1.
0 Pengenalan
Keberkesanan dan kejayaan seorang guru sebagai pengurus di bilik darjah tidak bergantung
semata-mata pada aspek kemahiran dan teknik pengajaran dan pembelajaran. Seorang guru
yang kreatif perlulah memastikan sesi pengajaran yang disampaikan di dalam bilik darjah
berkesan dan mampu menunjukkan perubahan tingkah laku daripada murid.
Bukan itu sahaja, untuk menjadi guru yang bededikasi, efektif dan disukai murid, guru
mestilah bijaksana dalam memainkan peranan sebagai pengurus bilik darjah serta
mewujudkan persekitaran bilik darjah yang kondusif.
Dalam tugasan ini akan membincagkan berkaitan dengan peranan guru dalam
menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif serta kepentingan membina
hubungan positif di dalam bilik darjah dan satu model pengurusan bilik darjah yang sesuai
untuk menangani tingkah laku bermasalah.
1
2.0 Peranan Guru Dalam Menyediakan Persekitaran Yang Kondusif
Pengurusan bilik darjah adalah satu proses pembentukan suatu alam pembelajaran
serta usaha untuk mengekalkannya dimana iklimnya kondusif untuk pelaksanaan proses
pengajaran dan pembelajaran agar objektif yang ditetapkan dapat dicapai (Mok Soon Sang,
2011). Ia melibatkan pembinaan suasana pembelajaran yang terbaik dalam bilik darjah bagi
meningkatkan motivasi mudah dan memperkembangkan sikap tanggungjawab serta
kebolehan untuk membuat perancangan sendiri (Noraini Idris, 2009). Pengurusan bilik darjah
bermaksud guru dan murid bekerjasama bekerja seperti bagaimana pengajaran dan
pembelajaran berlaku. Mok Soon Sang (2011), hal ini merupakan pakatan antara guru dan
murid akan memudahkan untuk mengurus aspek yang terdapat dalam bilik darjah yang
melibatkan pengurusan murid, kemudahan fizikal serta aktiviti fizikal serta aktiviti yang
dilaksanakan untuk mewujudkan suasana pembelajaran dan pembelajaran (PdP) yang
kondusif. Kelas yang diurus dengan baik dapat membantu pelaksanaan PdP supaya lancar
dan berkesan. Hal ini dapat dibuktikan apabila murid memberikan perhatian, melibatkan diri
dalam aktiviti pembelajaran serta waktu pembelajaran dapat dioptimumkan. Sebagai bakal
seorang guru, apakah peranan guru dalam menyediakan persekitaran yang kondusif?
Peranan guru di dalam bilik darjah sememangnya amat meluas. Antaranya adalah
guru bertanggungjawab merancang dan menyediakan persekitaran bilik dalam pembelajaran.
Menurut Mok Soon Sang (2011), persekitaran fizikal bilik darjah seperti keluasan ruang dan
susun atur perabot perlu sesuai dengan kapasiti mudah kerana bilangan murid yang melebihi
kapasiti yang sepatutunya boleh menyebabkan suasana bilik darjah kurang selesa dan
akhirnya menimbulkan masalah disiplin. Di Malaysia, purata murid adalah 35-40 orang murid
dalam satu bilik darjah menyebabkan keadaan di dalam bilik darjah menjadi bising, kacau-
bilau dan tidak teratur. Menurut Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel (2014) jika keadaan
ini tidak diurus dengan baik, kedua-dua pihak akan berasa tertekan dan kualiti pembelajaran
akan terjejas. Ini menunjukkan bahawa persekitaraan bilik darjah yang kondusif memberikan
impak kepada murid mahupun guru. Bilik darjah yang teratur, kemas dan bersih akan
mewujudkan interaksi yang baik di dalam kelas, menunjukkan autoriti dan stail pengajaran
seseorang guru serta dapat memberikan keselesaan kepada murid.
Semasa merancang susunan bilik darjah, guru perlulah menitikberatkan beberapa
garis panduan supaya guru dapat memantau murid dengan mudah dan cepat. Menurut Abd.
