PENGENALAN
Saya memilih bidang pekerjaan/profesion sebagai teknologi kimpalan . teknologi kimpalan
merupakan satu bidang kejuruteraan yang mengkaji dan menggunakan mesin kimpal. Bidang
ini menjadi pekerjaan yang semakin dipraktikkan sejak akhir abad ke-19 dengan mengimpal
alat-alat atau besi bagi mencantumkan bahan. Bidang ini terdiri daripada pengimpal yang
professional. Kimpalan mempunyai banyak cabang pekerjaan yang dimana gaji amat tinggi.
Antara kerja kimpalan yang banyak dikemukakan seperti underwater, of shore dan lain-lain.
SEPULUH (10) CIRI ETIKA KERJA
Pemimpin industri dan perniagaan telah mengenalpasti sifat kerja yang perlu diajar oleh
pusat latihan kepada pelatih dan pelatih perlu mengamalkannya untuk menjadi seorang
pekerja yang berdaya maju dan efektif.
Di bawah ini disenaraikan sepuluh sifat asas dalam Etika Kerja : ~
a. Kehadiran
- Seorang juru kimpalan perlu hadir kerja, tiba/balik pada masanya, memaklumkan
majikan terlebih dahulu ketidakhadiran dan membuat tugasan menepati masa yang
telah ditetapkan.
b. Sifat
- Seorang juru kimpalan mestilah menunjukkan sikap jujur, setia, boleh dipercayai, boleh
berdikari, berinisiatif, berdisiplin dan bertanggungjawab semasa bekerja.
c. Kerja berpasukan
- Seorang juru kimpalan mestilah mampu bekerja dalam pasukan, bekerjasama,
menunjukkan sikap baik pada pelanggan, cenderung untuk menambah ilmu pada setiap
masa, dan beradat / sopan.
d. Penampilan
- Seorang juru kimpalan harus sentiasa berpakaian yang sesuai, kemas dan bersih
semasa bekerja untuk menunjukkan profesionalisme semasa bekerja.
e. Sikap
- Seorang juru kimpalan perlulah menunjukkan sikap positif, keyakinan diri dan
mempunyai tanggapan diri yang realistik supaya pelanggan yakin terhadap jurutera
yang diupah.
f. Produktiviti
- Seorang juru kimpalan perlulah akur dengan amalan keselamatan, menjaga bahan /
peralatan, menjaga tempat kerja supaya sentiasa kemas dan bersih, mengikut arahan
dan prosedur.
g. Kemahiran Organisasi
- Seorang juru kimpalan memerlukan kemahiran di dalam pengurusan personel,
pengurusan masa, keutamaan kerja, fleksibiliti, pengurusan tekanan dan bersedia untuk
berubah.
h. Komunikasi
- Seorang juru kimapalan juga perlu mempamerkan kemahiran komunikasi lisan dan
bukan lisan yang bersesuaian semasa bekerja.
i. Kerjasama
- Mempamerkan kepimpinan, mengendalikan krisis dan aduan dengan berkesan,
berkeupayaan untuk menyelesaikan masalah, menjaga hubungan di antara penyelia
dan pekerja bawahannya dan mengikut aliran carta organisasi.
j. Rasa Hormat
- Menghormati kepada hak orang lain, berurusan dengan baik tanpa mengira perbezaan
budaya / kaum dan tidak terlibat dengan sebarang bentuk kekerasan.
5 kebaikan mematuhi etika
- Dapat kualiti hidup yang lebih baik.
- Mendapat kerjaya yang lebih cemerlang.
- Menghasilkan kod tatalaku atau sikap piawai yang diharapkan pekerja.
- Dapat membentuk seseorang individu dengan adab sopan yang betul dan sepatutnya.
- Dapat membentuk pekerja dengan sikap kerja yang bersesuaian dengan kerja.
RUJUKAN
[Link]
[Link]
LAMPIRAN
Pekerja kimpalan yang bekerja di underwater welding
Antara pekerja yang bekerja di offshore
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA SURAT
1 PENGENALAN 1
2 ISI KANDUNGAN 2
3 SEPULUH (10) CIRI ETIKA KERJA 3-7
4 5 KEBAIKAN MEMATUHI ETIKA 8
5 REFLEKSI 9
6 RUJUKAN 10
7 LAMPIRAN 11
REFLEKSI
Kesimpulannya, setiap individu perlu mengamalkan ciri etika untuk mencapai kualiti kehidupan
yang tinggi dan kerjaya yang hebat. Etika, profesionalisme, nilai dan sikap yang baik hendaklah
dipupuk dan dijadikan sebagai satu gaya hidup. Oleh itu, pendedahan yang telah saya perolehi
sepanjang menjalani kursus Etika dan Profesionalisme ini adalah satu platform untuk saya
menilai dan mengkaji diri saya sendiri adakah saya telah menanam nilai-nilai ini dan
menjadikannya sebagai sebahagian cara saya menjalani kehidupan saya sebagai seorang
muslim, anak, ahli keluarga, pelajar, ahli masyarakat dan warganegara Malaysia.