AMPASAN KERJA LEBIH MASA
Waktu kerja adalah merujuk kepada situasi di mana pekerja berada dalam
kawalan majikan dari segi masa dan perbuatan. Waktu kerja mempunyai konsep
5-8-10-48 jam di mana pekerja tidak boleh bekerja melebihi had yang ditetapkan:
a) 5 jam berturut-turut
Pekerja hendaklah diberikan waktu rehat selama 30 minit dalam waktu kerjanya
selepas 5 jam waktu kerja berturut-turut melainkan kehadiran yang berterusan
diperlukan di tempat kerja di mana jika di dalam situasi tersebut, dia
akan diberikan waktu rehat makan 45 minit (contohnya, penjaga keselamatan)
b) 8 jam sehari
Waktu maksimum bekerja dalam sehari ialah 8 jam ,tidak termasuk waktu rehat.
Jika pekerja dibenarkan untuk meninggalkan dan masuk ke kerja semula ketika
waktu rehat yang disediakan, maka tempoh 1 jam adalah tidak dikira sebagai
waktu kerja. Majikan boleh melampui batasan ini dengan syarat tempoh bekerja
seminggu adalah tidak melebihi 48 jam.
c) Waktu kerja 10 jam (spread over)
Hal ini adalah merujuk kepada jumlah bekerja pekerja melakukan kerja sehingga
tamat dan tempoh ini adalah termasuk pecahan waktu rehat. Contohnya, pelayan
bekerja daripada pukul 11 pagi sehingga pukul 3 petang yang diikuti 4 jam waktu
rehat yang kemudiannya sambung kerja pada pukul 7 hingga 11 malam.
Perundangan tidak menganggap dia bekerja selama 12 jam tetapi 10 jam bekerja
dan 2 jam kerja lebih masa walaupun dia bekerja selama 8 jam sahaja dengan 4
jam rehat.
d) 48 jam seminggu
Hal ini adalah berkenaan had limit bekerja selama 48 jam seminggu kecuali
dengan kelulusan Ketua Pengarah yang boleh meletakkan apa-apa syarat dan
terma yang dianggap perlu.
Selain daripada itu, pekerja hanya boleh bekerja melebihi had limit dalam situasi
berikut:-
a) Kemalangan tempat kerja
b) Kerja, prestasi yang penting kepada komuniti syarikat seperti TNB,Syabas
c) Kerja, aktiviti yang penting kepada pertahanan/keselamatan syarikat
d) Kerja segera berkenaan mesin/ pelan
e) Gangguan kerja yang tidak diduga dan memerlukan pekerja untuk
menunggu dan melakukan kerja sehingga selesai
f) Kerja, prestasi di dalam industry yang penting kepada ekonomi Malaysia /
apa-apa perkara yang disenaraikan di dalam Akta 1 Akta Perhubungan
Perusahaan
) Permohonan dibuat kepada Ketua Pengarah di mana terma dan syarat boleh ditetapkan jika perlu.
h) Pekerja yang bekerja di dalam situasi yang tidak aktif atau standby. Contohnya, jika pemandu CEO
bekerja dari jam 8 pagi sampai 8 malam di mana dia tidak aktif di dalam tempoh tertentu, had yang
disebutkan tidak terpakai kepada pemandu.
Kerja lebih masa adalah jumlah jam kerja yang dilakukan melebihi waktu kerja biasa di dalam satu hari.
Waktu kerja biasa adalah bilangan jam bekerja yang diletakkan di dalam kontrak perkhidmatan. Jadi jika
pekerja bersetuju untuk mengubah waktu jam bekerja, ini tidak bermaksud dia akan terus mendapat
kerja lebih masa memandangkan jumlah jam kerja dalam sehari masih tidak berubah dan hanya waktu
kerja sahaja berubah. Kadar untuk kerja lebih masa adalah seperti berikut:
Hari
Kadar
Hari bekerja/ Hari tidak bekerja selain daripada senarai di bawah :-
1.5 x Kadar Gaji Sejam
a) Hari Rehat
2 x Kadar Gaji Sejam
b) Cuti Umum
3 x Kadar Gaji Sejam
Majikan tidak dibenarkan untuk membenarkan pekerja bekerja lebih masa melebihi 104 jam sebulan di
mana kerja yang dilakukan pada hari rehat, cuti umum, hari yang menggantikan cuti umum tidak akan
dikira.
