SULIT SEML/INTERNSHIP/B&K/9/2020
LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU
Nama/ kod : KL 2 Pertemuan :1
Umur : 13 Tahun Tarikh : 11.02.2020
Masa Mula : 11.05 Pagi Masa Tamat : 12.05 Pagi
BAHAGIAN 1: ISU/ MASALAH YANG DIKEMUKAKAN
Klien adalah seorang murid lelaki, berketuruanan Melayu dan beragama Islam yang berumur 13
tahun. Klien berpakaian seragam sekolah yang lengkap. Pada sesi pertama kaunselor
menerangkan serba sedikit perjalanan proses kaunseling dan etika kerahsiaan. Klien seorang
yang pendiam dan pemalu. Klien berada di tingkatan 1 Dahlia. Klien merupakan anak bongsu
daripada dua orang adik beradik. Kini klien tinggal bersama bapa dan atuk saudaranya yang
merupakan seorang OKU. Kakak klien berumur 17 tahun, tidak bersekolah dan kini bekerja di
Pulau Pinang. Ibu bapa klien sudah bercerai sewaktu klien berumur 7 tahun. Bapanya berkerja
sebagai pekerja kontrak di Puspakom JPJ Perlis. Sejak ibu bapanya bercerai klien amat jarang
berjumpa dengan ibunya kerana ibunya tinggal jauh dari Perlis, klien tidak mengetahui tempat
kerja dan tempat tinggal ibunya. Klien mempunyai hubungan baik dengan ayah datuk
saudaranya.
BAHAGIAN 2: PENILAIAN ISU/ MASALAH
Klien menceritakan berkaitan latar belakang diri klien serta menceritakan serba sedikit tentang
ahli-ahli keluarga. Klien juga turut ada menceritakan hubungannya dengan kawan-kawan di
dalam kelas.
2.1 Teori : Teori Pemusatan Klien (Carl Rogers)
Kongruen: kaunselor mendengar perkongsian klien dengan bersungguh-sungguh dan tidak
berpura-pura sepanjang sesi kaunseling dijalankan bagi mewujudkan suasana yang teraputik bagi
meneroka perkongsian klien.
Empati: kaunselor menerima apa sahaja yang dikongsikan oleh klien. Kaunselor menumpukan
perhatian menunjukkan minat kaunselor mendengar dan memahami setiap cerita yang diluahkan
oleh klien.
2.2 Punca Patalogi - Tiada
2.3 DSM-5 atau ICD-10 - Tiada
2.4 Pentaksiran ujian psikologi yang piawai (optional) - Tiada
2.5 Maklumat berkaitan yang diperoleh daripada professional lain - Tiada
BAHAGIAN 3: PERANCANGAN RAWATAN DAN TINDAKAN
Tiada perancangan rawatan dan tindakan pada sesi kali ini.
BAHAGIAN 4: PENILAIAN SESI KAUNSELING
Walaupun kelihatan pendiam. Klien bersikap terbuka berkongsikan tentang latar belakangnya.
Sesi membina hubungan antara keunselor dan klien berjalan dengan baik.
SULIT SEML/INTERNSHIP/B&K/9/2020
LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU
Nama/ kod : KL 2 Pertemuan : 02
Umur : 13 Tahun Tarikh : 13.02.2020
Masa Mula : 11.30 am Masa Tamat : 12.30 pm
BAHAGIAN 1: ISU/ MASALAH YANG DIKEMUKAKAN
Sewaktu di sekolah rendah klien pernah dibuli oleh kawannya. Kawan yang merupakan jiran
klien mengejek klien kerana ditinggalkan oleh emak. Klien marah akan kawannya. Tetapi hanya
sekejap sahaja. Marah klien kini beralih kepada emaknya. Klien merasakan emaknya seorang
yang tidak bertanggungjawab kerana mengabaikan klien, kakak serta bapa klien. Klien benci
kepada emaknya. Ibu bapa klien bercerai sejak klien berumur 7 tahun.
BAHAGIAN 2: PENILAIAN ISU/ MASALAH
2.1 Teori : Teori Pemusatan Klien (Carl Rogers)
a) Mengenalpasti kejadian
Klien diejek oleh kawan kerana ditinggalkan emaknya semasa kecil. Emak selalu
memarahi bapanya kerana kehidupan mereka serba kekurangan. Klien mula membenci
emaknya.
b) Mengenal pasti sistem kepercayaan
Emaknya menjadi punca perpecahan keluarga mereka dan emak juga yang
menjadi punca diri klien selalu diejak disekolah.
Klien menyayangi ayah dan kakaknya
c) Mengenalpasti kesan
Klien marah kepada kawannya
Klien kecewa akan emaknya
Klien membenci emaknya
Klien berdendam dengan emaknya.