Ghafar (2003), tugas mengurus bilik darjah termasuk juga aktiviti mengatur reka letak fizikal
dan mewujudkan komunikasi serta interaksi di kalangan murid dan guru. Penyusunan bilik
darjah seperti kedudukan guru berhampiran dengan murid serta ruang trafik yang selesa
dapat memberikan peluang kepada guru dan murid untuk berinteraksi dan bergerak dengan
2
mudah dan selesa tanpa halangan. Laluan trafik yang sesak akan menyukarkan aktiviti
berkumpulan dijalankan kerana pada peringkat umur ini akan mendorong mereka bergerak
untuk melihat hasil kerja rakan. Bukan itu sahaja, semasa guru mengajar, pemandangan
murid mestilah jelas dan tidak terhalang. Hal ini adalah untuk memastikan murid dapat
memahami ilmu yang disampaikan dan mengelakkan murid daripada hilang tumpuan serta
melakukan kerja lain semasa proses PdP. Sebagai guru yang kreatif, guru boleh menyediakan
sudut-sudut khas untuk aktiviti tertentu misalnya, ruang untuk bercerita yang mana murid
boleh duduk di atas lantai dan mendengar cerita.
Walaubagaimanapun, aspek pencahayaan, pengudaraan dan perabot juga perlu
dititikkberatkan. Usah dipandang remeh sekiranya lampu atau kipas tidak berfungsi, kerana
ia akan mengganggu tumpuan murid untuk menerima pelajaran. Guru yang prihatin akan
memastikan alat tersebut berfungsi dan sekiranya alat tersebut rosak akan segera
melaporkannya kepada pihak bertanggungjawab untuk tujuan pembaikan. Perabot khusunya
kerusi dan meja mestilah mencukupi supaya murid selesa dan bersedia untuk belajar.
Manakala bagi aspek kebersihan pula, guru perlulah memastikan bilik darjah mempunyai tong
sampah, penyapu, bekas pengumpul debu yang disapu, pemadam papan putih, serta bulu
ayam.
Guru juga perlulah menyediakan jadual bertugas supaya murid dapat memupuk sikap
bertanggungjawab dalam menjalankan tugas di samping memastikan kebersihan kelas
sentiasa terjamin. Kecekapan guru dalam mengatur susunan kerusi meja murid juga akan
mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru dalam mencapai objektif pembelajaran. Setiap
susunan kerusi meja mempunyai kelebihan dan kelemahan. Guru perlu memilih susunan
yang sesuai dan berkesan bagi sesuatu kelas. Susunan ini boleh diubah dari semasa ke
semasa mengikut keperluan PdP seperti susunan tradisional, kumpulan kecil dan seminar.
Guru juga perlulah memberi peluang kepada murid untuk menghias bilik darjah
dengan nasihat dan pandangan daripada guru. Dengan ini, murid berasa mereka boleh
dipercayai dan dihargai selain memupuk nilai bertanggungjawab dalam kalangan murid
terhadap mereka. Untuk mewujudkan budaya membaca dalam kalangan murid, Menurut
Morrow dan Weinstein (1982), guru boleh menyediakan pusat literasi di dalam bilik darjah
bagi membolehkan murid mencari maklumat dan menambah pengetahuan melalui aktiviti
membaca. Tindakan yang boleh mendorong mereka ke arah budaya membaca adalah seperti
menampal nota, menggantung kad-kad bacaan atau nota-nota ringkas dan mewujudkan
perpustakaan mini.
3
Seterusnya, dari segi psikososial pula adalah merujuk kepada hubungan antara emosi
individu dengan persekitaran sosialnya. Persekitaran psikososial yang sihat di dalam bilik
darjah akan mewujudkan suasana yang selesa dan mesra, bebas daripada ancaman dan
bahaya fizikal suasana yag merangsang pembelajaran, menggalakkan pembelajaran
koperatif serta memberi peluang yang sama kepada masyarakat. Menurut Haliza Hamzah
(2016), murid akan menunjukkan tingkah laku yang sesuai serta berupaya belajar dengan
lebih berkesan dalam persekitaran psikososial yang dapat memenuhi keperluan peribadi dan
psikologi mereka. Faktor yang memberikan kesan kepada persekitaran psikososial yang sihat
ialah pendekatan pengajaran, gaya kepimpinan guru, bentuk komunikasi dan corak interaksi.
Guru perlulah mengambil kira keperluan murid, perkembangan kognitif dan gaya
pembelajaran murid yang berbeza supaya murid dapat menerima pelajaran dengan berkesan.
