0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
19 tayangan7 halaman

Isu Komunikasi dalam Keluarga

Video ini akan menggambarkan empat situasi yang melibatkan masalah komunikasi antara individu. Situasi pertama melibatkan dua watak mahasiswa yang kurang berkomunikasi. Situasi kedua menggambarkan masalah berkomunikasi antara dua individu yang berdialek berbeza. Situasi ketiga menggambarkan masalah komunikasi dalam keluarga. Video ini juga akan menggambarkan proses kaunseling kelompok untuk membantu menyelesaikan masalah komunik

Diunggah oleh

ollie tika
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai PDF, TXT atau baca online di Scribd
0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
19 tayangan7 halaman

Isu Komunikasi dalam Keluarga

Video ini akan menggambarkan empat situasi yang melibatkan masalah komunikasi antara individu. Situasi pertama melibatkan dua watak mahasiswa yang kurang berkomunikasi. Situasi kedua menggambarkan masalah berkomunikasi antara dua individu yang berdialek berbeza. Situasi ketiga menggambarkan masalah komunikasi dalam keluarga. Video ini juga akan menggambarkan proses kaunseling kelompok untuk membantu menyelesaikan masalah komunik

Diunggah oleh

ollie tika
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai PDF, TXT atau baca online di Scribd

Bismillahirrahmanirrahim

Tajuk: Kemahiran komunikasi

 Dalam video ini akan ada 4 scene

 Akan ada suara latar yang memainkan peranan penting sebab suara latar ni yang akan cerita
keemua scene, jadi suara latar yang akan memahamkan audience yang menonton

 scene yang pertama: dah settle ( kita ambil scene yang berlakon haritu sebelum pkp) watak
utama dalam scene ni ARMAH ( INTROVERT) & SU ( DILAHIRKAN DALAM BERLATAR
BELAKANG KELUARGA YANG PANAS BARAN JADI DIA PON TERIKUT)

 scene yang kedua: isu dialek yang pekat dan susah untuk komunikasi dengan stranger, watak
utama LUQMAN ( PEKAT DIALEK Terengganu) & ZAK ( PEKAT DIALEK Sarawak

 scene ketiga: isu kekeluargaan – nisa (ibu yang main cakap lepas je suka membandingkan
anak-anaknya ) – fakhrul ( ayah yang sentiasa sibuk dengan kerja yang menyebabkan kurang
berkomunikasi dengan anak ) –niza ( si kakak yang pemalas suka memendam perasaan dan
kurang meluahkan isi hatinya kepada keluarga yang menyebabkan dia gagal untuk
berkomunikasi dengan baik dengan keluarga) – atiqah ( si adik yang selalu dibandingkan dan
dibanggakan sehinggakan dia suka cakap besar dan belagak dan gagal berkomunikasi dengan
baik )

please alert dengan watak masing masing

 untuk introduction video editor akan edit video skrin video tu hitam dan akan ada tulisan
beriringan suara latar dan ditambah bunyi orang tekan laptop

[suara latar] “ baru- baru ni aku dapat tugasan mengenai bagaimana seseorang individu itu gagal
untuk berkomunikasi dengan baik, pada aku untuk menjadi seorang pembimbing rakan sebaya
merangkap bakal guru pada masa akan datang amatlah penting untuk mengetahui apa dan
bagaimana kemahiran berkomunikasi itu berkesan? Iyelah , mana mungkin kalau kita jadi cikgu
nanti tapi kita tak ada kemahiran komunikasi macam mana lah dengan murid kita nanti. So lets
enjoy the video”

