Kaedah Fonik untuk Membaca Prasekolah
Kaedah Fonik untuk Membaca Prasekolah
Abstrak
Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau pelaksanaan pengajaran kemahiran membaca
menggunakan kaedah fonik di prasekolah di Negara Brunei Darussalam. Reka bentuk
kajian ini menggunakan gabungan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Instrumen kajian
terdiri dari soal selidik, dan temu bual berstruktur, Soal selidik yang telah diberikan
kepada sampel kajian seramai 70 orang guru prasekolah yang melibatkan sebanyak 30
buah sekolah rendah kerajaan di daerah Brunei dan Muara; 20 sampel kajian dipilih untuk
dicerap dan ditemu bual. Sampel dipilih dengan menggunakan kaedah rawak mudah.
Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 20 dan dihuraikan secara
deskriptif. Data yang diperolehi dari pemerhatian guru dan temu bual ditranskripsi dan di
analisis berdasarkan kategori tertentu. Meskipun persepsi guru terhadap kaedah fonik
adalah di tahap yang sederhana, namun sikap dan minat guru terhadap penggunaan
kaedah fonik adalah positif. Kajian ini juga mendapati bahawa guru menghadapi cabaran
dalam menangani masalah murid lemah dan lambat membaca. Selain itu cabaran dalam
mempertingkatkan komunikasi dengan ibu bapa untuk sama-sama memperkembangkan
kemahiran membaca anak-anak mereka. Guru juga berpendapat pengetahuan dan bahan
pengajaran dan pembelajaran di prasekolah adalah perlu dipertingkatkan dari semasa ke
semasa.
PENDAHULUAN
Latar belakang
1
melangkah ke peringkat pendidikan formal. Menurut Naimah Yusoff et al
(2011), pendedahan terhadap pengalaman kemahiran membaca pada peringkat
awal sangat penting bagi membantu masalah literasi bacaan awal dalam
pendidikan formal. Di samping itu tenaga pengajar yang berkualiti dan kurikulum
yang terancang boleh mempersiapkan kanak-kanak kepada pencapaian yang
berkualiti sepanjang hayat.
2
kata kepada kaedah fonik dijangka boleh memberi impak kepada pencapaian
pelajar.
Di Negara Brunei Darussalam, mengajarkan membaca menggunakan
kaedah abjad dan mengeja suku kata adalah kaedah yang digunakan sebelum
kaedah fonik diperkenalkan pada tahun 2009.
Pernyataan Masalah
Pelaksanaan pengajaran kemahiran membaca pada peringkat pendidikan awal
adalah penting bagi mempersiapkan kanak-kanak ini ke peringkat pendidikan
formal. Senechal dan LeFebvre (2002) menyatakan bahawa kanak-kanak
hendaklah menguasai kemahiran membaca pada peringkat awal kerana ini adalah
prasyarat kepada penguasaan kemahiran membaca seterusnya. Walau
bagaimanapun, pelaksanaan pengajaran yang kurang berkesan boleh
mempengaruhi pencapaian kemahiran membaca kanak-kanak.
3
seluruh Negara. Data menunjukkan jumlah murid EIP Tahun1 adalah sebanyak 1349
pada bulan pertama program dijalankan. Manakala murid lemah membaca Tahun 2 pula
sebanyak 1039 dan 829 murid di Tahun 3. Berdasarkan data tersebut jumlah pelajar
lemah membaca adalah ditahap yang tinggi. Permasalahan ini dapat dilihat dari dua
sudut iaitu keberkesanan pembelajaran awal membaca di prasekolah dan kesinambungan
kaedah belajar membaca di antara prasekolah dengan sekolah rendah (Tahun 1)
menyebabkan wujudnya fenomena kanak-kanak masih belum menguasai asas membaca.
Jadual 2 : Pencapaian Ujian Pelepasan Program Intervensi Awal, Murid Tahun 1, 2 & 3
(2011)
Tahun Jumlah Pelajar Ramai Pelajar Ramai pelajar yang
Senegara Mengikuti EIP Masih Mengikuti
(Januari) EIP (Oktober)
1 3858 1349 915
2 4252 1039 763
3 4435 829 556
Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk:
1. Mengenal pasti tahap pengetahuan guru terhadap kaedah fonik.
2. Mengenal pasti masalah dan cabaran yang dihadapi guru dalam pelaksanaan
mengajar membaca menggunakan kaedah fonik.
