GMGA 2023 DASAR AWAM
Pengenalan
Pada zaman yang lebih moden ini, ekonomi Malaysia kini turut berkembang pesat. Manakala
projek-projek pembangunan berjalan dengan lancar malah peluang pekerjaan bahagian projek
pembangunan turut meluas. Akibat daripada keadaan tersebut, maka timbuk masalah
kekurangan tenaga kerja. Oleh itu, Malaysia mencari jalan dengan banyak mengambil pekerja
asing dan menimbulkan juga masalah kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin(PATI).
Negara sebagai suatu struktur tertinggi harus mampu memastikan keteraturan sosial berjalan
lancar melalui penguatkuasaan undang-undang. Hal tersebut jelas terlihat dalam usaha untuk
mengatur dan mengawal proses kemasukan dan keberadaan tenaga kerja asing di Malaysia.
Langkah-Langkah yang Patut Diambil
Membendung Kemasukkan Pekerja Secara Haram Atau Pendatang
Kemasukan pekerja secara haram sepatutnya dihapuskan atau dikawal ketat oleh pihak
kerajaan. Kemasukkan mereka bukan sahaja boleh menimbulkan pelbagai masalah sosial dan
jenayah, tetapi akan menyulitkan pihak kerajaan untuk merancang keperluan tenaga buruh
bagi setiap sektor dalam ekonomi negara kita. Hal ini akan timbul kerana bilangan mereka
agak sukar untuk kita anggarkan. Disamping itu, kemasukkan pekerja secara haram yang
tidak kita ketahui kemahiran mereka, boleh mendatangkan pelbagai masalah sosial dan
jenayah di negara ini.
1
NO MATRIK 225089
GMGA 2023 DASAR AWAM
Merancang Keperluan Tenaga Kerja Yang Tidak Mencukupi
Pihak kerajaan mesti menganggarkan keperluan tenaga kerja bagi setiap sektor ekonomi
dalam negara ini. Hal ini mustahak dibuat supaya ia dapat menganggarkan keperluan tenaga
kerja tambahan bagi setiap sektor dan mengeluarkan pas atau permit kerja bagi pekerja asing
mengikut keperluan. Kemasukan pekerja asing tersebut jangan sampai menjejaskan peluang
bagi penduduk tempatan dan juga jangan sampai menekan penurunan kadar upah ke tahap
yang sangat rendah.
Mengambil Pekerja Asing Mengikut Kemahiran Yang Diperlukan
Kuota pengambilan pekerja asing juga hendaklah mengikut kemahiran tertentu dan mengikut
keperluan setiap sektor dalam ekonomi negara ini. Jika tidak dibuat demikian, akan berlaku
kelebihan buruh dalam sektor tertentu tetapi kekurangan pula dalam sektor yang lain. Hal ini
perlu dikaji dan dibuat tindakan yang proaktif agar tidak berlaku pengangguran di kalangan
orang tempatan dan juga kepada pekerja asing yang datang tersebut. Pengangguran akan
menyebabkan berlakunya banyak penyakit sosial dan jenayah yang lain, membebankan
rakyat dan kerajaan untuk menangganinya.
Pengurusan Tenaga Kerja Asing Hendaklah Dikemaskinikan
Pengurusan tenaga kerja asing hendaklah dikemaskinikan. Satu data bank perlu diwujudkan
untuk mengawal dimana mereka berada atau dengan syarikat atau sektor ekonomi mana
mereka bekerja. Kemungkinan timbul masalah tinggal di Malaysia atau bekerja melebihi
tempoh yang ditetapkan (over-stayed) dan menjadi pekerja dalam status pendatang haram
2
NO MATRIK 225089
GMGA 2023 DASAR AWAM
pula. Penguatkuasaan juga perlu dipertingkatkan agar pekerja asing tersebut tidak lari atau
berpindah tempat kerja tanpa kebenaran majikan dan pihak kerajaan.
