FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
HBEC4103
KESELAMATAN, KESIHATAN DAN PEMAKANAN DALAM PENDIDIKAN AWAL
KANAK-KANAK
NAMA :
NOMBOR MATRIK :
NO KAD PENGENALAN :
NOMBOR TELEFON :
PUSAT PEMBELAJARAN : OUM CAWANGAN TAWAU
September 2019
1
ISI KANDUNGAN
NO. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
BAHAGIAN 1
1.0 PENGENALAN 3
2.0 SENARAI PROSEDUR TINDAK BALAS KECEMASAN 4
DAN KEPENTINGANNYA
3.0 PELAN TAPAK DI DALAM DAN DI LUAR PUSAT 7
4.0 SENARAI SEMAK UNTUK KESELAMATAN PUSAT 8
5.0 KESIMPULAN DAN JUSTIFIKASI 9
BAHAGIAN 2
1.0 POSTER 11
RUJUKAN 12
2
BAHAGIAN 1
1.0 PENGENALAN
Pertolongan cemas sepatutnya dipelajari serta diamalkan oleh setiap rakyat Malaysia. Tugas dalam
memberikan perkhidmatan kecemasan tidak semestinya dibebankan pada pihak hospital, doktor-
doktor dan ahli pertolongan cemas terlatih sahaja. Malahan ia sepatutnya dipikul oleh setiap
lapisan [Link] adalah kerana kemalangan dan kecelakaan boleh terjadi pada bila-bila masa
samada di dalam rumah,pejabat, sekolah atau di kawasan terbuka.
Mereka yang terlibat dengan perkhidmatan pendidikan awal kanak-kanak sewajarnya perlu
mendapat latihan dalam 'Pertolongan Cemas' (First Aid). Keperluan ini jangan ambil mudah
khususnya kepada mereka yang terlibat dengan bayi. Banyak kemalangan berlaku hingga
membawa kematian yang tidak diduga seperti yang pernah disiarkan menerusi suratkhabar.
Langkah yang sewajarnya adalah melengkapkan diri dengan pengetahuan asas pertolongan cemas
untuk mengelakkan kemalangan di taska mahupun di tadika.
Dua perkara wajib dipelajari iaitu 'Infant and Child CPR' dan 'Community First Aid and Safety'.
Apabila berlaku kemalangan atau kecemasan,anda mungkin menjadi orang yang berada di lokasi
ataupun orang yang pertama tiba ke lokasi kemalangan atau kecemasan. Oleh itu anda merupakan
responder pertama atau ahli pertolongan cemas yang berpotensi untuk menyelamatkan nyawa atau
untuk mengurangkan kemungkinan kecederaan dari menjadi lebih teruk. Bagi membolehkan anda
menjalankan rawatan kecemasan yang baik, anda mestilah mempunyai pengetahuan ilmu
pertolongan cemas yang mahir dan cekap.
Di dalam unit ini anda akan didedahkan mengenai ilmu pertolongan cemas agar anda dapat
memberikan rawatan pertolongan cemas dengan baik. Pertolongan cemas merupakan penjagaan
awal untuk mereka yang cedera atau sakit. Ia merupakan khidmat penjagaan yang diberikan oleh
seseorang yang mengambil berat terhadap keselamatan mangsa yang malang. Ia dilakukan sebaik
sahaja berlaku sesuatu kemalangan atau kecederaan. Khidmat segera ini dan perhatian yang
diberikan sebelum tibanya ambulans membawakan perbezaan yang ketara di antara hidup dan mati
ataupun di antara penyembuhan keseluruhan atau sebahagian darinya. Pertolongan cemas memiliki
batasannya yang tersendiri,kerana bukan semua penyelamat merupakan ahli paramedik ataupun
3
doktor, Namun begitu ia merupakan satu elemen yang penting dan amat diperlukan di dalam sistem
perubatan yang menyeluruh.
