94% menganggap dokumen ini bermanfaat (17 suara)
48K tayangan3 halaman

Contoh Refleksi Pengajaran Guru

Refleksi mengenai pengajaran tajuk bentuk muka bumi kepada murid Tahun 5. Guru merasakan penggunaan alat bantu mengajar berwarna-warni dan soalan interaktif telah membantu murid memahami topik dengan baik. Walau bagaimanapun, guru perlu lebih peka terhadap latar belakang murid dan memasukkan contoh yang relevan dalam pengajaran.

Diunggah oleh

Redz Uan
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd
94% menganggap dokumen ini bermanfaat (17 suara)
48K tayangan3 halaman

Contoh Refleksi Pengajaran Guru

Refleksi mengenai pengajaran tajuk bentuk muka bumi kepada murid Tahun 5. Guru merasakan penggunaan alat bantu mengajar berwarna-warni dan soalan interaktif telah membantu murid memahami topik dengan baik. Walau bagaimanapun, guru perlu lebih peka terhadap latar belakang murid dan memasukkan contoh yang relevan dalam pengajaran.

Diunggah oleh

Redz Uan
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd

Berikut adalah contoh-contoh penulisan refleksi kendiri guru selepas sesuatu pengajaran.

A)CONTOH REFLEKSI YANG PANJANG


REFLEKSI Guru A:
Pengajaran dan pembelajaran pada hari  ini  sangat  memuaskan.

REFLEKSI Guru B:
Saya dapati pengajaran saya hari ini baik. Murid-muridr  saya dapat menyempurnakan latihan dan
tugasan yang diberi. Semuanya adalah betul belaka.

REFLEKSI Guru C:
Saya telah mengajar  tajuk “Bentuk Muka Bumi”  Tahun 5 Kuning. Hari ini saya telah menggunakan
alat-alat bantu mengajar yang berwarna-warni.  Saya dapati murid-murid saya sungguh seronok dan
dapat memberi  respon yang baik dengan menjawab soalan-soalan yang saya kemukakan. Saya
sungguh berpuas hati.

REFLEKSI Guru D:
Saya dapati pengajaran pada hari ini dijalankan seperti yang dirancang. Namun begitu, saya dapati
saya seharusnya lebih peka terhadap latar belakang murid saya. Saya patut menjaga hati murid saya
yang miskin, yang tinggal di rumah yang tidak mempunyai bekalan air. Saya seharusnya menyatakan
juga dalam pengajaran saya bahawa banyak kebaikan mengambil atau menggunakan air telaga bukan
kerana murah, dan airnya dingin. Apa yang perlu ialah air itu perlu dimasak. Adalah lebih baik jika
saya menyatakan apabila saya pulang ke kampung saya lebih suka mandi air telaga di rumah nenek
saya.  

Yang penting ialah kita harus bersyukur mempunyai tempat tinggal berbanding dengan orang di
Bosnia atau Somalia. Saya telah menggunakan peta yang menunjukkan kedudukan Bosnia dan
Malaysia. Saya minta pelajar-pelajar menyatakan bagaimana kita boleh sampai di sana, dan memberi
pendapat  jika Malaysia seperti Bosnia. Saya berasa puas hati dengan pelajaran hari  ini. Saya akan
menggunakan teknik bercerita untuk menyampaikan pelajaran pada masa akan datang.

1.     Refleksi Rancangan Pengajaran

Rancangan PdPc yang disediakan didapati perlu diubah suai kerana maklumat sedia ada tidak dapat
membantu mencapai aras satu. Aktiviti yang dirancang bagi langkah 2 kurang sesuai kerana terlalu
tinggi aras kesukarannya berbanding dengan kumpulan pelajar.

2.     Refleksi Pelaksanaan PdPc

Perancangan PdPc telah dapat dijalankan sepenuhnya dengan sedikit pengubahsuaian. Murid-murid
didapati begitu seronok belajar mungkin kesan penggunaan persembahan multimedia (Powerpoint).
Murid-murid telah melibatkan diri dengan aktif untuk menjawab soalan menggunakan kemudahan
ICT.

3.   Refleksi Aras 

Aras1
Semua murid telah berjaya mencapai aras ini. 

Aras 2
Didapati  hanya  25/30 orang murid telah berjaya mencapai aras ini. 