Kesan Kemasukan Buruh Asing
Buruh asing merupakan orang-orang yang berasal dari negara luar dan kemudiannya bekerja
di luar negara untuk mencari dan menambahkan lagi pendapatan mereka. Kebanyakkan
buruh-buruh asing ini berasal dari negara yang serba miskin dan mundur disebabkan terlalu
ramai penduduk sehingga ruang pekerjaan tidak mencukupi bagi sesetengah mereka. Pihak
kerajaan juga tidak mampu membantu dan menhulurkan bantuan, malah ada yang langsung
tidak memperdulikan rakyatnya yang susah, kerana mereka hanya mementingkan
pembangunan negara sahaja, tidak pada rakyatnya. Jadi, ramai yang telah berhijrah ke luar
negara untuk mencari wang bagi menampung kehidupan keluarga mereka seharian.
Negara Membangun Dengan Adanya Buruh Asing
Dengan kemasukkan buruh-buruh asing ini ke negara ini, negara Malaysia dapat membangun
dengan pesatnya seperti sekarang, serentak mengikut aliran kemajuan negara-negara luar.
Mereka memang mahir dalam melakukan pekerjaan yang berat seperti membuat bangunan,
jalan raya dan sebagainya. Selain itu juga, mereka memang diperlukan untuk mengurus dan
membantu dalam pekerjaan rumah, seperti mengemas, mencuci, memasak dan menjaga anak-
anak majikannya. Begitu juga di tempat pusat membeli-belah, di mana banyak warga asing
mengambil tempat pekerjaan, mengalahkan warga tempatan kita. Kecekapan mereka dalam
bekerja memang mengagumkan dan pandai mengambil hati pelanggan.
3
NO MATRIK 225089
GMGA 2023 DASAR AWAM
Namun, semakin ramai kemasukkan buruh asing ke negara ini, semakin banyak orang-orang
asing tersebut mengaut keuntungan negara ini. Antaranya ialah buruh asing tersebut telah
mengambil peluang pekerjaan yang sepatutnya warga tempatan laksanakan. Ini telah
mendatangkan kesan pada warga tempatan, terutamanya pada golongan belia. Disebabkan
warga asing inilah, golongan belia tempatan tidak mendapat pekerjaan. Tambahan lagi, belia
di negara ini tidak mahir dalam pekerjaan berat dan juga terlalu memilih pekerjaan. Dengan
demikian, banyak pengangguran berlaku dikalangan orang tempatan.
Selain itu juga, ekonomi di Malaysia hanya bergantung pada penghasilan minyak dan gas,
tetapi sumber sebegitu memang tidak akan berkekalan. Sehubungan dengan itu, negara
Malaysia ini harus memikirkan bagaimana cara untuk mencari sumber ekonomi negara selain
dari penghasilan dan penjualan minyak dan gas. Jadi, apa salahnya jika menggunakan orang
tempatan untuk melakukan kesemuanya demi pembangunan negara sendiri. Wang yang kita
laburkan tidak sia-sia jika untuk warga tempatan daripada dilaburkan kepada orang asing.
Dengan ini, ekonomi negara tidak akan susut dan negara akan kembali stabil seperti sedia
kala.
Kesan Buruk Kepada Negara
Demikian, seharusnya orang tempatan mengetahui kesan buruh asing ini terhadap negara.
Walaupun mereka telah membuat negara ini semakin maju, namun mereka juga telah
mendatangkan kesan negatif pada kita dan juga negara. Untuk mengelakkan kesan ini
berterusan, warga tempatan terutama golongan belia hendaklah mempelajari pelbagai bidang
pekerjaan sehingga mereka mahir dan berkebolehan. Ini juga bukan sahaja untuk kebaikkan
4
NO MATRIK 225089
GMGA 2023 DASAR AWAM
pada diri mereka, tetapi juga pada negara kerana merekalah golongan yang bertanggungjawab
dalam pembangunan negara.
Ekonomi Malaysia kebelakangan ini berkembang dengan pesat. Projek pembangunan raksasa
berjalan dengan lancar. Sebagai hasilnya, wujudlah peluang pekerjaan yang meluas dan
timbul masalah kekurangan tenaga kerja. Jadi, Malaysia kini menjadi tumpuan pendatang
asing yang ingin mencari rezeki lumayan. Namun kemasukan pendatang asing tanpa izin
yang banyak telah menimbulkan pelbagai masalah.
Masalah utama ialah kesulitan yang dihadapi oleh kerajaan untuk membanteras kemasukan
pendatang asing tanpa izin ini. Pihak polis, tentera, dan Jabatan Imigresen terpaksa bekerja
keras untuk memberkas mereka. Mereka ditahan dan ditempatkan di kern tahanan sementara.