Dalam tugasan ini, satu senarai prosedur tindak balas kecemasan dan kepentingannya akan
dibincangkan secara terperinci. Selain itu satu pelan tapak di dalam dan di luar pusat pembelajaran
akan direka. Seterusnya, satu senarai semak untuk keselamatan pusat juga akan dibentangkan.
2.0 SENARAI PROSEDUR TINDAK BALAS KECEMASAN DAN
KEPENTINGANNYA
Keselamatan merujuk kepada perlindungan yang diberi kepada kanak-kanak dan orang dewasa
terhadap kemalangan, kecederaan dan ancaman yang selalunya berkaitan dengan amalan, sikap
dan persekitaran. Kecederaan yang tidak sengaja adalah punca kematian utama dan kejadian
kurang upaya pada kanak-kanak 14 tahun ke bawah (Pan et al., 2006).
Kanak-kanak memerlukan pemerhatian istimewa dalam aspek keselamatan kerana kesihatan
mereka dipengaruhi secara terus oleh persekitaran mereka. Oleh itu, kesedaran keselamatan
diserap dengan lebih awal melalui program pendidikan awal untuk mengelak daripada kejadian
yang tidak diingini daripada berlaku. Seharusnya usaha-usaha untuk mencegah kecederaan yang
secara tidak sengaja dan kematian menjadi tanggungjawab utama setiap ibu bapa, guru dan penjaga
pusat penjagaan kank-kanak. Kemalangan yang menyebabkan hanya kecederaan ringan pun dapat
menyebabkan kesan yang serta merta kepada kesihatan kanak-kanak.
Senarai prosedur tindak balas kecemasan adalah sangat penting wujud dalam sebuah prasekolah.
Antaranya ialah mengelakan kepanikan di kalangan guru dan murid jika berlaku sesuatu
kecemasan. Panik hanya akan memburukkan lagi keadaan kerana dalam keadaan tersebut, tiada
sesiapa yang dapat berfikiran secara logik. Senarai prosedur tindak balas kecemasan ini akan
memberi jalan satu persatu untuk keluar daripada keadaan kecemasan tersebut.
Setiap jenis kecemasan memerlukan satu prosedur tindak balas kecemasan. Secara amnya, ia boleh
dibahagikan kepada prosedur pencegahan, prosedur persediaan, prosedur tindakan dan prosedur
pemulihan.
4
Prosedur Pencegahan – prosedur ini memastikan kecemasan dapat dicegah daripada berlaku. Ia
menekankan pengawasan dan penyelenggaraan segala system yang digunakan. Prosedurnya
seperti berikut:
i. Pemeriksaan pada kelengkapan dan peralatan system pengesan (seperti system penggera,
pengesan kebakaran, pengesan asap, tumpahan, kebocoran gas dan sebagainya)
ii. Pemeriksaan dan penyelenggaraan berkala pada kelengkapan dan peralatan (seperti alat
pemadam kebakaran, system semburan dan sebagainya.
iii. Memastikan laluan dan pintu kecemasan tidak dihalang.
iv. Penyebaran maklumat dan informasi
Prosedur Persediaan – prosedur ini bertujuan memastikan pekerja dan anggota tindakan
kecemasan telah diberikan latihan dan drill yang mencukupi bagi membolehkan mereka bertindak
dengan berkesan apabila diperlukan. Prosedurnya adalah seperti berikut:
i. Melaksanakan setiap jenis latihan dan drill, kekerapan perlaksanaan latihan dan penilaian
hasil latihan.
ii. Menerangkan apa, siapa, dan bagaimana sesuatu tindakan perlu di ambil apabila berlaku
kecemasan.
iii. Latihan khas pemakaian kelengkapan perlindungan peribadi, bantuan pertolongan cemas
dan menyelamat, penggunaan alat pemadam kebakaran, kelengkapan mengawal tumpahan,
membuat pemberitahuan dan komunikasi.
