0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
139 tayangan10 halaman

Penilaian Pengetahuan Penyediaan Kek

Dokumen tersebut berisi soalan penilaian untuk unit kompetensi penyediaan kek. Soalan-soalan meliputi konsep, prosedur, dan teknik yang berkaitan dengan penyediaan kek termasuk langkah kebersihan, peralatan, bahan-bahan, dan teknik memasak yang digunakan. Dokumen ini juga memberikan arahan untuk mengisi borang maklumat calon dan menjawab soalan.
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd
0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
139 tayangan10 halaman

Penilaian Pengetahuan Penyediaan Kek

Dokumen tersebut berisi soalan penilaian untuk unit kompetensi penyediaan kek. Soalan-soalan meliputi konsep, prosedur, dan teknik yang berkaitan dengan penyediaan kek termasuk langkah kebersihan, peralatan, bahan-bahan, dan teknik memasak yang digunakan. Dokumen ini juga memberikan arahan untuk mengisi borang maklumat calon dan menjawab soalan.
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 4 - 8 BLOK E9, KOMPLEKS E
62604 PUTRAJAYA

PENILAIAN PENGETAHUAN
(KNOWLEDGE ASSESSMENT)

KOD UNIT KOMPETENSI HT-014-2:2011-C07

TAJUK UNIT KOMPETENSI CAKES PREPARATION

NO. KOD HT-014-2:2011-C07/KA(1/1)


NAMA CALON
NO KAD PENGENALAN
MASA
TARIKH
KEPUTUSAN PENILAIAN

MARKAH : % TERAMPIL / BELUM TERAMPIL

ULASAN PEGAWAI PENILAI :

__________________________
Tandatangan Pegawai Penilai Tarikh :

Nama :

Arahan kepada calon :


1. Tuliskan nama dan nombor kad pengenalan calon pada ruangan yang disediakan;
2. Calon tidak dibenarkan membuka kertas soalan sehingga dibenarkan;
3. Calon hendaklah menjawab soalan pada kertas jawapan yang disediakan;
4. Calon hendaklah menggunakan pen mata bulat berwarna hitam atau biru sahaja;
5. Dilarang membawa nota dan sebarang bahan rujukan kecuali yang dibenarkan;
6. Dilarang meniru semasa penilaian; dan
7. Dilarang membawa keluar kertas soalan dari bilik peperiksaan.

KERTAS PENILAIAN INI MENGANDUNGI SEBELAS (10) MUKA SURAT BERCETAK


BAHAGIAN A
Jawab semua soalan

1. Manakah antara berikut adalah agensi yang terlibat mengawal selia keselamatan,
kesihatan dan kebersihan makanan di Malaysia?

A. Jabatan Perdana Menteri


B. Jabatan Pengangkutan Jalan
C. Kementerian Kesihatan Malaysia
D. Kementerian Pendidikan Malaysia

2. Manakah antara berikut adalah sijil atau akta yang berkaitan dengan kenyataan di
bawah?

 Undang-undang yang berkaitan dengan pencegahan, penghapusan, kawalan


pencemaran dan membaiki alam sekitar dengan mematuhi piawaian kerajaan.
 Ditadbir oleh Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

A. HACCP
B. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
C. Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI)
D. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA)

3. Apakah langkah kebersihan diri yang perlu dilakukan sebelum memulakan aktiviti
memasak?

A. Membasuh kaki
B. Mengelap muka
C. Berkumur-kumur
D. Membasuh tangan

2
4. Apakah maksud mise en place?

A. Proses mencuci dan mengemas selepas memasak.


B. Pra-penyediaan atau persediaan awal untuk memasak.
C. Hiasan dan persembahan akhir hidangan selepas memasak.
D. Proses penyediaan hidangan daripada awal hingga akhir memasak.

5. Mengapakah mise en place penting dalam langkah penyediaan hidangan pastri?

A. Pengurusan dapur lebih sistematik.


B. Menunjukkan kehandalan seorang chef untuk memasak.
C. Hidangan yang dihasilkan menjadi lebih sedap dan menarik.
D. Pelanggan akan memuji dan berpuashati dengan hidangan yang disediakan.

6. Manakah antara majlis berikut sesuai dihidangkan dengan kek?

A. Kematian
B. Temu duga
C. Keagamaan
D. Pertunangan

7. Apakah ciri-ciri kebersihan yang mesti dipatuhi sebelum menyediakan kek?

I. Tangan hendaklah dicuci bersih


II. Alat yang bersih dibiarkan di dalam sinki
III. Memakai pakaian dan apron yang bersih
IV. Pastikan permukaan meja kerja sentiasa bersih

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

A. Kek mentega
B. Agar-agar roti
C. Puding roti mentega
D. Roti goreng Perancis
3
8. Mengapakah pemilihan peralatan yang betul mengikut kegunaannya sangat penting?

A. Makanan yang dihasilkan menjadi lebih sedap.


B. Fungsi alat dapat digunakan ke tahap yang optimum.
C. Hasil masakan akan membangkitkan selera pelanggan.
D. Pelanggan akan memuji dan berpuashati dengan hidangan yang disediakan.