Kedutaan asing pula kurang bekerjasama. Kedutaan asing enggan mengeluarkan dokumen
perjalanan sementara kepada rakyatnya supaya mereka dapat dihantar balik. Kedutaan asing
juga enggan membiayai kos penghantaran pulang. Hal ini menyebabkan banyak tenaga,
wang, dan masa kerajaan terbazir dalam usaha mencegah kemasukan pendatang tanpa izin.
Ketenteraman Awam Terancam
Keselamatan sosial kita juga terancam. Ada antara pendatang asing tanpa izin ini merupakan
penjenayah yang dikehendaki oleh pihak berkuasa di negara asal mereka. Mereka melarikan
diri ke Malaysia supaya terlepas daripada serbuan pihak berkuasa negara asal mereka.
Malangnya, mereka terns melakukan jenayah di Bini. Kes-kes rompakan, pembunuhan, dan
rogol sering berlaku. Mangsa akan menanggung trauma sepanjang masa. Malahan sesetengah
taman perumahan dimasuki pencuri setiap mal am buat satu tempoh yang panjang. Hal ini
5
NO MATRIK 225089
GMGA 2023 DASAR AWAM
menyebabkan penduduk tempatan hidup dalam ketakutan. Kes-kes penjenayah warga
Indonesia ditembak mati dalam serbuan polis bukanlah kes yang luar biasa lagi. Malah
tentera kita terpaksa dikerah ke Semporna, Sabah, untuk menghadapi lanun Filipina yang
menggunakan senjata canggih untuk melakukan rompakan pada siang hari.
Kesan Penyakit Berbahaya Yang Masuk Ke Malaysia
Penyakit-penyakit berbahaya juga akan merebak dengan meluas. Buruh asing yang sah akan
dikenakan pemeriksaan kesihatan. Sebaliknya, pendatang asing tanpa izin tidak berbuat
demikian. Banyak antara mereka berasal dari kawasan mundur di negara asal mereka.
Kesihatan mereka kurang terjamin. Ada antara mereka menghidap AIDS, tibi, penyakit
kelamin, dan sebagainya. Akibatnya, rakyat kita menjadi mangsa. Statistik telah
menunjukkan bilangan rakyat yang menghidap penyakit tibi meningkat semula. Banyak
pendatang asing tanpa izin juga disahkan sebagai pembawa kuman HIV dan hepatitis.
Hubungan mereka secara seksual dengan pelacur tempatan akan mempercepat jangkitan
AIDS.
Kedatangan pendatang asing, khususnya yang tanpa izin, juga mendatangkan masalah
perumahan. Mereka akan mendirikan kawasan perumahan secara haram. Sesetengah
kumpulan pendatang asing ini pula membuka kawasan hutan sebagai kawasan perumahan
mereka. Kawasan setinggan ini tidak teratur dan kekurangan kemudahan asas, seperti sistem
pembuangan sampah dan air kumbahan. Oleh itu, pencemaran alam sekitar akan berlaku.
Selain itu, pembangunan negara pada mas a akan datang juga terbantut kerana kemunculan
setinggan ini. Imej negara kita juga terjejas kerana ini menggambarkan kelemahan
6
NO MATRIK 225089
GMGA 2023 DASAR AWAM
pentadbiran kerajaan serta pengagihan ekonomi yang tidak seimbang. Terdapat juga kawasan
perkampungan haram yang mewah, lengkap dengan bekalan elektrik, dan air.
Peluang Pekerjaan Semakin Berkurang Dengan Adanya Buruh Asing
Hak rakyat kita juga sedikit sebanyak terjejas. Pihak majikan lebih suka mengupah pendatang
asing tanpa izin dalam sektor perladangan, pembinaan, dan pembantu rumah kerana gaji
mereka jauh lebih murah. Hal ini pasti menjejaskan peluang pekerjaan rakyat kita
sungguhpun bukan semua rakyat kita berminat dalam bidang pekerjaan ini. Selain itu, banyak
antara mereka melibatkan diri dalam perniagaan, misalnya membuka gerai makanan, menjual
barang kemas, lampu hiasan, batik dan sebagainya. Malah ada antara mereka yang menjadi
kayaraya, berumah besar tanpa membayar cukai pendapatan. Pada ketika nilai wang kita
jatuh dengan teruknya, peluang pekerjaan rakyat semakin sempit. Hal ini memang tidak adil
kepada rakyat kita.