iv. Membuat arahan bertulis berkaitan kecemasan seperti arahan jika ternampak api, arahan
jika mendengar isyarat pengosongan bangunan, arahan pergerakkan keluar dan tempat
berkumpul semasa kecemasan, arahan menggunakan peralatan kecemasan dan arahan
pertolongan kecemasan.
v. Arahan yang ditulis hendaklah terang, jelas dan mudah difahami.
vi. Arahan hendaklah ringka dan padat dalam Bahasa yang mudah di fahami (dwibahasa)
vii. Arahan hendaklah disebarkan kepada semua penghuni dan pelawat sama ada dalam bentuk
taklimat atau sebagainya.
viii. Latihan pengosongan “drill” perlu dilakukan scara berulang-ulang supaya plan betindak
semasa kecemasan difahami dengan teliti dan boleh dilakukan dengan berkesan.
5
ix. Latihan perlulah diubahsuai selalu supaya penghuni tidak merasa bosan dan juga boleh
mendapat pengalaman yang lebih mendalam.
x. Setiap pasukan tindakan kecemasan perlu diberikan latihan khas dalam tugas dan
tanggungjawab yang telah ditentukan serta dilatih dengan cara penggunaan kelengkapan.
xi. Masa yang dicadangkan untuk mengosongkan bangunan adalah 4 minit.
Prosedur tindakan – prosedur ini menerangkan langkah-langkah yang mesti di ambil semasa
menangani kecemasan. Antaranya ialah:
i. Menilai status kecemasan dan menentukan tahap tindakan yang perlu di ambil.
ii. Mengaktifkan plan bertindak kecemasan
iii. Memberhentikan operasi
iv. Arahan pengosongan bangunan
v. Komunikasi dengan lain-lain pasukan bertindak kecemasan ataupun lain-lain agensi yang
terlibat seperti bomba.
vi. Membunyikan penggera kebakaran. Tugas ini sesuai dipertanggungjawabkan kepada
sesiapa sahaja yang mula-mula ternampak kebakaran/kecemasan. Maklumat yang perlu
diberikan tentang penggera antaranya ialah jenis dan cara befungsi, cara ia berbunyi dan
kemudahan mendengarnya, jumlah yang perlu dibunyikan dan cara untuk menyampaikan
maklumat kebakaran kepada pusat kawalan.
vii. Prosedur pengosongan bangunan diperlukan apabila tempat kerja tersebut berpotensi untuk
membahayakan atau mengganggu operasi.
Prosedur pemulihan – prosedur ini memberi panduan kepada kakitangan atau pasukan khas
tentang proses yang mesti di ambil untuk:
i. Melakukan penyiasatan terhadap kemalangan
ii. Membuat penilaian kerugian
iii. Memulihkan operasi
iv. Pemberitahuan kepada pihak berkuasa atau insurans.
v. Menjaga kebajikan pelajar yang terlibat dalam kecemasan dan sebagainya.
6
3.0 PELAN TAPAK DI DALAM DAN DI LUAR PUSAT
Pelan lantai merupakan asas dalam menubuhkan kelas prasekolah dan ianya amat penting bagi
memudahkan proses selanjutnya. Dalam penyediaan pelan lantai ini, guru prasekolah perlu
mengambil kira beberapa faktor seperti keluasan kelas, peralatan yang akan diletakkan di dalam
kelas, kesesuaian peralatan, jumlah dan saiz perabot dan jumlah murid.
Semua aspek-aspek ini perlu dititikberatkan bagi menjamin keselesaan murid prasekolah dan juga
memudahkan tugas guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penyediaan pelan lantai
prasekolah yang baik harus mempunyai beberapa bahagian penting yang terasing iaitu bahagian
dalam kelas yang merangkumi ruang pembelajaran, ruang dapur, ruang makan, bilik air, ruang
rehat bagi kes kecemasan dan stor.
