid yang kemungkinan terlalu
kajian aktif, suasana yang bising semasa aktiviti berlangsung, murid bermain, perebutan peranan dan [Link] ini
menjelaskan guru prasekolah mempunyai tahap kesabaran yang tinggi pada kerjayanya yang berdepan dengan pelbagai
kanak-kanak yang berbeza keaktifan.
Cabaran keempat merupakan cabaran menyelesaikan masalah matematik operasi tambah. Semasa simulasi jual beli berlangsung,
masalah yang kerap timbul telah dikenal pasti iaitu murid sukar menyelesaikan masalah matematik melibatkan nilai wang 40sen.
Perkara ini dapat diperhatikan harga jualan bernilai 40sen dan terdapat murid tidak tahu bagaimana mendapatkan jumlah nilai
40sen tersebut. Hasil pemerhatian pengkaji, murid keliru mengecam antara jumlah yang berdekatan 40sen dan 50sen, dan pada
masa yang sama disebabkan duit syiling tidak mempunyai nilai 40sen.
Maka, kesukaran timbul kerana murid tidak mengetahui cara menjumlahkan 20sen+20sen=40sen. Oleh itu, ketika simulasi
berlangsung, guru serta-merta akan mengajar murid yang lemah dalam operasi tambah. Maka, cabarannya adalah ciri pengajaran
ini dilakukan oleh guru secara berulang dan didiapati jika terdapat murid yang tidak menambahkan nilai jumlah 40sen, guru akan
menjalankan pengajaran sehingga murid tersebut mengetahuinya.
Artikel :12
Persepsi Ibu Bapa Terhadap Penganjuran Majlis Graduasi Mewah Tadika (Parents' Perceptions of Organizing Luxury Kindergarten
Tajuk Kajian
Graduation Ceremony)
Objektif /Tujuan Meneroka Masalah Ibu Bapa Dalam Pembayaran Kos Majlis Graduasi Mewah Tadika
Kajian kualitatif: Fenomenologi
Sampel : Tiga orang ibu bapa sebagai responden dalam kajian ini iaitu ibu bapa yang ada pengalaman atau yang pernah
Metolodgi mengikuti majlis graduasi mewah tadika anak mereka.2 orang dari Sarawak dan seoarang dari Semenanjung.
Kajian Instrumen: Teknik persampelan secara bertujuan
Data analisis: Temu bual dengan responden ditranskripkan,pengekodan dan kaedah analisis tematik
Dapatan kajian iaitu ada merangkumi satu tema iaitu tahap sosial ekonomi ibu bapa, dan mempunyai dua sub tema iaitu latar belakang ibu bapa
2) Dapatan kajian mendapati terdapat pelbagai masalah yang dialami oleh ibu bapa dalam penganjuran majlis graduasi mewah
tadika. Antaranya ;
i. Ada ibu bapa yang menyetujui majlis graduasi ini kerana mereka mengaggap majlis graduasi ini memberi kesan yang mendalam
kepada anak-anak mereka
ii. Ada ibu bapa yang merasakan diri mereka terbeban dengan kos pembayaran tersebut kerana mereka mempunyai masalah
kewangan.
Artikel :13
Tajuk Kajian Kanak-Kanak Minoriti Orang Asli Di Malaysia: Menggapai Literasi Bahasa Melayu (Orang Asli Minority Children In Malaysia:
Achieving Literacy Malay Language)
Objektif /Tujuan Mengenal Pasti Mengenal Pasti Masalah-Masalah Utama Yang Dihadapi Dalam Literasi Bahasa Melayu Dan Di Samping Itu Kajian Ini
Juga Cuba Menjelaskan Punca-Punca Kepada Masalah Literasi Murid Orang Asli
Kajian Kualitatif: Kajian kes.
Dua orang guru dan 30 orang murid-murid Orang Asli tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Terisu, Cameron
Sampel :
Highland.
Metolodgi Instrumen: Melalui Temubual
Kajian Kaedah pensampelan bertujuan ( nonprobability sampling)-temu bual bersemuka perbualan dirakam
Data Analisis:
menggunakan pita rakaman, nota catatan dan proses triangulasi
1) Masalah-Masalah Utama Murid-Murid Orang Asli dalam Pembelajaran Penulisan Karangan Bahasa Melayu.
Dapatan Hasil dapatan mendapati kesemua responden bersetuju bahawa kanak-kanak murid Orang Asli majoritinya menghadapi banyak masalah
dalam pembelajaran penulisan karangan Bahasa Melayu.
Kajian
Seramai tiga atau empat orang murid tidak boleh membaca dalam satu kelas.
Walaupun terdapat murid yang boleh membaca tetapi bukan semua mereka memahami makna ayat terutama ayat majmuk
Kebanyakan murid menguasai kemahiran 3M tetapi 3M mereka ialah main, makan dan menyanyi dan bukannya membaca, menulis dan
mengira.
Mudah lupa
3) Budaya Pembelajaran
Murid-murid orang asli kurang kuat dari segi budaya pembelajaran.
Berlaku apabila mereka datang ke sekolah.
Tidak ada motivasi untuk mereka membuat kerja rumah atau mengulang kaji pelajaran.
Ibu bapa pula tidak memainkan peranan untuk membantu pembelajaran anak-anak mereka.