4
Soalan Kajian
Untuk mencapai tujuan kajian tersebut, soalan kajian berikut ditimbulkan:
1. Sejauhmanakah pengetahuan guru terhadap kaedah fonik?
2. Apakah masalah dan cabaran yang guru hadapi dalam melaksanakan pengajaran
membaca menggunakan kaedah fonik?
KAEDAH KAJIAN
Reka bentuk kajian
Reka bentuk kajian ini menggabungkan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Data
diperoleh secara kuantitatif melalui kaedah tinjauan dan data kualitatif melalui kaedah
pemerhatian dan temu bual bagi mengukuhkan dapatan kajian.
Sampel Kajian
Populasi guru prasekolah di kawasan Daerah Brunei dan Muara sebanyak 130 orang.
Dari jumlah tersebut pengkaji telah memilih sebanyak 70 orang guru untuk dijadikan
sampel kajian bagi menjawab soal selidik. Pemilihan sampel kajian adalah berdasarkan
persampelan rawak secara berkelompok iaitu mengikut zon. Dalam konteks kajian ini,
pengkaji memilih sampel dari zon daerah Brunei dan Muara. Menurut Majid Konting
(2005), persampelan kelompok boleh digunakan dengan menentukan bilangan kelompok
seperti mengikut daerah guru-guru mengajar.
Sebanyak 20 daripada sampel kajian dipilih secara sukarela untuk dicerap dan
ditemu bual. Kemudian 9 orang murid dipilih bagi setiap peserta kajian mengikut
kebolehan murid iaitu 3 murid berkebolehan tinggi, 3 murid sederhana dan 3 murid
lemah. Ini menjadikan jumlah seramai 180 orang murid untuk diberikan ujian membaca.
Pemilihan murid mengikut kategori kebolehan adalah dipilih oleh gurunya sendiri
memandangkan guru kelas lebih mengetahui tahap-tahap kebolehan murid mereka.
5
Lokasi Kajian
Pengkaji memilih 30 buah sekolah rendah kerajaan di Daerah Brunei dan Muara.
Sekolah-sekolah yang dipilih adalah berdasarkan bilangan guru prasekolah dari lima
kawasan Daerah Burnei dan Muara. Senerai nama sekolah yang dipilih dipaparkan dalam
Jadual di bawah ini. Rasional pemilihan Daerah Brunei Muara sebagai tempat kajian
penyelidikan adalah kerana daerah ini mempunyai bilangan prasekolah yang terbesar di
NBD berbanding di Daerah Tutong, Belait dan Temburong.
Sekolah
Jumlah
Kawasan Sekolah
Intrumen Kajian
Kajian ini merupakan kajian deskriptif yang berbentuk tinjauan kerana kajian ini
menjelaskan sesuatu kenyataan dengan menganalisis sesuatu data daripada soal selidik
yang disediakan. Di samping itu borang pemerhatian pengajaran digunakan untuk
memerhati pengajaran guru mengajar membaca di prasekolah. Temu bual guru dan ujian
membaca murid juga digunakan dalam kajian ini.
Soal Selidik
Soal selidik dibina untuk mendapatkan maklumat daripada sampel kajian. Sulaiman
Masri (2002) menyatakan bahawa soal selidik mempunyai beberapa kebaikan berbanding
dengan alat kajian lain dalam usaha pengkaji untuk mendapatkan maklumat-maklumat
kuantitatif. Pilihan item soalan kaji selidik kajian ini menggunakan skala likert. Soal
selidik kajian ini terdiri daripada enam bahagian utama meliputi maklumat am, persepsi
guru, pengetahuan tentang kaedah fonik, minat dan sikap, dan cabaran.