Pelan lantai luar kelas prasekolah juga perlu di sediakan bagi reka letak alatan permainan untuk
taman permainan kanak-kanak. Masalah utama dalam penyediaan pelan lantai ini ialah saiz kelas
prasekolah yang selalunya tidak begitu luas dan menyukarkan guru untuk merancang susun atur
peralatan dan perabut. Namun begitu guru harus menggunakan kreativiti tersendiri dalam
menghasilkan pelan lantai dan dekorasi yang terbaik untuk keselesaan murid dan menepati
kehendak komponen-komponen pembelajaran.
Pembahagian ruang pembelajaran mestilah seimbang. Susun atur perabot hendaklah memudahkan
pergerakan murid supaya ‘traffic flow’ dalam kelas berjalan lancar. Susun atur perabot juga
mestilah tidak melindungi pandangan guru untuk melihat pergerakan murid. Setiap penjuru
perabot yang tajam perlu diletakkan atau disusun dalam keadaan yang tidak membahayakan murid.
Manakala peralatan yang membahayakan seperti gunting, jarum dan sebagainya hendaklah
disimpan di tempat yang selamat. Bagi bahan-bahan yang digunakan seperti krayon, pewarna,
plastesin, dan sebagainya hendaklah dipastikan bahawa ianya diperbuat daripada bahan yang tidak
bertoksid. Selain itu, keadaan peralatan daripada elektrik seperti komputer, radio dan televisyen
dipastikan bahawa suisnya dimatikan selepas digunakan. Jeriji besi kelas hendaklah sentiasa
ditutup sekiranya kelas prasekolah berasingan dengan taman permainan.
Keadaan lantai dalam kelas hendaklah sentiasa kering dan bersih. Begitu juga dengan pintu dan
tingkap yang mestilah bersih sepanjang masa. Keadaan peti pertolongan cemas pula mestilah
sentiasa lengkap dan berada ditempat yang selamat serta mudah untuk dicapai. Selain itu, pelan
7
laluan kecemasan atau kebakaran hendaklah ada dan dipamerkan di setiap kelas prasekolah di
tempat yang strategik. Manakala bagi latihan kebakaran pula, pihak sekolah hendaklah membuat
latihan ini sekurang-kurangnya dua kali setahun kepada murid-murid. Keadaan perabot dan
peralatannya mestilah sentiasa kemas dan selamat untuk digunakan.
Alat pemadam api yang terdapat di bangunan prasekolah ini hendaklah berfungsi dan diletakkan
di tempat yang selamat serta tidak luput tarikhnya. Pihak pengurusan prasekolah iaitu pembantu
pengurusan murid dan guru prasekolah hendaklah sentiasa menyemak tarikh luput bagi setiap stok
bahan makanan dan minuman. Bagi lantai dan meja yang terdapat dalam ruangan ini hendaklah
sentiasa berada dalam keadaan yang kering dan bersih. Begitu juga dengan setiap pinggan dan
mangkuk di ruangan ini mestilah bersih dan tersusun rapi. Tidak lupa juga peti sejuknya hendaklah
sentiasa dibersihkan. Selain itu, keadaan tong sampah juga hendaklah sentiasa ditutup dan
diletakkan di tempat yang betul.
Bagi keselamatan dan kebersihan dalam ruang bilik air pula, keadaan lantainya hendaklah sentiasa
bersih dan kering. Setiap pencuci tandas, pewangi dan pembasmi kuman perlulah disimpan di
tempat yang selamat. Keadaan mangkuk tandas dan sinki dalam ruangan ini mestilah berkeadaan
bersih. Begitu juga dengan saliran air yang berlaku hendaklah sentias bersih. Manakala bahan
seperti pencuci tangan, sabun dan tuala tangan perlu disediakan dengan baik.
Tempat permainan luar hendaklah rata dan selamat iaitu tidak terdapat batu dan benda yang tajam.
Setiap alat permainan luar hendaklah berada dalam keadaan selamat untuk digunakan iaitu dijamin
tidak berkarat atau rosak. Bagi ruang kaki lima pula, ianya perlulah sentiasa kering dan bersih.