Keperluan murid termasuklah untuk memahami matlamat dan objektif pengajaran, melibatkan
diri secara aktif dalam proses pembelajaran, mengetahui hubungan antara perkara yang
dipelajari di dalam bilik darjah dengan dengan kehidupan mereka, menikmati kejayaan,
memperoleh maklum balas dan berinteraksi secara positif dengan rakan sebaya.
Selain itu, gaya kepimpinan guru yang berbeza akan memberi kesan kepada suasana
pelajar. Kepimpinan autoritarian mengawal pelajar melalui ganjaran dan hukuman dan
menekan murid yang membuat kesilapan akan mewujudkan suasana pembelajaran tertekan
dan tidak kondusif. Satu lagi gaya kepimpinan guru yang ditunjukkan oleh guru adalah bersifat
demokratik. Guru tersebut akan berkongsi tanggungjawabnya dengan muridnya dan hal ini
akan mewujudkan suasana yang mesra yang saling menghormati dan percaya antara guru
dengan murid serta meningkatkan pencapaian murid. Seterusnya adalah gaya kepimpinan
yang bersifat laize-faire. Amalan laize-faire bermakna guru memberikan murid untuk membuat
kerja sendiri dan memberi kebebasan tanpa batasan. Kepimpinan jenis ini menyebabkan
kelas menjadi kucar-kacir dan menyebabkan bilik darjah yang tidak terancang.
Komunikasi berkesan juga merupakan asas kepada pengurusan bilik darjah yang baik.
Kemahiran berkomunikasi berkesan memberikan peluang kepada guru bersikap mesra dan
menikmati interaksi dengan murid-muridnya. Hal ini juga membolehkan guru menyampaikan
objektif pengajarannya dengan jelas. Penggunaan bahasa yang sopan juga perlu semasa
pertuturan. Guru harus memandang ke arah murid dan mewujudkan kontak mata apabila
bercakap dengan murid tersebut. Apabila menegur murid pula, teguran harus berfokus
kepada tindakan murid dan bukan kepada murid. Seterusnya, sekiranya memberikan pujian,
pastikan pujian tersebut spesifik untuk tingkah laku yang ditunjukkan murid. Kemahiran
komunikasi dapat menggalakkan interaksi antara guru dengan murid. Oleh itu, guru boleh
merancang aktiviti berkumpulan supaya dapat meningkatkan kemahiran bersosial murid.
4
Bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif juga guru perlu mengadakan peraturan
dan rutin di dalam bilik darjah. Peraturan bilik darjah merupakan satu cara pencegahan
terhadap masalah atau kejadian yang tidak diingini di dalam bilik darjah. Peraturan
menjelaskan tingkah laku yang dikehendaki daripada murid-murid supaya mereka dapat
belajar dengan efektif. Semasa membentuk peraturan di dalam bilik darjah, guru perlu
memberi perhatian kepada beberapa perkara berikut seperti ayat peraturan yang ringkas dan
jelas untuk mengelakkan murid menghadapi kesukaran memahami peraturan. Selain itu,
peraturan yang dibentuk adalah bermakna dan dipersetujui oleh murid dan guru supaya dapat
memberikan peluang kepada murid merasakan bahawa mereka sebahagian daripada warga
bilik darjah tersebut. Seterusya, hadkan bilangan peraturan kerana peraturan yang banyak
akan mengelirukan murid. Bukan itu sahaja, peraturan yang dibentuk perlulah adil dan tidak
bercanggah dengan peraturan sekolah. Guru juga perlu peka bahawa peraturan bertujuan
untuk melicinkan proses pengajaran dan memberikan peluang kepada murid untuk fokus dan
melibatkan diri dalam pembelajaran serta mengurangkan tingkah laku disruptif.
Selain peraturan, guru juga perlulah membentuk rutin di bilik darjah untuk aktiviti yang
dijalankan. Rutin bilik darjah merupakan aktiviti pengurusan harian bilik darjah supaya
pengurusan bilik darjah akan lebih sistematik dan persekitaran bilik darjah menjadi kondusif
semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru perlulah menerangkan kepada murid
tentang rutin bilik darjah pada awal tahun. Semua murid perlu faham dan jelas tentang rutin,
peraturan dan prosedur bilik darjah supaya mereka boleh menjalankan tanggungjawab
mereka secara ikhlas dan sukarela.