Kita memerlukan tenaga asing dalam pembangunan negara. Namun kehadiran mereka,
terutamanya golongan tanpa izin, juga menimbulkan masalah. Kerajaan perlu menangani
masalah ini dengan serius supaya rakyat kita tidak menjadi minoriti di tanah airnya sendiri.
Malaysia adalah antara 10 buah negara teratas yang tersenarai sebagai penggaji warga asing
tertinggi di dunia. Di mana-mana sahaja pada hari ini khususnya di bandar besar, kita boleh
berjumpa dengan pekerja asing dari Indonesia, Filipina, Bangladesh, Nepal, India dan China
yang bekerja dalam pelbagai sektor yang bergaji rendah seperti buruh, pekerja kilang dan
pembantu rumah. Jumlah pekerja asing di negara ini berjumlah 1.85 juta orang dengan
pendatang Indonesia sahaja berjumlah 1.2 juta orang diikuti Nepal seramai 200,000 orang.
7
NO MATRIK 225089
GMGA 2023 DASAR AWAM
Semua mereka ini termasuk yang datang dari Mynmar, Pakistan, Afghanistan, Kemboja,
Vietnam, Sri Lanka dan negara di benua Afrika.
Kedatangan pekerja asing ini tentulah untuk bekerja di negara yang mempunyai banyak
peluang pekerjaan ekonomi khususnya pembinaan, perladangan, perkhidmatan dan
perniagaan. Pekerja asing ini boleh dikelaskan kepada dua iaitu pekerja yang datang secara
sah dan pekerja yang datang melalui jalan belakang atau pendatang asing tanpa izin (PATI).
Pekerja yang datang ke Malaysia secara sah umumnya telah ditentukan jenis pekerjaan,
majikan, tempat tinggal dan telah melalui pelbagai proses untuk memenuhi kelayakan sebagai
pekerja. Mereka kemudiannya diberikan permit kerja yang dinyatakan tempoh kerja mereka
di negara ini. Kategori pekerja jenis ini mempunyai dokumen perjalanan yang sah, bebas
daripada penyakit berjangkit, mempunyai kontrak pekerjaan yang sah dan tidak membawa
banyak masalah kepada masyarakat. Majikan mereka juga lebih bertanggungjawab dengan
menyediakan tempat kediaman, makanan dan perkhidmatan perubatan.
Kategori kedua ialah PATI yang tidak pernah melalui proses seperti kategori pertama.
Mereka juga tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah, risiko penyakit berjangkit yang
tinggi seperti tuberculosis (tibi) dan mudah dieksploitasi. PATI yang ditangkap kerana
pelbagai kesalahan imigresen dan jenayah hanya membebankan pihak kerajaan kerana
terpaksa menanggung kos penahanan dan penghantaran ke negara asal mereka. Kes-kes yang
lebih rumit seperti imej implikasi buruk terhadap negara asal pendatang berkenaan.
8
NO MATRIK 225089
GMGA 2023 DASAR AWAM
Tarikan untuk mendapat pendapatan lumayan di Malaysia akan memberi rangsangan dan
dorongan kepada pekerja asing ini untuk menggunakan semua cara sama ada secara sah
ataupun tidak. Ada yang menggunakan ºlorong semutª di sempadan untuk membolosi
kawalan keselamatan negara, menipu pas pengajian pendidikan, menggunakan pas lawatan
sementara dan berkahwin dengan warganegara tempatan.
Kes-Kes Yang Sering Berlaku Bagi Kemasukan Pelajar-Pelajar Asing
Contoh kes berkaitan ialah penipuan pas pengajian di sebuah institusi pengajian tinggi di
Kedah beberapa hari yang lalu. Mereka datang ke Malaysia semata-mata untuk berniaga kain
dan permaidani sedangkan dalam permohonan adalah untuk belajar. Tidak dapat disangkal
lagi bahawa kolej ini telah lari daripada matlamat sebenar penubuhannya dan mementingkan
keuntungan jangka pendek. Di sini peranan orang tempatan membawa masuk pekerja asing
sangat jelas dan tindakan sewajarnya perlu diambil bagi membendung kegiatan yang tidak
bertanggungjawab itu.