Akta Kanak-kanak dan Orang Muda Pekerjaan 1966 pula menjelaskan bahawa kanak-kanak (mereka
yang di bawah 15 tahun) tidak dibenarkan bekerja lebih daripada 6 jam sehari. Jika dia masih
bersekolah, jumlah jam dia berada di sekolah dan kerja tidak melebihi 7 jam sehari. Orang muda
(mereka yang berumur di bawah 18 tahun) tidak boleh bekerja melebihi 7 jam sehari. Jika mereka masih
bersekolah, jumlah jam berada di sekolah dan kerja tidak melebihi 8 jam sehari.
Sumber: Sumber 59,60A dan 60 D Akta Kerja 1955(Akta 265), Peraturan 2 Peraturan-peraturan Kerja
(Had Kerja Lebih Masa) 1980, Seksyen 5 dan 6 Akta Kanak-kanak dan Orang Muda Pekerjaan 1966 (Akta
350)
KERJA MALAM
Tiada peruntukan khusus untuk kerja malam dan pembayarannya di bawah perundangan Malaysia.
PAMPASAN UNTUK CUTI /HARI REHAT
Akta Kerja memberikan beberapa perundangan untuk pembayaran gaji untuk mereka yang bekerja pada
hari cuti umum atau hari rehat.
Pekerja yang bekerja pada hari rehat atau cuti umum, maka akan layak untuk bayaran gaji mengikut
kadar-kadar berikut:
Kerja yang dilakukan pada
Jenis pekerja
Kadar bayaran
I. Hari rehat
I. Pekerja dibayar mengikut kadar jam / hari
Kerja setengah hari
1 hari gaji
Kerja satu hari
2 hari gaji
II. Pekerja dibayar mengikut bulan / minggu
Kerja setengah hari
½ hari gaji
Kerja satu hari
1 hari gaji
III. Pekerja dibayar mengikut kadar keping kerja dilakukan
Kerja pada hari rehat
2 x kepingan kerja yang dilakukan
IV. Kerja lebih masa
2 x Kadar Gaji Sejam
II. Cuti umum
I. Pekerja dibayar mengikut kadar keping kerja dilakukan
2 x keping kerja yang dilakukan
II. Pekerja dibayar mengikut bulan / minggu / jam / hari
Tambahan 2 hari gaji selain daripada gaji cuti*tanpa mengira bilangan jam bekerja
III. Kerja lebih masa
Pekerja dibayar mengikut kadar keping
3 x keping kerja yang dilakukan.
Pekerja dibayar mengukut bulan / minggu / jam / hari
3 x Kadar Gaji Sejam
Sumber: Seksyen 59 & 60 Akta Kerja 1955( Akta 265)
PAMPASAN HARI REHAT MINGGUAN/ CUTI UMUM
Akta Pekerjaan 1955 mempunyai peruntukan mengenai pampasan dalam bentuk kewangan jika pekerja
yang bekerja pada hari cuti umum atau hari rehat mingguan.