Keadaan rak kasut atau tempat letak kasut pula hendaklah sentiasa kemas dan tersusun. Begitu
juga dengan keadaan longkang disekitar kelas prasekolah ini. longkang-longkang tersebut
hendaklah berada dalam keadaan bersih dan selamat dengan meletakkan penutup di atas setiap
longkang supaya mengelakkan kecederaan kanak-kanak berlaku.
4.0 SENARAI SEMAK UNTUK KESELAMATAN PUSAT
Borang senarai semak berfokus kepada kemudahan asas persekitaran pembelajaran dan
dibahagikan kepada tujuh aspek iaitu bilik darjah, sudut pembelajaran, bekalan air, bekalan
elektrik, tandas murid, tempat memberus gigi dan keselamatan. Bagi aspek kemudahan asas di
bilik darjah, premis mempunyai kelengkapan yang asas berdasarkan borang senarai semak seperti
8
perabot, lampu, kipas dan rak untuk buku murid. Premis juga dilengkapi dengan penyaman udara
untuk memastikan ruang udara selesa dan nyaman. Bagi aspek sudut pembelajaran, premis tidak
membahagikan ruang pembelajaran berdasarkan tunjang yang terdapat dalam DSKP tetapi
dibahagikan berdasarkan sudut pembelajaran tertentu seperti sudut seni, sudut membaca, sudut
sains, sudut matematik dan lain-lain lagi.
Ruang pembelajaran khusus untuk muzik tidak disediakan. Bekalan air dan elektrik jauh daripada
capaian murid dan setiap punca elektrik ditutup dengan baik. Premis juga dilengkapi dengan tandas
yang sesuai dan berhampiran dengan murid. Tempat memberus gigi dan tempat mengambil wuduk
juga disediakan untuk kegunaan murid dengan saiz yang sesuai. Bagi aspek keselamatan asas, alat
pemadam api, peti pertolongan cemas dan pintu kecemasan berada dalam keadaan yang mengikut
spesifikasi Jabatan Bomba dan Penyelamat. Selain itu, kabel elektrik jauh daripada capaian murid,
tiada objek tajam atau bahaya di persekitaran murid dan terdapat penghadang antara premis dengan
kawasan luar dalam menjaga keselamatan murid dan kaki tangan tadika.
5.0 KESIMPULAN DAN JUSTIFIKASI
Tadika merupakan salah satu tempat pengajaran dan pendidikan awal bagi seorang kanak- kanak
yang berumur dibawah 4 tahun ke bawah. Melalui tadika, kanak- kanak mengenali dunia ilmu
secara perlahan- lahan. Oleh kerana itu, dengan adanya satu sistem pengurusan dan pentadbiran
yang cekap sesebuah tadika itu akan berjaya mendidik serta mengeluarkan seorang kanak- kanak
yang berilmu serta mempunyai keperibadian yang mulia. Pengurusan yang berkesan adalah
dengan melaksanakan perancangan secara efektif dan tersusun dengan cara mengerakkan struktur
organisasi dan sumber kearah mencapai matlamat. Pengurusan tadika akan lebih berkesan dengan
adanya dimensi pengurusan tadika yang betul, contohnya seperti mengambil kira Akta
Perlindungan Kanak- Kanak Dan Akta Pendidikan, mementingkan kurikulum pendidikan
prasekolah, mengikut teori perkembangan kanak-kanak dan amalan yang sesuai seperti
menggunakan teori Jean Piaget,yang menggunakan teori kognitif. Ekosistem kanak- kanak juga
merupakan faktor keberkesanan sesebuah tadika, dengan adanya persekitaran semulajadi,
persekitaran sosiobudaya dan persekitaran buatan manusia merangsang kanak- kanak untuk
mempelajari sesustu dengan mudah., serta sesebuah tadika haruslah mempunyai teori engurusan
yang teratur bagi membolehkan tadika tersebut bergerak maju selaras dengan objektif yang telah
ditetapkan.
