Faktor Jurulatih Mempengaruhi Keberkesanan Latihan: Satu
Kajian Empirikal Di Jabatan Meteorologi Malaysia
Mohd Faizal Mohd Isa
Wan Shakizah Wan Mohd Noor
Zulkiflee Daud
School of Business Management
College of Business,Accounting Building
Universiti Utara Malaysia
06010 Sintok, Kedah
email: [Link]@[Link]; shakizah@[Link]; zulkiflee@[Link]
Azahani bt. Abd. Aziz
Jabatan Meteorologi Malaysia
E-mel: azahani72@[Link]
Abstrak
Pembangunan sumber manusia terutamanya latihan banyak menghuraikan tentang betapa
pentingnya latihan di dalam sesebuah organisai. Oleh itu, faktor-faktor yang mempengaruhi
keberkesanan latihan perlu dititikberatkan agar tidak berlakunya pembaziran. Sehubungan
dengan itu, kajian ini telah dijalankan untuk mengukur perkaitan di antara keberkesanan
latihan dan faktor yang mempengaruhinya iaitu faktor jurulatih dengan menggunakan 105
borang soalselidik yang diisi dengan lengkap oleh kakitangan di Jabatan Meteorologi
Malaysia. Dapatan analisa regresi digunakan untuk mengkaji kekuatan hubungan antara
pembolehubah bebas iaitu faktor jurulatih dengan pembolehubah bersandar iaitu
keberkesanan latihan. Secara amnya, dapatan kajian ini mengesahkan bahawa faktor jurulatih
amat mempengaruhi keberkesanan latihan. Selanjutnya, implikasi dan perbincangan kajian
turut dihuraikan dalam kertas kajian ini.
Kata kunci: keberkesanan latihan, faktor jurulatih, pemindahan pengetahuan
1.0 Pengenalan
Latihan adalah merupakan salah satu bidang di bawah Pengurusan Sumber Manusia dimana
ia merupakan salah satu fungsi untuk membangunkan sumber manusia yang sangat penting
(DeSimone et al., 2002; Tannenbaum & Yukl, 1992). Ia juga ditakrifkan sebagai suatu proses
pembelajaran yang terancang dan bertujuan untuk meningkatkan kemampuan pekerja bagi
menyelesaikan masalah semasa, masalah yang mungkin wujud pada masa akan datang,
membangunkan kecekapan pekerja dan daya saing organisasi pada masa hadapan (DeSimone
et al., 2002; Ibrahim, 2001; Kraiger et al., 1993). Latihan ini juga dapat dibahagikan kepada
dua pendekatan iaitu latihan yang berorientasikan tradisional dan latihan berorientasikan
pendekatan kontemporari. Latihan berorientasi pendekatan tradisional adalah wujud dalam
375
organisasi yang beroperasi dalam persekitaran yang stabil dan kurang persaingan dan pada
masa kini ia banyak berlaku di dalam sektor awam.
Dalam konteks ini, Jabatan Meteorologi Malaysia saban tahun telah membelanjakan sebanyak
hampir ratusan ribu ringgit Malaysia untuk memastikan bahawa setiap kakitangannya
mendapat latihan yang mencukupi dan berkualiti. Memandangkan tingginya kos pengendalian
latihan, organisasi sentiasa mengambil berat tentang keberkesanan pelaksanaan latihan. Aspek
latihan semakin diberi penekanan memandangkan terdapat pelbagai aduan pelanggan dari
media masa dan media cetak yang tidak berpuashati dengan ramalan cuaca yang dikeluarkan.
Sehubungan itu, bagaimana memastikan sesuatu program latihan memberi manfaat kepada
organisasi , sesuatu program latihan perlu dinilai terutamanya terhadap keberkesanan dan
hubungannya dengan prestasi kerja.
