DEFINISI.
Pengurusan islam yang ketiga yang perlu ada dalam sesuatu organisasi ialah Al Qiyadah.
Al Qiyadah bermaksud memimpin. Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, memimpin
atau kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin melalui teladan. Al Qiyadah dengan lebih
terperinci dikenali sebagai satu sikap kepimpinan yang melibatkan keupayaan seseorang untuk
mentadbir atau mengurus setiap peringkat pengurusan bagi mendorong, mempengaruhi,
membawa dan menggunakan setiap sumber organisasi supaya saling berperanan untuk mencapai
objektif dan tujuan sesuatu perniagaan yang telah ditetapkan.
Selain itu, di dalam aspek al qiyadah, ia melibatkan perancangan pekerjaan dan
penentuan Visi dan Misi serta hala tuju organisasi. Seperti mana lokasi yang kami pilih iaitu
Koperasi UiTM Raub, Visi dan Misi utama mereka ialah dapat meningkatkan produktiviti dan
cuba untuk menaikkan keuntungan perniagaan dalam organisasi. Tambahan lagi, mereka juga
meneterapkan sifat berkerjasama serta saling mempercayai antara satu sama lain. Bagi pekerja di
koperasi ini, kepercayaan dan kerjasama berpasukan dapat memberi kesan yang lebih tinggi bagi
mencapai objektif organisasi mereka. Oleh itu, bagi mencapai matlamat yang diingini, organisasi
perlulah memerlukan pemimpin yang bagus. Pemimpin yang unggul perlulah mempunyai sifat
seorang pemimpin yang adil, berilmu, berani, amanah, jujur dan bertanggungjawab.
FUNGSI AL QIYADAH.
Fungsi Al Qiyadah merupakan satu fungsi yang terpenting dalam organisasi. Ia
merupakan fungsi yang terpenting bagi memastikan kemajuan organisasi dicapai. Selain itu,
sikap kepimpinan adalah fungsi juga penting dalam organisasi untuk memastikan segala aktiviti
dan tugas yang diberikan berjalan dengan lancar dan teratur seperti yang dirancang. Dalam
matlamat demi mencapai sesebuah objektif dalam organisasi, faktor-faktor penting seperti
motivasi, kepimpinan dan komunikasi perlu diberi lebih banyak perhatian oleh pihak pengurusan
atasan. Ia adalah kerana, bagi mencapai objektif organisasi, pengurus perlu memastikan segala
kerja dan amanah yang diberikan kepada perkerja-pekerjanya berjalan dengan baik, lancar dan
terurus bagi mengelakkan segala perkara yang tidak diingini berlaku.
Dalam sesuatu organisasi, pengurus juga perlu mengamalkan gaya kepimpinan yang
bersekutu dan berkesan bagi memastikan tingkah laku pekerjanya dapat dikawal secara efektif
dan inovatif. Ia juga merupakan salah satu cara untuk meningkatkan disiplin dan tatatertib
pekerja agar sentiasa dipandang tinggi oleh organisasi lain.
CIRI-CIRI AL QIYADAH
Pengurusan tertinggi dalam organisasi iaitu pengurus bertanggungjawab dalam
melakukan kawalan strategik dan perlulah mempunyai ciri-ciri kepimpinan sebagai contoh
wawasan yang jelas, nilai yang baik dan mempunyai daya kekuatan.
Yang pertama ialah wawasan yang jelas. Wawasan yang jelas bermaksud memiliki
kemampuan untuk berfikir dalam pelbagai pendekatan bagi mencari alternatif yang meluas serta
mampu meneterapkam rancangan abstrak ke alam nyata. Dengan cara ini, pengurus dapat
melihat sendiri apa yang berkemungkinan berlaku sama ada baik untuk organisasi atau
sebaliknya.
Nilai kedua merupakan nilai yang baik. Nilai yang perlu ada di dalam diri seorang
pemimpin ialah sikap berkasih sayang, bertolak ansur, prihatin, memahami serta mempunyai
sifat intergriti dalam diri. Sebagai contoh, Kami memilih koperasi UiTM Raub, Pahang untuk
kertas kerja kami. Dari apa yang kami dapat selepas selesai temubual, Encik Khairil atau lebih
disenangi dengan panggilan Abang K menerangkan bahawa nilai baik yang diterapkan di dalam
koperasi ini ialah dimana pekerja-pekerja ini akan mengikut giliran untuk menunaikan solat.
Menurut Abang K, jika hanya seorang sahaja yang bekerja pada waktu itu, pekerja tersebut
berhak untuk menutup koperasi seketika untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim.
Kata Abang K, menutup koperasi sementara untuk menunaikan solat bukanlah arahan dari pihak
atasan koperasi UiTM, tapi ia adalah sebagai satu suruhan dari Allah SWT dan wajib bagi
melaksanakannya.
Pengurus perlulah mempunyai daya kekuatan yang tinggi hingga mampu menggerakkan
orang lain serta mempunyai daya tahan mental dan fizikal yang mencukupi. Ia adalah kerana
seorang pengurus dan juga pemimpin dalam sesuatu organisasi perlulah mempunyai ciri yang
tegas untuk memastikan pekerja-pekerjanya melakukan kerja dengan cekap dan tidak melakukan
semuanya dengan sambil lewa sahaja.
