100% menganggap dokumen ini bermanfaat (1 suara)
369 tayangan3 halaman

Program Outreach Sekolah 2019

Program Outreach: Sehari Bersama Murid 2019 diadakan untuk memberi manfaat pada pendidikan murid. Acara dimulai dengan sambutan dan doa, diikuti persembahan tarian tradisional oleh murid dan pidato pembukaan oleh kepala sekolah dan ketua PIBG. Murid mengikuti berbagai aktivitas seperti motivasi, literasi, bengkel dan audisi sepanjang hari. Acara diakhiri dengan jamuan makan siang.

Diunggah oleh

ekhzanyasin
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd
100% menganggap dokumen ini bermanfaat (1 suara)
369 tayangan3 halaman

Program Outreach Sekolah 2019

Program Outreach: Sehari Bersama Murid 2019 diadakan untuk memberi manfaat pada pendidikan murid. Acara dimulai dengan sambutan dan doa, diikuti persembahan tarian tradisional oleh murid dan pidato pembukaan oleh kepala sekolah dan ketua PIBG. Murid mengikuti berbagai aktivitas seperti motivasi, literasi, bengkel dan audisi sepanjang hari. Acara diakhiri dengan jamuan makan siang.

Diunggah oleh

ekhzanyasin
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd

PROGRAM OUTREACH : SEHARI BERSAMA MURID 2019

Bismilahhir rahmani Rahim


ALU ALUAN Yang Berusaha, Pn Siti Aisyah Bt Abdullah, Guru Besar SK Permas Jaya 1,
Yang dihormati En Baharudin Bin Ishak, Yang DIpertua PIBG,
Yang dihormari, barisan guru pentadbiran,
Barisan…………………………………………………………, Guru-guru serta anak murid yang dikasihi
sekalian.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Daun layu di tengah gurun,


Nampak jalur pohon cemara,
Tradisi melayu turun temurun,
Pantun di tutur pembuka bicara.

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadirat Illahi kerana dengan limpah
kurniaNya, maka kita dapat berkumpul pada pagi ini untuk mengikuti satu program ilmiah iaitu
Program Outreach : Sehari Bersama Pelajar yang dianjurkan oleh……………………………………..
dengan kerjasama pihak sekolah SK Permas Jaya 1.

Sesunguhnya pelaksanaan program sebegini mampu memberi impak yang bermakna terhadap
kemajuan pendidikan murid-murid di sekolah ini.

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada En Baharudin Bin Ishak selaku YDP PIBG dan semua
para ………………………..atas kesudian melaksanakan program ini.

BACAAN DOA Hadirin yang dirahmati,


Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan
bacaan doa yang akan di bacakan oleh al fadil UST MUKARAMAH ZUHUDI.

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.


………………………………………………………………………………………………………………………………..

Amin amin ya rabbal aalamin


Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Al fadil Ust MUKARAMAH ZUHUDI atas pimpinan
doa sebentar tadi.
Semoga pertemuan kita pada pagi ini mendapat perlindungan dan keberkatanNya.

PERSEMBAHAN 1 Hadirin sekalian,

Awan bersua citra berkisah,


Ukiran sukma kilauan kelisa,
Bacaan doa selesai sudah,
Persembahan murid menyusul pula.

Kini marilah kita sama-sama menyaksikan persembahan tarian yang akan dipersembahkan oleh
murid-murid Sri Permas di bawah bimbingan En Firdaus Bin Ibrahim. Para penari kecil molek ini akan
mempersembahkan ………………………..yang merupakan sejenis tarian Melayu tradisional yang
cukup popular pada masa kini. Majlis mempersembahkan.
…………………………………………….

Demikianlah tadi tarian yang sungguh menghiburkan yang telah dipersembahkan oleh anak-anak
Sri Permas yang sungguh berbakat. Terima kasih diucapkan

UCAPAN GURU Hadirin Sekalian,


BESAR Pencak silat cantik berseni
Tersadung kaki langkah tersasar
Majlis kita takkan berseri
Tanpa ucapan Puan Guru Besar

Majlis diteruskan dengan mempersilakan Yang Berusaha Pn Siti Aisyah Bt Abdullah, Guru Besar SK
Permas Jaya 1 untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

………………………………………………………………………………………………………………..

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Puan Guru Besar atas ucapan sebentar tadi.

Tebang di awan burung jentayu


diatas papan batang jerami
UCAPAN Tampillah tuan kami merayu
PERASMIAN EN menyampaikan ucapan kata perasmi
BAHARUDIN
Bagi meneruskan aturcara kita pada pagi ini, majlis dengan penuh takzim mempersilakan Yang
Berbahagia En Baharuddin Bin Ishak untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan
Program Outreach : Sehari Bersama Pelajar. Majlis mempersilakan.

……………………………………………………………………………………….

Ribuan terima kasih diucapkan kepada En Baharuddin Bin Ishak kerana telah merasmikan program
Outreach yang akan dijalankan sepanjang hari ini..

PENYAMPAIAN Hadirin sekalian, kita teruskan majlis dengan Penyampaian cenderahati dan sijil penghargaan.
CENDERAHATI Majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan Yang berusaha Puan Guru Besar SK
DAN SIJIL Permas Jaya 1 di iringi ………………………………………………………..untuk menyampaikan
cenderahati dan sijil. Majlis mempersilakan.

………………………………………………………………..

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Guru Besar dan …………………………….
Atas penyampaian cenderahati dan sijil sebentar tadi.

JAMUAN Hadirin sekalin,

Selepas ini, kita akan berehat seketika dan seterusnya memulakan aktiviti Program Outreach ini.
Antara aktiviti yang disediakan seperti taklimat demam denggi dan pameran yang dilaksanakan di
dewan ini. Motivasi murid tahun 5 di bilik seminar, Literasi Maklumat dan bengkel Pusat Sumber di
PSS. Audition Muzik di Bilik Mesyuarat dan Jualan Buku dari Ujana Buku DBP.
Oleh itu, semua murid dan hadirin boleh bergerak ke tempat aktiviti yang disediakan ini.

Dijemput para tetamu jemputan untuk ke meja santapan dan selamat menikmati hidangan.
BERSURAI
Sekian, wabillahitaufik walhidayah wa salamualaikum warahmatulah hi wabarakatuuh

Anda mungkin juga menyukai