Menjelang Aidilfitri, setiap insan pastinya akan menggunakan kesempatan ini
dengan menyampaikan ucapan memohon maaf mahupun ucapan
selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri
Moga koleksi ucapan yang disertakan ini dapat mengeratkan lagi hubungan
silaturahim sesama insan dalam menyambut hari raya Aidilfitri dengan penuh
kemeriahan, kesyukuran dan keikhlasan
SENARAI KOLEKSI UCAPAN DAN PANTUN SELAMAT HARI RAYA
AIDILFITRI 2020
Berikut MYsumber sertakan koleksi ucapan Selamat menyambut Hari Raya
Aidilfitri tahun 2020 untuk mereka yang mahu dedikasikan melalui sistem
aplikasi komunikasi WhatsApp atau di Facebook, Twitter dan Instagram
mahupun di laman jaringan sosial yang lain