Jenis-jenis rutin terbahagi kepada lima jenis iaitu rutin kelas, rutin pentadbiran, rutin
pergerakan murid dan rutin pengurusan tugasan. Seorang guru perlu mewujudkan
persekitaran bilik darjah yang kondusif seperti mengurus kebersihan bilik darjah, termasuk
menyapu lantai, menyusun kerusi dan meja serta membersihkan papan tulis. Rutin
pentadbiran pula guru berperanan sebagai seorang pentadbir dengan mengambil kehadiran
murid, memungut yuran, menyediakan laporan kemajuan dan rekod kesihatan murid.
Seterusnya ialah rutin pengurusan tugasan bertujuan untuk memastikan kelicinan aktiviti PdP
sama ada hasil pembelajaran tercapai ataupun tidak dan guru perlu menilai pencapaian murid.
Bagi rutin pembelajaran pula berlaku pada setiap hari contohnya mengumpul buku latihan,
menanda latihan dan mengagihkan sumber buku. Manakala rutin pergerakan murid adalah
untuk mendisiplinkan murid semasa murid bergerak dari kelas ke aktiviti luar seperti ke
makmal sains, makmal komputer dan perpustakaan.
5
3.0 Kepentingan Membina Hubungan Positif Di Dalam Bilik Darjah
Hubungan guru dan murid amat bermakna dalam membolehkan murid menyesuaikan diri
dalam persekitaran bilik darjah. Menurut Gallagher, et. al. (2013), seseorang murid yang
membentuk hubungan dengan individu dewasa yang prihatin terhadap diri mereka berupaya
untuk membina idea tentang diri sendiri malah membantu murid menghadapi cabaran
berkaitan pembelajaran baharu dan pembangunan diri. Di persekitaran sekolah, guru
merupakan individu yang diberikan mandat untuk mengajar dan mendidik murid demi
menghasikan murid yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek
dan sosial. Dalam hal ini, seorang guru bukan sahaja berperanan sebagai pendidik tetapi guru
juga memainkan tanggungjawab yang penting dalam mempelbagaikan aktiviti untuk murid di
samping meransang dan memperkukuhkan interaksi dan pergaulan dalam kalangan murid di
dalam bilik darjah (Yasmin Ahmad dan Najeemah, Mohd Yusof, 2012).
Antara kepentingan membina hubungan guru murid kepada guru adalah dapat
meningkatkan motivasi dan semangat murid untuk mengajar. Guru yang membina hubungan
yang baik degan murid-muridnya dapat melancarkan proses PdP. Apabila aktiviti PdP berjalan
lancar, guru akan menjadi semakin bermotivasi. Menurut Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff [Link]
(2008), interaksi yang membina boleh diumpamakan sebagai satu motivasi. Motivasi adalah
sesuatu yang penting kerana dapat mempengaruhi tahap pencapaian murid dengan
mepengaruhi apa, mana, dan bagaimana pelajar belajar. Hal inii kerana, interaksi sosial yang
berterusan mengajar murid bahawa mereka perlu diterima dan menjadi kompeten dalam
masyarakat, di mana kualiti interaksi sosial memberi gambaran terhadap penilaian dan
penerimaan terhadap mereka.
Selain itu, murid akan lebih senang untuk dikawal. Sebagai contohnya, dengan adanya
hubungan yang baik, murid akan senang memberikan kerjasama dengan guru dalam
mematuhi peraturan bilik darjah yang telah ditetapkan. Hasilnya, murid akan dapat dikawal
dan diurus dengan lebih efektif. Menurut Hamre & Pianta (2001), hubungan guru murid amat
mempengaruhi tingkah laku dan pencapaian akademik murid. Hubungan yang positif antara
guru dan murid membolehkan murid menyesuaikan diri dengan baik di persekitaran sekolah
dan memberi kesan positif ke atas disiplin dan pencapaian akademik murid.
Seterusnya, kepentingan membina hubungan positif guru murid kepada guru adalah
dapat mewujudkan kerjasama antara murid dalam sesi PdP. Aktivit pengajaran akan labih
seronok dan efektif sekiranya mendapat kerjasama yang padu daripada murid-murid.