6
Borang Senarai Semak Pemerhatian Pengajaran
Borang pemerhatian dibina untuk merekodkan pemerhatian pengajaran guru
menggunakan kaedah fonik di prasekolah. Memandangkan pengajaran kemahiran
membaca di prasekolah hanya mengambil masa selama 30 minit setiap hari maka
pengkaji membuat pemerhatian dari awal pengajaran sehinggalah pengajaran selesai.
Temu Bual
Pengkaji menemubual sampel kajian selesai sesi pemerhatian pengajaran. Soalan temu
bual berkisar tentang pengetahuan guru mengenai kaedah fonik, persepsi guru mengenai
kaedah dan cabaran guru terhadap pengajaran membaca.
Kajian Rintis
Item-item dalam soal selidik diuji dan dianalisis untuk menentukan kebolehpercayaan dan
kesahannya dan mendapati nilai cronbach alpha ialah 0.89. Keputusan menunjukkan
instrumen yang telah dibina mempunyai nilai kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi.
Analisis Data
Data yang terkumpul melalui soal selidik, pemerhatian, temu bual dan ujian ke atas murid
telah dikodkan untuk tujuan analisis. Perisian SPSS versi 20 digunakan untuk
menganalisis data melalui soal selidik menggunakan statistik kekerapan dan peratusan.
DAPATAN
Soalan Kajian Pertama: Sejauh manakah pengetahuan guru terhadap kaedah
fonik?
Item-item dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu pengetahuan asas kaedah fonik (item 1
hingga 7), pengetahuan pengajaran gabungan suku kata (item 8 hingga 13) dan
pengetahuan penggabungan perkataan yang lebih kompleks (item 14 hingga 16).
7
Jadual 6: Pengetahuan asas kaedah fonik guru prasekolah
TIDAK
Bil TIDAK YA
Pengetahuan asas kaedah fonik PASTI
1. Memperkenalkan vokal a, i, u terlebih dahulu 1 69
-
sebelum mengajar bunyi konsonan. (1.4%) (98.6%)
2. Mengenalkan bunyi huruf dengan teknik asosiasi. 1 4 65
(1.4%) (5.7%) (92.9%)
3. Mengenalkan bunyi dan sekaligus mengajarkan nama 45 4 21
huruf. (64.3%) (5.7%) (30%)
4. Menunjukkan gambar-gambar yang bermula dengan
70
bunyi huruf yang diajar. Contoh; gambar ayam, awan, - -
(100%)
abang, api bagi mengenalkan bunyi /a/.
5. Mengenalkan simbol huruf bagi bunyi yang diajar. 70
- -
(100%)
6. Mengenalkan huruf kecil dan besar secara serentak. 57 6 7
(81.4%) (8.6%) (10%)
7. Menyediakan aktiviti permainan kreatif supaya dapat
2 4 64
memberi makna kepada pengajaran bunyi-bunyi
(2.9%) (5.7%) (91.4%)
huruf.
Melalui pemerhatian pengajaran, didapati guru mengajarkan bunyi huruf dan ini
dapat dilihat apabila guru meminta muridnya menyebut bunyi huruf yang ditayangkan
menggunakan kad imbasan. Ternyata guru telah mempraktikkan kaedah ini setelah
melihat kebolehan kanak-kanak menyebut bunyi huruf dengan melakukan aksi asosiasi.
Melalui pemerhatian didapati G1, G4, G7, G9 dan G13 mengadakan aktiviti ini di akhir
pengajaran. Pengkaji dapati kanak-kanak telah biasa dengan aktiviti ini dan mereka
seronok dan dapat memahami lagi pembelajaran melalui permainan sebagai pengukuhan.
8
Pengetahuan tentang mengajar gabung bunyi suku kata
Dapatan kajian pengetahuan sampel berkaitan pengajaran penggabungan suku kata dalam
membina perkataan seperti di dalam jadual di bawah
TIDAK
Bil Pengetahuan pengajaran gabungan suku kata TIDAK YA
PASTI
untuk membina perkataan
8. Menunjuk cara gabungan konsonan dengan vokal 70
- -
menggunakan kad imbasan. (100%)
9. Menggalakkan kanak-kanak mengeja-eja suku kata. 32 15 23
(45.7%) (21.4%) (32.9%)
10. Pada permulaan mengenalkan gabungan suku kata,
6 11 53
gabungan ‘ba’ dibaca dengan ‘beh’ dan ‘aa’ kemudian
(8.6%) (15.7%) (75.7%)
menyebut /ba../ dengan sekali nafas.
