0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
22 tayangan6 halaman

Prosedur Majlis Bicara Buku 2017

Majlis perasmian program Bicara Buku berlangsung dengan lancar. Acara dimulai dengan sambutan dari beberapa tetamu kehormat dan penganjur, diikuti dengan bacaan doa dan diskusi buku oleh jemputan khas. Majlis ditutup dengan penyerahan cenderamata dan sesi foto bersama.

Diunggah oleh

Firdaus Nazri
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd
0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
22 tayangan6 halaman

Prosedur Majlis Bicara Buku 2017

Majlis perasmian program Bicara Buku berlangsung dengan lancar. Acara dimulai dengan sambutan dari beberapa tetamu kehormat dan penganjur, diikuti dengan bacaan doa dan diskusi buku oleh jemputan khas. Majlis ditutup dengan penyerahan cenderamata dan sesi foto bersama.

Diunggah oleh

Firdaus Nazri
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd

CONTOH TEKS RASMI MAJLIS

Mohon Perhatian

Bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar, hadirin diingatkan agar mematikan
atau memastikan telefon bimbit berada dalam pengaturcaraan senyap.

Apabila diumumkan ketibaan para tetamu jemputan


masuk ke perkarangan majlis, para hadirin diminta untuk berdiri.

Kerjasama daripada para hadirin amatlah dihargai.

- Ketibaan VIP -

Majlis mengumumkan ketibaan

Yang Berbahagia , Dr. Ghazali Din , Penasihat Kelab Penulisan Kreatif dan
Deskriptif,

diiringi dif-dif kehormat masuk ke perkarangan majlis.

- Nyanyian lagu Negaraku

Para hadirin diminta untuk terus berdiri bagi naynyian lagu Negaraku dan Ibu
Kandung Suluh Budiman.

*nyanyi

Hadirin dipersilakan duduk.

- Salutasi
Mekar mewangi bunga Cempaka,
Sayang harumnya memukau sudah,
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Bismillahirrahmanirrahim
Selaut kasih seuntai rasa,

Yang Berbahagia ,
Dr. Ghazali Din, Penasihat Kelab Penulisan Kreatif dan Deskirptif Universiti
Pendidikan Sultan Idris,

Yang Dihormati,
Encik Khairul Abdullah selaku jemputan khas untuk bicara buku pada hari ini,

Yang Disayangi,
Saudari Anis Amira Samsuri, Pengarah Program Bicara Buku bersama penulis
Khairul Abdullah 2017,

Yang Dikasihi,
Saudara Mohammad Amirul Hasyraf Mohd Yusoff, Yang Dipertua Kelab Penulisan
Kreatif dan Deskriptif sesi 2017/2018,

Yang Dihormati,
Yang Di Pertua Kelab Sahabat Perpustakaan Tuanku Bainun UPSI,

barisan kepimpinan Kelab Penulisan Kreatif sesi 2017/2018 dan sidang hadirin
sekalian.

- Bacaan doa
Petik Kenanga indah disemat,
Gubahan di olah bawa berangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Bagi memberkati majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah kita
bersama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa memohon keberkatan.
Oleh itu, majlis dengan ini mempersilakan Saudara Mohammad Thaqif Fuzi untuk
memimpin bacaan doa.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.

*Bacaan doa

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Saudara


Mohammad Thaqif Fuzi atas bacaan doa itu tadi.

Semoga majlis kita pada hari ini, berjalan dengan lancar dan dilimpahi berkat.

- Ucapan Pengarah Program

Sidang hadirin sekalian,

Adat berbahasa menyampaikan pesan,


Adat upacara menyampaikan ucapan,

Tanpa membuang masa, majlis diteruskan lagi dengan menjemput dan


mempersilakan Saudari Anis Amira Samsuri, Pengarah Program Bicara Buku pada
hari ini,untuk memberikan ucapan.
Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.

*ucapan

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada saudari Anis Amira Samsuri, atas
ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

- Ucapan Perasmi

Sidang hadirin sekalian,

Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia, Dr. Ghazali Din,
Penasihat Kelab Penulisan Kreatif dan Deskriptif untuk menyampaikan ucapan dan
sekaligus, merasmikan Program Bicara Buku kita pada hari ini.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.


*ucapan

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia, Dr. Ghazali Din,
Penasihat Kelab Penulisan Kreatif dan Deskriptif atas ucapan dan kesudian
merasmikan program Bicara Buku sebentar tadi.

- Penyerahan pengendalian acara kepada moderator sesi Bicara Buku

Seterusnya,

Tanpa melengahkan masa lagi, saya menyerahkan majlis ini kepada Saudara
Mohammad Faizrah Jairan untuk mengendalikan sesi Bicara Buku “Mentaliti
Jamban” bersama penulis , Encik Khairul Abdullah.

Dengan ini, mempersilakan.


- Selesai Bicara Buku

Terima kasih diucapkan kepada Saudara Mohammad Faizrah dan juga jutaan terima
kasih diucapkan kepada Encik Khairul Abdullah kerana telah membicarakan karya
beliau yang cukup hebat bersama kita pada hari ini. Semoga ianya memberi manfaat
kepada kita semua.

Seterusnya,

Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berbahagia Dr. Ghazali Din,
Penasihat Kelab Penulisan Kreatif dan Deskriptif UPSI, diiringi oleh dip-dip
kehormat yang lain untuk menyampaikan cenderamata kepada Encik Khairul
Abdullah. Dengan segala hormatnya , dipersilakan.

#selesai sesi penyampaian cenderamata 1

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia, Dr. Ghazali Din, Penasihat
Kelab Penulisan Kreatif dan Deskriptif atas kesudian menyampaikan cenderamata
sebentar tadi.

Seterusnya, majlis menjemput Saudari Anis Amira, Pengarah Program Bicara Buku
“Mentaliti” Jamban bersama Khairul Abdullah untuk menyampaikan cenderamata
kepada Yang Berbahagia, Dr. Ghazali Din, Penasihat Kelab Penulisan Kreatif dan
Deskriptif.

#selesai sesi penyampaian cenderamata 2

Majlis seterusnya menjemput Saudari


___________________________________________________________

Selaku Yang Dipertua Kelab Sahabat Perpustakaan Tuanku Bainun UPSI untuk
menerima cenderamata kenang-kenangan daripada kami kerana menjalinkan
kerjasama yang baik dalam proses menjayakan program Bicara Buku ini.

- Sesi Fotografi
Seterusnya,

Dip-dip jemputan dijemput naik ke atas pentas bagi sesi fotografi.

#tamat sesi fotografi

Dengan berakhirnya sesi fotografi itu tadi, maka berakhirlah sudah program Bicara
Buku kita pada hari ini. Segala kekurangan yang berlaku sepanjang majlis ini
berlangsung, kami memohon beribu kemaafan.

Sekian, berjumpa lagi kita pada masa akan datang.

wassalammualaikum waarahmatullahi wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai