0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
202 tayangan10 halaman

Fungsi dan Kegunaan Projektor dalam P&P

Projektor merupakan alat bantu mengajar penting yang boleh digunakan untuk memaparkan maklumat visual seperti imej, grafik dan video ke skrin besar bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Terdapat beberapa jenis projektor seperti projektor lutsinar, slaid dan LCD.

Diunggah oleh

Masyitah Ismail
Hak Cipta
© Attribution Non-Commercial (BY-NC)
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd
0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
202 tayangan10 halaman

Fungsi dan Kegunaan Projektor dalam P&P

Projektor merupakan alat bantu mengajar penting yang boleh digunakan untuk memaparkan maklumat visual seperti imej, grafik dan video ke skrin besar bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Terdapat beberapa jenis projektor seperti projektor lutsinar, slaid dan LCD.

Diunggah oleh

Masyitah Ismail
Hak Cipta
© Attribution Non-Commercial (BY-NC)
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd

Projektor

Keperluan Visual | Bahan 2D | Bahan 3D | Media Dlm P&P | Papan Pengajaran | Projektor |
Transperasi

Definisi bahan tayangan

Media tayang atau media unjuran adalah peralatan elektrik yang dapat menayangkan
atau mengunjurkan satu imej di atas sekeping skrin tayangan besar atau yang
bersesuaian dengan peralatan tayang tersebut. Peralatan-peralatan elektrik yang lazim
terdapat untu tujuan pendidikan termasuklah :

• Projektor Lutsinar
• Projektor Slaid
• Projektor legap
• Projektor LCD

Jenis-jenis projektor

Projektor lutsinar

Projektor lutsinar adalah merupakan sebuah alat pandang dengar yang boleh digunakan
dalam keadaan bilik darjah biasa. Projektor ini merupakan satu alat bantuan mengajar
dalam mencapai pengajaran yang lebih berkesan, di mana pelajar-pelajar akan
menerima pembelajaran dengan cara melihat dan mendengar.

 
Panduan menggunakan ATL (alat tayang lutsianar)

 Pastikan anda betul-betul memahami buatan/jenama dan fungsi bahagian-


bahagian projektor yang anda gunakan. Ini mungkin berbeza antara satu alat
dengan alat yang lain.
 Anda hendaklah belajar mengesan kerosakan pada mentol supaya boleh
membaikinya sendiri. Berhati-hati apabila menggantikan mentol. Jangan sentuh
dengan tangan yang tidak berlapi kerana mentol mudah rosak sebab kelembapan
pada tangan.
 Bersihkan ATL sekali-sekala di bahagian dalam piring cermin dan les Fresnel.
 Pancarkan imej ke dinding atau kain putih jika tidak ada skrin.
 Suatu unit ATL yang bergerak hendaklah menggunakan troli supaya senang
dipindah dari satu tempat ke tempat lain. Matikan suiz sebelum mengubah ATL.
 Untuk tayangan yang baik, perkara berikut hendaklah diperhatikan:
o Skrin 1.5 m lebar bagi bilik untuk 40 orang
o Skrin tidak berkilat
o Mendapat sedikit cahaya
o Letakkan pada paras ketinggian 70 cm dari lantai
o Condongkan 45 darjah untuk elakkan kesan herotan (keystone)
o Tegangkan skrin
o Jangan terlindung oleh pengguna supaya boleh dilihat oleh semua pelajar.
o Semua tulisan dan lukisan mestilah mengikut saiz yang sesuai.
o Gunakan penunjuk yang runcing dan lurus dan tunjukkan pada sesuatu di
atas transperansi dan bukannya pada imej di skrin.

Projektor slaid

Slaid adalah satu jenis media unjuran tanpa gerak yang merupakan sejenis transperansi
positif berukuran kecil. Ia boleh ditayangkan menggunakan projektor slaid untuk
dipancarkan kepada skrin tayangan. Pita slaid menngandungi slaid ( pandang/visual) dan
pita rakaman (dengar/audio). Slaid boleh disediakan dengan menggunakan kamera,
disalin atau dilukis dan sebagainya. Kebiasaannya pemidang slaid berukuran 2 inci x 2
inci atau berukuran 5 cm x 5 cm yang dimuatkan filem positif

Sumber: Sharifah Alwiyah AlShagoff

Projektor legap

Projektor legap juga dikenali sebagai Episkop. Digunakan untuk mengunjurkan imej
bahan-bahan 2D berbentuk legap. Melalui kaedah carta, gambar, gambarfoto atau bahan
bercetak pada kertas atau kad boleh diunjurkan ke atas skrin. Bahan legap adalah bahan
yang tidak ditembusi cahaya.

Sumber: Sharifah Alwiyah AlShagoff

Projektor LCD

Singkatan bagi Liquid Crystal Display untuk memancar imej lebih besar daripada monitor
untuk kegunaan audian secara berkumpulan.