Kesimpulannya, pemimpin lebih dikenali apabila mempunyai pekerja yang berdedikasi
untuk sama-sama melaksanakan usaha atau rancangan serta gerakkannya. Proses ini akan
memperlihatkan adakah seseorang itu mempunyai keupayaan untuk mempengaruhi orang lain
dengan menggunakan pelbagai kaedah termasuk berkomunikasi secara langsung atau tidak
langsung. Ia adalah bertujuan untuk mencapai matlamat sebenar yang ingin dicapai. Robian
Sidin (1998), mendefinisikan kepimpinan sebagai “usaha untuk menggerakkan tenaga di dala,
sesuatu kumpulan untuk mencapai matlamat”. Ia juga lebih menumpukan perhatian kepada
usaha-usaha yang dilaksanakan did alam satu kumpulan dan bukannya bekerja secara individual.
Hasil kaji selidik.
Berdasarkan hasil kaji selidik yang dilakukan di Koperasi UiTM Pahang Kampus Raub,
kami telah menemu bual dengan salah seorang pekerja di koperasi UiTM ini. Beliau ialah Encik
Khairil Tahfiz Bin Baharudin atau lebih dikenali oleh mahasiswa sebagai Abang K. Beliau telah
menerangkan bahawa koperasi UiTM ini terbahagi kepada dua tempat iaitu terletak di UiTM
Jengka dan UiTM Raub. Cawangan terbesar Koperasi UiTM Pahang berada di UiTM Jengka. Ini
bermaksud bahawa koperasi di UiTM Raub ini merupakan koperasi kecil dibawah koperasi
UiTM Jengka. Tambah beliau lagi, koperasi di UiTM Raub ini terbahagi kepada dua cabang iaitu
kedai runcit koperasi dan juga van dibawah kerjasama koperasi UiTM.
Berdasarkan apa yang beliau beritahu, kedai runcit koperasi terdapat tiga orang pekerja
manakala di bawah van koperasi terdapat empat orang pekerja. Kedai runcit koperasi UiTM
pahang dikendalikan sepenuhnya oleh Puan Nor Shakila Binti Borhan. Beliau merupakan
Penolong Penyelia Koperasi UiTM Pahang. Dibawah pengawasan beliau terdapat dua orang lagi
pekerja iaitu Puan Siti Fazura Binti Shaari dan Encik Khairil sendiri. Van koperasi pula dibawah
pengawasan Encik Johari Bin Abu Samad yang memegang jawatan sebagai seorang Senior atau
Ketua Pemandu. Dibawah Encik Johari, terdapat lagi tiga orang pekerja iaitu Encik Rabbani Bin
Abdul Halim, En Rafidin dan Encik Firdaus. Sebagai ketua di dalam kedai runcit koperasi, Puan
Shakila bertindak mengawasi serta memastikan kedua dua pekerjanya melakukan kerja dengan
baik. Menurut Encik Khairil, mereka membahagikan tugas sama rata. Oleh itu, tiada ketidak
adilan di dalam organisasi di mana mereka bekerja. Puan Shakila, Puan Fazura dan Encik Khairil
melakukan kerja yang sama iaitu rutin harian mereka seperti menyapu serta mengemas koperasi
dan mengisi semula stok yang berkurangan. Selain itu, Puan Shakila juga akan memastikan
segala stok mencukupi dan stok yang telah tamat tempoh dibuang dengan segera. Ia adalah
kerana tidak mahu perkara buruk berlaku jika mahasiswa membeli barang yang telah tamat
tempoh.
Seterusnya, di bawah van koperasi pula, Encik Johari merupakan individu yang
bertanggungjawab bagi menggalas kerja sebagai seorang ketua pemandu van di UiTM Raub.
Tanggungjawab Encik Johari bukan sahaja mengendalikan van tetapi beliau juga merupakan
seseorang yang bertanggungjawab bagi mengambil stok kedai runcit koperasi yang terdapat di
UiTM Jengka untuk dibawa ke UiTM Raub. Encik Johari akan pergi ke UiTM Jengka pada hari
Isnin setiap minggu untuk mengambil stok tersebut lalu membawanya ke UiTM Raub.
Pandangan: Nur Marrisya Bt Sumarjo.
Pada pandangan saya, dalam proses bagi menyiapkan kertas kerja ini, saya telah
menambah lebih pengetahuan tentang cara-cara koperasi UiTM ini dikendalikan. Selain dari itu,
saya juga berpuas hati kerana dapat menambah pengalaman di mana kami sebagai ahli kumpulan
dapat menemu bual pekerja koperasi UiTM itu sendiri. Dengan itu, kami dapat mengetahui lebih
banyak tentang cara-cara mereka bekerja dan bagaimana mereka mengendalikan jualan barangan
di kedai runcit koperasi dengan jumlah mahasiswa yang melebihi 3000 orang ini. Saya berasa
amat bersyukur dan berterima kasih kepada Encik Khairil kerana dapat memberikan 100%
kerjasama bagi menjayakan temubual untuk kami menghasilkan kertas kerja ini. Bagi saya,
dengan mengetahu selok belok koperasi UiTM Pahang ini, dapatlah saya menambah serba
sedikit ilmu pengetahuan saya. Sekian, terima kasih.
References.
[Link]
[Link]
[Link]