0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
11 tayangan3 halaman

Inovasi Pembelajaran: Kids Condominium

Dokumen ini membahas tentang rancangan awal bahan inovasi pembelajaran, penerapan unsur-unsur pembelajaran abad ke-21 seperti komunikasi dan kreativitas, dan tahapan pelaksanaan pembuatan bahan inovasi tersebut. Tahapan pelaksanaan meliputi pemilihan bahan mentah, perancangan desain, dan hasil akhir berupa model bangunan anak-anak yang interaktif.

Diunggah oleh

PAPPASSINI
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd
0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
11 tayangan3 halaman

Inovasi Pembelajaran: Kids Condominium

Dokumen ini membahas tentang rancangan awal bahan inovasi pembelajaran, penerapan unsur-unsur pembelajaran abad ke-21 seperti komunikasi dan kreativitas, dan tahapan pelaksanaan pembuatan bahan inovasi tersebut. Tahapan pelaksanaan meliputi pemilihan bahan mentah, perancangan desain, dan hasil akhir berupa model bangunan anak-anak yang interaktif.

Diunggah oleh

PAPPASSINI
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd

2.

7 Lakaran Bahan Inovasi (Gambaran Awal)

Lakaran awal ini ditunjukkan seperti dalam Rajah 1 di bawah.

Raja
h 1. Lakaran Awal Bahan inovasi PdP

2.8 Penerapan Elemen Pembelajaran Abad Ke- 21

Elemen pembelajaran abad ke 21 yang boleh diterapkan di dalam bahan bantu mengajar kami ialah
elemen 6 kompetensi (6K) atau dikenali sebagai 6C. Terdapat enam elemen kompetensi namun kami
memilih dua kompetensi yang berkaitan dengan bahan inovasi kami iaitu komunikasi dan kreativiti.

Berdasarkan bahan inovasi yang kami bina, elemen komunikasi boleh diterapkan apabila kanak-
kanak berkomunikasi sesama mereka dan guru mereka untuk memahami pengajaran dan
pembelajaran yang ingin disampaikan dan melakukan setiap aktiviti melalui bahan inovasi yang kami
cipta. Pembelajaran bermakna dapat diwujudkan apabila murid-murid memberikan respons positif
dan mereka dapat memahami sesuatu pembelajaran dengan lebih cepat dan mudah apabila
menggunakan bahan inovasi ini.

Seterusnya ialah elemen kreativiti. Bahan inovasi yang dihasilkan mestilah kreatif supaya murid-
murid berasa tertarik dan merasa seronok untuk menggunakannya. Konsep bahan inovasi yang
dihasilkan adalah belajar melalui bermain dan ini selari dengan naluri kanak-kanak yang suka
bermain. Maka dengan menggunakan bahan inovasi ini kanak-kanak dapat belajar dalam keadaan
yang kondusif namun pelbagai kemahiran dan maklumat yang bermanfaat dapat diperoleh serta
merta melalui bimbingan guru.

3.0 FASA PELAKSANAAN


Fasa pelaksanaan melibatkan pemilihan aktiviti untuk setiap ruangan. Setelah pemilihan aktiviti
dibuat, bbm dimulakan dengan pembinaan pintu bangunan. Setelah itu dihiaskan setiap sudut
sehingga membentuk sebuah bangunan kondominium. Kemudian, hiasan dalam bangunan diselitkan
juga penampalan setiap aktiviti di seluruh ruang. Dan hiasan akhir untuk mencantikkan lagi bbm
dilakukan. Fasa pelaksanaan akan dihuraikan dengan lebih lanjut selepas ini.

3.1 Bahan Mentah

Bahan yang digunakan untuk membangunkan bahan inovasi PdP ini adalah kotak, kertas warna,
pembalut hadiah, gunting dan gam. Bahan mentah yang digunakan diperoleh melalui pembelian di
kedai termasuk bahan kitar semula seperti kotak yang di peroleh dari tempat buangan kotak.
Perincian bahan mentah berserta kos adalah seperti dalam Jadual 1.

Jadual 1

Perincian Bahan Mentah Dan Kos (Cara menulis ini sudah ikut APA…ubah tajuk jika perlu)

Bil Bahan Kos(RM)


3 kotak -
2 bungkus Kertas warna 4
2 gulung Pembalut hadiah 4
1 gam 2
Jumlah 10

3.2 Nama Bahan Inovasi PdP

Nama ini ialah Kids Condominium yang menggambarkan bangunan

3.3 Reka Bentuk Kids condominium

Kids Condominium direka bentuk berdasarkan lakaran awal yang telah diilhamkan (Rajah 1). Ianya
menggambarkan sebuah bangunan kondominium yang berbentuk segi empat. Mempunyai 4 muka
yang boleh digunakan untuk satu bahagian aktiviti bahasa, satu bahagian berkonsepkan seni dan
muzik dan satu berkonsepkan aktiviti fizikal. Warna bagi bbm ini menarik dan ceria sesuai untuk
menarik minat kanak-kanak. Setelah proses reka bentuk Kid Condominium selesai, perbincangan
kumpulan dibuat bagi menilai reka bentuk Kids condominium dan membuat penambahbaikan atas
prototaip. Pandangan dan pendapat daripada guru prasekolah IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan
juga diusahakan bagi memastikan Kids Condominium memenuhi minat kanak-kanak.

3.4 Hasil Akhir Kids Condominium

Setelah proses penambahbaikan dilakukan ke atas prototaip, hasil akhir Kids Condominium adalah
seperti Rajah 2

Anda mungkin juga menyukai