Panel LCD disambung terus daripada komputer dan apa sahaja yang muncul pada skrin
monitor akan dipancarkan ke skrin besar.

Ia juga boleh disambung terus dengan menggunakan peralatan lain seperti


perakam video, perakam kamera dan pemainan VCD atau DVD.

Ciri ciri Projektor LCD


Nama Fungsi
Connector Ports Tempat sambungan punca punca AV yang ingin dipaparkan
Projector Control
Panel kawalan fungsi/menu operasi projektor
Panel
Remote Control
Penerima isyarat daripada alat kawalan jauh projektor
Receiver
Lens Focus Ring Cincin pemutar penyelaras lensa fokus
Lens Zoom Ring Cincin pemutar penyelaras lensa zoom
Elevator Foot
Butang penyelaras ketinggian kaki projektor
Button
Penunjuk samada lampu dalam projektor samada sedang warming
Lamp Monitor
up , menyala atau cooling down
Penunjuk samada dalam keadaan terpasang standby atau sedang
Operating Monitor
menerima isyarat daripada alat kawalan jauh.
Power Cord
Tempat menyambung wayar kuasa ke sumber elektrik
Connector
Power Switch Menghidup atau mematikan LCD

Pengoperasian Projektor LCD

 Tempatkan di atas permukaan yang rata dan kedudukan pada sudut yang tepat
pada skin paparan
 Sambungkan kabel VGA LCD yang dibekalkan daripada soket LCD ke komputer.
 On kan LCD dan komputer
 Jika perlu install driver pada komputer yang digunakan untuk mendapat
ketepatan imej yang dipancarkan.
 Laraskan ketinggian LCD dengan memusingkan butang kaki elevator yang terletak
di bahagian depan.
 Untuk mendapatkan imej yang lebih jelas , laraskan Lens Focus Ring.

Model LCD Dan Bahagian Utama

 
 

Penyambungan Projektor LCD ke komputer

 
 

Penyambungan Projektor LCD ke VCD atau DVD , Kamera Video Dan Pembesar
Suara Luaran

 
 

Panduan Penjagaan

 Selepaskan menekan butang Standby untuk memadamkan lampu projector ,


biarkan sekurang kurangnya 15 saat sebelum menekan butang Standby sekali
lagi.
 Elakkan membuka dan menutup suis berulang kali semasa pengoperasian.
 Pastikan tiada objek mudar terbakar berdekatan dengan projector kerana setelah
lama dibuka, ia akan menjadi panas.
 Biarkan projektor seketika untuk disejukkan sebelum mengangkatnya.
 Jangan didedahkan pada kelembapan dan habuk.
 Tangani dengan cermat dan jangan dijatuhkan kerana ia mengandungi komponen
yang mudah pecah.

Latihan

1. Cuba fikirkan , Anda mempunyai komputer dan LCD yang akan


digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Senaraikan kelebihan dengan menggunakan media ini.
2. Anda dikehendaki menggunakan LCD dan Komputer dalam pengajaran
dan pembelajaran di mana kelas.
Senaraikan apakah masalah yang dihadapi dan bagaimana anda
mengatasi masalah ini.

Media Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Keperluan Visual | Bahan 2D | Bahan 3D | Media Dlm P&P | Papan Pengajaran | Projektor |
Transperasi

Apakah Media?

Penyampai atau pembawa maklumat antara punca dengan penerima seperti


filem,video,radio,gambar foto,risalah,poster dan sebagaimana. (Heinich,Molenda,
Russell,1981)

Apakah Pengajaran?

Pengajaran adalah proses yang beorentasikan maklamat yang dirancang terlebih dahulu.
(Romiszowaski,1988).
Pengajaran merupakan penyusunan dan pengumpulan maklumat untuk menghasilkan
pembelajaran. (Heinich,Molenda, Russell,1981)

a. Media Pengajaran

Membawa maksud sebagai peralatan atau perkaksan dan bahan (perisian) media yang
telah dikenalpasti (dipilih), dibina atau dipinda untuk menyokong atau mengendalikan
sendiri proses pengajaran dan pembelajaran (Yusup,1992).

b. Pengkelasan Media

Terbahagi kepada DUA bahagian Media Cetak dan Media Bukan Cetak.
 

Latihan

1. Cuba fikirkan. Penggunaan media pengajaran amat penting pada masa


kini dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam mencapai
objektif pengajaran. Beri pandangan anda daripada pengalaman selama
anda menjadi seorang guru di sekolah..
2. Di kelas anda mengajar, hampir semua murid tidak berminat mengikuti
pengajaran anda dan ia lebih suka membuat kerja sendiri serta tidak
memberi tindakbalas. Senaraikan media pengajaran yang sesuai untuk
kumpulan murid ini dan berikan rasionalnya.

Anda mungkin juga menyukai