100% menganggap dokumen ini bermanfaat (1 suara)
616 tayangan2 halaman

Menangani Gejala Rasuah di Masyarakat

Dokumen tersebut membahas gejala rasuah di Malaysia, termasuk penyebabnya seperti kurangnya didikan agama dan moral serta ketelusan sistem pemerintahan. Dokumen tersebut juga menjelaskan dampak negatif rasuah seperti mengikis kepercayaan masyarakat dan menyarankan langkah-langkah seperti pendidikan, penegakan hukum yang tegas, dan kampanye media untuk membasmi rasuah.

Diunggah oleh

rizwan
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd
100% menganggap dokumen ini bermanfaat (1 suara)
616 tayangan2 halaman

Menangani Gejala Rasuah di Masyarakat

Dokumen tersebut membahas gejala rasuah di Malaysia, termasuk penyebabnya seperti kurangnya didikan agama dan moral serta ketelusan sistem pemerintahan. Dokumen tersebut juga menjelaskan dampak negatif rasuah seperti mengikis kepercayaan masyarakat dan menyarankan langkah-langkah seperti pendidikan, penegakan hukum yang tegas, dan kampanye media untuk membasmi rasuah.

Diunggah oleh

rizwan
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd

Gejala Rasuah : Maksud, Punca, Kesan Negatif, Langkah Menangani …

Rasuah secara literalnya bermaksud sogokan atau secara konseptualnya bermaksud wang
yang diberikan kepada pihak lain untuk menyembunyikan sesuatu perkara atau untuk
mendapat sesuatu dengan mudah dan cepat tetapi salah di sisi undang-undang negara.
Rasuah merupakan gejala yang sinonium dengan masyarakat kita pada hari ini dan menjadi
buah mulut media massa. Media massa selalu menyiarkan pelbagai kes rasuah yang
melibatkan pegawai berprofil tinggi sebagai bukti isu ini semakin berleluasa bak cendawan
tumbuh selepas hujan.

Antara punca berlakunya gejala rasuah termasuklah kurangnya didikan agama dan moral.
Semua agama di dunia menyeru perkara yang sama, iaitu mementingkan kebaikan dan
melarang kemudaratan. Didikan agama dan moral merupakan pedoman dan panduan kita
semasa menempuh belantara kehidupan. Namun demikian, seseorang yang tidak
mempunyai iman yang kuat mudah terpengaruh dengan dunia hedonistik yang
mementingkan aspek kebendaan semata-mata. Mereka akan leka mengejar kekayaan dan
mudah terjerumus ke dalam lembah kejahatan dengan mengambil rasuah untuk memenuhi
fatamorgana diri sendiri. Individu sebegini sudah kehilangan prinsip asas dan ibarat kapal
tanpa nakhoda. Jelaslah bahawa anutan agama dan moral yang kurang mantap akan
menyebabkan seseorang melibatkan diri dalam gejala rasuah.

Punca lain yang ketara ialah masalah ketelusan sistem pentadbiran kerajaan kita.
Masyarakat menganggap masalah rasuah ini bermaharajalela kerana kerajaan tidak memiliki
satu sistem yang telus terutamanya aspek pemberian tender, kontrak dan projek lain yang
menyebabkan ramai pekerja awam mengambil kesempatan daripada kelemahan ini untuk
mengaut keuntungan dengan memberikan rasuah. Lagipun, ketiadaan sistem permantauan
berkesan yang bak melepaskan batuk di tangga menyebabkan ramai pekerja awam yang
terangsang untuk melakukan jenayah ini. Maka, wabak sosial ini telah menular dalam
masyarakat kita sehingga dianggap sebagai asam garam kehidupan dan merupakan
kebiasaan di negara kita. Persepsi demikian menyebabkan jumlah kes rasuah melambung
tinggi dan menjadi duri dalam daging dalam kalangan masyarakat kita.