Aras 3
Didapati 3 orang murid kumpulan lemah dan 1 orang kumpulan sederhana gagal mencapai aras ini.
Semua pelajar kumpulan cerdas telah berjaya mencapai aras ini.

4.   Refleksi Persekitaran

Suasana persekitaran bilik darjah sangat kondusif dan tenang pada 40 minit pertama, tetapi berlaku
gangguan pada 10 minit berikutnya akibat daripada kebisingan pelajar yang lalu setelah pulang
daripada aktiviti PJ.

B) Contoh Cara Penulisan Refleksi yang mudah dan


ringkas
1. Sesi PdPc telah mencapai objektif / target yang diingini.
2. Murid-murid dapat menguasai kesemua aras PdPc.
3. Murid-murid dapat menguasai kesemua kemahiran yang dipelajari.
4. Murid-murid dapat menguasai kemahiran pembelajaran secara intensif.
5. Murid-murid dapat menguasai aras satu dan dua daripada hasil
pembelajaran.
6. Murid-murid telah menyertai aktiviti PdPc dengan jayanya.
7. Sebahagian murid tidak terlibat dalam aktiviti PdPc kerana kesuntukan
masa.
8. Murid-murid kelihatan tidak seronok kerana ketiadaan BBB/BBM yang
menarik dan bersesuaian.
9. Sebahagian murid kelihatan tidak seronok kerana ketiadaan BBB/BBM
yang menarik dan bersesuaian.
10. Hanya sebahagian murid yang mengikuti PdPc manakala bakinya
tidak bersungguh-sungguh dalam PdPc,
11. Sebahagian murid tiada di dalam kelas kerana menghadiri aktiviti
luar kelas.
12. PdPc ditangguhkan kerana menghadiri mesyuarat / mesyuarat
guru.
13. PdPc ditangguhkan kerana menghadiri program luar kelas
14. PdPc ditangguhkan kerana menghadiri program luar sekolah
15. Aktiviti PdPc tidak dapat berjalan dengan sempurna pada tempoh
yang ditetapkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan (Nyatakan)
16. Sebahagian aktiviti PdPc perlu diulang semula kerana murid-murid
tidak menguasai objektif pembelajaran

17. Murid perlu lebih latihan berkaitan……


18. Ulang kaji topik / konsep ini dengan murid yang lemah.
19. Semua murid berjaya menguasai konsep…..
20. Masukkan sebahagian kandungan dalam kerja rumah murid pada
minggu hadapan.
21. Sebahagian murid tidak faham. Perlu mengajar dengan cara yang
lain dalam PdPc akan datang.
22. Perlu memberikan lebih masa untuk aktiviti ini bagi membantu
murid berpindah kepada tugasan baharu.
23. Saya perlu bertanya lebih banyak soalan yang terbuka.
24. Saya perlu mencari lebih banyak contoh berkaitan …… untuk
membantu murid lebih memahami….
25. Pengajaran yang baik. Murid boleh menerangkan tugasan baharu
apabila diuji kefahaman mereka.
26. Tidak cukup peluang untuk murid melakukan …… semasa
pengajaran.
27. Memerlukan lebih kepelbagaian teknik menyoal / memberi jawapan.
28. Gembira dengan maklum balas murid pada hari [Link] soalan
mencabar dalam PdPc akan datang.
29. Perlu memikirkan kaedah berbeza untuk mengawal kebisingan.
30. Benarkan lebih banyak masa untuk membuat Latihan dalam PdPc
akan datang.
31. Masa aktiviti pengukuhan hari ini tidak mencukupi.
32. Pastikan murid boleh memberi isi-isi penting PdPc hari ini.
33. Semua murid memerlukan lebih bantuan berkaitan …..
34. Murid memberikan respon yang sangat baik ketika sesi pengajaran
sedang berlangsung.
35. Keadaan kelas kadangkala agak bising apabila terdapat segelintir
murid kurang bersedia dan tidak dapat menumpukan perhatian.
36. Kerjasama antara guru dan murid sangat baik dan objektif
pembelajaran tercapai.
37. Aktiviti PdPc ini ditangguhkan / dibawa ke hadapan kerana terdapat
Majlis ….. peringkat sekolah.

Anda mungkin juga menyukai