Justeru, sebagai kakitangan awam keberkesanan latihan adalah amat dititikberatkan dan
seterusnya kajian impak keberkesanan latihan akan dilakukan ke atas Jabatan Meteorologi
Malaysia. Bagi memastikan matlamat ini tercapai pengaruh jurulatih terhadap keberkesanan
program latihan teknikal kepada kumpulan Pengurusan & professional akan dikaji. Hasil
kajian ini amat penting bagi menghasilkan satu kerangka strategi atau menambahbaik strategi
yang sedia ada agar Kursus Asas Meteorologi ini lebih memberi kesan yang mendalam
kepada Jabatan.
2.0 Sorotan Kesusasteraan
Bab ini membincangkan tentang kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan permasalahan
yang dikaji dan perkaitan antara pembolehubah yang tidak bersandar iaitu faktor jurulatih
dengan keberkesanan latihan.
2.1 Keberkesanan Latihan
Kebanyakan sarjana mempunyai pandangan yang berbeza-beza dalam mentakrifkan
keberkesanan latihan, iaitu sejauh mana objektif program latihan tercapai (Tai, 2006), kadar
keupayaan pekerja mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diperolehi
semasa mengikuti latihan (Baldwin & Ford, 1998; Baldwin et al., 1991), keupayaan program
latihan mengubah perlakuan pekerja, meningkatkan produktiviti dan meningkatkan prestasi
kerja dan organisasi (Chiaburu & Tekleab, 2005; Holton & Baldwin, 2003; Holton et al.,
1997; Holton et al., 2000; Lane et al., 2001), dan menilai hasil latihan yang dialami oleh
seseorang peserta berpandukan reaksi (keluasan had pelatih merasai dan menyukai program
latihan), pembelajaran (pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi pekerja), sikap (pekerja
memindahkan pengetahuan kepada situasi kerja), dan kesan (pencapaian objektif organisasi
seperti kadar ketidakhadiran, pusing ganti kakitangan, peningkatan produktiviti dan
pengurangan kos (Kirkpatrick, 1976).
Berdasarkan kajian lepas, terdapat tiga faktor yang membantu atau menghalang pemindahan
pengetahuan atau pembelajaran iaitu faktor rekabentuk latihan seperti jangkamasa dan
objektif kursus, penekanan kepada amali atau teori sahaja, kepakaran tenaga pengajar dan
maklumbalas berkaitan dengan prestasi kakitangan semasa mereka mula bertugas di tempat
masing-masing. Seterusnya faktor individu seperti motivasi pelajar itu sendiri, keupayaan
untuk memahami pelajaran yang diajar, perhatian yang diberikan semasa di dalam kelas dan
relevannya kursus yang diajar dengan bidang tugas mereka. Dan yang akhir sekali ialah faktor
376
persekitaran dimana adakah ia mendapat sokongan dari pihak pengurusan untuk
mengamalkan sesuatu yang baru dan adakah ia sesuai dengan prosedur tempat ia bertugas.
Menurut beliau ketiga-tiga faktor ini menjadi penentu kepada keberkesanan sesebuah latihan.
Selain daripada ketiga-tiga faktor di atas, menurut (Parry,1990) faktor masa juga
menyumbang kepada keberkesanan latihan. Sebagai contoh adakah pelatih mempunyai masa
yang cukup untuk mempraktikkan apa yang disarankan. Hasil kajian (Parry, 1990) adalah
menyamai hasil kajian (Shumaker,2004) dimana ia menyatakan persepsi pekerja kerani
tentang keberkesanan latihan di majlis perbandaran mempunyai hubungkait dengan faktor
organisasi, jurulatih serta pelatih. Menurut beliau ketiga-tiga faktor ini menjadi penentu
kepada keberkesanan sesebuah latihan.
Namun dalam artikel ini faktor jurulatih yang mempengaruhi keberkesanan latihan di Jabatan
Meteorologi Malaysia yang akan dibincangkan. Oleh itu faktor yang mempengaruhi prestasi
pembelajaran pelatih ialah motivasi untuk belajar, kemahiran komputer yang mencukupi,
kandungan program latihan, hubungan dua hala diantara pelatih dan jurulatih, mudah untuk
digunakan atau akses, sokongan daripada jurulatih dan persekitaran pembelajaran yang
konsisten manakala faktor yang mempengaruhi prestasi ialah motivasi pembelajaran,
kandungan program latihan, sokongan daripada jurulatih dan pencapaian pembelajaran.
