0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
54 tayangan8 halaman

Sejarah Kapal Kayu dan Pembangunannya

Ringkasan dokumen tersebut adalah sebagai berikut: 1. Dokumen tersebut membincangkan sejarah evolusi dan pembudayaan perahu dan kapal kayu dalam sejarah peradaban maritim manusia. 2. Ia menjelaskan konsep evolusi perahu dan kapal kayu dari bentuk asas menggunakan ranting hingga bentuk yang lebih maju dengan penggunaan layar dan dayung. 3. Beberapa contoh perahu dan kapal kayu dari

Diunggah oleh

Wani Shuhaimi
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd
0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
54 tayangan8 halaman

Sejarah Kapal Kayu dan Pembangunannya

Ringkasan dokumen tersebut adalah sebagai berikut: 1. Dokumen tersebut membincangkan sejarah evolusi dan pembudayaan perahu dan kapal kayu dalam sejarah peradaban maritim manusia. 2. Ia menjelaskan konsep evolusi perahu dan kapal kayu dari bentuk asas menggunakan ranting hingga bentuk yang lebih maju dengan penggunaan layar dan dayung. 3. Beberapa contoh perahu dan kapal kayu dari

Diunggah oleh

Wani Shuhaimi
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd

AJ30603 SEJARAH PELAYARAN DUNIA

NAMA PENSYARAH : DR. ISMAIL BIN ALI

NAMA TUTOR : CIK SHARJETTA DEWI BINTI INJIKSIN


CIK SALEHA BINTI SAPRI

HARI/MASA : RABU/1.00-2.00 PTG

NAMA PEMBENTANG :
i) NURSYAZWANI BINTI MOHD SHUHAIMI (BA12110383)
ii) NOR SYAZALINA BINTI HALIM (BA12110299)

Bincangkan sejarah evolusi pembinaan dan pembudayaan perahu dan kapal kayu dalam
sejarah peradaban maritim manusia

1.1 Konsep evolusi

 Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua perkembangan atau pertumbuhan secara beransur-
ansur dan perlahan-lahan, berevolusi berkembang secara beransur-ansur dan perlahan-
lahan.
 Darwin adalah ilmuwan pertama yang mencetuskan teori evolusi yang telah banyak
terbukti mapan menghadapi pengujian ilmiah.

2.1 Pengenalan

 Dataran merupakan lingkungan hidup manusia yang wajar, tetapi laut juga merupakan
kepentingan semasa peradaban awal manusia dan telah membuat perahu / kapal dan
memberanikan diri untuk turun ke laut.
 Penempatan manusia terletak di pinggir laut atau sungai disebabkan keperluan asas.
 Timbul perasaan ingin tahu (inkuiri) bagaimana cara untuk menyeberangi sungai
mahupun lautan
 Perahu dibuat daripada kayu cengal. Kayu cengal diperolehi di kawasan hutan hujan
tropika.
 Di antara para pelaut yang paling terkenal di zaman dahulu adalah bangsa Punisia,
Mereka mendiami daerah yang sempit, tidak subur yang terletak di antara Laut
Tengah dan padang pasir.

2.2 Konsep perahu

 Perahu adalah sejenis kenderaan air yang biasanya lebih kecil dari kapal.
 Gambar-gambar perahu yang telah ditemukan, diperkirakan dibuat pada 6000 tahun
yang lalu, tapi tidak diragukan lagi bahwa manusia telah dapat membuat perahu
sejak lama sebelumnya.
 Pada masa lampau mereka melakukan pelayaran yang menakjubkan dengan perahu-
perahu lebih dari 1000 tahun yang lalu.
 Bangsa Polinesia menyeberangi Lautan Pasifik pergi-balik menggunakan perahu
rongga.
 Sedikit demi sedikit berlaku evolusi dari perahu zaman batu sehingga menjadi bentuk
kapal panjang Punisia.
3.1 Idea pembinaan perahu

Idea 1 :

 Perahu mulai dikenail ketika manusia menggunakan batang kayu yang hanyut atau
seikat batang-batang gelagah untuk membantunya terapung di atas air.
 Kemudian secara kebetulan ditemukan bahawa daya apung kayu berongga lebih
besar dari kayu padat.
 Kayu digerakkan dengan menggunakan kaki dan tangan.
 Sifat kayu adalah tidak stabil kerana tiada pusat keseimbangan.

Idea 2 :

 Manusia mempelajari cara mengikat ranting atau gelagah untuk dijadikan rakit
 Rakit dibina berbentuk segi empat tepat menggunakan kayu yang telah diikat.
 Bagi mengawal pergerakan rakit tersebut, sebatang tongkat digunakan untuk mengawal
kedudukan dan pergerakan rakit.
 Sifat rakit ini sukar untuk dikawal terutamanya di lautan yang mempunyai pelbagai
rintangan.