Penglibatan murid yang aktif dalam aktivit PdP akan mendorong guru untuk menyediakan
aktiviti yang lebih praktik dan berkesan. Berdasarkan kajian Rohani Arba [Link] (2010),
6
menjelaskan hubungan guru murid dilihat melalui ciri kualiti guru yang merupakan faktor
terbaik dalam meningkatkan kesungguhan murid untuk belajar.
Di samping itu. guru sebagai pengurus dan pendidik yang baik perlu menunjukkan sifat
mesra dengan murid-murid. Kemesraan adalah suatu sosial yang sihat dan membolehkan
guru bergaul dengan murid di sekolah. Guru yang mudah mesra dengan murid akan dapat
memenangi hati murid-muridnya dan menjadikan guru disayangi dan disukai. Guru yang
mementingkan diri sendiri dan tidak mesra dengan murid-murid biasanya tidak popular dan
tidak disukai. Menurut Abdul Rahim (1999), guru yang pendiam dan tidak suka bermesra
dengan murid mempunyai kelemahan kualiti sosial dan ada keyakinan tidak yakin dengan diri
sendiri. Kajian Azizah (2000) mendapati kemesraan dan keprihatinan guru terhadap murid
dapat menjadikan murid merasakan diri mereka disayangi dan akhirnya menimbulkan
perasaan sayangkan sekolah.
Seterusnya, kepentingan membina hubungan postif guru murid dapat adalah guru
dapat menaikkan imej sebagai seorang guru. Guru yang berjaya membina lebih dihormati dan
dipandang mulia. Seorang guru yang memiliki personaliti yang menarik seperti pandai
bergurau, prihatin penyayang akan lebih mudah didampingi oleh pelajar. Guru yang menepati
masa, menghadiri kelas, sabar dalam menyampaikan pengajaran, tertib dan
bertanggungjawab dalam menjalankan tugas dan berkeyakinan tinggi akan lebih dihormati
oleh murid. Namun begitu, dalam kajian Ab. Halim [Link] (2004), dalam kajiannya mendapati
bahawa masih wujud beberapa aspek negatif perlakuan guru ketika mengajar seperti terlalu
garang, memarahi tanpa usul periksa, menghina dan mengutuk murid. Kelemahan personaliti
ini akan menjadi penyebab kelakuan-kelakuan yang kurang baik di kalangan murid berlaku.
Walaubagaimanapun, murid yang mempunyai hubungan yang postif dengan guru
akan kurang berasa stress, berkelakuan lebih baik untuk belajar. Sekiranya hubungan positif
guru murid di bilik darjah berkesan, murid akan lebih minat untuk belajar. Murid-murid yang
berkomunikasi dengan baik dengan guru-guru dapat meluahkan masalah serta dapat
merangsang penglibatan dalam aktiviti PdP. Selain itu, murid juga dapat memberikan
kerjasama kepada guru. Murid berpeluang untuk lebih rapat dengan gurunya. Hal ini
membolehkan guru mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid-muridnya serta
memberikan peneguhan yang sesuai. Bukan itu sahaja, guru yang mempunyai hubungan
yang baik dengan murid akan meningkatkan pencapaian akademik murid sekaligus dapat
meningkatkan motivasi intrinstik murid. Hal ini kerana menurut Haliza Hamzah (2016), murid-
murid yang mesra dan rapat dengan guru akan terdorong untuk belajar dengan lebih tekun.
7
4.0 Model Pengurusan Disiplin Bilik Darjah
Dalam pengurusan bilik darjah terdapat masalah atau halangan yang perlu diambil kira dan
ditangani oleh guru. Masalah utama yang dihadapi oleh guru dalam pengurusan bilik darjah
adalah tingkah laku disiplin murid. Kebanyakkan guru berasa terbeban dengan masalah
disiplin yang perlu mereka tangani setiap hari di sekolah kerana kebanyakkan masalah disiplin
adalah perlbagai dan simptom dari masalah berbeza yang dihadapi oleh murid pada tahap
yang berlainan. Guru perlu memahami tingkah laku, personaliti dan tabiat murid-murid dalam
bilik darjah. Hal ini akan membantu dalam menangani murid daripada melakukan masalah
disiplin di dalam bilik darjah. Pengetahuan tentang model-model pengurusan disiplin dan cara
pelaksanaanya boleh dijadikan panduan oleh guru dalam menguruskan bilik darjah yang
berkesan. Guru boleh merujuk beberapa model dalam menguruskan disiplin bilik darjah
seperti Model Modofikasi Tingkah Laku B. F. Skinner, Model Disiplin Asertif Canter, Model
Akibat Logikal Dreikurs, Model Pengurusan Kelompok Kounin, Model Beyond Dicipline Alfie
Kohn, Model Terapi Realiti oleh Wiliiam Glasser dan Model Pengurusan Disiplin Thomas
Gordon.