 scene yang pertama : isu pelajar yang universiti yang gagal berkomunikasi dengan baik,
editor akan edit perkenalkan watak utama [suara latar] “ni armah dia ni ada pemalu sikit,
lebih kurang macam introvert la. * sambil tunjuk muka armah * [SL] “ ini pula suhana, dia
ni haihhh asyik nak marah je. Dengar cerita mak ayah dia ni garang mungkin kot perangai
panas baran dia tu makin menjadi menjadi nak pula digabungkan satu gp discussion dengan
si armah yang introvert ni “ video di tayangkan ……… tamat [sl] ‘’tengok la tu bila masing
masing ada masalah komunikasi habis kerja pon tak jalan ish ish ish” tamat….
 Scene yang kedua: isu dengan masyarakat luar ( masalah dialek negeri masing masing yang
pekat)
[sl] ‘’ha ni pula zak dia ni orang Sarawak pastu nak melancong dekat Terengganu
masalahnya si zak ni dah la dialek srawaknya pekat sangat..”
Situasi 1: zak yang datang dari negeri Sarawak untuk melancong ke negeri Terengganu
tengah berjalan mencari sesuatu (tempat) sambil memegang fon dengan muka yang buntu.
Sambil berjalan ternampak luqman yang sedang duduk dan bercakap “ assalamualaikum”
[sl] “yang tengah duduk main pubg tu luqman dia ni pon lebih kurang tak tahu cakap bahasa
baku sampaikan tak boleh nak cakap baku dengan orang luar”
Situasi 2 :luqman tengah duduk sambil main leka main pubg tiba tiba dengar zak bagi salam
dan menoleh ke arah zak dan cakap “waalaikumsalam”
Situasi 3: zak : kamik mahu tanya kitak tau tak jalan nak pergi pasar payang. Saya tak tahu la
macam mana nak pergi sana ( cakap dalam dialek Sarawak yang sangat pekat)
Situasi 4: luqman mula tak faham sebab zak cakap Sarawak tapi dia buat buat faham sebab
dengar perkataan pasar payang tu dia pon cakap “ ouh kalau mung nak gi pasar payang awak
kena lalu jalan depan tu pastu naik bas dan berhenti dekat tepi pekan, awak kena jalan terus
sampai nampak kedai makan stemboat, pastu lepas pada tu awak kena order grab untuk
pergi pekan lagi satu dekat pekan tu ada orang jual pinggan yang banyak sangat ha dekat
situ la pasar payang ( cakap dalam dialek Terengganu yang sangat pekat )
Situasi5: zak pon ternganga seba tak faham lalu pergi meninggalkan luqman tanpa ucap t
terima kasih
situasi 6: luqman pon macam bengang la kenapa zak tak cakap terima kasih padahal zak tak
faham apa yang luqman cakap
[sl] ish ish ish macam mana kalau bergabung Sarawak dengan Terengganu huhuhu….. tamat

Untuk scene ni zak dengan luqman kena bincang la camera angle kena betul sebab kita buat
online so korang kena bincang sorang kena arah mana. Video kena tally ibarat korang
tengah berdepan.

 Scene ketiga isu keluarga

[sl] ha ini pula nisa, nisa ni seorang ibu yang sangat perfectionist, dia ni suka membandingkan-
bandigkan anak-anak nya sampaikan dia tak sedar cara berkomunikasi dia tu menyebabkan
hubungan kekeluargaan dia tak akrab

Situasi 1; nisa yang sambil lipat kain tengok anak dia ( niza tengah main fon) ‘’ ish kau ni niza cubalah
kau jadi macam adik kau tu pergi study belajar betul betul tak pon tolong mak ni dekat dapur ke
sampai bila lah kau ni nk jadi anak tak guna. Dah la pemalas belajar pon malas nak jadi apa lah kau
ni”

( ada scene atiqah tengah sapu sampah sambil buat muka sinis)

[sl] ‘’uish kasar betul si nisa ni dengan anak dia

“ ini niza dia ni anak sulung dalam keluarga ni, tapi itu lah dia ni agak pemalas. Selalu kecil hati
dengan kata-kata ibu. Selalu pendam perasaan sampaikan dia ni tak mampu nak komunikasi dengan
baik sebab dia rasa dia ni anak yang tak guna, tanpa sedar perasaan dia tu menyebkan dia gagal
untuk komunikasi dengan baik dengan family hmmm,… kesian’’

Situasi 2 niza yang baru lepas kena maki denagn mak dia terus bangun dan masuk bilik dan menangis
[sl] ‘sebenarnya si niza ni dekat sekolah pon ada masalah komunikasi dia tak ada keyakinan diri bila
nak kena present dekat depan pada dia, dia takut nak buat apa-apa sebab tulah dia rasa diri dia tak
berguna’’

Situasi3: fakhrul berpakaian kerja baru balik dari kerja dan masuk rumah duduk terus main fon

[sl] ha ini lah si fahkrul diani ayah dan suami kepada nisa, fakrul ni terlalu sibuk dengan kerja
sampaikan dia tak ada masa nak berkomunikasi dengan isteri dan anak-anak, tanpa dia sedar sikap
nya yang kurang berkomunikasi dengan keluarga akan menyebabkan hubungan kekeluargaan dia
tak mesra.