2.2 Punca Patalogi - Tiada
2.3 DSM-5 atau ICD-10 - Tiada
2.4 Pentaksiran ujian psikologi yang piawai (optional) - Tiada
2.5 Maklumat berkaitan yang diperoleh daripada professional lain - Tiada
BAHAGIAN 3: PERANCANGAN RAWATAN DAN TINDAKAN
Kaunselor akan terus meneroka klien dengan mendengar, menggalakkan dan empati terhadap
klien. Kaunselor ingin mengetahui dengan lebih jelas isu yang dihadapi oleh klien.
BAHAGIAN 4: PENILAIAN SESI KAUNSELING
Klien memberikan kerjasama yang baik sepanjang sesi dijalankan. Ada ketika klien kelihatan
terlalu beremosi. Klien menunjukkan kebencian dan perasaan marahnya.
SULIT SEML/INTERNSHIP/B&K/9/2020
LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU
Nama/ kod : KL 2 Pertemuan :3
Umur : 13 Tahun Tarikh : 21.02.2020
Masa Mula : 11.00 Pagi Masa Tamat : 12.00 Tengah Hari
BAHAGIAN 1: ISU/ MASALAH YANG DIKEMUKAKAN
Klien kelihatan gembira kerana esok cuti. Klien banyak bercerita tentang aktiviti klien di rumah
bersama ayahnya. Menurut klien, klien sering membantu ayahnya di masjid berhampiran dengan
rumah mereka. Klien dan ayahnya juga makan di masjid. Mereka jarang masak di rumah. Klien
pernah terfikir untuk makan masakan emaknya. Klien kadang-kadang ada merindui emaknya.
Tetapi perasaan ini sekejap sahaja, ianya disusuli dengan rasa marah, benci dan kecewa pada
emaknya. Klien menyimpan rindu pada emaknya, tetapi rasa benci dan marah mendominasi diri
klien. Jika dalam masa terdekat emak klien mencarinya, klien tidak bersedia untuk berjumpa
dengan emaknya. Klien merasa sukar untuk memaafkan perbuatan emak yang meninggalkan
klien, bapa dan kakaknya. Tetapi dalam masa yang sama klien rindukan emaknya. Apabila
melihat kawan-kawan mempunyai keluarga yang sempurna, ibu ayah bersama, klien amat
menginginkanya
BAHAGIAN 2: PENILAIAN ISU/ MASALAH
2.1 Teori : Teori Pemusatan Klien (Carl Rogers)
a) Mengenalpasti kejadian
Klien menginginkan keluarga yang sempurna
Klien tidak bersedia berjumpa dengan emaknya
Klien menyimpan dendan terhadap ibunya
b) Mengenal pasti sistem kepercayaan
Klien merindui emaknya
Bapa lebih baik dari emak
Bapa sangat menyayangi klien
Klien menghormati bapa
c) Mengenalpasti kesan
Klien kecewa, marah berdendam dengan emaknya
Emak klien tidak bertanggungjawab
Hanya bapa yang bertanggungjawab dan menyayangi klien
Tidk mahu memaafkan emak
2.2 Punca Patalogi - Tiada
2.3 DSM-5 atau ICD-10 - Tiada
2.4 Pentaksiran ujian psikologi yang piawai (optional) - Tiada
2.5 Maklumat berkaitan yang diperoleh daripada professional lain - Tiada
BAHAGIAN 3: PERANCANGAN RAWATAN DAN TINDAKAN
Menyedarkan klien untuk berfikiran lebih baik, rasional dan bertanggungjawb. Walaupun ibu
klien mempunyai silap, klien sebagai anak tidak boleh menyimpan dendam.
BAHAGIAN 4: PENILAIAN SESI KAUNSELING
Klien memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang sesi dijalankan. Klien berupaya memahami
permasalahan yang dialaminya.
SULIT SEML/INTERNSHIP/B&K/9/2020
LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU
Nama/ kod : KL 2 Pertemuan :4
Umur : 13 Tahun Tarikh : 27.02.2020
Masa Mula : 9.10 Pagi Masa Tamat : 10.10 Pagi
BAHAGIAN 1: ISU/ MASALAH YANG DIKEMUKAKAN
Klien kelihatan lesu dan tidak bersemangat. Klien sedikit tidak sihat pada hari ini. Tetapi klien
tetap ingin meneruskan sesi. Kaunselor mengimbas kembali isu yang dibincangkan pada sesi
lepas. Klien menyedari wujud sikap negatif dalam dirinya iaitu benci dan berdendam dengan
emaknya. Tetapi klien tidak tahu untuk mrmbuang perasaan itu. Pada masa yang sama klien
merasakan sikapnya itu betul kerana perbuatan tidak bertanggungjawab emaknya perlu dibalas
olehnya. Tetapi klien ingin membuang rasa itu kerana setiap kali melihat kawan-kawan gembira
bersama ibu masing-masing klien akan berasa sakit hati serta sedih. Klien tidak mahu perasaan
itu membelenggu diri klien.