9
Sistem keselamatan sesebuah tadika juga merupakan salah satu cara untuk menjadikan penubuhan
tadika itu berkesan. Sesebuah tadika haruslah mempunyai sistem keselamatan yang baik, antaranya
seperti mempunyai pagar dan memasang pintu gril di setiap pintu dan jendela di tadika tersebut.
Sistem keselamatan ini bukan sahaja mengelak berlakunya kejadian yang tidak diingini tetapi juga
untuk menjamin keselamatan kanak- kanak yang berada di dalam tadika tersebut agar orang luar
tidak dapat menceroboh kawasan tersebut. Sesebuah tadika juga dapat diuruskan dengan berkesan
dengan adanya susunan sistem kewangan yang teratur. Sistem kewangan yang baik membolehkan
sesebuah tadika itu dapat berkembang dengan pesat, serta mempunyai mampu membuat pelbagai
aktiviti disamping boleh mengubahsuai kawasan luaran dan dalaman tadika tersebut. Melalui
kewangan juga, pihak pengurusan boleh menambah pengambilan staf dan pengasuh. Selain itu,
pihak pengurusan haruslah menyediakan pelbagai ruang untuk kanak- kanak tidak merasa bosan
serta dapat melakukan aktiviti lain. Contohnya seperti menyediakan tempat- tempat yang
dikhaskan untuk membaca serta melakukan aktiviti bermain, dengan adanya kemudahan-
kemudahan yang disediakan kanak- kanak akan merasa terhibur serta tidak merasa bosan untuk
pergi ke tadika. Pengurusan tadika akan dapat dilakukan dengan berkesan dengan mengikuti
langkah serta prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian. Oleh itu, pengurusan dan
pentadbiran yang baik mampu menubuhkan sebuah tadika yang cemerlang dan berdedikasi tinggi
serta mampu melahirkan ramai kanak- kanak yang berjaya.
Kesimpulannya, menyediakan satu prosedur dan plan kecemasan di tadika dan prasekolah adalah
sangat penting bagi memastikan tiada kemalangan jiwa yang berlaku di kalangan kanak kanak ini.
Oleh yang demikian, pendidik, ibu bapa mahupun masyarakat perlu tahu asas pertolongan cemas
merupakan penjagaan awal untuk mereka yang cedera atau sakit. Ia merupakan khidmat penjagaan
yang diberikan oleh seseorang yang mengambil berat terhadap keselamatan mangsa yang malang.
Ia dilakukan sebaik sahaja berlaku sesuatu kemalangan atau kecederaan. Khidmat segera ini dan
perhatian yang diberikan sebelum tibanya ambulans membawakan perbezaan yang ketara di antara
hidup dan mati ataupun di antara penyembuhan keseluruhan atau sebahagian darinya. Pertolongan
cemas memiliki batasannya yang tersendiri, kerana bukan semua penyelamat merupakan ahli
paramedik ataupun doktor, namun begitu ia merupakan satu elemen yang penting dan amat
diperlukan di dalam sistem perubatan yang menyeluruh.
(2501 patah perkataan)
10
BAHAGIAN 2
1.0 POSTER
11
RUJUKAN
Zainun Ishak. [Link] Kesihatan Dan Keselamatan Kanak-Kanak .UtusanPublications &
Distributors Sdn Bhd.
Miriam Stoppard. [Link] Penjagaan Kesihatan Kanak-Kanak .Tropical Press [Link].
Kuala Lumpur.
Noor Hayati Mohd Isa.(2000).Pertolongan cemas dan masalah kesihatan pada kanak-kanak.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zulkifli bin Ismail. ( 2005,Part 3 ).Keracunan. Positive parenting, 47-48.
Wright, H. Dan Sugden, D. (1999),Physical Education for [Link]: David Fulton
Kementerian Kesihatan [Link] cemas dan resusitasi. Dicapai dari
[Link] dan
%[Link]
12