Idea 3 :

 Perahu pertama dicipta menggunakan kayu yang dibuat lubang.


 Muatan lebih banyak dan lebih selesa berbanding sebelumnya.
 Namun, mereka masih menggunakan tangan sebagai pendayung untuk menngerakkan
perahu tersebut.

Idea 4 :

 Perahu mula diciptakan daripada kulit binatang yang bentuknya lebih sempurna.
 Rangka perahu diperbuat daripada kayu yang lebih baik (lurus dan sempurna)
 Masih menggunakan tangan untuk menggerakkan perahu.

Idea 5 :

 Dayung mula diciptakan untuk menggerak dan mengawal pergerakan perahu.


 Penggunaan dayung menyebabkan daya yang lebih kuat dapat dihasilkan berbanding
penggunaan tangan.
 Dayung juga dikenali sebagai ‘kemudi’

Idea 6 :

 Bagi menampan tiupan angin dan memudahkan pergerakan perahu yang lebih baik, layar
mula diciptakan.
 Aktiviti kelautan menjadi lebih singkat dengan wujudnya layar. Layar yang digunakan
ketika itu masih lagi tidak stabil terutamanya apabila menghadapi cuaca buruk.

Idea 7 :

 Penciptaan layar kain telah dihasilkan bertujuan untuk mengukuhkan layar perahu.
 Layar kain yang dibuat sekali dengan candik. Oleh itu perahu mudah untuk bergerak.

Idea 8 :

 Manusia mula menggunakan petunjuk alam sebagai petunjuk arah. Contohnya, bintang,
pulau-pulau, pergerakan angin dan pengairan sungai.
3.2 Sejarah evolusi dan pembudayaan perahu

Idea 1 Idea 2

Idea 4 Idea 3

Idea 5 Idea 6 Idea 7

Idea 8
1.1 Ranting gelagah
1.2 Perahu Brigg

1.3 Perahu Balsa, Peru 1.4 perahu Bogoo

4.1 Konsep kapal

 Kapal berasal daripada perkataan Latin iaitu vesel. Vesel membawa maksud kapal ataupun
bot besar. Menurut Manadaraka-Sheppard- kapal didefinisikan kepada definisi lama dan juga
definisi baru.
 Menurut definisi lama kapal boleh dirujuk kepada seksyen 742 Akta Perkapalan Saudagar
1894 (Merchant Shipping Act 1894) yang menetapkan tiga elemen utama bagi tujuan
maksud kapal iaitu struktur fizikal, tidak menggunakan pendayung dan tujuan kegunaannya
dalam navigasi.
 Manakala dalam konteks moden hanya dua elemen yang diperlukan iaitu struktu fizikal dan
tujuan penggunaan dalam navigasi berpandu kepada seksyen 313(1) Akta Perkapalan
Saudagar 1995 (Merchant Shipping Act 1995).
 Terdapat pelbagai definisi kapal yang ditafsirkan dalam konteks undang-undang maritim
lazimnya merujuk kepada tujuan dan skop pemakaian sesuatu akta.
 Malah proses penentuan kapal sehingga kini dilakukan melalui ujian terhadap dua ciri utama
iaitu merujuk struktur binaan objek (kemampuan terapung dan belayar) dan tujuan
kegunaan dalam navigasi.

4.2 Sejarah pembinaan kapal kayu

 Sejarah perbinaan kapal kayu kuno dimulakan oleh bangsa Mesir yang menetap di Sungai Nil.
Masyarakat ini menggunakan reeds (buluh) yang telah dikeringkan sebelum diikat dalam
himpunan yang besar.
 Terdapat beberapa langkah dalam menghasilkan kapal kayu kuno ini seperti :

o Masyarakat Mesir mengumpul reeds secukupnya di suatu tempat berdekatan


dengan tasik ataupun laut.
o Langkah kedua, masyarakat ini akan bergotong-royong untuk mengikat himpunan
reeds ini dalam bentuk gulungan-gulungan sebelum diikat di antara satu sama lain
bagi membentuk sebuah kapal.
o Langkah ketiga pula melibatkan pembahagian kerja bagi membina kapal. Hal ini
keranana kerja-kerja pembinaan kapak kayu ini memerlukan tenaga kerja yang
banyak bagi membina sebuah yang lebih besar. Misalnya, kerja-kerja seperti
membuat rangka kapal, menyediakan tulang tiang layar bagi kapal ini dan
sebagainya.
o Seterusnya, langkah keempat pula melibatkan kerja-kerja memasang kapal ini akan
sempurna apabila tiang kapal ini sudah siap dipasang dengan layarnya dan bersedia
untuk belayar.