Pelatih yang mempunyai ciri-ciri positif yang tinggi akan merasai kepuasan yang lebih
terhadap hasil [Link] pula berlaku kepada pelatih yang tidak mempunyai ciri-ciri
positif. Berdasarkan kajian yang dibuat didapati pelatih yang mempunyai matlamat
pembelajaran yang tinggi akan menjadikan latihan lebih berkesan.(Herold,et al.,2002) pula
mengatakan bahawa penetapan matlamat merupakan teori yang boleh diterima pakai dan amat
praktikal dalam motivasi kerja dan pencapaian [Link] kajian telah mengenal pasti
pencapaian adalah berfungsi secara positif dengan tahap matlamat .
2.2 Ciri-ciri jurulatih
Kejayaan program latihan bergantung kepada kelayakan dan sikap jurulatih. Seorang jurulatih
mesti memahami hala tuju program pendidikan dan mempunyai pengetahuan serta kemahiran
yang diperlukan di dalam latihan. (Leduchwicz,1982) menjelaskan bahawa selain daripada
keupayaan jurulatih ,keupayaan untuk mempengaruhi pelatih juga adalah penting. Diantara
kelayakan jurulatih ialah menyampaikan mesej dengan berkesan, menyediakan bahan untuk
latihan lebih awal, mengendalikan pelatih dengan kaedah yang sesuai, menjawab persoalan
dari pelatih dengan jelas dan menggalakkan pelatih untuk mencapai matlamat.
Kajian menunjukkan bahawa menyuntik harapan yang tinggi kepada jurulatih sama seperti
menajamkan prestasi pelatih. Apabila membincangkan tentang ciri-ciri jurulatih,banyak
kajian telah menilai ciri-ciri guru yang dinilai oleh pelajar dalam situasi akademik disebabkan
kurangnya kajian tentang ciri-ciri jurulatih ini. Terdapat empat gelagat jurulatih yang
memberi kesan terhadap keberkesanan latihan diantaranya ialah kejelasan, kepelbagaian
orientasi tugas dan keterlibatan dalam proses pembelajaran.
a. Kejelasan
Merujuk kepada bagaimana pelatih mempersembahkan bahan yang disampaikan
kepada pelatih. Jurulatih yang mempunyai tahap kejelasan yang tinggi dalam
menerangkan kepada pelatih meluangkan masa yang sedikit untuk
menyampaikan maklumat yang hendak disampaikan.
b. Kepelbagaian
377
Merujuk kepada bagaimana tahap fleksibel jurulatih semasa membentangkan
bahan latihan kepada pelatih. Jurulatih yang berkesan akan mewujudkan
kepelbagaian dengan menggunakan pelbagai bahan, kaedah dan persoalan untuk
memastikan pelatih tidak merasa bosan dan merasa corak latihan yang sama dan
hambar setiap kali sesi latihan diadakan.
c. Orientasi tugas
Orientasi tugas pula ialah merujuk kepada jurulatih yang berorientasikan
pencapaian iaitu setiap kali sesi latihan diadakan ia akan memastikan penerimaan
pelatih berada di tahap tinggi, sederhana atau rendah.. Jurulatih dengan orientasi
tugas yang tinggi akan peka dalam memastikan semua bahan latihan diajar
dengan sempurna. Jurulatih yang berkesan juga akan menggunakan masa latihan
dengan berkesan.
d. Proses pembelajaran
Persekitaran pembelajaran bermaksud ahli di dalam organisasi mempercayai
bahawa pembelajaran atau latihan memainkan peranan yang amat penting di
dalam tugasan kerja mereka (Tracy [Link], 1995). Jurulatih yang efektif juga akan
melibatkan diri untuk memastikan proses pembelajaran berjalan lancar.
