KELEBIHAN PICTURE EXCHANGE COMMUNICATION SYSTEM (PECS)
1 Memperkembangkan komunikasi sosial kanak-kanak
2 Membantu memudahkan proses bertutur kanak-kanak autism
3 Memudahkan kanak-kanak autisme untuk menyampaikan sesuatu maklumat
berkaitan dengan kehendak atau keperluan mereka.
4 Dapat mengatur tingkah laku pelajar autism
LANGKAH-LANGKAH PERLAKSANAAN PECS
Fasa 1:
A jar murid secara spontan untuk menyatakan bahan atau aktiviti yang
mereka perlukan dengan kad gambar. Murid membuat latihan dengan
menggunakan satu kad pada satu-satu masa. Peneguhan serta merta
apabila murid-murid dapat melaksanakan aktiviti.
Fasa 2:
Guru menambah perbendaharaan kata murid dengan menambah junlah
kad yang digunakan, tetapi masih mengunakan satu kad pada satu-satu
masa.
Fasa 3:
Guru mengajar murid untuk mendiskriminasi kad-kad gambar yang
banyak untuk mengenal pasti kad yang diperlukan oleh murid dengan
meletakkan beberapa kad gambar di papan hitam
Fasa 4:
Guru mengajar struktur ayat asas kepada murid dengan menggunakan
ayat, contoh Saya mahu ……………… (dipasangkan dengan gambar
berdasarkan kehendak murid )
Fasa 5 dan 6:
Guru menambah perbendaharaan murid dengan kata sifat dan lain-lain
perkataan, untuk menambah komunikasi murid.
Contoh: Saya dengar …………………….
Saya lihat …………………….
KEBAIKAN INTERVENSI BAHASA
Pengujian untuk kanak-kanak autisme
1 Ujian kecerdasan = ujian kecerdasan membolehkan kita untuk mengukur
sama ada kanak-kanak pengidap autism ini layak ataupun tidak untuk menerima
perkhidmatan Pendidikan khas. Sebagai contoh ujian kecerdasan yang terdapat di
pasaran adalah The Wachsler Scales of Intelligence, Stanford Binet Intelligence
Scalem, dan banyak lagi.
2 Ujian tingkah laku = ujian tingkah laku berfungsi sebagai penunjuk gambaran
menyeluruh berkaitan dengan kekurangan setiap individu. Oleh yang demikian
program khas dapat dilaksanakan agar dapat memenuhi keperluan khusus individu
autisme itu.
LANGKAH-LANGKAH PERLAKSANAAN
Perlaksaan ujian itu hendaklah mengambil berat beberapa penekanan.
1. Kanak-kanak perlu diajar terlebih dahulu untuk menunjukkan keperluan melalui
komunikasi tidak kisah lah dari segi pertuturan ataupun pergerakkan tidak verbal.
Contohnya, membuat memek muka.
2. Soalan pula hendaklah berfokus kepada perkembangan komunikasi kanak-kanak
3. Soalan juga perlu memberikan focus kepada komunikasi yang baik dan tidak baik