11. Mengajar suku kata terbuka (KV) terlebih dahulu 1 3 66
kemudian barulah suku kata tertutup. (1.4%) (4.3%) (94.3%)
12. Mengenalkan gabungan 2 suku kata untuk membaca 1 1 68
perkataan. (1.4%) (1.4%) (97.1%)
13. Mengamalkan penggunaan 2 warna iaitu merah dan
4 2 64
hitam untuk membantu koordinasi mata dan tangan
(5.7%) (2.9%) (91.4%)
semasa membaca.
Apabila murid sudah menguasai gabungan suku kata (KV), maka mereka
diajarkan membaca gabungan dua suku kata (KV+KV, contohnya ma + ta). Kegiatan ini
dilakukan ketika membaca atau membina perkataan. Dapatan kajian menunjukkan 97.1%
responden menyatakan telah mengetahui tentang peraturan ini. Sementara itu, seramai
91.4% responden mengetahui bahawa penggunaan dua warna (merah dan hitam) adalah
perlu dalam pelaksanaan membaca bagi tujuan untuk membantu koordinasi mata dan
9
tangan semasa membaca. Secara keseluruhannya guru-guru prasekolah mengetahui
tentang pengajaran asas membaca menggunakan kaedah fonik mengikut peraturan yang
telah digariskan. Mereka juga mengetahui tentang cara mengajar gabungan suku kata
dengan aktiviti menggunakan kad suku kata.
TIDAK
Bil Pengetahuan penggabungan bunyi bagi perkataan TIDAK YA
PASTI
yang lebih kompleks
14. Memperkenalkan bunyi diagraf dan diftong (ng, sy,
4 3 63
ny, au, ia, ua) di fasa terakhir setelah murid
(5.7%) (4.3%) (90%)
menguasai asas fonik.
15. Memberikan latihan membaca perkataan dan ayat. 67
- 3 (4.3%)
(95.7%)
16. Menggalakkan kanak-kanak membaca frasa atau 39 21
10 (14.3)
ayat-ayat pendek tanpa memahami ayat tersebut. (55.7%) (30%)
10
mengamalkan prinsip ini ketika melaksanakan pengajaran membaca. Tambahan pula,
aktiviti menulis perkataan bagi mengukuhkan kefahaman murid sebagai aktiviti susulan
adalah perlu dalam pelaksanaan pengajaran membaca. Melalui sesi pemerhatian didapati
beberapa responden (G1, G2, G4, G5, G7, G9, G13, G15, G17, G18 dan G20)
mengadakan aktiviti ini. Hal ini menunjukkan, guru memahami tentang pengajaran
membaca perkataan-perkataan yang lebih kompleks iaitu perkataan yang mempunyai
bunyi diftong dan diagraf serta mengajar ayat-ayat pendek/frasa. Pendedahan kepada
buku cerita juga penting bagi kanak-kanak supaya menggalakkan mereka untuk
membaca. Namun pemahaman terhadap cerita kurang ditekankan oleh responden kepada
kanak-kanak ditambah lagi aktiviti menulis kerana ini dapat mengukuhkan lagi
kemahiran membaca kanak-kanak.
11
pendekatan belajar melalui bermain berkesan untuk mencorak dan memperkembang
minda kanak-kanak selaras dengan fitrah kanak-kanak yang suka bermain. Melalui
pendekatan ini, kanak-kanak lebih bermotivasi untuk terus belajar berbanding dengan
pendekatan secara langsung.
Soalan Kajian Kedua: Apakah masalah dan cabaran yang responden hadapi dalam
melaksanakan pengajaran membaca menggunakan kaedah fonik?
Pada keseluruhannya jumlah min kesemua item mempunyai nilai min yang rendah (min
2.40). Hal ini bermaksud responden tidak mempunyai masalah yang serius dalam
12
melaksanakan pengajaran membaca. Walau bagaimanpun, masalah dari aspek guru
mempunyai nilai min yang tinggi berbanding aspek lain (min 3.37).