2.3 Kerangka Teoritikal Kajian
Kerangka kerja yang digunakan bagi kajian ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu
pembolehubah bersandar (keberkesanan latihan) manakala pemboleh ubah tidak bersandar
ialah faktor jurulatih seperti kejelasan, kepelbagaian semasa membentangkan bahan latihan,
orientasi tugas dan proses pembelajaran yang lancar.
Pemboleh ubah tidak bersandar Pembolehubah bersandar
Faktor-faktor Jurulatih
KEBERKESANAN
-kejelasan LATIHAN
-kepelbagaian
-orientasi tugas
Rajah
- proses 1: Kerangka Teoritikal- Rujukan Baldwin& Ford(1988)
pembelajaran
3.0 Metodologi
Kajian dijalankan secara kuantitatif dan cross sectional. Populasi kajian ini ialah adalah
terdiri daripada 187 kakitangan di Jabatan Meteorologi Malaysia. Berdasarkan kepada jadual
(Krejcie dan Morgan ,1971) dalam Sidek,2002), seramai 127 orang daripada pekerja tersebut
akan diambil sebagai responden. Namun, hanya 105 sahaja responden yang mengembalikan
borang soal selidik.
378
Seterusnya, soalan dalam soal selidik bagi Bahagian A, C dan D diadaptasi daripada (Rohani,
2010) dimana ia berasaskan kepada instrumen kajian yang dibina oleh Prof. Herbert Marsh,
dari University of Western Sydney (James Neill, 2003), manakala untuk Bahagian B dan E,
ianya diadaptasi daripada (S.M Agong, 2009) dari Thayer dan Teachout (1995) dengan
menggunakan Skala Likert (1-5) untuk mengukur jawapan daripada responden.
4.0 Dapatan Kajian
Jadual 4.0 menunjukkan taburan responden mengikut jantina, umur dan latarbelakang
akademik. Seramai 49 orang (46.7 peratus) adalah lelaki manakala yang selebihnya 56 (53.3)
adalah wanita. Ini bermakna pemilihan responden adalah seimbang dan faktor jantina tidak
mempengaruhi keberkesanan latihan. Seterusnya, daripada analisis yang dijalankan, minoriti
responden berumur 40 tahun keatas dengan peratusan 13.3 diikuti 46 orang berumur antara 31
hingga 40 tahun dan 45 orang berumur antara 21 hingga 30 tahun. taburan responden
mengikut kelulusan akademik menunjukkan majoriti responden adalah berkelulusan Sarjana
Muda Sains Fizik iaitu sebanyak 61 orang atau 58.1 peratus dan Sarjana Muda Sains
Matematik ialah sebanyak 40 manakala lain-lain adalah sebanyak 4 orang. Dari segi
latarbelakang pengajian juga ia tidak mencerminkan bahawa pandangan dari kakitangan
berlatar belakang fizik dan matematik adalah berbeza kerana bilangan responden adalah
hampir seimbang.
Item Kekerapan (N=105) Peratus (%)
Jantina
Lelaki 49 46.7
Perempuan 56 53.3
Umur
41 tahun keatas 14 13.3
31-40 tahun 46 43.8
21-30 tahun 45 42.9
Latar Belakang Akademik
Sarjana Muda Sains Fizik 61 58.1
Sarjana Muda Sains Matematik 40 38.1
Kelulusan Lain 4 3.8
379
4.1 Analisa Regresi
Untuk mencapai objektif yang telah digariskan, satu analisis regresi telah dilakukan. Hasil
regresi antara ciri-ciri jurulatih dengan keberkesanan latihan menunjukkan bahawa R square
adalah 0.516. Ini bermakna 51.6 peratus daripada varians dalam keberkesanan kursus
dijelaskan oleh faktor tersebut. Oleh kerana itu, model yang dibentangkan di dalam kajian ini
adalah disokong kesahihannya.
