Terapi Aroma
[Link] terapi aroma
· Istilah 'Aromaterapi' sebenarnya terdiri dari dua patah perkataan iaitu “Aroma” bermaksud bau
atau haruman, dan “Teraphy” yang bermaksud rawatan.
Terapi aroma adalah gabungan antara aroma iaitu wangian atau bauan yang hadir daripada pati
minyak dan bauan tersebut diaplikasi untuk melegakan dan memulihkan simptom-simptom fizikal
serta meningkatkan kesihatan mental
2. Konsep terapi aroma
· Cara rawatan penyakit menggunakan aroma yang dihasilkan dari tumbuhan herba atau bunga-
bungaan
· Penggunaan minyak wangi atau bau-bauan semasa rawatan
· Aromaterapi adalah kaedah rawatan yang holistik, ianya mengambil kira kesan positif yang akan
terhasil dari segi jasmani, minda dan rohani.
· Menggunakan aroma( bau) untuk merangsang bahagian-bahagian otak.
· Aromaterapi merupakan suatu seni penyembuhan yang berasaskan alam semulajadi. Prinsip asas
dari aromaterapi adalah untuk:
- menguatkan proses penyembuhan diri dengan cara merangsang sistem imunisasi secara tidak
langsung.
- Rangsangan bau mempengaruhi emosi dan hormon di dalam badan
3. Sejarah terapi aroma
Terapi Aroma sudah digunakan sejak peradaban kuno oleh bangsa Mesir sekitar 6000 tahun
yang lalu. Terapi ini juga digunakan oleh bangsa Romawi dan Yunani yang menggabungkan
urutan dengan wangi-wangian tertentu. Bangsa Romawi dan Yunani juga menggunakannya
dengan air mandi yang dicampuri minyak wangi. Terapi aroma juga dipraktikkan di Timur
Tengah dengan penyulingan bunga-bungaan. Terapi aroma juga sudah dikenali di China
sejak 2700 sebelum Masihi. Pembakaran dupa wangi untuk memuja para dewa juga sudah
dikenal di India pada 3000 tahun yang lalu. Suku-suku Indian kuno di benua Amerika juga
menggunakan wangi-wangian dalam ritualnya.
Kemudian seorang ahli kimia berkebangsaan Perancis, Rene Maurice Gattefosse, melakukan
penelitian mengenai daya penyembuhan minyak esensial. Pada tahun 1937 dia memperkenalkan
penggunaan istilah Aromatherapy, dalam buku yang membahaskan hasil penelitiannya.
4. Jenis-jenis terapi aroma
• Aroma Terapi Klinik
menggunakan minyak essential yang diberikan sama ada ubat minum (internal) atau ubat sapu
(external) seperti mandian, urutan dan sebagainya
• dilakukan oleh doktor-doktor yang terlatih atau pakar terapi
• Aroma Terapi Holistik
• penerapan aroma terapi dengan menggunakan rawatan dari aspek diet, gaya hidup dan
olahraga
• Aroma Terapi Estetik (kecantikan)
• digunakan untuk mementingkan kecantikan dan kesegaran tubuh badan seseorang
• biasanya dilakukan di salon kecantikan yang dikendalikan oleh pakar kecantikan yang terlatih
• contoh: perawatan wajah, rambut, kaki, tangan, kuku dan kulit
5. Kegunaan terapi aroma
• Kanak-kanak
• menikmati pengalaman dan menghubungkan bau-bauan tertentu dengan perasaan positif
• kanak-kanak berasa tenang dan membantu kesihatan pencernaan mereka
• Autisme
• membolehkan kanak-kanak berasa tenang dan membantu badan mereka menyelaraskan
apabila perasaan kebimbangan datang dalam diri
• membantu mengekalkan setiap perkara seimbang, tenang dan gembira
• Kehidupan Seharian
• membantu bayi atau anak kecil tidur dengan aman
• untuk melegakan sistem pencernaan
• untuk memberi perasaan gembira dan kepuasan
• menggalakkan tumpuan dan fokus yang lebih baik
Aromaterapi juga sesuai dijalankan ke atas kanak-kanak pendidikan khas bermasalah:
o Terencat akal/ Mental Retardation (MR)
o Hiperaktif / Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD)
o Autisma / Autism Spectrum Disorder (ASD)
o Lembam / Slow Learner
o Lewat perkembangan / Global Developmental Delay (GDD)
o Sindrom Down / Down Syndrome
Serebral palsi / Cerebral Palsy
6. Jenis bau-bauan yang digunakan dalam terapi aroma
• Lavender
• berfungsi untuk menghilangkan stress
• mengawal emosi yang tidak stabil
• Jasmin
• Dapat menghilangkan stress
• Ros
• dapat menenangkan emosi
• Blossom
• dapat meningkatkan tumpuan
• dapat mengurangkan sakit kepala
LILIN AROMA
JASMIN
7. Kepentingan terapi aroma
· meningkatkan kemahiran pengamatan kanak-kanak ketika melakukan aktiviti yang melibatkan
terapi aroma seperti membuat hiasan pada tin atau botol dengan menggunakan pelbagai herba atau
bau-bauan
· merangsang pemikiran dan kreativiti murid semasa melakukan aktiviti dalam suasana yang
tenang
· memperbaiki kualiti hidup dan keyakinan diri
· membantu dan merangsang pertuturan dan komunikasi murid-murid dengan rakan, guru atau
ibu bapa
· membantu untuk meningkatkan keupayaan mental dan emosi
· meningkatkan kemahiran penumpuan dan pengamatan kanak-kanak ADHD
· mengurangkan seizure bagi kanak-kanak yang menghidap epilepsy
· menenangkan kanak-kanak yang cenderung tantrum