Seperkara lagi, penguatkuasaan undang-undang yang lemah dalam sistem


perundangan negara kita turut menyumbang kepada penularan gejala rasuah dalam negara
kita. Tindakan mahkamah yang menjatuhkan hukuman ringan kepada pesalah-pesalah
rasuah berbanding dengan jumlah rasuah yang diambil oleh mereka telah menimbulkan
pandangan negatif terhadap keupayaan sistem kehakiman negara kita untuk menangani isu
ini. Hukuman ringan ini dikatakan menjadi motivasi kepada pihak tertentu untuk mengambil
risiko melakukan rasuah kerana sedar bahawa mereka masih mampu menikmati hasil
rasuah yang diambil setelah keluar dari penjara. Terdapat juga anggapan rakyat bahawa
masih ada pihak tertentu yang mengambil rasuah tetapi tidak dibawa ke muka pengadilan.
Hal ini telah mengikis kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap keikhlasan kerajaan
untuk menangani isu ini. Sesungguhnya, kekurangan ketegasan sistem kehakiman kita
dalam menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan rasuah merupakan antara
penyumbang utama kepada kejadian jenayah rasuah di negara kita.
Untuk menangani isu rasuah dari akar umbi, ibu bapa dan barisan pendidik memainkan
peranan yang signifikan dalam menyemai nilai murni pada sanubari anak. Sejak usia muda,
anak-anak perlu dididik tentang keburukan mengambil rasuah kerana bak kata pepatah,
melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Ibu bapa perlulah menjadi entiti mithali dan
teladan baik dengan bersikap jujur dan menjauhi amalan rasuah. Hal ini disebabkan ibu
bapa yang melakukan jenayah rasuah dan cuba menasihati anak-anak mereka untuk
menjauhi gejala tersebut ibarat ketam yang mengajar anaknya berjalan dan nasihat mereka
akan bagai mencurah air ke daun keladi. Di sekolah, pengajaran pendidikan agama dan
moral perlu diberikan tekanan. Barisan pendidik boleh berkongsi maklumat terkini tentang
gejala rasuah dengan anak murid sebagai iktibar supaya tidak melakukan jenayah rasuah
dalam kehidupan mereka. Sesungguhnya, kerjasama daripada ibu bapa dan barisan pendidik
mampu melahirkan anak bangsa yang berpegang kuat pada prinsip mereka dan menjauhi
amalan rasuah.

Pihak kerajaan boleh membuktikan kesungguhan mereka dalam menangani kemelut sosial
ini dengan menguatkuasakan undang-undang negara kita. Sistem kehakiman negara kita
perlulah diperketat dan pesalah-pesalah rasuah mestilah ditahan, didakwa dan dihukum
tanpa mengira kedudukan mereka. Hukuman tegas perlu dijatuhkan pada pesalah rasuah
sebagai amaran kepada orang lain agar tidak melakukan jenayah tersebut kerana bak kata
pepatah, harimau ditakuti disebabkan giginya. Kesungguhan kerajaan dalam membawa
pesalah rasuah ke muka pengadilan juga memberikan satu peringatan yang kekal terpahat
pada sanubari mereka selagi hayat dikandung badan. Jelaslah bahawa tindakan tegas
terhadap semua pengamal rasuah tanpa memilih bulu akan mendorong masyarakat kita
supaya menjauhi jenayah tersebut.

Di samping itu, media massa turut memainkan peranan vital dalam menimbulkan kesedaran
dalam lapisan masyarakat tentang keburukan dan implikasi mengambil rasuah. Pihak
kerajaan seharusnya melancarkan kempen iklan yang efektif dengan menggunakan media
massa secara holistik, iaitu akhbar hingga ke internet untuk memastikan setiap lapisan
masyarakat didedahkan kepada kempen tersebut. Kempen ini bertujuan untuk memberikan
amaran dan peringatan kepada setiap individu tentang hukuman yang akan dihadapi jika
mengambil rasuah. Justeru, masyarakat akan berfikir dua kali sebelum menerima rasuah
dan senario ini akan mengurangkan kes rasuah dengan signfikan. Sudah terang lagi
bersuluh, dalam menempuh arus globalisasi ini media massa merupakan senjata yang
efektif dalam  membanteras jenayah rasuah di negara kita.

Konklusinya, rasuah merupakan wabak sosial yang mestilah dibanteras hingga ke akar umbi.
Semua pihak tidak kira pangkat atau harta seharusnya menggembleng tenaga dan
berganding usaha untuk mengatasi gejala rasuah di negara kita. Jika setiap individu
memainkan peranan dengan mengelakkan diri daripada mengambil rasuah, pastilah
masalah ini dapat ditangani kerana bak kata pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada
jalan. Maka, tindakan saksama yang dikenakan terhadap pesalah rasuah tanpa mengira
kedudukan juga dapat meningkatkan kepercayaan dan keyakinan rakyat. Lantas, negara kita
dapat terus maju dan muncul sebagai negara kelas pertama di pentas dunia.

Anda mungkin juga menyukai