Model pengurusan disiplin yang sesuai untuk ppengurusan bilik darjah yang paling
kondusif ialah Model Pengurusan Disiplin Thomas Gordon. Model ini diperkenalkan oleh
Thomas Gordon yang merupakan ahli psikologi dan peneraju dalam mengajar kemahiran
berkomunikasi dan cara menangani konflik kepada guru, pelajar, remaja dan ibu bapa.
Gordon percaya bahawa disiplin bilik darjah dapat dicapai dengan membantu murid
memperoleh kawalan kendiri. Dalam model pengurusan disiplin ini, Thomas Gordon
menekankan kepentingan komunikasi dan cara yang betul untuk menangani konflik-konflik
antara guru dan murid-murid. Thomas Gordon telah memperkenalkan pelan disiplin Gordon
yang meliputi enam langkah seperti mempengaruhi daripada mengawal, mencegah masalah
sebelum berlaku, masalah siapa?, berdepan dengan masalah tingkah laku, kemahiran
mendengar dan juga penyelesaian konflik yang berkesan. Langkah-langkah ini boleh
dikaitkan dengan peranan guru dalam menguruskan persekitaran yang kondusif dan membina
hubungan positif dengan murid dalam usaha menangani masalah disiplin bilik darjah.
Dalam langkah dalam pelan disilpin Gordon iaitu mempengaruhi daripada mengawal,
seseorang guru hendaklah mengelakkan diri daripada mengawal murid supaya murid dapat
membina helah bela diri, menghindari masalah atau mengalah dengan mudah. Guru tidak
perlu menggunakan bahasa yang kasar untuk memahi murid-muridnya malah perlulah
menggunakan peneguhan yang postif. Guru perlulah memainkan peranan dalam
menampilkan diri secara profesionalisme kerana murid akan menilai gurunya melalui
penampilan yang ditonjolkan. Sehubungan dengan itu, guru seharusnya memberikan
8
kepentingan kepada bahasa badan seperti kontak mata, gerak-geri yang bertenaga dan juga
bersemangat untuk mengajar. Sikap guru yang membuka ruang untuk murid berkomunikasi
dengannya dapat meningkatkan hubungan yang mesra antara guru dan murid. Hal ini akan
mengelakkan murid daripada melakukan masalah disiplin seperti tidak menumpukan
perhatian dalam kelas dan tidak menyiapkan kerja sekolah sekiranya guru tersebut
menunjukkan penampilan dirinya yang baik.
Mencegah masalah sebelum berlaku merupakan langkah kedua dalam pelan disiplin
Gordon yang mana boleh dikaitkan dengan peranan guru dalam menangani murid yang
bermasalah. Seseorang guru hendaklah melakukan tiga perkara seperti penggunaan I-
message, membentuk peraturan bilik darjah secara kolaboratif dengan murid dan
menguruskan bilik darjah dengan melibatkan murid. Kerjasama daripada murid amat penting
untuk mendapatkan kerjasama daripada murid supaya segala perancangan yag telah
dirancang dapat dilaksanakan dengan baik. Dengan penggunaan I-message, seseorang guru
boleh meluahkan perasaannya kepada murid. Sebagai contohnya, “Kita sekarang bersedia
untuk bekerja dalam kumpulan yang baharu. Cikgu pasti telah membantu kalian untuk
memahami tanggungjawab yang patut dilaksanakan.” Tambahan pula guru perlu memainkan
peranan dalam membentuk peraturan yang boleh diikuti oleh muridya. Peraturan yang dibuat
perlulah dipersetujui oleh guru dan murid supaya mewujudkan persekitaran pembelajaran
yang kondusif. Cara ini akan memotivasikan murid supaya lebih berkeyakinan, mempunyai
rasa kepunyaan terhadap kelas, dan bertanggungjawab atas tingkah laku yang ditunjukkan.