 Perkembangan pembinaan kapal kayu ini terus berkembang ke serata dunia dari satu tempat
ke satu tempat. Kapal-kapal Mesir sendiri telah berkembang dengan penciptaan kapal-kapal
kayu dengan memuatkan sehingga 20 orang penumpang.

4.3 Perkembangan kapal kayu dunia

Kapal kayu Viking (5M)

 Kapal kayu Viking diciptakan oleh masyarakat Viking yang tinggal di kawasan perairan pantai
mahupun kawasan sungai. Masyarakat Viking ini merupakan satu masyarakat pelaut yang
terkenal.
 Kapal Viking yang dicipta oleh masyarakat ini adalah kapal layar yang mempunyai kepala
naga dihadapannya. Hal ini kerana masyarakat Viking adalah masyarakat yang sering
menguasai kawasan perairan mereka dan melakukan aktiviti rompakan.
Kapal kayu Romawi(800M)

 Kapal kayu Romawi yang terkenal adalah kapal kayu Galleon. Kapal kayu ini memiliki
ukuran yang besar dengan adanya layar yang besar.
 Kapal kayu Galleon ini bergerak dengan bantuan layar dan juga dengan tenaga manusia.
 Pendayung yang diperlukan untuk mengerakkan kapal kayu Romawi adalah ratusan
orang. Dayungan yang kuat ini diperlukan oleh mereka untuk bertempur.

Kapal kayu China (800M)

 Kapal kayu China juga merupakan salah satu kapal kayu yang tidak ketinggaln hebatnya
dari segi pembinaannya. Hal ini kerana kapal kayu yang dicipta oleh masyarakat China
memiliki dua layar.
 Kapal kayu China juga dikenali sebagai Yung. Layar kapal ini ada dua, satu layar bersaiz
besar manakala satu lagi layar pula bersaiz kecil. Namun, ukuran kapal kayu ini tidaklah
besar.

Kapal kayu Borobudur


 Kapal kayu Borobudur merupakan salah satu kapal yang dihasilkan oleh masyarakat di
Nusantara.
 Kapal kayu Borobudur ini merupakan sejenis kapal candik yang berukuran besar dan
bercandik kembar seperti yang terdapat di candi Borobudur.
 Kapal kayu ini dikatakan digunakan oleh dinasti Sailendra dan kerajaan Srivijaya.

5.1 Analisis Soalan

Aktiviti pelayaran yang telah dilakukan sejak zaman dahulu kala telah membuktikan bahawa
manusia mempunyai semangat inkuiri yang tinggi untuk meneroka dunia selain daratan. Faktor
yang mendominasi kepada penciptaan perahu yang pada asasnya bermula apabila berlakunya
pembentukan tamadun yang dahulunya hidup secara nomad mula tinggal secara menetap di tepi

sungai, laut sebagai keperluan asas kehidupan. Bermulanya pembentukan ini menyebabkan
manusia mula berfikir bagaimana cara untuk meneroka dunia luar iaitu lautan. Setelah meneroka
dunia lautan maka bermulalah hubungan dua hala iaitu pertembungan budaya dan aktiviti
perdagangan. Evolusi penciptan dan pembudayaan perahu dan kapal kayu berkembang seiring
dengan perkembangan teknologi yang menjadikan perahu dan kapal kayu lebih selesa mengikut
peredaran zaman. Evolusi pembinaan perahu dan kapal juga membolehkan manusia belayar
dengan lebih jauh.

6.1 Kesimpulan

Kesimpulannya evolusi pembinaan dan pembudayaan perahu dan kapal kayu disebabkan
kepakaran serta inovasi manusia pada ketika itu kerana berjaya menyesuaikan diri dengan alam
yang dijadikan petunjuk pelayaran membolehkan mereka belayar mengharungi lautan. Pelayaran

yang dilakukan oleh masyarakat terdahulu membuktikan bahawa twujud dunia lain selain
daratan yang masih digunakan oleh masyarakat sehingga sekarang adalah dunia lautan.

Rujukan

Adrian Lapian. 2008. Pelayaran dan Perniagaan Nusantara Abad ke 16 dan 17 . Jakarta : Komunitas
Bambu.

Aughton Peter. 2007. Voyagers That Changed The World. London : Quercus Publishing Ptc.

Handy A. 1996. The Golden Age of Sail. New York : Todtri.

Ismail Ali. 2011. Sejarah Kebudayaan dan Kesenian kaum Bajau Semporna dari Perspektif [Link]
Maharaja Onnong. Sabah : Universiti Malaysia Sabah.

Yap Beang Liang. 1993. Orang Bajau Pulau Omadal : Aspek-Aspek Budaya. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka

Anda mungkin juga menyukai