ULASAN RPH 2
SET INDUKSI
Guru telah menyediakan aktiviti yang dapat menarik perhatian murid.
Guru juga memberi peluang kepada semua murid untuk melibatkan diri dalam
aktiviti yang dijalankan.
Guru memberi peluang kepada murid untuk bertanya soalan.
Guru membuat perbincangan dengan murid-murid dengan soalan-soalan
yang telah disediakan oleh murid.
Guru juga menyuruh murid-murid untuk meneka tajuk pelajaran.
LANGKAH 1
Guru memperkenalkan peta i-Think kepada murid-murid.
Guru memberi peluang kepada murid untuk berfikir untuk melengkapkan peta
i-Think dengan contoh penyakit tidak berjangkit.
Guru melakukan perbincangan untuk menilai jawapan yang diberi oleh murid.
LANGKAH 2
Guru menjalankana aktiviti yang menyeronokkan.
Murid akan melibatkan diri secara aktif.
Potensi diri murid dalam berlakon boleh dicungkil.
Kaedah ini secara tidak langsung menguji pemahaman murid tentang tajuk
pelajaran.
PENUTUP
Murid diberi peluang untuk membuat rumusan.