Kes ini adalah iktibar kepada pihak berkuasa Malaysia yang menunjukkan bahawa pekerja
asing dan PATI akan menggunakan apa sahaja ruang, peluang dan kelemahan yang ada untuk
bekerja di negara ini.
Segelintir ahli masyarakat tempatan yang ingin cepat kaya akan gelap mata melihat
perniagaan ini dan membelakangkan tanggungjawab mereka sebagai warganegara dan rakyat
Malaysia. Walaupun mengetahui wujudnya undang-undang berkaitan perkara ini, demi wang
ringgit mereka lebih mengutamakan kehendak diri sendiri daripada masyarakat dan negara.
9
NO MATRIK 225089
GMGA 2023 DASAR AWAM
Kehadiran PATI dan pekerja asing bagi memenuhi permintaan di sektor kritikal seperti
pembinaan dan perladangan adalah gambaran sifat bergantung yang keterlaluan dalam
pembangunan tenaga kerja. Jumlah PATI seramai 600,000 orang boleh sahaja memberi
maklum balas dan persepsi negatif masyarakat terhadap kerajaan Malaysia. Usaha kerajaan
seperti pengampunan, sebatan dan pembekuan pengambilan pekerja asing yang baru tidak
pernah menghalang lebih ramai PATI untuk mencari rezeki di negara ini.
Hakikatnya, semakin ramai pekerja asing khususnya PATI yang datang ke Malaysia
memperlihatkan wujudnya kegagalan pelaksanaan program pencegahan dan pengawalan
yang berkesan bagi membendung masalah ini. Kepintaran dan kebijaksanaan agensi
penguatkuasa yang terlibat belum mampu memberikan tindakan penyelesaian yang mantap
bagi mengurangkan kehadiran PATI ini.
Setiap hari media akhbar dan elektronik melaporkan mengenai tingkah laku dan kegiatan
negatif pendatang ini yang melibatkan pergaduhan dan kematian. Pendedahan demi
pendedahan menjadikan kita tertanya-tanya apakah yang berlaku. Sehari ke sehari terdapat
sahaja pendatang yang ditemui mati di tepi jalan, mati kerana bergaduh di rumah kongsi dan
mati kerana membalas dendam.
Begitu juga dengan kes-kes jenayah yang kecil seperti ragut, rompakan, rogol, mencuri,
berkhalwat, berzina dan mengganggu anak gadis sudah biasa kita dengar. Aktiviti sampingan
ini telah mengganggu keharmonian masyarakat Malaysia dan memberi motivasi kepada
sebilangan kecil daripadanya untuk turut bersama-sama terlibat dengan jenayah. Di Kedah
umpamanya, sepasang suami isteri ditangkap kerana bersubahat membantu sekumpulan
10
NO MATRIK 225089
GMGA 2023 DASAR AWAM
pendatang asing dari Kuala Lumpur melakukan jenayah pecah rumah dan rompakan. Hasil
rompakan tersebut dibahagikan sama rata dan perbuatan tersebut terus diulangi dari semasa
ke semasa sehinggalah ditangkap.
Terdapat banyak sebab kenapa kes jenayah banyak melibatkan pekerja asing dan PATI.
Antaranya ialah kesempitan kewangan. Hidup di bandar besar dengan pendapatan yang kecil
adalah sesuatu yang membebankan. Tidak salah kalau kita beranggapan bahawa PATI yang
terlibat ialah mereka yang bernafsu besar dan mahu cepat menjadi kaya tanpa memikirkan
dosa dan kesulitan yang akan dialami oleh mangsa. Pergaduhan sesama etnik dari negara
yang sama turut berlaku disebabkan rasa tidak puas hati dan membalas dendam. Kadangkala
perkara yang kecil turut melibatkan kematian seperti yang berlaku tidak lama dahulu iaitu
mati kerana berebut tandas. Kejadian ini melibatkan pekerja dari Mynmar.
Sesetengah daripada mereka yang telah lama bekerja di negara ini diketahui mengambil
peluang perniagaan rakyat tempatan dengan memajak lesen ataupun secara terang-terangan
berniaga bakso di tepi jalan. Keadaan ini menimbulkan rasa tidak puas hati masyarakat
tempatan yang tidak sabar dengan siasatan pihak berkuasa mengambil tindakan sendiri sama
ada memberi amaran ataupun membelasah pendatang ini. Tentulah mereka mempunyai
sebabnya seperti tidak ada permit, mengganggu peniagapeniaga tempatan yang mempunyai
lesen perniagaan dan tahap kebersihan makanan yang disediakan tidak memuaskan.
