0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
61 tayangan2 halaman

Jurnal Pengajaran Tanda Baca Tanda Seru

Guru mengalami masalah dengan murid-murid yang kesulitan mengingat jenis ayat yang menggunakan tanda seru. Guru menganalisis masalah ini dan menyarankan penyelesaian seperti memberikan penjelasan lanjut, contoh lakonan, dan latihan. Langkah-langkah ini terbukti efektif dengan peningkatan pemahaman siswa.

Diunggah oleh

N.Hirranyaa
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd
0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
61 tayangan2 halaman

Jurnal Pengajaran Tanda Baca Tanda Seru

Guru mengalami masalah dengan murid-murid yang kesulitan mengingat jenis ayat yang menggunakan tanda seru. Guru menganalisis masalah ini dan menyarankan penyelesaian seperti memberikan penjelasan lanjut, contoh lakonan, dan latihan. Langkah-langkah ini terbukti efektif dengan peningkatan pemahaman siswa.

Diunggah oleh

N.Hirranyaa
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd

PRAKTIKUM

CONTOH DAN FORMAT PENULISAN JURNAL


Bilangan Jurnal : Kedua MINGGU
: 27 Sep 2020
Tarikh Peristiwa / Kejadian
2

: Masalah mengingati jenis-jenis ayat yang menggunakan sesuatu


Tajuk
tanda baca.

1. ISU YANG DIFOKUSKAN :

Saya telah menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran bagi Tahun 2. Bagi kelas tersebut, saya
telah melihat bahawa kebanyakan murid kelas saya menghadapi masalah dalam mengingati tanda
baca iaitu tanda seru. Saya mendapati bahawa beberapa murid sahaja dapat menulis ayat
menggunakan tanda seru dengan betul. Tetapi, ramai murid tidak dapat mengingati jenis-jenis ayat
yang menggunakan tanda seru. Mereka menghadapi masalah dalam mengingati jenis ayat tersebut
walaupun perkara tersebut diterangkan oleh saya menggunakan slaid PowerPoint.

2. ANALISIS ISU YANG DIFOKUSKAN (PUNCA DAN KESAN ISU) :

Terdapat beberapa perkara yang menyumbang ke arah masalah ini. Antaranya ialah murid-murid
tidak dapat mengenali ataupun memahami konsep penggunaan tanda baca yang tepat dalam sesuatu
ayat. Hal ini kerana, ada sesetengah jenis ayat yang mereka belum mengenali lagi. Contohnya, tanda
seru perlu digunakan dalam penghujungf ayat seperti ayat yang menunjukkan suasana sedih, terkejut,
gembira dan sebagainya. Apabila murid-murid gagal mengenali jenis-jenis ayat dan penggunaan tanda
baca yang betul ada kemungkinan untuk membuat kesalahan dalam penulisan struktur ayat.

3. KAJIAN LAMPAU (LITERATURE REVIEW) TERHADAP ISU (PENGALAMAN ATAU KAJIAN LEPAS) :
Menurut Samah, R.(2012), kemampuan pelajar membina ayat menggunakan tanda baca yang betul
dapat mencerminkan penguasaan kemahiran bahasa. Pelajar menjadi keliru dalam membezakan
penggunaan tanda baca dalam sesuatu ayat. Secara keseluruhannya penggunaan tanda baca yang
betul dalam pembinaan ayat amat penting.

3. CADANGAN DAN IDEA PENYELESAIAN MASALAH :

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal pasti , saya
mencadangkan beberapa penyelesaian masalah iaitu :
a) Saya akan mengambil waktu sampingan yang lain untuk memberi penjelasan yang mendalam
mengenai topik ini.
b) Saya akan menggunakan cara lakonan mengikut jenis ayat supaya dapat meningkatkan kefahaman
murid.
c) Saya akan memberi banyak latihan berdasarkan dengan topik tanda baca kepada murid.
PRAKTIKUM

5. TEMPOH MASA PENYELESAIAN : 2 Minggu

6. TINDAKAN SUSULAN :
Saya akan mengambil waktu sampingan yang lain untuk memberi penjelasan yang mendalam
mengenai topik ini, meningkatkan kaedah pengajaran lakonan untuk menerangkan topik ini berserta
dengan contoh-contoh yang relevan untuk meningkatkan kefahaman murid dan memberi banyak
latihan yang berdasarkan dengan topik tanda baca kepada murid.

7. TARIKH TINDAKAN SUSULAN DILAKSANAKAN : 11 Okt 2020

8. KEBERKESANAN LANGKAH YANG DICADANGKAN :


Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian yang telah saya kenal
pasti telah memberi impak yang positif ini dapat dilihat melaui peningkatan bilangan murid yang
dapat mengingati perkara yang diajar ketika pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, didapati
seramai 90% murid dapat menjawab dengan betul semua latihan yang diberikan.

9. KESIMPULAN / REFLEKSI (KESAN TINDAKAN (PERLU) DAN HALANGAN (JIKA ADA) :


Saya merasa berpuas hati dengan hasil kerja murid dalam latihan yang mendapat keseluruhan
soalannya dengan jawapan yang betul dengan menggunakan tanda baca yang betul. Selain itu, murid-
murid juga tidak akan menghadapi sebarang masalah dalam penggunaan tanda baca khususnya tanda
seru dalam mana-mana matapelajaran khususnya mata pelaran Bahasa Tamil.

RUJUKAN

Samah, R,(2012). Penggunaan tanda baca dalam pembinaan ayat AGEMA Online@ Journal of
Language Studies, 12(2)

Anda mungkin juga menyukai