5) Antara punca banyak berlaku kadar keciciran dalam kalangan murid Orang Asli ialah;
1. Tahap sosioekonomi yang rendah, Pengangkutan ke sekolah menengah yang lebih jauh
2. Tahap kesedaran terhadap pendidikan yang rendah dan Motivasi yang rendah
3. Taraf kesihatan yang rendah
4. Membantu ibu bapa mencari sumber pendapatan keluarga dengan bekerja di hutan atau di kebun
5. Sikap ibu bapa pula tidak memarahi anak-anak yang suka ponteng.
Artikel :14
Kaedah Pengajaran Dalam Talian Guru Bahasa Melayu Dan Motivasi Murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sepanjang Tempoh
Tajuk Kajian
Perintah Kawalan Pergerakan
1. Meneroka kaedah PdP dalam talian yang digunakan oleh guru Bahasa Melayu SJKC sepanjang tempoh PKP.
Objektif /Tujuan
2. Meninjau motivasi murid SJKC untuk mengikuti PdP Bahasa Melayu dalam talian sepanjang tempoh PKP.
Kajian Kualitatif: Reka bentuk kualitatif
Sampel : Tiga (3) orang guru Bahasa Melayu dipilih sebagai peserta kajian
Instrumen: Instrumen utama dalam kajian ini ialah temu bual.
Metolodgi
kaedah temu bual dan analisis dokumen.
Data Analisis:
Kajian
1. Dapatan kajian menunjukkan terdapat 4 kaedah PdP Bahasa Melayu dalam talian yang digunakan oleh 3 orang peserta kajian
iaitu:
Dapatan
Kaedah Projek,
Kajian
Kaedah Penyelesaian Masalah,
Kaedah Perbincangan dan
Kaedah Latih Tubi .
2. Dapatan kajian dari aspek motivasi murid pula, kajian menunjukkan kehadiran, penglibatan dalam PdP dan penghantaran
tugasan adalah memuaskan.
3. Dapat kajian mendapati pengkaji mencadangkan kajian lanjut dijalankan untuk meneroka kaedah PdP Bahasa Melayu dalam
talian dan motivasi murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah Kebangsaan (SK) sepanjang tempoh PKP.
Artikel :15
Tajuk Kajian Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pertukaran Kod Dalam Pengajaran Guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah
1. Meneroka pertukaran kod dalam kalangan guru Bahasa Melayu sekolah rendah dalam PdP
Objektif /Tujuan
2. Meneroka faktor-faktor yang mempengaruhi pertukaran kod guru Bahasa Melayu sekolah rendah dalam PdP.
Kajian Kualitatif: Kajian Kes
Sampel : 3 orang guru yang mengajar Bahasa Melayu
Instrumen: Sumber Primer melalui inventori protokol temubual
Metolodgi
Data Analisis: Kaedah pengumpulan data- hasil dapatan kajian lepas dan membina beberapa soalan
Kajian
[Link] Pertukaran Kod Dalam Kalangan Guru Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.
Bertujuan untuk melihat sejauh mana peserta kajian yang mengajar subjek Bahasa Melayu menggunakan bahasa Melayu dan melakukan
Dapatan
pertukaran kod bahasa dalam PdP.
Kajian
Pertukaran kod ini berlaku ketika guru berusaha untuk memberi penerangan serta penjelasan tentang perkara yang diajar kepada murid
untuk memberikan kefahaman kepada mereka. Hal ini disebabkan, kekhuatiran guru tersebut terhadap tahap pemahaman murid-murid
yang tidak begitu memuaskan tentang isi pelajaran yang disampaikan sekiranya menggunakan bahasa Melayu secara sepenuhnya. Oleh
itu, guru-guru perlu menggunakan bahasa ibunda untuk membantu pemahaman murid.
Mereka menggunakan bahasa ibunda murid (bahasa Iban-B1) di dalam kelas bahasa Melayu disebabkan murid-murid tidak memahami
perkara yang diajar. Secara tidak langsung, pertukaran kod turut berlaku dalam PdP guru terbabit.
Bagi peserta kajian/guru bahasa Melayu, dengan melakukan terjemahan secara terus menggunakan bahasa Ibunda murid, ia dapat
mengukuhkan pemahaman murid tersebut memandangkan majoriti murid yang diajar terdiri daripada kalangan murid bukan penutur
natif bahasa Melayu.
2 Meneroka Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kod Dalam Kalangan Guru Bahasa Melayu Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran Bahasa Melayu.
Bertujuan untuk melihat sejauh mana peserta kajian yang mengajar subjek Bahasa Melayu menggunakan bahasa Melayu
dan melakukan pertukaran kod bahasa dalam PdP.
Faktor-faktor tersebut dapat dikategorikan kepada tiga faktor utama, iaitu:
(i) kekurangan kosa kata atau perbendaharaan kata bahasa Melayu dalam kalangan murid.
(ii) sikap guru terhadap pengajaran bahasa Melayu.
Kesimpulan :
Secara rumusnya kajian kualitatif ini merangkumi 15 artikel kajian . Dapatan kajian ini meliputi 6 kajian kes, 1 reka bentuk kualititatif, 2 kajian
fenomologi, 3 kajian deskriptif, 1 kajian kes penerokaan, 1 kajian kes instrisik dan 1 persampelan bertujuan. Penggunaan kaedah kualitatif bukan
untuk membuktikan bahawa kaedah ini lebih baik daripada kaedah penyelidikan yang lain seperti kuantitatif atau kaedah campuran. Ia menjurus
kepada pilihan pengkaji untuk memilih strategi penyelidikan yang diperlukan dan bersesuaian dengan pelaksanaan kajian. Kaedah kualitatif
merupakan kaedah penyelidikan yang memberi fokus kepada cara bagaimana manusia menterjemah dan memberi makna kepada pengalaman
dan fenomena sosial yang berlaku dalam realiti kehidupan manusia. Pendekatan kualitatif digunakan untuk memahami realiti sosial dan
menerokai tingkah laku, perspektif, perasaan dan pengalaman individu, kumpulan, masyarakat dan budaya serta menyelami perkara-perkara
yang mendasari kehidupan .