Berdasarkan Jadual 4.1 di bawah, dapat diperhatikan bahawa nilai-nilai Beta untuk faktor
penceramah ialah 0.587 (p<0.05), Ini menunjukkan bahawa pembolehubah-pembolehubah
tersebut merupakan faktor kepada keberkesanan latihan.
Jadual 4.1
Unstandardized coefficient Standardized coefficient
B Std. Error β t Sig
Constant 1.247 0.371 3.361 0.001
Penceramah 0.554 0.080 0.587 6.903 0.000
Nota:**p<0.01;*p < 0.05, R² = 0.516;);
Pembolehubah Bersandar = Keberkesanan Latihan
Daripada output regresi ini menunjukkan terdapat faktor-faktor lain yang tidak terdapat
didalam kajian ini yang mempengaruhi keberkesanan latihan. Berdasarkan kajian-kajian lepas
antara faktor-faktor yang dikaitkan dengan keberkesanan latihan ialah faktor rekabentuk
latihan, iklim semasa latihan, keperluan kerja oleh (Baldwin dan Ford, 1988), Elangovan dan
Karakowsky,1999), (Yamnill dan Mclean,2001) serta faktor tekanan kerja,krisis kerja oleh
May dan Kahnweiler (2000).
Terdapat juga faktor lain yang dikaji oleh pengkaji-pengkaji lepas yang boleh mempengaruhi
keberkesanan latihan seperti dapat mengaplikasi apa yang dipelajari secara aktif, belajar
secara berulang dan masa yang lama untuk mempraktikkan apa yang dipelajari (Craig,1999).
Faktor masa juga mempengaruhi keberkesanan latihan sebagaimanana hasil kajian oleh
(Axtel [Link] ,1997) yang mendapati bahan latihan yang digunakan dalam jangka masa pendek
mempengaruhi keberkesanan latihan. Dapatan kajian ini adalah bertentangan dengan kajian
yang dibuat oleh (Lim,1998) dan (Foxon,1995) yang mendapati faktor persekitaran lebih
380
mempengaruhi keberkesanan latihan. Namun ia adalah bertepatan dengan pendapat oleh
(Leduchwicz,1982) yang menjelaskan bahawa faktor penceramah amat mempengaruhi
latihan.
5.0 Perbincangan
Hasil kajian ini menyokong pendapat yang dijalankan oleh (Leduchwicz,1982) dimana ia
menyatakan bahawa faktor penceramah amat mempengaruhi keberkesanan latihan. Ini
menjelaskan bahawa selain daripada keupayaan jurulatih ,keupayaan untuk mempengaruhi
pelatih juga adalah penting.
Merujuk semula kepada Jabatan Meteorologi Malaysia, faktor jurulatih sangat mempengaruhi
keberkesanan latihan kerana modul meteorologi adalah satu modul yang sangat teknikal dan
memerlukan jurulatih yang benar-benar pakar dalam bidang ini. Kandungan kursus ini
memerlukan kepakaran dan pengalaman untuk membolehkan ianya dapat disampaikan
dengan baik. Jurulatih perlu mempersembahkan bahan yang disampaikan kepada pelatih dan
menerangkan kepada pelatih dimana memerlukan masa yang sedikit untuk menyampaikan
maklumat yang hendak disampaikan. Dari segi kepelbagaian pula jurulatih perlu
menggunakan pelbagai bahan, kaedah dan persoalan untuk memastikan pelatih tidak merasa
bosan dan merasa corak latihan yang sama dan hambar setiap kali sesi latihan diadakan.
Sesungguhnya modul ini memerlukan daya imaginasi yang tinggi kerana apa yang dipelajari
tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Ia lebih kepada teori-teori yang berkaitan atmosfera
dimana amat sukar untuk difahami.
