Rasuah didefinisikan sebagai pemberian hadiah atau wang untuk mempengaruhi seseorang
supaya memenuhi keinginannya. Menurut sejarah Jepun, rasuah mula diperkatakan pada era Edo
(1603-1868) yang diistilahkan sebagai “Sidepnoshito” yang bermaksud wang dari bawah meja.
Apabila disebut sahaja rasuah, terbayanglah kepada kita dua puhak iaitu yang memberi dan yang
menerima. Menyedari betapa seriousnya keadaan ini, Perdana Menteri Malaysia kelima, Tun
Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi, berikrar untuk membanteras perbuatan rasuah sehingga ke akar
umbi. Hal ini demikian kerana, rasuah umpama barah yang akan meruntuhkan negara jika tidak
dibendung dengan segera. Persoalannya, apakah faktor yang menyebabkan seseorang individu
mudah terlibat dengan rasuah dan implikasinya kepada semua pihak?
Antara faktor berlakunya rasuah adalah kepimpinan seseorang individu yang lemah. Individu
yang mempunyai kepimpinan yang lemah, tidak yakin pada diri sendiri dan mudah dipengaruhi oleh
orang lain untuk melakukan rasuah. Mereka mudah disogok dengan pelbagai kemewahan seperti
harta benda, wang ringgit, kedudukan dan pengkat. Malah sejarah juga telah membuktikan bahawa
bekas presiden Amerika Syarikat, Richard Nixon tumbang ekoran perbuatan rasuahnya dalam
skandal “water gate”. Ada kalanya penerima rasuah dianggap sebagai “Kerbau dicucuk hidungnya”
dan mudah patuh dengan kehendak pemberi rasuah. Akibatnya, amalan rasuah menyebabkan
masyarakat hilang kepercayaan terhadap individu dan kepimpinan organisasi yang berkenaan.
Pada masa yang sama, kurangnya didikan agama dan didikan moral mendorong berlakunya
perbuatan rasuah dalam masyarakat kita. Individu yang tidak mempunyai iman yang kukuh dan
mantap akan mudah terpesong. Golongan seperti ini akan menggunakan kedudukan dan peluang
yang ada pada dirinya untuk menerima habuan tanpa rasa bersalah. Dengan tidak memikirkan
akibatnya, rasuah menjadi rutin dalam tugas mereka. Malah individu yang terlibat dengan rasuah
tidak berasa malu atau takut kepada Tuhan serta balasannya dama ada di dunia ataupun pada hari
akhirat.
Di samping itu, amalan rasuah turut meninggalkan pelbagai kesan. Jika amalan rasuah tidak
dicegah, kesan-kesan negative akan terus merebak kepada individu, masyarakat mahupun negara.
Individu yang terlibat dengan rasuah akan dipandang hina oleh masyarakat. Keluarga mereka juga
dicemuh dan dipulaukan oleh jiran-jiran. Apabila seseorang menjadikan rasuah sebagai amalan
biasa, sudah tentulah amalan ini akan merebak dan mempengaruhi orang lain. Oleh itu, rasuah perlu
dibanteras segera supaya tidak memberi kesan yang buruk terhadap system pentadbiran dan social
negara. Masyarakat perlu mengambil sikap berwaspada agar perbuatan rasuah tidak menjadi
“barah” dalam masyarakat.
Hakikatnya, jika perbuatan rasuah tidak dibendung, kehidupan masyarakat dan birokrasi
sistem pemerintahan akan terganggu dan sekali gus menyebabkan imej negara pada mata dunia
tercalar. Seluruh masyarakat, bangsa dan negara akan menjadi kucar-kacir dan hancur seperti yang
pernah berlaku dalam sejarah tamadun besar dunia seperti di Mesir dan Mesopotamia. Natijahnya,
negara tersebut bukan sahaja dipandang serong oleh negara lain, malahan hubungan dagangan yang
sedia ada juga akan terputus dan ekonomi negara akan terjejas teruk lalu agenda pembangunan
negara akan terbantut. Oleh itu, perbuatan rasuah yang bagaikan duir dalam daging hendaklah
dibanteras sejak awal-awal lagi.
Kesimpulannya, rasuah merupakan musuh negara yang merbahaya dan perlu dibanteras
melalui kerjasama anggota masyarakt dan pihak berkuasa. Adakah kita rela melihat tabiat buruk ini
terus menular? Tegasnya, adalah pentng bagi semua pihak untuk melaporkan gejala rasuah kepada
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM). Islam mengharamkan umatnya memberi dan
menerima rasuah. Jika kita rasa saying akan negara kita, cegahlah rasuah sebelum parah.
Sesungguhnya, amalan rasuah hanya menjual prinsip dan maruah diri serta merugikan semua pihak.