Mengatasi masalah sosial yang ditimbulkan oleh PATI dan pekerja asing melibatkan
kerjasama tiga pihak iaitu kerajaan, swasta dan masyarakat umum. Kerajaan sebagai agensi
pembentuk, pengawal dan pelaksana dasar mempunyai peranan yang sangat besar bagi
11
NO MATRIK 225089
GMGA 2023 DASAR AWAM
mempastikan kemasukan PATI dihalang sepenuhnya. Keupayaan kerajaan membentuk dan
mengawal dasar memang sangat membanggakan tetapi lemah dalam aspek pelaksanaan.
Walaupun banyak program pencegahan dilaksanakan seperti program pemutihan dan
pengampunan, masih ramai PATI yang menyeludup masuk ke negara ini.
Kesudahannya lebih ramai pekerja asing dan PATI membuka kampung sendiri,
menyekolahkan anakanak di sekolah kerajaan, menggunakan perkhidmatan kesihatan
kerajaan dan mewujudkan kawasan setinggan baru.
Pihak swasta bertanggungjawab mempastikan pekerja mereka yang terlibat dalam sektor
pembinaan dan perladangan mempunyai permit kerja yang sah dan mengutamakan pekerja
tempatan. Sekiranya mereka mengabaikan kepentingan pekerja yang sah ini, kejadian seorang
majikan yang mendapat penyakit tibi akan dapat dielakkan. Kejadian yang berlaku ini
memberi iktibar kepada mereka yang ingin mendapat tenaga buruh yang murah kerana tanpa
pemeriksaan kesihatan, seseorang PATI boleh menyebarkan penyakit secara diam-diam.
Orang ramai boleh menyalurkan maklumat dan memberi kerjasama kepada agensi
penguatkuasa untuk melicinkan operasi pembasmian dari semasa ke semasa. Mereka tidak
seharusnya memikirkan ganjaran yang akan diberi sekiranya memberi maklumat kerana
tanggungjawab membanteras pendatang asing tanpa izin ini turut menjadi sebahagian
tanggungjawab rakyat yang bermaruah.
Kemasukan pekerja asing ke sesebuah negara adalah fenomena sejagat dalam era dunia tanpa
sempadan hari ini. Kita tidak boleh menghalang kemasukan ini kerana tawaran yang
12
NO MATRIK 225089
GMGA 2023 DASAR AWAM
diberikan mereka adalah sangat menarik seperti kos buruh yang murah dan kemahiran yang
dimiliki. Namun membendung kemasukan pekerja asing yang tidak mahu berdaftar adalah
cabaran besar kepada kita kerana mereka ini boleh mencetuskan masalah sosial yang lebih
parah pada masa hadapan. Ketiga-tiga pihak iaitu kerajaan, swasta dan masyarakat wajar
melihat kerjasama pintar sebagai satu jalan penyelesaian seperti memperkasa progam
kesedaran di akar umbi dan pada masa yang sama menambah baik peranan agensi
penguatkuasa supaya Malaysia bebas daripada pendatang asing tanpa izin.
Statistik Yang Berlaku Di Malaysia
Di negara ini, angka mereka yang dijangkiti penyakit ini semakin meningkat dari tahun ke
tahun. Sejak 1989 secara purata sebanyak 11,500 hingga 12,000 kes dikesan setiap tahun.
Separuh daripada kes ini didapati positif dijangkiti tibi.
Pada 2006, seramai 14,000 pesakit tibi telah dapat dikesan dimana nisbah jangkitan adalah 61
untuk setiap 100,000 penduduk. Tahun berikutnya, sebanyak 16,000 kes baru dicatatkan dan
pada 2008 pula sebanyak 17,506 kes baru didaftarkan. Daripada angka ini, 10,441 disahkan
dijangkiti kuman tibi dengan 2207 kes melibatkan pendatang asing.
Angka jangkitan terus meningkat tahun lalu dengan 17,496 kes baru direkodkan.
Bagaimanapun, kes tibi di Malaysia masih rendah berbanding Filipina, Thailand dan
Indonesia, namun lebih tinggi dari negara Singapura.
