JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)
SK SERI KENCANA, KLUANG, JOHOR
Mata Pelajaran : Sains Jenis Peperiksaan : Ujian Penggal Pertama
Tahun : 4 Masa : 15 Minit
Jenis Item : Ujian Aneka Pilihan
Standard Standard Pembelajaran Aras Taksonomi
Pembelajaran
Bilangan Jam
Jumlah item
Wajaran (%)
Kandungan
Aras Aras Aras
rendah sederhana tinggi
Mengaplikasi
Menganalisis
Memahami
Mengingat
Mencipta
Menilai
1.2 Kemahiran 1.2.1 Menggunakan dan mengendalikan 1.0 1 10 1
Manipulatif peralatan dan bahan sains dengan betul
3.1 Proses 3.1.1 Menyatakan manusia bernafas 4.0 2 20 1 1
pernafasan menggunakan hidung, trakea dan peparu
manusia. melalui pemerhatian menerusi pelbagai
media.
3.5 Tabiat boleh 3.5.2 Menerangkan kesan tabiat yang 3.0 1 10 1
mengganggu mengganggu
proses hidup proses hidup seperti:
manusia. memudaratkan kesihatan.
mengganggu tumbesaran.
PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN (EDUP 3063) | 3
melambatkan gerak balas terhadap
ransangan
4.1 Organ 4.1.1 Mengenal pasti organ pernafasan 3.0 2 20 1 1
Pernafasan bagi haiwan melalui pemerhatian haiwan
haiwan. sebenar atau pelbagai media iaitu:
peparu contoh kucing, burung,
buaya, katak, paus.
insang contoh ikan, berudu, ketam,
udang.
kulit lembap contoh katak, cacing
spirakel contoh lipas, belalang,
rama-rama,beluncas.
5.1 Tumbuhan 5.1.1 Membuat kesimpulan bahagian 2.0 1 10 1
bergerak balas tumbuhan yang bergerak balas terhadap
terhadap rangsangan dengan menjalankan
rangsangan. penyiasatan iaitu:
akar bergerak balas terhadap air.
akar bergerak balas terhadap
graviti.
pucuk, daun dan bunga bergerak
balas terhadap cahaya.
daun bergerak balas terhadap
sentuhan.
5.2 Fotosintesis. 5.2.1 Menyatakan tumbuhan membuat 1.0 1 10 1
makanan sendiri dengan menjalankan
proses fotosintesis melalui pemerhatian
menerusi pelbagai media.
5.2.2 Menyatakan proses fotosintesis
memerlukan karbon dioksida, air, cahaya
matahari dan klorofil melalui pemerhatian
PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN (EDUP 3063) | 4
menerusi pelbagai media.
6.1 Ukuran 6.1.5 Mengukur panjang dengan 1.0 1 10 1
panjang menggunakan alat dan unit piawai yang
sesuai dengan kaedah yang betul
6.2 Luas. 6.2.2 Mengukur luas permukaan satu objek 1.0 1 10 1
menggunakan alat pengukur piawai seperti
kertas petak berukuran 1cm x 1cm.
PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN (EDUP 3063) | 5
Proses pembinaan JSU
Antara langkah yang saya lakukan semasa membuat Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
ini adalah :
Mengkaji Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi subjek
Sains Tahun 4. Hal ini penting untuk memperoleh maklumat yang menyeluruh
tentang kurikulum yang telah dibina. DSKP perlu dianalisis untuk menentukan
kepentingan tiap-tiap tajuk kandungannya. Antara aspek yang dikaji ialah standard
kandungan dan standard pembelajaran. Standard kandungan perlu dianalisis untuk
melihat sejauh mana kompleksiti sesuatu tajuk dan masa pengajaran yang
diperuntukkan bagi sesuatu tajuk tersebut.
Langkah yang seterusnya adalah menganalisis objektif pengajaran. Objektif
pengajaran ini dianalisis untuk menentukan pelajaran, pengetahuan dan kemahiran
yang perlu diuji. Analisis objektif pengajaran ini juga untuk menentukan tahap
kesukaran mana yang perlu diuji. Lazimnya aras pengetahuan dan kemahiran
diasaskan kepada pembahagian yang dibuat oleh Bloom dan rakan-rakannya dalam
kajian mereka. Maklumat-maklumat di atas adalah penting untuk saya menentukan
jenis dan bilangan soalan ujian yang perlu dibina. Berdasarkan penganalisaan inilah
JSU dibina.
Seterusnya, adalah menentukan jenis soalan yang sesuai. Setelah
menentukan domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang ingin
diukur, kita seharusnya dapat menggubal dan membentuk soalan yang sesuai
berdasarkan tajuk, peringkat atau aras kemahiran seterusnya membina soalan yang
bersesuaian dengan isi pengajaran dan tahap kecedasan murid.
Langkah yang terakhir dalam pembinaan JSU adalah menentukan bilangan
soalan. Jumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran
domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur.
Jumlah soalan adalah penting kerana ia mempengaruhi kebolehpercayaan dan
kesahan sesuatu ujian. Kebolehpercayaan ujian adalah keupayaan sesuatu ujian
memberi markah yang sama, sekiranya pelajar menjawab semula ujian tersebut.
Kesahan pula bermaksud keupayaan sesuatu soalan mengukur apa yang telah
digariskan. Selain memberi perhatian kepada kebolehpercayaan dan kesahan ujian,
penentuan jumlah soalan juga perlu mengambil kira masa ujian, jenis soalan, dan
kesukaran ujian, yang bergantung pada objektif pengajaran, panjang soalan,
kemampuan bahasa murid dan lain-lain.
PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN (EDUP 3063) | 6