Seterusnya, langkah yang ketiga yang terdapat dalam pelan disiplin Gordon ialah
masalah siapa? Langkah ini amatlah penting dalam pelan disiplin Gorodn kerana teknik yang
digunakan untuk menyelesaikan masalah disiplin (kemahiran bersemuka dan kemahiran
membantu) yang perlu diaplikasikan kepada orang yang bermasalah. Maka seorang guru
hendaklah berperanan dalam mengamalkan sistem demokratik dalam proses pembelajaran
bagi mewujudkan suasana yang selesa dan menggalakkan murid-muridnya untuk berbincang
sesama mereka dengan bimbingannya. Hal ini berkemungkinan kedua-dua pihak iaitu guru
murid dapat membuat konklusi dan seterusnya konflik dapat dielakkan. Di dalam bilik darjah,
guru selalunya akan menerima akibat dan kesan daripada salah laku yang ditunjukkan oleh
murid. Oleh itu, guru tidak seharusnya menyalahkan latar belakang, tingkah laku, sikap atau
kemampuan murid bagi kegagalan mereka malahan perlulah berusaha gigih bagi
mengelakkan masalah disiplin daripada berlaku dan memastikan proses pengajaran dan
pembelajarannya tercapai.
9
Di samping itu, guru hendaklah berdepan dengan masalah yang dihadapi dan mencari
cara untuk mencegah dan mengatasinya. Antara penyelesaian yang boleh dilakukan ialah
mengubah suai persekitaran dengan memasukkan elemen-elemen segar seperti
pembelajaran berlatarkan muzik, sudut-sudut pembelajaran yang kaya dengan informasi dan
sebagainya agar pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan. Elemen-elemen yang
menyeronokkan ini akan dapat menarik minat untuk melibatkan diri secara aktif dan tingkah
laku yang tidak sesuai dapat dielakkan. Guru juga boleh menggunakan pendekatan I-
message apabila guru kecewa atau beremosi. Bukan itu sahaja, guru juga boleh
menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) semasa melaksanakan PdP yang
mana dapat manrik perhatian murid-murid. Guru yang efektif dapat diperhatian apabila boleh
mengintegrasikan penggunaan komputer dengan pembelajaran di dalam bilik darjah serta
memadankannya dengan keperluan murid supaya proses PdP tidak bosan dan murid tidak
melakukan masalah disiplin.
Langkah seterusnya dalam pelan disiplin Gordon ialah kemahiran mendengar. Gordon
telah menggariskan empat jenis kemahiran dalam langkah ini iaitu mendengar dengan pasif,
memberikan maklum balas minima, membuka peluang dan mendengar dengan aktif. Melalui
kemahiran mendengar, setiap guru dinasihatkan supaya menggunakan kemahiran tesebut
untuk mengelakkan halangan komunikasi komunikasi. Seseorang guru hendaklah sedia
menerima pandangan atau pendapat serta perasaan daripada murid supaya mereka tidak
mudah berputus asa. Kemahiran mendengar secara pasif akan membuka ruang untuk murid
menceritakan masalah dan meluahkan perasaan mereka. Kadangkala, motivasi dan bahasa
badan guru seperti menepuk bahu murid dan memeluk dapat meredakan emosi murid.
Kemahiran membuka peluang pula akan memberikan peluang kepada murid untuk
membincangkan masalah mereka. Murid akan bersifat terbuka untuk bercakap dan
meluahkan perasaan. Kemahiran mendengar denga aktif pula ialah proses mengesahkan
kefahaman guru terhadap masalah yang diceritakan oleh murid dan menunjukkan guru
memberikan perhatian terhadap penceritaan murid. Oleh itu, apabila murid menghadapi
sesuatu masalah atau konflik, guru hendaklah mengenal pasti masalah, mendengar mereka
dan seterusnya menjadi panduan kepada mereka untuk berfikir dalam menyelesaikan
masalah.