Situasi 4: nisa baru nampak fakrul balik terus marah, ‘’ haish awak ni cuba lah tengok anak anak
awak jangan sibuk sangat dengan kerja. Tengoklah tu niza tu makin menjadi jadidengan perangai
malas dia. Bila lah dia tu nak jadi pandai macam adik dia si atiqah tu

Situasi 5: fakrul yang sambil main fon tengok ke arah nisa dengan muka yang selamba sambil
bercakap “ apa awak bising-bisning ni tak nampak ke sya baru balik kerja haihhh biasa la budak
budak’’ dengan menggelengkan kepala

Situasi 6: si atiqah yang baru dapat result exam dengan muka belagak sambil bercakap “ weh kakak
ko tengok ni aku dapat straight a kau ada? Tulah kau belajar pon tak pandai dah lah malas huh padan
muka kau. Dan sampai bila bila pon aku tetap jadi anak kesayangan ibu ayah sambil menjelir lidah

[sl] ha inilah atiqah dia ni pandai tapi sayang…. Dia tak reti nak guna kepandaian dia tu dengan
baik. Sikap dia yang suka cakap besar suka membanggakan diri dia menyebabkan dia kurang mahir
untuk berkomunikasi dengan baik. Kawan- kawan dia pon tak suka cara dia yang suka cakap besar
dan tak pandai hormat orang lain.

Situasi 7: si niza dengan muka tak puas hati pandang adik dia sambil bercakap “ kau ingat aku kisah
ke kau ingat kau straight a semua orang suka kau ? jangan mimpi lahhh

situasi 8 atiqah mula terkejut dan menjeling kakaknya dan terus belalu dari situ… tamat

…[sl] ha sedihkan semua kisah tu, hahaaha chill guys itu semua kawan –kawan aku sememangnya
kami semua mengalami masalah berkomunikasi dengan baik jadi aku dengan kawan-kawan aku
berbincang untuk pergi jumpa dengan seorang prs untuk kami berbincang macam mana nak belajar
tentang kemahiran berkomunikasi dengan baik . so jom tengok kitorg bincang.
start daripada sini rasanya kita perlu murnikan lagi penyusunan ayat, tanda koma noktah, dll
sebab yg ni rsanya kena hantar sekali dalam laporan. Kena buat format dialog yg betul

 Scene 4- scene 5 tahap proses menolong semua terlibat dalam ni

Situasi ibarat kita tengah buat satu bulatan ( sesi kaunseling kelompok) untuk scene ni agak susah
sebab kita kena record sorang sorang and gabungkan kesemua perbincangan kita hahahah faham
tak?

Okay untuk scene ni kan kita kena buat 5 tahap proses menolong kan jadi nanti editor akan edit letak
siap-siap perkataan tu sebelum mulakan sesi

1) Membina hubungan dan penstrukturan

Semua menghadap camera macam berhadapan

Prs: hai assalamualaikum semua selamat pagi,

Klien: waalaikumusalam selamat pagi (– su , -armah – luqman) buat scene jawab salam

Prs: ok baik, korang selese ke dengan kedudukan sekarang?

Klien: ye selesa je sambil mengangguk ( nisa, niza zak buat- scense ni)

Prs: baiklah, pertama sekali kita pergi kepada sesi perkenalan. Saya perkenalkan diri saya nama saya
wardina najihah, dan korang semua boleh panggil saya wardina ye. Ok sekarang saya nak semua
kenalkan diri masing-masing

Klien: cakap nama dan nama panggilan ( semua kena buat scene ni )

Prs: ok, baik sebelum kita mulakan sesi kita pada hari ini saya akan terangkan lah beberapa prosudur
yang perlu diambil. Dalam sesi ini kita akan kaitkan dengan 5 tahap proses menolong. – Yang ni
mmng kena terangkan dgn klien ka-

Klien mengangguk ( atiqah buat scene ni)

Prs: ok untuk tahap yang pertama ialah membina hubungan dan psetukturan macam kita tengah
lakukan sekarang ini sesi suai kenal antara prs dan klien. Kemudian kita teruskan dengan sesi
penerokaan dalam sesi ini akan saya minta klien ceritakan apa yang korang nak kongsikan atau apa
isu, setersunya membina matlamat dari klien dan perbincangan alternatif seterusnya pelaksanaan
dan penamatan sesi. Faham tak semua ?