Tanggungjawab Majikan
Penggajian pekerja asing adalah langkah sementara untuk menampung kekosongan jawatan.
Majikan dikehendaki memaklumkan kekosongan jawatan kepada Jabatan Tenaga Kerja
13
NO MATRIK 225089
GMGA 2023 DASAR AWAM
(JTK) terlebih dahulu supaya membolehkan pencari kerja rakyat tempatan yang berdaftar
diutamakan untuk mengisi kekosongan jawatan. Bilangan pekerja asing diluluskan
berdasarkan kepada kuota yang ditetapkan mengikut sektor oleh Pusat Proses Setempat.
Majikan yang menggaji pekerja asing tidak dibenarkan menggaji lebih daripada 50% pekerja
asing dalam kategori pekerjaan dan jawatan yang sama. Majikan boleh memohon tempoh
lanjutan Pas Kerja Lawatan Sementara (PLKS) 5+5 secara automatik (tanpa sijil kemahiran)
kepada semua sektor yang dibenarkan mengambil pekerja asing termasuk outsourcing
bermula 1 April 2011. Majikan perlu memberi perlindungan, layanan saksama, dan tanpa
diskriminasi kepada pekerja asing.
Majikan bertanggungjawab menyediakan kemudahan perumahan bagi memudahkan proses
memantau pekerja asing sebagai langkah pencegahan daripada berlakunya masalah
perburuhan dan masalah sosial yang boleh melanggar undang-undang negara. Majikan yang
melakukan kesalahan undang-undang perburuhan tidak akan diluluskan permohonan
penggajian semula pekerja asing. Bayaran Levi pekerja asing juga ditanggung oleh majikan.
Majikan perlu menyediakan terma-terma dan syarat-syarat pekerjaan kepada setiap pekerja
asing yang digajikan dan memastikannnya tidak kurang baik daripada Akta Kerja 1955.
Majikan harus memastikan gaji pokok yang ditawarkan dinyatakan dengan jelas dalam terma
kontrak pekerjaan. Gaji pokok ini hendaklah sama yang ditawarkan kepada pekerja tempatan
dalam kapasiti pekerjaan yang sama. Terma dan syarat-syarat pekerjaan ini hendaklah
dijelaskan oleh majikan atau agen yang diberi kuasa oleh majikan dan difahami oleh setiap
pekerja asing semasa pemilihan dilaksanakan.
14
NO MATRIK 225089
GMGA 2023 DASAR AWAM
Terma dan syarat-syarat pekerjaan ini hendaklah sama dengan syarat-syarat pekerjaan yang
akan ditandatangani oleh pekerja dan majikan. Majikan bertanggungjawab untuk
menyediakan perlindungan insurans kepada setiap pekerja asing sepertimana yang
dikehendaki di bawah Akta Pampasan Pekerjaan 1952. Majikan perlu menyediakan
pengangkutan dan menangung kos pengangkutan daripada tempat kemasukan di Malaysia ke
tempat pekerjaan. Majikan juga perlu menangung perbelanjaan pengebumian dan
penghantaran balik pekerja asing yang meninggal dunia termasuk pekerja yang cukup tempoh
kontrak pekerjaan.
Kesimpulan
Secara idealnya, undang-undang mengenai tenaga kerja asing di Malaysia sudah mengambil
kira beberapa aspek bagi memastikan tidak timbul pelbagai masalah. Namun begitu, dalam
realitinya, sehingga kini masih terdapat TKI yang bersatus PATI kerana mereka tidak
mematuhi semua undangundang, peraturan, dasar dan arahan yang telah ditetapkan oleh
Kerajaan Malaysia. Apabila berstatus PATI maka dengan sendirinya secara perundangan TKI
tidak berada di bawah perlindungan undangundang. Ternyata, pilihan untuk menjadi TKI
yang sah atau tidak, tidak hanya ditentukan oleh undang-undang dan program-program yang
dilaksanakan oleh pihak pemerintah tetapi ditentukan oleh proses pembinaan pengetahuan
dan pemahaman dalam kalangan TKI tentang pelbagai aspek kehidupan di Malaysia. Dalam
proses tersebut, ternyata agen sosialisasi yang tidak formal lebih banyak berperanan.
15
NO MATRIK 225089