BAHAGIAN 2: PENILAIAN ISU/ MASALAH
2.1 Teori : Teori Pemusatan Klien (Carl Rogers)
Kaunselor menyedarkan klien bahawa dirinya sendiri adalah sebagai agen perubahan
yang positif dimana boleh menerima dirinya serta orang disekeliling seadanya. Teori ini
menekankan manusia akan berfungsi dengan baik apabila sentiasa bersikap terbuka dan
mampu membuat keputuan untuk kebaikan diri membolehkan mereka berhadapan
dengan permsalahan. Kaunselor menyedarkan klien adalah orang terbaik yang boleh
menentukan hidup mereka. Klien tidak boleh membiarkan orang sekeliling
mempengaruhi rasa sakit hati, kecewa, marah benci dan dendam dalam dirinya.
Sebaliknya klien perlu positifkan diri, rasional dan membuat bertindak sebaiknya dalam
membuat apa-apa tidakan. Di sini klien sebagai anak tidak boleh menyimpan dendam dan
membenci ibunya.
2.2 Punca Patalogi - Tiada
2.3 DSM-5 atau ICD-10 - Tiada
2.4 Pentaksiran ujian psikologi yang piawai (optional) - Tiada
2.5 Maklumat berkaitan yang diperoleh daripada professional lain - Tiada
BAHAGIAN 3: PERANCANGAN RAWATAN DAN TINDAKAN
Klien diberikan masa untuk ubah pandangan dan pikiran negatif terhadap ibunya. Klien juga
diharapkan tidak dipengaruhi oleh keadaan sekeliling yang boleh membuatkan klien berfikiran
negatif dan menambahkan kebencian kepada ibunya. Klien diberikan masa untuk melakukan
perubahan. Kaunselor akan melakukan pertemuan semula untuk melihat perubahan diri klien.
BAHAGIAN 4: PENILAIAN SESI KAUNSELING
Klien memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang sesi dijalankan. Klien berupaya memahami
permasalahan yang dialaminya. Klien sebelum ini dipengaruhi oleh perasaan yang negatif.
Keadaan dan orang sekeliling yang membuatkan perasaan negatif klien bertambah terhadap
emaknya.
SEML/INTERNSHIP/B&K/9/2020
LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU
Nama/ kod : KL 02 Pertemuan :5
Umur : 13 Tahun Tarikh : 05.03.2020
Masa Mula : 11.00 Pagi Masa Tamat : 12 Tengah Hari
BAHAGIAN 1: ISU/ MASALAH YANG DIKEMUKAKAN
Reaksi yang ditunjukkan oleh klien biasa-biasa sahaja pada pertemuan ini. Klien tidak terlalu
beremosi dan dalam keadaan yang tenang. Kaunselor mengimbas kambali sesi sebelum ini.
Kaunselor mengingatkan klien tentang cabaran yang diberikan oleh kaunselor pada sesi yang
lepas. Klien memberitahu klien cuba untuk sentiasa berfikiran positif apabila ingatan atau
berhadapan dengan situasi yang membuatkan klien memikirkan ibunya klien akan cuba
bertenang. Antara perubahan yang dibuat oleh klien ialah apabila perasan marah atau sedih klien
akan cuba berzikir. Selain itu klien juga banyak mengisi masa dengan kawan baik atau membuat
kerja-kerja harian supaya tidak terlalu memikirkan ibunya.
BAHAGIAN 2: PENILAIAN ISU/ MASALAH
2.1 Teori : Teori Pemusatan Klien (Carl Rogers)
Kaunselor menggunakan tiga elemen utama sepanjang sesi berlangsung. Kaunselor
berpegang kepada elemen ketulenan, empati dan penerimaan tanpa syarat.
2.2 Punca Patalogi - tiada
2.3 DSM-5 atau ICD-10 - tiada
2.4 Pentaksiran ujian psikologi yang piawai (optional) - tiada
2.5 Maklumat berkaitan yang diperoleh daripada professional lain - tiada
BAHAGIAN 3: PERANCANGAN RAWATAN DAN TINDAKAN
Tiada perancangan rawatan atau tindakan memandangkan sesi ini adalah sesi penamatan. Klien
telah celik akal. Klien boleh berfikir dengan sewajarnya dan mampu mengatasi masalah yang
membelenggu dirinya.
BAHAGIAN 4: PENILAIAN SESI KAUNSELING
Sesi berjalan dengan lancer. Klien berasa lega dapat berkongsi masalahnya dengan kaunselor.
Jika sebelum ini klien jarang berkongsi masalahnya dengan orang lain. Klien tidak mahu orang
simpati tentang apa yang berlaku pada dirinya. Klien boleh berfikir dengan baik dan boleh
menilai perkara baik atau buruk.
2.
1.