… Sekolah kami banyak lawatan dari luar, aktiviti sekolah menyuruh semua
murid mesti masuk ke dalam dewan, murid ini duduk-duduk sahaja(G9).
13
… Masalah yang saya hadapi ialah murid lemah, lambat untuk menangkap
pengajaran dan mudah lupa (G4).
… Masalah dari segi murid lemah, kadang-kadang lupa apa yang sudah
diajarkan. Murid ini sukar untuk menggabung suku kata konsonan-vokal. Saya
tidak boleh memaksa murid lemah ini untuk belajar tetapi dengan cara perlahan-
lahan (G8).
Selain itu responden juga menyatakan mempunyai masalah dari segi sokongan
ibu bapa. Hal ini disebabkan ibu bapa yang tidak mempunyai pengetahuan kaedah fonik
dan menjadikan sukar untuk membantu anak-anak mereka di rumah. Responden juga
berpendapat penglibatan ibu bapa adalah faktor penting dalam membantu meningkatkan
kemahiran membaca selain di sekolah seperti yang dinyatakan di bawah ini:
… Masalah juga timbul dari pihak ibu bapa yang mengajarkan kaedah lain di
rumah sedangkan di sekolah menggunakan kaedah fonik. Jadinya kanak-kanak
pun keliru. Cara saya cuba berjumpa ibu bapa dan menerangkan mengenai
masalah ini (G5).
… Ibu bapa yang tidak ada pengetahuan kaedah fonik sukar untuk mengajar
anak mereka di rumah. Taklimat sudah diberikan kepada ibu bapa dan
memberikan peluang kepada mereka untuk berjumpa guru-guru tetapi setakat ini
belum ada ibu bapa yang berjumpa untuk bertanyakan mengenai kaedah dan
perkembangan anak mereka (G9).
14
murid istimewa (HSN) belajar dalam kelas normal adalah satu cabaran yang perlu
dihadapi oleh guru. Tanpa guru pembantu yang sesuai akan menimbulkan masalah
kepada guru kelas dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran membaca.
Lantaran itu, tingkah laku kanak-kanak yang tidak dapat dikawal akan mempengaruhi
keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan sekaligus memberi kesan kepada pencapaian
kanak-kanak.
Di samping masalah yang dihadapi oleh guru, kajian juga mengkaji cabaran yang
dihadapi oleh guru. Jadual 10 menunjukkan taburan min bagi item cabaran yang guru
hadapi dalam melaksanakan pengajaran membaca menggunakan kaedah fonik. Pada
keseluruhannya, cabaran yang dihadapi oleh guru adalah sederhana (min 3.06). Dapatan
ini menunjukkan guru-guru menghadapi cabaran pada aspek-aspek tertentu sahaja dalam
mengajar kemahiran membaca. Item-item cabaran guru dikategorikan kepada 6 aspek
iaitu aspek pengajaran guru (item 1 hingga 6), cabaran dari pihak pentadbiran sekolah
(item 7 dan 8), cabaran dari pihak Kementerian Pendidikan (item 9 hingga 10), cabaran
dari aspek kanak-kanak prasekolah (item 11-14), cabaran dari pihak ibu bapa (item 15
hingga 16) dan cabaran dari aspek penilian (item 17 hingga 18).
