0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
32 tayangan14 halaman

Jenis dan Cara Membuat Wau Tradisional

Dokumen tersebut membahas tentang wau, layang-layang tradisional orang Melayu. Ia menjelaskan jenis-jenis wau, cara membuat wau yang rumit dari memilih bahan sampai menghiasi wau dengan warna-warni, serta cara bermain wau dengan melawan arus angin. Wau telah dimainkan oleh orang Melayu sejak abad kelima belas dan masih populer hingga kini meskipun layang-layang modern juga diminati.

Diunggah oleh

Khairol Jumat
Hak Cipta
© Attribution Non-Commercial (BY-NC)
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOC, PDF, TXT atau baca online di Scribd
0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
32 tayangan14 halaman

Jenis dan Cara Membuat Wau Tradisional

Dokumen tersebut membahas tentang wau, layang-layang tradisional orang Melayu. Ia menjelaskan jenis-jenis wau, cara membuat wau yang rumit dari memilih bahan sampai menghiasi wau dengan warna-warni, serta cara bermain wau dengan melawan arus angin. Wau telah dimainkan oleh orang Melayu sejak abad kelima belas dan masih populer hingga kini meskipun layang-layang modern juga diminati.

Diunggah oleh

Khairol Jumat
Hak Cipta
© Attribution Non-Commercial (BY-NC)
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOC, PDF, TXT atau baca online di Scribd

Teraju tiga sememangnya sinonim dengan wau, juga dikenali sebagai layang-layang di

negeri-negeri sebelah pantai barat semenanjung. Sebagai permainan masa lapang bagi
kalangan rakyat biasa dan golongan istana. Sejak zaman-berzaman sekitar kurun kelima
belas, wau telah dimainkan oleh orang Melayu. Mereka telah mempercayai ada kaitan di
antara semangat angin dan langit.

Jenis Wau

Berbagai jenis dan bentuk wau telah dicipta. Wau


burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak,
wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan,
wau sewah, wau barat dan yang sangat digemari oleh
orang Melayu ialah wau bulan. Rekacorak bermotifkan
awan larat pada kebiasaannya adalah menghiasi
kebanyakan wau yang dihasilkan dengan berwarna-
warni. Kelantan dan Terengganu sehingga kini masih
mengekalkan tradisi pembuatan wau yang menarik,
selain dijadikan untuk permainan ianya juga sebagai
hasil kraftangan dan hiasan dinding.

Wau bulan Galeri Wau

Membuat Wau

Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, dari kerja-kerja meraut buluh
untuk dijadikan rangka, mengimbang stabilkan kepak sehingga melekatkan kertas pada
rangka wau tersebut mengambil masa dua minggu untuk siap. Rangka buluh tulang
belakang wau lebih besar daripada kepaknya, kemudian diikat dengan menggunakan
benang mengikut bentuk serta jenisnya.

Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan tiga lapis kertas nipis dan lutsinar
dengan berlainan warna. Lapisan pertama menggunakan kertas berkilat, lapisan kedua
menggunakan warna yang berbeza dan bercorak awan larat iaitu bercorak pucuk rebung
atau bunga cengkih yang telah ditebuk. Pada lapisan ketiga pula corak berlainan yang telah
ditebuk ditampalkan.

Di bahagian kepala atau muncungnya serta dihujung kiri dan kanan kepak, akan dihiasi
dengan rambu-rambu halus yang berwarna warni menambah cantik lagi rupanya. Busul
akan diregangkan di bahagian belakang tengkuk wau, agar ianya mengeluarkan bunyi
dengung apabila diterbangkan diudara. Busul diperbuat dari daun rembia atau mengkuang
yang telah direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering. Ia berbentuk seperti alat memanah.
Tali teraju diikatkan di antara bahu kepak dan tulang belakang sebelah bawah wau bagi
mengimbangi wau - Teraju Tiga.

Cara Bermain

Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan memegang wau
dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali
akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah
wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau
yang dihias berwarna-warni.

Di masa kini walaupun wau masih mendapat tempat dikalangan masyarakat Melayu tetapi
layang-layang juga tidak kurangnya telah mendapat perhatian oleh masyarakat tempatan
dan juga antarabangsa. Pelbagai bentuk dan corak layang-layang telah dicipta, ada layang-
layang yang berbentuk orang, kapal berangkai dan ada yang dimainkan dengan
menggunakan dua utas tali. Kebanyakkan pertunjukan wau dan layang-layang masih
mendapat tempat di Malaysia, terutama ketika hari-hari sambutan perayaan atau
pertandingan wau antarabangsa.
Wau
- Cara-Cara Membuat Wau Mula 1-1 Akhir
   

Bahan-bahan utama untuk membuat wau ialah buluh, benang, kertas,


gam dan pisau raut. Wau mempunyai empat bahagian utama iaitu
kepala, sayap, pinggang dan ekor. Untuk menghasilkan wau yang besar,
menarik dan cantik bukanlah satu kerja yang senang.