Klien: mengangguk dan cakap ye faham ( atiqah dan fakhrul )

2) penerokaan

Prs: peranan saya sebagai prs ialah mendengar apa yang korangg ingin sampaikan dan peranan
korang sebagai klien adalah menceritakan satu isu dan masalah yang di hadapi. Saya buka peluang
kepada seorang klien untuk berkongsi masalah yang dihadapi dan kita semua akan berbincang
bagaimana untuk menyelesaikan isu tersebut. Saya juga berharap apa yang dikongsikan pada ketika
ini akan menjadi rahsia antara kita boleh semua ?

Klien angguk dan cakap baiklah boleh ( armah dan zak) – utk scenes angguk2 ni walaupun nmpk
simple tpi agak susah jgk klu yg nak edit vieo takut durang keliru
Prs: ok baik sebelum itu suka untuk saya katakan adalah isu yang akan dibangkitkan ini adalah suatu
isu yang benar dan tepat agar matlamat sesi ini akan berjaya

Klien : baiklah okay (luqman)

Prs: baik,, boleh kita mulakan sesi

Klien boleh angguk ( niza)

Prs: sekarang, saya minta seorang dari kalangan kamu yang bersedia untuk berkongsi apa masalah
yang dihadapi? Dan apa yang merungsingkan pemikiran kamu sejak kebelaknagn ini?

Klien: (suhana) boleh saya relakan diri berkongsi masalah saya ?

Klien yang lain : ya boleh silakan ( nisa, fakhrul)

………………………………………………………………………………..

Suhana: sebenarnya, saya tak tahu nak cakap dengan siapa, tapi sejak kebelakangan ini saya perasa,
kawan-kawan saya macam seolah olah nak mengelak dari berkawan dengan saya, saya tak tahu lah
salah saya di mana, saya rasa macam saya ada masalah untuk berkomunikasi dengan orang

Prs: boleh saya tahu? Masalah komunikasi tu masalah yang macam mana?

Suhana; kalau dalam perbincangan kumpulan saya sentiasa tak sehaluan dengan ahli kumpulan yang
lain. Saya rasa macam idea saya seorang je patut diterima

Prs: agguk faham ouh macam tu, jadi sekarang ini awak sedih dengan sikap kawan awak yang makin
menjauh atau sikap awak yang kurang mahir dalam komunikasi ?

Suhana: saya sedih dengan sikap kawan saya tapi saya lagi kecewa dengan sikap saya yang tak
pandai berkomunikasi dengan baik.

Prs: awak rasa apa yang menyebabkan awak kurang mahir dalam komunikasi

Suhana: entahlah saya pon keliru even dalam family saya pon selalu ada kurang kesefahaman
dengan keluarga, adik-beradik dan mak ayah

Prs: boleh awak terangkan kurang mahir berkomunikasi dengan keluarga tu macam mana ye?

Suhana: kalau macam dalam keluarga saya ibu bapa saya selalu cakap kasar-kasar dan sering
bertengkar. Sampaikan saya pon tak ad masa dengan ibu bapa, malah saya semakin takut nak
berkomunikasi dengan mereka sebab tulah saya rasa bila dengan kawan je saya boleh bercakap
sesuka hati saya.

Prs: ok tak pa saya faham, mungkin awak rsa dengan cara lepaskan dengan kawan, awak akan rasa
lega sikit . betulkan?

*su mengangguk tanda setuju *

3) Membina matlamat

Prs: kita berbalik kepada su, saya nak tanya dengan su, dalam situasi ini, apa sebenarnya yang su
nak?
Su: sebenarnya saya Cuma nak ubah sikap saya yang cepat marah, tak boleh terima pandangan
orang lain, saya pun nak orang terima saya seadanya……. dan paling penting saya nak belajar untuk
kawal diri saya bila berkomunikasi dengan orang *muka sedih…huhuuuu

Prs: ok maksudnya su nak dapat berkomunikasi dengan orang dengan lebih baik ( matamata yg nak
dicapai) supaya orang tidak akan terasa dengan su

Su: ye betul tu …..