Langkah yang terakhir dalam pelan disiplin Gordon ialah penyelesaian konflik yang
berkesan. Konflik dapat diselesaikan dengan berkesan apabila dua pihak yang berkonflik
(guru dengan murid atau murid dengan urid) berbincang bersama-sama resolusi kepada
konflik yang dihadapi dan berpuas hati serta mencapai persetujuan bersama dalam
menyelesaikan konflik. Selain itu, tingkah laku guru dapat mencerminkan perwatakan yang
dimiliki dan dan ini akan turut diikuti oleh murid-murid. Seorang guru dapat mencerminkan
10
perwatakan yang dimiliki dan hal ini akan turut dicontohi oleh murid-murid. Di sini, seseorang
guru haruslah mengetahui cara untuk menangani masalah dengan bijak untuk menyelesaikan
masalah dengan mengambil langkah-langkah seperti mengenal pasti masalah,
membincangkan alternatif penyelesaian dan juga memberikan komitmen ke atas
penyelesaian yang telah dipersetujui. Bagi mengelakkan sesuatu konflik menjadi terlalu rumit,
guru haruslah memanggil murid yang bermasalah dan berusaha mencari jalan untuk
menyelesaikannya. Dalam sesuatu konflik yang bermasalah, fokus utama bukan untuk
mencari orang atau individu yang bersalah atau tidak bersalah tetapi yang lebih penting
adalah cara untuk memulih atau memperbaiki hubungan kedua-dua pihak supaya masing-
masing sedar akan kesilapan mereka. Seterusnya, mereka cuba memperbaiki kesilapan
tersebut supaya perkara yang sama tidak lagi berulang.
11
5.0 Rumusan
Secara konklusinya, seseorang guru haruslah mempunyai peranan dan tanggungjawab yang
penting dalam kerjayanya supaya dapat membentuk insan-insan yang seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohanis, intelek dan sosial selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Seseorang guru perlulah memiliki ciri-ciri guru yang berkualiti dan juga efektif
kerana tingkah laku mereka sentiasa ditiru oleh anak-anak muridnya. Guru-guru perlu
bertanggugjawan dalam membina hubungan yang baik dan positif dengan muridnya and
menguruskan persekitaran pembelajaran yang kondusif dalam usaha menangani masalah
disiplin dalam bilik darjah. Ketujuh-tujuh model tersebut memberikan panduan kepada guru
untuk menguruskan disiplin dan tingkah laku bermasalah yang berbeza-beza dalam bilik
darjah.
12
Rujukan
Abd. Ghafar Md Din. (2003). Prinsip dan Amalan Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors.
Abdul Rahim Abd. Rashid. (1999). Profesionaliseme Motivasi Pengurusan Bilik Darjah.
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (2002). Guru Sebagai Pendorong Bilik Darjah. Kuala
Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Gallagher, K.c., Kainz K, Vernon-Feagans. L & White, K.M. (2013). Development of
Student-teacher Relationship in Rital Elementary Classroom. Early Childhood
Research Quartery, 28,520-528.
Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel. (2016). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah
Laku Edisi Kedua. Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Hamre, B.K & Pianta, R.C. (2005). Can instructional and emotional support in the first-
grade classroom make a difference for children at risk of school failure? Children
Development, 76(5), 949-967.
Khalip Musa & Hariza Abd Halim. (2015). Kemahiran Interpersonal Guru dan Hubungan
dengan Pencapaian Akademik Pelajar. Jurnal Pendidikan Malaysia 40(2)
(2015):89-99)
Mok Soon Sang. (2011) Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Puchong: Penerbitan
Multimedia [Link].
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakrhiah Syed Ahmad. (2010) Asas
Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru. Selangor Darul Ehsan:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Nur Hafizah Idris & Rohani Hamzah (2013). Nilai Profesionaliseme Bakal Guru
Berteraskan Indikator Standard Guru Malaysia (SGM). Jurnal Teknologi, Jil 60,31-
37,2013.
Rohani Arbaa, Hazri Jamil & Nordin Abd Razak (2010). Hubungan Guru-Pelajar dan
Kaitannya dengan Komitmen Belajar Pelajar: Adakah Guru Berkualiti Menghasilkan
Perbezaan Pembelajaran antara Jantina Pelajar 1. Jurnal Pendidikan Malaysia
35(2) 35[292010]-61-69
13