9. Manakah antara berikut adalah ciri-ciri peralatan yang baik?

i. Tahan hakisan
ii. Mudah dibersihkan
iii. Reka bentuk yang besar
iv. Menjimatkan masa dan tenaga

A. i, ii dan iii
B. i, ii dan iv
C. i, iii dan iv
D. ii, iii dan iv

10. Berdasarkan Rajah 1, apakah jenis kek di bawah?

Rajah 1 : Kek gulung

A. Kek keju
B. Kek span
C. Kek chiffon
D. Kek mentega

4
11. Apakah kegunaan bahan dalam Rajah 2?

Rajah 1 : Vanila

A. Sebagai bahan pemekat


B. Memberikan rasa lemak dan berkrim
C. Memberikan tekstur tegang dan kenyal
D. Memberikan aroma atau bau manis dalam hidangan

12. Apakah unit SI bagi isi padu cecair yang digunakan dalam Rajah 3 di bawah?

Rajah 3 : Alat penyukat

A. Gram (g)
B. Mililiter (ml)
C. Sentimeter (cm)
D. Darjah celsius (°C)

13. Apakah langkah perlindungan diri yang perlu dilakukan sebelum memulakan amali
masakan?

A. Memakai apron
B. Membasuh kaki
C. Mengelap muka
D. Memakai selipar

5
14. Apakah maksud teknik folding?

A. Cara memasak menggunakan wap daripada air mendidih.


B. Pra-penyediaan atau persediaan awal sebelum memasak.
C. Cara mengadunkan bahan yang ringan dengan adunan yang berat.
D. Teknik menggabungkan makanan yang tinggi kandungan lemak dengan udara.

15. Apakah cara masakan yang digunakan untuk menyediakan coklat ganache?

A. Merebus
B. Water bath
C. Memanggang
D. Double-boiling

16. Manakah antara berikut adalah teknik penyediaan kek?

I. Mengukus
II. Water bath
III. Melting method
IV. Sponge method

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

17. Apakah borang yang perlu diisi untuk tempahan makanan daripada pelanggan?

A. Borang aduan
B. Borang pesanan
C. Borang nota minta
D. Borang butir-butir peribadi

6
18. Apakah nama teknik yang ditunjukkan dalam rajah di bawah?

Rajah 4 : Teknik penyediaan kek

A. Putar selangkah
B. Kaedah mencair
C. Sponge method
D. Creaming method

19. Apakah nama teknik membakar yang ditunjukkan pada Rajah 5 di bawah?

Rajah 5 : Teknik membakar

A. Whisking
B. Casserole
C. Water bath
D. Mise en place

20. Apakah sikap baik yang perlu ditunjukkan semasa mengambil pesanan daripada
pelanggan?

A. Senyum
B. Bercakap dengan kasar
C. Tidak memandang muka pelanggan
D. Membiarkan pelanggan menunggu lama

(20 markah)

7
BAHAGIAN B
Jawab semua soalan

a. Tandakan () pada pernyataan yang betul dan (x) pada pernyataan yang salah.

1. OSHA bertujuan untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan ( )


kebajikan orang-orang yang sedang bekerja.

2. JAKIM bertanggungjawab untuk mengeluarkan sijil Amalan ( )


Pengilangan Yang Baik (GMP).

3. Ketuhar perlu dipanaskan terlebih dahulu sebelum digunakan. ( )

4. Kek chiffon biasanya menggunakan acuan bulat yang berongga di ( )


tengah.

5. Mata pemutar jenis hook digunakan untuk memukul telur atau krim. ( )

6. Sudu penyukat digunakan untuk menyukat bahan-bahan kering ( )


sahaja.

7. Pengayak tepung boleh digunakan untuk mengayak serbuk koko ( )


dan gula aising.

8. Setiap tempahan daripada pelanggan hendaklah berpandukan ( )


kepada borang tempahan pesanan yang telah diisi.

9. Gula kastor sangat sesuai digunakan dalam penyediaan hidangan ( )


pastri kerana teksturnya yang halus dan mudah larut.

10. Kek perkhawinan biasanya menggunakan fresh cream sebagai ( )


hiasan.

(10 markah)

8
b. Padankan nama kek dengan teknik penyediaan yang betul.

Nama kek Teknik penyediaan

1. Kek span Melting method

2. Kek mentega One stage method

3. Kek buah kukus Folding method

4. Kek permaisuri Sponge method

5. Kek gulung Creaming method

(5 markah)

c. Senaraikan bahan-bahan dalam penyediaan hidangan kek di bawah.

Kek coklat kukus Kek pisang

1
.
2
.
3
.
4
.
5
.

(5 markah)

9
BAHAGIAN C (10 markah)

Tulis jawapan secara ringkas pada ruang yang disediakan.

1. Terangkan secara ringkas kaedah membakar secara bain marie.

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

2. Berikan dua kaedah memasak untuk menyediakan kek.

i. __________________________________________________________

ii. __________________________________________________________

3. Berikan dua jenis-jenis tepung yang digunakan untuk menyediakan kek.

i. __________________________________________________

ii. __________________________________________________

4. Berikan 2 bahan yang boleh memberikan warna asli kepada hidangan kek.

i. ______________________________________

ii. ______________________________________

5. Bagaimanakah cara untuk menguji sama ada kek telah masak?

______________________________________________________________________

- SOALAN TAMAT -

10

Anda mungkin juga menyukai