4) Perbincangan Alternatif

Prs: ok baik, sebelum tu saya nak tanya yang lain. Sekiranya kamu ada dalam situasi yang su alami
skg, apa yang akan kamu lakukan

Nisa: kalau saya , sejujurnya bila saya rasa nak marah , pertama saya akan cuba untuk jauhkan diri
dari orang supaya saya tak terlepas cakap dan terkasar bahasa, saya cuba untuk redakan kemarahan
saya dahulu. Kemudian baru saya cuba untuk berkomunikasi semula.

Luqman: bagi saya, untuk mengubah diri……apalagi dalam berkomunikasi ni, kita perlu tanam dalam
diri kita sikap tolak ansur dengan orang lain. Cuba untuk terima dahulu pendapat atau idea orang
lain walaupun kita rasa idea kita lebih baik. Sebab bagi saya, kita perlu mengelak daripada
berlakunya situasi salahfaham, taku nanti akhir-akhir semua tarik muka..hihii

Tika: Kalau tika pula, tika cuba untuk muhasabah diri dan tanya diri tika, mungkin hubungan kita
dengan orang lain ada masalah, sebab kita kurang jaga hubungan dengan Tuhan. Jadinya bagi tika,
Cuma kita perbaiki dulu hubungan kita dengan tuhan

Prs: baiklah su, bagi saya sendiri, cuba untuk aktifkan diri dalam program yg berkumpulan atau
kemasyarakatan, sebab kita tahu program2 macam ni lah… yang mendidik kita untuk lebih
menghormati satu sama lain, trima pendapat orang lain.. Kita pun diajar bagaimana untuk
berhadapan dengan masyarakat yang pelbagai latar belakang .

*su mengangguk tanda faham*

Su: terima kasih atas solusi yang kamu semua berikan, saya pun rasa saya perlu membuat perubahan
bermula daripada diri saya sendiri

5) Pelaksanaan dan penamatan

Prs: betul tu su, daripada beberapa cadangan yang diutarakan ni, terpulang dengan su untuk
perbaiki diri dengan cara su sendiri. Saya dan rakan kamu yang lain hanya mampu memberi
cadangan tapi keputusan semua terletak di tangan su.

Su: sebenarnya su tertarik untuk cuba melibatkan diri dalam program kemasyarakatan,
memandangkan su tak pernah terlibat dengan program begini. Dan su yakin ini mampu bantu su
untuk berkomunikasi dengan lebih baik

Prs: bagus tu su, kalau su rasa ini boleh membantu su untuk berkomunikasi dengan lebih baik. Saya
sokong jika su mengambil peluang untuk melibatkan diri. Selain dapat mengeratkan hubungan
antara sesama ahli dalam kumpulan, bagi saya program sebegini mampu untuk mengubah cara kita
berkomunikasi dengan orang lain dengan lebih baik.

Prs; sebelum tu saya nak tanya ada sesiapa yang nak beri cadangan lagi ?
Klien: geleng tak de ( zak )

Prs: ok baik, boleh saya tahu apa yang awak semua dapat dari perbincangan kita hari ini?

Zak: saya rasa sesi ini bagus lah even seorang je yang share problem dia dalam masa yang sama
semua dapat manfaat sebab saya pon ada masalah kurang mahir dalam komunikasi hhehe

Armah; betul tu sya juga

Atiqah: ye betul tiqa pon ada

Prs ouhh baiklah saya berharap agar awak semua dapat fikir untuk melakukan perubahan yang lebih
baik lagi pada masa akan datang, ingat sebagai mahasiswa kita perlu mempunyai kemahiran
komunikasi dengan berkesan supaya apa yang kita sampaikan kepada orang lain juga berkesan dan
tepat. Baiklah saya rasa kita tamatkan sesi kita pda hari ini ye?

Su: ye boleh biaklahh…. Apapun terima kasih sebab dengar masalah saya dan membuka hati saya
untuk berfikir tentang maslah yang saya hadapi ni.

Prs: sama-sama

Semua: sama-sma

Anda mungkin juga menyukai