Jadual 10: Cabaran Yang dihadapi Oleh Guru Prasekolah dalam Mengajar Membaca
Menggunakan Kaedah Fonik
15
Aspek cabaran dari kanak-kanak prasekolah:
11. Saya tidak ada masalah mengajar kanak-kanak berkeperluan khas 70 2.41 1.083
dalam kelas
12. Kanak-kanak dapat mengikuti pengajaran saya 70 2.03 .722
13. Kanak-kanak tidak berkelakuan baik semasa pengajaran saya 70 1.87 .883
14. Saya tidak ada masalah dengan keramaian murid 70 2.91 1.294
Aspek cabaran dari ibu bapa:
15. Saya menerima kerjasama dari ibu bapa/penjaga murid 70 3.21 .961
16. Ibu bapa/penjaga murid menaruh harapan yang tinggi 70 3.89 .790
Aspek cabaran bagi penilaian:
17. Sukar dalam menilai kemajuan pembelajaran murid 70 3.54 .973
18. Menilai kemajuan kanak-kanak mengambil masa yang lama 70 2.34 1.062
Jumlah keseluruhan min bagi cabaran 3.06
Min bagi cabaran dari aspek ibu bapa adalah antara cabaran yang tertinggi dari aspek-
aspek lain (min 3.55). Ini diikuti oleh cabaran dari aspek pentadbiran sekolah (min 3.52)
dan kemudian dari aspek guru (min 3.38). Sementara itu, responden tidak menunjukkan
sebarang cabaran yang berat dari aspek kanak-kanak prasekolah (min 2.30).
Ibu bapa mempunyai ekspektasi yang tinggi terhadap guru supaya dapat
mengajarkan anak mereka membaca (min 3.89). Ini adalah cabaran yang harus dihadapai
oleh guru dalam melaksanakan pengajaran membaca di prasekolah. Hal ini juga ada
diutarakan oleh responden (G3, G4 dan G14) ketika ditemu bual:
… cabaran lain adalah harapan ibu bapa supaya anaknya pandai membaca, kami
pun sebagai guru mengharapkan supaya ibu bapa ini dapat mengajar lagi di
rumah kerana kami sudah memberikan bengkel fonik kepada ibu bapa (G3).
… yang cabarannya ah ibu bapa ini tiada respon bila diberitahu anak mereka ada
masalah belajar membaca. Kami telah memberitahu masalah anak mereka
tetapi tidak ada tindakan untuk membantu saya mengajar anak mereka yang
lemah ini. (G14).
Responden juga beranggapan adalah menjadi satu cabaran kepada mereka apabila
Guru Besar memberikan komen dan maklum balas ke atas pengajaran mereka.
Pernyataan ini mempunyai min tertinggi dalam kategori aspek cabaran pentadbiran
sekolah (min 3.74). Kerjasama dari pihak pentadbiran memainkan peranan penting dalam
pelaksanaan pengajaran membaca di prasekolah. Sokongan dan maklum balas dari pihak
pentadbiran dapat membantu guru-guru memperbaiki pengajaran dan pembelajaran
walaupun ini adalah satu cabaran bagi mereka. Sesuatu cabaran perlu dihadapi demi
untuk meningkatkan mutu dan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
16
ini dinyatakan dalam kategori cabaran guru yang mempunyai min tertinggi (3.93). Jelas
menunjukkan bahawa pentingnya guru juga perlu memiliki pengetahuan pendidikan awal
kanak-kanak.
Item yang mempunyai min terendah ialah penyataan bahawa kanak-kanak tidak
berkelakuan baik semasa pengajaran saya (min 1.87). Walaupun guru menghadapi
masalah dalam menagani tingkah laku murid (seperti dalam dapatan masalah yang
dihadapi oleh guru) namun hal ini bukanlah satu cabaran besar kepada responden.
Masalah tersebut masih boleh diatasi dengan kebijaksanaan mereka itu sendiri.
Cabaran lain yang dihadapi oleh responden ialah mengajar murid lemah dan
mudah lupa. Hal ini dinyatakan dalam temu bual responden (G1 dan G9):
… cabaran adalah murid yang sukar menangkap apa yang diajarkan. Mudah
lupa. Ibu bapa yang kurang bekerjasama dalam membantu anak-anak membaca
di rumah (G1).
… cabaran dari murid yang lemah, terpaksa mengambil masa bagi murid ini
untuk diajar secara individu. Saya mengambil masa waktu jam 12 tengahari
ketika murid menunggu untuk diambil balik dan sama jua waktu murid ini
awal datang, jadinya waktu itu tah diajar secara individu (G9).
… cabaran dari segi diri sendiri ada masanya naik dan turun, kadang-kadang
kekeringan idea bagaimana lagi hendak mempelbagaikan aktiviti dan
mengolahkan bahan untuk mengajar kanak-kanak ini (G11).