Dari segi orientasi tugas pula ialah merujuk kepada jurulatih yang berorientasikan pencapaian
iaitu setiap kali sesi latihan diadakan ia akan memastikan penerimaan pelatih berada di tahap
tinggi, sederhana atau rendah. Jurulatih dengan orientasi tugas yang tinggi akan peka dalam
memastikan semua bahan latihan diajar dengan sempurna. Jurulatih yang berkesan juga akan
menggunakan masa latihan dengan berkesan. Namun apa yang terjadi di JMM, tenaga
pengajar adalah terdiri daripada pengarah-pengarah bahagian yang mempunyai masa yang
amat terhad memandangkan ia mempunyai tugasan hakiki yang sedia ada. Penilaian terhadap
peserta tidak dapat dilakukan dengan baik jika masa yang diberikan adalah terhad.
Berdasarkan kajian ini faktor motivasi didapati sangat mempengaruhi keberkesanan latihan
kerana di JMM modul meteorologi memerlukan asas yang kuat dalam bidang kajicuaca.
Pengambilan pelatih adalah terdiri daripada kakitangan yang berlatarbelakang Matematik dan
Fizik Maka bagi pelatih ini modul meteorologi adalah modul baru dan pelatih perlu
mempelajari perkara baru. Oleh itu motivasi yang tinggi amat diperlukan bagi menghadapi
modul yang baru bagi peserta kursus.. Begitu juga faktor sokongan teknologi pula ia amat
membantu keberkesanan kursus ini kerana bidang ini sangat teknikal dan memerlukan
peralatan yang sentiasa terkini agar boleh bersaing dengan Negara-negara yang sangat maju
dalam bidang meteorologi seperti Korea dan Jepun. Di Jepun dan Korea pula dengan adanya
peralatan yang canggih membolehkan mereka mengeluarkan amaran awal Tsunami atau
gempa bumi lebih cepat dari Negara Malaysia.
Kajian ini akan membantu organisasi memahami dan mengenalpasti faktor yang memberi
kesan kepada keberkesanan latihan. Latihan yang berkesan ialah apabila pelatih dapat
mengamalkan apa yang dipelajari semasa latihan ke tempat kerja. Terdapat banyak faktor
yang mempengaruhi keberkesanan latihan dan diantaranya ialah faktor individu, faktor
jurulatih dan faktor persekitaran walaupun faktor persekitaran adalah tidak sigiifikan di dalam
kajian ini.
381
Kekangan terhadap kajian ini adalah kerana saiz populasi adalah kecil memandangkan
pengambilan pegawai adalah mengikut keperluan dan kekosongan.
Dari segi implikasi, secara teori kajian ini memberi gambaran baru dari segi input dan
perspektif memandangkan jabatan ini adalah jabatan yang berlatarbelakangkan teknikal.
Berbanding dengan kajian terdahulu kebanyakannya mempunyai latarbelakang yang berbeza
dimana organisasi ini kebanyakannya adalah dalam bidang Sains Matematik dan Fizik. Dari
aspek praktiakal pula, kajian ini bukan sahaja memberi sumbangan dari segi akademik tetapi
juga member manafaat serta menambah pengetahuan dalam pengkajian bidang pengurusan
sumber manusia. Kajian ini juga dapat member maklumat kepada Jawatankuasa Latihan
Jabatan bagi tujuan pembentukan strategi dan program berkaitan.
Selanjutnya, penemuan kajian ini juga boleh memberi gambaran menyeluruh bagi kajian akan
datang. Seterusnya dicadangakan agar Jabatan Meteorologi Malaysia memperbanyakkan
penceramah dari luar iaitu penceramah yang mahir dalam bidang meteorologi dan pada masa
yang sama mempunyai kemahiran mengajar di pusat pengajian tinggi. Selain daripada itu,
penceramah-penceramah dari Pertubuhan Meteorologi Sedunia juga amat membantu untuk
meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran memandangkan pengajaran yang diberikan
lebih interaktif dan berkesan. Kebanyakan kajian keberkesanan latihan dijalankan secara
kuantitatif dan adalah lebih baik jika ia dijalankan secara kualitatif dimana kaedah ini dapat
mengetahui sesuatu perkara itu dengan lebih mendalam. Kajian kes kualitatif
biasanya dijalankan sebab penyelidik berminat untuk meneroka,membuat interpretasi dan
mendapat pemahaman yang mendalam tentang sesuatu kes, bukan untuk menguji sesuatu
hipotes sebagaimana kaedah kuantitatif
6.0 Kesimpulan
Kebanyakan pengurusan organisasi melahirkan kekecewaan kerana tidak dapat melihat
keberkesanan latihan dilaksanakan di tempat kerja oleh para pelatih yang telah dihantar
menghadiri sebarang kursus yang sangat penting untuk diaplikasikan dalam organisasi.