Bekerja pada Hari Rehat
Jika seseorang pekerja itu bekerja pada hari rehat, dia dibayar seperti berikut:
i. gaji satu hari jika dia bekerja kurang daripada separuh waktu biasa kerja harian; dan
ii. gaji dua hari jika dia bekerja lebih daripada separuh tetapi kurang daripada jumlah jam kerja harian
Jika seseorang pekerja itu bekerja pada hari rehat, di mana gaji dibayar mengikut dia dibayar seperti
berikut:
i. gaji setengah hari jika dia bekerja kurang daripada separuh waktu biasa kerja harian; dan
ii. gaji satu hari jika dia bekerja lebih daripada separuh tetapi kurang daripada jumlah jam kerja harian
Bekerja pada Cuti Umum
Jika seseorang pekerja yang bekerja pada hari cuti umum, dia dibayar jumlah tambahan sebagai gaji cuti
walaupun tempoh bekerja adalah kurang daripada jam kerja [Link] tersebut adalah seperti
berikut:
i. gaji dua hari jika dibayar pada setiap jam, harian, mingguan, bulanan atau kadar lain yang
seumpamanya; atau
ii. Dua kali (biasa) kadar per piece jika dibayar pada kadar piece
Jika pekerja bekerja pada hari cuti umum dan melebihi jumlah jam hariannya, dia akan dibayar seperti
berikut :
i. Sekurang-kurangnya tiga kali ganda setiap jam daripada gajinya jika dibayar pada setiap jam atau
kadar lain yang seumpamanya; atau
ii. tiga kali (biasa) kadar per piece jika dibayar pada kadar piece
Sumber:
Seksyen 60 D Akta Kerja 1955(Akta 265)
ETAHUI HAK ANDA (UNDANG – UNDANG BURUH)
EMPLOYMENT LAW DI MALAYSIA
Apabila membicarakan tentang undang-undang buruh atau pekerjaan (Employment Law) di Malaysia,
pastinya ramai yang terfikir mengenai Akta Kerja 1955.
Ia sememangnya satu perundangan buruh yang amat penting yang menyediakan satu rangka-kerja
undang-undang yang menyeluruh meliputi soal pembayaran gaji pekerja, hari rehat, cuti umum,
penamatan kontrak kerja dan sebagainya.
faedah minima akta kerja
Namun, harus ingat bahawa hubungan dan tanggungjawab antara majikan dan pekerja sebenarnya
terletak pada kontrak kerja yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak sebelum pekerja
memulakan tugasnya.
Oleh itu, suka saya ingatkan agar pekerja-pekerja dan bakal pekerja agar memberi penekanan akan isu
kontrak sebelum memulakan tugas masing-masing.
Sebaiknya para pekerja:-
meminta agar diberikan kontrak bertulis
diberi masa meneliti dan memahami kontrak yang bakal ditandatangani
mengetahui hak-hak yang ada pada seseorang pekerja
mengetahui tanggungjawab pekerja kepada majikan
dan sebagainya
Ini termasuklah:-
Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Industrial Relations Act 1967)
Ordinan Buruh Sabah (Sabah Labour Ordinance [Cap. 67])
Ordinan Buruh Sarawak (Sarawak Labour Ordinance 1952)
Akta Pampasan Pekerja 1952 (Workmen’s Compensation Act 1952)
Akta Kesatuan Sekerja 1959 (Trade Unions Act 1959)
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) (Occupational Safety and Health Act 1994)
Akta Kilang Dan Jentera 1967 (Factories and Machinery Act 1967)
Akta Kanak-kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966 ( Children And Young. Persons (Employment) 1966)
Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Employees Provident Fund Act 1991)
Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 ( Employee Social Security Act 1969)
Peraturan-Peraturan Kerja (Faedah-Faedah Penamatan Dan Rentikerja Sentara) 1980 (Employment
(Termination and Lay-Off Benefits) Regulations 1980)
Perintah Gaji Minima 2012 (Minimum Wage Order 2012)
Akta Imigresen 1959/63 (Immigration Act 1959/63)
Akta Umur Persaraan Minimum 2012 (Minimum Retirement Age Act 2012)
dan lain-lain lagi
* SECARA AMNYA KITA LEBIH MERUJUK KEPADA AKTA KERJA 1955 BAGI MELIHAT HAK-HAK DAN
TANGGUNGJAWAB MAJIKAN DAN PEKERJA.
UNTUK SABAH, RUJUKAN PULA PADA ORDINAN BURUH SABAH, MANAKALA UNTUK SARAWAK,
BOLEHLAH MERUJUK KEPADA ORDINAN BURUH SARAWAK.