17
memberikan masa yang lebih dan fokus bagi membantu murid lemah secara individu agar
murid tidak ketinggalan dan terus tercicir. Zainiah Mohd Isa (2010) menyatakan bahawa
dengan adanya intervensi awal masalah membaca dapat diatasi mulai dari peringkat
pemerolehan pembacaan agar masalah tidak berlarutan.
18
meningkatkan pengetahuan dan bahan. Selain itu aspek harapan dari ibu bapa juga
menjadi satu cabaran dalam melaksanakan pengajaran membaca.
Kepada guru-guru prasekolah, dapatan kajian membawa implikasi dari segi penguasaan
pengetahuan dan pelaksanaan yang menunjukkan kaedah tersebut berkesan dan dapat
meningkatkan pencapaian kanak-kanak dalam kemahiran membaca asas. Namun,
pengetahuan dan bahan pengajaran dan pembelajaran perlu dipertingkatkan lagi dari
semasa ke semasa.
Hubungan dalam bentuk komunikasi antara ibu bapa dengan guru memberikan kesan
dalam perkembangan literasi kanak-kanak. Ibu bapa yang memberikan kerjasama dan
sentiasa berkomunikasi dengan guru dapat mengetahui perkembangan anak-anak mereka
dan sama-sama membantu dalam meningkatkan kemahiran membaca anak mereka.
Di Negara Brunei Darussalam, pendidikan prasekolah selama satu tahun adalah tempoh
masa pembelajaran yang padat bagi kanak-kanak menguasai kemahiran-kemahiran yang
telah digariskan dalam kurikulum pendidikan awal kanak-kanak. Kanak-kanak
memerlukan masa yang secukupnya untuk belajar bahasa dan pembelajaran membaca
adalah proses yang kompleks pada peringkat prasekolah.
BIBLIOGRAFI
Abdul Aziz Abd Talib (2000). Pedagogi bahasa Melayu: Prinsip, kaedah dan teknik.
Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.
Arnold, D.H., Zeljo, A. & Doctoroff, G.L. (2008). Parent involvement in preschool:
Predictors and the relation of involvement to prelitery development. School
Psychology Review 37 (1), 74-90.
19
Berk, L. E. (2009). Child development (8th Edition). Boston: Allyn & Bacon.
Christie, J. F., & Roskos, K. A. (2009). Play’s potential in early literacy development.
Encyclopedia on early childhood development. Centre of excellence for early
childhood development. Dimuat turun pada 21 Ogos 2012, dari
[Link]
Duncan, J. & Lockwood, M. (2008). Learning through play: A work-based approach for
the early years professional. New York: Continuum.
Isahak Haron (2007). Monograf awal membaca bahasa Melayu: Kaedah gabungan
bunyi kata untuk prasekolah dan pengajaran pemulihan. Tanjung Malim:
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Mohd Majid Konting (2005). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Naimah Yusoff, Nor Hashimah Hashim & Hashim Othman (2011). Kemahiran bacaan
awal Bahasa Melayu prasekolah. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains
Malaysia.
Nik Eliani Nik Nawi & Othman Ahmad (2009). Buku panduan siri cepat membaca
bacalah anakku. Kuala Lumpur: Maju Jaya Sdn. Bhd.
Saayah Abu (2008). Menjadi guru tadika. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing
Sdn. Bhd.
Shahizan Hasan & Ahmad Shahabudin Che Noh (2005). Panduan merancang aktiviti
prasekolah. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Sharifah Nor Puteh & Aliza Ali (2012). Pendekatan bermain dalam pengajaran bahasa
dan literasi bagi pendidikan prasekolah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1
(2), 1-5. Dimuat turun pada 7 September 2012 dari
[Link]
Sulaiman Masri (2005). Kaedah penyelidikan dan panduan penulisan (esei, proposal,
tesis). Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
20
Yahya Othman, Asiah Md Daud, Azmey Othman & dkk. (2011). Pelaksanaan
pengajaran membaca menggunakan kaedah fonik peringkat prasekolah di Brunei
Darussalam. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2 (1), 93 -109. Dimuat turun
pada 20 Julai 2012 dari [Link]
21