Namun demikian, kekecewaan ini tidak disertai oleh usaha yang bersungguh-sungguh untuk
mengenal pasti faktor yang akan mempengaruhi keberkesanan latihan secara optimum. Oleh
itu, kajian keatas faktor-faktor yang dikenalpasti amatlah penting untuk dilakukakan agar
penambahbaikan kepada kursus
Secara keseluruhannya, kajian ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Penemuan-
penemuan kajian adalah berdasarkan kepada situasi semasa kajian ini dijalankan serta
diharapkan boleh dimanfaatkan penemuan ini demi mempertingkatkan keberkesanan Kursus
Asas Meteorologi pada masa akan datang .
RUJUKAN
Baldwin, T. T. and Magjuka, R. J. (1991). Organizational training and signals of importance:
Linking program outcomes to pre-training expectations. Human Resource
Development, 2, 25-36.
Chiaburu, D.S. & Tekleab, A.G. (2005). Individual and contextual influences on multiple
dimension of training effectiveness. Journal of European Industrial Training, 29 (8),
604-626.
382
Craig, R. L. (1996). Working in Higher Education. Buckingham: The Society for Research
into Higher Education. London: Open University Press.
DeSimone, R.L., Werner, J.M. & Harris, D.M. (2002). Human resource development,
Thompson Learning, Inc.
Elangovan, A.R dan Karakowsky, L (1999). The Role of Trainee and Environmental Factors
in Transfer of Training: An Exploratory Framework. Leadership & Organization
Development Journal, pp. 268-275.
Foxon, M. (1995). A Process Approach to The Transfer of Training. Part 2: Using Action
Planning to Facilitate The Transfer of Training. Australian Journal of Education
Technology. 10(1). 1-18.
Ibrahim Mamat (2001). Effective design and successful management of training. Kuala
Lumpur: Eastview Publication Sdn. Bhd
Kirkpatrick, D.L. (1976). Evaluation of training, In Craig, R.L. (Ed.). Training and
Development Handbook, 18. 1-18.27. New York, NY: McGraw-Hill.
Kraiger, K., Ford, J.K. & Salas, E. (1993). Application of cognitive, skill-based, and affective
theories of learning outcomes to new methods of training evaluation, Journal of
Applied Psychology, 78, 311-28
Leduchwics,T (1982). “Trainer role and effectiveness: A review of literature. International
Journal of Manpower, 3, 2-9
Lim, H, Lee, S-G, &Nam, K (2007).”Validating E-Learning factors affecting training
effectiveness”. International Journal of Information Management. 27(1), 25-35
Parry, S. (1990). “Bribging it back to work”. Training and Development Journal. Dec. 44
(12), 15-17
Rohani Abdullah, (2010) Kajian Impak Program Latihan Dan Bimbingan Usahawan,
Universiti Utara Malaysia
Schumaker, A (2004). “Predicting perceived effectiveness of training in local government: A
study of municipal clerks training programme”. Public Performance and Management
Review. 27 (3), 51.
Syed Mohd Agong, Sd Agil (2009) Hubungan antara Pemindahan Latihan dengan Faktor
Individu dan Persekitaran Kerja: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Malaysia. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia.
Thayer, P.W. & M.S. Teachout. (1995). “A Climate of Transfer Model”. Available at
[Link]
Tracey, J.B., Hinkin, T.R., Tannenbaum, S. and Mathieu, J.E. (2001). The influence of
individual characteristics and the work environment on varying levels of training
outcomes, Human Resource Development Quarterly, 12 (1), [Link],1993
383