Nama: Cheok Hui Wen Unit: PPISMP PC 1
REFLEKSI
Pada mulanya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada En. Zakari
B. Zakaria yang memberi taklimat kepada kita secara teliti dan sudi
meluangkan masa selepas kelas melakukan latihan larian serta memberi
nasihat dan cadangan kepada kita. Melalui kerja kursus Kesihatan Diri dan
Kecergasn (GKK 1043) ini, saya memperoleh ilmu pengetahuan tentang Ujian
SEGAK dan Ujian Bleep.
Sebelum menjalankan kedua-dua ujian dilakukan, kelas kita bahagi
kepada 9 orang ahli kumpulan setiap kumpulan yang bertanggungjawab satu
ujian. Kumpulan saya bertanggungjawab Ujian Bleep. Kami telah
mengadakan mesyuarat untuk memilih ahli jawatankuasa untuk agihan kerja
sepanjang kerja kursus dilaksanakan. Namun begitu, kami juga mengumpul
dan menganalisis maklumat yang diambil dari internet serta membincangkan
prosedur ujian bersama-sama. Dalam tugasan ini, kelemahan kami ialah
komunikasi dan agihan kerja yang tidak mencukupi yang menyebabkan
penyediaan makalumat yang tidak sempurna seperti norma bleep test. Nasib
baik En. Zakari yang memberi peringatan kepada kami barulah kami sedari
kecuaian sendiri. Cara untuk mengatasi masalah ini berulang, kami
memeriksa secara teliti selepas siapkan sesuatu tugasan.
Sebelum ujian ini dilaksanakan, persediaan dilakukan oleh ahli kumpulan
kami seperti mengukur jarak, meletak kon dan sebagainya. Selepas
persediaan siap sedia, kami melakukan aktiviti memanaskan badan untuk
mengelakkan kecedaraan semasa menjalankan ujian Bleep dan ujian Segak.
Kumpulan kami mengambil bahagian ujian SEGAK yang dirancang oleh
kumpulan lain dahulu.
Semasa ujian SEGAK dijalankan, kami bermula dengan Indeks Jisim
Badan (BMI), manakala BMI saya menunjukkan saya “underweight”. Oleh itu,
saya akan menambah kalori yang diambil untuk memastikan vitamin itu
mencukupi. Dalam empat acara lagi, saya masih memuaskan dengan
keputusan walaupun tidak mencapai matlamat yang ditetapkan terutamanya
tekan tubi. Hal ini demikian kerana saya kurang membuat latihan terhadap
kekuatan tangan. Jadi, saya akan melatih diri dengan melakukan PLANK
selama satu minit setiap minggu. Selain itu, saya juga mendapati Ujian
SEGAK yang dirancang oleh kumpulan lain mempunyai beberapa masalah.
Antara masalah ialah tidak menyediakan audio Metronome walaupun telah
dinyatakan dalam perancangan mereka. Di samping itu, mereka juga tidak
memahami bentuk menjalani ringkuk tubi separa dan memberi penjelasan
yang salah. Secara ringkas, mereka sepatutnya memahami bentuk sesuatu
acara dijalankan dan sediakan peralatan yang diperlukan untuk mengelakkan
huru-hara.
Dalam ujian Bleep pula, kumpulan saya yang merancangkan, saya
memuaskan terhadap kerja kumpulan kami, kecuali tidak membuat periksa
terhadap kerja yang disediakan. Jadi, saya akan memeriksa kerja yang siap
dengan teliti untuk mengelakkan peninggalkan. Selepas ujian Bleep, saya
tidak memuaskan terhadap tahap yang saya capai juga, saya berasa tahap
yang saya capai boleh lebih baik. Oleh itu, saya akan berjoging sekurang-
kurangnya dua kali setiap minggu untuk meningkatkan daya tahan
kardiovaskular sendiri.
Kesimpulannya, pengalaman menyiapkan tugasan ini memberi
pengalaman yang bermakna kepada saya. Saya juga akan membuat
penambahbaikan terhadap cara mengadakan sesuatu aktiviti dan saya akan
menggunakan segala pengalaman yang amat bermakna ini ketika saya keluar
berpratikum nanti.
(456 patah perkataan)