Pembuat wau mestilah mempunyai kemahiran, ketekunan dan


kesabaran yang tinggi kerana ianya adalah merupakan kerja yang rumit
terutama pada bahagian sayap dan tulang belakang.

Buluh akan diraut dengan teliti dan halus bagi mendapatkan bentuk
wau yang cantik. Bahagian sayap akan ditimbang dengan menggunakan
jari atau mata pisau supaya menjadi sama timbang di antara sebelah kiri
dan kanan sayap. Bahagian inilah yang akan menentukan supaya ianya
tidak berat sebelah. Semasa meraut ini dari masa ke semasa bilah-bilah
buluh ini akan diliut-liutkan supaya sama lengkungnya di antara kedua-
dua belah kiri dan kanan.

Seterusnya tulang belakang dan bahagian ekor pula akan diraut. Untuk
bahagian ekor buluh akan diraut lebih lembut berbanding dengan
bahagian badan wau. Ini akan mempengaruhi wau untuk menyesuaikan
dengan keadaan angin ketika diterbangkan.
     
 

[Link] terlebih dahulu dipilih


[Link] buluh duri yang selalunya bagi mendapatkan yang
digunakan untuk membuat wau. sederhana tuanya supaya ianya
tidak mudah patah.

[Link] terlebih dahulu diukur [Link] dipotong mengikut


dengan ukuran seperti yang ukuran yang dipilih untuk dibuat
dikehendaki sebelum ianya sayap, tulang belakang dan
dipotong. bahagian-bahagian yang lain.

[Link] membelah buluh [Link] dibelah dengan teliti


cara lama yang selalunya supaya sama besar dan mudah
dilakukan oleh pembuat wau yang diraut.
mahir dan berpengalaman.

[Link] buluh diasingkan [Link] buluh seterusnya dicuci


megikut keperluan sama ada daripada buku buluh.
untuk dibuat sayap atau tulang
belakang.

[Link] tulang belakang [Link] tulang belakang


dibelah mengikut ukuran yang supaya lebih sempurna antara
dikehendaki dan bersesuaian bahagian kepala dan bahagian
dengan sayap. ekor
[Link] sayap mestilah sama [Link] sayap yang telah diraut
panjang antara kiri dan kanan terlebih dahulu diukur menjadi
dua bahagian sama panjang.

[Link] sayap mula diraut [Link] semasa ke semasa


dengan pisau yang tajam bagi bahagian sayap diliut-liut untuk
mendapatkan bilah buluh yang mendapatkan bentuk yang
lebih halus dan mudah diliut. sempurna.

[Link] sayap yang telah siap [Link] buluh di bahagian ekor


diraut di timbang dengan jari atau juga diliut-liut sebelum ianya
mata pisau supaya sama timbang diikat bersama dengan tulang
di antara kiri dan kanan. belakang.

[Link] buluh di bahagian ekor [Link] dan ikatan


dibentuk bersama-sama dengan bahagian sayap dengan bahagian
tulang belakang terlebih dahulu ekor.
sebelum ianya diikat dengan
benang atau tali.
[Link] membuat ikatan untuk [Link] ekor diliut dan
bahagian-bahagian rangka wau. dibentuk supaya sama lekok
seperti yang dikehendaki.

[Link] rangka wau bulan [Link]-kerja mengikat rangka


yang hampir siap. wau bulan iaitu bahagian sayap,
tulang belakang dan bahagian
ekor.

[Link] wau kucing yang telah [Link]-kerja meraut daun ibus


siap. untuk dibuat dengung atau busur
wau.

[Link], iaitu bahagian hujung [Link] bilah busur


dengung wau yang digunakan (dengung) wau yang telah siap.
untuk mengikat dan menarik daun Biasanya busur ini akan dilekatkan
ibus supaya menjadi tegang bagi di bahagian leher wau.
mendapatkan bunyi yang baik dan
nyaring.

[Link] ditimbang terlebih dahulu [Link] teraju wau


sebelum dinaikkan supaya (benang yang diikat pada
bahagian kepala dan sayap bahagian leher dan pinggang wau)
menjadi sama timbang. Ini bagi yang sempurna adalah penting
mengelakkan daripada wau sebelum sesebuah wau itu
menjadi berpusing. diterbangkan. Ini akan
mempengaruhi kedudukkan wau
supaya terbang dengan baik.

[Link] bulan dan wau kucing [Link] wau mestilah


yang telah siap diikat dengan dalam keadaan yang bertentangan
teraju. dengan arah tiupan angin dan wau
mestilah dalam keadaan tegak.

[Link] mula diterbangkan ke [Link] sayap, ekor dan


udara. teraju wau akan menjadi
sesebuah wau itu terbang dengan
sempurna dan terapung-apung di
udara.

[Link] antara peralatan-peralatan


yang digunakan untuk membuat
wau.

Anda mungkin juga menyukai